2014-08-28

Makan + Fesyen


Jaga-jaga...ini update yang boring.
Kalau taknak baca pun boleh. Sebab kepala aku tengah serabut ngan benda-benda lain nak disettlekan. Tapi takpe, kita take five dulu update blog.

Sebelum tu nak bagitau yang tudung Fareeda dua-dua dah sold out.
Jangan email lagi ya.
Sorry tak bagitau awal-awal sebab aku pun dah 2 hari tak update blog.

Lagi satu nak bagitau powerbank dah habis (Promo Ephyra)
Hadiah yang akan replace powerbank buat masa ni, aku dah inform kat setiap form yang masuk ke email. New hadiah dah on its way. Tapi yang ni with new promo. Nak tau promo apa, kena follow blog ni ya. Sampai masa aku bagitau.

Aku ada pi Steamboat Buffet @ PICC baru-baru ni. Aku bukanlah pemakan steamboat sangat tapi En Wan pernah cakap dia teringin nak bawak mak dia pi makan steamboat satu hari nanti. Tapi laki aku tu punya 'satu hari', dah cecah setahun dah pun. Sampai ke sudah tak nampak dia punya 'satu hari' tu.
So bila aku nampak je iklan PICC ni terus call, buat booking. Kalau bab-bab macam ni takyah tunggu En Wan. Nak tunggu dia punya free time tu mau sampai 2 tahun mak mertua aku tak jumpa steamboat.

Dah book, aku call En Wan "Balik rumah terus, jangan pi mana-mana. Di dah buat booking makan steamboat malam ni"


Agaknya sebab weekdays, tak ramai orang pun, ada la kot dalam 10 meja je penuh. 
Tapi makanan dia punya lah banyakkkkkkkk.
Sayur je ada la kot dalam 20 jenis.
Sorry la aku nak pi tempat sayur. Mula-mula sekali aku round dulu untuk check apa benda yang paling mahal sekali. Agak-agak dah tau apa yang nak diambik, baru start kutip satu-satu.








Aku lansung tak ambik gamba area sayur-sayur.
Padahal banyak lagi selection dia cuma macam aku penah cakap dulu, aku dah takde mood nak ambik gamba now. Nak-nak lagi kalau bawak panglima aku. Mana nak pegang kamera, mana nak pegang dia lagi. Tak pasal je henfon aku menjunam dalam kuah steamboat.

Puas gila aku makan udang.
Oh yes, udang pun ada 3 jenis. Of cos la aku ambik udang rimau. Sape suruh kau tayang udang rimau kan. Tak pandang udang kertas dah. Eksyen gila aku.
Sotong pun ada 3 jenis. Redza membelasah calamari sampai menjeling-jeling waiter tu kejap-kejap bibik bangun ambik calamari. Meja lain aku tengok takde pun macam beria makan. Meja aku kejap-kejap water datang angkut pinggan. Sampai 3 kali tambah kuah. Siap ganti gas bagai. Mesti waiter tu confuse yang makan ni orang ke orang utan?

Tiram dia ada yang sampai separuh tapak tangan aku, boleh?
Mula-mula aku rasa cam pelik la pulak makan tiram besar-besar gini buat steambot, kalau tiram bakar tu orait la jugak. Eh rupanya sedap kau. Cuma takde sos cili Thai. Kalau ada mesti lagi best. Lagi lama la aku kat dalam tu tak keluar-keluar.

Selain dari tu dia served pasta, kek, bubur, buah, ABC and putu piring.
Aku dah jumpa tiram ngan udang memang tak pandang la kuih-kuih ni. Tapi ABC ambik jugak.


Kuah tomyam je yang sedap. Kuah lagi sebelah tu harammm.




Only udang allowed dalam mangkuk aku :)


ABC dia ni sedap jugak cuma tak dapat bubuh kacang and rencah-rencah tu sendiri. 
Jadi tak dapat la aku tabur badam and choc chip sebanyak-banyak ada. Kalau tuang sendiri mesti lagi sedap. Bila badam and choc chip semua aku dah habis makan, terus tinggalkan je belen ABC. Ada separuh tak bersentuh sebab dah takde rencah. Sikit nau dia letak.


Macam mengandung 6 bulan aku kan?
Maklumlah nak buffet katanya, mana leh pakai baju ketat kang tetas benang baju.





Aku banyak dapat email and mesej kat FB tanya pasal perangai Rayyan yang suka main telekung and tudung aku. Mula-mula dulu aku risau gak tapi lately ni dia dah menunjukkan yang dia bukan hanya sukakan tudung tapi sebarang baju pun. Be it kain pelikat, spender En Wan, coli aku, kain dalam nenek dia, semua dia sauk. Janji dia boleh bereksperimentasi. Lama-lama aku naik seronok pulak tengok sebab macam nak tengok apa kreativiti dia next next next.

Cousin aku pelik macama budak umur 4 tahun boleh ada idea nak pelbagaikan tudung and baju-baju.
Memang la apa yang dia pelbagaikan tu semua tak semenggah but lama-lama aku tengok macam dia ada something to show. Perasan dia apa yang dia sarung tu dah cantik nau. Actually dari awal lagi dia pakai telekung and tudung-tudung aku, everytime dia sarung dia akan datang depan aku and tanya "Mama, adik tantik (cantik) tak?"

Aku selalu jawab "Tak cantik lah. Eiiiii...tak cantiknyaaaaaaa"

Dengan harapan dia akan kecewa and taknak main dah baju-baju aku.
Eh rupanya makin galak pulak.
Dia macam nak buat again and again sampai aku cakap "Cantik!". Konsep tak mudah mengalah gitu.

Semalam dia buat konsep 'mix n match'
Satu tudung merah, pelbagai gaya kekdahnya.


