2024-10-11

Someone yang lebih banyak bercakap selepas relationship berakhir tak semestinya bersalah.


Menjak kes Fazura-Fattah tengah panas, orang keluarkan balik video lama Dato Rosyam Nor yang dia kata "Perempuan kalau berduit, jadi berlagak". Eh, panas pulekkk hati aku bila tengok balik video tu.

Sorry ya, aku tak bersetuju lansung dengan statement tu. Aku adalah perempuan yang tak kisah berkongsi duit. Aku punya level tak kisah, ATM and kredit card aku dulu En Wan pegang. Dan aku willing untuk berbelanja RM50 saja seminggu (En Wan bagi cash every week). Cheque komisyen kalau dapat, terus aku pass kat En Wan. Serious tak kisah lansung berkongsi. Yang benaunya, perempuan kalau ada duit, tak lokek berkongsi. Yang buatkan perempuan tu berlagak adalah kerana sikap suami!

Kalau lelaki tunjukkan sayang kat isteri, jaga hati, tak cakap kasar, bagi attention, berusaha memenuhi basic keperluan keluarga, tapi dari segi kewangan dia tak mampu, isteri mesti tak kisah kongsi duit atau ringankan tanggungan suami. Because this is partnership. Tapi kalau kewangan dahlah tak mampu, perangai pulak hauk, membantu tidak, mengarah bukan main lagi, kepala batu, bossy, tau nak sedap 24/7, dan narsistik. Tak ke bini tu dah macam membela anak kecik sorang lagi? And on top of all that, isteri kena tanggung expenses rumah tangga. Kau rasa? Eh tak payah nak sembang syurga neraka bila kau sendiri letakkan bini dalam neraka dunia.

In many relationships, terutamanya bila isteri ada career yang lebih berjaya daripada suami, financial disparity can create tension. However, this tension tak selalunya berpunca daripada isteri yang duitnya lebih banyak dari suami. Masalah timbul bila suami ego, tak mahu accept kekurangannya (financial). Ego suami tu yang buatkan si suami tak dapat sesuaikan diri dengan kelebihan yang isteri ada. Sesetengah lelaki rasa terancam bila isteri lebih berjaya atau lebih berduit. Mulalah dia create toxic environment mengarah itu ini, preach about taat la, preach about derhakalah, saja nak bagi pressure kat bini. Nak kontrol duit tak boleh, dia kontrol pulak emosi bini tu sampai rabak.

50-50 financial arrangement can work IF suami dan isteri sama-sama faham peranan dan hormat perkongsian masing-masing. Kalau suami tak dapat cover banyak kos rumah tangga tetapi banyak bagi support dari segi emosi, ringan tulang, ambil tahu hal anak-anak, aku jamin tak ada masalah isteri nak share gaji. 

Orang perempuan ni aku cakap kau, kalau dah sayang, semua dibaginya. Itu perangai orang perempuan. So, kalau bini kau naik tocang, puncanya mesti kau. Aku masa bercouple dengan si anu, bukannya aku berduit pun. Sama-sama tunggu duit MARA masuk. Tapi kawan-kawan pelik macamana aku boleh mampu belikan si anu tu baju baru every month, perfume, belanja makan segala. Aku sanggup tak berganti baju baru semata-mata nak simpan duit so that everytime outing kita sama-sama boleh enjoy. Itu masa aku tengah sayanglah. Bila kau start buat taik kat aku, kau mendapatlah. No turning back.

Semalam ada sorang tanya aku soalan ni:


Selalunya yang kita nampak, bila orang tu banyak sangat bercakap, dialah yang bersalah. Individu yang lebih senyap adalah di pihak yang benar. Gitu kita menyangka. However, untuk mengesahkan statement ni, it requires deeper consideration sebab sikap manusia dalam relationship is diverse and complex.

Yang pertama, someone yang lebih banyak bercakap selepas relationship berakhir tak semestinya bersalah. Yang ni kita boleh tengok dari personaliti dan cara dia hadapi tekanan emosi. Orang yang ekstrovert, cenderung untuk ekspresikan emosi verbally. Dan dia lebih senang mencari sokongan sosial bila berdepan masalah. Dorang jenis lebih terbuka untuk share dan luahkan perasaan pada kawan-kawan atau keluarga. Ini salah satu cara untuk memproses perasaan, bukan nak mencari validation atau justifikasi atas tindakan dia. 

Orang yang lebih introvert selalunya memilih untuk memproses emosi internally. Kita boleh nampak selalunya orang pendiam, atau laid back prefer berdiam atau refusing to share details about their relationship problem. Kerana secara fitrahnya dia memang pendiam.

Kita ambil situasi someone is upset sebab pasangannya curang. Yang sorang galak buat statement itu dan ini. Yang sorang lagi senyap. Lalu kita as orang awam buat andaian yang banyak bunyi tu yang salah. Hakikatnya, BELUM TENTU. Dia mungkin merasa terdesak untuk explain their actions kepada semua untuk mempertahankan diri dari sebarang tuduhan. Kita yang takde kena-mengena ni akan anggap itu adalah tanda bersalah sebab kau banyak sangat buat statement itu ini, padahal dia hanya nak menjelaskan apa yang telah berlaku.

Benda ni macam kisah aku. Korang as blog reader yang membaca aku hencap kaw-kaw si anu sejak 2006, kau rasa aku di pihak betul ke salah? Mesti ada yang kata aku pihak salah sebab aku banyak sangat menulis padal dia, kan? Tapi kawan-kawan aku tahu macamana aku senyapkan diri masa dia galak bercakap itu ini pasal aku kat kolej dulu. Semua ingat aku jahat and kejam tinggalkan dia sampai menderita. Memang masa tu aku senyapkan diri sebab misi aku berbeza pada waktu tu. Once misi aku dah settle, now you see the nasty side of me. Kau banyak sangat mengata aku jahat, kan? Ha meh sini aku tunjuk aku punya jahat. Lebam kau aku hencap bertahun-tahun. Dengan kau, dengan yang mengutuk aku sebab percaya cakap kau, semua aku hencap sekali jalan. Orang yang tak tahu cerita dan hanya membaca apa yang aku rant bertahun-tahun akan kata "Mesti dia yang kena tinggal dengan boifren ni sebab tu tak move-on". Hahahaha. Lamberttttt lagi. 

So, bila someone banyak bercakap itu dan ini ketika relationshipnya berakhir, hanya dia saja tahu kenapa. Ya, boeh jadi dia mereka-reka cerita (macam si anu dulu), atau maybe juga itulah the right time untuk dia meluahkan apa yang dah terbuku sekian lama (macam aku now).

Kita as orang luar tak tahu mungkin bertahun-tahun dia berdiam diri. Hanya kali ni baru dia berani buka cerita. We don't know. Look. Orang yang banyak bercakap selepas relationship berakhir mungkin juga rasa bersalah, tapi tak bermakna dialah punca keretakan relationship tu. Rasa bersalah adalah emosi manusia yang biasa. When someone feels they may have contributed to problems in the relationship, dia terdorong untuk menjelaskan atau mempertahankan their actions. Sebab ramai dok menghencap itu ini. Of course dia termotivated to explain or defend diri dia. This is normal. Tak bermakna dia bersalah dalam erti kata sebenar. Cepat sangat kita nak menghakimi siapa betul siapa salah. Rilek-rilek la.

Aku punya kes dulu, bertahun orang hencap. Waktu tu keadaan memang tak menyebelahi aku lansung. Kitorang break, pastu aku couple dengan En Wan sedangkan si anu kekal single. Pastu final year aku bertunang, si anu masih single. Then aku kawen, si anu masing single. Orang tengok pulak En Wan bawa sport car. Lagilahhhhh. Oh betul rupanya Diana tinggalkan si anu sebab nak kejar lelaki kaya. Aaa gitu. So u oll yang enjoy menikmati penceraian Fazura and Fattah, jangan cepat sangat buat andaian. Awal lagi ni. To me, someone yang merasa gagal dalam memenuhi ekspektasi pasangannya may often try to explain what went wrong, dan mengulang-ulang bercakap hal yang sama kepada orang lain. Itu adalah her way to get an outside view of what is really going on. However their action bukanlah bukti bahawa dia bersalah.

Aku tahu korang ni asyik bertanya pasal ni and assume aku bercakap pasal Fazura-Fattah ni sebenarnya tak puas hati selagi aku tak bagitahu aku sokong siapa, kan? Dia macam ni, ya. Aku memang tak side siapa-siapa sebab aku bukan fans dorang pun. Minat-minat gitu je. Siapa yang salah, let them decide. Cuma aku rasa Fazura tak sepatutnya reveal bab nafkah tu. Yang itu too personal. Kalau domestic abuse lain. Yang tu jenayah, kena bagitahu supaya orang lain berjaga-jaga. Hat tu je yang aku kurang bersetuju. Tapi tentang dorang bercerai, nak sokong siapa, sorry I is tak berminat. I kan dah kata I pun ada duda lain untuk ditengok-tengokkan kat China tu.

Ini masalah rumah tangga yang biasa saja. Berkahwin. Bercerai. Aku rasa takde yang besar sangat pun dorang ni. Maybe masalah komunikasi yang tak allign bertahun-tahun yang akhirnya jadi masalah besar. Itu saja.   

Masyarakat kita always kaitkan "senyap" dengan integriti dan kebenaran. Orang yang tak banyak bercakap dianggap sebagai lebih matang atau bijak, sementara orang yang banyak bercakap dilihat sebagai cuba nak sembunyikan sesuatu. Pada pandangan aku, this view is too simplistic sebab kejujuran dan kebenaran tak semestinya diukur dengan kuantiti percakapan seseorang. 

Quiet person is always right is often misleading. Ramai je yang senyap, pendiam, pemalu, rupanya dia paling hauk. Sesetengah orang menggunakan diam sebagai cara untuk sembunyikan motif sebenar. Ada je manusia yang bersalah tapi tak nak mengakui. Dia prefer berdiam diri sebagai satu cara untuk mengelakkan tanggungjawab. Their silence disalahtafsirkan sebagai kebenaran, sedangkan hakikatnya they are simply trying to avoid exposing their faults or flaws. Yang ni aku tak cakap pasal Fattah ya, ini general statement seorang Diana. Kau spin ayat aku, kau siap.

Ada juga yang pilih untuk senyap selepas putusnya hubungan kerana tak nak cetuskan konflik. They feel that talking about the issue will only make things worse or cause more drama. Dalam kes ini, diam bukanlah tanda dia benar, tetapi satu strategi untuk kekalkan ketenangan dan mengelakkan perbalahan yang tak perlu. Contohnya, kalau relationship tu berakhir in a tense situation, salah sorang mungkin pilih untuk tak membincangkannya lebih lanjut dengan orang luar sebab nak jaga reputasi pihak lain atau tak nak kembali luka lama.

Kita juga kena faham yang seseorang yang banyak bercakap tentang masalah dalam relationship mungkin buat gitu sebab merasa perlu untuk mempertahankan diri dari tuduhan yang tak adil. Dalam banyak situasi, after a relationship ends, there will be a version of the story from both sides. Orang yang merasa dituduh akan terdorong untuk menjelaskan dengan lebih detail to make sure that their view of what happened is also heard. Ini bukan tanda mereka bersalah, tetapi lebih kepada untuk menegakkan kebenaran dari perspektif mereka.

Orang yang banyak bercakap after a relationship ends mungkin juga ada trauma atau difficulty letting go emosi yang belum selesai. They may talk about the issue over and over again because it is too traumatized. Bagi sesetengah orang, bercakap is their way of coping with pain. Just like me. Aku terlalu trauma dengan apa yang dah jadi, sampai termimpi-mimpi. Even now pun boleh termasuk lagi dalam mimpi, terbangun dengan jantung berdegup laju. Cepat-cepat peluk En Wan. Padahal dah bertahun. Tapi disebabkan benda tu sangat bagi kesan, until now, aku boleh bercakap pasal kes tu berkali-kali, fresh macam baru berlaku semalam.


2024-10-10

Macamana nak buat kalau husband takde effort lansung


"Kak Di, macamana nak buat kalau husband takde effort lansung nak celebrate birthday atau anniversary?"

Good question. Tapi aku nak tanya balik, masa bercinta dulu apa effort suami yang palinggggg hebat? Ada tak dia buat surprise birthday party? Ada dia buat surprise delivery? Ada dia bawa pi candle lite dinner? Kalau takde, maknanya dia memang bukan begitu orangnya. Jadi, tak perlu expect dia jadi orang yang berbeza selepas kawen sebab itu bukan diri dia semula jadi. However, kita boleh pupuk ke dalam diri dia supaya dia lebih peka dengan kehendak isteri.

Yang aku marah ni jenis lelaki yang sebelum dapat effort bukan main lagi, macamkan kita ni princess. Masuk kereta dibukakkan pintu. Lintas jalan pegang tangan kita. Air panas kita dia tiupkan sebelum kita minum. Birthday kita dibaginya bunga 50 batang. Bila dah kawen, meruyup semua benda. Hat ni aku marah. Macam kena scam. Dia mengorat kita dengan effort yang extremely charming. Kita terpaut dengan persona yang dia tonjolkan, sedangkan itu bukan diri dia yang sebenar. Dia hanya buat-buat persona tu semata-mata nak kita jatuh cinta. Ni namanya scam!

