2017-08-09

The story of a lejen



Tak patut betul gamba cenggini pun boleh sampai 1000 likes. Korang dah kenapaaaaaaa?
Seronok membahan aku letewww.

Dek kerana gamba yang gaya, mutu, keunggulan ni, ada la beberapa orang PM (kes tak dapat komen la ni), apesal aku pakai nametag, aku pegi mana pakai nametag - semua kisahkan nametag. Aku yang tertonggok macam laksamana tu takde pun orang perasan. Nametag aku jugak ko nampak.

Memandangkan aku tak pernah cerita sejarah gamba legend ni properly, ok hari ni aku story you. I story u listen. Next time u ask ask me why wera nametag, i give u this story, u read forever.



Kisahnya bermula pada tahun 1989. Masa ni aku Darjah 6.
Tak tau hujung pangkal, time kelas BM, cikgu aku hulurkan surat. Dia kata pass kat mak bapak.
Tapi aku tengok atas surat tu nama aku.
Wuiii, cuak ni. Sebab minggu tu kebetulan aku kena denda ngan cikgu sebab lupa buat homework. Aku bajet ni mesti surat bagitau bapak aku la ni aku tak buat homework.
On the way balik dah terbayang betapa berbiratnya pantat aku kena sebat ngan Mak Aji malam nanti.
Tapi aku cuba berfikiran positif lantas menyinggah kedai gas untuk beli ABC buat tenangkan jiwa. (Kedai gas tu memang jual ABC). Sambil berpikir-pikir apa alasan aku nak bagitau mak bapak aku malam karang.

Tak boleh tenang jugak jiwa ni.
Sampai rumah aku cuba koyakkan envelope slow-slow biar tak tersiat.
Nak tengok jugak apa isi dalam.
Aku tak ingat sangat surat tu tulis apa, tapi yang aku ingat dalam envelope ada lampiran basic conversation in Nihongo.
Lega sebab itu bukan surat dari cikgu, so aku tak ambik port sangat.
Malam tu aku pass surat tu kat bapak aku.

Cut story short, surat tu pemberitahuan dari Kementerian Pendidikan yang aku salah sorang dari 40 pelajar seluruh negara terpilih sebagai Duta Kecil Negara ke Fukuoka, Jepun. Program tu dipanggil Asian Pacific Children Convention (APCC). Dan tahun 1989 tu adalah tahun pertama. Sejak tahun tu, every year duta kecil akan berkumpul di Fukuoka. Glad dapat jadi pioneer. Aku wakil negeri Selangor. Dari Selangor ada 4 orang. 3 perempuan and 1 lelaki. Lelaki tu nama Heidi Azrin. Aku ingat nama dia sebab dia hensem. Kahkahkah. Yang perempuan aku, Kavitha and Farah Diana.

Pi Fukuoka 2 minggu.
Ini bukan trip pertama aku ke luar negara sebab aku dah selalu pi Singapore tapi ni trip pertama aku dengan flight. Masa ni tak reti takut lagi naik flight. Excited kemain. Tak terfikir lansung la kapal terbang tu nak gegar ke, nak terjunam ke, yang aku tau aku nak naik kapal terbang. Aku excited nak pi Fukuoka sebab nak naik flight je. Kesian kan? Hahaha.

Kitorang semua berkumpul kat Sekolah Vokasional (masa tu sekolah cuti).
Kitorang hanya ada 1 hari saja taklimat dan rehearsel untuk perform kat Fukuoka.
Masa tu cuak gak la, apakegila 1 hari je rehearsel?
Tapi pegawai pengiring tu cakap "Kamu semua adalah yang terbaik kami pilih, jadi tak perlu seminggu untuk prektis. 1 hari cukup".
Masa tu semua pun tak paham apabenda pegawai ni cakap, masing-masing excited nak pi Jepun je esok.



