2023-06-06

5 Jun 2023 - Hantar Rayyan balik ke Ipoh


Baru sampai dari Ipoh.
Semalam ke sana untuk hantar Rayyan balik.
Serentak pula dengan Redza balik Banting.
Terpaksa minta Mak Aji and Pak Aji hantarkan Redza.
Kitorang plan nak ke Ipoh lepas Zuhur awalnya.
Sempatlah hantar Redza dulu. Konon.
Sekali parents dorm Rayyan ajak buat gotong-royong bersihkan dorm sebab nak pasang karpet and langsir baru untuk anak-anak.
Maka plan aku bertukarlah.
Pukul 9 pagi dah nak kena gerak dari sini ke Ipoh.
Habis tu takkan awal sangat aku nak hantar Redza.
Jadi, minta neneknya hantarkan cucu balik kolej.

Kali ni kitorang stop kat RnR Rawang untuk breakfast.
Tak stop Tapah. Tapah terlampau ramai orang.
Mula-mula tu frust juga sebab aku aim nak akan nasi lemak paru kat RnR Tapah.
Rupanya kat RnR Rawang pun ada port nasi lemak paru yang best.
Lebih best Rawang aku rasa.
Aku lupa nama kedainya. Something like "Good...".
Dia jual nasi lemak dengan aneka lauk.
Ada sotong, ada paru, ada ayam.
Lepas ni aku cakap kat En Wan, kita stop breakfast sini je lah.
Takyah ke Tapah lagi.

Lepas breakfast, straight ke sekolah.
Seronoknya kali ni aku dapat masuk ke dorm.
Dorm lelaki u olss, mana mak-mak boleh mendekat selama ni.
Bila dia buka peluang macam ni, memang aku tak lepaskan peluanglah.
Walaupun bukan apa sangat aku buat kat dalam tu.
Setakat kemaskan almari Rayyan, pasangkan cadar, mengemop, mengelap, menyapu.
Kebanyakannya mengemaskan ruang anak masing-masing.
Cuma bapak-bapak je kerja keras sikit mengelap kipas, membasuh toilet and mengukur lantai and tingkap.
We all plan nak pasang tikar getah and letak karpet dan pasang langsir.
Bab-bab menselesakan anak ni, kau memang serahkan je la pada mak bapak.
Kalau dibagi letak side table kat sebelah bunk bed agaknya kitorang buatkan juga.

Ini kenangan men-deko bilik Redza masa kat Langkawi dulu.
Siap pasang wallpaper and blind bagai.
Frame bukan main banyak lagi bergantung, entah siapa beli aku tak sure.
Seronok, ada vibe dalam bilik di rumah sendiri.
Semalam, sebelum keluar lunch aku tanya cikgu dorm Rayyan, "Boleh tak kalau saya nak letak karpet panjang kat tepi katil ni?"

Cikgu jawab "Boleh je".

Zassss, terus pegi beli karpet panjang satu.
Saja je nak buat-buat sedap sikit letak kaki, idok le rasa sejuk mozek.
This time aku beli karpet yang murah-murah dulu. Kasi warm up.
Nanti bila dorm budak-budak ni dah cantik, aku nak minta permission cikgu untuk aku letak kaper berbulu pulak menggantikan karpet yang aku beli semalam.
Kalau ikut hati, aku nak beli side table letak lampu tidur segala.
Eh melampau pulekkkk nak mendekonya.



Semalam letak video ni kat IG.
Ada yang bertanya pasal kipas dalam lemari Rayyan tu.
Kipas tu rechargeable. Beli kat DIY je.
Sekarang musim panas.
Budak-budak at dorm ramai kepanasan, ada yang ramai-ramai tido atas lantai.
Nak pulak macam Rayyan duduk katil bawah, lagilah tak kena kipas.
Semalam aku ajar dia tido terbalik.
Kepala di tempat kaki, supaya kena tempias angin kipas.
Dan aku belikan juga kipas rechargeable ni buat tambah-tambah berangin.
Not bad juga, berasa angin kipas ni.

Semalam serentak parents gotong-royong kat dorm, kelas Rayyan pun ada gotong-royong mengemas kelas.
Hari ni student baru (3rd intake masuk), jadi nak kemas-kemas kerusi meja tambahan agaknya.
Aku tunggu je cikgu ajak mak bapak mencantikkan bilik darjah pulak, konfem zasssssssss aku pergi.
Maklumlah kepoh.
Eh aku dulu Ketua Kebersihan dalam kelas tau.
Bukan main ceria kelas aku dengan macam-macam gambar aku tampal kat board belakang tu.
Pakkal dulu takde bajet besar.
Kalau tak, konfem ada mini pantry sekali dalam kelas aku tu.

Semalam tido Ipoh sebab En Wan ada appointment dengan client di sana.
Kitorang duduk 1969 Business Suite kat Ipoh Garden (sebelah AEON Kinta).
Not bad jugalah hotel ni.
Boutique hotel je, tetapi segala keperluan sebuah bilik hotel, ada.
Siap ada gym and jogging track, ya.
Ada cafe untuk breakfast, ada bar and lounge untuk layan live band.
Semalam tengah-tengah aku buat kerja dalam bilik dengar dia nyanyi lagu Beyond kau!!
Aku ajak En Wan turun bawah.
En Wan kata takyahlah.
Nanti ada orang ambik video aku menyanyi lagu Beyond, bahaya viral dia kata.

