2017-08-17

Dilema anak sulung


Nah baca ni dulu :





Sebenarnya email budak ni panjang lagi tau, tapi aku tak sampai hati nak bagi korang baca panjang-panjang. Hahaha. Yang selebihnya tu takde apa sangat, lebih kepada luahan hati saja. Intipati cerita ada kat email yang aku attach kat atas.

Dilema anak sulung perempuan.

Macam aku je ni..? Hahaha.
Sebab aku pun anak sulung perempuan jugak.

Aku pun ada hasrat yang sama macam budak ni.
Itu rasanya hasrat yang normal untuk mana-mana anak, tak kira anak sulung atau anak bongsu.
Cuma selalunya anak sulung ni macam anak harapan.
Orang tua-tua kata, kalau anak sulung 'menjadi', insyallah anak-anak yang lain menjadi jugak. Katanya lah.

Aku pun ada impian macam tu.
Masa mula-mula kerja memang kalau boleh semua benda aku nak bagi.
Aku nak bagi mak bapak aku duit bulan, walaupun dorang tak pernah mintak. Masa tu pun dorang masih kerja lagi so money s not a problem. Bak kata Mak Aji, kau kalau dah kerja, tak bagi mama duit takpe, tapi jangan nak menyusahkan mak bapak lagi. Haaa gitu setepek dia bagi.

Tapi masa aku mula kerja dengan gaji kasar RM1400, aku tak dapat nak hulur pun kat mak bapak aku. Sebab aku ada tempoh setahun je nak kawen. Duit tu la nak guna untuk pi keje hari-hari, duit tu la nak buat makan kat keje, duit la tu jugak nak beli barang-barang nak kawen. Cuma, aku bagi RM50 tetiap bulan kat Ibal. Masa tu Ibal skolah menengah, aku bagi dia allowance. Sebab aku pernah rasa pi tusyen petang takde duit tambahan. Apa yang mak aku bagi waktu pagi, itulah jugak aku guna untuk tusyen. Kalau ada duit, ada. Kalau takde, melopong. Mak aku dulu memang bagi duit tambang bas pi tusyen je. Kalau member ajak lepak kat mana-mana sementara tunggu waktu tusyen, memang aku serba-salah sebab aku memang takde duit untuk minum, apetah lagi untuk makan. Jadi, sebab aku faham situasi tu, aku bagi allowance kat Ibal. RM50 jadilah. Ima takyah, Ima masa ni kat asrama.

Aku tak sure if  'penyakit' reader ni sama macam 'penyakit' aku ke tak.
Aku punya 'penyakit' ni bukan setakat nak tolong mak bapak, tapi suami and orang lain jugak.
Mula-mula aku pun macam reader ni jugak, rasa tertekan bila duit tak cukup sebab aku nak buat banyak benda.
Aku nak bagi kat mak bapak.
Aku nak belanja dorang makan.
Aku nak belikan dorang baju raya.
Aku nak bagi duit raya yang banyak.
Aku nak support kenduri raya.
Aku nak belanja adik-adik aku.
Aku nak bagi duit kat nenek.
Aku nak bagi duit kat orang kampung mak aji and pak aji.
SEMUA benda aku nak buat.

Nasihat aku, jangan tertekan atau merasa tertekan.
Semua benda yang kita nak buat ni, takde orang paksa pun.
Tapi kita yang nak buat.
Jadi kenapa mesti harapkan bantuan orang lain?

Kita tak boleh nak paksa orang berubah untuk merealisasikan impian kita.
Dia taknak buat, kita takde hak nak rasa tertekan.
Kita boleh nasihat atau tegur mana yang kita rasa perlu tegur.
Takkan kita nak paksa adik-beradik tong-tong jugak duit untuk renovate rumah mak bapak dah kalau memang dia tak mampu?
Rezeki kita tak sama. Kalau kita ada lebih, kita buat, apa salahnya.

Sometimes, kita rasa tertekan sebab kita punya expectation tinggi sangat.
Kalau boleh nak yang best terus.
Alasan, mak bapak dah tua takut nanti tak sempat merasa.
Entah-entah kita yang mati dulu, sape tau kan?

Aku and adik-adik aku kalau nak buat something untuk mak bapak, memang kitorang bincang.
Sometimes ada yang tak dapat contribute. Takpe. Takde hal.
Tak berbaloi la nak bergaduh adik-beradik hanya untuk penuhi impian kita.
Impian kita grand pulak tu.
Kita kena ada timbang-rasa jugak.
Tak kisah lah adik kita tu taknak contribute atau tak boleh contribute dari segi kewangan, kalau kita nak buat, kita yang kena sediakan lebih. Sebab yang nak buat tu kita.

Sometimes, kita nak ubah orang bukan dengan cara paksaan atau pujukan tapi dengan cara perbuatan
Kalau nak belanja mak bapak makan, belanja saja.
Kalau nak belikan mak bapak hadiah, belikan je.
Tak payah tong-tong pun takpe.
Cuma lebih manis bagitau adik-adik "Bulan ni nak belikan mak hadiah besday, korang nak chip in tak?".
Kalau dorang taknak, takpe. Kita buat.
Manusia ni ada rasa malu tau.
Lambat laun, adik-adik akan terasa nak buat benda yang sama juga.
Mungkin kesedaran tu lambat sampai, tapi tak bermakna dorang takde ikhtiar untuk ubah nasib.
Ada jenis orang yang kesedaran tu datang dari tauladan.
Bila dia nampak orang lain buat, lama-lama dia pun nak buat jugak.

Sebab tu aku always cakap, sebenarnya kita ni tertekan bukan sebab orang lain tapi sebab diri sendiri.
Kita yang letakkan macam-macam syarat untuk diri sedangkan kita tak mampu pikul.
Buat satu-satu. One at a time.
Jangan nak pikul semua benda last-last satu pun tak jadi, yang dapatnya stress.

Mak bapak sebenarnya tak harap pun duit kita.
Tapi dia berbangga bila ada anak-anak dia hulur especially kalau anak tu anak sulung.
Dulu aku pun tak nampak benda ni, tapi bila aku ada anak, baru aku tau kenapa.
Anak sulung ni macam orang harapan tau.
Mak bapak terasa 'lega' kalau anak sulung boleh diharap.
Mak bapak ni, walaupun anak-anak yang lain dah berbulu atas bawah, dia tetap rasa anak-anak dia masih perlukan banyak perhatian.
Jadi kalau anak sulung tu boleh diharap, dia rasa 'lega' kalau mati esok, tak risau sebab ada anak sulung yang boleh take care anak-anak dia yang lain.

Even Mak Aji, kalau bulan puasa nak balik kampung dia akan call aku "Mama nak balik kampung ni. Kau ada nak kirim apa-apa kat orang kampung?"

Aku yakin sangat mak aku hanya tanya aku sorang je.
Bukan sebab dia rasa aku mampu tapi sebab kita anak sulung.
Mesti anak-anak sulung yang lain ada pengalaman macam ni jugak.

Mak mertua aku pun macam tu.
Apa-apa hal, dia akan call Kak Long aku dulu. Padahal dia tinggal serumah ngan anak bongsu dia ni. Tapi apa-apa benda nak buat, kitorang akan dapat tau dari Kak Long.
Kalau korang nak tau, mak mertua aku nak beli berus gigi, shampoo, sabun, dia bagitau Kak Long tau.
Padahal anak dia ada kat rumah ni, selang 3 hari pi Giant. Tapi sikit dia tak bagitau apa dia nak.
En Wan kadang-kadang stress "Apesal mak tak cakap nak apa, adik boleh beli".
Asal aku tanya mak sabun ada lagi? Ubat gigi ada lagi? Semua dia kata "Ada lagi. Banyak".
Banyak pulak tu dia jawab! Padahal takde.
Tapi Kak Long memang bagitau aku "Diana toksah kecik ati tau. Mak memang gitu".
So aku assume, ini memang perangai mak-mak dengan anak sulung masing-masing.

Jadi, jangan lah rasa diri terbeban bila mak asik harapkan kita je.
Jangan rasa kecik ati kalau nampak macam balik-balik kita je yang kena hulur lebih.
Rezeki kita semua tak sama.
Kalau ditakdirkan rezeki kita ada lebih, kita bagi lebih.
Kalau sikit bagi sikit.

Dulu aku pernah terfikir gak, apesal aku ni asal ada duit je mesti aku belanja mak bapak aku makan, belikan barang, belikan hadiah untuk En Wan, belanja mak mertua tiket kapal terbang balik Tganu - macam duit tu tak lekat kat aku.
Tapi sebenarnya aku rasa lega bila duit tu semua 'berjaya' sampai pada orang yang aku nak bagi.
Dan aku berpuas hati walau beraya dengan baju raya lama with kasut pengawas.
Bila aku pikir-pikir balik, maybe rezeki aku cuma 'pegangkan' duit orang.

Baru-baru ni aku bertambah faham.
Apa benda yang aku belikan untuk En Wan be it perfume, baju, kasut, jam - semua bertahan.
Tapi benda yang sama aku belikan untuk diri aku, tak bertahan lama.

Contoh, sebelum pi umrah tahun 2015, aku beli baju banyak gila kat Dorothy Perkins, sampai tag pun belum bukak. Alih-alih balik dari umrah tu, aku pakai jubah hitam terus. Baju tu tak bersentuh, ada yang aku dah bagi kat anak-anak sedara En Wan.
6 bulan lepas aku shopping lagi 7-8 helai baju kat Dorothy. Ingat nak pakai la kan. Last-last aku pakai sekali dua pastu aku peram dalam almari. Dah macam mood tak sampai je bila pakai baju-baju tu. Now, kalau aku tak solat baru aku pakai, kalau boleh solat, aku pakai jubah je lah. Ape adehalll.

Kasut.
Aku bukan takde kasut Chanel, Ferragamo - ada.
Tapi tak tau apesal, kaki ni selesa nau ngan kasut pengawas yang RM49 tu.
Baru-baru ni kasut-kasut tu semua aku bagi kat anak sedara En Wan.

