2023-06-14

Selagi baju yang aku pakai tak nampak cleavage, aku tak anggap itu seksi.


Oh, ada satu lagi isu rupanya.
Banyak betul isu-isu yang aku ketinggalan.
Memang aku ni ditakdirkan untuk duduk dalam gua ke, camana?
Yang paling best sekali, aku tak tahu menahu Ella buat konsert.
Tau-tau je nampak orang share kat FB. Bladihel betul.
Kalau aku tahu, sah aku pergi.
Playlist aku banyak lagu Ella kot.

Ok, berbalik pada isu yang follower tanya aku.
Iaitu tentang Ustaz Wadi and wedding Janna Nick.
Aku rasa Janna ni memang ditakdrikan kena kecam sentiasa.
Dulu pun dia yang kena kecam pasal bayar zakat fitrah pakai cap and jaket terdedah bahagian dada (tapi tak nampak cleavage).
Padahal dia tengah jalan-jalan, nampak kaunter bayar zakat, dia bayar.
Bukannya dia keluar rumah semata-mata nak pi bayar zakat.

Aku tak mahu orang anggap aku menyebelahi Janna dalam isu ni.
Anggaplah ini susulan dari post aku semalam tentang aku pakai baju mandi kat laut.
Ini adalah perspektif aku, berdasarkan pengalaman yang lepas.

Netizen kata Janna and team wedding tak peka dengan aturcara majlis.
Dah tahu ada jemput Ustaz Wadi untuk bacaan doa, takkan tak reti pakai baju yang sopan sikit.

Ok, meh sini aku bagitau kenapa mereka-mereka ini (artis yang hadir pada majlis tersebut, dan the bride khususnya) seolah-olah "takde perasaan" berpakaian macam tu.

Tetamu, aku rasa dorang unaware majlis tu ada bacaan doa.
So, hat ni boleh letak tepi.

Janna pula, kalau tengok pada pakaiannya, memang mendedahkan bahu, tetapi tidak sampai mendedahkan dada hingga nampak cleavage.

Aku pernah ada dalam situasi tu.
Aku pernah masuk masjid bersolat dengan pakai skirt pendek belah depan, belahnya sampai ke pangkal peha.
Aku pernah masuk Masjid Kowloon untuk solat, dengan pakai seluar jeans 3 quarter.
Aku pernah singgah untuk solat di surau area Kota Bharu dengan free hair, tak pakai selendang masuk ke perkarangan surau.
Aku pernah berhenti solat di sebuah masjid di Subang Jaya, masuk masjid pakai skirt pendek.

Ini bukan aku nak buka aib sendiri, apetah lagi berbangga tau.
Aku perlu bagi contoh bagaimana aku dulu, so that aku dapat sampaikan maksud seterusnya.

Look.
Bagi orang jahil macam aku, perkataan "seksi" itu hanya apabila dada aku nampak cleavage (atau dalam bahasa senang paham separuh tetek terkeluar), atau bila skirt aku terlampau pendek sampai nampak seluar dalam, atau baju aku see thru nampak warna coli.
Selagi baju yang aku pakai tak nampak cleavage, aku tak anggap itu seksi.
Kalau aku adalah aku yang dulu, dan aku berada di tempat Janna, baju wedding Janna aku anggap tidak sexy lansung sebab takde apa yang terdedah.

That's why dulu aku pelik kenapa orang pandang aku semacam bila aku masuk masjid dengan pakai skirt pendek.
Kerana bagi orang macam aku (dulu), pakai blouse berbutang cover sampai atas with skirt pendek belah depan tapi tak sampai nampak spender atau bentuk spender, itu bukan seksi.
Itu adalah pakaian aku ke ofis.

Bila isu wedding Janna Nick ni muncul, aku boleh relate dengan aku yang dulu.
Janna pun mesti tak anggap baju dia sexy.
Tapi bila aku tengok wedding Janna, aku rasa agak janggal.
Nampak tak manis bila ada ustaz di situ.
Nak pulak majlis yang memohon keberkatan.
Tapi itu pendapat aku yang sekarang.
Kalau tanya pendapat the old Diana Ishak, memang aku tak nampak apa yang salah kat pakaian wedding Janna.

Dulu kebanyakan baju kurung raya aku jenis see thru.
Kerana aku tak nampak apa yang salahnya sebab aku pakai tube kat dalam.
Setakat nampak dada, lengan, that's not sexy pun for me.
Jadi, aku faham kalau artis-artis tak nampak kat mana salahnya berpakaian macam tu dalam majlis yang ada ustaz.
Maybe dorang pun berfikir macam tu - "Bukannya aku pakai baju nampak lurah dada".

Insyallah, slowly dorang akan belajar something, termasuk kita.
Orang yang berpakaian lebih syari'i dari kita pun agaknya berpikir "Apesal kau ni pakai tudung 20 tahun masih tak faham-faham yang berpakaina tu mesti syari'i. Baju kena longgar, seluar kena longgar, baju tak boleh nampak bentuk pinggang, tudung kena labuh, kena pakai stokin, kena pakai handsock"?
Sure kita melenting kalau dengar orang tanya kita macam tu.
Sebab kita rasa kita dah tutup aurat. Kan?

Tak semua orang diberikan kemudahan dapat ilmu agama yang cukup dari kecil.
Tak semua orang diberikan kemudahan memahami agama Allah.
Tak semua orang diberikan kekuatah untuk beramal dengan baik.
Dan tak semua orang diberikan istiqomah mempraktikkan hukum Allah.
Setiap kali nampak kejahilan dalam masyarakat, itu peluang untuk kita berubah sama.
Itupun kalau kita mahu berfikirlah.

Orang-orang macam ni tak jahat. Mereka jahil.
Dorang bukan sengaja berpakaian macam tu takde hala tuju.
Masih boleh dibentuk.
Aku ni dah 10 tahun tukar penampilan, tapi masih sama.
Belum dapat menjaga aurat dengan sempurna.
2 x 5.

Apa-apa pun, aku suka bila Ustaz Wadi pilih untuk balik awal kerana kurang selesa dengan majlis.
Ustaz boleh je tazkirahkan semua orang kat situ.
Tapi dia orang berilmu.
Orang berilmu ni tahu hormat majlis.
Kalau dia sound tegak kat situ, konfem lepas ni orang takut nak pelawa mana-mana ustaz untuk bacaan doa. Lagi haru.

2023-06-12

Mak bapak mahu anak capai certain result kerana tak mahu anaknya dapat program yang takde demand.


Merujuk pada post aku DI SINI ada yang tanya “Maknanya no pointlah ambil sampai 11 subjek?”

Eh, tak. Ada gunanya.

Ok, macam ni.
Syarat untuk program JPA/MARA ke luar negara mesti 7A.
Dari 7 ni, 2 adalah dari mana-mana subjek.
Tak kisahlah 2 tu Sejarah ke, BM ke, Pendidikan Seni ke, atau mana-mana subjek agama.
Jadi, yang ambil banyak subjek, maybe di sini nanti akan ada kelebihan.

Ambil banyak-banyak subjek tak rugi.
Semua ni terpulang kepada misi student tu, dan juga kemampuannya.
Ada yang ambil banyak subjek sebab dia belum pasti lagi nak ambil course apa selepas SPM, maka dia ambil dua subjek sekaligus - iaitu Bio dan Akaun.
Ada juga ambil banyak subjek kerana keperluan dalam aliran yang dipilih.
Sekolah agama contohnya.
Walaupun student tu aim ke UK, yang mana tiada keperluan mengambil subjek-subjek agama tetapi dia masuk sekolah aliran agama, maka dia perlu ambil subjek-subjek agama.
Ada juga ambil extra subjek sebab saja-saja nak uji diri.
Tak rugi pun ambil extra, asalkan boleh carry.
Yang penting 7 subjek utama melepasi syarat.


