2021-11-16

Selalunya maid yang lari dari rumah ni sebab nak kejar gaji tinggi.


Siapa pernah ada pengalaman maid lari?

Memang banyak dah kes maid problem.
Ada yang sebab tak tahan dengan majikan.
Ada yang sebab hasutan member.
Ada yang memang bangsa pemalas nak kerja.
Datang sini nak buat apa tak tahulah.
Suruh buat ni nggak bisa. Suruh buat tu nggak bisa.
Kalau mentekedarah, memang tak payah disuruh. 24 jam pun, bisa.
Tapi tak semua bibik buat perangai.
Ada kalanya majikan yang macam setan.

Zaman aku ambil bibik dah berlalu.
Sekarang weekly bibik saja, itupun 4 jam.
Bibik pertama alhamdulillah kekal berkerja cukup 2 tahun. Bibik Yani namanya.
Waktu tu dia pertama kali datang berkerja negara orang.
Dia pun takut, aku pun takut. Sama-sama first time.

Aku memang minta kat agen nak bibik yang boleh jaga anak sebab masa tu dah mengandung Redza.
Masa tu agen minta tak mahal sangat macam sekarang.
Dulu RM4K je. Tapi ye lah, 18 tahun dulu, RM4 tu besar juga nilanya.
Nak lagi untung kitorang yang baru nak mulakan hidup.
Memang berpikir-pikir juga nak invest kat bibik.
Duit bukan ada sangat, kalaulah agen tipu, memang menangis.
Alhamdulillah, proses semua lancar. Bibik pun ok.
Tapi tu lah, aku tak sure if bibik-bibik ni memang betul-betul susah ataupun agen dah ajar dorang supaya tak perlu bawa barang banyak nanti majikan sediakan semua.
Sebab bibik aku yang pertama tu datang dengan 2 helai baju je.
Baju dalam sepasang je.
Telekung takde, toiletries takde. Berus gigi pun takde.

Masa tu kitorang pun first time handle bibik.
Menggelabah jugalah nak siapkan semua.
Belikan baju, seluar, pakaian dalam, pad, toiletries.
Dah macam menyambut 2 baby baru.
Persiapan baby pun kena buat, persiapan bibik pun buat 😁.
Oh yes, sebelum bibik datang kitorang siapkan bilik dulu.
Belikan katil queen satu, almari satu.
Memang rabak poket nak menyambut bibik.
Reason belikan katil queen sebab aku tak plan anak tido dengan aku.
Anak memang aku plan untuk tido dengan bibik.
Aku nak tido dengan laki aku aman-aman tanpa gangguan [matila kena kecam "mak apeni?"].

Mula-mula sampai tu dia homesick juga.
Tapi buat kerja tetap buat kerja.
Cuma kesianlah.
Nak suruh buat kerja lebih-lebih pun tak sampai hati sebab kita pun pernah duduk asrama and tahu homesick macamana.
Orang kalau homesick ni motivasi nak berkerja tu slow.
Jadi, aku bagilah dia call family 2 minggu sekali, sementara belum ada gaji.

Oh yes, dulu bibik-bibik ni 3 bulan takde gaji.
Aku tak tahulah apa perjanjian dorang dengan agen.
Dalam masa 3 bulan tu memang kerja free tak pegang duit.
Jadi selama 3 bulan tu aku pejamkan mata je lah bill phone ke Jakarta.
Tapi dia pun tak sembang lama.
Nampaklah seronok sikit dia dapat dengar khabar berita orang kat kampung.
Aku pun seronok bila bibik seronok. Lega aku nak pi kerja.

Dulu aku menyewa apartment.
Kesian kalau bibik terkurung dalam rumah.
Jadi, aku biarkan dia nak turun ke playground bawak Redza. Biarlah dia bergaul.
Ramai bibik-bibik lain kat situ.
Tapi kan, ada beberapa kejadian berlaku.
Bukan antara bibik dengan bibik tapi antara bibik dengan majikan.

