2024-10-05

C-Drama: Drama military/pakaian beruniform


Hari tu kan aku tepek OST Ace Troops and live performance Johnny Huang. Then ada yang tersangkut dengan lagu tu and tanya apa lagi lagu-lagu Johnny Huang sebab nak dengar. Takde, dik. Johnny bukan penyanyi. Dia hanya menyanyi lagu-lagu OST filem and drama dia je. Dia hanya boleh menyanyi, tapi takde album. Tapi ada a few OST nanti aku try cari videonya sebab nak tepek MP3 kat sini tak boleh.

Ok ni aku nak review drama-drama military/pakaian beruniform yang aku dah tengok.

My Dear Guardian
Ini aku review dah hari tu. Johnny Huang and Li Qin. Tentang Kapten Liang Mu Ze (Johnny) kapten special force yang duduk serumah dengan doktor tentera Dr Xia Chu (Li Qin). Dorang first met masa bertugas kat luar negara. Their initial meeting was unpleasant. Bila balik China, mak Kapten Liang yang berkawan baik dengan mak Dr Xia offer Dr Xia duduk rumah anak lelaki dia sebab Kapten Liang duduk kem. At least rumah tu ada orang duduk and jaga. Tapi nak dijadikan cerita, lepas balik dari bertugas luat negara, Kapten Liang kerap balik rumah dari duduk kem. Jadinya, dorang ni selalu bertekak kat rumah.

Mak Kapten Liang asyik set-kan blind date untuk anak lelaki dia ni. In order untuk elakkan another blind dates, Kapten Liang kata ajak Dr Xia menyamar jadi girlfren. This is actually a classic story of two people yang bermula dengan benci each other, then somehow ending up housemates, pastu acah-acah dating, ujung-ujung fall in love. Kalau expect drama ni heavy romance memang tak, ya. Banyak action scene dalam ni. As usual, Johnny always did his own stunts.

Reason Kapten Liang menyampah dengan Dr Xia awalnya sebab masa bertugas kat overseas, Dr Xia beria selamatkan musuh yang cedera. Kapten ni bengang sebab dorang beria nak bunuh musuh tapi Dr Xia pi treat musuh tu sampai baik. Bila both of them banyak habiskan masa bersama, they slowly develop more respect towards each other and saling support. 12 episod pertama drama ini are so sweet.




Road Home
Jing Bo Ran and Tan Song Yun. Yang ni SLOWWWWW. Penat aku nak habiskan cerita ni. Segala-galanya slow. Dia nak bercakap sesama dia pun slow. Haihhh. Cerita ni sebenarnya nak potray sisi cool seorang Kapten Lu Chen (Jing Bo Ran). He is a man who cooks, does house chores, and protects the country. A perfect man yang menyintai dalam dia, heartbroken dalam diam, tak pernah komplen, tak pernah show off, tak pernah seek glory and fame dan protective. Husband material sungguh kiranya ni. Tapi dek kerana terlalu cool, sampai jalan cerita pun jadi lembab.

Cerita ni takde konflik sebab masing-masing green flag. Yang perempuan sangat memahami. Yang lelaki sangat menyayangi. Aku tak berapa suka sangat cerita ni walaupun rating tinggi sebab too feel-good story. Kisah tentang long lost love antara keduanya yang bermula sejak sekolah menengah, kemudian berpisah semasa kat Uni sebab masing-masing long distance and busy dengan study. Berjumpa semula 15 tahun kemudian. The drama started great, tapi plot boring, repetitive, and very draggy, especially in the last 5 episodes aku skip skip skip je.




Arsenal Military Academy
Xu Kai and Bai Lu. Aku tengok drama ni sebab female lead-nya, Bai Lu. Suka sangat dengan Bai Lu. Dia ni campak apa role pun jadi. Kalau pairkan dia dengan male lead yang kayu pun cerita tu jadi sedap. Inilah drama military pertama yang male leadnya yang jambul masih panjang. Bladihel sungguh. Orang lain berlakon military rambut kontot. Si Xu Kai ni je sayang nak buang jambul. Takut hilang hensem la tu. Ce tengok Johnny, sampai rambut tak sempat nak panjang lansung asyik kena shave berlakon military. Bai Lu berani potong rambut pendek dalam drama ni. Tetap cantik. Tapi tu la, sebab masih cantik, tak lojik pulak rasanya takde siapa perasan dia perempuan dalam kem tu.