Contohnya, budak ni.
Sekolah ni walaupun sekolah sains, tapi dulu adalah SBPI (integrasi).
SBPI ada 3 aliran. Salah satunya aliran Sains Islam macam budak ni ambil.
Jadi, this student wajib ambil 11 subjek.
Katakanlah selepas ni dia nak mohon program JPA atau MARA ke UK atau US, atau Jepun yang tak memerlukan subjek agama. 
It's ok. Dia tak rugi ambik banyak subjek.
Maybe subjek tu tak memberi kelebihan dari segi pengkhususan program.
Tetapi katakanlah BM, Sejarah and Maths dia B, bermakna 2 subjek agama yang diambil membantu melengkapkan kelayakan memohon program JPA atau MARA.

Ada je kawan Redza di KMB yang SPM 13A.
Roommate Redza tahun lepas SPM-nya 13A, sebab ambil aliran agama.
Tetapi dia pilih course IB yang tak perlukan subjek agama.
Adakah dia rugi?
Tak.
Dia ambil 13 subjek kerana keperluan untuk ambil subjek-subjek tersebut sebab dia berada di sekolah aliran agama. Itu saja.
Maka, kalau anak tak straight As, tak apa.
Straight As hanya untuk kepuasan diri mereka.
Yang penting, syarat untuk pohon program yang diminati, lepas. Ini paling penting.

Kelebihan straight As adalah, peluang untuk memilih dan dipilih, lebih tinggi, especially untuk dapat tajaan.
Macam Redza, sebelum dapat offer MARA, dia dapat panggilan interview untuk PNB.
Dah sampai ke 2nd stage interview dah.
Tinggal satu stage saja lagi.
Redza decide nak ambil offer MARA.
Maka dia tarik diri dari meneruskan program interview.
Kitorang tak kisah. Yang nak belajar dia. Biar dia pilih.

Ada yang tanya “Kak Di memang letak syarat kat Redza dapat 7A saja?”

Ya.
Aku and En Wan memang minta 7A saja sebab dah study kelayakan untuk both MARA and JPA adalah 7 subjek.
Jadi kami minta dia fokus kat 7 subjek saja.
Bukan apa, taknak bagi dia tertekan.
Kalau dia nak pulun lebih, itu terpulang.
Hari yang aku hantar dia ke airport untuk ambil result, dalam kereta aku tanya “Boleh dapat tak 7A agak-agak?”.
Dia jawab “Redza rasa boleh 9A tapi maybe bukan 9A+”.
Baguslah kalau dia nak usaha lebih.
Kalau mak bapak aku mintak aku buat minimum, memang betul-betul minimum aku bagi πŸ˜†.

Mana-mana sekolah-sekolah yang student straight As-nya tak ramai, tetapi yang dapat 8A and 7A ramai, boleh jadi students aim untuk melepasi syarat kelayakan program yang mereka mahu. 
Dorang pulun study untuk subjek yang dorang perlu untuk masuk ke program yang dorang minat.

Semalam masa aku up post kat FB tu, ada sorang mak ni tunjuk result anak dia, 7A.
Tapi, 5 daripada A tu adalah A+.
Bermakna untuk 7 subjek ni memang anak dia pulun betul study.
Budak-budak sekarang dah pandai pilih hala tuju.
Dia dah tahu subjek apa dia must score.
So, mak bapak jangan rasa kecewa “Alaa anak dia straight As, anak aku 7A”.
Misinya adalah, anak dapat program yang dia mahu.
Kalau 7 tu melepasi syarat, cukup dah tu.

Masa Redza PT3, dia dapat 7A2B.
Tak dapat straight As pun.
Tapi aku and En Wan happy sebab semua 7 subjek utama adalah A.
Bapak dia awal-awal sekali tanya "Sains and Maths A tak?"
Sebab kalau masuk sekolah sains tapi maths and sains tak A, baik tak payah duduk situ En Wan kata πŸ˜†.
Redza pun tahu mak bapaknya tak harap straight As ketika tu.
Bukan apa, kalau Redza sekolah harian maybe kitorang akan minta dia pulun straight As sebab nak apply MRSM.
Tapi now dia memang dah ada kat dalam maktab, maka game dia dah lain, iaitu target A untuk subjek utama sahaja.
Masa dia IGCSE pun sama.
IGCSE ni, kau tak perlu pulun semua A.
Ada 2B pun layak masuk foundation program.
Tapi dah Redza nak pulun straight As, alhamdulillah.
Maybe dia nak cipta memori untuk diri sendiri.
Maybe dengan itu nanti jadi motivasi pula untuk anak-anaknya.


Gambar atas ni, aku faham kenapa ada parents kecewa.
Boleh jadi parents ni tak harap pun anaknya straight As.
Maybe mereka sedikit kecewa sebab anak tak lepas nak memohon program JPA/MARA.
Boleh jadi begitu.
Kalau tengok result anaknya, budak ni bukan budak yang tak boleh carry pure sains.
Cuma usahanya belum melayakkan dia dapat A untuk subjek utama.

Kadang-kadang orang kata "Kenapa mak bapak yang aturkan hala tuju anak? Biarlah anak tu nak ambil course apa pun".

Ya, betul, tetapi bukannya semua betul.
Sekali imbas nampak macam mak bapak aturkan hala tuju anak.
Padahal mak bapak mahu anak capai certain result kerana tak mahu anaknya dapat program yang takde demand.
Berapa ramai mak bapak yang akhirnya mengeluh "Anak saya dapat course lelong".
Bukan kerana anak tu tak pandai, some of them ada 5A-6A.
Cuba fikir, kalau straight As pun dah sampai 10K, kau rasa apa harapan yang dapat 6A tu?
Boleh tak mereka dapat course yang high demand?
Peluang tu ada, cuma mungkin tipis.
Sebab itu mak bapak push anak hit minimum 7A.
Bukan untuk diri mereka, tetapi untuk anak.
Ini yang kadang-kadang orang tak faham.
Anak pun kadang-kadang tak faham kenapa mak bapak buat gitu.

Tapi takpe.
Boleh try apply local uni yang terbaik.
Masa Redza nak SPM, kitorang cakap, kalau nak program overseas kena aim untuk 7A.
Kalau nak sambung ke UM, kena kumpul point at least 94 (UM paling tinggi point kena kumpul).
Aku tak ingat point ni kumpul dari mana.
Dari result SPM and aktiviti di sekolah rasanya.
Redza melepasi point UM tu juga.
Maka, kalau nak sambung local uni di uni terbaik, check total point terkumpul.
Aku tak ingat dah nama kiraan point ni. Carilah.

Ni nak respond pada kes Rayyan jatuh lagi semalam.
Thank you pada yang concern. Terima kasih.
Semalam Rayyan ada call, dia cakap tak demam tapi rasa sakit pada pinggul.
Tak demam kira ok lah tu pada aku.
Boleh berjalan, is good news.
Itu bermakna takde patah. Maybe salah urat sikit.
Aku malas nak manjakan sangat emosi aku dan emosi dia.
Aku pesan, sakit pi jumpa warden.
Kalau teruk, warden pasti call parents.

Nak kata Rayyan dah boleh blend dengan new environment, maybe belum sepenuhnya.
Tapi hari tu dia minta beli highliter, liquid paper and new pencil case — ini signal bahawa dia masih mahu ke sekolah.
Then dia ada minta aku beli reading lights untuk kepil kat buku.
Aku tanya apesal nak pakai reading lights?
Dia kata lights off 11.30pm, macamana dia nak habiskan buku Harry Potter dia πŸ™„.
Orang lights off tu suruh tido!

Then dia ada call minta belikan bakul toileries baru.
By right kalau dia tak mahu tinggal di sana, dia takkan request macam-macam. Betul tak?
Tapi ye lah, sesekali stress of couse teringat rumah.
Bila tak jumpa keselesaan of course akan terasa nak balik rumah.
Buat masa ni aku follow the flow dulu.
Selagi dia boleh bertahan, kita tunggu.
Aku tahu Rayyan kuat.
Cuma belum terbiasa dengan life yang “downgrade”.
Aku harap sangat dia jumpa dengan kawan yang benar-benar se-click, so that dia benar-benar menikmati life di sana.


2023-06-09

Betapa pentingnya kita kongsi cerita-cerita tertentu pada orang yang betul, yang sama frekuensi.