Hadiah En Wan yang pertama untuk aku, dia poskan jam meja. Berat, dari porselin, design vintage. Masa ni masih berkawan-kawan lagi. Dia belikan ni sebab aku cerita dalam surat yang kelas aku always pagi. So dia belikan jam so that aku tak lewat bangun pagi. Aaaa gitu.

Hadiah kedua, penanda buku. Warna gold. Gambar Fukuoka Tower. Dia hadiahkan ni sebab aku cerita tentang novel-novel yang aku sedang baca. Disebabkan tu dia hadiahkan penanda buku.

Hadiah ketiga, dia bagi by hand masa first time jumpa 23 Disember 1998. Purse Junko Koshino. Tahan seminggu je purse ni, lepas tu hilang si anu tu rembat.

Hadiah keempat Teddy Bear Hard Rock Cafe Osaka.

Hadiah kelima paling rare dan paling gila. Sebab hadiah ni sampai di rumah (Mak Aji) masa aku tengah cuti praktikal. Dia hantar one set bra and panty! Setan tak perangai? Dahlah Mak Aji yang bukak kotak tu. Mak aku kan warden merangkap pegawai kastam. Apa benda yang sampai kat rumah tu walaupun bukan nama dia, dia akan bukak. Lagi la pulak bila nampak address sender dari Jepun, memang takde dakwa-dakwi. Terus dia kokak kotak tu. 

Cantik bra and panty tu. Triumph. Satin and lace. Pada waktu tu, itulah coli yang paling mahal aku ada. Kau jangan tanyalah mana En Wan tahu size aku. Walaupun baru jumpa satu kali, kau ingat orang lelaki ni tak reti scan badan kita?

Selepas bertunang, dia stop kejap hantar aku hadiah. Jangankan kata hadiah, dengan dia-dia sekali tak timbul-timbul dah depan aku. Masa tu dia ada bagitau yang dia nak kumpul duit untuk kawen. Balik je nanti terus kawen, jadi tak dapat nak bagi hadiah kerap-kerap katanya. However masa grad, dia hantar 44 roses ke ofis. Aku dah kerja di Kementerian Sains waktu tu. Patutnya bunga tu sampai kat aku on hari konvo tapi dia salah bagi alamat. Dia ingatkan konvo tu di UNIMAS, padahal kat stadium luar. So, bunga tu dihantar semula ke aku bila aku dah balik KL.

Aku baru nak berlagak single kat ofis, tup-tup bunga gedabak besar sampai kat receptionist, terus viral aku sekejapan. Kakak-kakak kat situ cakap first time orang dapat bunga besar gitu kat Kementerian Sains. Terus terbantut pegawai-pegawai nak mengorat aku. Dah berpunya rupanya Diana. Kahkahkahkah. Berangan itu free, gais.

Balik kerja naik komuter dengan bawak bunga gedabak besar. I is malu. Patutnya perempuan yang dapat bunga besar-besar ni balik dijemput dengan sport car. Ini naik komuter. Apa kelesssssss.

Tapi aku notice dari awal En Wan tak pernah mengorat dengan trick yang cliche, contohnya bukakan pintu kereta, tahan pintu masuk, tarikkan kerusi sebelum aku duduk, lapkan sudu garfu sebelum aku guna -- takde. Jadi aku pun tak pernah expect dia buat semua ni selepas kawen. Some lelaki masa bercinta kemain lagi layanan macamkan girlfren tu puteri kayangan. Tapi habis kat situ je. Bila selepas kawen isteri expect layanan yang serupa, dia kata bini tu mengarut pulak. Tak bolehlah gitu. Kau mengorat dia dengan effort yang tidak-tidak sampaikan dia jatuh cinta kat kau, lepas kawen kau totally jadi orang lain. Confuse member tu.

Perempuan sebenarnya terpikat kerana attitude lelaki. Kalau lelaki tu caring, loving, charming, inilah yang buatkan perempuan jatuh hati. Yang buatkan perempuan stay pun inilah juga. These attitudes menunjukkan kepekaan, keikhlasan, dan perhatian terhadap perasaan perempuan which builds a sense of security and appreciation. Women tend to stay dengan lelaki yang sama selagi mana layanan tak berubah. Because attitude ni menambah kebahagiaan dan kepuasan dalam relationship. Jadi, bila suami terus bagi attention, affection, and attraction, ini menguatkan ikatan emosi that makes women feel comfortable dan nak terus kekal dalam relationship tu. Tak payah nak potray diri kau charming kalau sebenarnya kau tak begitu. Bagi laluan kat orang yang benar-benar charming mengorat awek tu. Jangan aniaya dan scam anak orang.

One of the challenges ramai perempuan hadapi dalam relationships (marriage) adalah expectation. Kita selalu harapkan lelaki (suami) tahu apa nak buat tanpa kita bagitahu apa dorang patut buat. Contoh, kita teringin husband buatkan birthday surprise. Kita pun imaginelah scene dalam K-Drama. 16 biji belon diikat pada kotak kek dan diterbangkan ke tingkat 14. Dari tepi tingkap perlahan-perlahan nampak belon naik dengan banner "Happy Birthday My Love".

....HARAPANNNNNN.

Tunggu punya tunggu takde pun kejutan dari suami. Kau yang terkejut akhirnya dia tak ingat lansung birthday kau Kahkahkah.

This is a common issue in many relationships — expectations versus reality. Inilah punca-punca disspointment.

Lelaki kena faham, emosi perempuan sangat kuat. Kitorang suka bila suami buat kejutan. Contoh, tiba-tiba dapat surprised delivery kat ofis. Walaupun goreng pisang cheese. Ini pun dah bahagia. Serious tak tipu. Yang kitorang kisahkan bukan hadiahnya, tapi membayangkan suami sempat teringatkan isteri time kerja. Kitorang rasa macam "Laki aku dalam sibuk-sibuk sempat gugel Grab hantarkan makanan". Masa yang korang luangkan untuk gugel makanan tu buatkan kitorang rasa dihargai sangat. Kau faham tak?

Tapi takpe, ladies. Kalau laki kau agak kayu dalam hal-hal macam ni, kau ketuk sikit. Nak tunggu dia buat surprised delivery entah bila. Why not kau bagitau dia apa yang kau nak. Itu lagi mudah. Sebab the truth is, most men don't operate the way women think they should when it comes to surprises and romantic gestures. Lelaki biasanya lebih fokus pada long-term concerns yang praktikal, bukannya keseronokan sementara. Bukan nak kata lelaki tak ambil peduli atau kisahkan isteri, tetapi their idea of showing love and attention tak align dengan scene-scene dramatik dan romantik yang kita bayangkan.

However, it’s important to recognize that romantic men are rare. Kalau suami tak romantik, itu normal. Memang lelaki kemenjadiannya begitu. Yang romantik tu lelaki tak normal. Hahahaha. 

Bukanlah tak normal. Aku cuma nak bagi faham yang lelaki romantik tak ramai. Ini spesis rare. Lelaki yang secara semula jadi tahu nak merancang surprises dan memahami intricate details yang membuatkan isterinya berasa disayangi dan dihargai tanpa diberitahu, are not the norm. Sikit sangat lelaki yang ada pehamahaman macam ni. Jadi jangan rasa suami tak bagus hanya kerana tak reti buat benda-benda macam ni.

Walaupun certain lelaki ada kecenderungan semula jadi towards romantic gestures, ramai yang tak. Dan ini tak bermakna they love their partners any less. In fact, dorang menyatakan rasa cinta dengan cara yang lebih praktikal contohnya, bil-bil langsai, barang masak dibeli, minyak kereta dia isikan, anak-anak punya keperluan cukup, keluarga dijaga, etc. These actions, walaupun tak begitu thrilling seperti surprise trip to a luxurious hotel, sama je nilai keperihatinannya.

Masalah timbul bila kita orang perempuan mengharapkan suami behave like hero-hero romantik dalam drama TV tanpa menyedari cerita-cerita tu semua adalah fantasi skrip, not real life. Ramai perempuan, secara sedar atau tak, membandingkan relationship mereka dengan drama fiksyen, yang mana pelakon lelaki seems to know exactly what the female lead wants. Kita terpersona dengan scene-scene gitu and hoping suami kita pun macam tu. Hakikatnya, pelakon lelaki tu kalau tak kerana skrip drama, dia pun kayu juga.

In reality, men are not mind-readers. Most of them need clear communication to understand what their partners want. This brings us to the importance of communication. Kalau kau nakkan kejutan, kena bagitau suami. Dengan jelas. Jangan pakai hint-hint. Makin blur Hamba Allah tu karang. Kalau kau nak romantic getaway atau gelang emas, EXPRESS dengan jelas. Openly and clearly. Mengharapkan lelaki to pick up on hints atau membaca minda kau, jawabnya bersedialah untuk kecewa.

Aku bagi contoh. Kau nak bercuti ke Korea. Jangan bagi hint "I’ve always wanted to visit Korea” pastu membayangkan suami immediately start planning surprise trip. Memang taklah wei! Dalam fikiran kau, kau dah sampaikan hasrat hati. Tapi dari perspektif suami, it might just be a passing comment, not something to act on. Paling-paling dia jawab "Ohh, ok". Dah. Sambung tengok henfon. He may not even realize that it’s important to you. Jadi pendekatan yang lebih berkesan ialah cakap je terus-terang "Jom kita gi Korea sempena birthday saya. Kita pergi time winter. Saya dah tengok pakej. Jap saya forward kat awak. Cuba tengok". Bagi dalam bentuk arahan. Lantakla kalau tak nampak macam dia yang mulakan effort. Misinya sekarang kau nak pi Korea, kan? Asal dapat pergi dahlah.

The same goes for smaller surprises, like birthday gifts or flowers. Kalau kau nak dia hantar bunga kat ofis, bagitau terus. It’s not about spoiling the surprise. It’s about making sure your needs and desires are understood! Ramai lelaki secara semula jadi tak terfikir pun nak hantar bunga atau plan for surprise party. Most of them melihat birthday atau anniversary as just another day, melainkan dorang diberitahu secara jelas yang tarikh tu sangat penting.

Lelaki dan perempuan ada cara yang berbeza untuk tunjukkan rasa cinta. Bagi kebanyakan lelaki, cinta diluahkan melalui tindakan yang mungkin kelihatan tak romantik tetapi bermakna. For example, might not book a surprise trip to Korea, but he might work extra hours to save for a family home. Ini adalah cara dia menjaga keluarga, anak dan isteri agar kesejahteraan terjaga. Itu cara dia tunjukkan kasih sayang dan tanggungjawab, walaupun tak sesuai dengan harapan isteri. Ye lah, sesekali nak juga merasa candle lite dinner. Nak juga merasa honeymoon berdua. Nak juga merasa dapat bunga satu bouquet.

Personally aku rasa, kalau suami dah begitu punya baik - nafkah cukup, tempat tinggal makan pakai semua selesa, bil-bil semua dia tanggung - apa salahnya aku keluar duit untuk holiday. Ini lebih best sebab aku boleh plan itinerary yang aku suka. Tapi tak bermakna kita kena lowerkan expectations atau give up on romance altogether. Tapi kita boleh adjust our expectations to fit the reality of our relationship. If grand romantic gestures are important, dan suami tak berkemampuan nak penuhi angan-angan kita, apa kata kita yang setup the plan. Minta suami bayar half :)

Oh lagi satu. Kita kena tahu some lelaki adalah nonchalant. Ini jenis suami yang acuh tak acuh, tak peduli, atau tak ambil berat tentang perkara yang biasanya perlukan perhatian atau penglibatan emosi. Nak kata blur pun tak. Dia macam laid-back, dan uninterested, especially dalam situasi di mana isteri mengharapkan lebih perhatian. Dia punya emotional engagement or responsiveness tu kureng.

Contoh, isteri penat balik kerja. Kat ofis ada masalah pulak timbul. Bila balik rumah, isteri pun mengadu kat suami. Suami jawab "Dahlah. Jangan pikir sangat. It's not a big deal". Takde lansung tunjukkan concern or interest. Ya, aku tahu suami sedang ajar isteri untuk bersabar. But sometimes kau kena peka dengan emosi dan situasi. Dalam emosi isteri yang berkecamuk macam tu, dengan penatnya, dengan banyak kerjanya, sesekali kau kena join dia membawang! Bagi dia lepaskan emosi. Jangan asyik-asyik suruh sabar sabar sabar. Karang kalau aku hilang sabar, dengan kau kau sekali hilang dari rumah ni.

Lagi satu komunikasi. Some lelaki dia punya level berserah tu tinggi nau. Dalam argument, instead of trying to communicate dan cari jalan penyelesaian, dia ambil langkah untuk "Oklah oklah. Awak betul. Abang salah". NO! Kau kena lawan bertekak dengan aku dulu. Dengar apa aku nak melahar. Banyak aku tak puas hati ni. Pastu kita sama-sama resolve the problem. Ujung nanti baru kau say sorry. Isteri bengang bila suami mengalah awal sangat. Katanya "Tak berbaloi kita bertekak sebab benda kecil ni". Mana kau tahu tak berbaloi? Benda kecil kalau tak settle, itulah nanti akan jadi punca cerai-berai.

