2023-06-01

Carilah kerja yang benar-benar boleh upgrade skill.


Aku setuju dengan post di atas.
Aku pernah bagi talk pasal ni, zaman PKP dulu.
Sebuah fakulti invite aku untuk bagi talk pasal interview, aku selit sikit nasihat tentang cari kerja yang relevan.
Jangan cari kerja yang semata-mata boleh dapat duit, contohnya bawa Grab, macam penulis ni cakap.
Bukan bawa Grab tu tak bagus.
Kalau sebagai side income tak apa.
Tapi kalau kau takde pengalaman kerja yang solid, yang boleh membawa kepada pertambahan skill, janganlah kerja Grab semata-mata.
Carilah kerja yang benar-benar boleh upgrade skill, supaya one day bila jump company lain, kau ada pengalaman dan skill yang relevan.

Dalam talk tu aku pesan, fresh graduates jangan terlampau fokus pada gaji tinggi.
You sekarang takde pengalaman, hanya ada teori.
Dalam industri, skill lebih diperlukan.
Sebab tu mana-mana company prefers candidates yang ada pengalaman.
Kalau takde pengalaman, maka kena cari pengalaman dulu.
Fresh graduates should consider job opportunities that provide them with valuable experience and skills.
Gaji rendah tak apa.
You masih muda. Komitmen belum besar.
Jadi, carilah pengalaman dulu.
Build strong foundation kat ilmu dan skill dulu.
Ini semua nanti akan jadi satu point besar untuk you bila berpindah tempat kerja nanti.

Dari zaman aku ada staff sejak tahun 2010 sampai 2023 ni, mana-mana staff yang dah kerja 3-4 tahun, kalau resign pergi company lain, aku tak pernah beg them to stay.
Walaupun semua bagus-bagus dan aku selesa kerja dengan dorang, I won't stop them.
Pergilah.
Memang dah sampai masa untuk kembangkan skill tu di tempat lain pula.
Malah, aku proud bila anak-anak buah yang aku ambil bekerja dalam keadaan mereka takde pengalaman.
Ada yang takde sijil universiti, hanya SPM saja.
Ada yang dulu takde basic biologi pun, now kerja kat lab buat test animal feed, ya.
Bila company lain accept them kerana pengalaman kerja yang relevan, I am proud.
Proud tengok anak-anak didik aku diterima di tempat lain.
Bermakna, mereka telah belajar sesuatu di sini.

Dari tahun 2010, ambilan staff yang pertama masa buat biotech supplies, aku suka ambil fresh grad dan budak-budak yang takde degree.
Yang penting budak tu nak kerja, and willing to learn.
Lepas 3-4 tahun, sila cari kerja lain.
Tapi takdelah aku halau.
Cuma kalau ada rezeki di tempat lain, pergilah.
Show your new boss what you can do.
Jangan buek malu kompeni, ya.

Seingat aku cuma sekali je bakal majikan pernah call tanya pasal staff yang nak minta kerja kat tempat dorang.
Dia tanya betul ke budak ni pernah buat kerja lab sebab hanya ada SPM.
Aku cakap yes, aku train them.
Pastu dia tanya kenapa aku tak simpan budak ni.
Aku cakap kalau aku simpan, dia akan terus-terusan buat kerja yang sama.
She needs new environment, new boss, new knowledge.
Maka, pergilah.

Pengalaman sangat penting ya, anak-anak.
Cari pengalaman dulu.
Nanti dengan pengalaman itulah kau boleh demand gaji di tempat lain.
Kalau hanya berbekalkan sijil degree nak gaji RM5K, kena ingat, bukan kita sorang ada sijil tu.
Beribu fresh grad ada.
Nak compete beribu ni dengan satu sijil?
Hmm..zaman acik dulu bolehlah.
Zaman sekarang melambak lepasan universiti.
Kena ada something else kalau betul-betul nak gaji tinggi.

Masa Redza nak apply YTP MARA dulu aku dah nampak senario ni.
Nak apply saja perlukan kelayakan.
Belum dipanggil interview tau, baru apply saja.
Bila dah layak, barulah dipanggil interview.
Yang datang interview lebih dari 10 ribu calon.
Sedangkan nak pakai cuma berapa kerat je.
Semua yang apply tu ada sijil yang sama iaitu SPM.
Kau rasa macamana dorang pilih?

Yup, dari cara kau menjawab interview.