Rabu lepas, blog reader ni dah bagi reminder untuk aku prepare blog post pasal result SPM.
Sebab apa?
Sebab lumrah setiap tahun, akan ada "upacara" wajib, iaitu mem-bash budak-budak cemerlang.
Pagi ni dah ada pun lalu artikel-artikel semacam ni.
Yang katanya kenapa hanya budak cemerlang diraikan.
Dari mana datang budaya meraikan straight As.
Straight As bukan penentu kejayaan masa depan.

Hoih!!! Kau boleh tak biarkan budak-budak tu celebrate penat-lelah usaha dorang?
Misi kau lain. Misi dorang lain.
Kita ni hidup saling bergantung. Biar ada balance.
Biar ada yang so-so, biar ada yang cream. Faham?

Yang aku pelik tu, setiap tahun mesti ada orang pertikaikan celebration untuk yang score banyak A.
Tak kiralah straight As ke, 8As ke, 7As ke.
Pokoknya, budak-budak yang bersusun atas pentas sambil pegang placard tu, mesti ada yang bitter menengoknya.
Biorlah dorang nak celebrate moment-moment ni biar jadi kenangan.
Kita yang dah tua ni, kalau tak berdaya taknak tepuk tangan bersorak, duduk dendiam.
Nah! Tasbih. *campak*

Tadi pagi ada satu DM masuk.
Ini lagi pelik aku baca.
DM ni dari seorang cikgu.
Dia kata semalam lepas dapat keputusan dia share slide graf subjek English sekolahnya kat status whatsapp.
Dia cikgu English.
Ada peningkatan.
Happylah dia sebagai guru walaupun katanya, bukan 100% score A, tapi graf peningkatan tu yang dia lebih utamakan.
Tup tup kawan dia respond to the status "Tapi sekolah kau takde pun dalam list top 10?"

πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Halo miss, ranking sekolah tu benda lain ya.
Peratusan lulus subjek tu benda lain.
Tak semestinya English ada peningkatan, maka ranking sekolah mesti meningkat.
Dan tak semestinya ranking sekolah yang tinggi tu student straight As-nya lebih ramai dari sekolah lain.
Aduilahhhh.
Mujur sekarang ni cuma ada SPM saja.
Kalau UPSR and PT3 ada balik, setahun 3 kali kena hadap senario-senario yang bitter macam ni.

Yang sebenarnya, be selective dengan siapa kita nak berkongsi cerita, especially success story.
Sometimes kita seronok nak share our success stories with people around us.
Tapi, tak semua orang suka nak dengar, including our own frens.
Sebab itulah penting to be selective in sharing our story.
Dan yang paling penting, only share them with the right people.
Bukan semua yang berkawan dengan kita tu seronok bila kita achieve something.
Kau boleh nampak hawa-hawa bitter tu dalam kawan-kawan kau.

Aku prefer share certain story dengan orang yang sama frequency.
Sama frekuensi ni bukan bermakna aku ada A, dia pun ada A.
Same frekuensi bermaksud kami ada mindset yang sama untuk topik tertentu.
Contoh, kau nak bercerita tentang hala tuju anak kau.
Jangan cerita pada sebarang orang.
Ceritalah pada orang-orang yang sama frekuensi.
Tujuannya supaya kau dapat energy yang sama.
Kalau kau cerita pada orang yang tak sama frekuensi, energy kau akan drop.
Silap-silap hilang motivasi terus.

Contohnya, kau nak anak kau jadi hafiz.
Kau ceritalah pada set-set yang frekuensinya sama.

Kalau kau nak anak kau fly overseas, kau ceritalah dengan orang yang ada same mindset.

Tujuannya, supaya path tu lebih clear kerana orang yang sama frekuensi selalu ada input-input yang kau perlukan.
Kalau kau cerita dekat orang yang tak sama frekuensi, kau akan dapat nasihat "Alah, belajar kat mana-mana pun sama".
Get it?

Lagipun, bila kita share dengan those yang ada same frekuensi, mereka ini juga yang genuinely celebrate mindset kita and always offer encouragement to achieve bigger things.
Tapi kalau share your story dengan orang yang salah (yang tak sama frekuensi), dorang akan cakap kita berlagak, sombong dan lain-lain.
Jangan salah anggap statement aku ni tau.
Being selective in sharing your story tak bermakna pilih kawan atau pilih bulu, tetapi being vigilant on who you share it with.
Contoh macam kes blog reader aku tadi.
Padahal dia share kat whatsapp status je.
Itupun ada yang bitter kat dia.
Kawan pulak tu. Kalau stranger tu kita fahamlah.

Aku ada 2 orang yang aku always share hal-hal yang specific macam ni.
Sorang kawan aku berkongsi hal-hal tentang kerja.
Sorang lagi tentang family.
I must share this with you guys.

Ini masa aku minta pandangan dia mana nak sumbatkan Redza selepas dapat result IGCSE.
Aku bincang dengan dia lebih elok Redza drop SPM and terus masuk A Level atau sit for SPM.
Padahal masa ni anak dia belum IGCSE pun, tapi dia tetap share apa-apa info yang dia tahu. 
Some people mana mau share info, nak keep it to themselves sebab takut kita caras peluang anak dia.

Ini pula tahun depannya, masa anak dia pula dapat result IGCSE.
We share information jenis-jenis scholarship yang available untuk di-apply dan berbincang medium mana yang terbaik untuk anak-anak sambung belajar.

Yang ni masa anak-anak kitorang (baya Rayyan) sedang dalam preparation untuk sit exam MRSM and SBP. Padahal masa ni exam pun belum ambil tapi mak-mak dah start discuss kebarangkalian anak-anak kami tak dapat tempat di SBP atau MRSM. So we plan untuk masuk private school. Siap buat comparison syllabus setiap private school. Gila πŸ˜.

Yang ni masa anak masing-masing tengah sit exam.
Masih update each other, saling membagi semangat and tips.

Yang ni sangat rare.
Tak ramai orang ada kawan yang push kau and nak tengok kau success.
I am very grateful to Allah for giving me this environment.


Aku share ni sebab aku nak orang faham betapa pentingnya kita kongsi cerita-cerita tertentu pada orang yang betul, yang sama frekuensi.
Orang-orang begini akan buat kau punya momentum berada di tahap yang sepatutnya.
Disebabkan energy mereka dan kita sama, they will share input yang kau perlukan.
Sebab tu aku always percaya, orang yang berjaya selalunya tak lokek berkongsi dan mereka takkan berdengki.
Tapi yang berdengki tu selalunya bukan orang berjaya sebab dia tu dia tak suka kau lebih dari dia.

Surrounding yourself with people who are genuinely happy for you.
Kongsi cerita and achievement dengan orang yang berfikiran sama can lead you to a stronger support system, sebab dorang ni akan bagi encouragement during setbacks.
Mana-mana yang ada hawa-hawa tak puas hati kat kau tu, kau dah boleh slow-slow jauhkan diri.
Remember, your mental health is very expensive.


2023-06-08

Kalau terang-terang orang tua salah, tegurlah baik-baik.


Tak sangka rupanya post aku semalam gambar lauk-pauk dinner mendapat perhatian.
Tapi orang bukan tanya pasal lauk-pauk.
Dorang tanya pasal aku menjaga mak mertua.
Ada follower bagi aku gambar ni.
Rupanya baru-baru ni ada orang tua mati kena pukul dek anak sendiri?
OMG. Tak tahu menahu pun isu ni.
Ada sesiapa tahu perkembangan kes ni macamana? Kenapa dia pukul?

Aku tahu, pukul orang tua tu berdosa.
Inikan pula dikerjakan sampai mati.
Kalau tak pengaruh dadah, mesti ada sebab lain.
Aku bukan nak sebelahkan anak-anak yang memukul tu, cuma aku suka nak tahu reasonnya.
Nak sangat tahu apa puncanya?
Kerana orang takkan memukul tanpa sebab.

Yang tanya macamana aku jaga mok mertua.
Tak, aku tak jaga apa-apa.
Alhamdulillah mok masih boleh berjalan macam biasa.
Tak perlu bantuan untuk bergerak.
Masih larat naik tangga.
Masih boleh urus diri.
Cuma solat atas kerusi, tak kuat dah nak diri lama.
That's why mok dah tak berapa nak ikut kitorang berjalan, nanti dia penat nak berjalan.
Aku sekadar masak je.
Tu pun kadang-kadang terbabas tak masak. Penat.
Tu yang semalam aku gagahkan juga memasak.
Padahal semalam ada pasar malam.
Boleh je belikan mok laksam ke, nasi kerabu ke.
Tapi mok lebih suka makan nasi putih and sayur-sayur.
Jadi aku masakkanlah juga.
Dah alang-alang aku pun nak makan sekali, kan.