Aku tak tahulah apa masalah bibik lain dengan majikan dorang.
Bibik aku ni kadang-kadang bercerita dengan kawan dia aku belikan perfume, belikan baju baru, bawak makan kat luar, bawak pi jalan-jalan.
Mak Aji bagi dia pocket money RM20 pun dia cerita.
Seronoklah agaknya.
Bagi aku, benda tu biasa je kot sebab dah tentulah aku makan kat luar atau pegi berjalan angkut bibik sekali.
Dah memang digajikan untuk jaga anak kot.
Kalau aku keluar dia tinggal rumah, apalah maknanya aku ambil dia berkerja, kan.

Ada majikan yang tak puas hati dengan bibik aku.
Dorang bagitau aku supaya nasihatkan bibik aku tak payah bercerita apa-apa kalau dapat apa-apa dari aku (majikan), sebab bibik dorang dah start demand macam-macam.
Aku macam...apa ke peliknya majikan gini?
Cuba bayangkan, kau run a business.
Staff kau demand beberapa perkara yang company lain provide.
Lojik ke kau sebagai majikan pi jumpa owner that company, mintak nasihatkan staff jangan share apa-apa dengan orang lain anything yang dorang dapat dari company tu?
Akai ada?

Ni jenis manusia yang esok kalau run business, orang lain takleh lebih dari dia.
Kalau lebih, dia sakit hati.
Kerjanya salahkan orang lain tapi taknak perbaiki diri.
Aku macam terpinga-pinga tak tau nak respond apa bila kena tegur gitu.
Dahlah aku tak kenal. Tiba-tiba nak sound aku.
Aku salah apa?
Salah sebab bawak bibik makan luar?
Salah sebab provide semua keperluan bibik tanpa potong gaji?

Patutnya kau slow talk dengan bibik kau.
Kenapa nak marah majikan lain hanya kerana kau tak boleh provide benda yang sama.
Dia punya bengang, sampaikan tak bagi bibik dia keluar rumah dah semata-mata tak kasi berkawan dengan bibik aku.
Tak lama lepas tu bibik tu lari.
Orang pertama yang dia cari of course lah aku.
Nak tanya bibik aku lari ke tak.
Aku cakap ada je ni ha.
Dia ingat bibik aku hasut ajak lari agaknya.
Senyum je lah aku dengan orang macam ni.
Jenis yang dia tak pernah salah.
Apa berlaku pada dia semua nak cari salah orang.

Bibik kedua aku hazab. Bibik Ida namanya.
Malas nak cerita banyak pasal ni sebab sekejap sangat, dalam 6 bulan gitu.
Tapi banyak gak hal dia buat dalam 6 bulan tu.
Yang ini dari malam pertama sampai aku dah nampak karakter tak reti buat kerja.
Terkibai-kibai bila suruh buat itu ini.
Nak kata budak-budak, dah ada 2 anak.
Secara lojiknya, beranak pandai, at least tahulah jaga anak.
Ini tak. Dia dengan Redza sama naik macam budak.
Pagi-pagi bangun bersila dengan Redza depan TV tengok Mr Bean (masa tu Redza 2 tahun lebih).
Tak buat breakfast, tak basuh baju, tak menyapu.
Semua tak.
Dia bangun, buatkan susu untuk Redza lepas tu sama-sama duduk tengok kartun.
Dia pulak yang terbahak-bahak depan TV tu.
Aku dengan En Wan ada lagi kat bilik belum keluar pi kerja.
Kadang tu sambil tengok kartun sambil makan Mamee and main lori Redza.
Aku konfius kejap, aku ni ambik pembantu ke, ambik anak angkat terencat akal?

Otak tak berapa nak center pun ye gak.
Sebab tu dia lari, maybe bodoh sangat.
Senang benar nak percaya cakap member.
Ntah mana la meruyup pompuan tu.
Dah la buat cerita kat kawan-kawan dia aku tak bagi dia makan 6 bulan.
Kalau aku tak bagi kau makan 6 bulan dah lama kau mampos.
Nak menipu pun tak cerdik.
Kalau cakap aku tak bagi makan 6 hari lojik la jugak.

Bibik yang nombor 2 ni paling menaikkan darah aku.
Sebab macam bangang sangat. Semua benda dia tak reti buat.
Aku tak tahu dia beranak sampai 2 kali tu memang kerjanya siang malam gentel pelir laki.
Sebab bodoh nau.
Maybe anak-anak dia mak yang jaga.

