2014-08-23
MH17 : Malaysia mourns
Dah makin lembab mengupdate blog nampaknya.
Ada benda lain nak kena kejar dulu, kendian-kendian baru carik masa untuk update blog.
Ada macam-macam benda nak tulis tapi ujung-ujung aku pun dah lupa apa benda aku nak cakap sebab lama nau peram sampai hilang terus dari ingatan.
Ni sebelum lupa, nak bagitau blog ni dah ada new domain.
Lama rasanya aku menyeksa korang type url aku panjang-panjang kan?
Ni menjak gamba-gamba pun dah kena watermark, naik malas pulak aku nak menaip watermark panjang berjela. Jadi now blog ni dah bertukar ke www.dianaishak.com
Tapi takpe, url lama masih lagi berfungsi sebab nanti dia direct pi own domain ni jugak.
Setakat ni semua email kak sri siantan, yang bagi testimoni ephyra, yang mintak promote biznes, aku pause jap. Blog sendiri pun macam dah ada cara-cara malas nak update now. Jadi kasik aku settlekan apa-apa yang patut dulu, nanti dah lega sikit baru aku respond satu-satu ya. Sehingga end of August ni ada some benda penting aku nak settlekan jadi nak spend lama-lama tulis blog macam tak dapat buat masa ni. Kalau FB tu sempat la jugak update. Oh bukan FB, tapi InstaFB. Hahaha.
Sebab aku malas nak bukak Instagram, jadi aku buat FB aku ala-ala IG. Setiap kali post status biar sekali ngan gamba. Sama gak ape.
Tapi hari ni terbabas jugak tulis status tanpa gamba sebab hari ni aku takde mood nak letak gamba.
Nak pi jumpa dealer pun malas. Dari kul 8.30am aku dah standby depan TV tunggu program penghormatan MH17. Tadi malam lepas Maghrib keluar dinner. Tak penah-penah aku rekod Buletin Utama, malam ni aku rekod. Nak tengok news MH17 punya pasal, padahal dari siang santak ke petang aku dok follow depan TV. Sepanjang hari airmata murah sangat. Down betul aku today. Asik bergenang je airmata.
Tapi ada jugak yang cuba untuk buat "kelakar" kat newsfeed.
Yang fokus kat aurat crew la.
Yang fokus kat jubah hitam la.
Yang fokus yang baling bunga la.
Yang fokus kat bertafakur la.
Orang lain semua sibuk bersedih, dia dok perati point mana nak hentam.
Eh tak kuasa la aku nak gelak. Maka jalan paling senang aku block terus. Settle. Malas la nak unfren-unfren. Lagipun bukan aku kenal pun.
Kelakar ada yang pertikaikan kenapa dorang dapat penghormatan sedangkan takde apa jasa pun pada negara. Tapi paling kelakar salah satu komen yang aku baca ada yang cakap majlis penghormatan ni pakai duit rakyat. Siap cakap "aku tak halalkan". Nak je aku tanya berapa sen kau bayar income tax setahun yang panas bontot sangat ni? Tapi pengalaman mengajar aku, set-set pemikiran macam ni kau jangan start berdebat. Bukan sebab kau takkan menang berhujah, tapi dia yang tak dapat terima hujah kau sebab otak dia belum up to your standard. Tolong jangan torture otak kecik macam tu dengan hujah-hujah yang padat. Kesian dia nak digest susah. Tak memasal kang hamba Allah tu gila terus.
Tak kisah la apa pun orang nak cakap pada mangsa-mangsa ni especially yang dok highlite kat stewardess yang tak pakai tudung bla bla bla bla *menguap sampai rabak*
Aku sebenarnya dah muak dengan komen-komen judgemental especially yang beralaskan agama. Semua orang nak ditudingnya berdosa. Yang tak berdosa dia sorang. Suka sangat kira dosa pahala. Sedangkan Allah nak hukum kita pun tunggu hari pembalasan. Tapi ada pulak hamba Allah yang over buat keje Tuhan.
Tak payah la susah-susah nak carik dosa orang.
Manusia memang takkan terlepas dari buat dosa. Buat apa ko nak carik lagi.
Series aku muak. Sebab dulu pun aku dikondem macam tu jadi aku paham sangat set-set 'holier-than-thou-attitude' ni. Eh sukati kau la nak cakap apa pun.
Aku yakin mangsa-mangsa ni ada hubungan istimewa dengan Tuhan, yang kita semua tak tau dan tak pernah sangka. Bak kata sorang ustaz dalam ceramah yang aku pernah join, dia kata - Jangan berhenti berbuat kebaikkan walaupun kebaikkan tu kecil, kerana kita tak tau mungkin yang kecil tu la yang Allah paling suka. Dan mungkin kebaikkan yang kecil itulah yang buatkan Allah redha pada kita.
Aku pegang pada kata-kata ustaz tu.
Hari ni, aku bertambah yakin dengan kata-kata dia.
Betapa Tuhan dah zahirkan pada kita how istimewanya jenazah-jenazah ni.
Takziah.