Gaya 1 : Konsep makcik-makcik rewang kt dapur.
Tudung merah jadi kain/skirt.
Kalau ada makcik-makcik yang nak tiru gaya ni mohon kerjasama sarung baju dulu ya.
Kang sambil kupas bawang sambil terbuai-buai pulak betik masak layu. Terkupas pulak betik tu nanti.



Gaya 2 : Konsep Pak Syeikh
Tudung merah jadi ala-ala serban Pak Syeikh. 
Ni Azwan Ali kena pakai macam ni next time.



Gaya 3 : Konsep muslimah lentok
Color block. Tudung merah baju oren.


Kalau betul dia minat dengan fesyen ok takpe. Kita usahakan dia ada kemahiran menjahit satu hari nanti. Biar ada kemahiran, boleh carik duit sendiri. Tapi bior jadi fesyen designer ya dik, jangan jadi Juwie lak. Mak tak rela.

Minggu ni 2 kali aku lunch kat Little White Cafe.
Ni semua gara-gara 2 minggu lepas aku makan baked macaroni with cheese dia yang super-duper sedap tu.Monday LWC memang close. Aku datang Selasa dengan semangat nak makan macaroni. Siap plan nak tapau semangkuk lagi buat makan kat rumah pulak. Sekali takde :(
Disebabkan Monday dorang cuti, jadi semua caserole akan start dimasak on Tuesday.
So on Tuesday tu caserole memang takkan ada. Infact, kebanyakkan dessert pun takde. Sebab Tuesday la dorang akan start masak. Tapi kalau nak makan benda lain ada je.


Hari tu aku ambik puding roti sebagai appetizer.
Yes, bukan sebagai dessert. Tapi sebagai pembuka selera.
Jangan tanya la sedap ke tak. Of cos la sedap.


Ni member aku punya appetizer - mushroom soup


Disebabkan kecewa baked macaroni with cheese takde, maka aku pilih spageti meatball.


Kawan aku punya.
Ni menu baru kat LWC - Crispy Chicken Chop

And today, aku gi Bangi lagi sebab nak celebrate besday Mak Aji semalam :

Again, aku punya 'appetizer' - Creme Brulee


Disebabkan dalam kepala aku nak order Ayam Penyet jap lagi, jadi aku cuma order light-light je.
Pai Pengembala (Sheperd's Pie).
Dah ada dalam LWC tengah tengok menu pun kepala masih lagi terpikir nak makan Ayam Penyet. Kau boleh celen tekak aku?


Pak Aji punya - RibEye Steak
Sebenarnya menu ni hanya untuk dinner.
Tapi sebab Aunty Faizah tu dah memang baik sangat ngan Pak Aji and Mak Aji, ex-jiran la katakan, so today exceptional. Menu dinner tarik bawak ke lunch.
"Takpe Tuan Haji, saya masakkan sendiri RibEye ni untuk Tuan Haji"
Gituuuu spesel tak speselnya Pak Aji.


Mak Aji punya - Fish N Chip

Korang kalau nak pi LWC, ingat!
Monday close.Tuesday baru nak start masak. 
Seeloknya start datang Wednesday untuk mendapatkan kenikmatan sebenar sebab hari tu kebanyakkan makanan semua dah ada. Macam today, baked macaroni with cheese tu sebenarnya ada tapi masa aku sampai tu baruuuu je abis.


2014-08-26

Keganasan rumahtangga. Jangan pukul isteri anda. Jadilah lelaki yang bertelur.



Kes ni dah lama rasanya.
Tapi aku tak follow. Apa kes skarang? Ke dah settle?

Aku geli gila dengan lelaki yang belasah pompuan. Macam bapok. Kalau muka laki tu dah memang macam penyangak lain cerita sebab sah-sah takde gaya-gaya boleh dipercayai. Tapi yang jenis muka innocent ni yang aku takleh terima. Muka cam baik, hakikatnya jin aprit.
Lagi satu set-set yang romantik tak masuk akal.  Ni pun kadang-kadang was-was je aku nak percaya.

Aku ada pengalaman bercouple ngan laki jenis ni dulu. Nak kata hensem tu idok la hensem mana. Tapi manis tu ada. Oh sweet tongue jangan cakap la. Boleh kencing manis kau nanti. Kalau masuk bab romantik tu memang romantik sangat-sangatnya lah. Jenis yang sehari sampai lima kali surprise dia bagi. Sampai aku pelik. Kau ni takde kelas ke yang kejap-kejap terpacul depan aku ni?? Kalau seminggu sekali tu ye la namanya surprise. Dah kalau 5 kali sehari ni dah scary namanya. Like jadah apa orang bagi surprise hari-hari?

Dia punya baik tu pulak sampaikan takkan ada orang percaya yang dia kuat membelasah pompuan. Sampai satu tahap tu aku rasa mengadu perihal dia adelah tindakan yang sia-sia sebab mati hidup balik orang takkan percaya cakap aku. Aku rasa orang jenis ni memang dah plan step by step strategy. Like ok, mula-mula aku kena buat baik dengan semorang dulu...
...pastu aku kena banyak libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan...
...mesti rajin ke library...
...time dinner kat hall pakai baju Melayu barulah nampak macam baru lepas balik surau..
...bla bla bla bla bla haktuiiihhhh.

Bila dia dah susun strategi and build trust di kalangan kawan-kawan, no way la orang nak percaya yang dia ni kaki belasah awek. Silap-silap orang tuduh awek yang buat hal. Maka akan kedengaranlah statement-statement seperti "Ntah-ntah awek dia yang gatal menggedik ngan lelaki lain. Sape tak marah. Kalau aku pun marah!"

