2020-07-22

"Bercuti" ke Kuala Terengganu.


Memang pelik sikit bunyinya kalau aku bagitau orang "Aku pi bercuti ke Tganu".
Selama hampir 20 tahun, takde istilah bercuti kalau ke Tganu.
Yang ada hanyalah "Balik kampung Tganu".

Sejak tahun lepas aku dah start "bercuti" ke Tganu.
Semenjak mok jumpa kulit ular bawah sofa kat hall and anak ular kat bilik air bawah, aku tak nak tido rumah mok lagi.
Kalau duduk waktu siang tu bolehlah, tapi nak masuk bilik air pun aku dah seram, lagikan nak tido malam.
Lagipun rumah mok tu dah jadi rumah tinggal, takde siapa duduk pun.
Barang-barang dapur pun banyak dah bagi-bagi orang.
Selama ni pun kalau balik Tganu memang kitorang makan luar je.
Balik rumah hanya untuik tido. TV pun takde.
Better duduk hotel terus. Puas hati.

Kitorang balik last week, Rabu-Jumaat.
Saja balik awal sebab tahun ni tak balik raya haji ke sana. This year turn Bangi πŸ˜Ž.



Dah macam aku sorang je yang masuk Tganu hari tu.
Jalan selengang-lengang yang ada.
Berapa kerat je la berselisih atas jalan.
Macam ni baru seronok balik. Takdelah bersimen pantat aku atas kerusi.
Selalunya kitorang exit Telemong, tapi hari tu exit KT sebab nak singgah kedai Kak Long dulu, dia ajak makan kat tempat dia.



Kedai makan Kak Long dalam Giant Gong Badak yang lama [now namanya Pasaraya PXR].
Dalam supermarket ni juga ada kedai anak sedara En Wan - kedai baju budak-budak.
Tajuk kedai - SIBLINGS.

Kak Long punya kedai makan kat food court.
Kalau siang, ada lauk-pauk yang ready to eat only, tapi kalau malam ada masakan panas like nasi-nasi goreng, mee-mee, etc.



Dah kenyang, barulah balik Manir sebab nak hantar mok ke rumah.
Mok ada appointment dengan jiran petang tu.
Rupanya mok dah set appointment untuk orang mesinkan rumput and kemaskan stor.
Mok nak salin cadar and kemas-kemas apa yang patut dulu so nanti bila mok balik raya haji [dengan Kak Ngah], takdelah serabut masa tu baru nak kemas semua benda.
Balik raya nanti semua terus masuk bilik masing-masing yang dah ready berkemas.
Macam biasa, raya tahun ni semua makanan order catering. Senang.

Tapi sebelum drop mok kat rumah, En Wan nak singgah kubur arwah ayah dulu.
Tak jauh pun, selalunya dia jalan kaki je dari rumah mok.
Kubur punyalah semak-samun sebab cuti PKP bukan main lama, takde orang nak kerja.
Hari tu mok balik, dia nak upah orang kemas-kemas semua ni.

Cucu En Wan ada sekali dalam kereta, kitorang collect dia dulu dari kedai mak bapak dia.
Saje nak bawak balik hotel temankan Rayyan mandi kolam.
Kitorang semua En Wan tak kasi keluar sebab semak sangat kawasan kubur, tu pasal terjadinya scene dalam video di atas.



Lepas ziarah kubur, nak check in hotel tapi singgah dulu kat gerai pulut lepa [pulut panggang] dalam kawasan kampung.
Dulu, aku suka makan pulut lepa inti kelapa, until aku berkahwin dengan orang Tganu and try their pulut lepa, terus tersangkut.
Now, makan pulut panggang dah rasa kurang sedap.
Tapi, kalau pulut panggang Laksa Kak Su, aku makan.
Sebab pulut panggang yang dicicah dengan kuah laksa sangat marvelles!

Kalau kat town, kitorang selalu beli pulut lepa kat depan sekolah rendah Ladang.
Situ pulut lepanya gemuk-gemuk, puas hati.
Tapi kalau malas nak masuk town, pulut lepa akak ni pun dah ok.
Korang takyah la masuk sampai ke Manir ni semata-mata nak beli pulut lepa, kat town tu banyak.



Then, singgah pulak kat Roti Paung Manir.
Ini port wajib, asal masuk kampung je mesti singgah sini.
Kali ni beli 2 buku je sebab baru lepas makan kat tempat Kak Long, terasa kenyang.
Kalau tak, berbuku-buku beli. Sorang makan sebuku. Kadang En Wan punya pun aku sebat sekali.

Alhamdulillah tengok banyak kedai yang dah mula beroperasi.
Tapi tak pastilah ramai ke tak yang membeli, but at least legalah sikit kan kalau dah boleh bukak kedai.
Roti Paung Manir ni ada cawangannya kat Nilai orang kata, tapi aku blom pernah pegi.
Tak feel, nak beli kat tempat asal juga [mengada-ngada].



Kali ni duduk kat Hotel Tabung Haji.
Memang sengaja pilih untuk tak duduk town sebab senang nak ulang-alik tengok Kak Long and mok.
Kalau duduk town jauh nak berulang, lagipun sesak.
Kat sini aman-aman je.

Dah lama tak balik Tganu, yang last sekali balik raya tahun lepas.
Maknanya dah setahun aku tak balik. Dah macam duduk oversea kekdahnya.
Bila dah lama tak balik, aku pun terlupa yang aku adalah seorang nenek.
Berkali-kali cucu En Wan panggil aku "Nenek! Nenek!", aku buat sardin je.
Bila dia goyang-goyangkan tangan aku, baru aku "Oh, Ha, ya nak apa" πŸ˜‚πŸ˜‚.

Hari tu masuk je lobi dia jerit panggil aku "Nenek! Nenek! Kolam dia kat ne?"
Berpusing semua mata-mata kat situ, nak tengok mana satu neneknya. Kahkahkah.
Nasib baik nenek sejenis muka sardin 14 tin, rilek sje nenek catwalk ke kaunter front office.



Bilik dia quite spacious juga, kalau bawak toto, boleh tido 4 orang lagi kat bawah.
Tapi line tv tak berapa clear and tak banyak channel.
Aku suka bilik air dia sebab toilet, shower and sinki berasingan.
Kalau sorang nak mandi, sorang lagi nak ke toilet, tak perlu tutup pintu utama sebab masing-masing ada pintu sendiri.



Nak mandi kolam terus tak boleh sebab Rayyan ada class KAFA at 5pm.
Ustazah buat whatsapp call.
Kena tunggu Rayyan habis kelas baru boleh terjun kolam.

Hari tu masa nak balik kampung, baru aku terfikir, selama ni kita mak bapak selalu questions cikgu malas buat kelas. Cuti-cuti makan gaji buta katanya.
Tapi, bila turn kita balik kampung atau bercuti, takpe pula kita tuang kelas anak kita.
Hakikatnya, inilah waktu kita diuji samada kita boleh commit tak dengan jadual kelas online.
Padahal kelas online boleh buat kat mana-mana asal ada line internet.
Maknanya, time bercuti pun kita boleh join kelas. No excuse.

Bukan apa, selama ni ada yang question cikgu tak buat apa at home, buat kelas sesekali je katanya.
Tapi bila kena time kitam nak berehat-rehat, boleh pulak kita tuang kelas.
Padahal line internet ada je [most tempat bercuti ada line].
Hari tu masa nak balik, aku packkan siap-siap barang skolah Rayyan ikut jadual kelas.
Kelas tetap kena 'masuk' walau tengah bercuti.
Biar dia alert sikit, jangan nak berhoya-hoya sangat. Tak puas-puas lagi bercuti?



Hari Rabu, weekdays memang tak ramai orang kat hotel.
Jadi, kolam ni bagai dorang berdua yang punya.
Tapi mandi kat adult pool sebab kids pool tutup untuk renovation.
Best juga kids pool sebab ada gelongsor bagai.
Aku tak turun pun tengok budak-budak ni mandi, En Wan yang join.



Malam, lagi sekali makan kat tempat Kak Long.
Belakang tu bukan kedai Kak Long, Kak Long punya sebelahnya.
Yang kat meja tu semua family - mok, adik perempuan En Wan, Kak Long and adik lelaki En Wan.
Best juga bila berjumpa macam ni, sambil sembang sambil makan.
Budak-budak berkuntau kat dalam supermarket.

Satu benda yang aku pelik bila masuk mall ni - boleh kira dengan jari berapa kerat yang pakai mask.
Yang pakai mask kebanyakannya dari kalangan seller.
Yang orang luar hampeh, boleh kira sebelah jari je yang pakai mask.
Dia pulak pandang kita pelik sebab kita anak-beranak masuk dengan muka berbungkus.
Dengar cerita nak jadikan wajib pemakaian mask, kan? BAGUS.
Patut dari awal dulu jadikan benda ni wajib.
Orang Malaysia ni kebanyakkannya mengikut arahan sebab takut kena denda.
Bila tak dijadikan wajib, orang buat sambil lewa.
Kau cakap je "Tak pakai, masuk jel", konfem jangankan mulut hidung, silap-silap mata pun dia sanggup tutup dengan mask.



Nasi goreng kedai Kak Long. Sedap.
Tapi menu macam ni malam je ada.
Waktu siang makan lauk ready only.



Adakah lepas makan nasi goreng cili padi, aku akan balik ke hotel dan tido?

Oh, tidak ya.
Kitorang ke port seterusnya iaitu kedai wajib singgah - Matt Ori Cafe.
Kali ni di tempat baru.
Kalau orang KT mesti kenal Chicken Cottage.
Kedai ni dah tutup, lalu Matt beli dan now jadi Matt Ori Cafe.

Chicken Cottage punya kedai segalanya dah sedia cantik, tak perlu nak ubah banyak benda, tinggal guna je.
Rezeki Matt dapat kedai ni.
Tapi idokleh jatuh terlepuk depan dia, kenalah keluar modal juga.

Masa kitorang sampai, tokeynya tengah potong ayam kat dapur.
Imagine, tokey yang potong ayam?
Tapi bila BFF datang, sanggup tinggalkan ayam. Bagus punya tokey.
[yang pakai baju biru keluar dari kaunter tu tokeynya].

Dia ajak kitorang makan kat atas and dia juga yang ambikkan order kitorang.
Ini sudah bagussss, potong queue πŸ˜‚.
Padahal aku baru lepas tolak nasi kan, tapi chicken chop and root beer Matt Ori sangat tempting, aku teruskan order.
Matt mungkin tak tau aku baru lepas makan nasi, kalau dia tau mesti dia suruh aku mengucap.