Kisah tentang recruit army dalam kem tentera. Xie Xiang (Bai Lu) join tentera untuk penuhi impian abangnya yang mati accident sebelum dapat masuk kem. Kat kem dia sebilik dengan Gu Yan (Xu Kai). Gu Yan ni anak orang kaya. Masuk kem bukan sebab dia nak join army tapi sebab bapak dia taknak bagi dia enjoy sangat menghabiskan harta keluarga. Gu Yan sangat playful dalam kem, tapi berani. Gu Yan macam dapat rasakan Xie Xiang perempuan sebab terjumpa baju dalam dalam beg Xie Xiang. Banyak kali time spot check dia selamatkan identiti Xie Xiang. One night Xie Xiang mabuk dan bagitau Gu Yan dia perempuan. Start from there Gu Yan start suka Xie Xiang. Tapi si Xie Xiang ni suka lelaki lain yang jadi rival Gu Yan di kem. Not so much on romance tapi ada la sweet sweet tu. Drama ni lebih tumpu pada konflik tentera.
 



You Are My Hero
Bai Jingting and Ma Sichun. Aku tengok muka male lead dah rasa tak minat nak tengok, tapi sebab orang kata best, sis cuba. Lepas tengok drama ni, I just don't feel like I have the interest to keep going, eventho it's not bad. Aku cuba tak nak bias, ya. Aku review pastu korang decide if this is for you. Aku dah decide this is not for me. Hahahaha. Masuk episod ke 10 aku dah rasa beratnya nak habiskan lagi 30 episod. Muka male lead pun macam budak sekolah menengah dengan badan sekeping muka baby faced tapi jadi SWAT Team Leader? Dah lah heavy romance as well. Ni cerita apa sebenaunya ni? Kau carry SWAT kot. Tunjukkanla kehebatan SWAT tu. Kalau nak tunjuk romance, baik kau jadi Kapten Pengakap je.

Kisah tentang Kapten Xing (Bai Jingting), kapten SWAT, yang menyelamatkan Dr Mi Ka (Ma Sichun) daripada rompakan bank 2 tahun lalu. They leave a lasting impression on each other, but don't keep in touch afterwards. Dr Mi Ka tak pernah nampak muka sebab pakai mask, tapi Kapten Xing ingat nama dia. Fate brings them together again 2 years later bila Dr Mi Ka mendaftar dalam kem latihan yang di-supervised oleh Kapten Xing.

Their relationship starts off rocky, ala-ala percintaan CEO dengan cleaner ofis. Kapten Xing sangat cold, distanced, and strict tapi ada huge soft spot for Dr Mi Ka. Standard la kan tentera kalau bercinta. Hahaha. Tapi aku suka how Kapten Xing and Dr Mi Ka experts in their respective fields. Rasanya Korea and China kalau buat drama profesion doktor and tentera memang particular sikit bab-bab teknikal, kan?

Cuma tu la, lepas episod 30 the plot derailed. Dah takde best sangat sebab fewer hospital cases. Mission yang Kapten Xing involve pun takde yang interesting. Aku syak masuk episod 30 script writer dah malas nak buat heavy plot. Pastu aku menyampah dah berpukuh episod eh tiba-tiba ada random love rival. Tak perlu kot plot ni kalau sekadar nak stir some angst. Pointless sungguh sebab the main leads have strong and healthy relationship dah. Buang masa je tiba-tiba nak wujudkan love rival. Ganggu mood aku je. Dah lah penat nak habiskan drama ni. Kau buat plot merepek pulak.

So should you watch? All in all, ok la kalau nak tengok. Easy-to-watch, very fluffy, minimal misunderstandings, charming characters. Tapi aku takkan repeatlah.