Perfume.
Yang ni dah berapa kali ntah aku beli aku jual aku beli aku jual.
Memang agaknya rezeki aku cuma beli je, tapi takde rezeki pakai.

Jam.
Aku belikan En Wan Tissot 2 tahun lepas - kekal pakai sampai sekarang.
Aku beli jam Swarovski untuk diri sendiri, tak sampai 6 bulan - hilang. Lupa mana aku letak.

So aku anggap, aku ni cuma rezeki pegang duit je.
Dan beli yang murah-murah je untuk diri sendiri.
Duit yang aku ada ni sebenarnya orang punya agaknya.

Tapi takpelah.
Lama-lama aku seronok and tenang.
Kadang-kadang kita terasa apesal balik-balik kita je kena hulur?
Tapi sebenarnya memang yang kita hulur tu hak orang.
Allah pilih kita sebagai pemegang amanah saja.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ada reader request aku buat demo makeup remover guna FB live.
Insyallah, kalau aku betul-betul free nanti aku cuba buat Live FB demo.
Sekarang takleh sebab memang ada benda nak kena buat.
Tapi pagi tadi aku sempat buat video sikit.

Memandangkan cuaca mendung, aku takleh guna bilik air aku sebab bilik air aku ada partition. Sink memang terlindung sikit dari cahaya luar, tak berapa cantik sangat video kalau guna bilik air aku. So aku guna bilik air Redza la apa lagi. Bilik Redza ni memang cun betul pencahayaan dia. Video ni duration dia 2.58 minit saja. Aku set time 1 minit untuk demo cuci muka. Jangan terperanjat tengok muka keliwon. Memang sengaja mekap macam tu. Kalau mekap lite-lite nanti tak nampak pulak dia punya magic.



Ada 2 hari je lagi untuk korang beli Makeup Remover ni dengan harga Birthday Sale.
Camna cara nak beli?
Refresh page ni and isi form kat pop-up window. Nanti kitorang reply.


2017-08-16

Class


Semalam aku terbaca artikel tentang an Indian lady (somebody, bukan calang-calang punya orang) yang dipandang rendah oleh mat saleh hanya kerana dia nampak macam tak layak untuk berada di ruangan menunggu bisnes class travellers. Indian lady tu pakai sari je time tu. Last-last tercengang bila one of the stewardess greet that Indian lady "Hi, we meet again". Omputih tu tak tau that lady tu frequent traveller pakai bisnes class. Kahkahkah. Kesian.

Rupanya dari zaman Victoria lagi orang kaitkan "having class" dengan penampilan and kekayaan, tak sudah-sudah sampailah sekarang.
No wonder la sampai sekarang, benda-benda ni jugak la yang dijaja sana sini.
Sebab pemikiran manusia masih lagi anggap "class" tu adalah bila ada banyak duit, ada banyak barang berjenama, pakai kereta jenis apa, pergi travel ke mana, bla bla bla.
Jadi, kalau nak salahkan si polan kenapa dia asik tayang barang-barang mewah kat media sosial, tak boleh nak salahkan dia 100%. Sebab dia tau, manusia masih kuat memegang prinsip kalau kau kaya, "class" kau tinggi sikit. Ia dah macam satu jalan pintas untuk earn respect dari sekeliling.
Kalau kau tak blaja tinggi pun takpe, asalkan kau kaya, kau akan lebih disegani - something like that.

But, kalau betul "class" ada kaitan dengan kekayaan and kemewahan, apesal Paris Hilton tu nampak low class? (guna omputih la, guna orang malaysia senang dapat kecaman).
While Lady Di yang also kaya tapi lebih nampak ada "class".

The answer is easy.
Sebab perangai Lady Di ni parallel dengan majoriti manusia yang dianggap boleh terima secara sosial. Perangai Lady Di ni dianggap ada kualiti oleh kebanyakan orang. While Paris Hilton, walaupun kaya, tapi dia femes dengan suka berparti-parti, dengan sex tape lah apa lah, kes bantai orang lagi. Kat sini dah boleh nampak, "class" tak ditentukan oleh duit semata-mata, melainkan dengan kombinasi karakter seseorang.

Helen Mirren and Julie Andrews adalah antara orang yang kaya dan ada "class".
Pierce Brosnan pun ada "class". How masa isteri dia sakit cancer dia bercuti dari berlakon semata-mata nak jaga wife dia. Takde pun berhuhahuha dengan GRO.
Kalau versi Malaysia, Edika Yusof ada "class".

Macam cerita Indian lady tadi.
Hanya kerana dia nampak macam 'very traditional' so orang anggap dia salah masuk group. Kesian.
Kesian kat omputih tu. Mesti malu gila dia kat atas flight tu. Nak pulak kalau dapat seat sebelah ngan that lady. Sure letih kena buat-buat tido sampai ke sudah. Mbhahaha.

Kat Malaysia ni pun ramai macam ni.
Kalau masuk car showroom.
Kalau masuk designer boutique.
Kalau nak beli rumah.
Tempat-tempat ni paling senang nak dapat layanan macam sampah kalau kau tak nampak macam orang ada ada-ada.
Aku dah penah rasa dah semua ni.
On the way balik dari pasar tani singgah jap pi tengok showhouse.
Pegi pasar kot, of cos lah aku laki bini pakai selipar je.
Masa tu free hair lagi, pegi pasar pakai seluar 3 quarter lusuh.
Masuk showroom takde orang layan.
Takpelah, kita go tengok-tengok je dulu.
Alih-alih terbekenan pulak dengan rumah tu (rumah sekarang).
Tanya kat sales tu berapa deposit.

Sales : Rumah type apa?

En Wan : Yang ni *tunjuk*

Sales : Oh yang ni. Ok kalau type F harga dia ****, kalau type S harga dia *****.

En Wan : Saya nak yang ni. *tunjuk type lain*

Sales : Wah, ini ka? Ini end lot tau.


Aku kat tepi macam.....kau dah kenapa nak cakap macam tu?
Biar la end lot ke, start lot ke, front lot, back lot, dah customer tanya, kau jawab lah.
Tak kisah lah customer tu layak ke tak, kan dia bertanya, tak boleh ke kau jawab je.
Instead kau nak menakut-nakutkan customer rumah tu harganya mungkin tak mampu dibeli.
Tak mampu belakang cerita, yang penting soalan tu jawab dulu. Simple.
Kalau tak mampu, duit kau tak keluar. Tapi kalau dia mampu beli, kau dapat komisyen, kan?

Tak pasal laki aku geram, terus dia balik ambik cash untuk booking.
Petang tu jugak apply loan.

Aku pun orang sales jugak.
Sebagai seorang sales, penampilan kau yang memainkan peranan, bukan penampilan customer.
Sebab yang nak menjual adalah kau, jadi penampilan kau penting supaya customer konfiden dan seronok nak dekat.
Ini tak, kau pulak yang judge customer melalui penampilan. Agak-agak nampak macam tak mampu, malas layan.
Hoi, yang takde duit tu kau, bukan dia ok?

Sometimes sedih jugak dengan mentaliti sesetengah masyarakat.
Dari penampilan pun dia boleh judge macam-macam.
Sebab tu lah senang kena tipu.
Asal orang tu pakai glemer sikit - kaya. Terus layan macam VIP. Segan-segan nak tegur bila orang tu buat salah. Yang pakai alar kadar (bukan selekeh) always dapat second class treatment.

Disebabkan penampilan selalu sangat dikaitakan dengan "class", tu yang orang macam si Coco tu muncul. Sebab memang ada orang yang menilai "class" through someone's accent.
Cakap omputih sleng Jawa, kampung katanya.
Cakap omputih sleng Kelantan, pekat budu katanya.
Last-last satu Malaysia kena troll dengan Coco. Nak sangat accent, hambik. Kahkahkah.

Your PERSONALITY defines your class. Takde kena mengena lansung dengan berapa banyak harta kau ada, berapa banyak kasut jenama kau ada, berapa banyak kereta mewah kau ada.
Material tu semua hanya tunjuk berapa banyak duit kau ada, bukan "class".
Kalau kau banyak duit tapi cara dapatkan duit tu pun salah, maka kau adalah sejenis rich jerk. Bukan rich with class.
Duit adalah alat untuk kita beli sesuatu. "Class" tak boleh beli dengan duit. Classroom boleh beli.

.
.
.
.
.
.


Yang tanya shawl Fleur takde sale ke sempena birthday.
Ok yang ni memang aku lupa nak buat.
Since dah ada yang tanya, silakan KLIK SINI.
Bukak link tu dulu, check mana satu korang nak, ada harga sekali kat situ.
Kalau beli 3 helai ada further diskaun lagi. Ajak member-member join beli sekali so that boleh dapat harga lagi special.
Kat page tu ada link terus ke whatsapp admin Fleur (kalau nak guna whatsapp lah).

2017-08-15

Sawan telor


2 hari lepas, aku tanya kat IG pendapat jujur tentang poligami.
Ramai juga yang respond. Panjang-panjang pulak tu sorang-sorang punya komen.
Rata-rata ramai wanita tak setuju.
Bukan kerana hukumnya tapi kerana perlaksanaan yang selalunya tak adil.
Kiranya macam acah-acah adil tapi sebenarnya tak. Ramai yang boleh adil dalam pembahagian giliran kote je tapi tak mampu nak adil dari segi kasih-sayang, perhatian dan material.

Dari Anas bin Malik ra. bahawa "Ummu Sulaim pernah mengutus kepada Rasulullah saw kain yang di atasnya terdapat kurma ruthab (yang belum kering). Rasulullah saw mengirimkannya ke isterinya. Dan setelah itu Baginda mengambil lagi sebahagian kurma tersebut dan memberikannya kepada sebahagian isterinya yang lain. Kemudian beliau duduk dan memakan sisanya." (Riwayat Ahmad).

Nampak tak macamana takrif adil kat sini?

Sedangkan Ummu Sulaim yang hantar kurma tu pada Rasulullah, tapi isteri yang mengirimkan kurma tu pun dapat balik kurma yang sama, sama banyak dengan isteri yang lain.
Sampai macam tu sekali Rasulullah saw punya adil.