Ni bahagian atas. Open area.
Gambar bergegor sikit.



Perbincangan bisnes and marketing skills antara bosses.
Aku tea lady, jadi tugas aku ambik gambor je.
Tu nampak chicken chop depan En Wan tu? Tu aku punya.



Matt Ori Cafe ni, signature dish dia adalah ayam goreng.
Kat sini ada jual nasi dagang ayam crispy.
Ayam goreng dia sedap.
Orang datang sini sebab nak makan ayamnya and also di sini ada root beer.



Tu ntah hape dia tanya wallpaper si Matt, nak pakai gitu jugak ke untuk XZIZ Biotech, bang?

Cafe Matt kids-friendly.
Ada tempat untuk budak-budak main.



Ini kedai Matt Ori Cafe. 4 tingkat.
Dia tengah renovate atas sekali untuk dijadikan 'penthouse' dia.
Senang boss nak masuk opis, kat bawah je.
Siapa ke KT, boleh cari kedai Matt Ori, let's support orang Malaysia buat fast food cafe, guys.



By the way, aku tertinggal beg mekap aku kat rumah.
Jadi malam tu keluar pi beli bedak and eyeliner.
Aku dua benda ni yang aku pakai pun, lipstik kalau takde pun takpe.
Lagipun pakai mask sekarang, rugi pakai lipstik.

Merasalah pakai Silky girl.
Not bad, tapi jangan comparelah dengan branded cosmetics, memang jauh.
Followers kat IG ada yang request aku review ni, nanti aku buat video tepek di sana.



Next day, breakfast kat hotel.
Aku baru plan nak ajak dia breakfast nasi minyak kat Manir, rupanya dia book hotel ni sekali dengan breakfast. 
Melepas tekak aku nak makan nasi minyak. Dah lah lama tak balik.

Tapi not bad juga breakfast hotel Tabung Haji ni.
Tempat dia besar, open area.
Makanan untuk weekdays, tak banyak sangat tapi masih ada variety.
Hari pertama breakfast ada nasi dagang, lontong, mee goreng, bubur nasi, sosej and roti-roti.
Stall omelette pun ada. 
Puas hatilah En Wan dapat nasi dagang.



Pagi tu, Rayyan and Sabil nak duduk kampung, taknak ikut berjalan.
Lepas letak dorang kat rumah mok, belikan siap makanan and air-air, zassssssss kitorang berdua ke Pasar Payang.
Lama betul aku tak datang sini.
Yang bangunan baru ni pun baru first time masuk.

Personally, aku lagi suka bangunan baru. Lebih tersusun and senang nak cari kedai sebab dia satu tingkat je.
Kalau bangunan lama tu, berpusing-pusing, bertingkat-tingkat and berlorong-lorong.
Sampai ke lorong yang kecik pun kita tak sangka ada jual baju.
Aku tak berani nak jalan berpecah dari En Wan kalau masuk bangunan lama, konfem tak jumpa jalan keluar.
Yang bangunan baru ni lega sikit laluannya. Lebih lapang.

Gambar atas tu dengan blog reader, terserempak di sana.




Tapi aku notice, kedai jual batik dah tak sebanyak dulu.
Tak pasti samada peniaga tak nak berpindah [maybe now jual kat tempat lain sebab bangunan lama memang takde] ataupun PKP lama sangat ramai yang dah tukar bisnes lain.
Nak cari kedai jual kemeja batik lelaki crepe, hanya SATU kedai je.
Kedai lain ada jual kemeja batik lelaki tapi tak banyak and cotton only.

Untunglah aku bawak orang Tganu masuk sini boleh dapat murah.
Beli kemeja batik lelaki, orang yang jaga kedai bagi diskaun. 
Sekali tokey masuk and tanya En Wan "Orang KL ke?"

"Tak, saya asal Manir"

"Saya pun Manir juga. Manir kampung mana?"

"Pulau Bahagia"

"Saya kenal ramai orang Pulau Bahagia"

"Saya anak arwah Wan Dagang"

Terbangun terus tokey tu, "Hah? Itu bekas majikan saya".

Terusssss aku dapat diskaun lagi.

Memang terkenal betul arwah bapak mertua aku ni.
Selama aku kawen dengan En Wan, aku rasa macam 3/4 Kuala Terengganu ada ahli keluarga yang pernah bekerja dengan dia.
Dan bermacam-macam bisnes dia ada.
Macam tokey kedai ni, kerja dengan arwah ayah lepas SPM.
Dia jaga kantin di Kem Askar.

Kalau kat Pasar Payang tu, boleh dikatakan hampir semua kenal arwah ayah sebab tahun 70-80an dia pembekal makanan paling besar di sana, jadi setiap pagi mok akan ke Pasar Payang diescort oleh lori untuk ambil barang mentah.
En Wan kata, kadang-kadang dia naik lori tu juga sambil baca komik.
Kalau borong komik kat Pasar Payang, sebakul terus.
Kalau borong bungapi, sampai raya tahun depan tak abis lagi stok bungapi dia.
Main bungapi ajak satu kampung datang rumah main.
Kiranya dari kecik dia dah jadi "pembekal" bungapi.



Tokey kedai bergambar dengan anak kepada bekas tokeynya, yang juga sekarang seorang tokey.
Yang ambik gambar ni adalah bekas tokey yang kompeninya dirampas oleh tokey tersebut πŸ˜‚πŸ˜‚.



Balik dari Pasar Payang singgah port wajib seorang Diana.
Padahal AnW ada je kat USJ Taipan tu ha, tapi lainlah feeling dia kalau pi kat Batu Burok ni.



Lepas ke AnW, kitorang balik hotel.
Lepak jap sementara tunggu pukul 4pm nak keluar pi makan sotong.

Aku memang takkan ke Pok Nong la weh. Padat gila kat sana.
Selalunya aku makan kat Warung Cik Su [depan sikit dari Pok Nong].
Selali Cik Su tutup pulekkk, terpaksa masuk je la mana-mana warung pun jadi ada sotong.
Aku tak kisah sangat, asalkan sotong ada.
Kedai ni ada ketam, jadi kali ni kita rasa ketam juga.
Kureng sedaplah dari Cik Su, tapi bolehlah.
Sotong mana-mana pun sama, apa adehalll.

Tapi dia punya air batu jagung tak sedap.
Tak sama macam Cik Su and Pok Nong.
Pok Nong and Cik Su punya air batu jagung lebih kurang sama sedapnya.
Yang warung aku pegi kali ni dia banyak pakai pewarna, jagung sikit je, sampai aku mintak tambah jagung barulah berasa sikit.

Drama seorang Diana nak naik buai :



Apa-apa hal menjerit dulu.



Pastu pandang kiri, kanan, atas, bawah.



Pastu baru boleh ready, itupun sebelah tangan pegang seat.

Aku memang takut naik buai.
Satu masalah aku nak landingkan pantat aku atas tempat duduk tu.
Aku takut benda tinggi dan bergerak macam flight, lift and buai.
Buai ni memang nampak macam tak tinggi sebab aku duduk hujung-hujung pantat je tu.
Kalau aku duduk betul-betul, kaki aku tak cecah tanah.
Kaki yang tak cecah tanah walau 1 inci is considered as tinggi, ya.
Pastu bergoyang pulak. Oh I is kenottttt.



Malam pi makan kat Sofia Bistro, depan laut.
Tapi kebetulan dapur under renovation, jadi yang ada adalah makanan yang sedia masak macam nasi lemak, satey and mee yang dah siap bungkus.
Kalau nak makan nasi putih hanya ada ikan-ikan bakar only.
Even telur dadar pun takleh buat.
Takpelah, makan je apa yang ada. Nasib baik boleh tahan.
Cuma nasib tak baik, order lambat sampai.
Maybe sebab semua pun hanya order ikan-ikan bakar, jadi masakan lambat siap.
Ikan pun dah tak banyak choice. Siakap pun habis.
Yang ada masa tu ikan cermin. First time aku makan ikan ni.
Can eat lah, tapi kalau ada ikan siakap aku tetap pilih siakap.



Sekian, "percutian"ke Tganu.
Maybe balik lagi satu round hujung tahun pulak, tunggu Redza cuti.



2020-07-19

Movie review


Aku tahu yang follow IG aku tertunggu-tunggu update aku ke Tganu [balik kampung].
Itu nanti dulu, mood belum mari.
Kasi aku up mood movie review dulu.



1. Tajuk : Kannum Kannum Kollaiyadithaal [2020]
Language : Tamil
Rating : 7.7/10

Again, another filem dari Dulquer Salmaan.
Dalam filem ni Salmaan hensem and kemas, senonoh je rupanya dari awal sampai habis, membuatkan aku stay 3 jam. Kencing pun ditahan [padahal boleh je pause video].

Cerita ni dari awal sampai habis memang best. Tengok rating pun dah tau.
Tentang Siddharth [Dulquer Salmaan] dan kawan dia yang hidup mewah tapi takde kerja teap.
Tapi dorang technology savvy. Bab-bab komputer and technical memang pandai.
Rupanya itulah cara dorang buat duit - dengan membuat penipuan jual beli di internet.
Dorang beli laptop and phones, tukar spare part ori kepada yang lama, kemudian dia re-pack and return balik laptop pada seller dengan alasan yang simple-simple like nak tukar warna.
The ori part yang dia ambil, dia jual kat kedai-kedai.
Jadi now, dia akan dapat new laptop yang boleh dijual semula, at the same time dia dapat parts ori untuk dijual.
Kalau laptop yang di-returned tu dibeli oleh customer lain, dia takde sangkut-paut sebab bukan orang beli dengan dia tapi dengan original seller.

Nak dijadikan cerita, salah satu laptop yang dorang returned tu dibeli oleh Ketua Polis, untuk kegunaan anak. Laptop tu meletup bila diguna.
Polis ni investigate kes laptop terbakar ni, barulah tau yang parts dalam laptop tu adalah parts lama.
Bila dia track jual-beli, dia realizes si penipu [Salman] gunakan alamat rumah yang takde penghuni untuk terima semua order yang dia beli dari online.
Banyak rupanya delivery yang dibuat ke rumah tak berpenghuni menjadikan susah polis nak trace kedudukan si penipu.

Bila polis start nak buat investigation besar-besaran pasal penipuan ni, Salman and kawan dia dah tukar plan lain.
Dorang tak nak buat penipuan internet lagi takut terkantoi.
Now dorang curi barang-barang dalam kereta menggunaan satu device yang boleh hack locking system kereta.
Maknanya, dorang boleh bukak pintu kereta tanpa perlu pecahkan apa-apa.