Ingat tak dulu kes lelaki pegawai veterinar yang tumbuk bini dalam lif tu? Tu pun set-set muka baik gak tu. Sape nak sangka muka suci murni boleh terajang bini?
Mungkin some akan cakap ni masalah rumahtangga, biar dorang laki bini selesaikan.
Memang sebaiknya macam tu la. Tapi kalau dah sampai lebam-lebam kau kejekan bini kau, takkan nak expect the wife pakat taat membabi-buta sampai ke mati kotttt.

Yang aku perasan selalunya dalam kes macam ni, pihak perempuan ambik jalan untuk memendam rasa. Masyarakat selalu tanya "Apesal baru skarang nak ambik tindakan?" "Kenapa dah 3-4 tahun kena pukul baru nak report polis?"
Kes-kes macam ni sebenarnya kau kena rasa sendiri baru kau boleh faham kenapa perempuan selalunya ambik tindakan untuk pendam je.

Macam aku dulu, aku pendam nak kat 2 tahun gak walaupun dah macam-macam aku "dapat".
Jurus pelempang dua arah.
Libasan penumbuk mahawangsa.
Hentakan kepala berlipat ke dinding.
Hah, cakap je apa yang aku tak "dapat".
Somersault berputar je belum.
Tu kalau dapat mau jadi ketupat aku.

Aku pendam bukan sebab sayang.
Tapi lebih kepada nak beri peluang dia berubah. Dalam hati aku, aku always rasa yang one day dia akan berubah. Jadi aku pilih untuk diam and pendam. Tak bagitau sesape walaupun aku kena hempok berkali-kali.
Bila kita terlalu rapat, eventhough perasaan sayang tu dah bertukar ke suam-suam kuku, tapi perasaan kesian tu ada. Tak sampai hati pulak nak canang kat kawan-kawan yang pakwe aku ni mental. Lagipun aku takut kena bahan.
Dulu orang tak kasik couple ngan dia kau menggeletis nak sangat macamkan nak kawen besok je gatalnya.
Bila dah terkena rasa segan nak mengadu kat member.
Lagipun sape nak percaya? Semorang nampak dia ni lelaki yang baik. Macam mustahil sangat dia ni nak pukul aku sebab kitorang macam tak pernah berenggang. Macam the best couple la konon.
Gi breakfast sama, gi lunch sama, gi dinner sama, outing pun sama.
Siang dah jumpa berjam-jam pun, kul 11 malam tetap jumpa lagi. Makan burger sama-sama bawah lampu jalan. Supper pun nak sama-sama katanya. Berkepit siang malam.
Mau tak berkepit?
Sebab dia takde duit nak makan, aku yang bayor semua. Apa tak berkepitnya.

Bila dah siang malam bertenggek berdua, sape nak percaya dia kaki pukul? Hantu pun tak percaya.
Bayangkan betapa successnya dia build trust di kalangan kawan-kawan, sampaikan mak bapak aku sendiri lebih percayakan dia dari aku. Macamana la orang tua nak percaya cakap aku. Hamba Allah tu siap penah imamkan kitorang sefamili solat tu. Phewwwww!

Kalau nak cerita pasal stok-stok lelaki muka innocent kaki pukul ni, walaupun aku cuma berpengalaman dengan sorang lelaki tapi dah cukup bagi aku pengajaran. Bukan aku je, dengan makpak aku sekali dapat pengajaranya.
Dalam kes Yasmin ni aku rasa aku boleh agak kenapa dia pendam.
Alangkan aku ngan exbf yang takde ikatan sah pun aku tak sampai hati nak report, inikan dia yang dah ada anak bersama.
Dulu, aku tak report sebab mengenangkan dia ada makbapak yang mengharapkan dia bawak balik ijazah. Kalau aku report, memang kena buang Uni punya budak ni. Konfem.
Pastu aku memikirkan yang kitorang ni sama-sama dari Semenanjung datang blaja ke Sarawak. Blaja jauh-jauh takkan nak pulang sia-sia. That's why aku pilih untuk diam.
Tapi biasalahkan, makin kita diam makin menjadi-jadi pulak terencat otaknya. Lama-lama tak tahan jugak. Bila kawan-kawan support barulah aku nekad bertindak.

Itu baru aku yang takat bercouple.
Kalau yang dah hidup bersama bertahun-tahun, bukan semudah yang disangka untuk mangsa buat keputusan. Banyak benda nak kena pikir.
Nak pikir masa depan anak, nak jaga airmuka keluarga mertua, ipar duai, nak jaga mulut jiran and masyarakat....
Sebenarnya lebih susah memilih untuk berpisah dari hidup bersama. Sebab dah satu keje pulak nak normalize-kan semula hidup kita after bertahun live together.
Kalau kita sorang takpe. Angkat beg, jalan.
Tapi kalau dah melibatkan anak especially, hati tu akan sentiasa suruh kita "tunggulah.. tunggulah sikit hari lagi... esok-esok oklah dia".

One thing yang mungkin orang lelaki tak nampak, bila dah berkawen, kasih-sayang isteri tu sebenarnya dah lebih kepada anak.
Jadi kalau ada lelaki yang hidupnya asik sepak terajang bini tapi menganggap yang isteri takkan berbuat apa-apa sebab isteri takkan boleh hidup tanpa dia (suami), kau silap. Silap besar.
Isteri bertahan dengan maki-hamun and sepak-terajang kau bukan sebab dia takleh hidup tanpa suami, apetah lagi sayang dan cinta. Kau dah lenjan dia sampai lebam jangan expect dia masih cinta.
Isteri bertahan sebab memikirkan anak-anak.
Kalau takde anak, ingat isteri nak stay ke tadah badan untuk kau hempok dia hari-hari? Jangan harap! Awal-awal lagi dia dah berambus tinggalkan kau.

Yang tak pernah ada pengalaman kena pukul ngan suami/bf memang takkan percaya benda-benda macam ni wujud.
Memang nampak macam drama.
Dah tu kalau tak wujud ko ingat mana datang idea dorang buat filem keganasan rumahtangga?
Sebab kes macam ni wujudlah maka jadi filem.

