2025-07-19

Atas permintaan followers yang dah terjebak dengan Johnny Huang Jingyu, yang minta aku cerita apa berlaku kat Weibo now.

Atas permintaan followers yang dah terjebak dengan Johnny Huang Jingyu, yang minta aku cerita apa berlaku kat Weibo now, baik. Aku cerita sikit.
 
Menjak 2-3 hari lepas, dah start beberapa orang mencuba nak bangkitkan balik segala isu-isu lama berkaitan Johnny. Ini sebenarnya adalah “upacara tahunan”. Everytime drama atau movie Johnny yang dijangka meletup akan keluar, netizen dan haters akan start punggah balik kisah-kisah lama Johnny untuk diburuk-burukkan supaya Hot Search Weibo trending kes-kes buruk saja dan cerita pasal drama akan tenggelam. 

Ini penting bagi mereka sebab semakin banyak cerita negative seseorang artis itu jadi trending, semakin rendah Heat Index dia, dan algorithm akan jatuh. So that cerita Johnny akan hilang dan dorang akan merasa secure sikit. Why? Because favourite artis dorang takde job. Dorang insecure. Jadi dorang terpaksa bekerja keras dari sekarang benamkan semua news baik-baik pasal Johnny so that dorang tak kekejangan bila drama baru Johnny release nanti. 

Dan sebab itulah setiap kali gossip-gossip bangang ni keluar, true fans Johny akan post banyakkkkkkk cerita positif pasal Johnny untuk naikkan balik Heat Index. Itu cara kami. 

Dari tahun 2022 aku bersemayam kat Weibo, BELUM PERNAH fans Johnny bercakap buruk pasal celebriti lain. We all fokus bercerita pasal projek-prjek Johnny saja. Tapi tak tahu apesal fans lain sebukkkk sangat hal Johnny. Padahal kita tak kacau pantat dorang pun. Kitorang hanya bercerita pasal drama, movie, reality program and behind the scene clips Johnny. Kitorang cuma meriakkan hal-hal Johnny je. Tak sebut nama aktor lain pun. Tapi tu lah, agaknya sebab dorang takde apa yang nak diriakkan, bitterlah hamatttt dengan Johnny. 

Aktiviti kerjaya Johnny punyalah banyak sampaikan kitorang takde masa lansung nak kelebet hal peribadi dia. Kalau hal peribadi favourite aktor kami pun kami takde masa nak kelebet, kau rasa kami ada masa nak bercerita dan ambik tahu hal celebriti idola kau yang sendu tu? Lambertttt lagi.

Takde lagi aku tengok fans Johnny ambil tahu pasal celebriti lain, termasuklah aku sendiri. Because Johnny sentiasa ada projek, NON-STOP. Tak menang tangan nak update pasal program-program ni. Like now, dia ada 2 program serentak tengah on-going shooting. Satu reality program, dan satu lagi new drama. Kau rasa kita ada masa nak kelebet hal orang lain? Everyday his management akan update new photos pasal aktiviti Johnny so we have a lot of materials to share to our crowd. We are so busy marketkan our Johnny. Tak macam kau. Actor kau menganggur banyak. Takde projek sebab tu kau banyak masa nak gossip pasal hal orang.

So kisahnya, now kat sana dah start memunggah gossip Johnny. Dorang slow-slow buka balik kisah dia konon ada relationship dengan Wang Ziqi (gay relationship). Pastu video-video dia dengan Jackson Wang (Korean idol) berpegangan tangan and berkepit berdua kat mall, and baru-baru ni video dia urut tangan and usap rambut Justin Huang pun diviralkan. Now dorang gelar Johnny “The Father of Public Chemistry” sebab sentiasa menunjukkan caring pada co-star lelaki secara terang-terangan katanya. Tu bukan apa tu, nak menenggelamkan gelaran “The King of Uniform” yang Johnny pegang selama ni. Dorang nak start dengan naratif baru supaya Johnny nampak sangat gay so that kerajaan akan ban Johnny terus dari industri. Jahat gila.



Entahlah aku tak faham apa benda yang dorang ni faham tentang gay relationship. Asal rapat je, gay. Asal mesra je, gay. Memang seorang lelaki tu kena macho tak boleh jadi gentle and caring towards kawan lelaki ke? Memang pelik sangat ke lelaki berkawan baik dengan lelaki? 

Aku bukan bias tau. Tapi dari pandangan mata aku, cara Johnny tu lebih kepada caring dengan kawan. Dia adalah warm person. Setakat Wang Ziqi hug dari belakang tu bagi dia, takde apa. Setakat dia allow Timmy landing kat dada dia masa tengah berehat dari shooting, apa yang gay-nya? Timmy pun nampak macam manja as adik saja. Pastu bila Jackson Wang ambil tangan Johnny nak pegang sebab gayat, Johnny tak kisah tangannya dipegang - itu bukan tanda dorang gay tapi dia care. Kawan gayat, apa salahnya kawan nak pegang tangan? Dia usap rambut Justin Huang pun aku tak nampak apa yang “special relationship” kat situ?