Masak tak pandai.
Kalau cedok lauk dalam mangkuk, semua yang dalam peruk tu dia curah dalam mangkuk sampai kuah betul-betul nak melimpah dari mangkuk.
Last-last aku yang masak.
Tu belum lagi dengan mandi nak kena disuruh.
Rambut dia pun aku yang kena ingatkan "Dah shampoo rambut ke belum minggu ni?".
Ya Allah, dah macam ada 2 anak pulak aku.

Rambut berkutu satu hal. Denial pulak tu.
Bila aku cakap "Bik, rambut bibik ni ada telur kutu".
Dia boleh balas "Telurnya ajaaaa."
Habis tu mana datang telur kalau takde kutunya? Dia diam.
Bangsa tak cerdik tapi mulut nak menjawab jugak. Ini yang aku hangin.

Dia punya tak cerdik tu sampaikan bila aku tanya menyapu ke tak rumah ni?
"Sapuuuuu".
Dia ingat aku ni tak reti buat kerja agaknya.
Dia tak tahu aku pakar mengesatkan kaki atas lantai (hasil didikan Mak Aji).
Sekilas aku kesat dah tahu kau sapu rumah ke tak.
Aku tenung coffee table je dah tahu kau lap meja ke tak.
Aku merasa baju kat penyidai dah tahu kau sidai baju pukul berapa.
Jangan nak kelentong aku bab kerja-kerja rumah ni.

Aku saja campakkan tisu bawah rak tv.
2-3 hari tisu tu kat situ tak gerak-gerak.
Ada hati nak tipu aku kata menyapu.
Ada satu hari tu aku selak karpet, hah kau.
Bawah karpet ada plastik Twiesties!
Agaknya dia makan twisties, pastu dah habis malas nak bangun buang, dia selit bawah karpet.
Berapi aku. Sampai jiran sebelah picit bell nak tanya apa terjadi sebab rumah aku bising sangat.
Maunya tak bising kalau semua benda aku campak, lepas tu aku suruh dia kemas.
Saja aku nak tengok macamana dia kemas.
Selama ni aku bagi peluang, kau ingat aku bertolak-ansur sangat lah, ya.
Meh sini aku kasi keluar aku punya hantu, terus tak lama lepas tu dia lari dari rumah.
Tau pun takut kan.
Tapi puas hati lah dia lari sebab satu sen pun gaji dia tak dapat.
Duit gaji memang aku tak bagi cash.
Aku transfer dalam satu akaun khas, kalau nak duit baru aku keluarkan.
Rasanya dia sempat hantar kat mak bapak dia sekali je duit.
Tapi dia lari dengan mencuri tabung Redza. Gasak kau.
Yang penting passport kau aku pegang. Sila hidup sebagai pelarian.  

Bibik ketiga kekal 2 tahun 6 bulan.
Aku dah lupa nama bibik ni.
Ini bibik yang paling Redza sayang sebab bibik ni boleh main bola.
Masa ni Redza dah besar dah boleh main.
Bibik ni lah rajin main bola dengan Redza petang-petang.
Bibik ni jiran kepada bibik pertama aku, di Jakarta.

Bibik keempat adelah bibik yang aku transform jadi tailor, iaitu bibik Jamilah.
Bibik kelima adelah bibik Lenny.
Dua-dua bibik ni pun kekal 2 tahun.
Bibik tailor dengan bibik Lenny serentak berkerja di rumah aku.
Cuma bibik tailor balik awal 9 bulan sebab dia masuk awal.
Lenny habis kontrak 9 bulan selepas bibik tailor balik.

Selepas Lenny ada 2 bibik lagi, iaitu Bibik Cici dan Bibik Dewi.
Bibik Cici ni lari.
Tapi bibik ni aku dah boleh jangka - samada aku pulangkan balik ke agen atau dia yang akan lari.
Bibik Cici ni datang sebulan sebelum Lenny balik.
Sengaja aku ambik dia awal supaya dia boleh tengok macamana Lenny buat kerja.
Lenny pun boleh ajar-ajar dia.
Lenny dah bagitau aku awal-awal dah Cici ni malas.
Tapi aku minta dia ajarlah pelan-pelan, maybe Cici ni tak secekap dia.
Rupanya betul pun. Bukannya tak pandai, tapi pemalas.