Aku pun tak sure apa masalah dalaman lelaki-lelaki bermuka innocent yang kaki pukul pompuan ni. Nak kata kurang kasih-sayang, kau dah pun ada awek/wife untuk berkongsi kasih, tapi perangai masih lagi macam musibat.
Nak kata kurang perhatian, rasa aku, orang-orang yang saiko ni la yang paling terer bab mencarik perhatian dan senang dapat kepercayaan tapi masih lagi pe'el kelaku macam nakharom.
Kalau muka tu macam mama kotai lain cerita. Memang susah dapat perhatian. Tapi kebanyakan yang saiko ni muka ok, smart pun smart, tapi entahlah. Wire mana yang short pun aku tak tau. Kecik-kecik dulu tertelan batu lesung kot.


Klik here : Promo Ephyra RM180 + powerbank

2014-08-25

Cerita pasal tudung je ni


Ok, aku rasa lebih convinient kalau aku tepek je terus gamba aku pakai tudung Fareeda yang kedua kat sini. Jadi aku tak perlu email sorang-sorang. Boleh ya?
Yang tanya pasal tudung Fareeda kaler biru-hijau semalam, dah sold out.
Ramai gila peminat Fareeda!!
Tak sangka ramai peminat Fareeda baca blog aku. Kah Kah Kah matila perasan.

Ok ok, ni kat bawah ni another tudung Fareeda yang aku nak let go. Memang ada 2 helai je pun.
Kesian aku, tak sesuai pakai tudung Fareeda. Tapi nanti aku nak check jugak if aku sesuai pakai Fareeda Noura and Nour Sara. Sebab tudung tu ala-ala shawl sikit.



Sesape berminat dengan tudung Fareeda yang ni, sila email aku at aveo757[at]yahoo[dot]com
Again, this tudung beli dari Butik Fareeda Ekslusif.

Oh btw, cuba tengok mata aku.
Perasan tak sebelah pakai maskara sebelah lagi tak? Padahal aku keluar pi jumpa customer lepas ambik gamba pakai tudung ni (of cos aku tukar tudung lepas tu, don't worry. This tudung still smell fresh). Aku keluar pakai maskara sebelah je semata-mata nak balancekan mata aku. Mata belah kanan sebelum ni kan ada ketumbit, tapi ketumbit bawah tu macam dah surut, tetiba dia naik pulak kat atas. Jadi nak balancekan, aku pakai sebelah je la biar nampak sama besar ngan mata sebelah. Takde orang tegur pun tadi so aku rasa takde orang perasan la kot penyamaran aku ni kan? Ngahahaha.



Ni lah dia tudung yang paling hebat antara semua tudung.

Konsepnya murah dan pin-less. Sekali pandang macam Bokitta shawl kan? Eh.
Sumpah ni bukan aku yang pakaikan. Memang dia yang pakai sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dalam bakul baju kotor.
Yang warna biru tu jersi bapak dia, pastu yang kaler hitam baju abang dia.
Aku tak tau la mana datang idea budak ni. Dia punya idea berfesyen tu macam mencurah-curah sangat sampai kalau boleh aku nak menjerit "Eh kau boleh benti kejap takkkkkkkkkk????"

Aku time kecik dulu pun ada gak penyakit suka "mix and match" baju-baju Mak Aji tapi takde la sampai tahap dewa punya mix and match macam ni.



Tapi takleh celen yang ni la.
Aku ada update kat FB aku gamba dia pakai "kain pelikat" ni.
Padahal yang dia pakai tu bukan kain, tapi tudung Ariani aku. Tudung awning okeh! Kau tak hangin tengok?? Gila sardin muka dia geledah laci aku ambik keluar tudung and sarung jadikan kain pelikat. Elok je la pulak muat-muat bontot. Dan macam mermaid skirt sekali pandang. Now tudung aku semua aku pindah ke cabinet atas. Dah satu keje pulak laci aku semua kosong. Letak bra dalam laci, dia main bra. Letak spender dalam laci, dia main spender. Ni letak tudung pun dia main tudung. Aku takleh letak apa dah dalam laci. Aku belikan mainan tak pernah main. Coli aku yang dimainnya.

Ok ni lagi satu pasal tudung aku nak bagitau.
Aku pegi Ariani Bangi Khamis lepas. Plannya nak beli tduung awning hitam. Tapi biasa la kan, Ariani kan puaka sikit. Kalau masuk situ konfem berhelai-helai kau bawak keluar walaupun hakikatnya kau nak beli selai je. Dia punya tarikan tu gila ahh.

Seperti yang aku jangka, time aku masuk tu takde sorang pun customer dalam kedai.
Ok ni bahaya namanya. Aku dah beberapa kali terkena macam ni.
Nak datang time sale, sesak sangat. Lagipun nanti tudung banyak habis. Jadi, datang time tak sale.
Tapi bila datang time tak sale sebenarnya ada bahaya besar menanti kau.
Disebabkan takde customer, jadi kau akan 'diattack' oleh 3-4 orang sales sekaligus.
Yang layan kau memang sorang je, tapi yang 'tukang hasut' tu gila ramai. Hari yang aku pegi tu, kakak yang kat kaunter pun boleh ikut aku ke fitting room nak hasut punya pasal.

Last-last, terbabas jugak beli shawl sampai 9 helai.
Tapi tak rugi kot sebab memang aku pakai pun shawl. And shawl yang aku beli tu aku dah penah kumpul corak-corak lain.


*pic digugel*

Tudung jenis ni, yang ada 2 tone kaler and tengah-tengah printed.
Tudung ni harga asal RM224. Mula-mula launch dulu RM270.
Tapi, Khamis lepas laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi murah.
3 helai cuma RM450.
Aku tanya dia ada sale ke. Dia kata tak, cuma inisiatif manager cawangan  nak buat pakej offer. 
So dorang telah mem-pakej-kan 3 helai dengan harga RM450 only.
Maknanya, harga sehelai cuma RM150. Kalau ikut harga asal RM224.