Dulu aku gelak bila Pejabat Agama tunjuk senarai punca-punca bercerai. Antaranya, picit ubat gigi dari tengah. Nampak macam kelakar, kan? Nampak macam "Ah, ini bukan punca tapi alasan nak bercerai". But to some people, mereka sangat terganggu dengan ubat gigi yang dipicit tengah. Lama-kelamaan dia jadi suffocated dan cannot teruskan lagi marriage ni.

Emosi perempuan adalah sebahagian dari nafkah, ya. Sesekali dalam kereta masa tengah drive tu, genggam la tangan bini kau. Bukannya jauh pun. Sebelah je. Sesekali tarik wife tu bagi kiss kat pipi. Kau tak tau hanya kerana kiss yang sekejap tu, bukan main panjang isteri kau berdoa untuk kau lepas solat nanti. Ni tak, bila isteri tu rangkul pinggang suami masa berjalan kat mall, "Haishh. Orang nampak". Alahaiii. Takut orang nampak ke, takut girfren kau nampak? Bladihel.


2024-10-09

Tak selfish ke bila kita dah berkahwin, tapi masih nak maintain lifestyle sebelum kawen dan demand suami provide gaya hidup yang kita nak?


Ada yang tanya aku semalam, "Tak selfish ke bila kita dah berkahwin, tapi masih nak maintain lifestyle sebelum kawen dan demand suami provide gaya hidup yang kita nak?"

Sebenarnya, soalan ni reflects persepsi yang mungkin agak superficial tentang role suami isteri dalam rumah tangga. Tapi, kalau kita tengok dari sudut agama, ada prinsip yang mengatakan bahawa suami wajib sediakan keperluan isteri mengikut kemampuan yang sama dengan apa yang isteri biasa dapat sebelum berkahwin, seperti yang di-provide oleh ibu bapanya.

Dalam Islam, nafkah adalah tanggungjawab suami, and it includes basic needs macam tempat tinggal, makanan, pakaian, dan apa-apa keperluan lain yang sesuai dengan gaya hidup isteri sebelum berkahwin. Kalau semasa anak dara, isteri dah biasa hidup dalam keadaan selesa, contohnya ada pembantu rumah, tak perlu buat kerja rumah, atau hidup dengan standard tertentu yang ditetapkan oleh parentsnya, maka suami wajib cuba untuk sediakan perkara yang sama selepas kahwin.

Contoh, isteri tak biasa memasak atau kemas rumah sebab dari kecil semuanya maid buatkan, maka selepas kahwin, kalau isteri tak selesa buat semua tu, suami kena ambil kira untuk hire maid kerana itu adalah sebahagian dari gaya hidup isteri sebelum ni. Kalau isteri willing untuk belajar memasak atau menguruskan rumah, itu adalah pilihan peribadi dia, tetapi secara hukum suami tetap kena sediakan keperluan tadi.

This is not a matter of being "demanding" or being "selfish". On the other hand ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab suami untuk jaga kebajikan isteri. Nafkah bukan sekadar keperluan fizikal, tetapi termasuk menjaga mental dan emosi isteri supaya dia dapat hidup dalam suasana yang dia sudah terbiasa, asalkan suami mampu.

If the husband tak mampu nak sediakan gaya hidup yang isteri biasa dapat sebelum kahwin, inilah punca kenapa penting follow konsep sekufu in marriage. Sekufu means kesesuaian atau kesepadanan dalam aspek latar belakang, pendidikan, ekonomi, dan juga mindset. That does not mean pasangan mesti ada sama status in wealth, tetapi bertujuan untuk elakkan ketidakserasian besar yang boleh menyebabkan ketegangan dalam rumah tangga. Kalau suami isteri tak setaraf dalam latar belakang dan ekonomi tetapi ada mindset yang sama, masih dikatakan sekufu.

Ada satu aspek yang penting kat sini, iaitu komunikasi dan kompromi. Every marriage requires adjustment. Kadang-kadang gaya hidup sebelum kahwin mungkin tak boleh diteruskan sebab keadaan ekonomi atau family situations. Misalnya, suami belum mampu sediakan maid pada awal perkahwinan, tapi dengan proper planning, hal tu boleh dicapai kemudian. 

Dalam Islam, kemampuan suami untuk memenuhi nafkah isteri juga mesti diambil kira. Suami tak perlu memaksa diri to the point of being depressed. Sama seperti suami yang wajib jaga nafkah isteri, isteri pun kena faham yang tanggungjawab suami is not just to meet physical needs, tapi juga membentuk rumah tangga yang harmoni dan stabil. Suami kena be realistic tentang kemampuannya. Penting untuk isteri memahami situasi kewangan suami. Kalau suami dan isteri can communicate well tentang lifestyle yang masing-masing mahukan dan apa yang suami mampu sediakan, insyaallah, takde isu "selfish" atau "demand" yang timbul. That's why apa-apa, kita bincang.

3 bulan selepas kawen, aku and En Wan start cari rumah sewa. En Wan nak area Subang Jaya sebab kilang dia kat Seksyen 27 Shah Alam, border Subang Jaya. Banyak rumah sewa area ni, tapi En Wan spesific - sama ada kondo atau gated apartment with facilities. Dan dia nak NEW one, takde penyewa sebelumnya. Mana nak cari oii?? Nama pun rumah sewa, tentu-tentulah ada previous tenant. Lagipun, sabit nak menyewa je buat apa nak perabis banyak sangat. Flat biasa pun ok. Oh takk, dia demand nak seperti yang dia cari.

Kalau aku layankan emosi, memang bertekak teruk dah. Penat kot ikut dia tengok rumah sewa every weekend. Asal rumah tu ok, aku takde hal. En Wan punya "demand" buat aku letih melayan. Tapi nak buat macamana. Dari kecil dia dah duduk banglo. Kondo atau gated apartment adalah minimum requirement untuk orang macam dia. Aku on the other hand, tak pikir detail, asal rumah tu tak teruk sangat, I am fine.

So, it’s not uncommon for someone who has grown up with a certain lifestyle to expect similar experiences after marriage. Apetah lagi someone yang dah biasa dilayan dengan special surprises or lavish celebrations by their family and friends. Kita ambil contoh someone yang dari kecil hingga ke dewasa kerap holiday overseas, to places like New York. Dan dia juga biasa melepak dengan kawan-kawan di tempat yang best-best. Dan dia biasa dengan grand birthday surprises from family. Pengalaman yang dia biasa lalui dari kecil sampai besar dah membentuk expectations dia tentang apa yang "biasa" dalam kehidupan. So when this person berkahwin, she might naturally expect her spouse to continue the tradition.

Unfortunately, tak semua perkahwinan SEKUFU. Some marriage brings together two individuals with different backgrounds, financial situations, and values. Tradisi si perempuan tadi mungkin tak dapat diteruskan selepas berkahwin kerana keutamaan berubah. But when the wife masih nak teruskan kebiasaan itu, dia terpaksa menggunakan duitnya sendiri. Bagi kita yang tak biasa dengan tradisi begitu mudah kita kata "Kau nak lifestyle mewah, pakailah duit sendiri". But jangan lupa, dia dari kecil dah terbiasa dengan gaya hidup macam tu tanpa perlu guna duit sendiri. Bila kena pakai duit sendiri, that's a downgrade to her. Dan untuk dia beradaptasi dengan kebiasaan baru, bukan mudah.

Umpama anak masuk boarding school. Dah biasa kat rumah tido sebilik sorang, bilik air tak pernah berkongsi, makan sedap, tido beraircond, bukan senang nak ubah kebiasaan tu sekelip mata. Some people boleh, some people suffer. Bolehkah ketika seseorang suffer dengan perubahan ini kita kata orang itu selfish dan demanding? 

It’s important to understand that adapting to change takes time and varies from person to person. Just because someone finds it harder doesn’t make them unreasonable. Dalam perkahwinan, hanya kerana kita boleh bertolak-ansur dengan kewangan suami atau kita boleh berkongsi gaji dengan suami, kita tak boleh expect semua orang boleh buat benda yang sama. 

Semalam lalu kat TikTok seorang peguam syariah kata "Jangan biasakan isteri share nafkah". Nafkah tempat tinggal, makanan, pakaian dan perubatan TAK BOLEH KONGSI. Itu semua suami kena tanggung". 

Ok fine. Aku tahu lama dah tu. Tapi, aku tetap pilih untuk berkongsi. Aku bayar pakaian and makanan (pakaian aku). Baju anak dia bayar. Rumah dan segala bilnya, dia bayar. Medical card aku and Rayyan, aku bayar. Dia bayar untuk diri dia and Redza. Minyak kereta, sendiri punya kereta sendiri bayar. Tapi memandangkan ke mana-mana dia banyak pakai kereta dia, jadi aku bayarkan tol. Sebulan tol RM300 sebab En Wan banyak ke sana sini jumpa client. Takpelah, aku bayar.

However, aku tak ajak orang ikut cara aku. Aku berkongsi cerita saja. Kalau suami-suami yang baca post ni kata "Cuba tengok Kak Di, dia willing share gaji dengan En Wan" -- kau salah. Kalau isteri cakap "Cuba tengok En Wan selalu bawa Kak Di holiday masa birthday" -- pun kau salah. Jangan libatkan aku dalam krisis rumah tangga korang, ya. Aku ketuk karang.

Perkahwinan ialah perkongsian, dan sebahagian daripada perkongsian itu melibatkan understanding bahawa suami mungkin takde keupayaan kewangan yang besar. Mengharapkan sesuatu tanpa berbincang whether they are practical or not, memang agak selfish. However, it’s important to differentiate between being selfish and having desires. Tak salah pun kalau ada keinginan nak hidup mewah. Especially yang dah biasa dengan lifestyle macam tu. Aku faham sengsaranya orang-orang macam ni nak ubah kebiasaan.

Sebab itulah Islam dah gariskan satu benchmark, iaitu SEKUFU dalam memilih pasangan. Bila dah kahwin, aku realize betapa pentingnya memilih yang sekufu - keserasian mindset, pendidikan, agama, dan komunikasi. Banyak hal boleh dielak bila kahwin sekufu. 

Couple yang sekufu dari segi kewangan cenderung ada pandangan yang serupa tentang money management. Dorang faham had dan keutamaan dalam berbelanja. Kalau tak sekufu dalam hal ni, salah sorang mesti rasa tertekan bila yang sorang lagi terbiasa dengan gaya hidup mewah. Tak sekufu dalam latar belakang pun boleh influence cara sesebuah keluarga dibentuk. Contoh, someone yang datang dari keluarga yang menekankan higher education mungkin berbeza pandangan dengan someone yang kurang mementingkan pendidikan. Same goes to tradisi dan kebiasaan. 

Bila perkahwinan sekufu, isu "selfish" atau "demanding" kurang berlaku sebab both of them ada similar values, backgrounds, and expectations. Kesamaan ini menjadikan dorang lebih mudah faham keperluan dan kehendak masing-masing, serta lebih peka terhadap perasaan dan perspektif pasangan.

2024-10-08

Testimoni GreenAard: Lutut dah tak sakit lagi


Atas ni another testimoni dari customer GreenAard. Lepas bersalin anak ketiga, lutut selalu sakit-sakit. Dia ambil Gloei bukan untuk lutut, but for skin. Tapi dia noticed sakit lutut dah hilang? Adakah Gloei magik? Ok meh aku explain.

Gloei sebagaimana yang aku selalu bagitau, takde kolagen haiwan. TAK ADA KOLAGEN HAIWAN. Tapi Gloei boleh stimulate badan untuk keluarkan kolagen secara semulajadi. Bermakna kolagen yang terbentuk selepas ambil Gloei adalah kolagen badan kita sendiri.

Proses penghasilan kolagen dalam badan adalah BERTERUSAN, cuma ada beberapa sebab yang buatkan pengeluaran kolagen ni slow. Antaranya usia. Semakin bertambah umur, semakin kurang badan produce kolagen. Ada, tapi slow. That's why Gloei sengaja kita tak masukkan kolagen haiwan sebab badan kita memang boleh produce kolagen cuma kena rangsang saja.

Semakin bertambah umur, pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan. Ini yang buatkan sendi jadi sakit. Jadi, bila ambil Gloei, kolagen di bahagian rawan lutut bertambah, mengurangkan sakit sendi dari masa ke masa. Dalam erti kali lain, bila this customer akui sakit lutut dah hilang, itu ada bukti Gloei berjaya merangsang badan untuk produce kolagen sendiri.

Kalau sesiapa yang berminat cuba for the first time, boleh whatsapp admin now. Korang ada 2 pilihan:

1. Beli sebotol dan dapat gift
2. Beli sebotol, tambah RM1 saja lagi and dapat extra 5 sachet free

Offer ni dari 1 hingga 31 Oktober 2024 sahaja. Whatsapp 013-7557424 atau 012-7728976.


2024-10-07

Kau and pasangan boleh berbeza latar-belakang. Kalau mindset sama, komunikasi bagus, insyallah boleh pergi jauh.


Topik Fazura-Fatah bersepah-sepah di mana-mana. Nak dijadikan cerita hari ni birthday En Wan, jadi aku tak ambil port sangat nak mengecheck FB and IG melainkan up pasal last day sales GreenAard. Ofis pun tak masuk hari ni. Dah pukul 4.30 pm baru tahu akhirnya dorang bercerai juga. 

