2023-06-14

Selagi baju yang aku pakai tak nampak cleavage, aku tak anggap itu seksi.


Oh, ada satu lagi isu rupanya.
Banyak betul isu-isu yang aku ketinggalan.
Memang aku ni ditakdirkan untuk duduk dalam gua ke, camana?
Yang paling best sekali, aku tak tahu menahu Ella buat konsert.
Tau-tau je nampak orang share kat FB. Bladihel betul.
Kalau aku tahu, sah aku pergi.
Playlist aku banyak lagu Ella kot.

Ok, berbalik pada isu yang follower tanya aku.
Iaitu tentang Ustaz Wadi and wedding Janna Nick.
Aku rasa Janna ni memang ditakdrikan kena kecam sentiasa.
Dulu pun dia yang kena kecam pasal bayar zakat fitrah pakai cap and jaket terdedah bahagian dada (tapi tak nampak cleavage).
Padahal dia tengah jalan-jalan, nampak kaunter bayar zakat, dia bayar.
Bukannya dia keluar rumah semata-mata nak pi bayar zakat.

Aku tak mahu orang anggap aku menyebelahi Janna dalam isu ni.
Anggaplah ini susulan dari post aku semalam tentang aku pakai baju mandi kat laut.
Ini adalah perspektif aku, berdasarkan pengalaman yang lepas.

Netizen kata Janna and team wedding tak peka dengan aturcara majlis.
Dah tahu ada jemput Ustaz Wadi untuk bacaan doa, takkan tak reti pakai baju yang sopan sikit.

Ok, meh sini aku bagitau kenapa mereka-mereka ini (artis yang hadir pada majlis tersebut, dan the bride khususnya) seolah-olah "takde perasaan" berpakaian macam tu.

Tetamu, aku rasa dorang unaware majlis tu ada bacaan doa.
So, hat ni boleh letak tepi.

Janna pula, kalau tengok pada pakaiannya, memang mendedahkan bahu, tetapi tidak sampai mendedahkan dada hingga nampak cleavage.

Aku pernah ada dalam situasi tu.
Aku pernah masuk masjid bersolat dengan pakai skirt pendek belah depan, belahnya sampai ke pangkal peha.
Aku pernah masuk Masjid Kowloon untuk solat, dengan pakai seluar jeans 3 quarter.
Aku pernah singgah untuk solat di surau area Kota Bharu dengan free hair, tak pakai selendang masuk ke perkarangan surau.
Aku pernah berhenti solat di sebuah masjid di Subang Jaya, masuk masjid pakai skirt pendek.

Ini bukan aku nak buka aib sendiri, apetah lagi berbangga tau.
Aku perlu bagi contoh bagaimana aku dulu, so that aku dapat sampaikan maksud seterusnya.

Look.
Bagi orang jahil macam aku, perkataan "seksi" itu hanya apabila dada aku nampak cleavage (atau dalam bahasa senang paham separuh tetek terkeluar), atau bila skirt aku terlampau pendek sampai nampak seluar dalam, atau baju aku see thru nampak warna coli.
Selagi baju yang aku pakai tak nampak cleavage, aku tak anggap itu seksi.
Kalau aku adalah aku yang dulu, dan aku berada di tempat Janna, baju wedding Janna aku anggap tidak sexy lansung sebab takde apa yang terdedah.

That's why dulu aku pelik kenapa orang pandang aku semacam bila aku masuk masjid dengan pakai skirt pendek.
Kerana bagi orang macam aku (dulu), pakai blouse berbutang cover sampai atas with skirt pendek belah depan tapi tak sampai nampak spender atau bentuk spender, itu bukan seksi.
Itu adalah pakaian aku ke ofis.

Bila isu wedding Janna Nick ni muncul, aku boleh relate dengan aku yang dulu.
Janna pun mesti tak anggap baju dia sexy.
Tapi bila aku tengok wedding Janna, aku rasa agak janggal.
Nampak tak manis bila ada ustaz di situ.
Nak pulak majlis yang memohon keberkatan.
Tapi itu pendapat aku yang sekarang.
Kalau tanya pendapat the old Diana Ishak, memang aku tak nampak apa yang salah kat pakaian wedding Janna.

Dulu kebanyakan baju kurung raya aku jenis see thru.
Kerana aku tak nampak apa yang salahnya sebab aku pakai tube kat dalam.
Setakat nampak dada, lengan, that's not sexy pun for me.
Jadi, aku faham kalau artis-artis tak nampak kat mana salahnya berpakaian macam tu dalam majlis yang ada ustaz.
Maybe dorang pun berfikir macam tu - "Bukannya aku pakai baju nampak lurah dada".

Insyallah, slowly dorang akan belajar something, termasuk kita.
Orang yang berpakaian lebih syari'i dari kita pun agaknya berpikir "Apesal kau ni pakai tudung 20 tahun masih tak faham-faham yang berpakaina tu mesti syari'i. Baju kena longgar, seluar kena longgar, baju tak boleh nampak bentuk pinggang, tudung kena labuh, kena pakai stokin, kena pakai handsock"?
Sure kita melenting kalau dengar orang tanya kita macam tu.
Sebab kita rasa kita dah tutup aurat. Kan?

Tak semua orang diberikan kemudahan dapat ilmu agama yang cukup dari kecil.
Tak semua orang diberikan kemudahan memahami agama Allah.
Tak semua orang diberikan kekuatah untuk beramal dengan baik.
Dan tak semua orang diberikan istiqomah mempraktikkan hukum Allah.
Setiap kali nampak kejahilan dalam masyarakat, itu peluang untuk kita berubah sama.
Itupun kalau kita mahu berfikirlah.

Orang-orang macam ni tak jahat. Mereka jahil.
Dorang bukan sengaja berpakaian macam tu takde hala tuju.
Masih boleh dibentuk.
Aku ni dah 10 tahun tukar penampilan, tapi masih sama.
Belum dapat menjaga aurat dengan sempurna.
2 x 5.

Apa-apa pun, aku suka bila Ustaz Wadi pilih untuk balik awal kerana kurang selesa dengan majlis.
Ustaz boleh je tazkirahkan semua orang kat situ.
Tapi dia orang berilmu.
Orang berilmu ni tahu hormat majlis.
Kalau dia sound tegak kat situ, konfem lepas ni orang takut nak pelawa mana-mana ustaz untuk bacaan doa. Lagi haru.