Harga RM150/helai tu sebenarnya adelah harga pemegang kad platinum. Tapi sebab dorang buat pakej deal, jadi penggunaan kad dah tak valid.
Kalau korang takde kad sekalipun, korang still boleh beli dengan harga RM150/pc ni dengan syarat kena beli 3 helai sekaligus. Shawl ni 100% silk. 



Ni namanya pose Menara Pisa. Sebab condong ke tepi.
Pagi tadi punya pose sebelum keluar pi keje dengan tangan sebelah ke atas sebab tengah genggam kacang buat kunyah-kunyah dalam keta. Ni salah satu kaler shawl yang aku rembat kat Ariani last week. Aku menyeru korang tolonggggggggggg la serang Ariani. Sauk sekali yang ada sebab kalau nak tunggu sale, licinnnnnnn. Terkebil-kebil mata kau nanti tengok orang jinjit beg Ariani. 

Kalau beli now memang mahal, lebih baik tunggu sale.
Tapi shawl yang aku beli ni tengah ada pakej, sale ke tak sale ke harga dia sama je. Tinggal lagi tengah tak sale orang tak ramai. So, pergilah.


2014-08-24

Ephyra : Untuk darah tinggi



Punyalah lama aku announce gift powerbank, rupanya baru sedar yang form tu aku tak tukar.
Patut la ada orang email aku kenapa dorang dapat powerbank?
Aku ni dah la bangsa confuse manjang, bila orang dok email aku tanya kenapa dapat powerbank aku makin confuse. Rasa macam dah announce kat blog hadiah baru. Bila check balik form, la haii aku tak tukar form rupanya. Masih lagi form lama (hadiah mug). Ok ni kat bawah aku dah tukar form :



Name:
Email Address:
I would like to purchase Ephyra for Malaysia 1 box (30 sachets) +powerbank 2600mah + RM180
Ohsem Deal for Peninsular 3 box (90 sachets) +shaker + powerbank 2600mah, RM500
Ohsem Deal for Sabah/Sarawak 3 box (90 sachets) + shaker + powerbank 2600mah, RM530
Quantity
My address
Contact Number
Remarks

Thank you pada yang hantar testimoni.
Actually contest testimoni Ephyra aku dah close.
Tapi takpe, sesiapa yang bagi GOOD TESTIMONI WITH GAMBAR, aku akan continue bagi FREE sekotak Ephyra 30 sachet. Aku perlukan gamba sebab aku nak share testimoni ni to all. Jadi sama-sama bagi kerjasama untuk provide testimoni yang bagus ya. Let's spread the good words about Ephyra. Kalau ada sesape yang nak tanya apa-apa berkenaan Ephyra, yes, boleh email aku. Boleh emailkan testimoni dan soalan pada health[at]xzizbiotech[dot]com



Yes, boleh.
Yang ada darah tinggi boleh ambik Ephyra. Mak Aji pun darah tinggi, and dia ambik Ephyra. Alhamdulillah takde masalah.
Tapi jangan ada pulak yang salah anggap. Bukan bermaksud bila ambik Ephyra penyakit darah tinggi tu boleh hilang. Bukan macam tu. Collagen ni dia bantu memperbaiki blood vessel, secara tak lansung dia boleh bertindakbalas baik dengan pesakit darah tinggi/rendah.

Bila kita mencecah umur 25 tahun, production collagen dan menjadi perlahan. Kekurangan collagen ni akan contribute kepada kulit kedut, rambut gugur, high blood pressure, athtritis, sagging skin, ...... and many more. Secara ringkasnya, aku buatkan chart ni :



Senang faham kot kalau baca chart ni.
Jadi, jangan takut kalau korang ada darah tinggi. Boleh teruskan ambik Ephyra.
Kalau pregnant, sebenarnya reason untuk aku nasihkatkan tanya gynae dulu tu bukan sebab Ephyra ni bahaya. Ephyra tak bahaya, cuma biasa la kan orang mengandung ni hormon tak tentu. Jadi better tanya gynae dulu. Tapi 5mths and above, dah boleh ambik. Time berpantang pun boleh.

Kat bawah ni testimoni-testimoni yang dihantar lama dah tapi diperam sebab aku kena baca satu-satu testimoni sebelum release kat blog.


Testimoni 1



Mata berair and jerawat kecik-kecik tu common issue untuk sesetengah orang yang ambik Ephyra.
Slowly jerawat kecik tu akan hilang depending on how fast badan lalui proses detox.
Tang mengantuk tu pun salah satu kesan lepas ambik Ephyra, tapi tak semua alaminya. Macam aku sefamili, lansung tak alami. Si Rayyan tu makin telan Ephyra makin berpencak sampaikan aku kalau nak minum Ephyra malam-malam kena menyorok. Kalau dia nampak konfem dia nak pastu mata jadi macam torchlite sampai 4 pagi tak tido-tido siap bersilat atas katil.

Aku penah mentioned dalam entry dulu yang kesan mengantuk tu sebab pembebasan neurotransmitters. Ada setengah badan tak boleh tolerate dengan kesan sudden release ni, jadi kepala akan rasa pening, mengantuk and loya. But slowly, akan dapat beradaptasi. Jangan risau. Jika perlu, kurangkan dos. Kalau biasa kita ambik terus sepaket sekali minum, try ubah kepada sepaket ambik 2 kali minum (siang and malam).

Tentang persoalan if Ephyra ada perubahan dalam ingredient, jawapannya tak.
Kesan 'mata dah tak berair' tu bukan disebabkan kandungan Ephyra berubah. Tapi disebabkan badan dah mula beradaptasi. Insyallah, lama-lama terus hilang berair tu.


