2014-08-28

Makan + Fesyen


Jaga-jaga...ini update yang boring.
Kalau taknak baca pun boleh. Sebab kepala aku tengah serabut ngan benda-benda lain nak disettlekan. Tapi takpe, kita take five dulu update blog.

Sebelum tu nak bagitau yang tudung Fareeda dua-dua dah sold out.
Jangan email lagi ya.
Sorry tak bagitau awal-awal sebab aku pun dah 2 hari tak update blog.

Lagi satu nak bagitau powerbank dah habis (Promo Ephyra)
Hadiah yang akan replace powerbank buat masa ni, aku dah inform kat setiap form yang masuk ke email. New hadiah dah on its way. Tapi yang ni with new promo. Nak tau promo apa, kena follow blog ni ya. Sampai masa aku bagitau.

Aku ada pi Steamboat Buffet @ PICC baru-baru ni. Aku bukanlah pemakan steamboat sangat tapi En Wan pernah cakap dia teringin nak bawak mak dia pi makan steamboat satu hari nanti. Tapi laki aku tu punya 'satu hari', dah cecah setahun dah pun. Sampai ke sudah tak nampak dia punya 'satu hari' tu.
So bila aku nampak je iklan PICC ni terus call, buat booking. Kalau bab-bab macam ni takyah tunggu En Wan. Nak tunggu dia punya free time tu mau sampai 2 tahun mak mertua aku tak jumpa steamboat.

Dah book, aku call En Wan "Balik rumah terus, jangan pi mana-mana. Di dah buat booking makan steamboat malam ni"


Agaknya sebab weekdays, tak ramai orang pun, ada la kot dalam 10 meja je penuh. 
Tapi makanan dia punya lah banyakkkkkkkk.
Sayur je ada la kot dalam 20 jenis.
Sorry la aku nak pi tempat sayur. Mula-mula sekali aku round dulu untuk check apa benda yang paling mahal sekali. Agak-agak dah tau apa yang nak diambik, baru start kutip satu-satu.








Aku lansung tak ambik gamba area sayur-sayur.
Padahal banyak lagi selection dia cuma macam aku penah cakap dulu, aku dah takde mood nak ambik gamba now. Nak-nak lagi kalau bawak panglima aku. Mana nak pegang kamera, mana nak pegang dia lagi. Tak pasal je henfon aku menjunam dalam kuah steamboat.

Puas gila aku makan udang.
Oh yes, udang pun ada 3 jenis. Of cos la aku ambik udang rimau. Sape suruh kau tayang udang rimau kan. Tak pandang udang kertas dah. Eksyen gila aku.
Sotong pun ada 3 jenis. Redza membelasah calamari sampai menjeling-jeling waiter tu kejap-kejap bibik bangun ambik calamari. Meja lain aku tengok takde pun macam beria makan. Meja aku kejap-kejap water datang angkut pinggan. Sampai 3 kali tambah kuah. Siap ganti gas bagai. Mesti waiter tu confuse yang makan ni orang ke orang utan?

Tiram dia ada yang sampai separuh tapak tangan aku, boleh?
Mula-mula aku rasa cam pelik la pulak makan tiram besar-besar gini buat steambot, kalau tiram bakar tu orait la jugak. Eh rupanya sedap kau. Cuma takde sos cili Thai. Kalau ada mesti lagi best. Lagi lama la aku kat dalam tu tak keluar-keluar.

Selain dari tu dia served pasta, kek, bubur, buah, ABC and putu piring.
Aku dah jumpa tiram ngan udang memang tak pandang la kuih-kuih ni. Tapi ABC ambik jugak.


Kuah tomyam je yang sedap. Kuah lagi sebelah tu harammm.




Only udang allowed dalam mangkuk aku :)


ABC dia ni sedap jugak cuma tak dapat bubuh kacang and rencah-rencah tu sendiri. 
Jadi tak dapat la aku tabur badam and choc chip sebanyak-banyak ada. Kalau tuang sendiri mesti lagi sedap. Bila badam and choc chip semua aku dah habis makan, terus tinggalkan je belen ABC. Ada separuh tak bersentuh sebab dah takde rencah. Sikit nau dia letak.


Macam mengandung 6 bulan aku kan?
Maklumlah nak buffet katanya, mana leh pakai baju ketat kang tetas benang baju.