Jaga orang tua ni nasib-nasib.
Nasib dapat yang tak banyak karenah.
Nasib dapat yang keras kepala.
Nasib dapat yang memahami.
Nasib dapat yang buta perut.
Nasib dapat yang sihat.
Nasib dapat yang banyak penyakit.
Kalau dah itu bahagian kita, nak buat macamana.

One thing yang kita kena tahu, orang tua ada perangainya.
Yang tinggal bersama saja tahu.
Sebab itu, kita yang tak tinggal sekali dengan orang tua, kau jangan dengar sebelah cerita je.
Dengar sekali cerita yang tukang jaga.
Kita yang tak tinggal sekali memang mudah kesian kat orang tua.
Hanya yang duduk sekali, yang mengadap orang tua 24 jam saja tahu apa rasanya.

Arwah mak Pak Aji meninggal dalam keadaan dia dah tak kenal anak menantu.
Cucu jauh sekali. Dah nyanyuk.
Masa dia belum terbaring dulu, gilir-gilir juga anak-anak menjaga.
Kejap rumah ni, kejap rumah itu.
Everytime turn Pak Aji menjaga, mak aku mesti stress.
Bila stress, kat akulah dia mengadu.
Nak dimarah, itu mak mertua dia.
Nak dipendam, sakit hati.
Biasalah, menjaga orang tua yang tak berapa nak ingat.
Pampers bukak merata.
Pakai baju, tak pakai kainnya.
Dia katanya Pak Aji tu suami dia πŸ˜†.
Setiap kali giliran di sana, Mak Aji kena tidur sorang sebab arwah nenek tido nak kena berteman.
Kalau sebulan dia di sana, sebulanlah Mak Aji tido sorang.

Kita yang tak duduk sekali konfem akan cakap "Alah, takpelah. Sebulan je. Besar pahala menjaga orang tua".
Ya, betullah tu. Sebab kita tak menjaga, kan?
Sebab kita sesekali datang menjenguk saja, kan?

Dapat jenis mak mertua gini ☝🏻, hanya yang duduk sekali je faham perasaannya.
Yang duduk sekali, bertahun-tahun takkan sama dengan yang sesekali datang menjenguk.
Sometimes, anak sendiri pun tak kenal perangai mak melainkan yang duduk sekali.
Selalunya menantu perempuan yang lebih kenal.
Sebab menantu perempuan menjaga rumah, memasak, mengemas.
Itu semua kerja orang perempuan, jadi mak mertua cenderung memerhatikan kerja-kerja ni.
Walaupun menantu siang di ofis, hanya malam saja di rumah, tetap dia yang paling mengenali mak mertua berbanding ipar duai yang lain.

Sebab itu, aku dan Ima selalu mencari sekecil-kecil kebaikan pada CT kalau apa-apa hal berlaku.
Sebab kitorang tak duduk sekali dengan Mak Aji.
Lain tau, kau duduk dengan mak masa zaman anak dara, dengan kau duduk selepas berkahwin.
Masa zaman single, kau je ada dalam rumah tu.
Tapi bila dah berkahwin, laki and anak-anak kau sekali ada dalam rumah.
Rumah tu suasananya dah lain.
Expectation juga lain.

Kita takleh nak deny, walaupun orang tua itu mak kita, mak kita ada perangainya, betul tak?
Jadi, bila ipar yang tinggal serumah dengan mak kita dan mengadu hal tentang mak, kita sebagai anak jangan mudah meloncat.
Itu prinsip yang aku and Ima pegang.
Sebab kitorang kenal Mak Aji macamana.
Mak Aji tu jenis tak suka rumah bersepah, tak suka bising, tak suka orang himpun-himpun dalam rumah.
Jadi, bila sekarang cucu-cucu tinggal bersama, of course lah rumah tu akan bersepah dan bising.
Rumah ada budak kecil, kan.
Aku selalu pesan kat CT, jangan kecil hati kalau mama bising atau marah-marah sebab dia memang sukakan kebersihan, kekemasan, dan ketenangan.
Ok, CT pun faham.

Contohnya hari tu Mak Aji bagitau aku atas table top penuh dengan barang.
Bukan barang apa pun, bakul susu, botol susu, makanan-makanan, etc.
Benda-benda biasa kat dapur.
Pastu aku cakap "Ma, rumah ni rumah mama. Barang dalam kabinet tu semua barang mama. Bila ada pertambahan orang dalam rumah, of course ada pertambahan barang. Dah kalau mama tak buang barang-barang mama dalam kabinet tu, agak-agak mana CT and Ibal nak simpan barang-barang dorang?"

Mak Aji diam.

Tapi apa aku cakap betul, kan?
Some mak bapak, dia boleh accept teguran.
Macam mak aku, apa aku cakap nanti dia pikir balik.
Tapi some mak bapak kenot.
Yang kenot ni memang payah sikit, tetapi anak-anaknya boleh mainkan peranan.
Yang jadi masalah sekarang, macam screenshot tadi tu, anak lelakinya kayu.
Tak mahu nasihatkan maknya lansung.
Maka isteri makan hati.

Aku akui kalau duduk dengan orang tua, mereka ada kebiasaan yang kita tak boleh nak halang.
Basuh baju malam, tak boleh.
Menyapu malam, tak boleh.
Makan lambat, tak boleh.
Tu belum cerita masak itu tak kena, masak ini tak kena.
Yang ini, anak sendiri boleh mainkan peranan.

Macam mok, kalau aku masak, dia akan tolong kacau-kacau dan tukang rasa lauk.
mok kuat makan garam, jadi aku makan lauk terpisat-pisat.
Actually lauk tu idokle masin sangat, tapi sebab aku dah dibiasakan makan less garam sebab Mak Aji ada darh tinggi dari zaman muda, maka aku terbiasa lauk-pauk tawar.
Masak nasi putih pun mok tak buat.
Kelam-kabut juga aku nak buat semua.
Tapi mikirkan mok dah 83 tahun, aku cubalah ikhlaskan hati.
Sometimes kalau tak sempat sangat aku minta En Wan call mintak mak masakkan nasi dulu.
Balik nanti baru aku masak lauk-pauk.
Alhamdulillah, En Wan mainkan peranan.

Menjaga orang tua ni bagi aku tak terasa bebannya kalau ada consideration dari semua pihak.
Jangan kerana itu mak kita, maka semua benda mak kita buat adalah baik.
Pantang betul kita dengar bila orang mengadu hal mak kita.
Padahal kita pun tahu mak kita macamana, tapi disebabkan yang komplen tu ipar, semua tak boleh terima.

Aku berangin juga bila ada isu-isu macam ni, netizen cakap "Kita semua esok akan tua. Nanti anak-anak kita buat kita macam tu, apa rasa?"
Noooo. Bukan macam tu mindset yang kita kena terapkan.
Seolah-olah biarlah orang tua nak buat apa, kita pasrah.
Dia menyakitkan hati menantu, biar.
Alasan? Sebab dah tua.
No. Kalau terang-terang orang tua salah, tegurlah baik-baik.
Pergi cari ceramah Mufti Menk, dia pun kata tak ada yang salah nasihat mak bapak asal kena gayanya.

Isteri-isteri yang ada masalah dengan mertua, trylah bincang dengan ipar-duai.
Mengadu hal.
Manalah tahu kot ipar-duai boleh bantu nasihatkan maknya.
Tapi kalau ipar duai pun buta perut, kau cakap kat dia "Ambil balik mak kau ni. Jaga!"