Fireworks of My Heart
Yang Yang and Wang Churan. Dua-dua KAYU. Hahahaha. Yang Yang ni berlakon apa pun kayu. Tapi kalau dapat female lead yang ok, kurang sikit kekayuannya. Tapi bila dia pair dengan Wang Churan, ya ampunnn. Elok disumpah jadi kayu je lah dua orang ni. Harap muka je Top 10 Most Handsome and Beautiful, tapi berlakon jahanam. Yang Yang ni kalau dapat berlakon dengan Johnny, konfem watak dia pengayuh beca je.

Drama ni considered one of the best, but has it's flaws. Pelakon utama dia lah spoil. Kisah tentang Kapten Bomba, Song Yan (Yang Yang) dan doktor Dr Xu (Wang Churan). Dorang ni bercinta masa sekolah dulu. Dr Xu bijak dan anak orang kaya. Kapten Song Yan anak orang biasa-biasa dan tak pandai sangat. Dorang berpisah masa Dr Xu sambung belajar kat overseas. Masa ni dia rasa Song Yan macam takde future sebab tak serius nak ubah hidup. Selepas break Song Yan nak distract himself dari heart broken, dia masuk army. Tapi ada politik issue yang menyebabkan dia tak dinaikkan pangkat. Yang ni ada kaitan dengan keluarga Dr Xu. Dia quit army and join bomba pulak.

Drama ni bernasib baik sebab scene firefighters and hospital lebih banyak dari kisah romance. Eloklah begitu sebab bila dorang berdua je, kekayuan tu terserlah. Tapi cerita ni best, cuma kalau watak dorang ni dapat kat pelakon lain mesti lagi best. Nak tunggu romance and sweet kau tunggu episod 20-25.
 



Being A Hero
Pelakon-pelakon dalam ni aku tak berapa kenal dan taknak kenal. Drama ni benar-benar menonjolkan dunia polis. Kalau suka genre macam ni, boleh tengok. 32 episod.

3 years ago, Wu Gang dibunuh oleh geng pengedar dadah. Anak lelaki dia, Wu Zhen Feng nak balas dendam, secara tak sengaja dia lancarkan operasi menyamar dan menyebabkan kawan baiknya Chen Yu diturunkan pangkat daripada unit narkotik. Wu Zhen Feng rasa bersalah, dia larikan diri ke sempadan. Chen Yu kejar non-stop dan dorang diculik. Wu Zhen Feng was brought away by pengedar dadah dan tak ada berita tenganya lagi sejak dari hari tu.

Tiga tahun kemudian, Chen Yu join semula unit narkotik dan handle satu kes yang dikaitkan dengan Wu Zhen Feng. Long story short, kedua-duanya akhirnya bertemu semula, dan Wu Zhen Feng jadi suspek kes pembunuhan. Chen Yu try to find the truth and nak clearkan nama Wu Zhen Feng, tapi dia found out Wu Zhen Feng ada tujuan lain. The two former best friends sekarang tak tahu mana satu yang cakap benar. Kalau suka heavy action drama macam ni, silakan.




The Glory of Special Forces
Sekali lagi pelakonnya Yang Yang. Tapi kat sini dia tak kayu sangat. Sebab this is a man's drama. Serious and proper military drama.

Kisah tentang Yang Pio Yue (Yang Yang) dari saat dia join tentera sampai jadi veteran tentera. Daripada seorang lelaki yang sombong dan pentingkan diri sendiri. Dia excellent dalam segala-galanya yet remains a loner that doesn't fit well with the team. Tapi lepas harsh training, he becomes a proper soldier. Karakter Yang Yang dalam ni aku menyampah. Dia sangat stubborn dan ego. Perasan the best walaupun new recruit. As the time went by, dia mula sedar ada ramai orang lain yang skillful. Slowly dia belajar bergaul. Kemudian berjaya sertai The Cheetah, unit paling elit. Man's drama like this tak banyak yang aku boleh review sebab fokus on action scenes. But this is a good drama.
 



Bright Eyes in the Dark
Johnny Huang Jingyu and Zhang Jingyi. Ni pun dah banyak kali aku review dan aku menghalang orang tengok. Sebab sad ending dan aku tak boleh terima ending yang abrupt macam tu. Cerita ni to me satu bonus untuk aku sebab ada Johnny and Wang Ziqi sekali.