Kau mampu adil macam ni?

Ada la kot 2-3 kerat yang macam ni.
Yang lain tu bajet-bajet adil.
Terasa duit banyak, ohh boleh kawen lagi. Aku mampu. Boleh adil.
Bila tak mampu adil, suruh isteri bersabar.

Kalau kau adil, walaupun dalam keadaan tak cukup, isteri akan boleh sabar.
Sebab isteri tahu yang menanggung sabar tu bukan dia sorang tapi semua sama-sama rasa.
Tapi dah kalau dia sorang je yang kena tahan sabar tapi yang sorang lagi kau timang tinggi-tinggi, bersedialah esok tempang sebelah kat akhirat. Bukan aku cakap, tapi hadis cakap :

"Barangsiapa memiliki dua isteri, kemudian ia lebih cenderung kepada salah satu dari keduanya, maka ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bahunya senget sebelah." (Riwayat Tirmidzi 1141).

"Alahhh setakat senget sebelah je. Ingatkan kepala ke bawah kaki ke atas, ye tak?"

Kau ingat senget kat akhirat tu macam senget kat dunia??
Tak dapat digambarkan senget di sana tu macamana punya senget okeh.
So jangan nak wat lek wat pis sangat.

Seorang sabahat berkata "Aku pernah mendengar Muhammad (saw) berkata tentang seorang lelaki yang memiliki dua isteri, "Dimakruhkan baginya untuk berwudhu di rumah salah seorang dan tidak di rumah yang lainnya".

Hadis ni disokong oleh statement ni :
"Jika seorang suami pulang dari safar, hendaklah terlebih dulu ia menuju masjid untuk mengerjakan solat dua rakaat, kemudian baru pulang ke rumah kepada isterinya.  (Hadis Muslim 716).

Sampai nak berwudhu pun hukumnya makruh kalau wudhu tu diambil di rumah salah seorang isteri.
Kau boleh carry ke macam ni punya adil?
Nak sangat ikut sunah Rasulullah kawen ramai kan. Silakan ikut sekali apa yang Rasulullah buat ni.
Kalau setakat nak bajet hot boleh kawen lebih dari satu padahal tak boleh adil macam Rasulullah saw, boleh jalan.

Rajin-rajinlah baca terjemahan surah An-Nisa sebelum nak kawen ramai. Dalam surah tu dah cakap DIWAJIBKAN bagi suami memelihara keadilan semaksima yang mungkin di antara isteri-isterinya. Walaupun untuk kita orang-orang awam ni nak berlaku adil macam Rasulullah saw tu hampir mustahil tapi setidak-tidaknya usahalah bagi adil semaksima yang boleh. Jangan sampai ada isteri terasa diabaikan.

Kau ingat isteri ni hadap sangat ke suami 24 jam mengempeng kat dia? Takde maknanya!
Dia pun banyak lagi keje nak buat. Kalau kau melekat kat dia, dia pun tau rimas.
Cuma bila dah dibagi peluang oleh isteri pertama untuk kawen lagi satu, bukan bermakna kau dapat green lite untuk buat apa je dengan alasan "Bini aku yang bagi aku kawen lain".

Hello, stupido! Meh sini aku nak cakap.
Walaupun isteri bagi green lite untuk kawen lagi, kena always ingat yang isteri masih ada perasaan.
Kalau dia takde perasaan, kaulah orang pertama yang dia tinggalkan. Jangan harap dia nak hadap kau lagi.
Jadi, sementara dia masih lagi teringin nak hadap muka kau, please jaga perasaan dia.
Jangan tunjukkan kat satu dunia kesangapan kau nak berbini dua dengan selamba badak announce kat public kau tengah bertenet ngan awek baru.
Kalau kau takde rasa malu dengan diri sendiri takpe. Tapi kena ingat yang isteri pertama tu masih ada rasa malu kat kawan-kawan dia, kat sedara-mara dia, kat mak bapak dia.
Apa perasaan isteri bila kawan-kawan dia nampak kesangapan laki dia dok canang satu dunia nak kawen lain?
Kamon la, bukan semua orang tak tau malu macam kau, okeh?
Masih ramai lagi yang tau malu. Please respect perasaan orang lain sama.

Aku percaya, even among lelaki sesama sendiri pun malu nak canang pasal hal nak kawen lagi.
Sebab benda tu satu benda yang sensitif.
Lelaki sama lelaki pun malu nak discuss benda ni out loud. Sebab dorang tau tak semua orang boleh terima benda ni. Kalau boleh terima pun ia mesti dilakukan secara berhemah, sebab banyak hati yang perlu dijaga. Bukan dengan cara berbangga (read : bengap) canang kat satu dunia kau nak kawen lain.
Spesis lelaki sangap-sangap je proud announce benda ni kat public.

Selalunya lelaki jenis macam ni sebenarnya dia alone and lonely.
Hal dia nak kawen lain ni tak dapat sokongan sesiapa especially from family, jadi dia nak attract attention dari orang luar supaya dia rasa konfiden sikit.
Padahal dia dah tak konfiden sangat nak teruskan tu, cuma ego. Nak buktikan apa ntah tak tau la.
Nak buktikan kebodohan ke apa?

Aku kadang pelik bila tengok lelaki yang claim diri bertuah bila isteri izinkan kawen lagi satu.
Dan-dan menggelepar tunjuk yang dia hebat dan bertuah.
Berjaya lah konon didik isteri untuk faham poligami.
Dengan bangganya tayang awek baru kat kawan-kawan, macam takde rasa apa.
Hello...kau dah kenapa? Sawan telor?

Aku pernah join kelas munakahat. Dalam kelas tu ada bincang pasal poligami.
Ustaz tu cakap urusan membahagikan rasa cinta dan sayang antara isteri-isteri bukanlah urusan manusia, tapi urusan Allah. Sebab yang lahirkan rasa sayang itu Allah, jadi yang itu bukan kuasa kita.
Kalau lebih sayangkan isteri lagi satu berbanding yang lain, itu normal.
Bila Allah suruh adil itu maksudnya yang secara lahiriah - makanan, tempat tinggal, pakaian, perhiasan, etc.

Allah dah bagi diskaun dah tu. Urusan cinta tak adil sangat pun takpe. Kau uruskan hal material je.
Itupunnnnnnnnnnnnn ada yang terbabas tak boleh carry.

Pompuan ni pun manusia.
Mana-mana manusia kalau kau buat baik, kau akan dibalas baik.
Sebab hati kita Allah pegang.
Kadang tu terasa hati ni dah sakit sangat-sangat, tapi bila yang menyakiti tu datang minta maaf, tak semena-mena lebur rasa dendam kesumat bertahun-tahun tadi.
Moralnya kat sini, jagalah hati isteri.
Tak kisahlah kau nak kawen sampai 4 sekalipun, kawen lah. Yang buatkan isteri sakit hati adalah bila kau tak adil, bukan sebab kau kawen lain. Sebab cara-cara belum kawen pun semput nak setelkan belanja rumah, ada hati nak kawen lain.
Of cos hati perempuan tak banyak sikit mesti sedih bila suami nak kawen lain.
Kalau kau rasa isteri kau sekarang tak mampu nak bahagiakan kau, jangan buat dia macam dia takde perasaan.

Ingat, kau ambil dia dengan akad, dengan kalimah Allah.
Kau ambil dia dengan berjanji dengan Allah.
Kalau tak boleh nak cinta dia sepenuh hati macam dulu, maka adillah dalam urusan lahiriah.
Jangan ingat kau sorang je yang tak boleh cinta dia sepenuh hati. The moment kau cakap nak kawen lain, dia pun dah tawar hati dah ngan kau. Takyah lah bajet hot sangat oiii.
Kebanyakkan isteri bertahan sebab anak-anak je waktu ni, bukan sebab masih sayangkan kau pun.
Mungkin isteri akur, tapi itu tanda dia cuba untuk taat, bukan kerana sayang.

Lainlah kau jenis lelaki yang bini sana kau belikan henbeg Bonia, bini sini pun belikan beg Bonia yang sama harga, fine.
Kalau rumah bini sana kau belikan sofa, rumah bini sini pun belikan sofa yang sama (warna je lain), fine.
Kalau bini sana kau belikan kereta Vellfire, bini sini pun dapat Vellfire, fine.
Tapi kalau bini pertama semua terpaksa berpuas hati seadanya sedangkan yang lagi satu kau taburkan dengan material yang mewah-mewah, memang ke Hell Fire lah kau.

Jangan proud bagitau "Bini aku yang tak kisah, dia kata tak kisah apa-apa belikan pun dia terima".

Bang, bodoh tu jangan vaganza boleh?
Isteri terima seadanya sebab taknak susahkan suami penat cari duit.
Bukan dia terima seadanya supaya kau boleh lambakkan yang mewah-mewah kat bini lagi satu.
Kalau bini nombor 2 high taste, that's her story.
Tapi kau sebagai suami kena adil.
Kalau bini nombor 2 dapat Chanel henbeg, dan bini nombor 1 kau belikan beg kat kiosk depan Maiden - takpe.
But kau kena bagi balance duit pada isteri pertama supaya nilai beg murah tadi sama nilai macam beg Chanel.

Amacam bang, boleh ke?
Itu maksud adil ya. Bukan hembus nafas lega bila isteri pertama mintak beg harga RM20 je.

Berpoligami payah bagi mereka yang tak boleh berlaku adil. Sebab nak berlaku adil ni kerja yang berat. Allah berwasiat melalui Quran untuk disampaikan kepada kita sikap adil terhadap isteri. Allah berfirman, "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkontang-kanting. Dan jika kamu memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An Nisa 129).

Bacalah wasiat Allah tu berkali-kali. Faham dan hadam.