Masa registration, aku dibagitau dapat serumah dengan Kavitha, also dari Selangor.
Budak ni muka je selenga ni tapi speaking berabuk kauuu.
Masa ni baru dapat details keluarga angkat yang akan tunggu kitorang kat sana. Aku dapat family Koga. Masa nak beransur ke dorm, macam sebak jugak la masing-masing. Ni first time duduk 'asrama'. Semua benda kena buat sendiri. Walaupun cuma 1 malam je tapi sedih la jugak, sebab segalanya macam abrupt sangat. Pagi datang, daftar, taklimat, pastu habis balik dorm. Tinggal. Macam terkejut gak masing-masing. Aku ni tahan la lagi orang Selangor. Asrama tu pun Selangor gak. Member Selangor ada 4 orang. Yang dari Sabah and Sarawak, wakil tunggal tu. Sorang from Sabah, sorang from Sarawak. Nangis budak Sarawak tu. Tapi kejap je la nangis.



Masa ni taklimat for girls only. Pegawai pengiring nak pesan bawak pad, kat Jepun nanti macamana nak buang pad, macamana nak ke toilet, bla bla bla bla. Masa tu aku terpinga-pinga, pad tu apa? Kahkahkah. Walaupun aku selalu jadi orang suruhan Kak Kiah belikan Sanita, still aku tak tau apa fungsinya.



Prektis dari petang membawak ke malam. Maklumlah, sehari je masa yang ada untuk prepare. Gila kan keje? But kitorang semua hafal step dengan cepat. "Amazing" kata pegawai pengiring. Abis tu dah kau bagi sehari je untuk rehearsel, nak tak nak memang kena amazing la kan. Yang duduk-duduk kat depan tu bukan mak bapak ya, mak bapak semua dah balik. Yang tu semua pegawai pengiring dari Kementerian Pendidikan tengah tengok kitorang rehearse camana.

Masa ni aku tengok ramainya budak yang cantik-cantik.
Pandai and cantik - pakej lengkap.
Yang dalam grup aku menari tu, Rafidah (dua dari depan, wakil Melaka) cantik.
Belakang dia baju kuning tu Tay Lay Hua (wakil Tganu), cantik.
Belakang Tay tu Farah (wakil Selangor), cantik.
Belakang Farah tu Liyana (wakil Tganu), cantik.
Masa tu aku rasa apesal dorang ni kecik-kecik dah cantik?
Bukan sepatutnya kecik-kecik kena berselipat ke?
Pastu dorang baju lawa-lawa. Kasut sport cun-cun. Aku pakai kasut skolah je. Lejen tak?



Ni dorm kitorang malam tu.
Budak-budak skolah tengah cuti so masing-masing kena bawak cadar sendiri.
Yang atas katil tu Ima and Ibal. Masa ni aku gi dining hall, mencekik.

Sebenarnya malam tu aku tak makan pun.
Nak tau sebab apa?
Aku malu malam tu aku pakai short.
Orang lain gi dining hall pakai baju tido lawa-lawa. Aku takde baju tido banyak.
In fact masa nak pi Jepun ni, Mak Aji tempah baju tido 2 helai untuk aku. Tempah tau, bukan beli.
Sebab tempah murah sikit, boleh pakai kain murah-murah je.
Disebabkan baju tido tak banyak, jadi Mak Aji tak bagi aku pakai baju tido yang dia dah prepare untuk aku pakai kat Jepun. Dia bagi aku pakai T shirt and short. Entah sape punya short ntah dia suruh aku pakai. Short dia zaman muda agaknya.
Aku keluar, tapi aku tak masuk dining hall pun. Aku menyorok tempat lain.
Hoih masa tu kemain lagi malu kena pakai short. Ko tak tau lagi 10 tahun lepastu selamba je aku ke sana sini ngan short.



Esok pagi-pagi Subuh semua dah bangun, mandi sejuk beku sebab nak siap-siap ke airport. Mak bapak semua dah gerak ke airport nak say goodbye kat anak-anak. Malangnya, diberitahu flight delay 1 hari. Apa kena ntah aku tak tau. Jadi kitorang dibawa tinggal kat Hilton PJ. Fuhh duduk hotel weiiii. Duta negara la katakan. Haruslah layanan 5 bintang. Kahkahkah.