Nak dijadikan cerita lagi, kebetulan salah satu kereta yang kena hack ni adalah kawan si polis tu.
Dalam kereta tu ada laptop yang berjaya dicuri.
Jadi bila polis trace model laptop di internet, nampak memang Salmaan ada advertisekan untuk cari buyer.
So kawan polis ni with police bercadang nak perangkap Salmaan.
Konon nak beli laptop tu and ajak jumpa somewhere untuk collect tapi Salmaan berjaya loloskan diri.

At the same time, Salmaan and kawan dia terpikat dengan dua orang perempuan yang sama-sama berkawan baik.
Lepas dah banyak duit sangat hasil jual barang rompakan, Salmaan and kawan dia decided nak 'cuci tangan', berkahwin and pindah ke satu tempat untuk buat bisnes restoran.
Polis berjaya jejaki dorang di hotel tempat dorang stay. Dah dapat tangkap.
Tapi, polis bukan nak tangkap dorang, but nak tangkap 2 orang perempuan tu. Why?
Jeng jeng jenggggg. Kena tengok. Memang best.



2. Tajuk : Natsamrat [2016]
Language : Marathi
Rating : 9.1/10

Nampak tak rating yang tinggi tu??
Tu maknanya WAJIB tonton, ya.

Cerita ni kawan aku dah bagi aku 2 tahun lepas file-nya.
Tapi jahanam tak jahanamnya kawan aku ni, dia bagitau "Cerita ni best, tapi hero tua. Kalau kau taknak tengok pun takpe".
Jadi aku pun letak tepi, dah 2 tahun dalam file, baru aku tengok.
Sekali, hanattttttttttt. Memang kena hamun kawan aku.
Pelakonnya Nana Patekar! Kalau aku tau, dari awal aku dah tengok.

Nana Patekar ni umpama Eman Manan.
Orang kalau tengok filem/drama Eman Manan, bukan sebab nak tengok ceritanya tapi nak tengok Eman Manan-nya!
Tak kisahlah jalan ceritanya macamana pun, kalau pelakonnya Eman Manan, cerita tu akan jadi best sebab lakonan dia yang orang perhatikan.
Natsamrat dikira bonus sebab bukan saja ada Nana Patekar, tapi jalan ceritanya pun best.

Cerita ni sedih, tentang sorang pelakon teater veteran ala-ala Shakespeare, yang bernama Ganpat.
Cerita ni banyak tentang zaman gemilang dia as pelakon teater.
Bila dia bersara dari pentas, dia buat silap dengan mewariskan semua harta dia pada anak-anak.
Anak dia 2 orang je - lelaki and perempuan.
Isteri dia dah pesan tinggalkan sikit untuk diri sendiri tapi Ganpat anak-anak adalah permata hidup dia and dia percaya pada anak-anak.

Ganpat ni orangnya suka berterus-terang.
Apa yang dia cakap, walaupun pahit, dia tetap akan sampaikan.
Sikap dia ni membuatkan anak-menantu tak berapa selesa.
Anak-anak takut nak ajak kawan-kawan datang rumah sebab Ganpat seorang yang outspoken.
Kalau dia tak berkenan tengok cara berpakaian seseorang, dia akan tegur kat situ jugak.
Cuma isteri and kawan baik dia saja yang faham sifat Ganpat.

Tragedi bermula bila cucu dia mengadu ada budak selalu ejek kat skolah.
Jadi Ganpat kata "Ejek dia balik biar dia rasa".
Biasalah kan, atok and nenek kan beremosi sikit kalau orang usik cucu.
Jadi Ganpat ajar cucu dia satu lagu yang mengejek budak yang bully cucu dia kat skolah.
Si pembuli tu mengadu kat parents agaknya [pembuli apa gini?], lalu parents report kat skolah.
Jadi, one day pihak skolah panggil mak kepada cucu Ganpat ni [menantu Ganpat].
Skolah bagi warning jangan ejek-ejek macam tu.
Menantu Ganpat rasa malu and nak pindah keluar rumah [dorang anak-beranak tinggal serumah].

Menantu dia buat plan nak pindah keluar rumah.
Ganpat mengalah, dia kata biar dia je suami isteri pindah duduk rumah kat kampung.
Lagipun rumah tu dah jadi hak anak lelaki dia.
Sedih masa dia keluar rumah, dia cakap "Seluruh dunia adalah pentas lakonan, malangnya scene saya adalah scene sedih".

Sebelum dorang balik kampung, dorang singgah rumah anak perempuan dorang dulu.
Anak perempuan and menantu dorang suruh duduk situ je, jadi dorang stay.
One day, duit menantu dia hilang.
Yang si anak perempuan syak bapak dia ambil sebab bapak dia kan dah tak bekerja.
Dia bagi alasan barag jahitan dia hilang, tak tau letak mana so dia minta izin nak geledah tempat bapak dia.
Tak mengesyaki apa-apa, mak bapak dia ni bagi je anak dia cari barang.
Masa anak dia bukak beg Ganpat, nampak segumpal duit.
Dia frust sangat sebab bapak dia curi duit menantu.
Padahal duit tu bapak dia gadai rantai isteri nak buat belanja balik kampung.
Sedih sangat kena tuduh, Ganpat and isteri keluar rumah malam-malam hari.

Isteri Ganpat sakit on the way nak ke kampung and meninggal dalam tidur.
Dorang tidur tepi kuil malam tu.
Orang-orang di sana uruskan penegebumian, and Ganpat hidup sebagai gelandangan di kawasan tu sampailah satu ketika, polis jumpa Ganpat [anak-anak buat report polis bapak hilang dari rumah].
Sambungannya.....tengok sendiri.
Tapi aku janji cerita ni best.



3. Tajuk : Sye Raa Narasimha Reddy [2019] 
Language : Telugu
Rating : 7.5/10

Cerita ni aku tengok 2 bulan selepas dia release kat cinema.
Memang aku minta kawan aku follow rapat-rapat cerita ni because aku memang tunggu sangat-sangat.

Pertamanya, ini true story.
Keduanya, ini produced by Ram Charan.
Ketiganya, pelakon utama adalah superstar of Telugu film, iaitu Chiranjeevi.
Chiranjeevi ni bapak kepada Ram Charan, also Telugu actors.
Kalau Rajinikanth tu superstar Tamil, Chiranjeevi ni macam Rajinikanth of Telugu film industry.



Ini dia bapak and anak. Kemain helok Ram Charan, kan?

Ram Charan dikira berani sebab pertaruhkan bapak sendiri as hero filem ni.
Apa yang aku boleh cakap, Chiranjeevi membuktikan dia memang superstar and dia jauh lebih hebat dari Ram Charan. Tak disangkal lagi.
Ram Charan pertaruhkan nama-nama besar dalam movie ni.
Selain dari ada bapak dia sendiri yang super star, ada Amitabh Bachan, ada Nayanthara, ada Tamannah and ada Vijay Sethupati.

Kisah tentang sejarah aktivis kemerdekaan India, bernama Uyyalawada Narasimha Reddy.
Cerita ini disusun sekitar 10 tahun sebelum Perang Kemerdekaan Pertama di India.
Narasimha [Chiranjeevi] adalah salah seorang raja di salah sebuah negeri di wilayah Rayalaseema.
Lakshmi [Tamannaah, heroin Baahubali] adalah penari kuil yang jatuh cinta dengan Narasimha.
Bila Narasimha confess his love pada Lakshmi, barulah dia tahu yang dia dah dinikahkan semasa kecil dulu.
Dulu, wilayah dorang kemarau.
Mengikut sami di sana, kalau nak hujan turun, kena lakukan upacara tarik hujan.
Caranya kena kahwenkan Narasimha dengan sorang budak perempuan.
Tetapi, sehingga umur perempuan 24 tahun, dia tak boleh berjumpa dengan Narasimha bagi elakkan malapetaka pada Narasimha.

Kebetulan, kemarau melanda wilayah tu lagi sekali, jadi Narasimha kena buat the same ritual again dengan wife dia.
Kali ni, wife dah boleh pandang muka Narasimha.
Knowing this, Lakshmi cuba bunuh diri, tetapi Narasimha meyakinkan Lakshmi untuk gunakan kelebihan dia sebagai penari untuk tolong negara mencapai kemerdekaan.
Lakshmi agree and tinggalkan kampung tu.

Pada masa yang sama, Syarikat Hindia Timur Inggeris datang ke India untuk berniaga [konon], ujung-ujung nak memerintah and ambil hasil negara.
Bila Narasimha witnesses their kekejaman, dia jadi marah and tinggalkan takhta and keluarga untuk bergambung dengan pemimpin wilayah lain serang Inggeris.
Kerja-kerja pemberontakan dorang ni sangat successful sampaikan nama Narasimha Reddy ni jadi sangat terkenal.

Lakshmi at the same time, menggunakan tariannya untuk menaikkan semangat orang India untuk menyertai pemberontakan.
Lakshmi ditangkap sebagai umpan untuk menangkap Narasimha.
Tapi Lakshmi berani bakar diri sendiri semata-mata nak bunuh orang-orang Inggeris yang tangkap dia [yang ni kena tengok tragisnya scene ni].

Semasa perang, Veera Reddy [salah seorang pemimpin wilayah lain yang bergabung dengan Narasimha], ingatkan Narasimha bunuh lelakinya.
Kecewa dengan itu, dia bersetuju untuk belot dengan Inggeris.
Dia bagi Narasimha dadah supaya dia khayal dan senang ditangkap oleh Inggeris.
Narasimha dihukum gantung tetapi, dia tak mati di tali gantung pun.
Nak tau kesudahan, sila cari and tengok sendiri.



4. Tajuk : Gang Leader [2019] 
Language : Telugu
Rating : 7.6/10

Siapa dah tengok movie Jersey yang ber-rating 9/10 [aku pernah review], mesti akan suka cerita Gang Leader ni sebab pelakon utamanya sama, iaitu Nani.
Nani ni umpama Beto Khusyairi.
Tak famous di media-media cetak, tak banyak gosip, tak hensem mana, tapi ada X-factor.
Cerita tentang Nani di media tak banyak, tapi kalau movie dia keluar, mesti BOOM!
Sebijik macam Beto.

Gang Leader ni komedi.
Kisah tentang Pencil Parthasarathy [Nani], seorang penulis novel crime [ala-ala Sydney Sheldon].
Novel dia semuanya crime story.
Cuma yang kelakonya, dia bukan menulis cerita baru tapi semua novel dia adalah hasil tulis semula movie-movie crime barat.
Kiranya dia ni bukan pandai menulis pun tapi sebab kawan dia owns a publishing company, jadi dia gunakan peluang tu untuk buat buku. Padahal semuanya cilok kisah movie.

