2024-10-06

Testimoni Makeup Remover: Botol ke 11!

Testimoni siapalah sebelah tadi. 11 botol dah guna Makeup Remover. Ya Allah happynya aku bila staff share testimoni ni. Terima kasih sebab setia dengan Makeup Remover GreenAard. Dari awal testing Makeup Remover ni aku memang yakin boleh jual. Tapi macam biasalah, roommate I always kondem "Ada ke orang nak beli makeup remover mahal-mahal? Pakai sabun mandi takleh tanggal ke?" Cabaran besar betul aku ber-partner-kan Leslie copy ori gred AAA ni. Manjang je nak provoke aku. Tapi elok juga daripada dapat laki yang "sukati awaklah, abang ikut je". Eloklah dapat yang always lontar thought-provoking questions macam ni. Bergerak sikit kepala otak aku nak cari solution.

Sejarahnya, aku dulu pakai makeup remover Shu-Uemura. Mahal. Untuk 450 ml harganya RM300. Ini yang paling basic. Makeup remover dorang ada banyak jenis. Ada yang add on nutrient-nutrient tambahan. Can go up to RM450 sebotol. Aku always beli yang RM300 tu je sebab itu pun dah bagus. Makeup remover dia memang cepat tanggalkan mekap. Sedegil-degil mekap pun boleh clear in 1 minute. Cuma, kau kena bilas balik dengan sabun sebab remover dorang jenis oil. Kiranya kau kena buat double cleansing.

Bertahun-tahun aku dengan makeup remover Shu Uemura. Until one day aku rasa macam nak produce onw makeup remover with the same konsep, iaitu clean and clear in just 1 minute, tetapi taknak double cleansing. We manage to get the ingredients dalam makeup remover Shu Uemura and make comparison dengan ingredients that we plan to use. Masa dah buat testing apa semua, aku puas hati sebab menepati apa yang aku nak. Tak perlu double cleansing. Tapi, nak start jual tu agak payah.

Pertamanya, tak ramai influencer yang willing untuk buat iklan cuci mekap. Dorang takut nak tunjuk muka tanpa mekap agaknya. Yang ada pun, buat sekadar buat. Setakat tunjuk remover lipstik. Mata masih ada mekap tebal. Kening masih lagi berlukis. Pening aku mana nak cari influencer. Produk dah jalan ni padahal. Last-last pakai je muka sendiri. Muka sendiri pun cantik apa. Mbhahahahaha. Tak, aku cuma nak tunjuk mekap kau tanggal dengan cepat bila pakai mekap remover aku, tu je objektifnya. Misi aku produce produk ni adalah untuk selesaikan masalah aku benaunya. Aku memang nak remover yang cepat and tak payah double cleansing. Bila dah terbukti, kita share lah dengan ramai orang.

Alhamdulillah, dari 50 g, ke 125 g, dan now kita produce botol 180 g terus. Bak kata En Wan "Ada ke orang nak beli mekap remover mahal-mahal?". Dia tak tahu, orang yang pakai mekap memang akan cari remover yang boleh tanggalkan mekap dengan cepat. Tak kisah mahal, janji removes mekap cepat and efisien. Jadi, kita tumpu saja pada crowd-crowd. Crowd yang nak tenyeh pakai sabun buku Lux tu biarlah dia. Jangan kacau. Aku pun tak pernah memaksa. Aku sharing saja. Kalau nak cuba, lebih baik :). Anyways, terima kasih yang support Makeup Remover!