Punyalah lama readers mintak aku letak button FOLLOWERS kat blog, aku tak letak.
Sebabnya, aku tak tau camne nak letak. Aku ni bukan reti sangat nak tinker-tinker blog.
Tapi semalam ada followers FB ajar step by step camne nak masukkan code yang dia bagi tu.
Jadi sesape rasa nak dapat update new entry, klik la button "Follow this blog".
Kalau rasa taknak follow pun boleh, tapi kau refresh je la blog ni hari-hari. Kadang-kadang kalau sampai time gila aku publish sampai 3 entry sekaligus.
Pandai-pandai la scroll ke bawah ya.
Pandai-pandai la scroll ke bawah ya.
Aku cuba pakai tudung Fareeda yang aku beli 2 minggu lepas.
Tudung Fareeda ni ok sebenarnya, especially kat awning. Awning memang cantik.
Lagipun aku memang dari awal bertudung lagi suka pakai tudung awning dari serkup tapi aku tak jumpa tudung awning yang cantik dan labuh takat leher. Tudung awning Ariani paling singkat pun masih sampai dada. Jadi bila pakai dengan shawl tu, aku kena masukkan tudung awning tu ke dalam baju. Agak rimas sikit. Cuma yang bagusnya, kau boleh pakai shawl yang jarang tanpa rasa was-was sebab leher kau bercover dek kelabuhan tudung awning tadi.
Tudung Fareeda ni tak jarang sebab dia dah berlapis-lapis, so jangan risau nampak leher ke apa ke. Takkan nampak punya. Cuma aku yang rasa tak sesuai bila pakai. Rasa selesa lagi pakai shawl. Cuma bila pakai tudung Fareeda ni nampak obvious dagu aku senget. Hahahh.
Yang tak bestnya pakai tudung awning ni, bila pakai sunglass awning jadi penyek sikit. Tapi tak tau la kalau orang lain pakai ok. Kalau aku pakai mesti awning jadi herot-berot.
Tapi bila dah try betul-betul, hmmm...rasanya tak sesuai kot tudung Fareeda ni dengan aku.
Tang awning dah selesa dah. Tang dada tak berkenan. Maybe sebab dia berlapis-lapis, jadi aku rasa rimas. Lagipun aku tak reti nak melilit kain lebihan kat belakang tu. Aku ni bukannya pandai bergaya pun. Nak styling tudung pun tak reti. Main sauk and lilit je pandaila.
Jadi, kepada sesape yang berminat dengan tudung Fareeda ni, boleh la beli kat aku kalau nak.
Tu aku tunjuk takat mana labuh dia. Memang cover dada punya. Tudung Fareeda ni aku belum bawak berjalan keluar rumah lagi. Still gila-gila punya baru.
Khamis lepas lepas settle appointment kat opis, aku teman Mak Aji gi settlekan hal-hal kawen Ibal.
Adik aku tu bukan nak kisah sangat pun pasal kenduri dia.
Aku tanya ko nak pelamin jenis apa? - apa-apa lah.
Kaler apa? - sebarang lah.
Tema moden ke tradisional? - sukati ko lah.
Kaler baju nak kaler apa? - kau pilihlah.
Kang aku bagi kau pakai kot kaler pink baru datang akai.
Macam aku pulak yang nak kawenkan anak, semuanya aku yang decide untuk dia.
Last-last aku ngan amk aku yang syok sendiri pilih semua benda macamkan kitorang pulak yang nak kawen. Kau suka ke, tak suka ke, hadap je la ya. Aku dah pilih ikut selera tekak aku ni.
Tapi sebelum tu aku ajak Mak Aji lepak Little White Cafe.
Sebetulnya nak melepaskan kempunan sebab tak dapat order lasagna dia time open house hari tu.
Aku plan nak oredr lasagna and puding roti from Little White Cafe, tapi LWC takde khidmat delivery. Kebetulan Pak Aji and Ibal kena bertugas sebagai penyambut tetamu ada orang kawen kat kawasan Bangi, so dorang datang open house bila keje dorang dah settle. Takde sape boleh tolong collect dari LWC hantar ke rumah. Jadi tak dapat aku jamu korang makan lasagna and puding roti LWC.
Reasonable price dia sebab lasagna dia memang sedap.
Aku mintak hari tu portion untuk makan 40 orang.
For lasagna dia quote RM1160 and puding roti RM220.
Tapi aku bajet lasagna tu boleh makan untuk 50 orang. Sebab lasagna ni muak sikit. Jadi orang takkan makan banyak-banyak macam makan nasik.
So Khamis lepas datang semata-mata nak makan lasagna, tetapi terpandangkan baked macaroni and cheese.
Hoih, gila sedap ni!!!! Tak tipu.
Pegi la LWC and mintak makanan ni, konfem licin korang sebat sorang-sorang.
Aku pelawa Mak Aji sekali je, pastu tak pelawa dah sebab sedap sangat.
Ni pun aku punya gak.
Walaupun ni kategori appetizer, tapi aku makan last.
Sebab selalunya kalau makan mushroom soup dulu, ujung-ujung makanan utama tak abis sebab mushroom soup ni dah potong selera. Kenyang awal.
Cuma aku tak suka roti kering yang dia rendam dalam soup ni.
Mak Aji kata kenapa tak makan roti kering tu.
Eh sorry la aku nak makan. Aku mana boleh makan roti lembap. Sebab tu burger aku memang takkan letak sos sebab aku tak suka roti lembap benyek dengan sos. Lagi satu aku tak suka tengok orang rendam biskut dalam teh o atau milo. Geli bodow. Aku boleh muntah, series aku tak tipu. Memang aku pernah termuntah sekali depan-depan orang yang tengah makan tu. Jangan salah anggap tau. Bukan aku geli dengan cara pemakanan tu, tapi aku memang tak boleh tengok roti atau biskut basah/lembap. Aku loya. Aku warning, jangan sesape test aku. Tapi kalau nak test, meh duduk dekat sikit biar aku muntah atas kau.
Lepas makan baru pegi butik Sanggul.
Sanggul ni area Econsave kat Reko Sentral.
Owner dia - Puan Zawiah.
Dia ni memang wedding planner, dah banyak majlis dia handle. Masa discussion hari tu pun banyak sangat tips dia bagi. Sebab kitorang tak ambik full pakej sebab Dewan UPM Banquet ada panel catering dia sendiri. So catering ambik dengan orang lain. The rest ambik ngan Sanggul.
Kalau ambik full pakej kau cakap je kau nak apa.
Nak rider? Nak grup gamelan? Nak zapin? Nak kompang hulubalang?
Semua ada.
Ni contoh pelamin yang dia penah buat.
Ko boleh cakap je ko nak pelamin gaya macamana.
Hari yang aku datang tu, dia baru balik dari beli songket. Dia kata dia borong semua songket dalam kedai tu. Aku ingatkan dia nak buat songket untuk baju pengantin. Rupanya dia borong songket untuk dijahir pada pelamin!! Ada sorang customer nak tema tradisional.
Gila okeh satu pelamin ada songket. Tak gamak aku nak tanya berapa ribu kos.
Sesape berminat, boleh search FB dia nun.