Sementara itu, ada rompakan besar berlaku di mana 300 juta dicuri oleh 5 orang.
Tapi, sebaik saja rompakan selesai, 5 orang tu dibunuh dan duit dilarikan.
A year later, ada 5 orang perempuan bergabung untuk balas dendam pada si pembunuh.
5 wanita ni adalah mak, anak, tunang, isteri dan kakak kepada yaang mati.
Dorang nak cari siapa yang bunuh.
Jadi, dorang approach si Pencil untuk bantu sebab dorang rasa Pencil ni mesti ada tektik yang bagus, sebagus 'novel-novel'nya.
Dorang tak tahu yang novel tu pun plagiat filem.
Tapi Pensil merasa dia perlu bantu 5 orang ni.
Di samping tu, journey dia membantu ni dia akan bukukan menjadi novel terbaru, his first real crime novel.

Selepas beberapa twist and turn yang hilarious, akhirnya dorang dapat jumpa suspek utama.
Suspek ni seorang bekas pemandu ambulance yang dah berjaya jadi car racer yang berjaya.
Suspek ni memang nak jadi racer, tapi sebab tak berduit, jadi dia join geng perompak untuk dapatkan duit tu dan kemudian dia bunuh lima-lima orang and gunakan duit tu supaya jadi racer.
Dalam journey membalas dendam ni, Pencil terperasan yang semua 5 orang perempuan ni beragama Hindu tapi salah seorang perompak beragama Kristian.
Maknanya salah seorang geng perempuan ni dah menipu.
Apa tujuannya dia membalas dendam?


Cukuplah 4 filem aku review.
Cuma nak cakap, Natsamrat and Kannum Kannum Kollaiyadithaal korang boleh tengok kat Netflix.
Terima kaseyyyyyyyyyyy.



2020-07-12

Suami tak romantik


Post ni nak menjawab statement-statement syahdu kat IGS aku last week.
Aku letak video 3 saat En Wan pegang tangan aku masa berjalan dalam airport.
Saja je candidkan video tu, kebetulan masa tu aku hantar dia ke airport untuk ke Langkawi.
Dia teman aku patah balik ke parking lot, sebab jalan berdua [Redza drop kat cafe], maka bolehlah pegang-pegang tangan.

Bila naikkan video tu, eh ramai pulak yang respond.
Tapi ada satu komen ni best.
Katanya "Untung Kak Di dapat suami yang sayang Kak Di walau dah lama kawen".

Aku tak sure apa maksudnya, tapi aku tak bertanya apa-apa.
Aku tahu kalau aku tanya, mesti akan ada luahan hati. Jadi, aku biarkan macam tu je.
Cuma aku nak bagitau kat sini.

"Untung dapat lelaki yang sayangkan kita".

Dulu, aku aim gini juga.
Nak cari lelaki yang sayang aku sangat-sangat.
Membayangkan yang kalau lelaki sayangkan kita mesti dia protect kita serba -serbi.
Yes, memang dapat pun lelaki macam tu.
The things is, dia seorang yang over-protective and too possesive sampai aku rimas.

Dalam ertikata lain, dapat lelaki sayangkan kita itu bagus tetapi some lelaki terlalu sayangkan pasangannya dan dia menzahirkannya in a bad way.

Exbf aku dulu bukan tak sayang aku.
Dia sangat sayang aku. Aku tahu tu.
Ramai kawan-kawan lelaki aku cakap aku beruntung dapat dia.
Memang nampak sangat dia sayang sangat kat aku.
Sampaikan best fren dia cakap kebarangkalian diana nak kena tinggal is zero.
Punyalah sayang katanya.
Tapi mungkin dia tak sedar cara dia sayangkan aku agak menakutkan.

To some people like me, tak perlukan 'kasih sayang' yang melampau sampai segala benda kena report kat kau.
Mana pegi kena bagitau, makan dengan siapa kena bagitau, kelas dari pukul berapa sampai pukul berapa kena bagitau, apa plan kau dengan girlfriends semua kena bagitau.
Ini bukan sayang, ni namanya saiko.
Dek kerana sayang sangat tu lah dia jadi possesive sampai aku rimas.

Jadi, kalau pasangan kita bukan sejenis yang romantik seperti suka pegang-pegang tangan, suka peluk-peluk - biarkan.
As long as dia tak lari dari tanggungjawab, itu dah menunjukkan dia sayang.
Cara manusia tunjukkan kasih sayang tak sama.
Perasaan sayang tu kita boleh rasa walau tak ditunjuk dengan cara pegang tangan, rangkul pinggang, etc.
Sometimes melalui cara bercakap, cara pandang, cara senyum pun kita boleh rasa dia sayangkan kita.

Sayang dan cinta tak perlu pembuktian yang too much.
Kalau too much, akan berisiko untuk jadi abuse.
Some people confuse between love and abuse.
Dia rasa macam dia menunjukkan rasa cinta and sayang tapi sebenarnya dia over protective sampai mengganggu hidup kita.
Memang mula-mula aku pun rasa bestnya bila dia suka ambil tahu mana aku pergi, apa aku makan, kelas aku pukul berapa - sebab aku rasa macam he is serious with this relationship.
Lama-lama aku jadi letih.
Dengan mak aku pun aku tak hantar report gini punya detail, dah kenapa dengan kau aku kena inform segala porgram?

Kepada yang masih bercinta, kalau perkara ni sedang berlaku pada korang, that's not normal.
You need to re-evaluate the relationship.
Benda ni awal-awal kita tak nampak.
Aku dulu gitu juga.
Nak pulak sejenis tak pernah ada pengalaman bercinta, jadi aku ingat that is normal, bila orang dah sayang.
Sekaliiiiiiiiiiii, padan muka aku.

A little protective is nice.
Overprotective, a bit irritating.
Tapi kalau overly overprotective, hat ni masalah.

Melalui pengalaman aku, kalau someone protective, dia takkan tanya kita lebih-lebih.

Aku : Saya nak outing dengan Ina weekend ni.
Dia : Ok, jaga diri.

That's protective.

Aku : Saya nak outing dengan Ina weekend ni.
Dia  : Nak ke mana?
Aku : Parkson, cari barang.
Dia : Ok, jangan balik lambat sangat. Pastikan before 6pm awak dah balik. Pukul 6pm saya tunggu depan asrama awak.

That's overprotective.
Tak rimas tapi agak menakutkan.

Aku : Saya nak outing dengan Ina weekend ni.
Dia  : Nak ke mana?
Aku : Parkson, cari barang.
Dia : Barang apa? Saya boleh pegi belikan.
Aku : Makanan-makanan, barang-barang pompuan.
Dia : Kenapa nak kena sampai Parkson, kat ko-op pun ada jual kalau setakat makanan.
Aku : Nak lepak makan fast food sekali.
Dia : Baru hari tu kita makan KFC kan, dah nak makan fast food lagi. Takyahlah.

Ok this is overly overprotective.
Kalau dia adalah macam ni, nasihat aku, LARI!
Orang yang macam ni, dah takde sebarang perbincangan kau boleh buat.
Jenis ni tak pakai bincang dah, kau kena back off.

Aku pernah lalui kisah cinta yang "terlalu sayang" macam ni.
Tapi aku punya ada sambungan dari conversation yang ketiga di atas.
Tiba-tiba nanti kat Parkson sedang kau berjalan-jalan dengan kawan kau, tetiba dia buat surprise "Cak!!"

Aku : Eh? Buat apa kat sini?
Dia : Saje je. Jalan-jalan.

Seram tak?

Sumpah seram, ok.
Dek kerana sayang sangat sampai mengekor mana aku pegi.
Tapi masa tu masih bercouple jadi aku cuba tenangkan diri, padahal kawan aku dah rasa seram-seram menyampah dengan 'kasih-sayang' yang sangat mendalam tu.

Jangan terlalu meletakkan syarat SAYANG mesti begini, mesti begitu.
Tak pegang tangan semasa berjalan berdua, tak bermakna tak sayang.
Tak makn bersuap-suap, tak bermakna tak cinta.
Biarlah kalau suami kita jenis kejung, asalkan dia tak menduakan kita, syukur dah.
Nak tunggu dia romantik dengan kita macam takde harapan, apa kata kita je yang start dulu. Apa adehallll.



2020-07-09

Mak yang takde harapan nak dapat sijil



Semalam nampak ada orang share gambar ni.
Seperti dijangka kat ruangan komen dah start hawa-hawa bakor-membakor antara Kluster Tetek dan Kluster Susu Lembu.
Jadi, aku ambik keputusan untuk copy and paste gamba ni kat FB aku, supaya kejadian bakor-membakor tu tak merebak ke tempat lain.

Aku tak merasa naik stage ambik anugerah ni semua sebab Rayyan hanya sempat 2 bulan [taraf sijil], manakala Redza 2 minggu [ini taraf minggu orientasi je].
Ada la jugak pengalaman menyusukan anak, pengalaman tetek bengkak, pengalaman puting melecet, pengalaman pakai pad tetek and baju menyusu. Alhamdulillah.
Jangan ajak aku bertekak pasal benda ni ya, aku tak kuasa.
Ambik lah kat kau, aku bagi kau menang.

Cuma nak cerita pengalaman menyusukan anak-anak.
Redza hanya dapat 2 minggu.
Lepas 2 minggu, walau dah berurut, susu aku kering terus.
Padahal aku rajin mengepam susu masa ni.
Tukang urut tu cakap maybe sebab anak aku pun tak suka susu badan.
Boleh jadi juga sebab Redza memang tak berapa berkenan susu badan.
Kalau aku bagi susu badan, dia minum sikit je, pastu dia buat muka terjeluak.
Bila sumbat susu formula bukan main santai lagi dia menyusu.
Agaknya sebab tu susu badan aku kecik aku lalu mengeringkan dirinya sendiri.

Rayyan dapat banyak sikit - 2 bulan. Betterlah dari abang dia.
After 2 bulan, aku dah start kerja, dengan sendirinya dia taknak susu badan.
Padahal aku pam susu and simpan, minta mak panaskan je bila nak guna.
Tapi Rayyan taknak, maybe tak sedap minum kat puting.
Eh tak kuasa pulak aku nak menetekkan kau 24 jam.
Konsepnya, aku dah perah, kau minum. Kalau taknak, dah.
Lalu, mak bagi susu formula. Nasib baik dia nak minum.

Redza minum susu formula sampai umur 4 tahun je.
Masuk umur 4 tahun dah kena tukar susu.
Susu 4 tahun tak sedap dia kata, terus stop.
Eloklah stop, jimat duit aku. Kau ingat susu formula murah?

