2024-10-02
Kenapa akak bagi En Wan pegang gaji?
Post aku last week aku ada cerita dulu En Wan pegang ATM card aku dan hanya bagi aku RM50 seminggu. Pandai-pandailah manage the money. Pastu ada sorang tu tanya "Kenapa akak bagi En Wan pegang gaji?"
Sebab aku ni kalau ada duit kat tangan, aku suka bagi-bagi orang tak tentu hala. Aku perlu someone yang kawal duit aku. Seriously, aku memang suka agih-agihkan duit aku kat orang. Masa kerja dengan MOSTI, aku masih single. Gaji RA dulu berapa je, RM1400. Lepas potong itu ini, dapatlah RM1200/bulan. Dengan duit yang macam tu, aku masih boleh mewahkan Ibal dengan bagi monthly allowance, belanja makan, belikan En Wan hadiah.
Untuk diri sendiri, kedekut. Walaupun dah ada gaji, skin care aku tetap Oil of Ulan seketul. Takde upgrade lansung. Perfume tetap Bodyshop RM30 tu. Henbeg tetap maintain pakai on fisrt day kerja, sampailah dah kawen baru tukar baru. Pakai beg hadiah hantaran kawen. Agaknya kalau tak jadi kawen, aku kekal pakai henbeg yang beli kat kiosk harga tak sampai RM50 tu. Sepanjang bekerja, aku hanya ada 1 kasut warna hitam yang beli dengan harga RM20. Ntah hape brand, bukan BATA. Kasta bawah lagi 😆.
Duit gaji aku buat bayar upah kereta jemput aku balik kerja dan simpan untuk nak kawen. Takde shopping-shopping baju pun. Ada sekali 2 je kot. Tapi duit aku tetap habis. Bagi Mak Aji, bagi Pak Aji, bagi Ibal, bagi arwah nenek. Belanja adik-adik makan. Padahal gaji ciput je. En Wan dah nampak potensi aku untuk mengagihkan duit dengan lebih banyak agaknya, sebab tu dia kawal duit aku. Disebabkan aku dah biasa tak mewahkan diri sendiri, jadi RM50 seminggu tu sufficient enough. Minyak and TnGo En Wan isikan so aku takyah risau bab tu. Memang senang betul beliau membela aku.
As sales, minyak boleh claim. Parking boleh claim. Tol boleh claim, So basically En Wan pakai duit dia dulu untuk isi minyak and TnGo aku, hujung bulan dia dapat balik. Medical card aku pun tak pernah sangkut bayar. Kereta aku sampai masanya dia akan hantar service. Dia settlekan semua. Aku tak pernah tanya apa dia buat dengan gaji and komisyen aku. Rezeki aku dapat suami yang tak kelepet duit bini. Dan rezeki dia dapat bini lurus bendul tak pernah question mana pergi duit gaji.
Renovate rumah, buat kolam ikan, pergi vacation overseas, buat makan-makan jamuan - nampaklah ke mana duit tu pergi. Semuanya sharing. Walaupun duitnya tak pegang kat tangan, at least aku nampak ke mana duit tu. Ke Hong Kong, ke Phuket, Ke Bali, ke sekolah tadika Redza, ke bibik, ke second house. Lainlah kalau gaji ambik tapi tak nampak perubahan dan pembaharuan. Rumah tak upgrade. Vacation tak pergi. Asyik makan kat rumah je. Medical card sangkut. Kereta tak ber-servis. Ha, yang tu barulah boleh question ke mana duit gaji aku pergi.
En Wan is very good at managing duit. Dia ni sejenis sistematik. Segalanya ada black and white and graf. Dia manage duit pakai graf, ya. Aku tak tahulah berapa punya nerd dia ni kat sekolah dulu. Aku rasa kalaulah aku single, mesti sampai sekarang aku duduk apartment Fairville kat USJ21 tu dan berkereta Kancil. Sebab aku sejenis tak kisah untuk diri sendiri. Aku lebih kisahkan happiness orang lain. Ini sindrom anak sulung. Sebab dah dibiasakan mendahulukan adik-adik dari kecil, bila dah besar takleh nak tune dah. Tetap dahulukan orang lain. Nasiblah berjodoh dengan En Wan. Merasa aku bertukar-tukar kereta and pindah-randah rumah baru.
Kereta Kancil aku yang Mak Aji hadiahkan tu merata aku bawak tau. Tganu dah sampai. Penang sampai. Merempit aku buat sales dari hujung ke hujung dengan Kancil. Kereta Kancil nevermind, asalkan komisyen 6-7 ribu sebulan. Gituuuu. Kalau En Wan tak suggest tukar aveo, konfem sampai sekarang aku lenjan Kancil. Kereta aku yang ASX and Estima, sama-sama dah habis bayar lama dah. Tapi aku tak tukar-tukar pun. Kawan-kawan aku tanya "ASX tu kau bila tahun 2011. Taknak tukar ke?"
Jawapan aku - TAK KUASA.
Nak buat apa tukar. Bukannya rosak. Lagipun Estima ada, kereta En Wan pun ada. Kalau sabit nak tukar hanya kerana dah habis bayar, memang bukan akulah. Aku ni sejenis lenjan sekali boleh. Henfon pun sama. Aku hanya ganti henfon kalau rosak. Selagi tak rosak, aku pakai. Si Rayyan hari tu tanya "Mama taknak beli iPhone 16 ke? Kamera mama ni 2 je. Orang lain dah pakai 3".
Lamberttttt lagi mak kau nak tukar henfon. Ok lagi iPhone 13 aku ni. Tak rosak. Merekah je. Kahkahkah.
Laptop aku lagilah, dah 8 tahun. Huruf A pun dah tak nampak A-nya. Dah 2 kali ganti bateri. Rayyan komplen "Papa dah pakai MacBook, abang dah get new laptop, mama pakai lagi laptop lama. Tak jeles ke?"
Mak kau nak jeles dengan orang? Eh banyak lagi benda aku nak kisahkan.