2014-08-25

Cerita pasal tudung je ni


Ok, aku rasa lebih convinient kalau aku tepek je terus gamba aku pakai tudung Fareeda yang kedua kat sini. Jadi aku tak perlu email sorang-sorang. Boleh ya?
Yang tanya pasal tudung Fareeda kaler biru-hijau semalam, dah sold out.
Ramai gila peminat Fareeda!!
Tak sangka ramai peminat Fareeda baca blog aku. Kah Kah Kah matila perasan.

Ok ok, ni kat bawah ni another tudung Fareeda yang aku nak let go. Memang ada 2 helai je pun.
Kesian aku, tak sesuai pakai tudung Fareeda. Tapi nanti aku nak check jugak if aku sesuai pakai Fareeda Noura and Nour Sara. Sebab tudung tu ala-ala shawl sikit.



Sesape berminat dengan tudung Fareeda yang ni, sila email aku at aveo757[at]yahoo[dot]com
Again, this tudung beli dari Butik Fareeda Ekslusif.

Oh btw, cuba tengok mata aku.
Perasan tak sebelah pakai maskara sebelah lagi tak? Padahal aku keluar pi jumpa customer lepas ambik gamba pakai tudung ni (of cos aku tukar tudung lepas tu, don't worry. This tudung still smell fresh). Aku keluar pakai maskara sebelah je semata-mata nak balancekan mata aku. Mata belah kanan sebelum ni kan ada ketumbit, tapi ketumbit bawah tu macam dah surut, tetiba dia naik pulak kat atas. Jadi nak balancekan, aku pakai sebelah je la biar nampak sama besar ngan mata sebelah. Takde orang tegur pun tadi so aku rasa takde orang perasan la kot penyamaran aku ni kan? Ngahahaha.



Ni lah dia tudung yang paling hebat antara semua tudung.

Konsepnya murah dan pin-less. Sekali pandang macam Bokitta shawl kan? Eh.
Sumpah ni bukan aku yang pakaikan. Memang dia yang pakai sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dalam bakul baju kotor.
Yang warna biru tu jersi bapak dia, pastu yang kaler hitam baju abang dia.
Aku tak tau la mana datang idea budak ni. Dia punya idea berfesyen tu macam mencurah-curah sangat sampai kalau boleh aku nak menjerit "Eh kau boleh benti kejap takkkkkkkkkk????"

Aku time kecik dulu pun ada gak penyakit suka "mix and match" baju-baju Mak Aji tapi takde la sampai tahap dewa punya mix and match macam ni.



Tapi takleh celen yang ni la.
Aku ada update kat FB aku gamba dia pakai "kain pelikat" ni.
Padahal yang dia pakai tu bukan kain, tapi tudung Ariani aku. Tudung awning okeh! Kau tak hangin tengok?? Gila sardin muka dia geledah laci aku ambik keluar tudung and sarung jadikan kain pelikat. Elok je la pulak muat-muat bontot. Dan macam mermaid skirt sekali pandang. Now tudung aku semua aku pindah ke cabinet atas. Dah satu keje pulak laci aku semua kosong. Letak bra dalam laci, dia main bra. Letak spender dalam laci, dia main spender. Ni letak tudung pun dia main tudung. Aku takleh letak apa dah dalam laci. Aku belikan mainan tak pernah main. Coli aku yang dimainnya.

Ok ni lagi satu pasal tudung aku nak bagitau.
Aku pegi Ariani Bangi Khamis lepas. Plannya nak beli tduung awning hitam. Tapi biasa la kan, Ariani kan puaka sikit. Kalau masuk situ konfem berhelai-helai kau bawak keluar walaupun hakikatnya kau nak beli selai je. Dia punya tarikan tu gila ahh.

Seperti yang aku jangka, time aku masuk tu takde sorang pun customer dalam kedai.
Ok ni bahaya namanya. Aku dah beberapa kali terkena macam ni.
Nak datang time sale, sesak sangat. Lagipun nanti tudung banyak habis. Jadi, datang time tak sale.
Tapi bila datang time tak sale sebenarnya ada bahaya besar menanti kau.
Disebabkan takde customer, jadi kau akan 'diattack' oleh 3-4 orang sales sekaligus.
Yang layan kau memang sorang je, tapi yang 'tukang hasut' tu gila ramai. Hari yang aku pegi tu, kakak yang kat kaunter pun boleh ikut aku ke fitting room nak hasut punya pasal.

Last-last, terbabas jugak beli shawl sampai 9 helai.
Tapi tak rugi kot sebab memang aku pakai pun shawl. And shawl yang aku beli tu aku dah penah kumpul corak-corak lain.


*pic digugel*

Tudung jenis ni, yang ada 2 tone kaler and tengah-tengah printed.
Tudung ni harga asal RM224. Mula-mula launch dulu RM270.
Tapi, Khamis lepas laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi murah.
3 helai cuma RM450.
Aku tanya dia ada sale ke. Dia kata tak, cuma inisiatif manager cawangan  nak buat pakej offer. 
So dorang telah mem-pakej-kan 3 helai dengan harga RM450 only.
Maknanya, harga sehelai cuma RM150. Kalau ikut harga asal RM224.

Harga RM150/helai tu sebenarnya adelah harga pemegang kad platinum. Tapi sebab dorang buat pakej deal, jadi penggunaan kad dah tak valid.
Kalau korang takde kad sekalipun, korang still boleh beli dengan harga RM150/pc ni dengan syarat kena beli 3 helai sekaligus. Shawl ni 100% silk. 



Ni namanya pose Menara Pisa. Sebab condong ke tepi.
Pagi tadi punya pose sebelum keluar pi keje dengan tangan sebelah ke atas sebab tengah genggam kacang buat kunyah-kunyah dalam keta. Ni salah satu kaler shawl yang aku rembat kat Ariani last week. Aku menyeru korang tolonggggggggggg la serang Ariani. Sauk sekali yang ada sebab kalau nak tunggu sale, licinnnnnnn. Terkebil-kebil mata kau nanti tengok orang jinjit beg Ariani. 

Kalau beli now memang mahal, lebih baik tunggu sale.
Tapi shawl yang aku beli ni tengah ada pakej, sale ke tak sale ke harga dia sama je. Tinggal lagi tengah tak sale orang tak ramai. So, pergilah.