Aku banyak dapat email and mesej kat FB tanya pasal perangai Rayyan yang suka main telekung and tudung aku. Mula-mula dulu aku risau gak tapi lately ni dia dah menunjukkan yang dia bukan hanya sukakan tudung tapi sebarang baju pun. Be it kain pelikat, spender En Wan, coli aku, kain dalam nenek dia, semua dia sauk. Janji dia boleh bereksperimentasi. Lama-lama aku naik seronok pulak tengok sebab macam nak tengok apa kreativiti dia next next next.

Cousin aku pelik macama budak umur 4 tahun boleh ada idea nak pelbagaikan tudung and baju-baju.
Memang la apa yang dia pelbagaikan tu semua tak semenggah but lama-lama aku tengok macam dia ada something to show. Perasan dia apa yang dia sarung tu dah cantik nau. Actually dari awal lagi dia pakai telekung and tudung-tudung aku, everytime dia sarung dia akan datang depan aku and tanya "Mama, adik tantik (cantik) tak?"

Aku selalu jawab "Tak cantik lah. Eiiiii...tak cantiknyaaaaaaa"

Dengan harapan dia akan kecewa and taknak main dah baju-baju aku.
Eh rupanya makin galak pulak.
Dia macam nak buat again and again sampai aku cakap "Cantik!". Konsep tak mudah mengalah gitu.

Semalam dia buat konsep 'mix n match'
Satu tudung merah, pelbagai gaya kekdahnya.


Gaya 1 : Konsep makcik-makcik rewang kt dapur.
Tudung merah jadi kain/skirt.
Kalau ada makcik-makcik yang nak tiru gaya ni mohon kerjasama sarung baju dulu ya.
Kang sambil kupas bawang sambil terbuai-buai pulak betik masak layu. Terkupas pulak betik tu nanti.



Gaya 2 : Konsep Pak Syeikh
Tudung merah jadi ala-ala serban Pak Syeikh. 
Ni Azwan Ali kena pakai macam ni next time.



Gaya 3 : Konsep muslimah lentok
Color block. Tudung merah baju oren.


Kalau betul dia minat dengan fesyen ok takpe. Kita usahakan dia ada kemahiran menjahit satu hari nanti. Biar ada kemahiran, boleh carik duit sendiri. Tapi bior jadi fesyen designer ya dik, jangan jadi Juwie lak. Mak tak rela.

Minggu ni 2 kali aku lunch kat Little White Cafe.
Ni semua gara-gara 2 minggu lepas aku makan baked macaroni with cheese dia yang super-duper sedap tu.Monday LWC memang close. Aku datang Selasa dengan semangat nak makan macaroni. Siap plan nak tapau semangkuk lagi buat makan kat rumah pulak. Sekali takde :(
Disebabkan Monday dorang cuti, jadi semua caserole akan start dimasak on Tuesday.
So on Tuesday tu caserole memang takkan ada. Infact, kebanyakkan dessert pun takde. Sebab Tuesday la dorang akan start masak. Tapi kalau nak makan benda lain ada je.


Hari tu aku ambik puding roti sebagai appetizer.
Yes, bukan sebagai dessert. Tapi sebagai pembuka selera.
Jangan tanya la sedap ke tak. Of cos la sedap.


Ni member aku punya appetizer - mushroom soup


Disebabkan kecewa baked macaroni with cheese takde, maka aku pilih spageti meatball.


Kawan aku punya.
Ni menu baru kat LWC - Crispy Chicken Chop

And today, aku gi Bangi lagi sebab nak celebrate besday Mak Aji semalam :

Again, aku punya 'appetizer' - Creme Brulee


Disebabkan dalam kepala aku nak order Ayam Penyet jap lagi, jadi aku cuma order light-light je.
Pai Pengembala (Sheperd's Pie).
Dah ada dalam LWC tengah tengok menu pun kepala masih lagi terpikir nak makan Ayam Penyet. Kau boleh celen tekak aku?


Pak Aji punya - RibEye Steak
Sebenarnya menu ni hanya untuk dinner.
Tapi sebab Aunty Faizah tu dah memang baik sangat ngan Pak Aji and Mak Aji, ex-jiran la katakan, so today exceptional. Menu dinner tarik bawak ke lunch.
"Takpe Tuan Haji, saya masakkan sendiri RibEye ni untuk Tuan Haji"
Gituuuu spesel tak speselnya Pak Aji.


Mak Aji punya - Fish N Chip

Korang kalau nak pi LWC, ingat!
Monday close.Tuesday baru nak start masak. 
Seeloknya start datang Wednesday untuk mendapatkan kenikmatan sebenar sebab hari tu kebanyakkan makanan semua dah ada. Macam today, baked macaroni with cheese tu sebenarnya ada tapi masa aku sampai tu baruuuu je abis.