Dari umur 4 tahun sampai 7 tahun Redza masih lagi membotol, tapi minum Ribena yang dipanggil "Air Mina".
Rayyan pun umur 7 tahun masih lagi membotol tapi minum oren.
Aku rasa perangai susah nak tinggalkan botol ni banyak ambik dari bapak mereka.

En Wan lansung tak minum susu.
Mok kata En Wan suka air sirap, tapi minum dalam botol.
Sampai sekarang dia tak minum susu, walau teh susu.
Apa jenis susu dia tak boleh telan.
Nasib baiklah zaman mok mertua aku beranakkan En Wan, internet belum ada.
Kalau tak, konfem mak mertua aku jadi subjek kecaman sebab bagi anak minum air sirap, tak bagi minum susu.
Aku boleh bayangkan kecaman tu berbunyi :

"Mak pemalas ni, taknak usaha bagi anak minum susu"

"Air sirap tak bagus untuk budak, nanti bengap"

"Anak yang tak minum susu selalunya mudah dapat sakit. Tak caya, tengoklah nanti"

Ahgitewwwwww.

Selain dari tak minum susu, En Wan juga tak berhenti hisap botol sampai umur beliau 11-12 tahun, u ollssss.
Ya, aku tak tipu.
Mak selalu cerita kat aku.
Kak Long pun pernah cerita, adik kesayangan dia ni tiap-tiap hari before pi skolah bancuh sendiri air sirap dalam botol susu.
Pastu minum botol sambil intai tepi sliding door.
Kalau nampak kelibat kawan-kawan lalu depan rumah, nanti dia dia campak botol bawah kerusi.
Kahkahkahkah.
Macho mesti mau jaga gitu.

Masa aku marah Redza and Rayyan taknak stop botol, aku yang kena sound balik dengan mak.
"Heh! Toksoh maroh lah. Abang tu sampai umur 11 tahun ngisap lagi [botol]. Molek-molek ada. Blajo luar negara".

Ok lah fine.
Aku kalau dia dah membagi anak dia sebagai contoh, aku takleh buat apa lah.
Kita back off je sudeyy.

Cabaran bagi anak susu badan memang tinggi.
Tapi, cabaran tak bagi anak susu badan juga tak kurang tingginya - iaitu, cabaran dikecam.
Benda-benda macam ni, aku selalu pilih untuk biorkan ajelah deme nak cakap apa pun.
Yang penting anak-anak aku cukup makan.
Nak membuktikan teori siapa lebih betul, ujung-ujung semua pun nak menangkan diri sendiri.
Jadi, bertenang-tenang saja dan jalan terus dengan apa yang kita selesa.
Time will tell, walaupun ambil masa berpuluh tahun untuk membuktikan apa yang kita pilih adalah terbaik untuk kita.

Tahniah untuk mak-mak yang berjaya sampai ke peringkat PhD penyusuan anak.
Yang on the way nak ke PhD, semoga berjaya.
Yang takde harapan nak dapat sijil macam aku, don't worry.
Susu formula melambak kat Giant, pilih.







Now we have 5L size.
Whatsapp nombor atas kalau nak tahu harga 5L.


2020-07-07

Ikhlas vs Riak


Hari tu aku baca post Ustaz Ebit Liew tentang sumbangan yang dia dah keluarkan sepanjang PKP.
Katanya dah lebih RM1 juta duit sendiri yang dia sumbangkan.

Then baru-baru ni nampak orang share video Ustaz Ebit Liew gi shopping beli designer handbangs untuk wife dia.

Semalam aku baca satu post tentang someone yang share zakat tahunan yang dia bayar.

Post-post macam ni nampaknya ramai yang tak suka.
Ada je yang kritik. Katanya menunjuk-nunjuk.
The thing is, kalau orang awam yang post branded items on media sosial, sah-sahlah dikata menunjuk.
Bila ustaz-ustaz share post tentang sumbangan and zakat, pun kena kutuk juga?
Dah tu, dengan cara apa lagi mereka nak berdakwah?

Manusia ni terlalu sensitif bila cerita pasal duit, kaya dan mewah.
Yang peliknya, orang lain disuruh zuhud, tapi diri sendiri tak.
Kalau orang lain share kekayaan, dikata riak.
Bila diri sendiri share, dikatanya berkongsi kegembiraan.

Tak boleh ke kita berlapang-dada bila baca status orang lain.
Baca.
Scroll.
Baca.
Scroll.
Tak boleh gitu?
Kenapa mesti ada bengkak dalam hati?
Dah bagus dah dia tak meminta-minta duit kita.
Karang kalau dia minta kita bagi sumbangan, kita kata "Ni lah dia, orang-orang agama. Kerjanya nak minta sumbangan je".

Aku suka bila Ustaz Ebit Liew cerita dia keluarkan duit dia sendiri berjuta-juta untuk bantu orang lain.
Seronok baca.
Bagi aku, orang Islam perlu cerita-cerita macam ni.
Selama ni kita seolah-olah diajar supaya bersederhana dalam segala benda.
Makan yang sederhana, rumah yang sederhana, semuanya sederhana.
Lama-lama kita pun jadi demotivated, ujung-ujung pasrah berserah pada takdir.
Tapi Ustaz Ebit akhirnya tunjukkan kat kita, jadi kaya tu tak salah.
Yang salah tu bila menyalahgunakan kekayaan.

Hari tu aku baca Uncle Kentang cakap, even dia sendiri ada bisnes supaya ada duit untuk bantu orang.
Selama ni orang ingat Uncle Kentang ni kerja apa lah agaknya yang boleh bantu orang.
Sebab gaya dia tak menampakkan yang dia seorang kaya. Very simple.
Rupanya dia seorang businessman.
Uncle Kentang cakap "Kita nak tolong orang, mesti ada duit".

Maksudnya kat sini, apa yang Ustaz Ebit Liew buat tu betul.
Nak bantu orang, mesti ada duit supaya tak meminta-minta.
Bila orang minta tolong, zassssss bantuan datang, sebab kita ada duit sendiri, tak perlu tunggu sumbangan orang.
Masalahnya orang kita ni, kalau bangsa lain buat baik, beri sumbangan sana-sini, kita acah-acah tanya "Mana orang-orang kaya Islam?"
Tapi, bila orang macam Ustaz Ebit tunjukkan diri, ambik video beri sumbangan sana sini, kita bengkak hati pulak.

2 hari lepas ada Hamba Allah share resit zakat perniagaan.
Dia kata ramai orang yang berniaga hanya fokus pada sales target duniawi.
Buat target untuk capai milestone RM1 juta, RM2 juta, beli rumah keempat, beli kereta ketujuh, etc.
Tak ramai yang buat target untuk boleh bayar zakat lebih setiap tahun.

Ohhh, boleh tahan yang bitter dengan post tu.
Urusan sedekat dan zakat adalah urusan peribadi katanya.

Tak, the thing is, dia tak suruh pun kau tayang sedekah and zakat kau.
Dia hanya bagi cadangan dan motivasi.
Kalau kau dah laksanakan tanggungjawab, tak payahlah terasa.
Selalunya yang terasa lebih-lebih ni adalah yang tak buat.
Kalau kau rasa kau buat, silakan tayang kau punya resit pulak. Habis cerita.
Tak perlu nak question ikhlas tak ikhlas orang lain punya sedekah and zakat.

Pemahaman kita tentang ikhlas dan riak ni salah sebenarnya.
Kita anggap orang yang amalannya diketahui ramai orang, bermakna dia riak.
Hakikatnya, belum tentu.
Orang yang amal ibadahnya diam-diam, bermakna dia ikhlas.
Pun, belum tentu.

Dah tu, macamana kita nak membezakan antara ikhlas dan riak?

No, masalahnya, urusan ikhlas dan riak orang lain bukan kerja kita menilai.
Kerana ikhlas adalah pekerjaan hati.
Ia adalah rahsia antara Allah dan hambaNya.
Hinggakan malaikat yang menulis tu pun tak tahu samada amalan itu ikhlas atau tak.
Syaitan juga tak tau sampaikan dia tak boleh merosakkan niat.
Hawa nafsu pun tak tahu sampaikan dia tak boleh mencondongkannya niat.
Malaikat yang paling hampir dengan Allah pun tak boleh detect seseorang manusia tu riak atau tak, lagikan kita.
Kita juga tak tahu niat orang lain.
Yang kita boleh nilai adalah membezakan samada DIRI KITA riak atau ikhlas.

How?

Kata ustaz aku, cara nak membezakan senang je.
Kalau amal ibadah kita ketika ada orang lihat atau tak, tetap sama, bermakna kita ikhlas walaupun ibadah kita satu dunia nampak.
Tapi, kalau amal ibadah kita ketika bersendirian biasa-biasa je tapi kalau depan khalayak beria-ia, itu namanya riak.
Bila mengaji sorang-sorang ala kadar tapi bila post kat media sosial bukan main tilawahnya, itu namanya riak.
Bila bersedekah senyap-senyap RM2, bila post kat FB bukan main tunjuk resit transfer RM200, bermakna kita termasuk orang-orang yang riak.

Jadi, tak patut kita nak question orang tu riak atau ikhlas, kerana semuanya bergantung pada niat.
Kalau niatnya nak dipuji, dah tentu jadi riak.
Tapi, kalau niatnya untuk syiar, supaya orang lain dapat hikmah, maka itu bukan riak.

Bukan urusan kita untuk menilai amalan orang lain.
Dia nak bagitau satu dunia dia bersedekah berjuta ke, apa ke, itu urusan dia.
Dia nak bagitau zakat dia setahun RM50K, itu pun urusan dia.
Tak payah kita kisah dia nak menunjuk atau apa.
Kalaupun niatnya riak, biar setepek terkena kat kita.
Yang selama ni mungkin tak teringat nak berbahagi rezeki, asyik pakat kumpul untuk diri sendiri.


2020-07-05

Movie review


Dah lama gila aku tak review movie, kan?
Jaga-jaga, aku nak start ni.



1. Charlie [2015]
Language : Malayalam
Rating IMDb : 7.9/10

Objektif aku tengok cerita ni adalah sebab hero-nya Dulquer Salmaan.
Ada 3-4 movie dia aku layan yang semuanya best.
Mostly dia berlakon genre romance, maybe sebab muka jambu.
Ada satu filem dia yang aku dah review yang bukan romance, iaitu Ustaz Hotel [boleh cari balik dalam blog aku ni].