Allah...sedihnya aku. Aku bukan fans Fatah mahupun Fazura. Tapi terkejut sebab unexpected boleh bercerai. Aku suka couple ni sebab sama-sama cantik. Dorang ni dari bertunang, ke menikah, ke becerai - it was all one big surprise. Buat kejutan sokmo, betul tak? Terpana kejap tadi baca berita.

Walaupun agak tegang sekarang bila Fazura kata punca PERTAMA adakah nafkah, aku syak ini bukan nafkah bulanan yang biasa-biasa seperti mana kita rakyat marhaen dapat dari suami. Tak mungkin Fatah tak bagi nafkah, dia orang beragama. Kalau nilai nafkah tak cukup seperti yang diharapkan, boleh jadi. Apa-apa pun it seems more like a communication issue, not really about financial support.

Siapa pernah tengok C-Drama Meteor Garden? Cerita tahun 2018. Drama anak-anak remaja zaman kolej. Dak-dak muda suka kisah cinta macam ni. Masa ni Dylan Wang (male lead) sangat ketara kekayuannya. Tapi sebab dia hensem, beliau dimaafkan. Drama ni 49 episod. Aku stop setakat episod 29 saja. Tak mampu nak meneruskan. Sebab apa? Sebab karakter female lead sangatlah bongok dan menyakitkan hati!

Ok sabajap. Aku tahu korang pelik apesal dari Fatah-Fazura tetiba jump ke Meteor Garden pulak. Tunggu. Aku tahu nak relatekan isu ni.

Meh nak cerita kenapa aku bengang dengan female lead. 

Nama karakter female lead ni Shancai. Bukan orang senang. Maknya berniaga makanan. Tapi Sanchai budak bijak. Dapat masuk universiti yang hebat. Kat Uni dia belajar tu ada 4 orang senior lelaki yang genius, digelar Group F4. Bukan saja genius, tapi anak orang have-have too.

Sanchai ada incident dengan leader group F4. Leader ni namanya Dao Ming Si, anak orang kaya, handsome, dan bijak. Membesar dalam keluarga yang busy dengan bisnes, Dao Ming Si menjadi anak yang rebel. Tak reti cakap lembut dan kasar. Dia dengan Shancai selalu bergaduh. But eventually dia suka kat Sanchai cuma tak pandai nak tunjuk love language. 

Shancai ni pula syok kat kawan kepada Dao Ming Si, iaitu Huaze Lei. Huaze Lei dah ada girlfren yang belajar di Paris. Sanchai tahu hakikat tu tapi dasar bangang, masih berharap juga. Masih terhegeh-hegeh nak berkawan. Bila girlfren Huaze Lei kembali ke Shanghai, Shancai masih lagi mengharap dan selalu cari peluang untuk merapat dengan Huaze Lei sedangkan Dao Ming Si dah terang-terangan tunjuk perhatian pada dia.

Bila Huaze Lei ikut girlfrennya ke Paris, Shancai heart broken. Dalam tempoh tu dia mula berbaik dengan Dao Ming Si. Walaupun Dao Ming Si ni jenis kasar dan tak segentleman Huaze Lei, Dao Ming Si adalah orang yang tak segan tunjuk perihatin dan always take inisiatif untuk pursue Shancai. Yang si Sanchai masih lagi pentingkan orang lain berbanding Dao Ming Si. Sikit-sikit dahulukan orang lain. Macam attention seeker pun ada perempuan ni.

Bila Huaze Lei balik dari Paris sebab break dengan girlfren, cewahhh Sanchai tiba-tiba merapat semula, kembali menyondol Huaze Lei. Broken gila Dao Ming Si bila dapat tahu awek dia masih nak pada Huaze Lei. Punyalah heart broken, dia pindah ke London. 

Bila Dao Ming Si pindah London, barulah Sanchai terasa kehilangan. Masa tu baru dia sedar Dao Ming Si sangat fun to be with. Huaze Lei adalah memboringkan. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dan Huaze Lei juga lembab, tak pernah ada inisiatif. Segalanya "terpulanglah pada awak" punya type. Bila keluar date dengan Sanchai tak pernah plan nak makan kat mana, nak pergi mana. Macam takde planning punya orang. Masa ni aku dah start maki "Padan muka kau!"

One day Huaze Lei confess dia tak minat pun pada Sanchai. Dia cuma perlukan distraction saja sebab baru lepas break dengan girlfren. Kahkahkah. Padan muka. Dah elok-elok dapat yang sayang kau lebih, kau gi kejar orang yang kau sayang. Padahal orang tu sayang orang lain. Sanchai is so unbelievably stupid and dense! Dia takde clue lansung Dao Ming Si ada perasaan pada dia. Like, come on lah. Kalau orang tu sanggup buat macam-macam untuk kau, takkan kau masih tak realize kot? Even selepas Dao Ming Si confess suka kat dia pun, dia macam blur-blur and unsure. Nak kata bodoh, dapat masuk uni yang hebat. Letih aku melayan perangai Sanchai. Dialah punca aku tak habis Meteor Garden.

Aku ingatkan En Wan tu dah cukup annoying, rupanya Sanchai lagi teruk (kahkahkah, tiberrr nak sabitkan dengan laki sendiri). Tapi sumpah, I cannot stand dengan character Sanchai. Dia punya lack of response even to normal questions pun aku dah nak explode. Belum lagi dengan dia punya constant flip flopping. Pastu dengan perangai insecure lagi. Memang menyakitkan hati. Kau ni terencat ke apa? 

Dah bercouple dengan Dao Ming Si masih lagi nak act macam stranger. Nak sorok-sorok dari orang nampak. Tak nak makan semeja kat kolej takut orang tahu dorang bercouple. Pastu bila Dao Ming Si nak kiss, mengelak. So what if Dao Ming Si nak kiss kau? Grow up and stop acting like you are 12, bongok! 

Bila Dao Ming Si post kat media sosial yang dorang berdua are now together, Sanchai boleh marah kat Dao Ming Si kenapa make it public? Eh bodoh! Kau tu dahlah miskin, bukannya cantik sangat pun. Untunglah pakwe kaya, famous dan genius bangga bagitau satu dunia dia bercouple dengan kau. Yang kau pulak lelebih malulah apalah. Patutnya boifren kau yang malu dapat girlfren terencat. Kau kalau aku lempang karang satu sen tak guna.

Memanglah Dao Ming Si was a jerk in the beginning but slowly dia belajar untuk berlembut. He risk his own life multiple times untuk selamatkan girfren bongok tu. Tapi apa Sanchai buat? Dia buat macam Dao Ming Si nothing. Aku macam...eh kau ni ada bipolar ke? Watak Sanchai ni sangat insecure to the core level. Takut hilang kawan. Takut bila ada boifren nanti kawan-kawan jauhkan diri. Takut digossip. Takut nanti reputasi as nice girl jatuh. Memang menyakitkan hati sangat watak dia ni. Tak matang dan incredibly annoying. Setiap kali dia bercakap aku macam nak suruh dia diam je.

SEKUFU. Meteor Garden highlights just how important sekufu is when choosing a life partner. Sekufu tak semestinya sama latar belakang sosial dan ekonomi, tetapi juga KOMUNIKASI dan MINDSET. You and your partner can come from different backgrounds, whether it’s in terms of upbringing, culture, or finances. Tapi kalau mindset sama, komunikasi bagus, insyallah boleh pergi jauh. 

Macam Shancai ni berasal dari working class family yang sederhana. Dao Ming Si pula born into extreme wealth and privilege. Perbezaan ni memainkan peranan dalam membentuk behaviors, beliefs, and responses to the world around them. Kelakuan Dao Ming Si mencerminkan didikanya. Dia membesar dalam dunia yang ada kuasa dan pengaruh. Shancai pula dibesarkan dalam persekitaran yang lebih simple, praktikal dan sederhana. Jadi masing-masing susah nak faham perangai masing-masing.

In real life, when two people come from vastly different environments, salah faham pasti akan berlaku. Contohnya, pasangan kita dari kecil dah biasa dengan birthday celebration. Dah biasa dapat duit raya RM1-2K dari family. Dah biasa parents bawa holiday overseas. Dah biasa girls day out. Tup-tup kahwin dengan kau, semua tu tak dipraktikkan, malah dihalang. For those of us who grew up without that kind of luxury, kita pasti kata, "Ah mengada-ngadanya nak demand macam-macam dari suami!" But for her, it feels like a downgrade. Dia akan question kenapa suaminya treat seperti tu?

Orang yang membesar dalam persekitaran sosio-ekonomi yang berbeza akan ada pandangan yang berbeza tentang duit, kewajipan keluarga, dan interaksi sosial. Perbezaan ni can cause friction, especially kalau pasangan tak memahami dan berkomunikasi dengan baik. Bukan nak kata memilih pasangan dengan upbringing dan environment yang sama gerenti bahagia, but at least ada ASAS yang boleh dikongsi. Bila sama-sama dari latar belakang yang serupa, they are more likely to understand each other’s values, priorities, and concerns without needing to explain. Ini boleh mengurangkan salah faham pada perkara yang remeh.

Aku dengan En Wan berbeza background macam langit dengan bumi. Dia pernah tanya "Kenapa TV rumah Di kecil?" Kau pernah terpikir nak tanya soalan tu bila datang rumah orang? Nasib baik common sense aku tinggi. Aku faham dia dibesarkan dalam keluarga kaya. Rumah dia takde TV kecil. Of cos dia pelik macamana aku ramai-ramai dalam rumah tengok TV kecik? Tapi bagi aku yang marhaen, size TV tak penting. Yang penting TV tu color. Tahun 1986 (Darjah 3), TV rumah aku masih black and white, ya. So bila upgrade ke TV color, bangga gila. Dah rasa kaya betul walaupun size TV paling kecil.

Masa kecil, shopping baju raya pun kat Singapore. Aku shopping baju raya kat Sungai Wang je. Itupun kat bakul longgok-longgok. Aku tak pernah duit raya dari Mak Aji and Pak Aji. Kitorang takde kemewahan seperti tu. En Wan pulak duit raya daripada ayah dia saja dah menyamai duit raya aku + Ima + Ibal. Masa kat Jepun, tahun pertama lagi dah mampu pakai kereta sport. Beli guna duit tabung sendiri. Aku nak beli BMX pun tak lepas. 

Redza punya duit raya pertama adalah dari En Wan, seawal umur 1 tahun. Masa tu aku pelik, apesal nak bagi anak duit raya? Sebab keluarga aku tak pernah praktikkan bagi duit raya kat anak sendiri. Tapi kerana En Wan dah biasa dengan cara itu, dia praktikkan pula pada anak dia.

Kalau nak ikut, aku dengan En Wan tak sekufu. Jauh sangat. Yang buatkan kitorang kawen pun sebab ada kes. Itu cara Tuhan takdirkan jodoh. Aku selalu cakap kat En Wan kalaulah jalan takdir kita macam orang lain ikut flow berkenalan-bercinta-berkahwin, nescaya aku tak pilih dia as husband. Aku takkan pilih keluarga kaya untuk jadi besan Pak Aji and Mak Aji.

Tapi berkahwin dengan En Wan, aku lalui banyak hal yang aku tak pernah experience masa kecil. Contoh, aku tak pernah ada birthday party. Birthday celebration kitorang adik-beradik hanya kek, makan sambil minum petang dengan family di rumah. Dengan En Wan, dia celebrate birthday aku macam budak kecil. Dengan belon, dengan bunga, dengan kek, dengan hadiah, dengan staycation. Every year. Sebab dia biasa dapat birthday party masa kecil dulu. Jadi, dia praktikkan until now. Tu belum lagi anniversary bertunang pun celebrate, anniversary pertama kali jumpa pun dia celebrate.

Tahun ni busy urusan Redza nak fly, for the first time takde staycation sempena birthday aku. Dia bawa makan je. Tapi itu pun dah ok. Masih lebih baik dari apa yang aku dapat masa kecil. Redza sampai pelik "Kenapa mama tak staycation kali ni?" Sebab dia biasa tengok mak bapaknya honeymoon setiap kali birthday aku. 



Bukti dapat wish dari anak bujang last year masa maknya pi staycation celebrate birthday. Tak, yang aku pelik sekarang apesal aku nak mention kat Redza "Papa tido awal malam ni?" Kahkahkahkah.

Sekufu mindset. Shancai dan Dao Ming Si ada cara berbeza approaching life. Dao Ming Si bersifat impulsif, agresif dan direct, Shancai lebih pendiam, berhati-hati dan selalu tak sure dengan apa dia nak buat. Perbezaan inilah punca banyak konflik between them two. 

Shancai kejap sure kejap tak sure nak in relationship dengan Dao Ming Si. Maybe berpunca daripada sifat rendah diri. Mindset dia dikuasai oleh perasaan rendah diri. Dia always takut nak buat keputusan sebab tak nak buat salah. Bagi dia, bila berbuat salah akan merendahkan lagi harga diri. Dao Ming Si pula dibesarkan dengan gaya hidup konfiden dan always dapat apa yang dia nak. Orang salah faham konfiden dia as arrogant. Bila dorang bercouple, Shancai selalu merasa Dao Ming Si berlagak. Manakala Dao Ming Si selalu merasa Shancai tak appreciate life. 