Masa bas kitorang sampai ke hotel, berjujuk staff tunggu kauuu. Terasa macam VIP lak.
Terus dibawak pi makan kat coffee house.
Mula-mula katanya delay a few hours. 2-3 jam gak la mentekedarah tak benti-benti kat dalam ni.
Last-last delay 1 day. Jadi semua pun check in Hilton le apa lagi. Yahuuuuuuuuuuuuuuu!

Sebilik 4 orang. Takpelah, time ni semua pantat kecik-kecik lagi so satu katil share 2 orang pun muat.
Aku sebilik dengan Kavitha, Rafidah (wakil Penang) and Sabariahani (wakil Perlis).
Aku tak ingat sangat apa keje kitorang masa ni tapi yang aku tau time kat hotel ni, dak-dak lelaki dah mula call room to room ngan student pompuan yang cun-cun. Masa makan ada je dengar budak pompuan kata "Ada tak budak tu call bilik awak?"
Nanti ada budak jawab "Ada! Ada"
Pastu sorang lagi "Haah ada. Nama dia **** kan?"

Aku macam "apesal bilik aku takde lelaki call eh?"
Kahkahkahkah.

I don't care.

Esoknya kitorang berangkat ke airport.
Terkesima jugak la ramai gila standby kat airport. Siap ada banner "Delegasi Malaysia ke APCC bla bla bla". Siap bas ada escort polis trafik tu. Aku macam wuihh dah jadi menteri ke apa aku ni?



Flight ke Jepun ntah aku tak ingat gegar ke tak.
Yang aku ingat aku muntah kejap atas tu. Mabuk. First time weh, standard la.
Delegasi Malaysia (kitorang) semua pakai baju skolah.
Bendera masing-masing pegang satu. And sorang ketua delegasi (tak salah aku nama dia Abdul Rahman wakil Perak) pegang bendera besar. Dia lead.

Sampai airport Fukoka memang penuh gila dengan delegasi negara lain.
Kitorang keluar serentak dengan duta kecil Brunei.
Budak-budak Brunei pakai blazer merah and seluar/kain putih. Lelaki pakai songkok. Pompuan semua tudung putih. Smart.
Mak bapak angkat semua sporting. Semua bawak bendera Malaysia masa tunggu kitorang sampai.
Masa ni aku dah nak start nangis. Sebab terkejut kot pi negara orang mak bapak tak ikut. Ngeri rasa.

Gambar atas ni hari yang sama aku sampai. Bergamba dengan cucu Mr Koga. Dah kawen agaknya budak ni.
Kitorang dah dibagi jadual hari apa kena pakai baju apa.
Petang tu ada program kot, tu pasal aku pakai nametag duduk rumah.



Saje je bergambar kat rumah Mr Koga ni.
Maklumla rumah lain jenis dari kita, so teruja lah sikit.
Rumah orang Jepun kan banyak sudut-sudut. Rumah kita jenis lapang takde barang. Jadi haruslah ambik gamba biar ada kenangan.

Ingat tak dulu aku pernah cerita aku ada satu je seluar jeans. Seluar jeans tu aku pakai dari Darjah 5 sampai Tingkatan 2. Inilah jeans nya. Satu-satunya seluar jeans yang aku ada. Tu pun cousin aku from Singapore dah tak muat pakai pass kat aku. Seluar jeans pertama yang betul-betul aku punya aku dapat masa aku nak berangkat ke matrik Unimas. Dah nak masuk 18 tahun baru merasa sekuar jeans sendiri. Tu pun mummy aku (adik Mak Aji) hadiahkan.

Ai takde duit nokk nak beli seluar mahal-mahal. Pakai orang punya je la sudeyy.
Yang penting gaya mau ada. Tuck in okeh.