Rata-rata isteri boleh terima kalau suami kawen lain.
Tapi yang tak boleh terima tu bila dah kawen suami start bagi macam-macam alasan bila segala perbelanjaan terpaksa dicatu-catu.
Amboiii... yang kawennya kau, apesal pulak belanja rumah kena catu pulak?
Nak kawen tu kawen je lah. Apa yang dah mula dari awal, kenalah teruskan. Tak tambah takpe, janji jangan dikurangkan.
Ini tak. Dah la tak tambah, nak kurangkan pulak. Cantik muka?

Yang bakal isteri kedua pun dah tau kau nak ambik laki orang, janganlah merenyam sangat.
Tau la kau tak sabar nak kawen tapi cover lah sikit kau punya merenyam tu. Cover sikit kalau ye pun lapar kote.
Jangan lah bajet hot sangat, bangga ada laki sanggup abaikan isteri sebab nak kejar kau.
Kalau betul nak laki orang, buat-buatlah baik dengan isteri pertama.
Ambik hati dia sikit. Belajar mengalah sikit. Jangan semua benda kau nak bolot. Sebab kau takkan menang pun.
Kalau kau menang, dah lama dah laki tu tinggalkan bini dia untuk kau. Hakikatnya tak.
Walaupun katanya kau lagi hawttttt, tapi bini dia masih lagi dia simpan.
Yang kau ni belum tentu lagi dia ambik, ada faham?
So, belajar-belajar pijakkan kaki ke tanah sikit. Jangan terapung lama sangat. Kalau tersembam, benyek.

Ada sorang follower tu tulis, kalau suami saya nak kawen lain biarlah pompuan tu lebih baik dari saya. Barulah nampak motifnya, kan?
Ha, betul.
At least nampaklah "Ohh, laki aku pilih isteri yang jauh lebih baik dari aku. Insaf".
Ini tak. Bakal isteri yang dipilih pun macam perangai bosia.

Oh kawen dengan dia sebab nak bimbing rupanya?

Tanya diri sendiri.
Solat cukup 5 waktu?
Berapa kali imamkan isteri yang sedia ada ni sejak kawen?
Bila kali terakhir baca Quran?

Kalau jawapannya krik krik krik.....sila meninggal.




Birthday Sale untuk GreenAard and Fleur by Mrs Him.
Nak tengok harga sale PLEASE KLIK SINI.
Promosi ni start hari ni sampai 18 Ogos saja. 5 hari only.


2017-08-14

Happy 40th Birthday *happynya kauuu*


SELAMAT HARI JADI KE OMPEK PULUH TAHUN DIANA!

Bye-bye 3 series.
Welkam 4 series.
Kalau ikut umur wafat Rasulullah saw, aku ada balance 22 tahun lagi. Kalau lebih, bonus.
Doakan aku manfaatkan balance yang ada ni sebaiknya.

Birthday aku sebenarnya hari ni, tapi ada yang dah wish semalam, terima kasih banyak-banyak.
Insyallah, aku respond one by one.
Siang-siang ni tak sempat nak respond sebab ofis busy dengan Birthday Sale.
Ni pun bos ai takde kat opis jadi aku ngulor kejap 🤣.

Semalam En Wan bawak pi KLCC, makan-makan lunch.
Aku plan nak ajak dia pi Sunway Piramid je sebab nak cari barang-barang aku.
Tapi dia kata nak pi KLCC jugak. Dalam hati aku entah apa la dia nak cari kat KLCC tu. Jenuh nak rempuh jem. Pastu aku nak pakai jubah je macam biasa, dia suruh pakai seluar. Dia cakap hari-hari gi opis pakai jubah hitam, sp hari ni pakai seluar ngan blouse. Aku pelik gak, ni apehal lak ni tetiba komplen, selama ni tak pernah komplen pun aku keluar ngan dia pakai jubah hitam. Dah la tali pinggang aku mana aku letak tak tau ntah, lagi la malas aku nak pakai seluar. Tapi sebab dia dah suruh tu kan, aku sarung jugak la walaupun kejap-kejap aku tarik seluar ke atas. Dah macam beruk je aku rasa kejap-kejap tarik seluar.

Sampai kat KLCC aku cakap jom la pi makan, aku lapar sebab tak breakfast pun pagi tadi.
Dia suruh aku cari kasut dulu.
Memang aku plan nak beli kasut untuk wedding cousin aku Sabtu depan.
Nak pakai yang 3-4 inci punya kasut.
Tapi yang tu takpela kendian-kendian lepas makan pun boleh. Tapi dia insist cari kasut dulu.



Disebabkan aku tau kasut tinggi macam ni aku takkan pakai dah pasni, jadi beli yang murah-murah je sudah. Ni kat Vincci harga RM89. Lepas aku pakai Sabtu ni, aku jual balik kat blog eh. Kotak pun aku simpan. So sape rasa nak kasut hitam ni, standby pelis. Tapi nampaknya orang sebelah aku tu dok jeling je kasut aku. Teringin ke? 😂😂



Patut la suruh aku cari kasut dulu. Rupanya bunga yang dia order belum sampai lagi kat restoran.
Ini bunga yang florist whatsapp kat dia bila dah sampai. Masa ni of cos kitorang tak sampai lagi.

Cuma aku tak sangka dia akan spend duit untuk bunga macam ni hanya kerana aku pernah cakap aku suka pesen bunga gubah macam ni. Mahal gila! Aku pun tak tau pesen macam ni mahal macam tu. Kalau tak, mati hidup balik aku takkan cakap. Dah satu hal aku tak tau apa nak buat dengan gubahan ni. Nak buang sayang, nak peram sampai bila pulak. 

Cuma dari semalam aku dok belek belon-belon kat dalam belon besar tu. 
Camana dia masukkan belon kecik tu dalam belon besar eh?



Lepas beli kasut tu aku ajak dia pi makan. Dia kata dia nak makan Thai food. Masa ni lagi sekali aku pelik. Sebab setau aku, dia takkan makan Thai food for lunch. Selama ni kalau aku ajak pi Absolute Thai waktu lunch, dia takkan nak punya. Dia cakap Thai food ni makan waktu malam baru sedap. So bila dia kata dia nak makan Thai food untuk lunch, again aku pelik. Tapi aku memang malas nak argue sebab mood aku mood baik nak shopping semalam jadi aku ikut je.

Bila waitress tu bawak kitorang pi meja, aku macam always la, blur lagi. Padahal meja dah depan mata. Sebab waitress tu bawak pi meja yang ada 2 kerusi je sedangkan aku bawak Rayyan, so aku macam tunggu nak bercakap aku nak kerusi extra, baru nak bukak mulut tetiba......."Eh, ada belon la ,Ma!", Rayyan berbunyi. Masa tu baru aku nampak belon tu atas meja and pastu nampak En Wan senyum. Laaaaaa...buat surprise rupanya. Mujur ada Rayyan, kalau tak, agaknya sampai dah duduk baru aku perasan belon tu. Padahal belon tu gabak kot.



Memandangkan saya nampak dulu, jadi saya lah yang layak duduk tepi belon ni.
En Wan kata dia tak plan nak bawak Rayya, ingat nak berdua je ngan aku. Lepas makan nak layan movie. Sekali aku pagi-pagi dah bagitau Rayyan nak ajak dia pi cari kasut. Hahaha, kesian laki aku. Plan kurang menjadi nampaknya. Eh takpe, malam ni pun bolehhhhh nak tengok movie.



Rayyan baca ni pastu terkejut "Ma! Ada nama Kak Jannah la dalam kad ni"



Appetizer boleh tahan sedap.
Semua sedap cuma popiah tu aku prefer mak mertua aku punya popia.
Fish cake Chakri lagi best dari fish cake Absolute Thai.



Red seafood tomyam ok boleh tahan jugak. 
Boleh celen Absolute Thai cuma Absolute Thai lagi berdesing pedas dia. 



Ayam pandan feveret Rayyan. Dia yang order ni.
Sedap, tapi ayam dia kecik. Lagi best Absolute Thai punya ayam pandan.



Garoupa sweet sour - yang ni agak out sikit.
Sebab aku dah biasa makan garoupa sweet sour Absolute Thai jadi aku tau dorang punya wayyyyyyyyy better than this.
Yang ni tak crunchy. Kalau absolute tu gila crunchy. Best.
Ikan dia sampai lambat pulak tu, by the time sampai kitorang dah kenyang makan lauk lain, so rasa sikit and balance tapau.
Balik rumah untuk dinner aku goreng semula masak sweet sour cara aku pulak.



Tengah sembang-sembang dah plan nak balik tetiba bergema satu restoran orang nyanyi Happy Birthday. Bila nampak the managers and waiters berarak arah ke meja aku, aku boleh pulak toleh belakang tengok sape punya besday. Kahkahkah. Rupanya meja aku. Dorang buatkan puding gula melaka with mangga. Wei yang ini memang sedappp! Walaupun kenyang, tetap aku gagahi jugak balun satu persatu. Barulah nampak hikmahnya tak jumpa tali pinggang. Terus ketat seluar aku pastu. Mbhahaha.



Yang ni sedap.
Puding sedap. mangga pun manis-manis.
Lain kali bagi pulut mangga ya, dik.



Lepas tu masuk Parkson jap beli barang sikit.
En Wan kena angkut belon tu ke hulu-hilir.
Yang selisih semua dok pandang-pandang dia.
En Wan cakap "Mesti dorang pandang tu sambil cakap yang ni baru betul Hero seorang Cinderella!"

HAMBIK LAHHHHH.



40 tahun sudah.
Tua bersama-sama lah kita, amin.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ni sempena besday aku, aku buat Birthday Sale untuk GreenAard and Fleur by Mrs Him.
Nak tengok harga sale PLEASE KLIK SINI.
Promosi ni start hari ni sampai 18 Ogos saja. 5 hari only.

Kalau korang klik link tadi selain dari boleh tengok harga, ada link terus ke whatsapp admin GreenAard.

Ataupun, isi form kat pop-up window, nanti kitorang reply.

Kat bawah ni aku nak tunjuk satu testimoni mahal sekali.
Testimoni dari bos ai sendiri le apa lagi.



