2023-06-02

Jangan pegang sijil konvo yang sama 10 tahun tak tambah-tambah.


Masih lagi berkisarkan isu aku tulis semalam -- pasal fresh graduate cari kerja.
Sebab semalam ada sorang followers bagi aku screenshot ini:

Average fresh graduate engineer tahun 2023, bergaji RM2600.
Kawan aku local grad engineer, gaji pertamanya RM1900.
En Wan gaji pertama RM2500.
Ini semua zaman 2001.
Maksudnya, gaji fresh grad sekarang meningkat, tapi tak banyak mana lah.
Maybe overseas grad boleh dapat lebih dari ini.
Dan kalau bekerja di company yang besar, lebih besar lagi gaji.
Kalau ada bahasa ketiga, laaaaaaagi tinggi kau boleh demand.

Maksudnya, kita boleh demand gaji lebih sekiranya kita ada skill-skill tambahan.
Kalau average gaji fresh grad adalah sekitar RM2600, besar harapan kau mintak mana-mana pun, gitulah juga gajinya.
Tak lari banyak.
Tapi kos hidup sekarang dah tinggi.
Ramai fresh grad engineers yang dissapointed tangga gaji engineer rendah sedangkan kerjaya mereka professional.

Aku tanya En Wan, dia cakap -- kerja.
Ambik offer tu.
Kalau tak dapat offer kerja, lain cerita.
Ini kau dah dapat post engineer. Grab the offer.
5 tahun belajar teori engineering, this is the time kau praktikkan teori yang kau belajar di tempat kerja.
Apply, tengok skill kau boleh pergi tahap mana.
Because selagi kita tak apply, kita always ingat apa yang kita dah ada ni cukup.
Sebab tu kita tend to demand gaji.
En Wan kata, kerja dulu.

Dia cakap, dulu pun dia tak puas hati dengan gaji yang dia dapat.
Belajar 7 tahun (2 tahun persediaan + 3 tahun diploma + 2 tahun Bachelor), hanya RM2500.
Tak jauh beza dengan local grad katanya.
Kawan se-grad Jepun ada yang dapat RM2800 waktu tu.
Tapi takpe, dia ambil je offer tu.
Sebab yang pertama, dia nak apply bahasa Jepun.
Buat apa belajar kat Jepun kalau tak guna kelebihan boleh berbahasa Jepun katanya.
Yang kedua, dia nak post engineer. Taknak post lain.

En Wan kata, fresh grad mungkin hanya nampak gaji.
Dorang belum nampak kat tempat kerja tu nanti banyak yang dia boleh dapat, umpamanya training.
En Wan punya certificate training gila banyakkkk.
Segala ISO, Six Sigma, Chemical Safety course, Leadership course, dan segala tok nenek training yang lain.
Inilah yang fresh grad tak nampak.
Training ni lah yang kau kena kejar so that lagi 5 tahun jump ke company lain, gaji kau meroket perginya.
En Wan adalah living proof!
Kilang dia banyak hantar training locally and abroad.
Siapa follow blog aku dulu mesti ingat En Wan kerap ke Jepun untuk training.
Aku selalu kena tinggal. Tengah mengandung Rayyan pun kena tinggal.

Training ini semualah yang upgrade skill and ilmu.
Barulah sedap nak demand bila jump company lain.
Pengalaman ada. Skill ada. Ilmu ada.
Like I said semalam, cari pengalaman dulu.
Memang RM2600 tu berat, lebih-lebih lagi duduk city centre.
Tapi kalau kau tak ambil the offer, yakin ke boleh dapat lebih dari tu di tempat lain?
Sedangkan average gaji fresh grad engineer adalah banyak tu saja.
Pegi mana-mana pun, besar harapan itu juga kau dapat.
Jadi, ambiklah dulu offer tu.
Cari pengalaman.
At least sementara nak kumpul pengalaman, kau boleh guna duit tu untuk sara hidup dan upgrade skill.
Kalau kilang nak hantar training, jangan mengelak. Pergi.
Kalau nak harapkan kita keluar duit sendiri pi training, lambertttt lah.
Sementara kerja tu, ofis offer gi training, pergi!

Masa aku makan gaji dulu pun, aku join je mana-mana training yang company nak hantar.
Walaupun sebenarnya malas.
Sebab balik dari training kena buat report and kena train budak-budak ofis pulak.
Tapi sebab nakkan pengalaman, aku pergi.
En Wan banyak pengaruhi aku untuk kejar for training sebab dia dulu gila mengumpul sijil training.
Kalau takde peluang-peluang pergi training macam ni, kau rasa kau boleh jadi outstanding di tempat kerja?
Tak, ya. Tak.
Dengan peluang-peluang beginilah kau menyerlah, dalam masa yang sama boleh build keyakinan diri.
Bila kau dah biasa bercakap depan orang, your next interview will be mou man tai (冇問題).

Sebagai seorang gradute, apa yang aku boleh cadangkan, sambil-sambil kerja tu upgradelah diri.
Continuously learning.
Ambil advance degrees.
Ambil professional certificates.
Acquire speacialized certifications.
Jangan pegang sijil konvo yang sama 10 tahun tak tambah-tambah.
Acik dah 46 tahun ni pun masih lagi cari short courses and professional certificates untuk tambah ilmu dan upgrade skill.
Ni pun acik menyambil-nyambil tulis blog nak cari motivasi menyiapkan assigment tak habis lagi.

Maksud quote di atas adalah, bukan cari kerja lebih atau kerja macam nak mati.
Tetapi upgrade diri yang lebih.
Bila diri ada personal development, insyallah kerjaya dan income akan grow.
Akan ada peluang yang baik sampai.
Yakin. Percaya.