2024-10-09

Tak selfish ke bila kita dah berkahwin, tapi masih nak maintain lifestyle sebelum kawen dan demand suami provide gaya hidup yang kita nak?


Ada yang tanya aku semalam, "Tak selfish ke bila kita dah berkahwin, tapi masih nak maintain lifestyle sebelum kawen dan demand suami provide gaya hidup yang kita nak?"

Sebenarnya, soalan ni reflects persepsi yang mungkin agak superficial tentang role suami isteri dalam rumah tangga. Tapi, kalau kita tengok dari sudut agama, ada prinsip yang mengatakan bahawa suami wajib sediakan keperluan isteri mengikut kemampuan yang sama dengan apa yang isteri biasa dapat sebelum berkahwin, seperti yang di-provide oleh ibu bapanya.

Dalam Islam, nafkah adalah tanggungjawab suami, and it includes basic needs macam tempat tinggal, makanan, pakaian, dan apa-apa keperluan lain yang sesuai dengan gaya hidup isteri sebelum berkahwin. Kalau semasa anak dara, isteri dah biasa hidup dalam keadaan selesa, contohnya ada pembantu rumah, tak perlu buat kerja rumah, atau hidup dengan standard tertentu yang ditetapkan oleh parentsnya, maka suami wajib cuba untuk sediakan perkara yang sama selepas kahwin.

Contoh, isteri tak biasa memasak atau kemas rumah sebab dari kecil semuanya maid buatkan, maka selepas kahwin, kalau isteri tak selesa buat semua tu, suami kena ambil kira untuk hire maid kerana itu adalah sebahagian dari gaya hidup isteri sebelum ni. Kalau isteri willing untuk belajar memasak atau menguruskan rumah, itu adalah pilihan peribadi dia, tetapi secara hukum suami tetap kena sediakan keperluan tadi.

This is not a matter of being "demanding" or being "selfish". On the other hand ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab suami untuk jaga kebajikan isteri. Nafkah bukan sekadar keperluan fizikal, tetapi termasuk menjaga mental dan emosi isteri supaya dia dapat hidup dalam suasana yang dia sudah terbiasa, asalkan suami mampu.

If the husband tak mampu nak sediakan gaya hidup yang isteri biasa dapat sebelum kahwin, inilah punca kenapa penting follow konsep sekufu in marriage. Sekufu means kesesuaian atau kesepadanan dalam aspek latar belakang, pendidikan, ekonomi, dan juga mindset. That does not mean pasangan mesti ada sama status in wealth, tetapi bertujuan untuk elakkan ketidakserasian besar yang boleh menyebabkan ketegangan dalam rumah tangga. Kalau suami isteri tak setaraf dalam latar belakang dan ekonomi tetapi ada mindset yang sama, masih dikatakan sekufu.

Ada satu aspek yang penting kat sini, iaitu komunikasi dan kompromi. Every marriage requires adjustment. Kadang-kadang gaya hidup sebelum kahwin mungkin tak boleh diteruskan sebab keadaan ekonomi atau family situations. Misalnya, suami belum mampu sediakan maid pada awal perkahwinan, tapi dengan proper planning, hal tu boleh dicapai kemudian. 

Dalam Islam, kemampuan suami untuk memenuhi nafkah isteri juga mesti diambil kira. Suami tak perlu memaksa diri to the point of being depressed. Sama seperti suami yang wajib jaga nafkah isteri, isteri pun kena faham yang tanggungjawab suami is not just to meet physical needs, tapi juga membentuk rumah tangga yang harmoni dan stabil. Suami kena be realistic tentang kemampuannya. Penting untuk isteri memahami situasi kewangan suami. Kalau suami dan isteri can communicate well tentang lifestyle yang masing-masing mahukan dan apa yang suami mampu sediakan, insyaallah, takde isu "selfish" atau "demand" yang timbul. That's why apa-apa, kita bincang.

3 bulan selepas kawen, aku and En Wan start cari rumah sewa. En Wan nak area Subang Jaya sebab kilang dia kat Seksyen 27 Shah Alam, border Subang Jaya. Banyak rumah sewa area ni, tapi En Wan spesific - sama ada kondo atau gated apartment with facilities. Dan dia nak NEW one, takde penyewa sebelumnya. Mana nak cari oii?? Nama pun rumah sewa, tentu-tentulah ada previous tenant. Lagipun, sabit nak menyewa je buat apa nak perabis banyak sangat. Flat biasa pun ok. Oh takk, dia demand nak seperti yang dia cari.

Kalau aku layankan emosi, memang bertekak teruk dah. Penat kot ikut dia tengok rumah sewa every weekend. Asal rumah tu ok, aku takde hal. En Wan punya "demand" buat aku letih melayan. Tapi nak buat macamana. Dari kecil dia dah duduk banglo. Kondo atau gated apartment adalah minimum requirement untuk orang macam dia. Aku on the other hand, tak pikir detail, asal rumah tu tak teruk sangat, I am fine.