Testimoni 2



Ada sesape nak kawen?



Punyalah lama readers mintak aku letak button FOLLOWERS kat blog, aku tak letak.
Sebabnya, aku tak tau camne nak letak. Aku ni bukan reti sangat nak tinker-tinker blog.
Tapi semalam ada followers FB ajar step by step camne nak masukkan code yang dia bagi tu. 
Jadi sesape rasa nak dapat update new entry, klik la button "Follow this blog".
Kalau rasa taknak follow pun boleh, tapi kau refresh je la blog ni hari-hari. Kadang-kadang kalau sampai time gila aku publish sampai 3 entry sekaligus.
Pandai-pandai la scroll ke bawah ya.



Aku cuba pakai tudung Fareeda yang aku beli 2 minggu lepas.
Tudung Fareeda ni ok sebenarnya, especially kat awning. Awning memang cantik.
Lagipun aku memang dari awal bertudung lagi suka pakai tudung awning dari serkup tapi aku tak jumpa tudung awning yang cantik dan labuh takat leher. Tudung awning Ariani paling singkat pun masih sampai dada. Jadi bila pakai dengan shawl tu, aku kena masukkan tudung awning tu ke dalam baju. Agak rimas sikit. Cuma yang bagusnya, kau boleh pakai shawl yang jarang tanpa rasa was-was sebab leher kau bercover dek kelabuhan tudung awning tadi.

Tudung Fareeda ni tak jarang sebab dia dah berlapis-lapis, so jangan risau nampak leher ke apa ke. Takkan nampak punya. Cuma aku yang rasa tak sesuai bila pakai. Rasa selesa lagi pakai shawl. Cuma bila pakai tudung Fareeda ni nampak obvious dagu aku senget. Hahahh.

Yang tak bestnya pakai tudung awning ni, bila pakai sunglass awning jadi penyek sikit. Tapi tak tau la kalau orang lain pakai ok. Kalau aku pakai mesti awning jadi herot-berot.



Tapi bila dah try betul-betul, hmmm...rasanya tak sesuai kot tudung Fareeda ni dengan aku.
Tang awning dah selesa dah. Tang dada tak berkenan. Maybe sebab dia berlapis-lapis, jadi aku rasa rimas. Lagipun aku tak reti nak melilit kain lebihan kat belakang tu. Aku ni bukannya pandai bergaya pun. Nak styling tudung pun tak reti. Main sauk and lilit je pandaila.

Jadi, kepada sesape yang berminat dengan tudung Fareeda ni, boleh la beli kat aku kalau nak.
Tu aku tunjuk takat mana labuh dia. Memang cover dada punya. Tudung Fareeda ni aku belum bawak berjalan keluar rumah lagi. Still gila-gila punya baru.



Khamis lepas lepas settle appointment kat opis, aku teman Mak Aji gi settlekan hal-hal kawen Ibal.
Adik aku tu bukan nak kisah sangat pun pasal kenduri dia.
Aku tanya ko nak pelamin jenis apa? - apa-apa lah.
Kaler apa? - sebarang lah.
Tema moden ke tradisional? - sukati ko lah.
Kaler baju nak kaler apa? - kau pilihlah.

Kang aku bagi kau pakai kot kaler pink baru datang akai.
Macam aku pulak yang nak kawenkan anak, semuanya aku yang decide untuk dia.
Last-last aku ngan amk aku yang syok sendiri pilih semua benda macamkan kitorang pulak yang nak kawen. Kau suka ke, tak suka ke, hadap je la ya. Aku dah pilih ikut selera tekak aku ni.



Tapi sebelum tu aku ajak Mak Aji lepak Little White Cafe.
Sebetulnya nak melepaskan kempunan sebab tak dapat order lasagna dia time open house hari tu.
Aku plan nak oredr lasagna and puding roti from Little White Cafe, tapi LWC takde khidmat delivery. Kebetulan Pak Aji and Ibal kena bertugas sebagai penyambut tetamu ada orang kawen kat kawasan Bangi, so dorang datang open house bila keje dorang dah settle. Takde sape boleh tolong collect dari LWC hantar ke rumah. Jadi tak dapat aku jamu korang makan lasagna and puding roti LWC.

Reasonable price dia sebab lasagna dia memang sedap.
Aku mintak hari tu portion untuk makan 40 orang.
For lasagna dia quote RM1160 and puding roti RM220.
Tapi aku bajet lasagna tu boleh makan untuk 50 orang. Sebab lasagna ni muak sikit. Jadi orang takkan makan banyak-banyak macam makan nasik.

So Khamis lepas datang semata-mata nak makan lasagna, tetapi terpandangkan baked macaroni and cheese.


Hoih, gila sedap ni!!!! Tak tipu.
Pegi la LWC and mintak makanan ni, konfem licin korang sebat sorang-sorang.
Aku pelawa Mak Aji sekali je, pastu tak pelawa dah sebab sedap sangat.



Ni pun aku punya gak.
Walaupun ni kategori appetizer, tapi aku makan last.
Sebab selalunya kalau makan mushroom soup dulu, ujung-ujung makanan utama tak abis sebab mushroom soup ni dah potong selera. Kenyang awal.

Cuma aku tak suka roti kering yang dia rendam dalam soup ni.
Mak Aji kata kenapa tak makan roti kering tu.
Eh sorry la aku nak makan. Aku mana boleh makan roti lembap. Sebab tu burger aku memang takkan letak sos sebab aku tak suka roti lembap benyek dengan sos. Lagi satu aku tak suka tengok orang rendam biskut dalam teh o atau milo. Geli bodow. Aku boleh muntah, series aku tak tipu. Memang aku pernah termuntah sekali depan-depan orang yang tengah makan tu. Jangan salah anggap tau. Bukan aku geli dengan cara pemakanan tu, tapi aku memang tak boleh tengok roti atau biskut basah/lembap. Aku loya. Aku warning, jangan sesape test aku. Tapi kalau nak test, meh duduk dekat sikit biar aku muntah atas kau.