Cerita Charlie ni bukan romance yang biasa, tetapi heavy drama yang ada elemen romance.
Kisah seorang perempuan nama Tessa yang lari dari rumah untuk mengelak dari kena kawen paksa.
Dia kemudian sewa satu bilik yang pada awalnya dia tak suka sebab bilik tu berselerak.
But then masa dia tengah kemas-kemas the bilik, she learns that penyewa bilik sebelum ni adalah lelaki yang gaya hidup-nya 'carefree' tetapi menarik.
Lelaki ni ada tinggalkan gambar dia [yang of-cos tinggalkan gambar yang hensem, kalau aku pun aku cari laki ni sampai jumpa] dan sketchbook ala-ala comic tentang kisah dia selama menyewa di situ.
Tapi komik tu tergantung, so Tessa nak sangat tahu apa kesudahan comic tu.
Tertarik dengan jalan cerita comic, Tessa mula trace satu-satu watak dalam comic tu untuk find out di mana lelaki tu sekarang.

Dalam pencarian dia, dia berjaya jumpa setiap satu watak dalam komik tu, yang semuanya hanya jumpa lelaki tu 1 kali je.
Tapi setiap orang ceritakan perkara yang baik-baik tentang lelaki tu.
Yang sebenarnya cerita ni menarik bukan kerana kisah cinta.
Actually takde kisah cinta pun dalam filem ni tapi perjalanan dia mencari lelaki tu ada banyak cerita yang dia jumpa.
Tapi ending-nya sweet! Trust me, sweet.
Aku suka betul karakter Dulquer Salmaan dalam Charlie.



2. Pattabhiraman [2019]
Language : Malayalam
Rating IMDb : 7.0/10

Tiada hero yang hensem dalam filem ini. Jadi, jangan banyak angan-angan.

Walau bagaimanapun aku suka cerita ni sebab ia berkaitan dengan food adulteration.
Dulu kan pernah viral kejap kat Malaysia kes fake telur yang katanya dari tepung [something like this].
Cerita ni basically kisah pembongkaran bisnes produk makanan oleh seorang pegawai kesihatan.
India kan popular dengan cerita-cerita membongkarkan ketidaktelusan sistem kerajaan dia.
This story is one of them.

Menarik, bila sorang taikun bisnes produk makanan yang keluarkan 3-4 brand yang berbeza kualiti dari satu perusahaan yang sama.
Produk tepung yang dari kualiti the best hinggalah kualiti paling teruk semuanya dari dia sebenarnya.
Seperti biasa, India pernuh dengan rasuah jadi big player macam ni selalunya terlepas [Malaysia ada tak gini?].
Pegawai ni kena frame untuk kesalahan yang dia tak buat tapi akhirnya dia berjaya buktikan dia tak bersalah.
Cliche storyline, tapi aku suka sebab melibatkan food and business.



3. Chitralahari [2019]
Language : Telugu
Rating IMDb : 7.2/10

Aku sebenarnya dah tengok cerita ni tahun lepas lagi, kawan aku bagi file.
Tak teringat nak review sampailah baru-baru ni cerita ni keluar kat Vaanavil [C202], aku tengok lagi.

Hero dia Sai Dharam Tej - tak hensem sangat.
Aku lagi suka abang dia, Varun Tej.
Varun Tej ni ada a few film yang aku dah review. Cari sendiri.

Kisah tentang Vijay yang introvert dan selalu bernasib tak baik walaupun dia bijak dan tak buat salah.
Apa yang dia buat selalu disalahertikan oleh ramai orang.
Yang percaya dengan kebolehan dia cuma ayah dia sorang.

Dia ada idea buat apps untuk detect kemalangan.
Apps tu somehow akan alert balai polis, bomba, hospital, blood bank and agensi yang berkaitan sekiraya beraku kemalangan.
Walaupun kau terbabas sorang-sorang kat tepi jalan, apps tu akan alert hospital and ambulance will find you.
Jadi, chances untuk terselamat dari mati kering sorang-sorang adalah lebih tinggi.

Vijay nak cari investor for his project tapi takde siapa percayakan idea ni because dia tak pandai berkomunikasi dengan baik. Penampilan dia pun tak meyakinkan.
Disebabkan dia tak pandai berkomunikasi dia always gagal interview kerja, dan akhirnya dia hanya kerja kat kedai repair TV padahal dia excel student in academic.
Jadi bila dia propose idea apps ni, working experience dia tak convincing. Takde siapa nak invest.

Akhirnya dia buat apps tu and jadikan diri sendiri guinea pig.
Dia bawak kereta laju-laju and accident.
Apps tu berfungsi and connected dengan semua hospital, blood bank and polis station. Dia terselamat.
Akibat dari kejayaan tu, ramai yang nak invest kat idea dia tapi ada sorang barua mempolitikkan isu ni.
Vijay akhirnya dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh being reckless and irresponsible semata-mata nak buktikan apps dia berbaloi.
Ending? Tengok sendiri.



4. Kapoor & Sons [2016]
Language : Hindi
Rating IMDb : 7.7/10

Kisah dua orang adik-beradik, Rahul and Arjun, yang duduk di luar negara, kembali ke India bila datuk dorang kena heart attack.
Rahul is abang, seorang penulis novel yang berjaya.
Arjun pulak tak nampak successful berbanding abang.
Dia masih struggle untuk jadi penulis novel, at the same time kerja sambilan sebagai bartender.
Parents dorang lebih suka Rahul sebab nampak Rahul ada future, which upsets Arjun.

Dalam masa yang sama, parents dorang ni ada masalah rumahtangga.
Yang si mak nak bukak bisnes catering tapi suami tak berapa suka.
Yang si bapak pulak ada history berskandal dengan perempuan lain yang isteri dia masih tak boleh maafkan sepenuhnya.
Nak dijadikan cerita masa dorang berdua balik bercuti, they met one girl.
Arjun jumpa this girl masa party kawan dia.
Rahul pula jumpa girl yang sama masa carikan new house untuk family [girl ni nak jual rumah dia].
Dua-dua jadi rapat dengan girl yang sama tapi masing-masing tak tahu.
Girl tu pun tak tahu dorang ni adik-beradik.

Yang si girl ni nampak macam suka kat Rahul dan anggap Arjun macam kawan baik je sebab Arjun gila-gila sikit orangnya.
So one day this girl cerita yang dia pernah kiss a guy [Rahul] dalam keadaan mabuk.
Later baru Arjun tahu yang that guy yang the girl kissed tu adalah Rahul.
Jadi, Arjun sangat frustrated seolah-olah Rahul sentiasa ada luck dalam hidup.

Rahul keluar rumah, nampak kereta bapak dia ada kat sebuah rumah.
Rupanya bapak dia jumpa skandal. Rahul frust sangat dengan bapak dia.

At home, mak Rahul nak guna laptop Rahul sekali nampak gambar Rahul dengan boifren.
Rupanya anak dia gay!

Yang si Arjun pula nampak draft novel yang dia buat ada pen Rahul di dalamnya.
Dia syak abang dia nak curi idea dia sepertimana novel dia yang dulu diciplak oleh Rahul sebab plot and karakter semua sama.
Rupanya novel abang dia yang hit tu memang dia punya, cuma bukan Rahul yang ciplak tapi mak dia sendiri yang pass the draft kepada Rahul
Puncanya sebab mak dia nampak Rahul lebih sistematik and bersungguh untuk future sedangkan Arjun tak sebab dia nampak gila-gila.

Pendek cerita, keluarga ni nampak macam ok dari luaran tapi hakikatnya masing-masing ada masalah yang masing-masing saja tahu.



5. Agent Sai Srinivasa Athreya [2019]
Language : Telugu
Rating IMDb : 8.5/10

Again, ini aku tengok awal tahun hari tu.
Hero dia ni always dapat karakter yang gila-gila, aku syak karakter realiti dia memang macam tu sebab watak yang dia carry sangat kena.
Masuk Agent Sai, ini adalah movie ketiga aku tengok dari lakonan Naveen Polishetty.
Filem lain yang aku dah tengok and also dah review adalah Chhichhore [hero Sushant Singh Rajput] and 1: Nenokkadine [hero Mahesh Babu].

Filem ni tentang sorang detektif whose life in danger bila dia start siasat kes mayat yang ditinggalkan dekat landasan kereta api.
Mayat ni bukan 1-2, tapi banyak dan konsisten.
I mean everyday mesti ada mayat dijumpai kat landasan keretapi.

One day, kawan kepada Agent Sai bagitau ada mayat yang tak dikenali dijumpai kat area Venkatachalam.
Masa agent ni nak ke sana, dia ditangkap polis atas salah faham.
Dalam lokap dia berkenalan dengan Maruthi.
Maruthi ni cerita yang anak perempuan dia nama Divya pergi ke satu tempat dan tak balik-balik, disyaki dibunuh.
So agent ni tanya la macam-macam details.
Maruthi bagi nombor telefon tiga orang yang terakhir contact Divya sebelum dia dibunuh - Ajay, Harsha dan Vasudha.

Berdasarkan nombor telefon, Ajay dan Harsha memang berada di area pada hari Divya dibunuh.
Dalam proses menfollow dua orang ni, agent Sai terserempak dengan sorang perempuan muka sebijik macam Divya tapi tak boleh berbahasa Telugu.
Jadi agak pelik di situ, dah kenapa Divya ni tak faham Telugu.
Tk lama lepas tu, agent ni sekali lagi ditangkap polis kerana disyaki terlibat dengan pembunuhan Harsha dan Ajay.
Agent ni syak Maruthi [bapak Divya] tu sengaja plan dari awal buat cerita pasal konon anak dia kena bunuh sebab nak sabitkan si agent ni sebagai pembunuh Ajay dan Harsha.
Kiranya dia dah plan nak bunuh dua orang tu tapi dia jadikan agent Sai siap-siap sebagai kambing hitam.

Bila agent Sai diikat jamin, dia and kawan dia start investigate pasal pembunuhan dua orang tu.
Masa dia investigate, somehow dia jumpa mayat-mayat kat tepi landasan so dia macam syak semua ni ada kaitan dengan mayat-mayat ni semua.
Cerita ni best bukan sebab aku tak expect pun mayat-mayat tu semua adalah mangsa bunuh disebabkab jenayah tapi sebab lain.
Shocking bila tahu penyebab mayat-mayat tu ada kat tepi landasan. Sedih.
Sila tengok.







IKLAN : Terima kasih customer sebab share gambar ni.
Ya, XZIZ Biotech boleh buatkan pakej 5L hand sanitizer kalau nak. 
Silakan whatsapp 0127728976.


2020-07-02

Bye bye cikgu sandaran, Diana.



