2020-07-07

Ikhlas vs Riak


Hari tu aku baca post Ustaz Ebit Liew tentang sumbangan yang dia dah keluarkan sepanjang PKP.
Katanya dah lebih RM1 juta duit sendiri yang dia sumbangkan.

Then baru-baru ni nampak orang share video Ustaz Ebit Liew gi shopping beli designer handbangs untuk wife dia.

Semalam aku baca satu post tentang someone yang share zakat tahunan yang dia bayar.

Post-post macam ni nampaknya ramai yang tak suka.
Ada je yang kritik. Katanya menunjuk-nunjuk.
The thing is, kalau orang awam yang post branded items on media sosial, sah-sahlah dikata menunjuk.
Bila ustaz-ustaz share post tentang sumbangan and zakat, pun kena kutuk juga?
Dah tu, dengan cara apa lagi mereka nak berdakwah?

Manusia ni terlalu sensitif bila cerita pasal duit, kaya dan mewah.
Yang peliknya, orang lain disuruh zuhud, tapi diri sendiri tak.
Kalau orang lain share kekayaan, dikata riak.
Bila diri sendiri share, dikatanya berkongsi kegembiraan.

Tak boleh ke kita berlapang-dada bila baca status orang lain.
Baca.
Scroll.
Baca.
Scroll.
Tak boleh gitu?
Kenapa mesti ada bengkak dalam hati?
Dah bagus dah dia tak meminta-minta duit kita.
Karang kalau dia minta kita bagi sumbangan, kita kata "Ni lah dia, orang-orang agama. Kerjanya nak minta sumbangan je".

Aku suka bila Ustaz Ebit Liew cerita dia keluarkan duit dia sendiri berjuta-juta untuk bantu orang lain.
Seronok baca.
Bagi aku, orang Islam perlu cerita-cerita macam ni.
Selama ni kita seolah-olah diajar supaya bersederhana dalam segala benda.
Makan yang sederhana, rumah yang sederhana, semuanya sederhana.
Lama-lama kita pun jadi demotivated, ujung-ujung pasrah berserah pada takdir.
Tapi Ustaz Ebit akhirnya tunjukkan kat kita, jadi kaya tu tak salah.
Yang salah tu bila menyalahgunakan kekayaan.

Hari tu aku baca Uncle Kentang cakap, even dia sendiri ada bisnes supaya ada duit untuk bantu orang.
Selama ni orang ingat Uncle Kentang ni kerja apa lah agaknya yang boleh bantu orang.
Sebab gaya dia tak menampakkan yang dia seorang kaya. Very simple.
Rupanya dia seorang businessman.
Uncle Kentang cakap "Kita nak tolong orang, mesti ada duit".

Maksudnya kat sini, apa yang Ustaz Ebit Liew buat tu betul.
Nak bantu orang, mesti ada duit supaya tak meminta-minta.
Bila orang minta tolong, zassssss bantuan datang, sebab kita ada duit sendiri, tak perlu tunggu sumbangan orang.
Masalahnya orang kita ni, kalau bangsa lain buat baik, beri sumbangan sana-sini, kita acah-acah tanya "Mana orang-orang kaya Islam?"
Tapi, bila orang macam Ustaz Ebit tunjukkan diri, ambik video beri sumbangan sana sini, kita bengkak hati pulak.

2 hari lepas ada Hamba Allah share resit zakat perniagaan.
Dia kata ramai orang yang berniaga hanya fokus pada sales target duniawi.
Buat target untuk capai milestone RM1 juta, RM2 juta, beli rumah keempat, beli kereta ketujuh, etc.
Tak ramai yang buat target untuk boleh bayar zakat lebih setiap tahun.

Ohhh, boleh tahan yang bitter dengan post tu.
Urusan sedekat dan zakat adalah urusan peribadi katanya.

Tak, the thing is, dia tak suruh pun kau tayang sedekah and zakat kau.
Dia hanya bagi cadangan dan motivasi.
Kalau kau dah laksanakan tanggungjawab, tak payahlah terasa.
Selalunya yang terasa lebih-lebih ni adalah yang tak buat.
Kalau kau rasa kau buat, silakan tayang kau punya resit pulak. Habis cerita.
Tak perlu nak question ikhlas tak ikhlas orang lain punya sedekah and zakat.

Pemahaman kita tentang ikhlas dan riak ni salah sebenarnya.
Kita anggap orang yang amalannya diketahui ramai orang, bermakna dia riak.
Hakikatnya, belum tentu.
Orang yang amal ibadahnya diam-diam, bermakna dia ikhlas.
Pun, belum tentu.

Dah tu, macamana kita nak membezakan antara ikhlas dan riak?

No, masalahnya, urusan ikhlas dan riak orang lain bukan kerja kita menilai.
Kerana ikhlas adalah pekerjaan hati.
Ia adalah rahsia antara Allah dan hambaNya.
Hinggakan malaikat yang menulis tu pun tak tahu samada amalan itu ikhlas atau tak.
Syaitan juga tak tau sampaikan dia tak boleh merosakkan niat.
Hawa nafsu pun tak tahu sampaikan dia tak boleh mencondongkannya niat.
Malaikat yang paling hampir dengan Allah pun tak boleh detect seseorang manusia tu riak atau tak, lagikan kita.
Kita juga tak tahu niat orang lain.
Yang kita boleh nilai adalah membezakan samada DIRI KITA riak atau ikhlas.

How?

Kata ustaz aku, cara nak membezakan senang je.
Kalau amal ibadah kita ketika ada orang lihat atau tak, tetap sama, bermakna kita ikhlas walaupun ibadah kita satu dunia nampak.
Tapi, kalau amal ibadah kita ketika bersendirian biasa-biasa je tapi kalau depan khalayak beria-ia, itu namanya riak.
Bila mengaji sorang-sorang ala kadar tapi bila post kat media sosial bukan main tilawahnya, itu namanya riak.
Bila bersedekah senyap-senyap RM2, bila post kat FB bukan main tunjuk resit transfer RM200, bermakna kita termasuk orang-orang yang riak.

Jadi, tak patut kita nak question orang tu riak atau ikhlas, kerana semuanya bergantung pada niat.
Kalau niatnya nak dipuji, dah tentu jadi riak.
Tapi, kalau niatnya untuk syiar, supaya orang lain dapat hikmah, maka itu bukan riak.

Bukan urusan kita untuk menilai amalan orang lain.
Dia nak bagitau satu dunia dia bersedekah berjuta ke, apa ke, itu urusan dia.
Dia nak bagitau zakat dia setahun RM50K, itu pun urusan dia.
Tak payah kita kisah dia nak menunjuk atau apa.
Kalaupun niatnya riak, biar setepek terkena kat kita.
Yang selama ni mungkin tak teringat nak berbahagi rezeki, asyik pakat kumpul untuk diri sendiri.