2023-06-08

Kalau terang-terang orang tua salah, tegurlah baik-baik.


Tak sangka rupanya post aku semalam gambar lauk-pauk dinner mendapat perhatian.
Tapi orang bukan tanya pasal lauk-pauk.
Dorang tanya pasal aku menjaga mak mertua.
Ada follower bagi aku gambar ni.
Rupanya baru-baru ni ada orang tua mati kena pukul dek anak sendiri?
OMG. Tak tahu menahu pun isu ni.
Ada sesiapa tahu perkembangan kes ni macamana? Kenapa dia pukul?

Aku tahu, pukul orang tua tu berdosa.
Inikan pula dikerjakan sampai mati.
Kalau tak pengaruh dadah, mesti ada sebab lain.
Aku bukan nak sebelahkan anak-anak yang memukul tu, cuma aku suka nak tahu reasonnya.
Nak sangat tahu apa puncanya?
Kerana orang takkan memukul tanpa sebab.

Yang tanya macamana aku jaga mok mertua.
Tak, aku tak jaga apa-apa.
Alhamdulillah mok masih boleh berjalan macam biasa.
Tak perlu bantuan untuk bergerak.
Masih larat naik tangga.
Masih boleh urus diri.
Cuma solat atas kerusi, tak kuat dah nak diri lama.
That's why mok dah tak berapa nak ikut kitorang berjalan, nanti dia penat nak berjalan.
Aku sekadar masak je.
Tu pun kadang-kadang terbabas tak masak. Penat.
Tu yang semalam aku gagahkan juga memasak.
Padahal semalam ada pasar malam.
Boleh je belikan mok laksam ke, nasi kerabu ke.
Tapi mok lebih suka makan nasi putih and sayur-sayur.
Jadi aku masakkanlah juga.
Dah alang-alang aku pun nak makan sekali, kan.

Jaga orang tua ni nasib-nasib.
Nasib dapat yang tak banyak karenah.
Nasib dapat yang keras kepala.
Nasib dapat yang memahami.
Nasib dapat yang buta perut.
Nasib dapat yang sihat.
Nasib dapat yang banyak penyakit.
Kalau dah itu bahagian kita, nak buat macamana.

One thing yang kita kena tahu, orang tua ada perangainya.
Yang tinggal bersama saja tahu.
Sebab itu, kita yang tak tinggal sekali dengan orang tua, kau jangan dengar sebelah cerita je.
Dengar sekali cerita yang tukang jaga.
Kita yang tak tinggal sekali memang mudah kesian kat orang tua.
Hanya yang duduk sekali, yang mengadap orang tua 24 jam saja tahu apa rasanya.

Arwah mak Pak Aji meninggal dalam keadaan dia dah tak kenal anak menantu.
Cucu jauh sekali. Dah nyanyuk.
Masa dia belum terbaring dulu, gilir-gilir juga anak-anak menjaga.
Kejap rumah ni, kejap rumah itu.
Everytime turn Pak Aji menjaga, mak aku mesti stress.
Bila stress, kat akulah dia mengadu.
Nak dimarah, itu mak mertua dia.
Nak dipendam, sakit hati.
Biasalah, menjaga orang tua yang tak berapa nak ingat.
Pampers bukak merata.
Pakai baju, tak pakai kainnya.
Dia katanya Pak Aji tu suami dia 😆.
Setiap kali giliran di sana, Mak Aji kena tidur sorang sebab arwah nenek tido nak kena berteman.
Kalau sebulan dia di sana, sebulanlah Mak Aji tido sorang.

Kita yang tak duduk sekali konfem akan cakap "Alah, takpelah. Sebulan je. Besar pahala menjaga orang tua".
Ya, betullah tu. Sebab kita tak menjaga, kan?
Sebab kita sesekali datang menjenguk saja, kan?

Dapat jenis mak mertua gini ☝🏻, hanya yang duduk sekali je faham perasaannya.
Yang duduk sekali, bertahun-tahun takkan sama dengan yang sesekali datang menjenguk.
Sometimes, anak sendiri pun tak kenal perangai mak melainkan yang duduk sekali.
Selalunya menantu perempuan yang lebih kenal.
Sebab menantu perempuan menjaga rumah, memasak, mengemas.
Itu semua kerja orang perempuan, jadi mak mertua cenderung memerhatikan kerja-kerja ni.
Walaupun menantu siang di ofis, hanya malam saja di rumah, tetap dia yang paling mengenali mak mertua berbanding ipar duai yang lain.