Maksudnya kat sini, bila hanya ada sijil yang sama, maka kita perlu jadi outstanding untuk dipilih.
Samalah macam fresh graduates.
Ramai yang ada sijil Bachelor tu.
Melainkan ada sijil-sijil relevan yang lain, kau akan nampak outstanding.
Kalau ada pengalaman kerja lagiiiiilah menaikkan peluang untuk diterima bekerja.
Sebab, bila kau masuk dalam industry, dorang taknak tunggu lama.
Dorang nak candidate yang "plug and play".
Masuk je terus boleh buat kerja with minimum supervision.
Kebanyakan fresh graduate menang kat CGPA je, praktikal terkibai-kibai.
Ini aku bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.

First aku lapor diri kat Kementerian Sains, aku membayangkan akan kerja dalam lab buat DNA extraction.
Kepala ni dok imagine apa yang aku belajar di Uni, itulah juga yang aku akan buat bila bekerja.
Sekaliiiiii. Bayang lab pun takde kat situ.
Yang ada hah, hambik kau, bertingkek-tingkek proposal penyelidik yang aku kena baca.
Kena key in data, masuk meeting, bincang kelayakan geran, tulis surat sana, tulis surat sini, meeting lagi, baca proposal lagi -- ulang benda yang sama.
Konfius gak mula-mula, kejadah apa aku kerja macam ni.
Tak payah belajar tinggi-tinggi pun boleh buat kerja ni.
Dahlah gaji pun RM1400 je.
Gitulah aku bermonolog dulu.
Tapi rupanya dengan pengalaman tu aku dapat demand gaji di tempat lain.
Gila kau tak demand??
Orang tengok resume aku pun kagum agaknya.
Graduate biotech and food science.
Pernah kerja kat Kementerian Sains pulak tu.
Mesti power budak ni. Padahalllll. Kahkahkah.

Fresh grad, janganlah kejar duit semata-mata.
Nak buat partime jadi YouTuber, silakan.
Nak buat partime jadi Grab driver, silakan.
Tapi jangan jadikan itu kerjaya utama.
Work in a job that offers you learning opportunities and challenges.
Tingkatkan kemahiran dan ilmu dalam industri tertentu.
Ini boleh buatkan you marketable dan lebih attractive kepada bakal majikan.
Kalaupun tak jumpa kerjaya yang relevan dengan study, tak apa.
Ada banyak skills yang transferable di tempat kerja tu.
Soft skills macam cara berkomunikasi, problem-solving, team work, critical thinking -- ini semua skill yang kau akan dapat.

Dalam pada aku tak kerja lab kat Kementerian Sains dulu, aku dapat pengalaman berurusan dan kenal dengan ramai pensyarah yang apply for geran penyelidikan.
Siapa sangka beberapa tahun selepas tu aku jadi sales untuk produk biotek.
Pergi universiti sana sini berjumpa balik dengan pensyarah-pensyarah yang sama.
Disebabkan dorang tahu aku ex-Kementerian Sains dan aku pernah berurusan dengan dorang, urusan aku jadi mudah.
Dorang semua buat penyelidikan kot.
Aku pulak supply barang makmal.
Bergabung meletop la jawabnya 😆.

Dengarlah cakap acik ni.
Jangan pilih gaji. Kerja dulu.
Gaji tu nanti akan bertambah kendian, menurut cara yang kita tak sangka.

Satu hal yang aku nampak perbezaan ketara antara orang yang pernah makan gaji dengan yang tak, adalah komunikasi.
Boleh nampak beza cara bercakap orang yang pernah hidup berkuli dengan yang tak.
Ini ada kaitan dengan network building.
Bekerja dalam industri yang bagi kau jawatan tertantu, gives you opportunities to collaborate with professionals in the same industry.
Ini yang akan buatkan fresh graduates build strong professional network.
Serupalah pengalaman aku kerja dengan Kementerian Sains dulu.
Aku fresh grad, tapi dapat bekerja dengan pegawai-pegawai dan penyelidik dari kalangan Professors.
These connections bagi peluang yang cerah untuk cari kerja baru, atau business oppotunities.
Hidden job opportunities selalunya kau akan dapat dari network gini.

Pengalaman aku kerja jadi sales biotech supplies bawa aku ke merata ceruk universiti and makmal kerajaan.
Bila aku diinvite untuk produce diploma program, aku dah tahu mana universiti nak tuju.
Lecturer yang dulu semua dah jadi Dekan and Ketua Jabatan.
Urusan aku lebih mudah lagi.
Pengalaman akan membuka lebih banyak peluang sebenarnya.
Carilah pengalaman. Belajar hiddup berkuli.