Kes ni dah lama rasanya.
Tapi aku tak follow. Apa kes skarang? Ke dah settle?
Aku geli gila dengan lelaki yang belasah pompuan. Macam bapok. Kalau muka laki tu dah memang macam penyangak lain cerita sebab sah-sah takde gaya-gaya boleh dipercayai. Tapi yang jenis muka innocent ni yang aku takleh terima. Muka cam baik, hakikatnya jin aprit.
Lagi satu set-set yang romantik tak masuk akal. Ni pun kadang-kadang was-was je aku nak percaya.
Aku ada pengalaman bercouple ngan laki jenis ni dulu. Nak kata hensem tu idok la hensem mana. Tapi manis tu ada. Oh sweet tongue jangan cakap la. Boleh kencing manis kau nanti. Kalau masuk bab romantik tu memang romantik sangat-sangatnya lah. Jenis yang sehari sampai lima kali surprise dia bagi. Sampai aku pelik. Kau ni takde kelas ke yang kejap-kejap terpacul depan aku ni?? Kalau seminggu sekali tu ye la namanya surprise. Dah kalau 5 kali sehari ni dah scary namanya. Like jadah apa orang bagi surprise hari-hari?
Dia punya baik tu pulak sampaikan takkan ada orang percaya yang dia kuat membelasah pompuan. Sampai satu tahap tu aku rasa mengadu perihal dia adelah tindakan yang sia-sia sebab mati hidup balik orang takkan percaya cakap aku. Aku rasa orang jenis ni memang dah plan step by step strategy. Like ok, mula-mula aku kena buat baik dengan semorang dulu...
...pastu aku kena banyak libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan...
...mesti rajin ke library...
...time dinner kat hall pakai baju Melayu barulah nampak macam baru lepas balik surau..
...bla bla bla bla bla haktuiiihhhh.
Bila dia dah susun strategi and build trust di kalangan kawan-kawan, no way la orang nak percaya yang dia ni kaki belasah awek. Silap-silap orang tuduh awek yang buat hal. Maka akan kedengaranlah statement-statement seperti "Ntah-ntah awek dia yang gatal menggedik ngan lelaki lain. Sape tak marah. Kalau aku pun marah!"
Ingat tak dulu kes lelaki pegawai veterinar yang tumbuk bini dalam lif tu? Tu pun set-set muka baik gak tu. Sape nak sangka muka suci murni boleh terajang bini?
Mungkin some akan cakap ni masalah rumahtangga, biar dorang laki bini selesaikan.
Memang sebaiknya macam tu la. Tapi kalau dah sampai lebam-lebam kau kejekan bini kau, takkan nak expect the wife pakat taat membabi-buta sampai ke mati kotttt.
Yang aku perasan selalunya dalam kes macam ni, pihak perempuan ambik jalan untuk memendam rasa. Masyarakat selalu tanya "Apesal baru skarang nak ambik tindakan?" "Kenapa dah 3-4 tahun kena pukul baru nak report polis?"
Kes-kes macam ni sebenarnya kau kena rasa sendiri baru kau boleh faham kenapa perempuan selalunya ambik tindakan untuk pendam je.
Macam aku dulu, aku pendam nak kat 2 tahun gak walaupun dah macam-macam aku "dapat".
Jurus pelempang dua arah.
Libasan penumbuk mahawangsa.
Hentakan kepala berlipat ke dinding.
Hah, cakap je apa yang aku tak "dapat".
Somersault berputar je belum.
Tu kalau dapat mau jadi ketupat aku.
Aku pendam bukan sebab sayang.
Tapi lebih kepada nak beri peluang dia berubah. Dalam hati aku, aku always rasa yang one day dia akan berubah. Jadi aku pilih untuk diam and pendam. Tak bagitau sesape walaupun aku kena hempok berkali-kali.
Bila kita terlalu rapat, eventhough perasaan sayang tu dah bertukar ke suam-suam kuku, tapi perasaan kesian tu ada. Tak sampai hati pulak nak canang kat kawan-kawan yang pakwe aku ni mental. Lagipun aku takut kena bahan.
Dulu orang tak kasik couple ngan dia kau menggeletis nak sangat macamkan nak kawen besok je gatalnya.
Bila dah terkena rasa segan nak mengadu kat member.
Lagipun sape nak percaya? Semorang nampak dia ni lelaki yang baik. Macam mustahil sangat dia ni nak pukul aku sebab kitorang macam tak pernah berenggang. Macam the best couple la konon.
Gi breakfast sama, gi lunch sama, gi dinner sama, outing pun sama.
