2025-07-09

GreenAard: Kenapa orang yang ada pre-diabetes / insulin resistance / pcos selalu struggle dengan gula naik-turun, craving & cepat penat lepas makan?

Ni ada yang tanya kenapa orang diabetis selalu letih lepas makan?

Good question.

Sepatutnya lepas makan kita lebih bertenaga, kan? Tapi untuk yang yang ada masalah pre-diabetis, diabetis, insulin resistance, dan PCOS - ini adalah antara golongan yang cepat letih dan mudah mengantuk selepas makan. Kalau nak tahu if korang dah ada tanda-tanda nak dapat diabetis, adalah melalui cara ini. Lepas makan je letih, lepas makan je mengantuk - itu tanda-tanda insulin resistance.

Bila kita makan, especially makanan berkarbohidrat macam nasi, roti, kek, air manis - gula dalam darah naik. Serentak dengan tu badan keluarkan hormon insulin untuk tolong bukak pintu sel supaya gula dapat masuk ke dalam sel. Dalam sel nanti gula akan ditukar menjadi tenaga. Tapi untuk yang ada insulin resistance, insulin tu dah tak berkesan. Macam bagi kunci kat pintu, tapi pintu tak nak bukak. Gula tak boleh masuk sel, jadi dia berlegar dalam darah.

Walaupun dalam darah ada banyak gula, sebab gula tak boleh masuk sel, maka sel tak cukup tenaga. So otak pun bagi signal “Aku penatlah” dan “Aku nak makan lagi” dan "Aku craving benda manis!” - padahal gula dah tinggi dalam darah, tapi badan still rasa letih, lapar and craving. Why? Sebab sel-sel kita lapar tenaga.

Ramai yang salah faham, ingat orang craving tu sebab nafsu makan kuat. Kadang-kadang itu signal dari badan yang tengah struggle regulate gula. Bila gula tak stabil dan naik mendadak lepas makan (sebab makan karbohidrat tinggi), insulin akan dipump dengan banyak untuk turunkan gula. Sometimes terlebih pump akhirnya gula jatuh terlalu rendah pulak (hypoglycemia). Hasilnya? Badan menggeletar, kepala sakit, tiba-tiba lapar balik dan mulalah cari benda-benda manis.

Ini antara punca kenapa orang mengantuk lepas makan nasi lemak, especially kalau ada masalah insulin resistance atau pre-diabetes. Macam aku cakap dulu, diabetis ni dah bermula dalam badan lamaaaaaa sebelum simptom keluar. Antara tanda-tandanya inilah. Asal makan nasi lemak je, mengantuk. Food coma katanya.

Logiknya begini.

Nasi putih = karbohidrat. Bila makan nasi lemak, especially portion besar, gula darah naik mendadak. Bila gula naik, badan keluarkan insulin untuk turunkan gula tu. Tapi dalam kes insulin resistance, insulin terpaksa keluar dengan lebih banyak dari biasa sebab sel tak respon dengan baik. 

Bila insulin terlalu banyak atau sel lambat respon, gula boleh jatuh terlalu rendah. Maka terjadilah hypoglycemia. Bila hypoglycemia berlaku, badan mula tunjuk tanda-tanda mengantuk, letih, rasa macam "lembik" lepas makan dan kadang-kadang nak marah pun ada (mood swing sebab gula drop).

Salah satu respon badan bila gula drop ialah, badan slowkan semua aktiviti, termasuk otak. Sebab tenaga tak cukup sampai ke sel, especially otak. Otak jadi macam “Eh, low battery. Jom tidur kejap". So bila ada orang kata, “asal makan nasi je rasa nak tidur”, itu mungkin signal awal insulin resistance. Tapi ramai tak sedar, dan anggap itu normal.

Siapa sini ada PCOS? Besar kemungkinan ada insulin resistance juga. Sebab insulin yang tinggi lama-lama akan ganggu hormon lain. Period jadi tak teratur, jerawat mudah naik, berat susah turun, dan craving & energy crash akan jadi rutin. 

Insulin yang tinggi boleh ganggu hormon reproduktif, especially hormon ovulasi. Bila ovulasi terganggu, period jadi kucar-kacir. Ramai ingat insulin cuma kawal gula darah. Tapi sebenarnya insulin ada kesan pada hormon lain dalam badan, termasuk estrogen, progesteron dan testosterone. Bila badan ada insulin resistance, pankreas akan hasilkan insulin lebih banyak dari biasa. 

Insulin yang tinggi ni boleh stimulate ovari produce more androgen (hormon lelaki). Ini akan ganggu proses matang dan pecahnya telur (ovulasi). Bila tak ovulasi maka tak datang period atau period jadi tak teratur. Sebab tu perempuan yang ada PCOS selalunya period tak regular, atau jerawat mudah tumbuh, atau bulu tumbuh berlebihan pada badan, atau susah nak pregnant. All of this is caused by hormonal imbalance, and insulin resistance plays a big role.

Kalau everytime lepas makan (especially nasi) you struggle with craving, letih, atau cepat lapar semula, itu bukan sebab you malas. Sometimes, your bodies are asking for help.

GreenAard takde ubat untuk semua penyakit tadi - diabetis mahupun PCOS. Tapi we can help dari sudut lain. Contohnya, kita ada Herba Rahsia Rimba untuk women internal health. Siapa ada masalah period tak teratur, keputihan, senggugut atau simptom menopause - boleh ambil ini.

Kalau nak tolong stabilkan gula darah supaya jangan spike sangat bila makan karbohidrat, boleh ambil Maaltyd. Bila ambil Maaltyd sebelum makan, at least gula akan dilepaskan beransur-ansur. Dia tak naik mendadak. Supaya tidaklah merasa nak makan lagi dan lagi. Sebab itu kita kata Maaltyd boleh melambatkan rasa lapar dan memanjangkan rasa kenyang. Ini kerana fiber dalam Maaltyd helps to slow releasekan sugar. Dengan cara tak lansung, bila gula dilepaskan perlahan-lahan, insulin tak dibebaskan dengan banyak. 

Insulin bukan sekadar turunkan gula, tapi juga simpan gula berlebihan dalam bentuk lemak. Jadi bila kita makan karbohidrat tanpa kawalan, gula darah naik mendadak. Insulin naik tinggi dan badan simpan lebihan tu menjadi lemak terutamanya kat perut dan peha. Dan bila proses ni berulang setiap hari, lama-lama jadi susah nak turun berat, walaupun portion makan tak besar sangat.

Harap penjelasan ni clear.