Apa yang aku nampak, dari tahun 2016 until now, Johnny sangat consistent caring, gentle and warm dengan kawan-kawan. Kalau dia baik dengan female lead kau kata dia ambil kesempatan nak menumpang populariti, tapi bila dia baik dengan male friends kau kata dia gay. Bingai.

Pastu dorang viralkan satu video ni. Video tu tunjuk Johnny refuse nak bagi autograph kat peminat. Video ni baru lagi, masa dia shooting drama Weight of Justice 3-4 hari lepas. Video tu went viral. Haters buat fitnah.

So there’s another customer yang kebetulan makan di situ ambil video ni sebagai bukti.



Perempuan ni kata Johnny datang makan kat kedai lamb grilled. Private room penuh. Bodyguard dia dalam 3-4 orang pakai all black hesitate nak makan kat luar tapi Johnny kata takpe. Luar pun luarlah sebab dia nak makan grilled lamb. Dorang makan until dark, later bila private room available baru pindah masuk dalam. 

Sebelum pindah masuk dalam, ada sorang peminat datang mintak signature on blank paper tapi Johnny politely menolak. Video itu yang jadi bahan fitnah konon Johnny very rude dan sombong taknak layan peminat. So this lady tunjukkan bukti takde pun Johnny rude. Owner restaurant pun kata peminat tu siap dapat bergambar cuma tak dapat autograph saja. 

Aku ada buat post kat Weibo pasal ni. Aku tulis logik kenapa Johnny tak nak sign autograph.

Look. Peminat tu mintak sign ON BLANK PAPER! Kau faham tak apa yang boleh dibuat on that blank paper nanti? Dibuatnya peminat tu tulis “Saya Johnny Huang mengaku telah mengandungkan si polan”, tak ke naya? Lainlah kalau mintak sign atas gambar. Benda macam tu pun takkan haters takleh pikir? Eh bengap nau kau.

Sebahagian haters lain start ungkit balik kes Johnny pukul ex dia dulu. Aku baca tepuk dahi. Kes tu berjaya dibuktikan hanyalah FITNAH. Dah menang kat court dah pun.

Johnny menang kes defamation and slander!
Defamation and slander!
Defamation and slander!

Kes pukul tu TAK PERNAH wujud! Takde satu bukti berjaya dikeluarkan oleh pihak yang membuat cerita. Kenapa kes yang dah menang mesti nak diungkut balik? Kalau kau ada bukti, bukaklah balik kes tu. Nak jugak aku tengok kot kau boleh menang. Masalahnya every year dorang ungkit balik hal ni tapi sorang pun takde bukti.

Haters ni fitrahnya dorang akan mencari sekecil-kecil perkara untuk diperbesarkan. Kalau dorang ada sikitttttt bukti pun pasti dorang akan tunjuk dan perbesarkan. Masalahnya bukti pun kau takde tapi kau menjaja cerita ni bertahun-tahun. Bawak keluar buktilah baru sedap sikit kita bertekak.

Semua orang tahu Johnny pernah kena blacklist (fengsha) disebabkan fitnah dari ex dia yang kononnya kena pukul tapi takde bukti pun! Johnny menang dalam kes saman ni. Kami tak suka bukak cerita lama. Setiap kali orang bukak balik kes ni, kami fans Johnny malasnak berdebat sebenarnya. Pertamanya, sebab kes tu dah menang. Dah settle. Kedua, kita tak nak bukak balik cerita tu bukan sebab kita lupa, tapi sebab sakit hati!

Sakit hati sangat macamana orang buat Johnny sampai kena blacklist sebelum dibicarakan. Industri menghukum dia sebelum kes masuk court. Now, kes dah menang tapi masih ada yang ungkit dan pusing fakta sesuka hati. Kisah 9 tahun lepas kot. Dah 9 tahun masih lagi tak move on? Memang takde gossip lain ke yang kau nak cerita samaikan cerita 9 tahun lepas kau bukak balik? Nampak sangat sepanjang 9 tahun ni Johnny clean sampaikan takde gossip nak diceritakan terpaksa bukak cerita lama nak bagi panas.

Kalau betul nak bandingkan celebriti korang dengan Johnny, dah tengok betul-betul ke apa yang Johnny dah lalui?

1. Dua program yang dah disiap rakam kena potong habis, walaupun dia dah pergi press conference semua.

2. Dah dapat watak, last minute kena ganti orang lain tanpa explanation.

3. Watak yang dia pergi audition, sekelip mata dibatalkan.

4. Lepas dia boom dengan drama Addicted, berebut orang nak berkawan. Masing-masing mengaku kawan. Bila drama kena banned, semua buat-buat tak nampak macam dia tak wujud. Job semua kena tarik because drama tu dibanned kerajaan. Dia contact “kawan-kawan” semua jauhkan diri.

5. Ada satu rancangan tu punyalah takut nak tunjuk nama Johnny, dorang letak gambar ikan paus kuning sebagai ganti.

6. Dalam game show lain, format pertandingan diubah serta-merta semasa Johnny tengah bertanding. Puncanya sebab Johnny sedang lead. Producer takut rancangan tu kena boikot. Terpinga-pinga Johnny bila dia kena penalti. Format berubah SEMASA game berlansung! That was so unfair! Padahal Johnny kalau dalam mana-mana game show, he just want to have fun. Tapi ada orang, join game show macam bertanding Olimpik Games. Beria nak jadi hero. Bladihel.

