2023-06-12

Mak bapak mahu anak capai certain result kerana tak mahu anaknya dapat program yang takde demand.


Merujuk pada post aku DI SINI ada yang tanya “Maknanya no pointlah ambil sampai 11 subjek?”

Eh, tak. Ada gunanya.

Ok, macam ni.
Syarat untuk program JPA/MARA ke luar negara mesti 7A.
Dari 7 ni, 2 adalah dari mana-mana subjek.
Tak kisahlah 2 tu Sejarah ke, BM ke, Pendidikan Seni ke, atau mana-mana subjek agama.
Jadi, yang ambil banyak subjek, maybe di sini nanti akan ada kelebihan.

Ambil banyak-banyak subjek tak rugi.
Semua ni terpulang kepada misi student tu, dan juga kemampuannya.
Ada yang ambil banyak subjek sebab dia belum pasti lagi nak ambil course apa selepas SPM, maka dia ambil dua subjek sekaligus - iaitu Bio dan Akaun.
Ada juga ambil banyak subjek kerana keperluan dalam aliran yang dipilih.
Sekolah agama contohnya.
Walaupun student tu aim ke UK, yang mana tiada keperluan mengambil subjek-subjek agama tetapi dia masuk sekolah aliran agama, maka dia perlu ambil subjek-subjek agama.
Ada juga ambil extra subjek sebab saja-saja nak uji diri.
Tak rugi pun ambil extra, asalkan boleh carry.
Yang penting 7 subjek utama melepasi syarat.


Contohnya, budak ni.
Sekolah ni walaupun sekolah sains, tapi dulu adalah SBPI (integrasi).
SBPI ada 3 aliran. Salah satunya aliran Sains Islam macam budak ni ambil.
Jadi, this student wajib ambil 11 subjek.
Katakanlah selepas ni dia nak mohon program JPA atau MARA ke UK atau US, atau Jepun yang tak memerlukan subjek agama. 
It's ok. Dia tak rugi ambik banyak subjek.
Maybe subjek tu tak memberi kelebihan dari segi pengkhususan program.
Tetapi katakanlah BM, Sejarah and Maths dia B, bermakna 2 subjek agama yang diambil membantu melengkapkan kelayakan memohon program JPA atau MARA.

Ada je kawan Redza di KMB yang SPM 13A.
Roommate Redza tahun lepas SPM-nya 13A, sebab ambil aliran agama.
Tetapi dia pilih course IB yang tak perlukan subjek agama.
Adakah dia rugi?
Tak.
Dia ambil 13 subjek kerana keperluan untuk ambil subjek-subjek tersebut sebab dia berada di sekolah aliran agama. Itu saja.
Maka, kalau anak tak straight As, tak apa.
Straight As hanya untuk kepuasan diri mereka.
Yang penting, syarat untuk pohon program yang diminati, lepas. Ini paling penting.

Kelebihan straight As adalah, peluang untuk memilih dan dipilih, lebih tinggi, especially untuk dapat tajaan.
Macam Redza, sebelum dapat offer MARA, dia dapat panggilan interview untuk PNB.
Dah sampai ke 2nd stage interview dah.
Tinggal satu stage saja lagi.
Redza decide nak ambil offer MARA.
Maka dia tarik diri dari meneruskan program interview.
Kitorang tak kisah. Yang nak belajar dia. Biar dia pilih.

Ada yang tanya “Kak Di memang letak syarat kat Redza dapat 7A saja?”

Ya.
Aku and En Wan memang minta 7A saja sebab dah study kelayakan untuk both MARA and JPA adalah 7 subjek.
Jadi kami minta dia fokus kat 7 subjek saja.
Bukan apa, taknak bagi dia tertekan.
Kalau dia nak pulun lebih, itu terpulang.
Hari yang aku hantar dia ke airport untuk ambil result, dalam kereta aku tanya “Boleh dapat tak 7A agak-agak?”.
Dia jawab “Redza rasa boleh 9A tapi maybe bukan 9A+”.
Baguslah kalau dia nak usaha lebih.
Kalau mak bapak aku mintak aku buat minimum, memang betul-betul minimum aku bagi 😆.

Mana-mana sekolah-sekolah yang student straight As-nya tak ramai, tetapi yang dapat 8A and 7A ramai, boleh jadi students aim untuk melepasi syarat kelayakan program yang mereka mahu. 
Dorang pulun study untuk subjek yang dorang perlu untuk masuk ke program yang dorang minat.

Semalam masa aku up post kat FB tu, ada sorang mak ni tunjuk result anak dia, 7A.
Tapi, 5 daripada A tu adalah A+.
Bermakna untuk 7 subjek ni memang anak dia pulun betul study.
Budak-budak sekarang dah pandai pilih hala tuju.
Dia dah tahu subjek apa dia must score.
So, mak bapak jangan rasa kecewa “Alaa anak dia straight As, anak aku 7A”.
Misinya adalah, anak dapat program yang dia mahu.
Kalau 7 tu melepasi syarat, cukup dah tu.