En Wan memang ada kulit yang berlubang-lubang sikit kesan bekas jerawat zaman muda dulu. Memang boleh nampak kulit muka dia kasar sebenarnya. Dari zaman muda macam tu. Bila dah tua ni lagi la nampak ketara sebab kulit pun dah semakin tua. Gambar kiri tu aku ambik Ogos tahun lepas. Masa ni sesaje ambil sebab ingatkan nak jadikan dia guinea pig untuk Cleansing Bar (sebelum tukar ke bentuk gel). Tapi sebab dia takde masalah jerawat, hanya bekas jerawat, so kitorang test produk tu kat muka orang lain pulak. But gambar ni aku tak pernah terfikir nak delete pun.

En Wan start guna Cleansing Gel 2 bulan lepas. Masa tu kebetulan pencuci muka dia dah habis. Dia belasah guna Cleansing Gel ni je. Lama-lama dia kata "Muka abang jadi lembutlah sejak guna sabun GreenAard ni" (sendiri punya produk tapi baru tau keberkesannanya padahal orang lain lama dah tau).

Pagi ni aku tergerak nak ambik gambar dia comparekan dengan gamba lama yang aku ambik tu.
Bila compare, memang nampak kulit dia makin licin. Patut la dia kata kulit dia makin licin.
Alangkan kulit lelaki umur 41 macam En Wan ni pun boleh jadi baik, apetah lagi kulit korang-korang yang muda ni, especially kulit pompuan. Kulit lelaki memang 25% lebih tebal dari pompuan jadi tak heran la kalau kulit lelaki lebih lambat heal. Pompuan lain, dia punya skin thickness kekal until dia reach 50 years old. So kalau pompuan yang ada masalah skin, selagi korang belum cecah 50, rawat sekarang.

Cleansing Gel GreenAard ni natural produk.
Produk natural kesan dia SLOW BUT STEADY AND SAFE.
Testimoni paling baru, kulit En Wan ni buatkan aku yakin, kalau constant guna, kulit berlopak pun boleh jadi baik.

Beli now masa tengah Birthday Sale ni.



2017-08-11

Pisang


Ok nampak tak pop up window pasal LUCKY FRI-YAY tadi?

Aku nak explain sikit pasal Lucky Fri-Yay.
Actually every month ada Lucky Fri-Yay (sekali saja).
Aku akan pilih mana-mana customer GreenAard dalam sistem and offer special price untuk hari tu saja. Tak ramai, selalunya dalam 13-15 orang je sebulan di-offer.

Tapi hari ni, aku tepek terus kat blog.
Aku nak check active customer untuk new campaign lepas ni.
Kalau korang active customer, silakan lah grab offer Lucky Fri-Yay ni.
Untuk customer dari PUTRAJAYA, kita akan hand deliver Monday ni. Kebetulan ada keje kat sana.

Ok.
Habis cerita pasal tu. Sambung cerita kat bawah pulak.




Entah lah, aku tak ingat dah bila aku start tulis list syukur ni.
Cuma aku memang suka mendokumenkan apa yang aku buat. Contohnya macam blog ni la.
Apa yang aku buat kadang aku share kat sini. Nanti lagi 10 tahun teringat sesuatu, boleh belek-belek balik blog ni.
Sama macam list syukur. Aku suka kalau apa yang aku syukurkan tu aku tulis and simpan. Kadang-kadang baca balik.

Manusia ni kalau disuruh listkan apa yang belum ada, memang panjang listnya. Tak cukup satu kertas A4 depan belakang. Tapi kalau suruh tulis apa yang dah ada, setengah page pun nangis nak habiskan.
Sebab apa?
Sebab kita always rasa apa yang kita ada tu biasa-biasa je. Nothing to proud of.
Sometimes kita tak nampak apa yang nak disyukurkan pun sebab apa yang kita ada orang lain pun ada.

Salah!

Apa yang kita ada boleh jadi orang lain pun ada juga, malah lebih bagus dari kita.
Tapi the issue kat sini bukan apa benda yang kita ada tapi bagaimana kita guna benda yang kita ada tu.

Dulu aku pun tak nampak benda-benda ni semua.
Asik hanya nampak benda best-best yang ada kat orang lain yang aku takde.
Tu semua punca-punca stress.
Sebab manusia memang suka berlumba-lumba.
Kalau apa yang orang lain ada, kita pun nak ada juga.
Lagi best kalau orang lain takde tapi kita ada.
Sebab persekitaran kita dah dididik untuk jadi the best.
Blaja mesti nombor 1.
Dah dapat nombor 1 dalam darjah pun belum secure lagi sebab ada anugerah pelajar terbaik keseluruhan Tingkatan pulak.

Macam masa join Pesta Pantun peringkat negeri dulu.
Skolah tu dah menang Johan negeri, tapi sesama sendiri masam muka sebab rupanya sesama dorang sebenarnya aim untuk dapat anugerah pemantun terbaik.
Maybe sebab kita semua dah terbiasa dengan persekitaran yang mengajar kita untuk jadi the best, bila dah besar dah bekerja, kita masih lagi terbawa-bawa mood nak jadi the best tu.

Beranak contohnya. Mula-mula dapat anak lelaki seronok.
Bila 5 kali beranak semua pun dapat anak lelaki, mula la rasa frust.
Rasa macam ghairah nak menyambut baby tu hilang.
Ditambah lagi dengan mulut-mulut orang "Anak laki lagi?", lagilah buat kita hilang rasa syukur tanpa sedar.

Cuba cari sekecil-kecil nikmat dalam setiap perkara.

Dulu aku pernah cerita kat FB, benda yang paling mudah aku nak bersyukur adalah bila aku masuk toilet.
Benda simple je - toilet. Apa benda yang nak disyukurkan pun.
Tapi cuba bayangkan kau sakit perut dalam jem, jumpa pulak toilet awam yang berselipat ngan taik atas lantai, dan air pulak takde. Hazab tak rasa?

Sebab tu paling tak senang nak lupa bersyukur adalah bila aku masuk toilet.
Sebab aku pernah melalui momen-momen hazab tu bila taik dah hujung-hujung bontot, sekali air takde. Nak kena angkut pulak air dari sumber lain.
Dah dapat air baru sedar pintu takde lock. Dah satu hal nak memerut sambil menonggeng sikit sebab sebelah tangan nak tahan pintu.
Nak berak je pun tapi dia punya kronologi menyeksakan!

So now everytime masuk toilet, syukur toilet aku jenis duduk, selesa.
Syukur ada hose (ni penting oi!). Tak payah nak tadah-tadah air dalam baldi/gayung.
Syukur toilet ada air, masih mampu bayar bil air.
Syukur pam jamban masih berfungsi. Cuba kalau tak berfungsi. Jenuh kau nak tolak air dalam tu.

Dalam Quran Allah berjanji 4 perkara.
Salah satu janjiNYA - "Jika kau bersyukur maka Aku tambahkan nikmatKu" (Ibrahim, 7).
Dia dah janji. Dia kalau berjanji mana pernah mungkir. Yang mungkir janji tu kau.
Yakinlah dengan janji Dia.
Jadi, cubalah cari walau sekecil-kecil nikmat untuk disyukuri.
Kalau kita menulis list syukur ni, lebih banyak perkara yang kita nampak yang bole kita syukuri.
Sebab tu aku suka tulis list.

Ada yang tanya nak kena tulis benda yang sama hari-hari ke?

Tulis list ni untuk diri sendiri je.
Bukan ada rules apa-apa pun.
Sukati nak tulis apa pun, tak kisah.
It's between you and Him.
Jangan sampai stress pulak nak tulis syukur list ni. Chill chill je sudey.

Syukur list ni bukan untuk kita syukurkan perkara yang best-best je.
Tapi syukur apa yang ada walaupun sebenarnya tak meet expectation kita.
Tulis list syukur ni sebenarnya ajar kita untuk blaja syukur walaupun kita belum capai apa sebenarnya yang kita nak.
Bukan nak ajar diri supaya selesa je lah dengan apa yang ada.
Tapi nak ajar diri supaya rendah diri dengan nikmat Allah.
Kalau Tuhan tak bagi, kau rasa kau dapat?

2 hari lepas, aku teringin nak makan pisang goreng.
Pukul 6 lebih baru nak pi gerai, yang tinggal cuma keledek and 3 keping pisang tu pun kontot-kontot je.
Beli la jugak lepaskan gian. Kat PH ni pisang goreng kat satu gerai je ada. Tu pun belah 13.
Malam tu aku tulis list syukur "Saya bersyukur hari ni dapat jugak makan pisang goreng. Sampai ke kerak-kerak habis makan".
Esok tu aku gi gerai yang sama, dapat makan pisang goreng yang panas-panas and guess what?
Pisang tu belah 2 je weh! Aku rasa menjak aku singgah warung tu, ni first time pisang potong 2 je.
Besar okeh pisang goreng tu.
Aku tengok yang jaga warung tu aku tak pernah nampak. Orang ganti agaknya.
Mesti akak tu tak tau dia sepatutnya kena potong 13 tapi dia potong 2 je. Hahahah.

Pisang je pun, bukan duit.
Selalu kita asik compare sape lagi kaya, sape lagi banyak duit.
Kalau mintak rezeki pun sebenarnya mintak duit.
Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, kalau ada duit tapi tak jumpa pisang yang kita nak pun tak guna jugak kan?


2017-08-10

Pasal jajan pun nak gaduh


Hari tu kat IG aku ada upload gambar reader lelaki datang rumah bawak red velvet kek tapi aku letak gambar reader saja. Tak letak gambar kek. Kelmarin ada yang ingatkan aku nak tengok kek jugak.
Ok ni kek yang aku dapat hari tu. Dah selesai dah pun :



Red velvet 



Macam biasa la, sape punya kek pun dia yang potong. 
Feeling birthday sendiri.



Sangatlah tinggi kek budak ni.
Harga dia kalau macam ni around RM100 dia kata.
Tapi aku PREE! Hahaha.
Alhamdulillah rezeki.