Siang dah jumpa berjam-jam pun, kul 11 malam tetap jumpa lagi. Makan burger sama-sama bawah lampu jalan. Supper pun nak sama-sama katanya. Berkepit siang malam.
Mau tak berkepit?
Sebab dia takde duit nak makan, aku yang bayor semua. Apa tak berkepitnya.
Bila dah siang malam bertenggek berdua, sape nak percaya dia kaki pukul? Hantu pun tak percaya.
Bayangkan betapa successnya dia build trust di kalangan kawan-kawan, sampaikan mak bapak aku sendiri lebih percayakan dia dari aku. Macamana la orang tua nak percaya cakap aku. Hamba Allah tu siap penah imamkan kitorang sefamili solat tu. Phewwwww!
Kalau nak cerita pasal stok-stok lelaki muka innocent kaki pukul ni, walaupun aku cuma berpengalaman dengan sorang lelaki tapi dah cukup bagi aku pengajaran. Bukan aku je, dengan makpak aku sekali dapat pengajaranya.
Dalam kes Yasmin ni aku rasa aku boleh agak kenapa dia pendam.
Alangkan aku ngan exbf yang takde ikatan sah pun aku tak sampai hati nak report, inikan dia yang dah ada anak bersama.
Dulu, aku tak report sebab mengenangkan dia ada makbapak yang mengharapkan dia bawak balik ijazah. Kalau aku report, memang kena buang Uni punya budak ni. Konfem.
Pastu aku memikirkan yang kitorang ni sama-sama dari Semenanjung datang blaja ke Sarawak. Blaja jauh-jauh takkan nak pulang sia-sia. That's why aku pilih untuk diam.
Tapi biasalahkan, makin kita diam makin menjadi-jadi pulak terencat otaknya. Lama-lama tak tahan jugak. Bila kawan-kawan support barulah aku nekad bertindak.
Itu baru aku yang takat bercouple.
Kalau yang dah hidup bersama bertahun-tahun, bukan semudah yang disangka untuk mangsa buat keputusan. Banyak benda nak kena pikir.
Nak pikir masa depan anak, nak jaga airmuka keluarga mertua, ipar duai, nak jaga mulut jiran and masyarakat....
Sebenarnya lebih susah memilih untuk berpisah dari hidup bersama. Sebab dah satu keje pulak nak normalize-kan semula hidup kita after bertahun live together.
Kalau kita sorang takpe. Angkat beg, jalan.
Tapi kalau dah melibatkan anak especially, hati tu akan sentiasa suruh kita "tunggulah.. tunggulah sikit hari lagi... esok-esok oklah dia".
One thing yang mungkin orang lelaki tak nampak, bila dah berkawen, kasih-sayang isteri tu sebenarnya dah lebih kepada anak.
Jadi kalau ada lelaki yang hidupnya asik sepak terajang bini tapi menganggap yang isteri takkan berbuat apa-apa sebab isteri takkan boleh hidup tanpa dia (suami), kau silap. Silap besar.
Isteri bertahan dengan maki-hamun and sepak-terajang kau bukan sebab dia takleh hidup tanpa suami, apetah lagi sayang dan cinta. Kau dah lenjan dia sampai lebam jangan expect dia masih cinta.
Isteri bertahan sebab memikirkan anak-anak.
Kalau takde anak, ingat isteri nak stay ke tadah badan untuk kau hempok dia hari-hari? Jangan harap! Awal-awal lagi dia dah berambus tinggalkan kau.
Yang tak pernah ada pengalaman kena pukul ngan suami/bf memang takkan percaya benda-benda macam ni wujud.
Memang nampak macam drama.
Dah tu kalau tak wujud ko ingat mana datang idea dorang buat filem keganasan rumahtangga?
Sebab kes macam ni wujudlah maka jadi filem.
Aku pun tak sure apa masalah dalaman lelaki-lelaki bermuka innocent yang kaki pukul pompuan ni. Nak kata kurang kasih-sayang, kau dah pun ada awek/wife untuk berkongsi kasih, tapi perangai masih lagi macam musibat.
Nak kata kurang perhatian, rasa aku, orang-orang yang saiko ni la yang paling terer bab mencarik perhatian dan senang dapat kepercayaan tapi masih lagi pe'el kelaku macam nakharom.
Kalau muka tu macam mama kotai lain cerita. Memang susah dapat perhatian. Tapi kebanyakan yang saiko ni muka ok, smart pun smart, tapi entahlah. Wire mana yang short pun aku tak tau. Kecik-kecik dulu tertelan batu lesung kot.