Lepas makan baru pegi butik Sanggul.
Sanggul ni area Econsave kat Reko Sentral.
Owner dia - Puan Zawiah.
Dia ni memang wedding planner, dah banyak majlis dia handle. Masa discussion hari tu pun banyak sangat tips dia bagi. Sebab kitorang tak ambik full pakej sebab Dewan UPM Banquet ada panel catering dia sendiri. So catering ambik dengan orang lain. The rest ambik ngan Sanggul.

Kalau ambik full pakej kau cakap je kau nak apa.
Nak rider? Nak grup gamelan? Nak zapin? Nak kompang hulubalang?
Semua ada.



Ni contoh pelamin yang dia penah buat.
Ko boleh cakap je ko nak pelamin gaya macamana.
Hari yang aku datang tu, dia baru balik dari beli songket. Dia kata dia borong semua songket dalam kedai tu. Aku ingatkan dia nak buat songket untuk baju pengantin. Rupanya dia borong songket untuk dijahir pada pelamin!! Ada sorang customer nak tema tradisional. 
Gila okeh satu pelamin ada songket. Tak gamak aku nak tanya berapa ribu kos.


Sesape berminat, boleh search FB dia nun.


2014-08-23

MH17 : Malaysia mourns


Dah makin lembab mengupdate blog nampaknya.
Ada benda lain nak kena kejar dulu, kendian-kendian baru carik masa untuk update blog.
Ada macam-macam benda nak tulis tapi ujung-ujung aku pun dah lupa apa benda aku nak cakap sebab lama nau peram sampai hilang terus dari ingatan.
Ni sebelum lupa, nak bagitau blog ni dah ada new domain.
Lama rasanya aku menyeksa korang type url aku panjang-panjang kan?
Ni menjak gamba-gamba pun dah kena watermark, naik malas pulak aku nak menaip watermark panjang berjela. Jadi now blog ni dah bertukar ke www.dianaishak.com
Tapi takpe, url lama masih lagi berfungsi sebab nanti dia direct pi own domain ni jugak.



Setakat ni semua email kak sri siantan, yang bagi testimoni ephyra, yang mintak promote biznes, aku pause jap. Blog sendiri pun macam dah ada cara-cara malas nak update now. Jadi kasik aku settlekan apa-apa yang patut dulu, nanti dah lega sikit baru aku respond satu-satu ya. Sehingga end of August ni ada some benda penting aku nak settlekan jadi nak spend lama-lama tulis blog macam tak dapat buat masa ni. Kalau FB tu sempat la jugak update. Oh bukan FB, tapi InstaFB. Hahaha.
Sebab aku malas nak bukak Instagram, jadi aku buat FB aku ala-ala IG. Setiap kali post status biar sekali ngan gamba. Sama gak ape.

Tapi hari ni terbabas jugak tulis status tanpa gamba sebab hari ni aku takde mood nak letak gamba.
Nak pi jumpa dealer pun malas. Dari kul 8.30am aku dah standby depan TV tunggu program penghormatan MH17. Tadi malam lepas Maghrib keluar dinner. Tak penah-penah aku rekod Buletin Utama, malam ni aku rekod. Nak tengok news MH17 punya pasal, padahal dari siang santak ke petang aku dok follow depan TV. Sepanjang hari airmata murah sangat. Down betul aku today. Asik bergenang je airmata.

Tapi ada jugak yang cuba untuk buat "kelakar" kat newsfeed.
Yang fokus kat aurat crew la.
Yang fokus kat jubah hitam la.
Yang fokus yang baling bunga la.
Yang fokus kat bertafakur la.
Orang lain semua sibuk bersedih, dia dok perati point mana nak hentam.
Eh tak kuasa la aku nak gelak. Maka jalan paling senang aku block terus. Settle. Malas la nak unfren-unfren. Lagipun bukan aku kenal pun.

Kelakar ada yang pertikaikan kenapa dorang dapat penghormatan sedangkan takde apa jasa pun pada negara. Tapi paling kelakar salah satu komen yang aku baca ada yang cakap majlis penghormatan ni pakai duit rakyat. Siap cakap "aku tak halalkan". Nak je aku tanya berapa sen kau bayar income tax setahun yang panas bontot sangat ni? Tapi pengalaman mengajar aku, set-set pemikiran macam ni kau jangan start berdebat. Bukan sebab kau takkan menang berhujah, tapi dia yang tak dapat terima hujah kau sebab otak dia belum up to your standard. Tolong jangan torture otak kecik macam tu dengan hujah-hujah yang padat. Kesian dia nak digest susah. Tak memasal kang hamba Allah tu gila terus.




Tak kisah la apa pun orang nak cakap pada mangsa-mangsa ni especially yang dok highlite kat stewardess yang tak pakai tudung bla bla bla bla *menguap sampai rabak*
Aku sebenarnya dah muak dengan komen-komen judgemental especially yang beralaskan agama. Semua orang nak ditudingnya berdosa. Yang tak berdosa dia sorang. Suka sangat kira dosa pahala. Sedangkan Allah nak hukum kita pun tunggu hari pembalasan. Tapi ada pulak hamba Allah yang over buat keje Tuhan.

Tak payah la susah-susah nak carik dosa orang.
Manusia memang takkan terlepas dari buat dosa. Buat apa ko nak carik lagi.
Series aku muak. Sebab dulu pun aku dikondem macam tu jadi aku paham sangat set-set 'holier-than-thou-attitude' ni. Eh sukati kau la nak cakap apa pun.