Nak tengok kek-kek lain silakan ke IG dia tu.
Dia kata every weekend dia akan turun KL untuk deliver kek, mostly wedding cakes.
So kalau ada yang tengah mencari kek kawen or baby shower cake or apa-apa je la, boleh tanya dia.
Mudah-mudahan lepas ni kalau turun KL dia bawakkan aku pulak spageti bolognese sebekas dua 😁.

Cerita pasal kek ni baru aku teringat ada sorang reader bagi aku baca artikel pasal someone yang tak kasik anak dia makan jajan dapat dari party lalu dia buang dalam tong sampah. Artikel minggu lepas kot.

Aku kan kalau artikel pasal cara didik anak, cara menyusukan anak, cara blaja anak - aku tak berapa nak ambik port sangat. Baca sekali lalu dah. Kadang tu tak baca pun. Sebab faham dah lain orang lain caranya. 
Ada orang bagi anak menyusu susu formula, kena kutuk dengan orang yang menyusu anak dengan susu badan yang dipam dalam botol. Dia kata tak bagus bagi susu formula.
Orang yang bagi anak susu badan dari pam pulak kena kutuk dengan orang yang bagi anak susu direct dari badan. Dia kata bagi anak susu badan yang di pam namanya mengelat.

Dah la.
Tak kuasa aku nak ambik port benda-benda macam ni.
Baca boleh, tapi kalau sampai nak merentan, nak bercakau dengan member, bermasam-muka segala - berbaloi ke?
Kalau kau setuju, kau ikut. Kalau tak setuju jangan ikut. Habis cerita. 
Kita tak perlukan approval orang untuk buat apa yang kita rasa sesuai dengan kita.

Zaman sekarang orang buat keputusan berdasarkan berapa banyak LIKES.
Kalau artikel orang tu banyak LIKES, dia terasa tergugat dan insecure dengan cara yang dia dah prektikkan selama ni.
Cara orang tu mungkin betul sebab itulah ramai yang setuju (likes) tapi belum tentu lagi cara kita salah, apa nak takut?

Tak tau la, maybe esok bila korang dah umur 40 tahun macam aku, dah lalui macam-macam benda, nanti baru ko akan realize, cara kau tak salah mana pun. 
Aku pernah muda. Orang muda masih lagi tercari-cari apa yang betul sebab pengalaman tak banyak mana. Jadi always tercari-cari sesuatu yang paling bagus. 
Nak cari pam untuk perah susu pun boleh bergaduh laki bini.
Pernah dulu sorang reader aku nak pinjam duit untuk beli pam susu.
Dia cakap kawan-kawan kata pam jenama tu paling bagus. Tak nak tukar brand lain. Sanggup meminjam semata-mata nak brand tu jugak. Kan ke menyusahkan hidup namanya tu?
Kalau ada PALING BAGUS, maknanya ada yang SEDERHANA BAGUS, KURANG BAGUS dan TAK BAGUS SAMA SEKALI. So pilihla yang sesuai dengan bajet. Yang sampai nak bertekak laki bini semata-mata nak beli pam tetek dah kenapa?

Belum tentu kita sesuai dengan yang PALING BAGUS. 
Mungkin kita sesuai dengan yang SEDERHANA BAGUS.
Aku pun pernah menyusukan anak.
Si Redza dulu sempat 2 minggu aku perah tetek pakai tangan je, masukkan dalam measuring cylinder. Pun boleh. Cuma rezeki aku susu tak banyak. Dah mengurut pun tak keluar susu gak. Bagi je la susu formula. 
Bila bagi susu formula orang kata tak bagus. Anak mudah dapat sakit. 
Alhamdulillah, elok Redza membesar bagai johan.

Sebab tu aku tak berapa layan sangat artikel parenting.
Setakat baca untuk panduan boleh. 
Some orang sekarang baca artikel parenting sebab nak jadikan modal bertekak sape yang lagi betul.
Ko dah takde keje lain?

Sama la jugak dengan isu bekalkan anak makanan ke skolah.
Makanan kat kantin tak sihat, tak berkhasiat, tak membina minda la apa la.
Macam la kau zaman U dulu tak pernah mentekadarah meggi.
Nak bagi anak bekal silakan, tapi tak payah nak kondem makanan kat kantin macamkan minda kau tu bergeliga sangat. 
Tau tak kawan-kawan aku kat asrama dulu mentekedarah maggi everyday?
Bijak je aku tengok semua. Takyah nak main isu minda sangat la dengan makanan ni.

Nak bagi anak makan jajan ke, taknak ke, silakan. 
Masing-masing punya pilihan. Tak perlu nak bertekak pasal ni. 
Kalau sampai nak unfren mengunfren disebabkan isu macam ni, tak berbaloi lah. 
Sendiri punya keluarga, sendiri jaga. Jangan sampai segala apa yang kita nak buat perlu ikut apa orang kata.

Rayyan pernah sakit seminggu kat wad.
Taknak makan, biasala tak sedap badan. Sampai layu.
Aunty aku dokter dia cakap bagi je apa je asalkan ada benda masuk ikut mulut.  
Actually Rayyan nak coke tapi aku yang tak bagi sebab taknak dia kenyang minum air. Aku nak dia makan sikit. Aunty aku cakap, bagi saja. Janji perut dia terisi.
Well, coke memang tak bagus. Tapi kalau coke boleh membantu dia segar sikit, why not?

Same goes to jajan. Memang jajan tak bagus, ada pewarna, ada bahan perasa segala.
Tapi sometimes manusia ni datang selera tak nak makan nasik. Nak cikedis. 
Kalau aku, aku bagi je janji kau makan something. 
Macam kita mak-mak ni jugak la, ada certain days tekak terasa nak makan nasik lauk telur masin, ada certain days mengada nak western, esok lusa nak makan eskrim Baskin taknak eskrim Conetto. Apa ko ingat eskrim Baskin tu mahal maka dia bukan sejenis jajan? 

Aku memang boleh dikatakan dah letih dengan isu parenting. Serious letih.
Isu belajar, exam, susu, henfon, iPad, makanan - memang topik hot parenting.
Balik-balik bincang pasal ni.

Redza tu dulu hantu iPad. Everyday iPad. Esok nak UPSR, malam ni baru benti main iPad.
Kalau ikut teori parenting, Redza tu dah jadi ketagih iPad dan minda dia rosak teruk akibat sinaran eletromagnet bla bla bla apa benda ntah aku tak tau.
Alhamdullillah, now dah blaja kat sana takde pulak dia ketagih iPad. 

Bukan teori parenting tak bagus. Teori tu semua bagus untuk jadikan panduan.
Cuba dulu, kalau bagus, teruskan.
Kalau tak bagus, guna cara lain pulak.
Itu namanya panduan.
Jangan lah lurus bendul sangat. Semua benda nak ikut teori.
Teori and praktikal tak sama.
Sesuaikan dengan situasi kita.

Dah jangan gaduh.


Sekian,

-mak kepada saudagar maggi-

2017-08-09

The story of a lejen



Tak patut betul gamba cenggini pun boleh sampai 1000 likes. Korang dah kenapaaaaaaa?
Seronok membahan aku letewww.

Dek kerana gamba yang gaya, mutu, keunggulan ni, ada la beberapa orang PM (kes tak dapat komen la ni), apesal aku pakai nametag, aku pegi mana pakai nametag - semua kisahkan nametag. Aku yang tertonggok macam laksamana tu takde pun orang perasan. Nametag aku jugak ko nampak.

Memandangkan aku tak pernah cerita sejarah gamba legend ni properly, ok hari ni aku story you. I story u listen. Next time u ask ask me why wera nametag, i give u this story, u read forever.



Kisahnya bermula pada tahun 1989. Masa ni aku Darjah 6.
Tak tau hujung pangkal, time kelas BM, cikgu aku hulurkan surat. Dia kata pass kat mak bapak.
Tapi aku tengok atas surat tu nama aku.
Wuiii, cuak ni. Sebab minggu tu kebetulan aku kena denda ngan cikgu sebab lupa buat homework. Aku bajet ni mesti surat bagitau bapak aku la ni aku tak buat homework.
On the way balik dah terbayang betapa berbiratnya pantat aku kena sebat ngan Mak Aji malam nanti.
Tapi aku cuba berfikiran positif lantas menyinggah kedai gas untuk beli ABC buat tenangkan jiwa. (Kedai gas tu memang jual ABC). Sambil berpikir-pikir apa alasan aku nak bagitau mak bapak aku malam karang.

Tak boleh tenang jugak jiwa ni.
Sampai rumah aku cuba koyakkan envelope slow-slow biar tak tersiat.
Nak tengok jugak apa isi dalam.
Aku tak ingat sangat surat tu tulis apa, tapi yang aku ingat dalam envelope ada lampiran basic conversation in Nihongo.
Lega sebab itu bukan surat dari cikgu, so aku tak ambik port sangat.
Malam tu aku pass surat tu kat bapak aku.

Cut story short, surat tu pemberitahuan dari Kementerian Pendidikan yang aku salah sorang dari 40 pelajar seluruh negara terpilih sebagai Duta Kecil Negara ke Fukuoka, Jepun. Program tu dipanggil Asian Pacific Children Convention (APCC). Dan tahun 1989 tu adalah tahun pertama. Sejak tahun tu, every year duta kecil akan berkumpul di Fukuoka. Glad dapat jadi pioneer. Aku wakil negeri Selangor. Dari Selangor ada 4 orang. 3 perempuan and 1 lelaki. Lelaki tu nama Heidi Azrin. Aku ingat nama dia sebab dia hensem. Kahkahkah. Yang perempuan aku, Kavitha and Farah Diana.

Pi Fukuoka 2 minggu.
Ini bukan trip pertama aku ke luar negara sebab aku dah selalu pi Singapore tapi ni trip pertama aku dengan flight. Masa ni tak reti takut lagi naik flight. Excited kemain. Tak terfikir lansung la kapal terbang tu nak gegar ke, nak terjunam ke, yang aku tau aku nak naik kapal terbang. Aku excited nak pi Fukuoka sebab nak naik flight je. Kesian kan? Hahaha.