Year 2017 orang berkomplot buang Johnny. Tawaran berlakon takde. Endorsement ditarik serta-merta. Ada satu produksi tawarkan dia watak dalam filem Operation Red Sea. Bukan watak utama. Watak supporter saja. Watak as sniper bernama Gu Shun. Watak tu pun sebenarnya di-offer pada orang lain. Tapi takde orang accept sebab filem tu kena shooting kat Afrika selama 6 bulan. Takde orang nak tinggalkan dunia entertainment semata-mata untuk 1 filem dengan watak sampingan. Akhirnya dorang offer watak Gu Shun kepada Johnny. Kiranya Johnny ni saki-baki pilihan. Aku syak bayar pun murah.

Tahun tu dia bukan sekadar ‘menyepi’. Dia literally tanam diri kat padang pasir, makan debu, tidur atas tanah, berjemur kat bawah matahari Afrika sampai kulit jadi gelap sangat sampai mak ayah sendiri pun tak kenal anak masa balik ke China. Dia hilang dari spotlight lebih setengah tahun, semata-mata nak berlakon watak sampingan kat kawasan terpencil Afrika.

Dalam filem tu pun dia dianiya. Masa tu first time dia berlakon filem secara profesional, jadi dia tak tahu pun prosedure safety. Takde sorang crew bagitahu untuk watak bergasak dia boleh request padding. Johnny redah scene gaduh tanpa pakai safety pad. Sampai sekarang, belakang dia masih sakit walau dah hampir 10 tahun.

Tapi takdri menyebelahi dia. Watak Gu Shun sangat menyerlah. Dia tercalon as Best New Actor dalam Asia Film Festival dan MENANG! Asia, ya! Asia! And the rest is history. 

Selepas tu job dia tak pernah putus until now. Dia TAK PERNAH menganggur sejak hari tu. Offer drama and movie bersilih ganti sampaikan producer sanggup peram skrip bertahun-tahun untuk tunggu jadual dia free.

Director filem Operation Red Sea sendiri cakap, semua pelakon dalam filem tu boleh diganti, kecuali dia. Sebab tak ada siapa sanggup hilang dari dunia entertainment lebih setengah tahun untuk training dan shooting macam Johnny buat. Dia masuk real navy camp. Dia train jadi sniper dari real sniper. 6 bulan duduk Aftika hanya untuk 1 filem sahaja. Now you haters please enlighten me siapa sanggup buang semua benda dan mula balik dari bawah macam Johnny? 

Kalau nak tahu betapa meletop Johnny masa tu, cuba search nama dia with year 2016. Dari someone yang biasa, terus naik ke #1 dalam carta pelakon paling berpengaruh kat Sina (Weibo) atas semua bintang popular masa tu. Kepopularan dia dalam drama Addicted literally lumpuhkan airport Gimpo kat Korea sebab fans terlampau ramai sangat sampai dia tak boleh keluar dari pintu arrival. Polis terpaksa escort dari kawasan plane mendarat tu naik kereta keluar dari airport. Kau rasa?

Siapa yang sanggup dari badan sihat takde cedera takde parut, sampai patah a few joints hanya kerana buat stunt sendiri? One of his jari dah tak boleh lentur macam biasa, kena pakai alat sokongan sebab most of stunt dia buat sendiri. Lutut dia bengkak sampai jadi cyst. A few days ago masih pergi jumpa tukang urut tulang sebab sakit lagi. Tu semua effect banyak sangat berlakon action drama/movie.

Siapa sanggup tolak semua kemewahan jadi brand ambassador, berlakon watak cantik-cantik hensem mekap tebal semata-mata nak betul-betul rasa jatuh bangun, berguling dalam pasir, makan habuk, luka sana sini dalam action genre?

Kalau kau dah idola kau belum pernah rasa semua tu jangan berani nak banding dengan apa yang Johnny dah lalui. Kalau kau start membandingkan, bersedia kami pun akan keluarkan segala milestone Johnny and believ me, kau akan malu bila tengok perbandingannya dengan idola kau.

Jangan nak balik-balik ungkit cerita 9-10 tahun lepas yang dah settle lama. Nak bertekak hal Johnny kami perlukan fakta. Setakat hearsay-hearsay ni sorry, tolong cari fans yang bengap-bengap. Fans Johnny perlukan argument yang mencabar minda. Yang spesis akal terkepit kat lubang jubo ni kem salam.

Kalau nak tahu betapa menjadi kegilaan orang watak Gu Shun dalam Operation Red Sea, selepas movie tu meletop dan selepas Johnny menang Best New Actor Asia, terus dorang tarik Johnny berlakon drama My Dear Guardian. Dorang kekalkan gaya dan rambut Gu Shun dalam drama ni, tapi kali ni audience nak tengok camana Gu Shun kalau bercinta, and that’s how the character Captain Liang Muze came to life.