Syahdu je masuk bilik Rayyan pagi ni.
Bila tengok susunan buku-buku atas meja dia, sebak rasa hati.
Sepanjang bermula PKP sampailah today, aku ambik alih tugas jadi cikgu sandaran at home.
Pergi kerja hanya kalau khidmat aku diperlukan seperti bancuh-membancuh hand sanitizer.
Role aku berubah jadi cikgu at home.
Buku-buku dia dari beg semua aku keluarkan and susunkan dalam folder according to kelas.
Kelas harian [sekolah], kelas KAFA dan kelas tusyen.

Every morning aku akan collect semua task dari cikgu-cikgu and forward ke henfon Rayyan.
Semua homework kena send back to me untuk aku scan sebelum aku submit pada cikgu melalui whatsapp.
Kalau hari tu agak free, cikgu tak bagi banyak homework, aku akan bagi homework kat Rayyan.
So basically, Rayyan tetap bersekolah sepanjang cuti ni.
Termasuklah tusyen, kelas keyboard, kelas public speaking and kelas hoki.

Bila semalam menteri umum skolah akan dibuka, rasa sedih pulak bila lepas ni no more pekikan suara naga di rumah menjerit "Mana homework mama send pagi tadi?? Whatsapp mama now!"

PKP mengajar aku untuk susun jadual aku cantik-cantik biar takde yang tercicir.
Kalau dulu sambil kerja sambil take 5 layan You Tube, now no more.
Sebab by 12 noon aku kena stop sebab nak masak lunch.
Jadi semua kerja yang aku kena settle pagi, aku kena fokus betul-betul biar tak pending.
Kalau siapa perasan, aku dah tak update blog everyday, kan?

2pm sambung balik buat kerja until 4pm kena stop sebab kelas Kafa start, guna zoom.
Desktop Rayyan sejak minggu kedua PKP dah takleh start [ntah hape dia buat ntah dengan komputer dia], jadi kelas KAFA pakai laptop aku.
Pukul 4pm tu kira aku dah habis kerja.

Lepas Asar aku akan sambung baca buku/jurnal.
Then semak latihan Rayyan [latihan yang aku bagi sendiri].
Kadang-kadang kalau tepu kepala membaca, aku sambung tengok movie yang belum habis.
Dulu aku ingat sepanjang PKP ni aku ada masa nak layan Tamil and review banyak-banyak.
Harammmmm.
Disebabkan jadual yang padat ni, aku nak habiskan satu cerita Tamil kadang-kadang ambik masa 4-5 hari.
Tu pasal lansung takde review kat blog sebab sementara nak menghabiskan cerita, mood aku nak men-review pun dah lari.

Tadi pagi, bila pandang meja ni, alahai sebak pulak.
Lagi 2 minggu semua buku-buku ni akan kembali ke beg sekolah Kafa, beg skolah tusyen and beg skolah kebangsaan.
Maka berakhirlah sesi lontaran vokal di rumah.
Maybe hujung minggu je suara ni akan bergema semula.
Ni semua akan jadi kenangan.
Siapa sangka awal-awal dulu rasa macam tahun 2020 ni adalah yang the worst, rupanya tak.
Masih ada benda yang sweet yang hanya tahun ni je boleh buat.




Sepanjang PKP, aku train Rayyan untuk story telling contest.
Dia wakil sekolah and buat pertama kalinya sekolah dia hantar wakil untuk pertandingan story telling.
Walaupun tak sekolah tapi cikgu dia sangat komited.
Sentiasa minta video Rayyan practice untuk dia betulkan apa yang kurang, sampaikan nak datang ke rumah untuk ajar Rayyan.

Patutnya pertandingan ni bulan 5 hari tu, tapi dah semuanya tersadai kat rumah, jadi pertandingan pun ditunda.
Kitorang dah plan dah awal-awal hari tu nak belikan dia baju Calabash untuk dia pakai time bertanding nanti, sekarang tengah tunggu feedback cikgu dulu, kalau ada keperluan, beli.
Kalau pertandingan ni ditunda lagi, anggap je lah takde rezeki nak bertanding.
Dapat sijil mencuba untuk bertanding pun jadiklahhhhhh.



Kawan sekolah aku mengingatkan aku, dulu aku pun macam tu.
Suka sangat kalau ada pertandingan debate, pidato, berpantun - semua aku masuk.
Actually kawan aku ni pun aku punya debate and pantun team.
And kitorang sama-sama jadi tukang karut dikir barat.
Apa korang ingat aku takleh menyanyi? Pakkal dulu takde AF je.
Kalau tak, muka aku dah menghiasi industri muzik tanahair.
Bezanya dulu, aku join semua benda ni mak bapak aku tak tahu-menahu.
Dorang cuma tahu aku ada skill bercakap sorang-sorang.



Melukis.

Terima kasih Cikgu Nizam yang berjaya mencungkil bakat melukis aku.
Cikgu Nizam frust bila aku tak ambil Pendidikan Seni untuk paper SRP [ni macam PT3 exam].
Aku pilih subjek agama sebab aku tak pernah yakin lukisan aku cantik.
Nasib baik agama dapat A, kalau tak sure Cikgu Nizam padankan muka aku.

Dalam ramai-ramai orang kat sekolah tu, one day cikgu panggil aku masuk bilik seni.

"Diana, saya nak awak lukis tanah kubur. Nah!", dia hulur kertas suratkhabar kat aku. "Warnakan paper ni sampai nampak macam warna tanah kubur".

Buat tanah kubur je pun tapi proud jugaklah.
Masa budak-budak ni perform, aku bangga nampak tanah kubur aku atas pentas. Kahkahkah.
Pakkal stage performance, kalau keluar TV, mesti hujung drama ada nama aku keluar :

Tanah Kubur - Diana Ishak.
Mbhahahahaha.

Kalau team Tok Adi nak angkat naskah ke teater, bolehlah roger aku untuk buat props tanah kubur.

Berlakon?

Sebenarnya aku memang tak boleh berlakon. Very the kayu-kayan.
Walaupun masa kat U aku ambik course acting as generic course, hakikatnya aku kayu.
Aku ambik course acting sebab nak cukupkan kredit je.
Lagipun aku takde stage fright, jadi aku ambik course ni supaya tak payah mentelaah buku for exam.
Hafal skrip, perform, done.
Ada la sekali dua dapat A, selebihnya B.




Yang sangat best bila sepanjang PKP ni Rayyan dah sampai ke juz 5, belajar dengan Ustazah Diana Aniston.
Yang ni aku proud sangat.
Tak sangka aku Rayyan boleh mengaji Quran.
Dia kan sensitif pada titik-titik.
Dia always nampak titik bergerak-gerak.
Berapa kali naik Iqra' 5 pastu turun balik Iqra 3 sebab bila sampai ke ayat panjang-panjang sikit dia dah nampak titik bergerak-gerak.
Alhamdulillah, he is better now, dah lancar mengaji.
Titik bukan masalah lagi.

Video kat atas Rayyan practise menghafal surah.




Ini video Rayyan the latest, bersembang dengan aku pasal produk Apple.
Aku tak tahu pun dia minat technology sampai macam ni sekali.
Aku yang pakai iPhone pun tak pernah nak kaji specs iPhone.
Dia yang tak pernah ada iPhone boleh faham segala sudut specs.
Yang aku asal nak beli henfon je tanya kamera and kaler je. Kahkahkah.
Lepas ni aku boleh bincang dengan Rayyan je kalau nak beli barang-barang Apple, konfem aku tak kena kencing dek mana-mana sales person.


2020-06-30

Arguments yang takde penghujung.



Tergerak nak tulis pasal ni kat LinkedIn semalam bila terbaca satu artikel pasal working moms.
Personally, menjadi seorang ibu itu tak susah.
Tak kisahlah kau seorang ibu yang bekerja di pejabat atau stay-at-home mother.
Yang menjadikan susah adalah bila kau seorang ibu DAN seorang blogger [atau someone yang dikenal di media sosial].

Ever since I became a blogger, I have been bombarded with messages about what kind of mother I should be, padahal blog aku bukan tentang parenting pun, let alone aku nak bagi parenting tips.
Tetapi nampaknya, ramai ada pendapat yang strong tentang how I should spend my time, sekolah yang macamana aku kena hantar anak-anak aku belajar, makanan apa yang aku bagi anak-anak aku makan, kenapa aku biarkan anak-anak habiskan masa dengan bibik --- semua tu dikupas satu demi satu.

Redza paling kesian.
Dia always jadi modal untuk orang menghentam aku.
Yang menghentam tu pun aku tak tau dorang ada anak ke tak, dah berapa tahun ada anak, and anak-anak dorang jadi apa skarang. No idea.

Aku start blogging tahun 2006-2007.
Waktu ni blog aku banyak cerita pasal lifestyle aku, jadi cerita tentang Redza always ada.
Bayangkan, aku share video Redza baca buku sekolah [English] pun ada yang komen "Jangan bangga sangat anak pandai speaking, cukup-cukuplah kau sorang je yang jahil, Kesian budak tu takde didikan agama".

Boleh brain?

Sometimes aku kagum dengan cara 'berfikir' some people.
Aku syak orang-orang macam ni time skolah dulu kalau cikgu suruh ulas imej dari sebuah gambar, konfem merepek-repek ulasannya.
Just imagine, video tu Redza tengah baca buku English, dia boleh kaitkan dengan jahil agama. Haihh. Very the desa.

Bawak Redza pi mamak, kena kondem.
Redza minum teh ais, aku kena hentam.
Aku pasang kolam ikan kat rumah pun kena hentam sebab kolam ikan tu bahaya katanya kalau Redza terjatuh dalam tu. Allahhhh.
Itu belum lagi cerita aku outstation ke sana sini, tinggalkan Redza di rumah dengan bibik.
Hanya disebabkan itu, aku dikatanya hamba duit.
Sanggup lepaskan peluang jadi ibu untuk tengok anak-anak membesar depan mata.
Orang lain menangis nak dapat anak, aku dapat anak, tinggalkan dengan bibik katanya.
Bagi anak and suami makan masakan bibik.
Itu belum lagi bab aku tak menyusukan anak [susu badan].
Pehhh, dia punya hentam boleh beralih paksi bumi.

Aku pilih untuk diam.
Biarlah orang nak cakap apa pun.
Lagipun waktu tu aku berada di posisi yang tak baik.
Ye lah, aku kan free hair.
Free hair adalah lambang kejahilan.

Aku pakai seksi.
Seksi adalah lambang seorang ibu yang tak baik.

Aku kerja siang malam.
Workaholic adalah lambang isteri yang lepas tangan hal rumahtangga.

Takde satu point strong point pada aku untuk aku buktikan I am doing my best to be a mother and a wife.
Jadi, aku pilih untuk bagi ruang dorang bercakap apa saja. Sukatilah janji kau bahagia.