Nampak ke tak aku dalam gambar ni? Kahkahkah.
Yang baju kuning tu Mrs Koga. Masak nasik goreng sedap dia ni. Pandai.
Yang baju biru tu anak lelaki dia. Yang perempuan belakang tu menantu. Dia tengah mengandung time ni.

The thing is dorang sangat tak pandai cakap omputih.
Jadi untuk hari pertama tu agak macam ayam ngan itik la kitorang.
Main lukis-lukis je.
Tapi aku boleh tangkap la apa dia cuba sampaikan.
Especially bila dia keluarkan set kuali and pinggan yang masih dalam kotak baru, belum berbukak.
Dia nak tunjuk yang dia akan guna semua kitchen utensils baru untuk masakkan makanan.
Masa ni aku bukan kisah pun. Yang aku tau asal takde babi dah la.
Tapi agaknya dorang pun dah diberi penerangan oleh pihak Kementerian kan, so dah prepare.

Malam pertama tu makan nasik goreng with lauk-lauk sikit.
Sedap dia masak. Walaupun nasik goreng tapi ada la sikit hawa-hawa Jepun tu tapi aku bedal je.



Tak tau la hari ke berapa ni.
Masa ni dia ajar aku main samisen. Kitorang ada pakai kimono sekali time ni tapi aku tak tau la mana aku letak gambar aku pakai kimono tu. 
Oh yes, keluarga Koga ni rumah dia cam rumah kampung Jepun sikit. Ruang yang kitorang always habiskan masa ni kat area dapur so memang berselerak semacam. Tapi ruang lain very neat.



Ni time pi shopping.
Masa aku nak pi ni ramai makcik-makcik bagi aku duit. Semua Mak Aji tukarkan ke yen.
Semua duit aku habiskan beli souvenir untuk sedara-mara sampai takde apa yang aku beli untuk diri sendiri. Takpe, gambar pun dah cukup buat kenangan kot-kot la tak ada rezeki nak jejak Jepun lagi pastu.



Amacam posing aku? Ada rasa tak tulang rusuk bergetar? Ke rasa macam nak kena strok?Kahkahkah. Masa ni Mr Koga dah hire translator. So ini translator dia. Lupa dah nama apa.



Tak tau apa khabar dorang ni sekarang. Entah hidup lagi ke tak. Harap-harap hidup le lagi. En Wan plan nak bawak aku gi Fukuoka semula. Kebetulan Fukuoka tu tempat dia blaja dulu. So, dia nak tolong carikkan Mr Koga ni untuk aku. Senang la sikit kot kalau dapat jumpa, takyah la aku macam ayam ngan itik lagi bercakap ngan dorang sebab aku ada my very own translator :)

Actually ada a few program masa kitorang kat sini.
Tapi tak simpan gamba. Ada program tulis esei, ada sesi chat dengan delegasi negara lain.
APCC ni sebenarnya satu investment dari Jepun yang masa tu takde sape tau apa objektif dorang spent millions untuk program ni. Sampailah 10 tahun selepas tu, dia panggil semula bekas duta kecil (sorang saja setiap negara) untuk mengiringi pulak duta kecil yang baru. Waktu ni the old Junior Ambassador (JA) yang terpilih dipanggil Peace Ambassador (PA). Masa tu baru semua realize inilah waktunya Japan reap the fruits, melalui PA. Speech from PAs and meetings dengan semua PAs kat sana dijadikan input untuk their study. Aku tak tau apa sebenarnya yang dorang nak from this program tapi ideas yang datang dari PAs ni memang beneficial to them.

Tahun 2000 aku terpilih jadi Peace Ambassador untuk ke Fukuoka. Kira aku wakil dari pioneer JA 1989. Memang mix feelings la masa dapat lagi. Rasa sebak sangat, terasa-rasa macam nak jumpa balik dengan Koga family. Masa ni aku diminta untuk bagi speech kat sana, aku dapat tajuk World Peace. Fuh dah terbayang-bayang di penghujung speech tu nanti aku pekik "WORLD PEACE!" *sambil tumbukan padu ke udara*.
Kali ni aku kena pergi mengiring 40 duta kecil pulak. Tapiiiiiiiiiiiii, akhirnya aku tak pergi. Hahahah.