Kitorang semua berkumpul kat Sekolah Vokasional (masa tu sekolah cuti).
Kitorang hanya ada 1 hari saja taklimat dan rehearsel untuk perform kat Fukuoka.
Masa tu cuak gak la, apakegila 1 hari je rehearsel?
Tapi pegawai pengiring tu cakap "Kamu semua adalah yang terbaik kami pilih, jadi tak perlu seminggu untuk prektis. 1 hari cukup".
Masa tu semua pun tak paham apabenda pegawai ni cakap, masing-masing excited nak pi Jepun je esok.



Masa registration, aku dibagitau dapat serumah dengan Kavitha, also dari Selangor.
Budak ni muka je selenga ni tapi speaking berabuk kauuu.
Masa ni baru dapat details keluarga angkat yang akan tunggu kitorang kat sana. Aku dapat family Koga. Masa nak beransur ke dorm, macam sebak jugak la masing-masing. Ni first time duduk 'asrama'. Semua benda kena buat sendiri. Walaupun cuma 1 malam je tapi sedih la jugak, sebab segalanya macam abrupt sangat. Pagi datang, daftar, taklimat, pastu habis balik dorm. Tinggal. Macam terkejut gak masing-masing. Aku ni tahan la lagi orang Selangor. Asrama tu pun Selangor gak. Member Selangor ada 4 orang. Yang dari Sabah and Sarawak, wakil tunggal tu. Sorang from Sabah, sorang from Sarawak. Nangis budak Sarawak tu. Tapi kejap je la nangis.



Masa ni taklimat for girls only. Pegawai pengiring nak pesan bawak pad, kat Jepun nanti macamana nak buang pad, macamana nak ke toilet, bla bla bla bla. Masa tu aku terpinga-pinga, pad tu apa? Kahkahkah. Walaupun aku selalu jadi orang suruhan Kak Kiah belikan Sanita, still aku tak tau apa fungsinya.



Prektis dari petang membawak ke malam. Maklumlah, sehari je masa yang ada untuk prepare. Gila kan keje? But kitorang semua hafal step dengan cepat. "Amazing" kata pegawai pengiring. Abis tu dah kau bagi sehari je untuk rehearsel, nak tak nak memang kena amazing la kan. Yang duduk-duduk kat depan tu bukan mak bapak ya, mak bapak semua dah balik. Yang tu semua pegawai pengiring dari Kementerian Pendidikan tengah tengok kitorang rehearse camana.

Masa ni aku tengok ramainya budak yang cantik-cantik.
Pandai and cantik - pakej lengkap.
Yang dalam grup aku menari tu, Rafidah (dua dari depan, wakil Melaka) cantik.
Belakang dia baju kuning tu Tay Lay Hua (wakil Tganu), cantik.
Belakang Tay tu Farah (wakil Selangor), cantik.
Belakang Farah tu Liyana (wakil Tganu), cantik.
Masa tu aku rasa apesal dorang ni kecik-kecik dah cantik?
Bukan sepatutnya kecik-kecik kena berselipat ke?
Pastu dorang baju lawa-lawa. Kasut sport cun-cun. Aku pakai kasut skolah je. Lejen tak?



Ni dorm kitorang malam tu.
Budak-budak skolah tengah cuti so masing-masing kena bawak cadar sendiri.
Yang atas katil tu Ima and Ibal. Masa ni aku gi dining hall, mencekik.

Sebenarnya malam tu aku tak makan pun.
Nak tau sebab apa?
Aku malu malam tu aku pakai short.
Orang lain gi dining hall pakai baju tido lawa-lawa. Aku takde baju tido banyak.
In fact masa nak pi Jepun ni, Mak Aji tempah baju tido 2 helai untuk aku. Tempah tau, bukan beli.
Sebab tempah murah sikit, boleh pakai kain murah-murah je.
Disebabkan baju tido tak banyak, jadi Mak Aji tak bagi aku pakai baju tido yang dia dah prepare untuk aku pakai kat Jepun. Dia bagi aku pakai T shirt and short. Entah sape punya short ntah dia suruh aku pakai. Short dia zaman muda agaknya.
Aku keluar, tapi aku tak masuk dining hall pun. Aku menyorok tempat lain.
Hoih masa tu kemain lagi malu kena pakai short. Ko tak tau lagi 10 tahun lepastu selamba je aku ke sana sini ngan short.



Esok pagi-pagi Subuh semua dah bangun, mandi sejuk beku sebab nak siap-siap ke airport. Mak bapak semua dah gerak ke airport nak say goodbye kat anak-anak. Malangnya, diberitahu flight delay 1 hari. Apa kena ntah aku tak tau. Jadi kitorang dibawa tinggal kat Hilton PJ. Fuhh duduk hotel weiiii. Duta negara la katakan. Haruslah layanan 5 bintang. Kahkahkah.

Masa bas kitorang sampai ke hotel, berjujuk staff tunggu kauuu. Terasa macam VIP lak.
Terus dibawak pi makan kat coffee house.
Mula-mula katanya delay a few hours. 2-3 jam gak la mentekedarah tak benti-benti kat dalam ni.
Last-last delay 1 day. Jadi semua pun check in Hilton le apa lagi. Yahuuuuuuuuuuuuuuu!

Sebilik 4 orang. Takpelah, time ni semua pantat kecik-kecik lagi so satu katil share 2 orang pun muat.
Aku sebilik dengan Kavitha, Rafidah (wakil Penang) and Sabariahani (wakil Perlis).
Aku tak ingat sangat apa keje kitorang masa ni tapi yang aku tau time kat hotel ni, dak-dak lelaki dah mula call room to room ngan student pompuan yang cun-cun. Masa makan ada je dengar budak pompuan kata "Ada tak budak tu call bilik awak?"
Nanti ada budak jawab "Ada! Ada"
Pastu sorang lagi "Haah ada. Nama dia **** kan?"

Aku macam "apesal bilik aku takde lelaki call eh?"
Kahkahkahkah.

I don't care.

Esoknya kitorang berangkat ke airport.
Terkesima jugak la ramai gila standby kat airport. Siap ada banner "Delegasi Malaysia ke APCC bla bla bla". Siap bas ada escort polis trafik tu. Aku macam wuihh dah jadi menteri ke apa aku ni?



Flight ke Jepun ntah aku tak ingat gegar ke tak.
Yang aku ingat aku muntah kejap atas tu. Mabuk. First time weh, standard la.
Delegasi Malaysia (kitorang) semua pakai baju skolah.
Bendera masing-masing pegang satu. And sorang ketua delegasi (tak salah aku nama dia Abdul Rahman wakil Perak) pegang bendera besar. Dia lead.

Sampai airport Fukoka memang penuh gila dengan delegasi negara lain.
Kitorang keluar serentak dengan duta kecil Brunei.
Budak-budak Brunei pakai blazer merah and seluar/kain putih. Lelaki pakai songkok. Pompuan semua tudung putih. Smart.
Mak bapak angkat semua sporting. Semua bawak bendera Malaysia masa tunggu kitorang sampai.
Masa ni aku dah nak start nangis. Sebab terkejut kot pi negara orang mak bapak tak ikut. Ngeri rasa.

Gambar atas ni hari yang sama aku sampai. Bergamba dengan cucu Mr Koga. Dah kawen agaknya budak ni.
Kitorang dah dibagi jadual hari apa kena pakai baju apa.
Petang tu ada program kot, tu pasal aku pakai nametag duduk rumah.



Saje je bergambar kat rumah Mr Koga ni.
Maklumla rumah lain jenis dari kita, so teruja lah sikit.
Rumah orang Jepun kan banyak sudut-sudut. Rumah kita jenis lapang takde barang. Jadi haruslah ambik gamba biar ada kenangan.

Ingat tak dulu aku pernah cerita aku ada satu je seluar jeans. Seluar jeans tu aku pakai dari Darjah 5 sampai Tingkatan 2. Inilah jeans nya. Satu-satunya seluar jeans yang aku ada. Tu pun cousin aku from Singapore dah tak muat pakai pass kat aku. Seluar jeans pertama yang betul-betul aku punya aku dapat masa aku nak berangkat ke matrik Unimas. Dah nak masuk 18 tahun baru merasa sekuar jeans sendiri. Tu pun mummy aku (adik Mak Aji) hadiahkan.

Ai takde duit nokk nak beli seluar mahal-mahal. Pakai orang punya je la sudeyy.
Yang penting gaya mau ada. Tuck in okeh.



Nampak ke tak aku dalam gambar ni? Kahkahkah.
Yang baju kuning tu Mrs Koga. Masak nasik goreng sedap dia ni. Pandai.
Yang baju biru tu anak lelaki dia. Yang perempuan belakang tu menantu. Dia tengah mengandung time ni.

The thing is dorang sangat tak pandai cakap omputih.
Jadi untuk hari pertama tu agak macam ayam ngan itik la kitorang.
Main lukis-lukis je.
Tapi aku boleh tangkap la apa dia cuba sampaikan.
Especially bila dia keluarkan set kuali and pinggan yang masih dalam kotak baru, belum berbukak.
Dia nak tunjuk yang dia akan guna semua kitchen utensils baru untuk masakkan makanan.
Masa ni aku bukan kisah pun. Yang aku tau asal takde babi dah la.
Tapi agaknya dorang pun dah diberi penerangan oleh pihak Kementerian kan, so dah prepare.

Malam pertama tu makan nasik goreng with lauk-lauk sikit.
Sedap dia masak. Walaupun nasik goreng tapi ada la sikit hawa-hawa Jepun tu tapi aku bedal je.



Tak tau la hari ke berapa ni.
Masa ni dia ajar aku main samisen. Kitorang ada pakai kimono sekali time ni tapi aku tak tau la mana aku letak gambar aku pakai kimono tu. 
Oh yes, keluarga Koga ni rumah dia cam rumah kampung Jepun sikit. Ruang yang kitorang always habiskan masa ni kat area dapur so memang berselerak semacam. Tapi ruang lain very neat.



