2024-10-03
Blogging boleh jadi jutawan?
Aku nampak ni kat Thread.
Sebagai seorang blogger, aku adalah VALID nak bercakap pasal ni. Aku agak bersetuju dengan statement penulis thread ni. The idea of becoming a millionaire through blogging adalah satu MITOS that tends to get overhyped. Don’t get me wrong, blogging memang boleh bagi pendapatan yang lumayan. Tapi, DULU. Zaman blogging tengah mengganas. Waktu tu, bersepah-sepah orang nak jadi blogger. Peluang buat duit melalui blogging sangat besar masa tu, provided blog kau views tinggi la. Kalau blog sendu, memang payah nak dapat offer buat advert.
Zaman tu ramai nak jadi blogger. Sampai sanggup plagiat post orang lain. Ada yang lebih berani, terus copy personaliti blogger lain. Punyalah nak kejar rating. You know I knowlah bab ni, kan. Hahahaha. But the truth is, it’s not always the glamorous, atau kaya cepat seperti yang orang sangkakan. Senang, yes. Tapi sampai tahap jutawan, NO.
Zaman advertorial dulu, paling tinggi aku can dapat thru blogging was around RM30-35K. Melalui blogging sahaja. Ini pun aku banyak tolak offer sebab tak sempat. Sebab aku bukan full time blogger. Plus, some offer aku reject sebab tak selari dengan prinsip aku, contohnya, air tak sedap tapi suruh aku cakap sedap. Eh kau ni. Dah tak sedap nak buat camana. Kalau free review, memang aku tulis je tak sedap. Tapi sebab berbayar, tak best la ambik duit tapi bagi bad feedback. Baik aku reject je terus offer tu.
RM30-35K as a non-full time blogger is actually pretty impressive. To be honest, that’s already way beyond what most bloggers are making pada waktu tu. Ini aku bercakap tentang non-full time blogger tau. But still, that’s far from the "millionaire lifestyle" yang orang sangkakan. Kebanyakan bloggers yang seem to be living the high life selalunya sumber pendapatan bukan datang dari blogging saja. Jangan nak membongak kata hidup bak jutawan dengan berblogging. Nak kencing dak-dak hingusan ni bolehlah. Nak kencing aku, lambertttt lagi.
Bloggers yang jutawan atau income sebulan let say RM500-600K, PASTI ada multiple streams of income. Menipu sangat kalau kaya sebab blogging. Nak lagi kalau kau berblogging in bahasa melayu. Kau ingat blog kau boleh mendonia dengan bahasa melayu tu sampai boleh jadi jutawan? Melainkan ada kerjaya lain. Selalunya ada bisnes. Tak kisahlah bisnes apa apa pun, forex trading ke, investment ke, cuci duit ke, atau affiliate marketing at high level, yang pastinya blogging hanya one small piece dari income. MUSTAHIL blogging di Malaysia boleh jadi jutawan.
Income dari blogging ni datang dari sponsored posts and brand deals saja. Besar mana nau brand bayar untuk satu post? Kau blogger je tau, bukan ambassador. Walaupun these deals can be quite lucrative, idoklah sampai jadi jutawan. Suku jutawan pun jauhhhhh. Yang menjadikan blogger tu kaya-raya adalah ketika personal branding dah kukuh, lalu dia gunakan personal branding untuk kerjaya lain. Hat ni lojik. Maybe lepas personal branding kukuh, dia jadi consultant, atau buat freelance writing, or other expertise-based services yang menambah income.
Kalau ada sesiapa suspect those "millionaire " terlibat dengan forex atau cuci duit, hmmm yang tu aku tak tahulah. Memang ada ke blogger yang cuci duit kat Malaysia ni? As for forex, dulu pernah terbaca somewhere forex diwartakan as haram, sebab ada unsur gharar (ketidaktentuan), kan? Ke aku salah baca? Tapi aku taknak ulas pasal ni sebab isu ni sensitif. So kalau ada yang kata blogger tu jutawan, blogger ni jutawan, yes some bloggers have become millionaires, but it’s RARELY just from blogging alone. It’s the combination of their blog’s influence, their business, and other income streams.
Zaman media sosial yang mana kehidupan sehari-hari boleh dipamerkan, ramai yang ada persepsi salah tentang kaya vs realiti. Hanya kerana someone portrays themselves living a luxurious life online, tak semestinya itu adalah realiti harian dorang. Media sosial memang terer tunjuk highlight reel orang, dan blogger tak terkecuali. Ramai je yang membesar-besarkan kejayaan untuk tarik lebih ramai follower atau penaja. Some of these bloggers spent banyak daripada income yang dorang dapat untuk tunjuk luxurious life so that can attract sponsors. Ada yang buat loan semata-mata nak exaggerate their success untuk dapatkan more followers and sponsors. Trick ni bukan baru, ya. Lama dah. Antara sanggup buat atau tak je.
Another thing yang kena consider is timing. Blogging sekarang dah tak macam dulu. Sometimes aku tertanya-tanya gak, blogging ni wujud lagi ke? Aku masih berblogging bukan kerana trend, tapi memang suka menceceh. Tak ramai blogger seangkatan aku yang masih berblogging. Ramai dah berpindah ke Thread, IG and TikTok. Awal 2000s dulu less competition. It was easier to stand out and monetize a blog. Aku start blogging 2006 dengan nama Green Apple sempena warna kereta aveo. Lepas tu ramai pulak berkenan dengan nama apple sampaikan aku nak buat domain greenapple pun tak boleh dah. Terpaksa pakai www.dianaishak.com.
Nowadays, blogging dah bukan trend. Orang lebih prefer video-based macam TikTok and IG Reels sebab mudah. Tapi untuk aku yang suka menceceh panjang, I prefer to write. Ada orang view or not is not a problem, janji aku dapat menulis. Now dengan lambakan medium, and it’s harder to break through the noise. Kau kena buat lebih dari sekadar menjadi influencer dalam hanya satu medium kalau nak jadi senang. Bloggers yang hidup senang today sangat beruntung sebab dulu hanya blogging medium paling power. So they may have started at that time when the competition wasn’t as fierce. Tu pasal dorang punya personal branding besar dan kukuh.
Intinya, walaupun possible nak hidup mewah dengan berblogging, nak jadi jutawan tak boleh dengan blogging saja. Pasti combination of blogging, smart investments, and side ventures. Kalau strictly focused on blogging alone without diversifying, mustahil jadi jutawan. Membongak semata.