2023-06-06

5 Jun 2023 - Hantar Rayyan balik ke Ipoh


Baru sampai dari Ipoh.
Semalam ke sana untuk hantar Rayyan balik.
Serentak pula dengan Redza balik Banting.
Terpaksa minta Mak Aji and Pak Aji hantarkan Redza.
Kitorang plan nak ke Ipoh lepas Zuhur awalnya.
Sempatlah hantar Redza dulu. Konon.
Sekali parents dorm Rayyan ajak buat gotong-royong bersihkan dorm sebab nak pasang karpet and langsir baru untuk anak-anak.
Maka plan aku bertukarlah.
Pukul 9 pagi dah nak kena gerak dari sini ke Ipoh.
Habis tu takkan awal sangat aku nak hantar Redza.
Jadi, minta neneknya hantarkan cucu balik kolej.

Kali ni kitorang stop kat RnR Rawang untuk breakfast.
Tak stop Tapah. Tapah terlampau ramai orang.
Mula-mula tu frust juga sebab aku aim nak akan nasi lemak paru kat RnR Tapah.
Rupanya kat RnR Rawang pun ada port nasi lemak paru yang best.
Lebih best Rawang aku rasa.
Aku lupa nama kedainya. Something like "Good...".
Dia jual nasi lemak dengan aneka lauk.
Ada sotong, ada paru, ada ayam.
Lepas ni aku cakap kat En Wan, kita stop breakfast sini je lah.
Takyah ke Tapah lagi.

Lepas breakfast, straight ke sekolah.
Seronoknya kali ni aku dapat masuk ke dorm.
Dorm lelaki u olss, mana mak-mak boleh mendekat selama ni.
Bila dia buka peluang macam ni, memang aku tak lepaskan peluanglah.
Walaupun bukan apa sangat aku buat kat dalam tu.
Setakat kemaskan almari Rayyan, pasangkan cadar, mengemop, mengelap, menyapu.
Kebanyakannya mengemaskan ruang anak masing-masing.
Cuma bapak-bapak je kerja keras sikit mengelap kipas, membasuh toilet and mengukur lantai and tingkap.
We all plan nak pasang tikar getah and letak karpet dan pasang langsir.
Bab-bab menselesakan anak ni, kau memang serahkan je la pada mak bapak.
Kalau dibagi letak side table kat sebelah bunk bed agaknya kitorang buatkan juga.

Ini kenangan men-deko bilik Redza masa kat Langkawi dulu.
Siap pasang wallpaper and blind bagai.
Frame bukan main banyak lagi bergantung, entah siapa beli aku tak sure.
Seronok, ada vibe dalam bilik di rumah sendiri.
Semalam, sebelum keluar lunch aku tanya cikgu dorm Rayyan, "Boleh tak kalau saya nak letak karpet panjang kat tepi katil ni?"

Cikgu jawab "Boleh je".

Zassss, terus pegi beli karpet panjang satu.
Saja je nak buat-buat sedap sikit letak kaki, idok le rasa sejuk mozek.
This time aku beli karpet yang murah-murah dulu. Kasi warm up.
Nanti bila dorm budak-budak ni dah cantik, aku nak minta permission cikgu untuk aku letak kaper berbulu pulak menggantikan karpet yang aku beli semalam.
Kalau ikut hati, aku nak beli side table letak lampu tidur segala.
Eh melampau pulekkkk nak mendekonya.



Semalam letak video ni kat IG.
Ada yang bertanya pasal kipas dalam lemari Rayyan tu.
Kipas tu rechargeable. Beli kat DIY je.
Sekarang musim panas.
Budak-budak at dorm ramai kepanasan, ada yang ramai-ramai tido atas lantai.
Nak pulak macam Rayyan duduk katil bawah, lagilah tak kena kipas.
Semalam aku ajar dia tido terbalik.
Kepala di tempat kaki, supaya kena tempias angin kipas.
Dan aku belikan juga kipas rechargeable ni buat tambah-tambah berangin.
Not bad juga, berasa angin kipas ni.

Semalam serentak parents gotong-royong kat dorm, kelas Rayyan pun ada gotong-royong mengemas kelas.
Hari ni student baru (3rd intake masuk), jadi nak kemas-kemas kerusi meja tambahan agaknya.
Aku tunggu je cikgu ajak mak bapak mencantikkan bilik darjah pulak, konfem zasssssssss aku pergi.
Maklumlah kepoh.
Eh aku dulu Ketua Kebersihan dalam kelas tau.
Bukan main ceria kelas aku dengan macam-macam gambar aku tampal kat board belakang tu.
Pakkal dulu takde bajet besar.
Kalau tak, konfem ada mini pantry sekali dalam kelas aku tu.

Semalam tido Ipoh sebab En Wan ada appointment dengan client di sana.
Kitorang duduk 1969 Business Suite kat Ipoh Garden (sebelah AEON Kinta).
Not bad jugalah hotel ni.
Boutique hotel je, tetapi segala keperluan sebuah bilik hotel, ada.
Siap ada gym and jogging track, ya.
Ada cafe untuk breakfast, ada bar and lounge untuk layan live band.
Semalam tengah-tengah aku buat kerja dalam bilik dengar dia nyanyi lagu Beyond kau!!
Aku ajak En Wan turun bawah.
En Wan kata takyahlah.
Nanti ada orang ambik video aku menyanyi lagu Beyond, bahaya viral dia kata.

"Makcik ini tahu lagu band terkenal Beyond!"

Gitu tajuk video viral kat TikTok.

Lepas tu nanti ada komen "Pakai tudung, tak padan dengan tua tapi melayan live band malam-malam. Dunia semakin tenat!"

Membayangkan kecaman-kecaman netizen, aku nyanyi atas atas katil jelah.

Malam semalam aku and En Wan jalan kaki dari hotel ke AEON sebelah. 
Makan Black Canyon.
Tak sangka aku akan patah balik ke sini.
Zaman aku ada projek dengan VRI dulu, asal masuk Ipoh je memang AEON nilah aku tuju.
Sampaikan aku ingat Ipoh tu adalah situ-situ je.
Rupanya town Ipoh tu haaaa dalammmmm lagi.

Breakfast hotel ok-ok je, takdelah hebat sangat tapi ada nasi goreng, nasi hujan panas, mee goreng, bubur nasi, roti-roti, sosej, scramble eggs, wedges, kek, pastry.
Kek chocolate dia sedap.
Kitorang check out awal sebab nak singgah sekolah Rayyan.
Rupanya charges iPad dia dalam bag laptop aku.
Entah macamana boleh ada dalam bag aku.
Nasib baik mak kau memang kat Ipoh lagi.
Kalau tak, tunggu hujung minggu je la baru ber-caj iPad tu.

Tapi aku tak jumpa dia pagi ni. Malas.
Jumpa cikgu kelas je, serahkan charger.
Sementara aku sembang dengan cikgu, En Wan singgah ko-op belikan baju blue house yang hilang.
Lepas keluar dari sekolah aku telegram dia "Kawan mama dah pass charger kat cikgu kelas. Dia dah belikan sekali baju blue house".

Rayyan reply, "Ma, adik dah pegi ko-op beli baju blue house pagi tadi. RM38. Saiz XS".

Underestimate rupanya aku kat Rayyan, kan?
Dia dah reti pegi beli sendiri barang dia rupanya.
Pandai pulak tu cari size.
Takpelah, pakai je lah dua-dua baju tu.

Oh by the way, another good news.
Jamban duduk dah ada u olss!!!!
Aku rasa macam nak bersorak tepi jamban tu semalam.
En Wan cakap semalam masa dia nak ambil baldi Rayyan dalam stor, lalu depan bilik air sebelah dorm.
Nampak ada 2 biji tandas duduk.
Rupanya suara-suara ibubapa yang request nak tandas duduk didengari oleh pihak sekolah.
Alhamdulillah, seronok Rayyan lepas ni.
Tak payah runsing nak menapak jauh setiap kali nak ke toilet.
Now bilik air sebelah dorm dah ada tandas duduk.
Bilik air dorm atas pun ada 2 tandas duduk dipasang.
Tak sangka betul.
Blok Tingkatan 1 adalah blok tertua di situ.
Selama berpuluh tahun, semua berak cangkung.
Masuk batch kali ni, toilet berubah wajah terus. Dapat jamban duduk.
Aku syak tahun depan budak-budak Tingkatan 1 yang baru dapat heater pulak kot.
Mana tahu, khennnn.