Kisah tentang ahli bomba, Kapten Lin (Johnny) dengan peserta rancangan realiti, Nan Chu (Zhang Jingyi). Kapten Lin ada kemahiran memadam kebakaran yang luar biasa. Dia dipilih untuk jadi pengajar rancangan realiti yang purposenya untuk mempromosikan pengetahuan memadam kebakaran. Salah seorang peserta rancangan realiti is Nan Chu, seorang penari yang dia pernah selamatkan daripada kebakaran, 5 tahun dulu. Sejak diselamatkan, Nan Chu berazam nak cari bomba yang selamatkan dia tapi she has no idea siapa orangnya. Tapi slowly dia dapat tahu Kapten Lin orangnya.

Kapten Lin is tough as he needs to be as a leader, tapi soft when it comes to Nan Chu. Drama ni punya romance and action are balance. Tapi aku suka action scene better. Banyak mission yang dorang jalani dan sedih bila sorang, sorang team Kapten Lin mati dalam mission. Part ni beberapa aku merembes. Sebab drama ni dari awal dia tunjuk dorang punya brotherhood, so bila towards ending ramai yang mati, I is kenotlah. Merembes kerja aku tengok drama ni.

Dalam satu mission, salah sorang ahli terbaik Kapten Lin mati disebabkan kecuaian mangsa yang diselamatkan. So, teammate yang lain cari mangsa untuk balas dendam. Disebabkan kes tu, Kapten Lin sebagai ketua ditukarkan ke daerah lain untuk jadi bomba hutan. Dalam satu misi hutan terbakar, Kapten Lin mati dalam kebakaran tu. Scene mati ni dia tak tunjuk. Kau hanya realized Kapten Lin sebenarnya mati dalam hutan tu 5 minit sebelum drama ni tamat. Netizen China mengamuk ending hero mati sampai Johnny and Zhang Jing Yi kena buat public announcement bagitau Kapten Lin tak mati kerana drama tu open ending. Kau ingat netizen China nak percaya?? Obvious kot Kapten Lin mati.

Aku hanya bagi review ikhlas. Kalau nak tengok juga, silakan. Jangan merempan pastu, ya.




A Date with the Future
William Chan and Zhang Ruo Nan. Drama ni release tahun yang sama dengan Bright Eyes in the Dark. Kisah tentang bomba juga. Bomba dengan journalist.

10 tahun dulu, berlaku gempa bumi yang hampir meragut nyawa seorang budak perempuan sekolah menengah, Xu Lai (Zhang Ruo Nan). Yang selamat dia waktu tu ahli bomba nama Jin Shi Chuan (William Chan). Xu Lai terus terpikat dengan Jin. Dia buat perjanjian dengan Jin lagi 10 tahun dia akan cari semula. Disebabkan Xu Lai masa tu masih budak sekolah, Jin tak ambil port sangat and oklah dia pun janji untuk berjumpa balik lagi 10 tahun.

10 tahun kemudian, Jin is now Kapten Jin. Xu Lai dah jadi wartawan berita. One day ada major accident berlaku, Kapten Jin and his team bertugas untuk operasi menyelamat. Xu Lai reporter yang melaporkan kes. Dia recognize Kapten Jin serta-merta. Tapi dia tak kenalkan diri lagi masa ni.

Laporan berita yang Xu Lai dah disalah ertikan oleh netizen. Banyak poster media sosial kritik jabatan bomba. Untuk memperbetulkan keadaan, Xu Lai buat dokumnetari program tentang bomba dan dia kena tinggal di balai bomba for days. Kat situ dia confess dialah orang yang Kapten Jin selamatkan and dia tuntut janji yang dah dibuat 10 tahun lepas tapi Kapten Jin malas layan.

Drama ni tunjuk female lead pursue male lead. Interesting. Tapi dia bomba punya mission tak heavy sangat, lebih banyak tumpu pada romance part. Dah nama pun Date with the Future kan, haruslah banyak love scene. Not so bad, but not my taste. Kalau sesiapa kecewa dengan ending Bright Eyes in the Dark, bolehlah layan A Date with the Future sebab endingnya happy. Hero tak mati.