Part ni aku can relate. Masa single dulu, aku berazam takkan pilih pasangan hidup yang latar-belakangnya lebih hebat dari keluarga aku. Aku tak nak letakkan mak bapak aku dalam situasi tak selesa. Biar dapat besan yang sekufu, supaya dorang tak rasa segan atau rendah diri. Biarlah besan orang kampung menoreh getah pun, I don't mind. Besan orang kaya I don't want. Tapi tu la kan, yang aku mengelak tu yang aku dapat. 

But MAYBE what makes our relationship work, despite the differences in family background, is the fact that we both communicate a lot. Aku tak suka merajuk-merajuk atau memendam rasa berlama-lama. Apa yang aku tak puas hati, jam tu juga settle. I am very loud, En Wan tahu tu. Dia pun suka agaknya sebab lebih melegakan fikiran. Takyah nak drag masalah. Sekarang juga bergaduh sampai jumpa win-win solution. 

Good communication bridges the gap between different upbringings. Good communication and mindset yang sekufu is more important than social status. Because at the end of the day, what truly matters is how well you and your partner understand each other, not the background you come from.

In reality, having a partner with a shared mindset can make life challenges much smoother. Bila mindset sekufu, cara kita approach problems, ambitions, and emotions tak jauh beza. Bergaduh tu ada, tapi less likely to clash over how to handle situations. Kalau sama-sama ada kesepakatan dalam pengurusan expenses rumah tangga and parenting, we can work as a team tanpa salah seorang merasa unsupported atau misunderstood.

Dalam marriage, sebenarnya isu duit adalah nombor 2, atau maybe 3. Yang pertama is always communication. Kalau awal-awal kita transparent tentang soal gaji, nafkah, perbelanjaan rumah, pembahagian tugas atau apa-apa berkaitan, insyallah banyak masalah boleh settle. Bab duit, memang kena clear cut betul-betul. Kena ada black and white kalau boleh. Nafkah cash nak bagi berapa sebulan. Nafkah makan berapa. Nafkah tempat tinggal berapa. Nafkah perubatan berapa. Nafkah anak berapa. Ini kena clear cut. Kalau nak berkongsi duit, kena clear cut kau cover apa, aku cover apa. 

Sebelum kawen kena tahu apa kebiasaan pasangan. Kalau bakal isteri dah biasa dapat allowance RM500 sebulan dari parents, suami kena bagi at least sama nilainya. Tak salah aku UAI pernah cakap, kalau isteri dibesarkan dengan ada pengasuh, suami dah jatuh hukum WAJIB sediakan pengasuh untuk isteri. Kerana isteri dibesarkan dengan keistimewaan itu. Kalau sebelum kawen isteri punya skincare RM1000 sebulan, bakal suami get readylah dengan amount ni. Kalau tak sanggup, then berbincang. 

Kita yang marhaen ni toksahlah tuduh perempuan tu demanding, perempuan ni demanding. Gaya hidup dia dah memang begitu sejak sebelum kawen. Dia berhak untuk meneruskan gaya hidup kebiasaannya. Kalau dia taknak contribute duit untuk perbelanjaan rumah kerana nak spend untuk diri sendiri saja, dia tak salah. Sekurang-kurangnya kau tak payah beli skincare dia yang beribu tu. Kau tumpu pada nafkah wajib saja.

Lain kali sebelum kawen, tengok siapa kawan-kawan bakal isteri. Kalau kawan-kawannya have-have, chances are suami mereka pun have-have juga. Tengok apa suami-suami kepada kawan-kawannya provide, sebab bakal isteri konfem akan expect layanan yang sama. Kalau kau perasan stok-stok perempuan kaya yang hang out together, the husbands lebih kurang sepesen je dari segi gaya hidup dan mindset. 

Jadi, jangan salahkan pasangan kalau kelihatan seperti demanding kerana dia sudah berada dalam environment begitu SEBELUM jadi isteri kau. You cannot expect her to change. Kau sebenarnya yang kena level up. Some lelaki aku tengok time nak mengorat dulu bukan main effortnya. Propose atas cruiselah. Dengan taburan kelopak mawar dari ground floor sampai ke tingkat 12. Celebrate birthday kat awan biru segala. Bertunang atas hot ballon bagai. Pastu bila perempuan tu jadi isteri, kau ajak dia hidup bersederhana. Kau tackle dia cara kayangan, pastu nak hidup bersama cara marhaen. Mana boleh!

2024-10-06

Testimoni GreenAard: Botol ke 11!

Testimoni siapalah sebelah tadi. 11 botol dah guna Makeup Remover. Ya Allah happynya aku bila staff share testimoni ni. Terima kasih sebab setia dengan Makeup Remover GreenAard. Dari awal testing Makeup Remover ni aku memang yakin boleh jual. Tapi macam biasalah, roommate I always kondem "Ada ke orang nak beli makeup remover mahal-mahal? Pakai sabun mandi takleh tanggal ke?" Cabaran besar betul aku ber-partner-kan Leslie copy ori gred AAA ni. Manjang je nak provoke aku. Tapi elok juga daripada dapat laki yang "sukati awaklah, abang ikut je". Eloklah dapat yang always lontar thought-provoking questions macam ni. Bergerak sikit kepala otak aku nak cari solution.

Sejarahnya, aku dulu pakai makeup remover Shu-Uemura. Mahal. Untuk 450 ml harganya RM300. Ini yang paling basic. Makeup remover dorang ada banyak jenis. Ada yang add on nutrient-nutrient tambahan. Can go up to RM450 sebotol. Aku always beli yang RM300 tu je sebab itu pun dah bagus. Makeup remover dia memang cepat tanggalkan mekap. Sedegil-degil mekap pun boleh clear in 1 minute. Cuma, kau kena bilas balik dengan sabun sebab remover dorang jenis oil. Kiranya kau kena buat double cleansing.

Bertahun-tahun aku dengan makeup remover Shu Uemura. Until one day aku rasa macam nak produce onw makeup remover with the same konsep, iaitu clean and clear in just 1 minute, tetapi taknak double cleansing. We manage to get the ingredients dalam makeup remover Shu Uemura and make comparison dengan ingredients that we plan to use. Masa dah buat testing apa semua, aku puas hati sebab menepati apa yang aku nak. Tak perlu double cleansing. Tapi, nak start jual tu agak payah.

Pertamanya, tak ramai influencer yang willing untuk buat iklan cuci mekap. Dorang takut nak tunjuk muka tanpa mekap agaknya. Yang ada pun, buat sekadar buat. Setakat tunjuk remover lipstik. Mata masih ada mekap tebal. Kening masih lagi berlukis. Pening aku mana nak cari influencer. Produk dah jalan ni padahal. Last-last pakai je muka sendiri. Muka sendiri pun cantik apa. Mbhahahahaha. Tak, aku cuma nak tunjuk mekap kau tanggal dengan cepat bila pakai mekap remover aku, tu je objektifnya. Misi aku produce produk ni adalah untuk selesaikan masalah aku benaunya. Aku memang nak remover yang cepat and tak payah double cleansing. Bila dah terbukti, kita share lah dengan ramai orang.

Alhamdulillah, dari 50 g, ke 125 g, dan now kita produce botol 180 g terus. Bak kata En Wan "Ada ke orang nak beli mekap remover mahal-mahal?". Dia tak tahu, orang yang pakai mekap memang akan cari remover yang boleh tanggalkan mekap dengan cepat. Tak kisah mahal, janji removes mekap cepat and efisien. Jadi, kita tumpu saja pada crowd-crowd. Crowd yang nak tenyeh pakai sabun buku Lux tu biarlah dia. Jangan kacau. Aku pun tak pernah memaksa. Aku sharing saja. Kalau nak cuba, lebih baik :). Anyways, terima kasih yang support Makeup Remover!

2024-10-05

C-Drama: Drama military/pakaian beruniform


Hari tu kan aku tepek OST Ace Troops and live performance Johnny Huang. Then ada yang tersangkut dengan lagu tu and tanya apa lagi lagu-lagu Johnny Huang sebab nak dengar. Takde, dik. Johnny bukan penyanyi. Dia hanya menyanyi lagu-lagu OST filem and drama dia je. Dia hanya boleh menyanyi, tapi takde album. Tapi ada a few OST nanti aku try cari videonya sebab nak tepek MP3 kat sini tak boleh.

Ok ni aku nak review drama-drama military/pakaian beruniform yang aku dah tengok.

My Dear Guardian. 
Ini aku review dah hari tu. Johnny Huang and Li Qin. Tentang Kapten Liang Mu Ze (Johnny) kapten special force yang duduk serumah dengan doktor tentera Dr Xia Chu (Li Qin). Dorang first met masa bertugas kat luar negara. Their initial meeting was unpleasant. Bila balik China, mak Kapten Liang yang berkawan baik dengan mak Dr Xia offer Dr Xia duduk rumah anak lelaki dia sebab Kapten Liang duduk kem. At least rumah tu ada orang duduk and jaga. Tapi nak dijadikan cerita, lepas balik dari bertugas luat negara, Kapten Liang kerap balik rumah dari duduk kem. Jadinya, dorang ni selalu bertekak kat rumah.

Mak Kapten Liang asyik set-kan blind date untuk anak lelaki dia ni. In order untuk elakkan another blind dates, Kapten Liang kata ajak Dr Xia menyamar jadi girlfren. This is actually a classic story of two people yang bermula dengan benci each other, then somehow ending up housemates, pastu acah-acah dating, ujung-ujung fall in love. Kalau expect drama ni heavy romance memang tak, ya. Banyak action scene dalam ni. As usual, Johnny always did his own stunts.

Reason Kapten Liang menyampah dengan Dr Xia awalnya sebab masa bertugas kat overseas, Dr Xia beria selamatkan musuh yang cedera. Kapten ni bengang sebab dorang beria nak bunuh musuh tapi Dr Xia pi treat musuh tu sampai baik. Bila both of them banyak habiskan masa bersama, they slowly develop more respect towards each other and saling support. 12 episod pertama drama ini are so sweet.




Road Home
Jing Bo Ran and Tan Song Yun. Yang ni SLOWWWWW. Penat aku nak habiskan cerita ni. Segala-galanya slow. Dia nak bercakap sesama dia pun slow. Haihhh. Cerita ni sebenarnya nak potray sisi cool seorang Kapten Lu Chen (Jing Bo Ran). He is a man who cooks, does house chores, and protects the country. A perfect man yang menyintai dalam dia, heartbroken dalam diam, tak pernah komplen, tak pernah show off, tak pernah seek glory and fame dan protective. Husband material sungguh kiranya ni. Tapi dek kerana terlalu cool, sampai jalan cerita pun jadi lembab.

Cerita ni takde konflik sebab masing-masing green flag. Yang perempuan sangat memahami. Yang lelaki sangat menyayangi. Aku tak berapa suka sangat cerita ni walaupun rating tinggi sebab too feel-good story. Kisah tentang long lost love antara keduanya yang bermula sejak sekolah menengah, kemudian berpisah semasa kat Uni sebab masing-masing long distance and busy dengan study. Berjumpa semula 15 tahun kemudian. The drama started great, tapi plot boring, repetitive, and very draggy, especially in the last 5 episodes aku skip skip skip je.




Arsenal Military Academy
Xu Kai and Bai Lu. Aku tengok drama ni sebab female lead-nya, Bai Lu. Suka sangat dengan Bai Lu. Dia ni campak apa role pun jadi. Kalau pairkan dia dengan male lead yang kayu pun cerita tu jadi sedap. Inilah drama military pertama yang male leadnya yang jambul masih panjang. Bladihel sungguh. Orang lain berlakon military rambut kontot. Si Xu Kai ni je sayang nak buang jambul. Takut hilang hensem la tu. Ce tengok Johnny, sampai rambut tak sempat nak panjang lansung asyik kena shave berlakon military. Bai Lu berani potong rambut pendek dalam drama ni. Tetap cantik. Tapi tu la, sebab masih cantik, tak lojik pulak rasanya takde siapa perasan dia perempuan dalam kem tu.

Kisah tentang recruit army dalam kem tentera. Xie Xiang (Bai Lu) join tentera untuk penuhi impian abangnya yang mati accident sebelum dapat masuk kem. Kat kem dia sebilik dengan Gu Yan (Xu Kai). Gu Yan ni anak orang kaya. Masuk kem bukan sebab dia nak join army tapi sebab bapak dia taknak bagi dia enjoy sangat menghabiskan harta keluarga. Gu Yan sangat playful dalam kem, tapi berani. Gu Yan macam dapat rasakan Xie Xiang perempuan sebab terjumpa baju dalam dalam beg Xie Xiang. Banyak kali time spot check dia selamatkan identiti Xie Xiang. One night Xie Xiang mabuk dan bagitau Gu Yan dia perempuan. Start from there Gu Yan start suka Xie Xiang. Tapi si Xie Xiang ni suka lelaki lain yang jadi rival Gu Yan di kem. Not so much on romance tapi ada la sweet sweet tu. Drama ni lebih tumpu pada konflik tentera.
 



You Are My Hero
Bai Jingting and Ma Sichun. Aku tengok muka male lead dah rasa tak minat nak tengok, tapi sebab orang kata best, sis cuba. Lepas tengok drama ni, I just don't feel like I have the interest to keep going, eventho it's not bad. Aku cuba tak nak bias, ya. Aku review pastu korang decide if this is for you. Aku dah decide this is not for me. Hahahaha. Masuk episod ke 10 aku dah rasa beratnya nak habiskan lagi 30 episod. Muka male lead pun macam budak sekolah menengah dengan badan sekeping muka baby faced tapi jadi SWAT Team Leader? Dah lah heavy romance as well. Ni cerita apa sebenaunya ni? Kau carry SWAT kot. Tunjukkanla kehebatan SWAT tu. Kalau nak tunjuk romance, baik kau jadi Kapten Pengakap je.