Dan ada lagi satu, sebelah blok dorm budak-budak tingkatan 1 dah tambahan 2 vending machine.
Kemain sengih Rayyan vending machine kat sebelah blok je sekarang.
Tak payah menapak jauh sampai ke blok akademik dah.
Vending machine bukan setakat air, ya.
Vending machine snek sekali!
Aku jeling vending machine tu nampak air yang Milo ada. Lulus.
Tak sure kalau air teh bunga atau soya ada ke tak.
Kalau dua ni ada, lulus juga.
Aku berharap slowly Rayyan dah mula nak cuba makan kat dining hall.
Dahlah yuran makan mahal bapak kau bayar, nak.
Kau boleh taknak makan lansung kat dining hall.

Today siang menemankan En Wan jumpa client-client dia di Ipoh.
Sebagai penjaga kereta yang setia, itulah kerja aku hari ni.
Kat Menara TNB dia ajak aku turun sekali.
Katanya client dia ni also blog reader.
Terjumpa sorang lagi blog reader di sini.
Lupa aku nak tanya nama. Tapi bergambar, tetappppp.

Sebagai upah meneman, En Wan bawa aku pi makan Canning Dimsum.
Lama dah follower-follower kat IG bakor aku ke sini.
Hari ni terbakor juga.
Memang sedap dimsum sini.
Siew Mai ada 3 jenis.
Har Gao ada 2 jenis.
Ada sweet sour roll.
Ada pelbagai jenis pau.
Ada Cheong Fun juga.
Kalau kat Dolly Dimsum, dumplings dia mostly prawn.
Kat Canning Dimsum ada ketam and scallop juga!



Aku suka cara dia serve the dumplings.
Takde menu book.
Dorang akan datang ke meja kau bawa segala macam dimsum panas-panas, kau tinggal pilih je.
Yang fried punya pun ada, tapi lambat nau dia keluar promote yang fry punya.
Aku dah angkat bontot nak ke kaunter baru dia datang meja.
Takpelah, next time.
Insyallah panjang lagi tempoh aku ulang-alik Ipoh ni.
Dulu zaman kerja kat Ipoh, balik-balik aku makan Black Canyon je.
Tak reti nak makan kat Ipoh.
Now slowly aku dah nampak makanan-makanan kat Ipoh.
Please suggest more, ya. Sabtu ni aku datang balik sana.


2023-06-03

Kecewa ADHD dinafikan hak untuk dapat medical card. Ini alasannya.

Video atas ni, follower yang bagi.

Alhamdulillah, ada 3 orang pass video link yang sama minta aku bagi pandangan sikit tentang masalah this lady. Aku bukan expert tapi pengalaman aku as medical underwriter, insyallah bab ni aku boleh tolong explain. Aku ada baca some of komen-komen pada video tu. Katanya “Sampai sekarang takde penjelasan yang clear dari mana-mana agent”.

Betul. En Wan sendiri pernah tanya aku pasal issue ni. Agent bukan tak tahu apa boleh, apa tak boleh. Tetapi, apa juga illness yang ada pada client, hanya medical underwriter saja boleh buat keputusan, berdasarkan polisi syarikat. Agent boleh appeal. Nanti masa appeal tu maybe boleh sertakan sekali medical report. Tetapi, again, medical writer yang buat keputusan.


Walaupun kita kata anak kita mild ADHD, you must know that ini bukan you pergi hospital tau. Kalau hospital lain. Itu tempat menerima rawatan. They rawat you based on your medical condition. Kalau mild, therapy-nya begini. Kalau heavy, therapy-nya begitu. Tapi syarikat takaful lain. Mereka bukan hospital yang bagi treatment. They don't give treatment. They give medical protection based on RISIKO. 


Kalau sesiapa perasan, dalam memohon medical card, premium seorang dengan seorang yang lain berbeza, bergantung pada jantina, umur, pekerjaan, smoking or not, dan medical condition. Sebab apa? Because they menilai you berdasarkan RISIKO. Contoh, you sihat, tetapi umur you dah 45. Premium you takkan sama dengan umur 35 yang sihat. Sebab mereka mengambil kira RISIKO seorang yang sudah 45 — lebih dekat dengan kematian (secara kiraan umur). 


Contohnya, macam Rayyan. Dia juga di-diagnose dengan mild disleksia. MILD. Tak perlu therapy, dan tak layak masuk sekolah khas sebab too mild. However, dia tetap berbeza. Aku and En Wan as mak bapak tahu kekurangan Rayyan kat mana, walaupun dia kelihatan seperti normal child. Based on kekurangan yang kami tahu, we treat him accordingly. Begitu juga kes ADHD. Walaupun kita kata anak kita mild, itu adalah based on medical, bukan risiko. 


So, apa sebab takaful reject client ADHD? 


One of the reasons is related to the nature of ADHD yang mempengaruhi attention, hyperactivity, and impulsiveness. Tak kira sama ada mild atau heavy, the nature of ADHD adalah begitu. Maksudnya, walaupun doktor kata anak mild ADHD, fitrah ADHD memiliki kekurangan dari sudut tadi. Samalah macam dysleksia. Walaupun Rayyan very mild - belajar semua ok, menguruskan diri ok, tetapi dia kerap pakai seluar terbalik. Kalau pakai seluar track, manjang je poket depan tu pergi ke belakang. Sebab apa? Sebab nature of disleksia adalah begitu, tak kira you mild atau strong. Akan ada moment-moment dia nampak poket tu kejap depan, kejap belakang. Sebab tu pakai seluar jerut kadang-kadang boleh terbalik. 


Walaupun mild, ADHD ada risiko untuk dapat medical conditions atau complications, yang memerlukan medical attention, sekaligus increase the medical cost. Like I said earlier, penilaian medical underwriter adalah based on RISIKO, iaitu berdasarkan fitrah illness tersebut. Serupalah dengan kes overweight. Ramai yang overweight sangkut bila apply medical card. Padahal mereka sihat, takde sakit. Tetapi, medical underwriter menilai based on RISIKO. Kerana secara sains, orang overweight BERISIKO untuk dapat high blood pressure, pre-diabetis, lemak visceral yang tinggi, kolesterol tinggi, sleep apnea yang boleh menyebabkan mati semasa tidur, dan banyak lagi risiko. 


Another reason kenapa someone with mild ADHD tak dapat ambil medical card boleh jadi kerana kekurangan patient's medical history. Selalunya mild ADHD kita tak buat check up, maka susah nak meyakinkan medical underwriter yang anak kita ok, kerana takde bukti dari sudut perubatan. Pada pandangan aku, untuk kes-kes macam ni, parents can start buat therapy. Atau rutin check up. Buat je. Kumpul data. Lagi 3 tahun, apply medical card semula. Bagi mereka data-data ni. Mana tahu they will accept with some exclusion, kan? Walau ada exclusion, at least dapat medical card. 


Lagi satu cara, usahakan apply takaful selepas anak lahir. 



Redza and Rayyan, kitorang ambil selepas dorang lahir. Tapi Rayyan kitorang terpaksa tunggu 2 tahun sebab dia pre-mature. Pre-mature kena tunggu 2 tahun baru boleh apply. 


Alhamdulillah sepanjang 2 tahun Rayyan takde sakit. Elok je 2 tahun, zasss terus apply. Lulus. Just imagine selepas di-diagnose dengan mild disleksia baru kitorang nak apply? Mesti panjang ceritanya. Disleksia by right takde masalah untuk dapat medical card sebab walaupun it is a  neurological condition, dyslexia tak impact overall health. Cuma medical underwriter maybe take a holistic approach to evaluate client’s eligibility for medical card. Premium akan tinggi sikit, contohnya. 


Dalam video tadi, versi panjangnya, the lady sedih bila ADHD dimasukkan dalam kategori mental illness. Aku syak ini yang menambah kekecewaan, bukan semata-mata tak dapat medical card. Aku faham, tak ada mak yang nak anaknya dicop sebagai mental illness. 