Sebab, masa tu dah final year. Mula-mula tu aku dah dapat pelepasan dari Ketua Jabatan Biotek. Dia cakap takpela ponteng 2 weeks, tapi aku kena kejar balik la class and assignments. Sekali En Wan pulak bagitau dia nak balik Malaysia kejap. Masa tu En Wan dah sambung blaja kat Nagaoka, no longer in Fukuoka lagi. Sibuk aku nak pi sana, dia sibuk nak balik pulak. Dia mintak aku jangan pergi sebab dia nak balik Malaysia seminggu. Dia cakap "Takyah la pi Jepun, Jepun takde apa". Punyalah tak kasik aku pegi. Dan aku tak jadi pegi. Yang gantikan aku tak tau sape. Now terasa rugi pulak. Bukan selalu nak dengar aku jerit World Peach kat depan Asian delegates, ye dok? Cis!

Adik-adik, ni akak nak bagi nasihat selingan.
Kau jangan gantung cita-cita atau apa je peluang keemasan demi kerana cinta ya.
Cinta tu boleh tunggu tapi peluang datang sekali.
Jangan jadi macam akak kau ni. Tak kesampaian hajat nak bagi speech omputih sleng Jawa kat Jepun.



Haaaa gitewwww.
Apa kau ingat aku ada sekeping je gamba lejen?
Nehiii.
Aku dah berkeping-keping.
Yang atas sekali tadi gamba silang kaki.
Yang ni pulak tajuk dia gamba posing tonggek ke kanan.

Yang ni bergambar depan khemah aku. Masa ni kitorang semua delegasi from Asia berkumpul untuk perform. Best sangat time ni. Dapat tengok performance negara lain. Dapat kenal semua duta-duta kecil negara lain. Time ni kitorang semua bawak souvenir untuk pass-pass kat kawan-kawan dari negara lain. Mak Aji bekalkan aku dalam 20-30 paket berisi duit syling sekeping and setem. So pandai-pandai la masing-masing kenal-kenal dengan negara lain. Masing-masing pandai cakap omputih dah kan. Aku dapat fren dari Thailand, Bhutan, Indonesia, Jepun, India and Pakistan.
Yang Thailand tu cantik sangat nama dia Paweena Limtanyalax (tak sure la ejaan dia betul ke tak).
Yang Indonesia tu nama dia Dharma Wardhana. Hensem. Sudi dia berkenalan ngan aku rupanya. Hahahah. Dharma ni ada dalam FB list aku. Berjaya jumpa semula! Kahkahkah.

Dalam kem ni kitorang duduk balik dengan siapa yang kitorang stay dalam bilik Hilton dulu.
So, jumpa kembali la dengan 2 orang lagi tu - Rafidah and Sabariahani.



Nampak tak cara-cara orang macho minum Coke cemana?
Minum mencangkung okeh. Kau mana tau semua ni.
Ni semua masa tengah melepak sambil tunggu nak bersiap buat show.
Yang depan dua orang tu wakil Johor.
Yang sebelah aku pakai baju biru tu wakil KL.



Ni bergamba lepas show.
Gamba masa show takde, aku pun tak tau sape pegawai yang ambikkan gamba.
Masa terima surat dulu dalam tu dah cakap untuk show ni aku kena pakai baju apa.
Aku kena pakai baju Putri Perak. Sebab tu aku pakai baju melayu. Nampak tak nombor 2 dari kanan ada budak pakai baju melayu pink? Tu aku la tu. Tapi selendang aku dah campak dalam khemah. Pastu rambut aku tu bersanggul siap ada cucuk sanggul bagai tapi tak nampak pulak tercover dengan kepaa wakil Pahang tu.