Just like apa aku tulis kat post LinkedIn tu, we judge others based on what we feel insecure about.

Contohnya, someone nampak kita barang mahal, kemudian dia judge kita sebagai boros dan apa yang dibeli tu tak mendatangkan kebaikan selain untuk bermegah-megah.
Hakikatnya, dia sangat insecure dengan penampilan sendiri dan jealous kita lebih beruntung [banyak duit] dari dia.

Dalam kebanyakkan kes debate kat FB tentang working moms vs stay-at-home moms, beranak normal vs c-sect, menetek anak vs susu formula, sekolah agama vs skolah omputih - sebahagian besar punca bertekak adalah kerana masing-masing takut salah pilih.
We are afraid of being rejected.
Jadi, kita mengkritik orang lain so that we feel secure with our choice.

Another example of this, bila ada orang lebih bagus dari kita.
Immediately kita rasa tak measure up.
Jadi apa kita buat?
Kita jadikan dia idola dan usaha sungguh-sungguh untuk jadi sebaik dia. Gitu ke?

Harammmmm.

Sebaliknya, kita start to pick apart at the person.
Kita cari sekecil-kecil khilaf dia dan kita perbesarkan.
Tak cukup dengan tu, kita spread this judgement dengan fitnah.
Itulah cara kita buang insecurities.

Bad news is, kita tak akan jadi lebih baik pun dengan cara ni.
Kita je feeling macam kita the best, padahal maintain di takuk yang sama walau 10 tahun dah berlalu.

It looks like mak-mak yang berdebat ni sebenarnya nak menonjolkan kehebatan diri, not really about the kids.
Nak berlawan siapa lebih penyayang, siapa lebih pandai jaga anak, siapa lebih pandai jaga laki, ujung-ujung, berlawan pulak anak siapa lagi pandai, anak siapa lagi cepat khatam Quran, etc.
Ni mujur tahun ni takde exam, kalau tak, berbangkit lagi isu yang sama tiap-tiap tahun - anugerah kecemerlangan.

Tak boleh ke kita sepakat that we are all so different but there is one thing we have in common, iaitu we are all amazing mothers?
Tak kiralah kita ibu yang bekerja di opis atau tak, yang penting usaha yang kita buat untuk jadi parents, untuk membesarkan anak.
Only you know what is best for you and your child.
Everyone should just mind their own business.
Ini bukan satu perdebatan yang berbaloi untuk didebatkan because at the end, tak ada yang betul atau salah.
Kalau ada pun, hanya yang betul dan yang lebih betul.
This isn't a one-size-fits-all situation.
Arguments ni dah so yesterday, tak perlu nak dibahaskan lagi kat mana-mana media sosial.
Just support mothers and their choices, instead.


2020-06-28

Kes rogol puncanya?


Rogol secara khususnya tidak ada kaitan dengan hijab.
Rogol terjadi bukan kerana “perempuan berpakaian seperti telanjang” atau “berposing berahi”.
Aku perhatikan ada sebilangan kelompok apabila membahaskan kes rogol dan cabul, selalu menyalahkan perempuan sebagai punca masalah.
To them, kes rogol terjadi kerana kesalahan perempuan yang tak menjaga aurat.
Akal singkat dorang mengatakan kalau semua perempuan menutup aurat dengan sempurna dan tidak beraksi manja depan kamera, maka rogol tidak akan terjadi.

Fine.

Tetapi kalau memang akar masalah dari kes rogol adalah disebabkan perempuan membiarkan auratnya terbuka dan tak berhijab, dah tentu kes rogol di negara-negara Barat-lah paling tinggi.
Dorang tu lagi lah dengan macam-macam fesyen yang pelik-pelik.
Berpakaian selagi tak terkeluar tetek, tak sah.
Pergi mall pakai seluar jean and bra tutup dengan cardigan [cardigan tu buat syarat je].

Negara-negara yang selama ini terkenal sangat ketat dalam melaksanakan syariat Islam, termasuk syarat berpakaian bagi perempuan, jangan tak tahu, negara-negara ni kes rogolnya sangat tinggi.
Afganistan, Mesir, Pakistan - ini sebahagian negara yang tak sepatutnya kes rogol terjadi.
Arab Saudi sendiri, negara yang terkenal dengan sangat konservatif dan super-ketat dalam cara berpakaian, pernah ada kes rogol beramai-ramai tahun 2005-2007. Ingat lagi kes ni?
Seorang perempuan dirogol beramai-ramai oleh 7 lelaki Saudi juga. Saudi kot!
Perempuan Saudi semua keluar dengan bertutup-litup! Apa lagi yang kurang tutupnya?

Hakikatnya, hijab, jilbab, abaya, burqa, niqab atau apa pun nama pakaian syariat untuk perempuan ternyata tak mampu membendung nafsu lelaki kalau dah memang mengote je kerjanya.
Walau bagaimanapun tak dinafikan faktor penampilan dan cara berpakaian juga mempengaruhi.
Tapi jangan anggap ia adalah penyebab utama.
Pada umumnya kes rogol berlaku di kalangan mereka sama sendiri.
Maksudnya, ada pengaruh faktor lingkungan.
Maybe di kalangan darah daging, kawan, jiran atau guru. Seseorang yang mangsa kenal.
Selebihnya faktor kesempatan dan sikap perogol.

Tak adil nak salahkan perempuan saja.
Please explain negara-negara Timur Tengah yang majoriti kaum wanitanya menutup aurat?
Adakah di sana tak berlaku kes rogol?

Lelaki dan perempuan dicipta dengan characteristik unik masing-masing.
Perempuan ada aurat, lelaki ada syahwat.
Perempuan dicipta dengan aurat yang lebih banyak daripada lelaki dan lelaki dicipta dengan syahwat yang besar bila berdepan dengan aurat perempuan.
Dua-dua point ni kalau bertembung bertemu akan menghasilkan daya tarik dan respon bergantung kepada orangnya.

Aurat adalah kelemahan bagi perempuan.
Setiap inci badannya yang termasuk kategori aurat adalah ujian bagi lelaki.
Manakala syahwat terhadap aurat perempuan adalah kelemahan lelaki.
Maka, sangat tak bijaknya orang yang mengatakan kes rogol berpunca dari wanita yang tak menutup aurat.
Dan dalam masa yang sama tak bijak juga kalau menyalahkan lelaki yang tak mampu menahan syahwat. Perlu ada kerjasama kat sini.

Anyways sebagai orang beriman, menutup aurat adalah wajib.
Islam tak pernah memerintahkan sesuatu yang tak jelas manfaat dan alasannya.
Begitu juga dengan larangan.
Ada sebab kenapa timbulnya larangan.
Menutup aurat bagi perempuan adalah perintah Allah dan Rasul.
Pasti ada manfaat besar di sebalik perintah tu.
Baik manfaat di dunia dan akhirat.

Secara psikologi, perempuan yang menutup aurat terhindar dari gangguan dan kejahatan lelaki yang tak berakhlak.
Selain tu bila kita menutup aurat dengan sempurna, secara tak lansung memberikan self control yang baik.
Kata-kata lebih terpelihara, sikap dan kelakuan lebih terjaga.
Secara otomatik, kalau kita memahami hakikat menutup aurat yang sebenar, kita lebih dihormati dan disegani oleh siapapun juga.

Tak perlu extreme sangat pun tak apa, cukuplah buat yang basic dulu.
Sometimes penampilan yang extreme yang tak didasari dengan ilmu yang benar juga akan membawa pelakunya tersasar dari kebenaran.
Ingatlah, kita bukan saja dinilai dari penampilan tapi seluruhnya.
Bak kata ustaz aku, penampilan adalah level hijrah yang paling bawah.
Ia bukan petanda bahawa kita sudah baik tetapi PERMULAAN untuk menjadi lebih baik.
Jadi, jangan ter-carried away dengan penampilan sendiri.

Ketika kita berhijrah, kita sedang membawa diri untuk berada di jalan Allah dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi larangannya.
Jadi tetaplah merendah diri dan tidak merasa diri kita paling betul.
Penampilan yang menurup aurat tak menjamin kita sudah “maksum”.
Ada ujian lain yang menanti.
Salah satunya adalah merasa diri lebih baik dan selalu benar. Ini ujian.

Kebelakangan ni, ketika seseorang sudah berhijrah, dia selalu merasa dirinya lebih baik dari orang lain maka rasa ke 'aku-an' jadi semakin tinggi dan cenderung memandang orang yang belum berhijrah penuh dosa.
Sebagai contoh, orang yang dah menutup aurat memandang yang belum seperti orang yang tidak taat pada agama, memandang rendah orang lain, dan merasa diri manusia yang paling betul dan tak pernah lagi salah.
Rasa ke 'aku-an' ni adalah ujian untuk mereka yang dah berhijrah.
Perlu sedar, semakin berilmu seharusnya semakin menunduk bukan menunjuk diri dan memandang dirinya lebih baik dari orang lain.
Kalau setelah hijrah sikap kita berubah begini, nampaknya takde beza kita sebelum dan selepas hijrah.
Kerana kesombongan takkan membawa kita cium bau syurga.

Hakikatnya semua ilmu dan hidayah datangnya dari Allah dan kita hanyalah makhluk yang sangat lemah dan tak berhak menyombongkan diri sesama manusia.
Ketika kita diberikan kesempatan untuk menyambut hidayah, hendaknya kita bersyukur dan menjaga ikhtiar kita tanpa memandang orang lain hina dan kita ahli syurga.
Kalau kita tak mampu membantu dalam hal duniawi, maka doa adalah hadiah yang terbaik untuk kebaikan seseorang.

Personally, my request, Muslimah dimanapun berada, bersegeralah menunaikan perintah Allah dalam hal penampilan.
Ambil yang ringkas dulu tetapi perindahkannya dengan ilmu yang benar.
Ilmu yang benar akan membawa kita kepada akhlak yang lebih baik.
Jangan terprovokasi dengan kata-kata “Lebih baik tak bertudung tetapi hati baik daripada bertudung tetapi hati busuk.”
Ingatlah, hati yang baik adalah hati yang kaya dengan iman.
Hati yang baik dapat dilihat dari pertuturan yang berhikmah.
Tak mungkin seorang Muslimah yang mengaku beriman dalam masa yang sama mengabaikan perintah Allah.
Allah perintah kita menjaga aurat [penampilan dan perilaku] agar terjaga jiwa.
Mengaku beriman tetapi masih berkeras taknak menutup aurat, selain dari di dunia hidupnya kurang terhormat, di akhirat nanti akan diminta bertanggung jawab.