For your info, ADHD falls under kategori neurodevelopmental disorders. Bukan mental illnesses. Mental illness usually kesan dari social, psychological, or environmental factors. ADHD is a neurodevelopmental disorders yang disebabkan oleh disruptions in brain development. Tetapi tak bermakna ADHD cannot develop mental illnesses. Because it is common ADHD co-occur dengan mental health conditions yang lain macam anxiety and depression. Maksudnya, someone with ADHD tak semestinya dapat mental illness, tetapi risiko itu ada. Like I said, evalution takaful adalah berdasarkan RISIKO. Mungkin atas sebab risiko itulah they put ADHD under mental illness. 


Ok ni aku nak menyelit sikit bab ini:




Aku bukan agent. Tapi bila baca ni aku jadi frust. Sedih bila waris tercari-cari sumber kewangan. Dengan harapan si mati ada beli life insurance atau buat hibah. Rupanya polisi dah lapsed sebab tak bayar lama. Ingat ya, kalau polisi dah lapse, tolonglah buang. Buat apa simpan. Nanti waris mengharap. Kesian. 


Lagi satu, jangan simpan harapan palsu kat waris dengan menyimpan quotation takaful. Mintak quotation tapi tak ambil, lebih baik buang. Jangan simpan. Waris nampak quotation dah terbayang cerah masa depan. Nan hado rupanya. Masa hidup selalunya kita tak nampak benda-benda macam ni. Kita tak rasa penting sebab bagi kita, kalau aku mati dahlah. Urusan kat dunia habis. 


Ya, betul. Itu kalau takde hutang. Kalau ada? Siapa nak settlekan? At least kalau tak meninggalkan duit untuk waris hidup senang, tinggalkanlah hibah untuk dorang bayarkan hutang.


“Suami kata tak payah ambil”

“Isteri kata tak payah ambil. Lebih baik duit tu buat beli benda lain”. 


Masa tengah tegak berdiri sihat walafiat ni memanglah rasa tak perlu. Dah mati esok, percayalah, semua ni akan berubah. Waris akan mengharap ada duit-duit terpijak untuk kelansungan hidup. 



2023-06-02

Jangan pegang sijil konvo yang sama 10 tahun tak tambah-tambah.


Masih lagi berkisarkan isu aku tulis semalam -- pasal fresh graduate cari kerja.
Sebab semalam ada sorang followers bagi aku screenshot ini:

Average fresh graduate engineer tahun 2023, bergaji RM2600.
Kawan aku local grad engineer, gaji pertamanya RM1900.
En Wan gaji pertama RM2500.
Ini semua zaman 2001.
Maksudnya, gaji fresh grad sekarang meningkat, tapi tak banyak mana lah.
Maybe overseas grad boleh dapat lebih dari ini.
Dan kalau bekerja di company yang besar, lebih besar lagi gaji.
Kalau ada bahasa ketiga, laaaaaaagi tinggi kau boleh demand.

Maksudnya, kita boleh demand gaji lebih sekiranya kita ada skill-skill tambahan.
Kalau average gaji fresh grad adalah sekitar RM2600, besar harapan kau mintak mana-mana pun, gitulah juga gajinya.
Tak lari banyak.
Tapi kos hidup sekarang dah tinggi.
Ramai fresh grad engineers yang dissapointed tangga gaji engineer rendah sedangkan kerjaya mereka professional.

Aku tanya En Wan, dia cakap -- kerja.
Ambik offer tu.
Kalau tak dapat offer kerja, lain cerita.
Ini kau dah dapat post engineer. Grab the offer.
5 tahun belajar teori engineering, this is the time kau praktikkan teori yang kau belajar di tempat kerja.
Apply, tengok skill kau boleh pergi tahap mana.
Because selagi kita tak apply, kita always ingat apa yang kita dah ada ni cukup.
Sebab tu kita tend to demand gaji.
En Wan kata, kerja dulu.

Dia cakap, dulu pun dia tak puas hati dengan gaji yang dia dapat.
Belajar 7 tahun (2 tahun persediaan + 3 tahun diploma + 2 tahun Bachelor), hanya RM2500.
Tak jauh beza dengan local grad katanya.
Kawan se-grad Jepun ada yang dapat RM2800 waktu tu.
Tapi takpe, dia ambil je offer tu.
Sebab yang pertama, dia nak apply bahasa Jepun.
Buat apa belajar kat Jepun kalau tak guna kelebihan boleh berbahasa Jepun katanya.
Yang kedua, dia nak post engineer. Taknak post lain.

En Wan kata, fresh grad mungkin hanya nampak gaji.
Dorang belum nampak kat tempat kerja tu nanti banyak yang dia boleh dapat, umpamanya training.
En Wan punya certificate training gila banyakkkk.
Segala ISO, Six Sigma, Chemical Safety course, Leadership course, dan segala tok nenek training yang lain.
Inilah yang fresh grad tak nampak.
Training ni lah yang kau kena kejar so that lagi 5 tahun jump ke company lain, gaji kau meroket perginya.
En Wan adalah living proof!
Kilang dia banyak hantar training locally and abroad.
Siapa follow blog aku dulu mesti ingat En Wan kerap ke Jepun untuk training.
Aku selalu kena tinggal. Tengah mengandung Rayyan pun kena tinggal.

Training ini semualah yang upgrade skill and ilmu.
Barulah sedap nak demand bila jump company lain.
Pengalaman ada. Skill ada. Ilmu ada.
Like I said semalam, cari pengalaman dulu.
Memang RM2600 tu berat, lebih-lebih lagi duduk city centre.
Tapi kalau kau tak ambil the offer, yakin ke boleh dapat lebih dari tu di tempat lain?
Sedangkan average gaji fresh grad engineer adalah banyak tu saja.
Pegi mana-mana pun, besar harapan itu juga kau dapat.
Jadi, ambiklah dulu offer tu.
Cari pengalaman.
At least sementara nak kumpul pengalaman, kau boleh guna duit tu untuk sara hidup dan upgrade skill.
Kalau kilang nak hantar training, jangan mengelak. Pergi.
Kalau nak harapkan kita keluar duit sendiri pi training, lambertttt lah.
Sementara kerja tu, ofis offer gi training, pergi!

Masa aku makan gaji dulu pun, aku join je mana-mana training yang company nak hantar.
Walaupun sebenarnya malas.
Sebab balik dari training kena buat report and kena train budak-budak ofis pulak.
Tapi sebab nakkan pengalaman, aku pergi.
En Wan banyak pengaruhi aku untuk kejar for training sebab dia dulu gila mengumpul sijil training.
Kalau takde peluang-peluang pergi training macam ni, kau rasa kau boleh jadi outstanding di tempat kerja?
Tak, ya. Tak.
Dengan peluang-peluang beginilah kau menyerlah, dalam masa yang sama boleh build keyakinan diri.
Bila kau dah biasa bercakap depan orang, your next interview will be mou man tai (ε†‡ε•ι‘Œ).

Sebagai seorang gradute, apa yang aku boleh cadangkan, sambil-sambil kerja tu upgradelah diri.
Continuously learning.
Ambil advance degrees.
Ambil professional certificates.
Acquire speacialized certifications.
Jangan pegang sijil konvo yang sama 10 tahun tak tambah-tambah.
Acik dah 46 tahun ni pun masih lagi cari short courses and professional certificates untuk tambah ilmu dan upgrade skill.
Ni pun acik menyambil-nyambil tulis blog nak cari motivasi menyiapkan assigment tak habis lagi.

Maksud quote di atas adalah, bukan cari kerja lebih atau kerja macam nak mati.
Tetapi upgrade diri yang lebih.
Bila diri ada personal development, insyallah kerjaya dan income akan grow.
Akan ada peluang yang baik sampai.
Yakin. Percaya.


2023-06-01

Carilah kerja yang benar-benar boleh upgrade skill.


Aku setuju dengan post di atas.
Aku pernah bagi talk pasal ni, zaman PKP dulu.
Sebuah fakulti invite aku untuk bagi talk pasal interview, aku selit sikit nasihat tentang cari kerja yang relevan.
Jangan cari kerja yang semata-mata boleh dapat duit, contohnya bawa Grab, macam penulis ni cakap.
Bukan bawa Grab tu tak bagus.
Kalau sebagai side income tak apa.
Tapi kalau kau takde pengalaman kerja yang solid, yang boleh membawa kepada pertambahan skill, janganlah kerja Grab semata-mata.
Carilah kerja yang benar-benar boleh upgrade skill, supaya one day bila jump company lain, kau ada pengalaman dan skill yang relevan.