Sebab itu, aku dan Ima selalu mencari sekecil-kecil kebaikan pada CT kalau apa-apa hal berlaku.
Sebab kitorang tak duduk sekali dengan Mak Aji.
Lain tau, kau duduk dengan mak masa zaman anak dara, dengan kau duduk selepas berkahwin.
Masa zaman single, kau je ada dalam rumah tu.
Tapi bila dah berkahwin, laki and anak-anak kau sekali ada dalam rumah.
Rumah tu suasananya dah lain.
Expectation juga lain.

Kita takleh nak deny, walaupun orang tua itu mak kita, mak kita ada perangainya, betul tak?
Jadi, bila ipar yang tinggal serumah dengan mak kita dan mengadu hal tentang mak, kita sebagai anak jangan mudah meloncat.
Itu prinsip yang aku and Ima pegang.
Sebab kitorang kenal Mak Aji macamana.
Mak Aji tu jenis tak suka rumah bersepah, tak suka bising, tak suka orang himpun-himpun dalam rumah.
Jadi, bila sekarang cucu-cucu tinggal bersama, of course lah rumah tu akan bersepah dan bising.
Rumah ada budak kecil, kan.
Aku selalu pesan kat CT, jangan kecil hati kalau mama bising atau marah-marah sebab dia memang sukakan kebersihan, kekemasan, dan ketenangan.
Ok, CT pun faham.

Contohnya hari tu Mak Aji bagitau aku atas table top penuh dengan barang.
Bukan barang apa pun, bakul susu, botol susu, makanan-makanan, etc.
Benda-benda biasa kat dapur.
Pastu aku cakap "Ma, rumah ni rumah mama. Barang dalam kabinet tu semua barang mama. Bila ada pertambahan orang dalam rumah, of course ada pertambahan barang. Dah kalau mama tak buang barang-barang mama dalam kabinet tu, agak-agak mana CT and Ibal nak simpan barang-barang dorang?"

Mak Aji diam.

Tapi apa aku cakap betul, kan?
Some mak bapak, dia boleh accept teguran.
Macam mak aku, apa aku cakap nanti dia pikir balik.
Tapi some mak bapak kenot.
Yang kenot ni memang payah sikit, tetapi anak-anaknya boleh mainkan peranan.
Yang jadi masalah sekarang, macam screenshot tadi tu, anak lelakinya kayu.
Tak mahu nasihatkan maknya lansung.
Maka isteri makan hati.

Aku akui kalau duduk dengan orang tua, mereka ada kebiasaan yang kita tak boleh nak halang.
Basuh baju malam, tak boleh.
Menyapu malam, tak boleh.
Makan lambat, tak boleh.
Tu belum cerita masak itu tak kena, masak ini tak kena.
Yang ini, anak sendiri boleh mainkan peranan.

Macam mok, kalau aku masak, dia akan tolong kacau-kacau dan tukang rasa lauk.
mok kuat makan garam, jadi aku makan lauk terpisat-pisat.
Actually lauk tu idokle masin sangat, tapi sebab aku dah dibiasakan makan less garam sebab Mak Aji ada darh tinggi dari zaman muda, maka aku terbiasa lauk-pauk tawar.
Masak nasi putih pun mok tak buat.
Kelam-kabut juga aku nak buat semua.
Tapi mikirkan mok dah 83 tahun, aku cubalah ikhlaskan hati.
Sometimes kalau tak sempat sangat aku minta En Wan call mintak mak masakkan nasi dulu.
Balik nanti baru aku masak lauk-pauk.
Alhamdulillah, En Wan mainkan peranan.

Menjaga orang tua ni bagi aku tak terasa bebannya kalau ada consideration dari semua pihak.
Jangan kerana itu mak kita, maka semua benda mak kita buat adalah baik.
Pantang betul kita dengar bila orang mengadu hal mak kita.
Padahal kita pun tahu mak kita macamana, tapi disebabkan yang komplen tu ipar, semua tak boleh terima.

Aku berangin juga bila ada isu-isu macam ni, netizen cakap "Kita semua esok akan tua. Nanti anak-anak kita buat kita macam tu, apa rasa?"
Noooo. Bukan macam tu mindset yang kita kena terapkan.
Seolah-olah biarlah orang tua nak buat apa, kita pasrah.
Dia menyakitkan hati menantu, biar.
Alasan? Sebab dah tua.
No. Kalau terang-terang orang tua salah, tegurlah baik-baik.
Pergi cari ceramah Mufti Menk, dia pun kata tak ada yang salah nasihat mak bapak asal kena gayanya.

Isteri-isteri yang ada masalah dengan mertua, trylah bincang dengan ipar-duai.
Mengadu hal.
Manalah tahu kot ipar-duai boleh bantu nasihatkan maknya.
Tapi kalau ipar duai pun buta perut, kau cakap kat dia "Ambil balik mak kau ni. Jaga!"