Kisah tentang Kapten Xing (Bai Jingting), kapten SWAT, yang menyelamatkan Dr Mi Ka (Ma Sichun) daripada rompakan bank 2 tahun lalu. They leave a lasting impression on each other, but don't keep in touch afterwards. Dr Mi Ka tak pernah nampak muka sebab pakai mask, tapi Kapten Xing ingat nama dia. Fate brings them together again 2 years later bila Dr Mi Ka mendaftar dalam kem latihan yang di-supervised oleh Kapten Xing.

Their relationship starts off rocky, ala-ala percintaan CEO dengan cleaner ofis. Kapten Xing sangat cold, distanced, and strict tapi ada huge soft spot for Dr Mi Ka. Standard la kan tentera kalau bercinta. Hahaha. Tapi aku suka how Kapten Xing and Dr Mi Ka experts in their respective fields. Rasanya Korea and China kalau buat drama profesion doktor and tentera memang particular sikit bab-bab teknikal, kan?

Cuma tu la, lepas episod 30 the plot derailed. Dah takde best sangat sebab fewer hospital cases. Mission yang Kapten Xing involve pun takde yang interesting. Aku syak masuk episod 30 script writer dah malas nak buat heavy plot. Pastu aku menyampah dah berpukuh episod eh tiba-tiba ada random love rival. Tak perlu kot plot ni kalau sekadar nak stir some angst. Pointless sungguh sebab the main leads have strong and healthy relationship dah. Buang masa je tiba-tiba nak wujudkan love rival. Ganggu mood aku je. Dah lah penat nak habiskan drama ni. Kau buat plot merepek pulak.

So should you watch? All in all, ok la kalau nak tengok. Easy-to-watch, very fluffy, minimal misunderstandings, charming characters. Tapi aku takkan repeatlah.




Fireworks of My Heart
Yang Yang and Wang Churan. Dua-dua KAYU. Hahahaha. Yang Yang ni berlakon apa pun kayu. Tapi kalau dapat female lead yang ok, kurang sikit kekayuannya. Tapi bila dia pair dengan Wang Churan, ya ampunnn. Elok disumpah jadi kayu je lah dua orang ni. Harap muka je Top 10 Most Handsome and Beautiful, tapi berlakon jahanam. Yang Yang ni kalau dapat berlakon dengan Johnny, konfem watak dia pengayuh beca je.

Drama ni considered one of the best, but has it's flaws. Pelakon utama dia lah spoil. Kisah tentang Kapten Bomba, Song Yan (Yang Yang) dan doktor Dr Xu (Wang Churan). Dorang ni bercinta masa sekolah dulu. Dr Xu bijak dan anak orang kaya. Kapten Song Yan anak orang biasa-biasa dan tak pandai sangat. Dorang berpisah masa Dr Xu sambung belajar kat overseas. Masa ni dia rasa Song Yan macam takde future sebab tak serius nak ubah hidup. Selepas break Song Yan nak distract himself dari heart broken, dia masuk army. Tapi ada politik issue yang menyebabkan dia tak dinaikkan pangkat. Yang ni ada kaitan dengan keluarga Dr Xu. Dia quit army and join bomba pulak.

Drama ni bernasib baik sebab scene firefighters and hospital lebih banyak dari kisah romance. Eloklah begitu sebab bila dorang berdua je, kekayuan tu terserlah. Tapi cerita ni best, cuma kalau watak dorang ni dapat kat pelakon lain mesti lagi best. Nak tunggu romance and sweet kau tunggu episod 20-25.
 



Being A Hero
Pelakon-pelakon dalam ni aku tak berapa kenal dan taknak kenal. Drama ni benar-benar menonjolkan dunia polis. Kalau suka genre macam ni, boleh tengok. 32 episod.

3 years ago, Wu Gang dibunuh oleh geng pengedar dadah. Anak lelaki dia, Wu Zhen Feng nak balas dendam, secara tak sengaja dia lancarkan operasi menyamar dan menyebabkan kawan baiknya Chen Yu diturunkan pangkat daripada unit narkotik. Wu Zhen Feng rasa bersalah, dia larikan diri ke sempadan. Chen Yu kejar non-stop dan dorang diculik. Wu Zhen Feng was brought away by pengedar dadah dan tak ada berita tenganya lagi sejak dari hari tu.

Tiga tahun kemudian, Chen Yu join semula unit narkotik dan handle satu kes yang dikaitkan dengan Wu Zhen Feng. Long story short, kedua-duanya akhirnya bertemu semula, dan Wu Zhen Feng jadi suspek kes pembunuhan. Chen Yu try to find the truth and nak clearkan nama Wu Zhen Feng, tapi dia found out Wu Zhen Feng ada tujuan lain. The two former best friends sekarang tak tahu mana satu yang cakap benar. Kalau suka heavy action drama macam ni, silakan.




The Glory of Special Forces
Sekali lagi pelakonnya Yang Yang. Tapi kat sini dia tak kayu sangat. Sebab this is a man's drama. Serious and proper military drama.

Kisah tentang Yang Pio Yue (Yang Yang) dari saat dia join tentera sampai jadi veteran tentera. Daripada seorang lelaki yang sombong dan pentingkan diri sendiri. Dia excellent dalam segala-galanya yet remains a loner that doesn't fit well with the team. Tapi lepas harsh training, he becomes a proper soldier. Karakter Yang Yang dalam ni aku menyampah. Dia sangat stubborn dan ego. Perasan the best walaupun new recruit. As the time went by, dia mula sedar ada ramai orang lain yang skillful. Slowly dia belajar bergaul. Kemudian berjaya sertai The Cheetah, unit paling elit. Man's drama like this tak banyak yang aku boleh review sebab fokus on action scenes. But this is a good drama.
 



Bright Eyes in the Dark
Johnny Huang Jingyu and Zhang Jingyi. Ni pun dah banyak kali aku review dan aku menghalang orang tengok. Sebab sad ending dan aku tak boleh terima ending yang abrupt macam tu. Cerita ni to me satu bonus untuk aku sebab ada Johnny and Wang Ziqi sekali.

Kisah tentang ahli bomba, Kapten Lin (Johnny) dengan peserta rancangan realiti, Nan Chu (Zhang Jingyi). Kapten Lin ada kemahiran memadam kebakaran yang luar biasa. Dia dipilih untuk jadi pengajar rancangan realiti yang purposenya untuk mempromosikan pengetahuan memadam kebakaran. Salah seorang peserta rancangan realiti is Nan Chu, seorang penari yang dia pernah selamatkan daripada kebakaran, 5 tahun dulu. Sejak diselamatkan, Nan Chu berazam nak cari bomba yang selamatkan dia tapi she has no idea siapa orangnya. Tapi slowly dia dapat tahu Kapten Lin orangnya.

Kapten Lin is tough as he needs to be as a leader, tapi soft when it comes to Nan Chu. Drama ni punya romance and action are balance. Tapi aku suka action scene better. Banyak mission yang dorang jalani dan sedih bila sorang, sorang team Kapten Lin mati dalam mission. Part ni beberapa aku merembes. Sebab drama ni dari awal dia tunjuk dorang punya brotherhood, so bila towards ending ramai yang mati, I is kenotlah. Merembes kerja aku tengok drama ni.

Dalam satu mission, salah sorang ahli terbaik Kapten Lin mati disebabkan kecuaian mangsa yang diselamatkan. So, teammate yang lain cari mangsa untuk balas dendam. Disebabkan kes tu, Kapten Lin sebagai ketua ditukarkan ke daerah lain untuk jadi bomba hutan. Dalam satu misi hutan terbakar, Kapten Lin mati dalam kebakaran tu. Scene mati ni dia tak tunjuk. Kau hanya realized Kapten Lin sebenarnya mati dalam hutan tu 5 minit sebelum drama ni tamat. Netizen China mengamuk ending hero mati sampai Johnny and Zhang Jing Yi kena buat public announcement bagitau Kapten Lin tak mati kerana drama tu open ending. Kau ingat netizen China nak percaya?? Obvious kot Kapten Lin mati.

Aku hanya bagi review ikhlas. Kalau nak tengok juga, silakan. Jangan merempan pastu, ya.




A Date with the Future
William Chan and Zhang Ruo Nan. Drama ni release tahun yang sama dengan Bright Eyes in the Dark. Kisah tentang bomba juga. Bomba dengan journalist.

10 tahun dulu, berlaku gempa bumi yang hampir meragut nyawa seorang budak perempuan sekolah menengah, Xu Lai (Zhang Ruo Nan). Yang selamat dia waktu tu ahli bomba nama Jin Shi Chuan (William Chan). Xu Lai terus terpikat dengan Jin. Dia buat perjanjian dengan Jin lagi 10 tahun dia akan cari semula. Disebabkan Xu Lai masa tu masih budak sekolah, Jin tak ambil port sangat and oklah dia pun janji untuk berjumpa balik lagi 10 tahun.

10 tahun kemudian, Jin is now Kapten Jin. Xu Lai dah jadi wartawan berita. One day ada major accident berlaku, Kapten Jin and his team bertugas untuk operasi menyelamat. Xu Lai reporter yang melaporkan kes. Dia recognize Kapten Jin serta-merta. Tapi dia tak kenalkan diri lagi masa ni.

Laporan berita yang Xu Lai dah disalah ertikan oleh netizen. Banyak poster media sosial kritik jabatan bomba. Untuk memperbetulkan keadaan, Xu Lai buat dokumnetari program tentang bomba dan dia kena tinggal di balai bomba for days. Kat situ dia confess dialah orang yang Kapten Jin selamatkan and dia tuntut janji yang dah dibuat 10 tahun lepas tapi Kapten Jin malas layan.

Drama ni tunjuk female lead pursue male lead. Interesting. Tapi dia bomba punya mission tak heavy sangat, lebih banyak tumpu pada romance part. Dah nama pun Date with the Future kan, haruslah banyak love scene. Not so bad, but not my taste. Kalau sesiapa kecewa dengan ending Bright Eyes in the Dark, bolehlah layan A Date with the Future sebab endingnya happy. Hero tak mati.


2024-10-04

Dakwaan makan supplement boleh bagi kesan buruk pada organ


Hari tu ada follower tanya pendapat tentang dakwaan makan supplement boleh bagi kesan buruk pada organ. Ok, claim ini bukan perkara baru. Sejak 20 tahun lepas lagi dah dengar. Usually medical professionals concern tentang long-term side effects. Zaman internet ni, dakwaan sebegini kerap dikongsi. Aku ada different perspective on this issue. While I respect the medical field, I believe that the blanket statement that "supplements damage organs" oversimplifies a much more nuanced topic.

Mula-mula nak cerita sikit tentang satu case study that was published 2-3 tahun lepas tentang kaitan seberapa kerap seseorang makan coklat dengan Body Mass Index-nya (BMI). Semua tahu kan BMI adalah ukuran tahap kegemukan.
 
So this test dibuat ke atas 1000 orang lelaki and perempuan (dewasa). In order to menilai kekerapan pengambilan coklat, semua participants kena jawab soalan - "Berapa kali seminggu makan coklat?". Dalam case study ni, energy intake semua orang dikira menggunakan questionnaire untuk tengok total food consumption.

What was interesting is that the researchers found out semakin kerap makan coklat, semakin rendah BMI (berat badan). Lojik ke? Sedangkan secara saintifik kita tahu coklat ada high levels of fat and sugar. Takkan boleh turunkan BMI? So apa yang aku boleh cakap kat sini, there is plenty of bad science out there. And it’s very hard to figure out what is solid and what is shaky. Dalam kajian makanan, we cannot simply cakap A boleh merosakkan buah pinggang, B boleh menyebabkan kanser, C boleh merosakkan hati.

Dalam kajian makanan, kena tahu role macro and micronutrients. What are carbohydrates, fats, proteins. How they are processed in the body. How do we determine the energy content of foods, dan sebagainya. It’s important to acknowledge that the supplement industry is VAST. Ada banyak jenis supplements — vitamins, minerals, herbal remedies, protein powders, meal replacements. Tu belum lagi specialized products macam boost immunity. Banyak.

So, when people make claims "supplements damage organs," selalunya dorang generalizekan tanpa consider perbezaan suplemen ni semua. Not all supplements are created equal. Some are backed by strong scientific evidence. Some are poorly formulated. The real issue lies in HOW THE PRODUCTS ARE MADE and HOW THEY ARE USED, bukannya melihat supplements as a whole. Kajian tentang penyakit are definitely important. Tapi apa yang aku nak sampaikan di sini is to give you the necessary knowledge to be more critical towards the messages that we constantly bombarded with. Ramai orang konfius dan tak tau what to believe anymore. Dalam nutritional science, ada banyak study yang perlu diperhalusi sebelum dikatakan selamat atau tak selamat.