Ni time pi shopping.
Masa aku nak pi ni ramai makcik-makcik bagi aku duit. Semua Mak Aji tukarkan ke yen.
Semua duit aku habiskan beli souvenir untuk sedara-mara sampai takde apa yang aku beli untuk diri sendiri. Takpe, gambar pun dah cukup buat kenangan kot-kot la tak ada rezeki nak jejak Jepun lagi pastu.



Amacam posing aku? Ada rasa tak tulang rusuk bergetar? Ke rasa macam nak kena strok?Kahkahkah. Masa ni Mr Koga dah hire translator. So ini translator dia. Lupa dah nama apa.



Tak tau apa khabar dorang ni sekarang. Entah hidup lagi ke tak. Harap-harap hidup le lagi. En Wan plan nak bawak aku gi Fukuoka semula. Kebetulan Fukuoka tu tempat dia blaja dulu. So, dia nak tolong carikkan Mr Koga ni untuk aku. Senang la sikit kot kalau dapat jumpa, takyah la aku macam ayam ngan itik lagi bercakap ngan dorang sebab aku ada my very own translator :)

Actually ada a few program masa kitorang kat sini.
Tapi tak simpan gamba. Ada program tulis esei, ada sesi chat dengan delegasi negara lain.
APCC ni sebenarnya satu investment dari Jepun yang masa tu takde sape tau apa objektif dorang spent millions untuk program ni. Sampailah 10 tahun selepas tu, dia panggil semula bekas duta kecil (sorang saja setiap negara) untuk mengiringi pulak duta kecil yang baru. Waktu ni the old Junior Ambassador (JA) yang terpilih dipanggil Peace Ambassador (PA). Masa tu baru semua realize inilah waktunya Japan reap the fruits, melalui PA. Speech from PAs and meetings dengan semua PAs kat sana dijadikan input untuk their study. Aku tak tau apa sebenarnya yang dorang nak from this program tapi ideas yang datang dari PAs ni memang beneficial to them.

Tahun 2000 aku terpilih jadi Peace Ambassador untuk ke Fukuoka. Kira aku wakil dari pioneer JA 1989. Memang mix feelings la masa dapat lagi. Rasa sebak sangat, terasa-rasa macam nak jumpa balik dengan Koga family. Masa ni aku diminta untuk bagi speech kat sana, aku dapat tajuk World Peace. Fuh dah terbayang-bayang di penghujung speech tu nanti aku pekik "WORLD PEACE!" *sambil tumbukan padu ke udara*.
Kali ni aku kena pergi mengiring 40 duta kecil pulak. Tapiiiiiiiiiiiii, akhirnya aku tak pergi. Hahahah.

Sebab, masa tu dah final year. Mula-mula tu aku dah dapat pelepasan dari Ketua Jabatan Biotek. Dia cakap takpela ponteng 2 weeks, tapi aku kena kejar balik la class and assignments. Sekali En Wan pulak bagitau dia nak balik Malaysia kejap. Masa tu En Wan dah sambung blaja kat Nagaoka, no longer in Fukuoka lagi. Sibuk aku nak pi sana, dia sibuk nak balik pulak. Dia mintak aku jangan pergi sebab dia nak balik Malaysia seminggu. Dia cakap "Takyah la pi Jepun, Jepun takde apa". Punyalah tak kasik aku pegi. Dan aku tak jadi pegi. Yang gantikan aku tak tau sape. Now terasa rugi pulak. Bukan selalu nak dengar aku jerit World Peach kat depan Asian delegates, ye dok? Cis!

Adik-adik, ni akak nak bagi nasihat selingan.
Kau jangan gantung cita-cita atau apa je peluang keemasan demi kerana cinta ya.
Cinta tu boleh tunggu tapi peluang datang sekali.
Jangan jadi macam akak kau ni. Tak kesampaian hajat nak bagi speech omputih sleng Jawa kat Jepun.



Haaaa gitewwww.
Apa kau ingat aku ada sekeping je gamba lejen?
Nehiii.
Aku dah berkeping-keping.
Yang atas sekali tadi gamba silang kaki.
Yang ni pulak tajuk dia gamba posing tonggek ke kanan.

Yang ni bergambar depan khemah aku. Masa ni kitorang semua delegasi from Asia berkumpul untuk perform. Best sangat time ni. Dapat tengok performance negara lain. Dapat kenal semua duta-duta kecil negara lain. Time ni kitorang semua bawak souvenir untuk pass-pass kat kawan-kawan dari negara lain. Mak Aji bekalkan aku dalam 20-30 paket berisi duit syling sekeping and setem. So pandai-pandai la masing-masing kenal-kenal dengan negara lain. Masing-masing pandai cakap omputih dah kan. Aku dapat fren dari Thailand, Bhutan, Indonesia, Jepun, India and Pakistan.
Yang Thailand tu cantik sangat nama dia Paweena Limtanyalax (tak sure la ejaan dia betul ke tak).
Yang Indonesia tu nama dia Dharma Wardhana. Hensem. Sudi dia berkenalan ngan aku rupanya. Hahahah. Dharma ni ada dalam FB list aku. Berjaya jumpa semula! Kahkahkah.

Dalam kem ni kitorang duduk balik dengan siapa yang kitorang stay dalam bilik Hilton dulu.
So, jumpa kembali la dengan 2 orang lagi tu - Rafidah and Sabariahani.



Nampak tak cara-cara orang macho minum Coke cemana?
Minum mencangkung okeh. Kau mana tau semua ni.
Ni semua masa tengah melepak sambil tunggu nak bersiap buat show.
Yang depan dua orang tu wakil Johor.
Yang sebelah aku pakai baju biru tu wakil KL.



Ni bergamba lepas show.
Gamba masa show takde, aku pun tak tau sape pegawai yang ambikkan gamba.
Masa terima surat dulu dalam tu dah cakap untuk show ni aku kena pakai baju apa.
Aku kena pakai baju Putri Perak. Sebab tu aku pakai baju melayu. Nampak tak nombor 2 dari kanan ada budak pakai baju melayu pink? Tu aku la tu. Tapi selendang aku dah campak dalam khemah. Pastu rambut aku tu bersanggul siap ada cucuk sanggul bagai tapi tak nampak pulak tercover dengan kepaa wakil Pahang tu.

It was a very very very fun nite.
Kitorang semua bermalam kat dalam khemah.
Best, sejukkkk. Makan nasik kotak lauk kari Jepun. Sedap.

Esok pagi kitorang semua gerak ke hall apa ntah tapi dekat dengan Fukuoka Tower.
Dalam tu tengok delegasi Jepun buat persembahan khas.
Memang gempak la konfem. Tuan rumah katakan. Mana leh celen ngan delegasi Malaysia yang 1 hari je rehearsel ni. Hihihi.



Ini malam terakhir kitoang dengan Koga family.
Lepas makan-makan ni kirorang bertukar ke family baru.




Family baru aku ni ahli Parlimen Jepun. Tapi aku tak kenal la sape dia, cuma aku diberitahu macam tu oleh pegawai pengiring. Rumah dia besar gilaaaa and cantik. Siap ada fountain lagi. The husband not always at home. Malam baru balik. So kitorang banyak spend time dengan the mother and anak-anak. Anak-anak dorang cantik-cantik.

Ni dia bawak kitorang pi theme park mana ntah. Aku tak pernah naik benda-benda ni sebelum ni. Kalau ada pun yang cokia punya time pesta konvo UKM. Dulu kan benda-benda macam ni mesti ada punya kat pesta konvo tapi yang lemau punya la. So yang aku naik kat Jepun ni high-end sikit. Excited gila. Lepas naik terus tobat taknak naik dah sampai sekarang. Laju gila kottt. Aku terpekik-pekik "Stop! Stop! Stop!!". Tapi dorang pun tak paham agaknya so dorang tepuk tangan ingat aku tengah having fun.

Oh yes, baju yang aku pakai tu baju baru.
Beli sempena nak pi sana.
Tahun depannya punya raya, aku takde baju sebab bajet baju dah ambik in advance :)
Begitulah caranya mak aku dulu mencatu bajet. Kau dah beli baju awal, so raya nanti kau takde baju raya dah.

Dengan keluarga baru ni banyak masa habis kat bersiar-siar and rumah je.
Ajar anak dia English. Merasa la aku jadi cikgu english walaupun english aku cam harem jugak.



Tak banyak gamba aku dengan family baru sebab filem aku dah nak habis.
Ni kat airport masa nak fly balik.
Aku harap aku dapat jumpa balik family ni. Nak cari tak susah kot, boleh contact semula APCC mintak retrieve rekod aku dulu. Takpe, serahkan kepada En Wan je. Hehe.

Masa nak balik ni haru sungguh la. Ada yang sampai pengsan-pengsan nangis nak tinggalkan family kat sini. 2 weeks, boleh tahan lama. Kat sana ke mana-mana dengan family. Jumpa pegawai pengiring pun time ada program je. Lain-lain waktu pepandai kau lah bawak diri.



Balik Malaysia.
Yang tengah minum tu wakil Melaka.
Yang buat peace tu wakil Sarawak - Dayang Farah.
Yang sebelah Farah tu wakil Sabah - Dayang Rezanariah.
Yang depan pakai spek ni Rafidah, wakil Melaka.

Masa nak cecah airport katanya kapal kitorang berlegar 20 minit sebab tayar kapal tak turun.
Seb baik masa ni aku tak tau pun kisah-kisah plane crash. Kalau tak, sure aku dah sawan kat atas.



Gambar lejen tu originalnya ini.
Aku bergambar depan khemah dengan wakil Perlis, Sabariahani.
Yang best tu kan, aku jumpa dia balik masa matrik Unimas.
What a small world....

So, habis kisah gamba lejen.
Jauh beza nau rambut aku ngan rambut ni Hani ni.
Kalau John Lennon tengok gamba ni mesti dia kata "Patut la aku mati awal, supaya aku tak perlu melihat gamba ni". 

Belum ada sesape berani plagiat gamba lejen ni lagi so far.
Ia kekal lejen.