"Makcik ini tahu lagu band terkenal Beyond!"

Gitu tajuk video viral kat TikTok.

Lepas tu nanti ada komen "Pakai tudung, tak padan dengan tua tapi melayan live band malam-malam. Dunia semakin tenat!"

Membayangkan kecaman-kecaman netizen, aku nyanyi atas atas katil jelah.

Malam semalam aku and En Wan jalan kaki dari hotel ke AEON sebelah. 
Makan Black Canyon.
Tak sangka aku akan patah balik ke sini.
Zaman aku ada projek dengan VRI dulu, asal masuk Ipoh je memang AEON nilah aku tuju.
Sampaikan aku ingat Ipoh tu adalah situ-situ je.
Rupanya town Ipoh tu haaaa dalammmmm lagi.

Breakfast hotel ok-ok je, takdelah hebat sangat tapi ada nasi goreng, nasi hujan panas, mee goreng, bubur nasi, roti-roti, sosej, scramble eggs, wedges, kek, pastry.
Kek chocolate dia sedap.
Kitorang check out awal sebab nak singgah sekolah Rayyan.
Rupanya charges iPad dia dalam bag laptop aku.
Entah macamana boleh ada dalam bag aku.
Nasib baik mak kau memang kat Ipoh lagi.
Kalau tak, tunggu hujung minggu je la baru ber-caj iPad tu.

Tapi aku tak jumpa dia pagi ni. Malas.
Jumpa cikgu kelas je, serahkan charger.
Sementara aku sembang dengan cikgu, En Wan singgah ko-op belikan baju blue house yang hilang.
Lepas keluar dari sekolah aku telegram dia "Kawan mama dah pass charger kat cikgu kelas. Dia dah belikan sekali baju blue house".

Rayyan reply, "Ma, adik dah pegi ko-op beli baju blue house pagi tadi. RM38. Saiz XS".

Underestimate rupanya aku kat Rayyan, kan?
Dia dah reti pegi beli sendiri barang dia rupanya.
Pandai pulak tu cari size.
Takpelah, pakai je lah dua-dua baju tu.

Oh by the way, another good news.
Jamban duduk dah ada u olss!!!!
Aku rasa macam nak bersorak tepi jamban tu semalam.
En Wan cakap semalam masa dia nak ambil baldi Rayyan dalam stor, lalu depan bilik air sebelah dorm.
Nampak ada 2 biji tandas duduk.
Rupanya suara-suara ibubapa yang request nak tandas duduk didengari oleh pihak sekolah.
Alhamdulillah, seronok Rayyan lepas ni.
Tak payah runsing nak menapak jauh setiap kali nak ke toilet.
Now bilik air sebelah dorm dah ada tandas duduk.
Bilik air dorm atas pun ada 2 tandas duduk dipasang.
Tak sangka betul.
Blok Tingkatan 1 adalah blok tertua di situ.
Selama berpuluh tahun, semua berak cangkung.
Masuk batch kali ni, toilet berubah wajah terus. Dapat jamban duduk.
Aku syak tahun depan budak-budak Tingkatan 1 yang baru dapat heater pulak kot.
Mana tahu, khennnn.

Dan ada lagi satu, sebelah blok dorm budak-budak tingkatan 1 dah tambahan 2 vending machine.
Kemain sengih Rayyan vending machine kat sebelah blok je sekarang.
Tak payah menapak jauh sampai ke blok akademik dah.
Vending machine bukan setakat air, ya.
Vending machine snek sekali!
Aku jeling vending machine tu nampak air yang Milo ada. Lulus.
Tak sure kalau air teh bunga atau soya ada ke tak.
Kalau dua ni ada, lulus juga.
Aku berharap slowly Rayyan dah mula nak cuba makan kat dining hall.
Dahlah yuran makan mahal bapak kau bayar, nak.
Kau boleh taknak makan lansung kat dining hall.

Today siang menemankan En Wan jumpa client-client dia di Ipoh.
Sebagai penjaga kereta yang setia, itulah kerja aku hari ni.
Kat Menara TNB dia ajak aku turun sekali.
Katanya client dia ni also blog reader.
Terjumpa sorang lagi blog reader di sini.
Lupa aku nak tanya nama. Tapi bergambar, tetappppp.

Sebagai upah meneman, En Wan bawa aku pi makan Canning Dimsum.
Lama dah follower-follower kat IG bakor aku ke sini.
Hari ni terbakor juga.
Memang sedap dimsum sini.
Siew Mai ada 3 jenis.
Har Gao ada 2 jenis.
Ada sweet sour roll.
Ada pelbagai jenis pau.
Ada Cheong Fun juga.
Kalau kat Dolly Dimsum, dumplings dia mostly prawn.
Kat Canning Dimsum ada ketam and scallop juga!



Aku suka cara dia serve the dumplings.
Takde menu book.
Dorang akan datang ke meja kau bawa segala macam dimsum panas-panas, kau tinggal pilih je.
Yang fried punya pun ada, tapi lambat nau dia keluar promote yang fry punya.
Aku dah angkat bontot nak ke kaunter baru dia datang meja.
Takpelah, next time.
Insyallah panjang lagi tempoh aku ulang-alik Ipoh ni.
Dulu zaman kerja kat Ipoh, balik-balik aku makan Black Canyon je.
Tak reti nak makan kat Ipoh.
Now slowly aku dah nampak makanan-makanan kat Ipoh.
Please suggest more, ya. Sabtu ni aku datang balik sana.