It was a very very very fun nite.
Kitorang semua bermalam kat dalam khemah.
Best, sejukkkk. Makan nasik kotak lauk kari Jepun. Sedap.

Esok pagi kitorang semua gerak ke hall apa ntah tapi dekat dengan Fukuoka Tower.
Dalam tu tengok delegasi Jepun buat persembahan khas.
Memang gempak la konfem. Tuan rumah katakan. Mana leh celen ngan delegasi Malaysia yang 1 hari je rehearsel ni. Hihihi.



Ini malam terakhir kitoang dengan Koga family.
Lepas makan-makan ni kirorang bertukar ke family baru.




Family baru aku ni ahli Parlimen Jepun. Tapi aku tak kenal la sape dia, cuma aku diberitahu macam tu oleh pegawai pengiring. Rumah dia besar gilaaaa and cantik. Siap ada fountain lagi. The husband not always at home. Malam baru balik. So kitorang banyak spend time dengan the mother and anak-anak. Anak-anak dorang cantik-cantik.

Ni dia bawak kitorang pi theme park mana ntah. Aku tak pernah naik benda-benda ni sebelum ni. Kalau ada pun yang cokia punya time pesta konvo UKM. Dulu kan benda-benda macam ni mesti ada punya kat pesta konvo tapi yang lemau punya la. So yang aku naik kat Jepun ni high-end sikit. Excited gila. Lepas naik terus tobat taknak naik dah sampai sekarang. Laju gila kottt. Aku terpekik-pekik "Stop! Stop! Stop!!". Tapi dorang pun tak paham agaknya so dorang tepuk tangan ingat aku tengah having fun.

Oh yes, baju yang aku pakai tu baju baru.
Beli sempena nak pi sana.
Tahun depannya punya raya, aku takde baju sebab bajet baju dah ambik in advance :)
Begitulah caranya mak aku dulu mencatu bajet. Kau dah beli baju awal, so raya nanti kau takde baju raya dah.

Dengan keluarga baru ni banyak masa habis kat bersiar-siar and rumah je.
Ajar anak dia English. Merasa la aku jadi cikgu english walaupun english aku cam harem jugak.



Tak banyak gamba aku dengan family baru sebab filem aku dah nak habis.
Ni kat airport masa nak fly balik.
Aku harap aku dapat jumpa balik family ni. Nak cari tak susah kot, boleh contact semula APCC mintak retrieve rekod aku dulu. Takpe, serahkan kepada En Wan je. Hehe.

Masa nak balik ni haru sungguh la. Ada yang sampai pengsan-pengsan nangis nak tinggalkan family kat sini. 2 weeks, boleh tahan lama. Kat sana ke mana-mana dengan family. Jumpa pegawai pengiring pun time ada program je. Lain-lain waktu pepandai kau lah bawak diri.



Balik Malaysia.
Yang tengah minum tu wakil Melaka.
Yang buat peace tu wakil Sarawak - Dayang Farah.
Yang sebelah Farah tu wakil Sabah - Dayang Rezanariah.
Yang depan pakai spek ni Rafidah, wakil Melaka.

Masa nak cecah airport katanya kapal kitorang berlegar 20 minit sebab tayar kapal tak turun.
Seb baik masa ni aku tak tau pun kisah-kisah plane crash. Kalau tak, sure aku dah sawan kat atas.



Gambar lejen tu originalnya ini.
Aku bergambar depan khemah dengan wakil Perlis, Sabariahani.
Yang best tu kan, aku jumpa dia balik masa matrik Unimas.
What a small world....

So, habis kisah gamba lejen.
Jauh beza nau rambut aku ngan rambut ni Hani ni.
Kalau John Lennon tengok gamba ni mesti dia kata "Patut la aku mati awal, supaya aku tak perlu melihat gamba ni". 

Belum ada sesape berani plagiat gamba lejen ni lagi so far.
Ia kekal lejen.