So, it’s not uncommon for someone who has grown up with a certain lifestyle to expect similar experiences after marriage. Apetah lagi someone yang dah biasa dilayan dengan special surprises or lavish celebrations by their family and friends. Kita ambil contoh someone yang dari kecil hingga ke dewasa kerap holiday overseas, to places like New York. Dan dia juga biasa melepak dengan kawan-kawan di tempat yang best-best. Dan dia biasa dengan grand birthday surprises from family. Pengalaman yang dia biasa lalui dari kecil sampai besar dah membentuk expectations dia tentang apa yang "biasa" dalam kehidupan. So when this person berkahwin, she might naturally expect her spouse to continue the tradition.

Unfortunately, tak semua perkahwinan SEKUFU. Some marriage brings together two individuals with different backgrounds, financial situations, and values. Tradisi si perempuan tadi mungkin tak dapat diteruskan selepas berkahwin kerana keutamaan berubah. But when the wife masih nak teruskan kebiasaan itu, dia terpaksa menggunakan duitnya sendiri. Bagi kita yang tak biasa dengan tradisi begitu mudah kita kata "Kau nak lifestyle mewah, pakailah duit sendiri". But jangan lupa, dia dari kecil dah terbiasa dengan gaya hidup macam tu tanpa perlu guna duit sendiri. Bila kena pakai duit sendiri, that's a downgrade to her. Dan untuk dia beradaptasi dengan kebiasaan baru, bukan mudah.

Umpama anak masuk boarding school. Dah biasa kat rumah tido sebilik sorang, bilik air tak pernah berkongsi, makan sedap, tido beraircond, bukan senang nak ubah kebiasaan tu sekelip mata. Some people boleh, some people suffer. Bolehkah ketika seseorang suffer dengan perubahan ini kita kata orang itu selfish dan demanding? 

It’s important to understand that adapting to change takes time and varies from person to person. Just because someone finds it harder doesn’t make them unreasonable. Dalam perkahwinan, hanya kerana kita boleh bertolak-ansur dengan kewangan suami atau kita boleh berkongsi gaji dengan suami, kita tak boleh expect semua orang boleh buat benda yang sama. 

Semalam lalu kat TikTok seorang peguam syariah kata "Jangan biasakan isteri share nafkah". Nafkah tempat tinggal, makanan, pakaian dan perubatan TAK BOLEH KONGSI. Itu semua suami kena tanggung"

Ok fine. Aku tahu lama dah tu. Tapi, aku tetap pilih untuk berkongsi. Aku bayar pakaian and makanan (pakaian aku). Baju anak dia bayar. Rumah dan segala bilnya, dia bayar. Medical card aku and Rayyan, aku bayar. Dia bayar untuk diri dia and Redza. Minyak kereta, sendiri punya kereta sendiri bayar. Tapi memandangkan ke mana-mana dia banyak pakai kereta dia, jadi aku bayarkan tol. Sebulan tol RM300 sebab En Wan banyak ke sana sini jumpa client. Takpelah, aku bayar.

However, aku tak ajak orang ikut cara aku. Aku berkongsi cerita saja. Kalau suami-suami yang baca post ni kata "Cuba tengok Kak Di, dia willing share gaji dengan En Wan" -- kau salah. Kalau isteri cakap "Cuba tengok En Wan selalu bawa Kak Di holiday masa birthday" -- pun kau salah. Jangan libatkan aku dalam krisis rumah tangga korang, ya. Aku ketuk karang.

Perkahwinan ialah perkongsian, dan sebahagian daripada perkongsian itu melibatkan understanding bahawa suami mungkin takde keupayaan kewangan yang besar. Mengharapkan sesuatu tanpa berbincang whether they are practical or not, memang agak selfish. However, it’s important to differentiate between being selfish and having desires. Tak salah pun kalau ada keinginan nak hidup mewah. Especially yang dah biasa dengan lifestyle macam tu. Aku faham sengsaranya orang-orang macam ni nak ubah kebiasaan.

Sebab itulah Islam dah gariskan satu benchmark, iaitu SEKUFU dalam memilih pasangan. Bila dah kahwin, aku realize betapa pentingnya memilih yang sekufu - keserasian mindset, pendidikan, agama, dan komunikasi. Banyak hal boleh dielak bila kahwin sekufu. 

Couple yang sekufu dari segi kewangan cenderung ada pandangan yang serupa tentang money management. Dorang faham had dan keutamaan dalam berbelanja. Kalau tak sekufu dalam hal ni, salah sorang mesti rasa tertekan bila yang sorang lagi terbiasa dengan gaya hidup mewah. Tak sekufu dalam latar belakang pun boleh influence cara sesebuah keluarga dibentuk. Contoh, someone yang datang dari keluarga yang menekankan higher education mungkin berbeza pandangan dengan someone yang kurang mementingkan pendidikan. Same goes to tradisi dan kebiasaan. 

Bila perkahwinan sekufu, isu "selfish" atau "demanding" kurang berlaku sebab both of them ada similar values, backgrounds, and expectations. Kesamaan ini menjadikan dorang lebih mudah faham keperluan dan kehendak masing-masing, serta lebih peka terhadap perasaan dan perspektif pasangan.