Aku yakin mangsa-mangsa ni ada hubungan istimewa dengan Tuhan, yang kita semua tak tau dan tak pernah sangka. Bak kata sorang ustaz dalam ceramah yang aku pernah join, dia kata - Jangan berhenti berbuat kebaikkan walaupun kebaikkan tu kecil, kerana kita tak tau mungkin yang kecil tu la yang Allah paling suka. Dan mungkin kebaikkan yang kecil itulah yang buatkan Allah redha pada kita.
Aku pegang pada kata-kata ustaz tu.
Hari ni, aku bertambah yakin dengan kata-kata dia.
Betapa Tuhan dah zahirkan pada kita how istimewanya jenazah-jenazah ni.

Takziah.

2014-08-20

Seronoknya Wan ni buat keje lama


Ingat lagi tak kes Wan penipu yang mintak sumbangan konon hidup bergelandangan tu?
Aku penah share the story kat FB atas permintaan sorang reader, the post went viral sampai almost 300 orang share. Tak tau la berapa banyak pulak yang dah sumbangkan duit kat Si Wan ni. Pastu bila dapat tau yang dia ni menipu and larikan diri, aku up-kan alert kat blog and FB supaya stop hantarkan sumbangan. Pastu ada la Hamba Allah yang kata aku penipu buat cerita sengaja nak aniaya Si Wan ni. Aku memang malas nak layan saiko-saiko jadi aku buat dek je. Sebab aku tau apa yang aku buat. Tup-tup nak dijadikan cerita last week ada sorang ni mesej aku kat FB :




See??
Kan aku dah kata Si Wan ni penipu.
Tak pasal-pasal sorang lagi terkena. Nasib baik Burhanuldin ni tak menggelupur war-warkan nombor akaun and details Si Wan ni. Kalau tak, memang raya la Si Wan. Silap-silap siap buat open house bagai. Alhamdulillah cerita yang dia share tu agaknya sampai ke salah sorang reader/followers FB aku, jadi Burhanuldin ni dapat check nombor akaun and nama semua sama seperti yang Si Wan bagi pada dia.

Ada 2 hikmah disebalik mesej Burhanuldin ni.
First, terbukti cerita gelandangan Si Wan ni hanyalah drama semata-mata.
Second, alhamdulillah aku dapat bersihkan nama aku dari dituduh mereka-reka cerita.

Nampaknya zaman sekarang ni kita takleh nak percaya sangat dengan muka-muka kesian macam Si Wan. Dah jadi serba-salah pulak nak membantu. Kang tak dibantu terasa kejam pulak. Bila dah dibantu macam ni la pulak jadiknya, si penipu naik seronok hidup dengan sumbangan duit orang. Duit dah habis, buat drama balik. Asal duit habis, buat drama balik.

True, kalau dia menipu, itu antara dia dengan Allah.
Sedekah yang kita bagi tu insyallah ada bahagian kita di akhirat nanti.
Tapi rasanya kalau nak bersedekah/menyumbang kita pun harus jadi bijak. Aku takde idea apa cara terbaik untuk kita tolong orang-orang gelandangan macam ni. Now aku faham kenapa kadang-kadang kalau kat kedai makan ada orang mintak sedekah, some taknak layan. Seposen pun dia tak bagi. Dan kita yang melihat ni mula kata macam-macam - kedekut la, sombong la, and yang pasti akan keluar ayat-ayat beralaskan agama like 'Rezeki kau tu pun Allah yang bagi, kalau Allah nak tarik kejap je!'. Sebab belum terkena kat diri sendiri. Cuba kalau terkena tengok nak kata apa. Tapi, kalau macam kes Wan ni aku rasa kalau lagi sekali jumpa, cara terbaik bawak pi balai je terus. Kau beria cerita kau kena halau dari rumah sewa la, tak makan 2 hari la....meh masukkan dia ke dalam. Semua ditanggung.

Toksah kata Si Wan yang gelandangan ni la.
Yang buat ayat sardin mintak PINJAM duit lepas dah dapat terus berdesup meruyup hilang pun ramaiiiiii. Yang ni lagi bangsat perangai. Dia yang PINJAM, ujung-ujung kita yang bagi pinjam ni pulak yang macam gelandangan menagih hutang kat dia. Berat betul ujian umat akhir zaman ni. Nak membantu pun kena pikir tujuhblas kali. Tak ditolong terasa berdosa. Dah ditolong kita ditipunya.

Baru-baru ni masa nak tunggu customer, ada budak lelaki India dalam umur 10-11 tahun macam tu ketuk cermin tingkap kereta. Masa tu aku tengah khusyuk tengok henfon. Bila aku pandang dia, dia tunjuk signal tangan kat mulut, tanda lapar. Tapi aku gelengkan kepala. Sorry, bukan taknak tolong, tapi aku dah tak berani. Dah la orang share kes makcik kena ragut lepas turunkan tingkap cermin sebab nak hulur derma. Pastu kes orang sembur acid the moment kau turunkan tingkap. Bla bla bla bla bla.....sorry! Aku bukan racist. Keluarga aku melayu cina india semua ada. Complete. Bukan racist. Bukan jugak nak buruk sangka. Cuma aku terpaksa berhati-hati. Aku tak tau apa jadi dengan budak tu, aku harap dia berdrama je. Sebab baju dia tak menunjukkan yang dia hidup gelandangan ataupun dalam kesusahan.

Aku cuma berharap, kalau betul orang yang mintak bantuan tu benar-benar dalam kesusahan, Allah bukakan pintu hati aku untuk hulurkan sumbangan. Sebab hanya Dia yang memegang hati kita and Dia je yang tau apa yang ada dalam hati peminta tu.


p/s : aku lupa rupanya nak tukar form Ephyra. Gift kat form masih lagi mug, sebenarnya now gift dia powerbank. Sat gi aku tukar.