People like me yang do food science, food safety and nutrition, our job is memastikan supplements yang kita produce selamat diambil, efektif dan based on scientific research. research. We don’t just throw ingredients together and hope for the best, ya: We look at bioavailability. Iaitu bagaimana badan berinteraksi dengan bahan-bahan aktif dalam suplemen, sama ada badan boleh can absorb bahan-bahan aktif tadi and use the nutrients. We focus on optimal dosages. We avoid excessive dosage yang boleh bagi tekanan pada badan, including the kidneys. A well-formulated supplement is designed to support the body, not harm it.

Ada beberapa approaches yang kitorang guna sebelum produk release. Experimental study. Observational study. Cross-case study. Case-control study. Cohort study. Macam-macam study diguna untuk make sure produk selamat. Kalau semua faham jenis studies ni, you will realize not all research findings carry the same amount of weight. Sama ada sesuatu case study itu dianggap penting dan berpengaruh depends on the quality of the research design.

Contohnya, pemanis buatan (artificial sweetener). Ada yang kata tak bagus. Tapi kita tak boleh simply buat conclusion “tak bagus” berdasarkan penggunaan hanya 7 orang selama 30 hari. Kita mesti buat control group. The reason why I'm saying that is because kita selalu terdedah kepada maklumat yang didasarkan pada orang yang produce produk, atau berdasarkan personal anecdotes yang kemudian di-generalized kepada semua orang. Contoh, bila someone kata dia makan supplement A lalu muka naik jerawat, maka produk tu tak bagus. Dianggap semua yang makan supplement A akan tumbuh jerawat. Tak boleh macam tu. As in court, kalau kita nak tuduh somene lakukan jenayah, perlu bukti untuk menyokong tuduhan. The burden of proof is on the one who declares, not on the one who denies. So, kalau claim apa-apa atau nak argue tentang apa-apa, mesti ada bukti to back up that claim by providing the actual evidence. And that evidence needs to be solid. Perlu dibuktikan secara saintifik.

Mostly cases yang kata supplements "damage the kidneys" selalunya adalah dari kes orang-orang yang ambil excessively high doses, often without guidance. Ambil vitamin C sebagai contoh. Vitamin C is just a vitamin. Generally kita tahu vitamin C bagus. In moderate amounts, it’s perfectly safe and beneficial. Tapi kalau kau ambil 10,000 mg daily, walau namanya viramin, tetap ada risiko such as kidney stones. Tapi boleh ke kita kata viramin C penyebab kidney stone? No. Moderation and proper use are key. The same goes for suplemen-suplemen lain.

Dalam kajian makanan, how we collect scientific evidence bukan bergantung pada kajian makmal dan kajian clinical 60-90 hari saja. Ada banyak yang kita tak tahu dan sometimes tak dapat dijelaskan dengan sains. Some questions kita tak dapat jawapan yang solid kerana sains sentiasa berevolusi. Of course certain knowledge is pretty fixed contohnya bagaimana lemak dipindahkan dalam darah. But when it comes to hubungan antara nutrition and health, there is often a lot more uncertainty. Dalam bahasa mudah, yang produce produk (termasuk founder) tak boleh overclaim dan yang tak mengambil supplemen tak boleh pukul rata bahawa supplemen boleh merosakkan organ.

Sebab itulah, dalam kajian makanan, kita melabelkan sesuatu findings kepada:

- meyakinkan
- berkemungkinan
- tidak dapat disimpulkan (inconclusive)

Ada banyak makanan/tumbuhan yang dah di-declare sebagai bagus untuk kesihatan dan scientifically proven macam tempe, salmon, yogurt, dark chocolate, kacang, tea treel oil, lavender, kunyit, chamomile, halia, bawang putih,...banyak. Kunyit tu punyalah berzaman orang guna tup tup bila ada orang produce supplement kunyit terus dikata kunyit penyebab penyakit. Tak ke pelik tu. It’s not the kunyit tapi excessive intake of suplemen kunyit.

Dalam experimental study, researchers buat actual experiment di mana a group of people diberikan certain type of diet, manakala satu group lain with different type of diet. Contohnya group A ambil diet low fiber. Group B ambil diet high fiber. Pernah tak nampak iklan tv kata "...kajian ke atas 200 orang menunjukkan 99% kesan positif...". Maksudnya, tak semua yang guna the produk dapat feedback positif. Maybe 1-2 orang tak dapat. Tetapi tidak bermakna produk tu teruk hanya kerana ia tak capai 100% kesan positif.

Another study untuk nutrition is observation study. Dalam study jenis ni, researchers tak buat apa-apa. They don't change anything. Dorang just observe and rekod dietary habits of a group of people. Dari situ dorang kaji kaitan makanan yang diambil dengan sebarang penyakit yang muncul. Contohnya, observation terhadap supplemen minyak zaitun. Dorang observe sama ada people yang makan minyak zaitun jantungnya lebih sihat. Atau sama ada orang yang kerap makan daging kadar kolesterol lebih tinggi. Atau sama ada pengambilan beta-karoten mengurangkan risiko kanser. Semua persoalan ini ditangani melalui observation study. Dalam observation studies, mereka yang terlibat tak diminta untuk ubah diet pun. Continue saja dengan tabiat makanan yang biasa dan dari situ researcher akan buat kesimpulan sama ada makanan-makanan yang dimakan tadi bagi mudarat atau tak.

Nampak macam simple, kan? Tapi untuk buat observation studies ni kena ambil kira banyak faktor sebab different environment have different diets and habits. Contoh kalau kita tengok orang Arab kuat makan daging, tapi sihat je. Orang Jepun paling kuat makan nasi tapi dorang kurus-kurus, tak gemuk pun. Orang Netherlands, bread-loving country. Breakfast roti, lunch pun roti. Banyak makan karbo tapi masalah obesiti tak besar pun kat sana. So kita tak boleh pukul rata makan nasi nanti gemyk sedangkan Jepun yang makan nasi hari-hari tu peratusan obesitinya rendah.  

Lagi satu study is cross-sectional studies. Hat ni pengambilan makanan dan kesannya dinilai PADA MASA YANG SAMA. Contoh, nak kaji tentang diet soda (minuman bergas) vs overweight. Jenis study ni, sekelompok orang yang minum diet soda akan ditanya how often pengambilan dalam sehari. Memandangkan diet soda kurang kalori dari regular soda, dah tentulah jangkaan kita orang yang minum diet soda BMI-nya lebih rendah dari yang minum regular soda, kan? Tapi ada possibility dalam study ni nanti jumpa orang yang minum diet soda, tapi BMI-nya tinggi. Jadi boleh ke kita assume diet soda penyebab kegemukan? No.

Ok let’s talk about quality. Not all supplements are created equal. Kat market Malaysia now dibanjiri dengan bermacam produk yang tak dapat dipastikan ok or not. Ada yang benar-benar good produk, ada yang jenis bancuh sendiri kat rumah. This is where people can get into trouble. Kalau kau beli suplemen yang tak tentu arah, yes, ada risiko memberi negative impact on your organs over time. But this is not an issue with supplements as a whole. It is an issue with bad supplements.

Lagi satu kan, MOST yang dapat sakit buah pinggang ketika makan suplemen selalunya ada pre-existing kidney conditions. Antara dia tahu atau tak saja. Kadang-kadang dia tahu tapi tetap nak ambil juga. Pastu kidney jadi makin teruk, tuduh suplemen puncanya. If your kidneys are already compromised, then yes, you need to be careful with what you put into your body, including supplements. Sebab itu GreenAard sangat titik-beratkan hal ni. Kita taknak jual semata-mata nak dapat profit. GreenAard is here to HELP. Kalau you tak boleh ambil disebabkan medical condition, kita straight cakap tak boleh ambil.

For the average healthy person, risiko mengambil suplemen is minimal when used correctly. Kitorang ada sorang customer yang buat diet Atkin (makan protein banyak). Recent checkup tunjuk ketones and creatinine high. Dia kata maybe sebab guna GC Plus. Tapi masa ni dia tak bagitau dia buat Atkins. So aku start dengan observational study. Aku bagi dia a set of questionnaire untuk dia jawab selama 45 hari. Barulah tahu dia buat Atkins diet. Bermakna, intake protein sangat tinggi. Pengambilan protein yang tinggi memang increase creatinine dan ketones dalam badan.

Sebab itulah the key is — MODERATION. Apa pun yang kita buat be it ambil suplemen atau berdiet. Kau buat over sikit, walau tak makan suplemen, tetap boleh dapat penyakit. Suplemen kalau diambil with the right context, akan bagi benefit. The real issue timbul bila orang salah guna suplemen, sama ada excessive intake atau choosing poor-quality products. Badan kita bergerak dengan keseimbangan nutrient. Suplemens are meant to help achieve that balance, not disrupt it. Cakap-cakap orang tentang "supplements damage organs" — hat ni it’s not about the supplements but how they’re used.

Meal supplements pun sama. Ramai orang kata meal supplement tak bagus especially when it comes to long-term use. Ini cuma product untuk bagi pengguna necessary nutrients untuk orang yang nak manage weight. Jadi kenapa agaknya ramai, especially doctors, criticize meal replacements? Satu sebab yang aku nampak is, doktors tak nak orang rely on meal replacement too heavily, hingga mengabaikan real, whole foods. Doctors risau pergantungan pada meal replacement alone, in long-term might lead to nutrient deficiencies or digestive issues, lebih-lebih lagi pada orang orang yang malas makan.

From food point of view, aku bersetuju yang whole foods should always be the foundation of your diet. Tetapi, meal replacements boleh menjadi tool yang bermanfaat especially when used correctly. Contoh, Maaltyd (terpaksa guna contoh produk sendiri). Orang-orang yang sedang berusaha to lose weight might struggle with portion sizes. Nak kurus, tapi tak boleh kawal rasa lapar. How? So GreenAard properly formulated meal replacement yang help control calorie intake, kurangkan rasa lapar, panjangkan rasa kenyang so that will make you easier to stay within a calorie deficit while still getting essential nutrients.

That’s why dari awal kita suggest AMBIL 1 SACHET MAALTYD SEHARI. Sebab kita taknak you dependant pada meal replacement sampai taknak makan whole food lansung. Tapi ada je tu yang seharian ambil Maaltyd. Nak kurus cepat. Esok bila badan sakit, tuduh produk aku la tu 🙄. Now, aku faham kenapa medical professionals risau orang ambil suplemens and meal replacements. Sebab ada orang taknak ikut arahan. Dia bedal selagi ada. Jangan memandai-mandai, ya. Kalau dah gemuk tu mula-mula kena terima hakikat. Pastu ambil Maaltyd atau GC Plus dengan konsisten mengikut dose. Tak payah nak laju-laju. Slowly berat akan turun.


2024-10-03

Blogging boleh jadi jutawan?


Aku nampak ni kat Thread.

Sebagai seorang blogger, aku adalah VALID nak bercakap pasal ni. Aku agak bersetuju dengan statement penulis thread ni. The idea of becoming a millionaire through blogging adalah satu MITOS that tends to get overhyped. Don’t get me wrong, blogging memang boleh bagi pendapatan yang lumayan. Tapi, DULU. Zaman blogging tengah mengganas. Waktu tu, bersepah-sepah orang nak jadi blogger. Peluang buat duit melalui blogging sangat besar masa tu, provided blog kau views tinggi la. Kalau blog sendu, memang payah nak dapat offer buat advert.

Zaman tu ramai nak jadi blogger. Sampai sanggup plagiat post orang lain. Ada yang lebih berani, terus copy personaliti blogger lain. Punyalah nak kejar rating. You know I knowlah bab ni, kan. Hahahaha. But the truth is, it’s not always the glamorous, atau kaya cepat seperti yang orang sangkakan. Senang, yes. Tapi sampai tahap jutawan, NO.

Zaman advertorial dulu, paling tinggi aku can dapat thru blogging was around RM30-35K. Melalui blogging sahaja. Ini pun aku banyak tolak offer sebab tak sempat. Sebab aku bukan full time blogger. Plus, some offer aku reject sebab tak selari dengan prinsip aku, contohnya, air tak sedap tapi suruh aku cakap sedap. Eh kau ni. Dah tak sedap nak buat camana. Kalau free review, memang aku tulis je tak sedap. Tapi sebab berbayar, tak best la ambik duit tapi bagi bad feedback. Baik aku reject je terus offer tu.

RM30-35K as a non-full time blogger is actually pretty impressive. To be honest, that’s already way beyond what most bloggers are making pada waktu tu. Ini aku bercakap tentang non-full time blogger tau. But still, that’s far from the "millionaire lifestyle" yang orang sangkakan. Kebanyakan bloggers yang seem to be living the high life selalunya sumber pendapatan bukan datang dari blogging saja. Jangan nak membongak kata hidup bak jutawan dengan berblogging. Nak kencing dak-dak hingusan ni bolehlah. Nak kencing aku, lambertttt lagi.

Bloggers yang jutawan atau income sebulan let say RM500-600K, PASTI ada multiple streams of income. Menipu sangat kalau kaya sebab blogging. Nak lagi kalau kau berblogging in bahasa melayu. Kau ingat blog kau boleh mendonia dengan bahasa melayu tu sampai boleh jadi jutawan? Melainkan ada kerjaya lain. Selalunya ada bisnes. Tak kisahlah bisnes apa apa pun, forex trading ke, investment ke, cuci duit ke, atau affiliate marketing at high level, yang pastinya blogging hanya one small piece dari income. MUSTAHIL blogging di Malaysia boleh jadi jutawan.