Masa Redza PT3, dia dapat 7A2B.
Tak dapat straight As pun.
Tapi aku and En Wan happy sebab semua 7 subjek utama adalah A.
Bapak dia awal-awal sekali tanya "Sains and Maths A tak?"
Sebab kalau masuk sekolah sains tapi maths and sains tak A, baik tak payah duduk situ En Wan kata 😆.
Redza pun tahu mak bapaknya tak harap straight As ketika tu.
Bukan apa, kalau Redza sekolah harian maybe kitorang akan minta dia pulun straight As sebab nak apply MRSM.
Tapi now dia memang dah ada kat dalam maktab, maka game dia dah lain, iaitu target A untuk subjek utama sahaja.
Masa dia IGCSE pun sama.
IGCSE ni, kau tak perlu pulun semua A.
Ada 2B pun layak masuk foundation program.
Tapi dah Redza nak pulun straight As, alhamdulillah.
Maybe dia nak cipta memori untuk diri sendiri.
Maybe dengan itu nanti jadi motivasi pula untuk anak-anaknya.


Gambar atas ni, aku faham kenapa ada parents kecewa.
Boleh jadi parents ni tak harap pun anaknya straight As.
Maybe mereka sedikit kecewa sebab anak tak lepas nak memohon program JPA/MARA.
Boleh jadi begitu.
Kalau tengok result anaknya, budak ni bukan budak yang tak boleh carry pure sains.
Cuma usahanya belum melayakkan dia dapat A untuk subjek utama.

Kadang-kadang orang kata "Kenapa mak bapak yang aturkan hala tuju anak? Biarlah anak tu nak ambil course apa pun".

Ya, betul, tetapi bukannya semua betul.
Sekali imbas nampak macam mak bapak aturkan hala tuju anak.
Padahal mak bapak mahu anak capai certain result kerana tak mahu anaknya dapat program yang takde demand.
Berapa ramai mak bapak yang akhirnya mengeluh "Anak saya dapat course lelong".
Bukan kerana anak tu tak pandai, some of them ada 5A-6A.
Cuba fikir, kalau straight As pun dah sampai 10K, kau rasa apa harapan yang dapat 6A tu?
Boleh tak mereka dapat course yang high demand?
Peluang tu ada, cuma mungkin tipis.
Sebab itu mak bapak push anak hit minimum 7A.
Bukan untuk diri mereka, tetapi untuk anak.
Ini yang kadang-kadang orang tak faham.
Anak pun kadang-kadang tak faham kenapa mak bapak buat gitu.

Tapi takpe.
Boleh try apply local uni yang terbaik.
Masa Redza nak SPM, kitorang cakap, kalau nak program overseas kena aim untuk 7A.
Kalau nak sambung ke UM, kena kumpul point at least 94 (UM paling tinggi point kena kumpul).
Aku tak ingat point ni kumpul dari mana.
Dari result SPM and aktiviti di sekolah rasanya.
Redza melepasi point UM tu juga.
Maka, kalau nak sambung local uni di uni terbaik, check total point terkumpul.
Aku tak ingat dah nama kiraan point ni. Carilah.

Ni nak respond pada kes Rayyan jatuh lagi semalam.
Thank you pada yang concern. Terima kasih.
Semalam Rayyan ada call, dia cakap tak demam tapi rasa sakit pada pinggul.
Tak demam kira ok lah tu pada aku.
Boleh berjalan, is good news.
Itu bermakna takde patah. Maybe salah urat sikit.
Aku malas nak manjakan sangat emosi aku dan emosi dia.
Aku pesan, sakit pi jumpa warden.
Kalau teruk, warden pasti call parents.

Nak kata Rayyan dah boleh blend dengan new environment, maybe belum sepenuhnya.
Tapi hari tu dia minta beli highliter, liquid paper and new pencil case — ini signal bahawa dia masih mahu ke sekolah.
Then dia ada minta aku beli reading lights untuk kepil kat buku.
Aku tanya apesal nak pakai reading lights?
Dia kata lights off 11.30pm, macamana dia nak habiskan buku Harry Potter dia 🙄.
Orang lights off tu suruh tido!

Then dia ada call minta belikan bakul toileries baru.
By right kalau dia tak mahu tinggal di sana, dia takkan request macam-macam. Betul tak?
Tapi ye lah, sesekali stress of couse teringat rumah.
Bila tak jumpa keselesaan of course akan terasa nak balik rumah.
Buat masa ni aku follow the flow dulu.
Selagi dia boleh bertahan, kita tunggu.
Aku tahu Rayyan kuat.
Cuma belum terbiasa dengan life yang “downgrade”.
Aku harap sangat dia jumpa dengan kawan yang benar-benar se-click, so that dia benar-benar menikmati life di sana.