Dalam talk tu aku pesan, fresh graduates jangan terlampau fokus pada gaji tinggi.
You sekarang takde pengalaman, hanya ada teori.
Dalam industri, skill lebih diperlukan.
Sebab tu mana-mana company prefers candidates yang ada pengalaman.
Kalau takde pengalaman, maka kena cari pengalaman dulu.
Fresh graduates should consider job opportunities that provide them with valuable experience and skills.
Gaji rendah tak apa.
You masih muda. Komitmen belum besar.
Jadi, carilah pengalaman dulu.
Build strong foundation kat ilmu dan skill dulu.
Ini semua nanti akan jadi satu point besar untuk you bila berpindah tempat kerja nanti.

Dari zaman aku ada staff sejak tahun 2010 sampai 2023 ni, mana-mana staff yang dah kerja 3-4 tahun, kalau resign pergi company lain, aku tak pernah beg them to stay.
Walaupun semua bagus-bagus dan aku selesa kerja dengan dorang, I won't stop them.
Pergilah.
Memang dah sampai masa untuk kembangkan skill tu di tempat lain pula.
Malah, aku proud bila anak-anak buah yang aku ambil bekerja dalam keadaan mereka takde pengalaman.
Ada yang takde sijil universiti, hanya SPM saja.
Ada yang dulu takde basic biologi pun, now kerja kat lab buat test animal feed, ya.
Bila company lain accept them kerana pengalaman kerja yang relevan, I am proud.
Proud tengok anak-anak didik aku diterima di tempat lain.
Bermakna, mereka telah belajar sesuatu di sini.

Dari tahun 2010, ambilan staff yang pertama masa buat biotech supplies, aku suka ambil fresh grad dan budak-budak yang takde degree.
Yang penting budak tu nak kerja, and willing to learn.
Lepas 3-4 tahun, sila cari kerja lain.
Tapi takdelah aku halau.
Cuma kalau ada rezeki di tempat lain, pergilah.
Show your new boss what you can do.
Jangan buek malu kompeni, ya.

Seingat aku cuma sekali je bakal majikan pernah call tanya pasal staff yang nak minta kerja kat tempat dorang.
Dia tanya betul ke budak ni pernah buat kerja lab sebab hanya ada SPM.
Aku cakap yes, aku train them.
Pastu dia tanya kenapa aku tak simpan budak ni.
Aku cakap kalau aku simpan, dia akan terus-terusan buat kerja yang sama.
She needs new environment, new boss, new knowledge.
Maka, pergilah.

Pengalaman sangat penting ya, anak-anak.
Cari pengalaman dulu.
Nanti dengan pengalaman itulah kau boleh demand gaji di tempat lain.
Kalau hanya berbekalkan sijil degree nak gaji RM5K, kena ingat, bukan kita sorang ada sijil tu.
Beribu fresh grad ada.
Nak compete beribu ni dengan satu sijil?
Hmm..zaman acik dulu bolehlah.
Zaman sekarang melambak lepasan universiti.
Kena ada something else kalau betul-betul nak gaji tinggi.

Masa Redza nak apply YTP MARA dulu aku dah nampak senario ni.
Nak apply saja perlukan kelayakan.
Belum dipanggil interview tau, baru apply saja.
Bila dah layak, barulah dipanggil interview.
Yang datang interview lebih dari 10 ribu calon.
Sedangkan nak pakai cuma berapa kerat je.
Semua yang apply tu ada sijil yang sama iaitu SPM.
Kau rasa macamana dorang pilih?

Yup, dari cara kau menjawab interview.

Maksudnya kat sini, bila hanya ada sijil yang sama, maka kita perlu jadi outstanding untuk dipilih.
Samalah macam fresh graduates.
Ramai yang ada sijil Bachelor tu.
Melainkan ada sijil-sijil relevan yang lain, kau akan nampak outstanding.
Kalau ada pengalaman kerja lagiiiiilah menaikkan peluang untuk diterima bekerja.
Sebab, bila kau masuk dalam industry, dorang taknak tunggu lama.
Dorang nak candidate yang "plug and play".
Masuk je terus boleh buat kerja with minimum supervision.
Kebanyakan fresh graduate menang kat CGPA je, praktikal terkibai-kibai.
Ini aku bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.

First aku lapor diri kat Kementerian Sains, aku membayangkan akan kerja dalam lab buat DNA extraction.
Kepala ni dok imagine apa yang aku belajar di Uni, itulah juga yang aku akan buat bila bekerja.
Sekaliiiiii. Bayang lab pun takde kat situ.
Yang ada hah, hambik kau, bertingkek-tingkek proposal penyelidik yang aku kena baca.
Kena key in data, masuk meeting, bincang kelayakan geran, tulis surat sana, tulis surat sini, meeting lagi, baca proposal lagi -- ulang benda yang sama.
Konfius gak mula-mula, kejadah apa aku kerja macam ni.
Tak payah belajar tinggi-tinggi pun boleh buat kerja ni.
Dahlah gaji pun RM1400 je.
Gitulah aku bermonolog dulu.
Tapi rupanya dengan pengalaman tu aku dapat demand gaji di tempat lain.
Gila kau tak demand??
Orang tengok resume aku pun kagum agaknya.
Graduate biotech and food science.
Pernah kerja kat Kementerian Sains pulak tu.
Mesti power budak ni. Padahalllll. Kahkahkah.

Fresh grad, janganlah kejar duit semata-mata.
Nak buat partime jadi YouTuber, silakan.
Nak buat partime jadi Grab driver, silakan.
Tapi jangan jadikan itu kerjaya utama.
Work in a job that offers you learning opportunities and challenges.
Tingkatkan kemahiran dan ilmu dalam industri tertentu.
Ini boleh buatkan you marketable dan lebih attractive kepada bakal majikan.
Kalaupun tak jumpa kerjaya yang relevan dengan study, tak apa.
Ada banyak skills yang transferable di tempat kerja tu.
Soft skills macam cara berkomunikasi, problem-solving, team work, critical thinking -- ini semua skill yang kau akan dapat.

Dalam pada aku tak kerja lab kat Kementerian Sains dulu, aku dapat pengalaman berurusan dan kenal dengan ramai pensyarah yang apply for geran penyelidikan.
Siapa sangka beberapa tahun selepas tu aku jadi sales untuk produk biotek.
Pergi universiti sana sini berjumpa balik dengan pensyarah-pensyarah yang sama.
Disebabkan dorang tahu aku ex-Kementerian Sains dan aku pernah berurusan dengan dorang, urusan aku jadi mudah.
Dorang semua buat penyelidikan kot.
Aku pulak supply barang makmal.
Bergabung meletop la jawabnya πŸ˜†.

Dengarlah cakap acik ni.
Jangan pilih gaji. Kerja dulu.
Gaji tu nanti akan bertambah kendian, menurut cara yang kita tak sangka.

Satu hal yang aku nampak perbezaan ketara antara orang yang pernah makan gaji dengan yang tak, adalah komunikasi.
Boleh nampak beza cara bercakap orang yang pernah hidup berkuli dengan yang tak.
Ini ada kaitan dengan network building.
Bekerja dalam industri yang bagi kau jawatan tertantu, gives you opportunities to collaborate with professionals in the same industry.
Ini yang akan buatkan fresh graduates build strong professional network.
Serupalah pengalaman aku kerja dengan Kementerian Sains dulu.
Aku fresh grad, tapi dapat bekerja dengan pegawai-pegawai dan penyelidik dari kalangan Professors.
These connections bagi peluang yang cerah untuk cari kerja baru, atau business oppotunities.
Hidden job opportunities selalunya kau akan dapat dari network gini.

Pengalaman aku kerja jadi sales biotech supplies bawa aku ke merata ceruk universiti and makmal kerajaan.
Bila aku diinvite untuk produce diploma program, aku dah tahu mana universiti nak tuju.
Lecturer yang dulu semua dah jadi Dekan and Ketua Jabatan.
Urusan aku lebih mudah lagi.
Pengalaman akan membuka lebih banyak peluang sebenarnya.
Carilah pengalaman. Belajar hiddup berkuli.