Income dari blogging ni datang dari sponsored posts and brand deals saja. Besar mana nau brand bayar untuk satu post? Kau blogger je tau, bukan ambassador. Walaupun these deals can be quite lucrative, idoklah sampai jadi jutawan. Suku jutawan pun jauhhhhh. Yang menjadikan blogger tu kaya-raya adalah ketika personal branding dah kukuh, lalu dia gunakan personal branding untuk kerjaya lain. Hat ni lojik. Maybe lepas personal branding kukuh, dia jadi consultant, atau buat freelance writing, or other expertise-based services yang menambah income.

Kalau ada sesiapa suspect those "millionaire " terlibat dengan forex atau cuci duit, hmmm yang tu aku tak tahulah. Memang ada ke blogger yang cuci duit kat Malaysia ni? As for forex, dulu pernah terbaca somewhere forex diwartakan as haram, sebab ada unsur gharar (ketidaktentuan), kan? Ke aku salah baca? Tapi aku taknak ulas pasal ni sebab isu ni sensitif. So kalau ada yang kata blogger tu jutawan, blogger ni jutawan, yes some bloggers have become millionaires, but it’s RARELY just from blogging alone. It’s the combination of their blog’s influence, their business, and other income streams.

Zaman media sosial yang mana kehidupan sehari-hari boleh dipamerkan, ramai yang ada persepsi salah tentang kaya vs realiti. Hanya kerana someone portrays themselves living a luxurious life online, tak semestinya itu adalah realiti harian dorang. Media sosial memang terer tunjuk highlight reel orang, dan blogger tak terkecuali. Ramai je yang membesar-besarkan kejayaan untuk tarik lebih ramai follower atau penaja. Some of these bloggers spent banyak daripada income yang dorang dapat untuk tunjuk luxurious life so that can attract sponsors. Ada yang buat loan semata-mata nak exaggerate their success untuk dapatkan more followers and sponsors. Trick ni bukan baru, ya. Lama dah. Antara sanggup buat atau tak je.

Another thing yang kena consider is timing. Blogging sekarang dah tak macam dulu. Sometimes aku tertanya-tanya gak, blogging ni wujud lagi ke? Aku masih berblogging bukan kerana trend, tapi memang suka menceceh. Tak ramai blogger seangkatan aku yang masih berblogging. Ramai dah berpindah ke Thread, IG and TikTok. Awal 2000s dulu less competition. It was easier to stand out and monetize a blog. Aku start blogging 2006 dengan nama Green Apple sempena warna kereta aveo. Lepas tu ramai pulak berkenan dengan nama apple sampaikan aku nak buat domain greenapple pun tak boleh dah. Terpaksa pakai www.dianaishak.com.

Nowadays, blogging dah bukan trend. Orang lebih prefer video-based macam TikTok and IG Reels sebab mudah. Tapi untuk aku yang suka menceceh panjang, I prefer to write. Ada orang view or not is not a problem, janji aku dapat menulis. Now dengan lambakan medium, and it’s harder to break through the noise. Kau kena buat lebih dari sekadar menjadi influencer dalam hanya satu medium kalau nak jadi senang. Bloggers yang hidup senang today sangat beruntung sebab dulu hanya blogging medium paling power. So they may have started at that time when the competition wasn’t as fierce. Tu pasal dorang punya personal branding besar dan kukuh.

Intinya, walaupun possible nak hidup mewah dengan berblogging, nak jadi jutawan tak boleh dengan blogging saja. Pasti combination of blogging, smart investments, and side ventures. Kalau strictly focused on blogging alone without diversifying, mustahil jadi jutawan. Membongak semata.


2024-10-02

Kenapa akak bagi En Wan pegang gaji?


Post aku last week aku ada cerita dulu En Wan pegang ATM card aku dan hanya bagi aku RM50 seminggu. Pandai-pandailah manage the money. Pastu ada sorang tu tanya "Kenapa akak bagi En Wan pegang gaji?"

Sebab aku ni kalau ada duit kat tangan, aku suka bagi-bagi orang tak tentu hala. Aku perlu someone yang kawal duit aku. Seriously, aku memang suka agih-agihkan duit aku kat orang. Masa kerja dengan MOSTI, aku masih single. Gaji RA dulu berapa je, RM1400. Lepas potong itu ini, dapatlah RM1200/bulan. Dengan duit yang macam tu, aku masih boleh mewahkan Ibal dengan bagi monthly allowance, belanja makan, belikan En Wan hadiah.

Untuk diri sendiri, kedekut. Walaupun dah ada gaji, skin care aku tetap Oil of Ulan seketul. Takde upgrade lansung. Perfume tetap Bodyshop RM30 tu. Henbeg tetap maintain pakai on fisrt day kerja, sampailah dah kawen baru tukar baru. Pakai beg hadiah hantaran kawen. Agaknya kalau tak jadi kawen, aku kekal pakai henbeg yang beli kat kiosk harga tak sampai RM50 tu. Sepanjang bekerja, aku hanya ada 1 kasut warna hitam yang beli dengan harga RM20. Ntah hape brand, bukan BATA. Kasta bawah lagi 😆.

Duit gaji aku buat bayar upah kereta jemput aku balik kerja dan simpan untuk nak kawen. Takde shopping-shopping baju pun. Ada sekali 2 je kot. Tapi duit aku tetap habis. Bagi Mak Aji, bagi Pak Aji, bagi Ibal, bagi arwah nenek. Belanja adik-adik makan. Padahal gaji ciput je. En Wan dah nampak potensi aku untuk mengagihkan duit dengan lebih banyak agaknya, sebab tu dia kawal duit aku. Disebabkan aku dah biasa tak mewahkan diri sendiri, jadi RM50 seminggu tu sufficient enough. Minyak and TnGo En Wan isikan so aku takyah risau bab tu. Memang senang betul beliau membela aku.

As sales, minyak boleh claim. Parking boleh claim. Tol boleh claim, So basically En Wan pakai duit dia dulu untuk isi minyak and TnGo aku, hujung bulan dia dapat balik. Medical card aku pun tak pernah sangkut bayar. Kereta aku sampai masanya dia akan hantar service. Dia settlekan semua. Aku tak pernah tanya apa dia buat dengan gaji and komisyen aku. Rezeki aku dapat suami yang tak kelepet duit bini. Dan rezeki dia dapat bini lurus bendul tak pernah question mana pergi duit gaji.

Renovate rumah, buat kolam ikan, pergi vacation overseas, buat makan-makan jamuan - nampaklah ke mana duit tu pergi. Semuanya sharing. Walaupun duitnya tak pegang kat tangan, at least aku nampak ke mana duit tu. Ke Hong Kong, ke Phuket, Ke Bali, ke sekolah tadika Redza, ke bibik, ke second house. Lainlah kalau gaji ambik tapi tak nampak perubahan dan pembaharuan. Rumah tak upgrade. Vacation tak pergi. Asyik makan kat rumah je. Medical card sangkut. Kereta tak ber-servis. Ha, yang tu barulah boleh question ke mana duit gaji aku pergi.

En Wan is very good at managing duit. Dia ni sejenis sistematik. Segalanya ada black and white and graf. Dia manage duit pakai graf, ya. Aku tak tahulah berapa punya nerd dia ni kat sekolah dulu. Aku rasa kalaulah aku single, mesti sampai sekarang aku duduk apartment Fairville kat USJ21 tu dan berkereta Kancil. Sebab aku sejenis tak kisah untuk diri sendiri. Aku lebih kisahkan happiness orang lain. Ini sindrom anak sulung. Sebab dah dibiasakan mendahulukan adik-adik dari kecil, bila dah besar takleh nak tune dah. Tetap dahulukan orang lain. Nasiblah berjodoh dengan En Wan. Merasa aku bertukar-tukar kereta and pindah-randah rumah baru.

Kereta Kancil aku yang Mak Aji hadiahkan tu merata aku bawak tau. Tganu dah sampai. Penang sampai. Merempit aku buat sales dari hujung ke hujung dengan Kancil. Kereta Kancil nevermind, asalkan komisyen 6-7 ribu sebulan. Gituuuu. Kalau En Wan tak suggest tukar aveo, konfem sampai sekarang aku lenjan Kancil. Kereta aku yang ASX and Estima, sama-sama dah habis bayar lama dah. Tapi aku tak tukar-tukar pun. Kawan-kawan aku tanya "ASX tu kau bila tahun 2011. Taknak tukar ke?"

Jawapan aku - TAK KUASA.

Nak buat apa tukar. Bukannya rosak. Lagipun Estima ada, kereta En Wan pun ada. Kalau sabit nak tukar hanya kerana dah habis bayar, memang bukan akulah. Aku ni sejenis lenjan sekali boleh. Henfon pun sama. Aku hanya ganti henfon kalau rosak. Selagi tak rosak, aku pakai. Si Rayyan hari tu tanya "Mama taknak beli iPhone 16 ke? Kamera mama ni 2 je. Orang lain dah pakai 3".

Lamberttttt lagi mak kau nak tukar henfon. Ok lagi iPhone 13 aku ni. Tak rosak. Merekah je. Kahkahkah.

Laptop aku lagilah, dah 8 tahun. Huruf A pun dah tak nampak A-nya. Dah 2 kali ganti bateri. Rayyan komplen "Papa dah pakai MacBook, abang dah get new laptop, mama pakai lagi laptop lama. Tak jeles ke?"

Mak kau nak jeles dengan orang? Eh banyak lagi benda aku nak kisahkan.


2024-10-01

Ingat perempuan nak ke jadi bossy 24 jam? Letih oi.


As someone yang lead company selama 16 tahun, wajar aku jadi dominan di ofis sebab aku decision maker. Kebanyakan orang kata perempuan yang jadi boss di ofis, terbawak-bawak karakter boss di rumah. Hakikatnya tak macam tu. Di ofis, yes kita dominan. Mestilah kena dominan sebab kena make tough decisions, kena take charge of situations, etc. Kalau lembik, macamana. Tapi itu di ofis. Bila step out of that environment contohnya berurusan dengan client/customer, karakter dah jadi lain.

We the bosses agak master in ability to switch between different personas. Kat ofis lain, jumpa client lain, di rumah pun lain. The expectations we have for ourself, and what others expect from us, change drastically. Kalau kat rumah, aku tetap nak En Wan jadi decision maker and uruskan banyak benda. Padahal drive alone ke sana sini jumpa client boleh. Tapi bila sampai rumah, nak pi Giant pun tunggu En Wan. Dia macam bukan tak boleh buat sendiri tau, tapi bila kat rumah, otomatik aku bertukar roh 😆.

Kebanyakan perempuan, termasuk aku tak nak bawak energi kat tempat kerja balik ke rumah. Kat rumah kita nak relax, nak let go of control, dan nak jadi diri sendiri. Masa aku and Dusty Pink Tits gi karaoke, kawan-kawan aku cakap "Bestnya hari ni dapat jadi diri sendiri. Kat ofis keras je". Itulah sebenarnya. Kitorang taknak bawak balik karakter ofis di luar ofis. Especially di rumah. Penatlah kalau kau nak expect perempuan jadi dominan juga. Biarlah di rumah lelaki jadi leader. Kitorang ok je kalau kat rumah ada orang lain lead. It's natural untuk kitorang switch from being in "boss mode" to being more vulnerable mode. Kita nak enjoy time without ada pressure nak lead the family.

Perempuan nak suami yang boleh buat keputusan, yang boleh memanjakan, yang bagi perhatian, yang bertanya "Kerja ok hari ni?", yang ajak cuddle-cuddle tengok TV, yang tido berpelukan sampai pagi. Sebab kat ofis kitorang penat jadi keras. Ingat perempuan nak ke jadi bossy 24 jam? Letih oi. That's why bila perempuan kelihatan dominan dan bossy di rumah, mesti suaminya lembik. Not to say lembik yang lembik, tapi tersangat rileks. Macam tak kisahlah apa-apa pun. Terserah. Terpulang. Sesekali bolehlah bagi isteri buat keputusan. Terserah awak. Terpulang awak. Abang ikut je. Sesekali je perempuan suka macam ni. Kalau dah selalu sangat, maka perempuan terpaksa remain in her "boss lady" role. Pastu orang kata dia queen control. Dah kalau laki jadi princess kat rumah, kau rasa apa pilihan yang dia ada? Kat rumah, kalaupun kau penat nak mandikan anak, at least keluarkan arahan pada anak "Pergi mandi sekarang. Lepas mandi towel tu gantung elok-elok. Baju kotor masukkan dalam bakul. Kalau papa nampak towel tak sidai, siap!".

Ini tak. Keluarkan arahan pun tak. Membongkang atas sofa macam kau sorang je penat balik kerja. Semua lepas kat bini. Terkangkang-kangkang bini nak handle semua. At least kalau suami dominan macam tu at home, isteri lega banyak tau.

Suami, tolong balancekan energi isteri anda. Allow her to be both strong and soft when needed. Perempuan kalau dah terbiasa kau biarkan segalanya dia handle, lama-lama kau kena tinggal. Bila kena tinggal esok, jangan kata dia ada lelaki lain pulak. Belum tentu dia ada lelaki lain, tapi yang pasti dia akan mencari lelaki lain yang lebih baik dari kau. Sebab kau kat rumah pun bukan ada function.