Lenny kata kalau sidai baju, dia sidai gitu je.
Takde la dia nak keluarkan poket. Biar je poket bergulung.
Kalau kolar terlipat ke dalam, dia sidai bodoh gitu je tak betulkan kolar.
Kira macam buat kerja asalkan siap.
Macam Lenny, sekali harung dia cuci lantai ke tepi, dia akan tembak dinding sekali untuk buang pasir, lepas tu dia pancutkan sekali air ke pokok-pokok.
Itu cara orang pandai buat kerja.
Kalau orang tak pandai ni, tak terlintas lansung dalam kepala dia nak buat semua tu.
Bagi dia, kalau sidai baju, sidai je.
Dah sidai, masuk dalam. Menung.
Bila disuruh buat ini, baru buat.
Selagi tak disuruh dia tercegat kat situ tak buat apa-apa.

Masalahnya Cici ni lagi tua dari aku.
Takkanlah tak reti buat kerja.
Kalau aku minta basuh bilik air, dia simbah je air. Done.
Bagi dia asal bersimbah air, dahlah. Kira dah basuhlah tu.
Kalau minta mengemop, bergenang air kat lantai.
Dia tak reti nak perah dulu mop tu sebelum lap.
Dahlah guna air je, tak letak sabun apa semua. Padahal dah diajar.

Kadang aku terpikir dia ni pelupa ke, atau bengap?
Rupanya pemalas.
Orang kalau malas, jangankan buat kerja, memikir pun dia malas.
Tapi kalau TV pandai pulak.
Tak payah diajar pun tahu nak petik remote Astro tu.
Aku rasa Cici ni memang jenis ulu punya orang.
Jenis yang rumah memang dah biasa kotor.
Bila kerja di rumah kita, dia nampak semuanya bersih dan kemas sampai tak tahu nak bersihkan apa.
Tu pasal dia tercegat tak reti buat kerja.

Gamaknya fedap hari-hari aku terpekik kat dia, last-last dia lari.
Yang best tu kan, dia lari dengan siap membawa SEMUA barang yang aku bagi.
Pinggan mangkuk yang aku taknak guna, aku masukkan dalam kotak pastu nak buang.
Tapi dia kata nak. Ok aku bagi dia simpan dalam bilik.
Baju-baju aku dah taknak pakai, aku bagi dia sebab dia kata balik esok nak bagi orang kampung. Ok ambik.
Tu belum dengan periuk, kuali, cadar, barang mekap aku, etc.

Hari yang dia hilang, mok tengok barang-barang yang dia simpan dalam bilik semua takde.
Macam pelik jugak, sebab banyak.
Kalau nak lari, bawak diri je.
Takkan sempat nak bawak semua barang.
Lepas tu baru aku terfikir balik.
Selama ni, kalau malam-malam dah tutup lampu, aku selalu terdengar bunyi grill bawah dibuka.
Bila aku ajak En Wan jenguk, dia "Alah, bibik buang sampah agaknya".
Aku syak dia memang dah plan nak mengangkut barang dari rumah ni lama dah.
Mesti dah kaw tim dengan sesiapa malam-malam pass sikit barang-barang.
Dulu area rumah ni belum gated and guarded lagi.

Aku syak rumah aku kena pecah masuk dulu pun dia punya kerja.
Ntah dengan siapa dia kawtim.
Sebab tingkah laku dia macam pelik je masa hari kejadian tu.
Yang buatkan aku syak dia adalah sebab bag Chanel and beg Dior aku hilang.
Lain barang tak hilang.
Even jam-jam En Wan semua intact. Cash box pun tak berusik.
Laptop ada 3 biji atas meja bilik masing-masing, tak berusik.
Tapi 2 biji beg ni hilang.

Bila aku pikir-pikir balik, dia pernah tanya aku harga beg-beg ni.
Aku pulak bercerita yang beg-beg ni boleh dijual balik sebab orang memang suka dua brand ni.
Hah kauu, memang itu yang dia tuju agaknya.
Beg Coach aku masa tu ada 3, helok je dia campak je atas lantai tak berambik.
Agaknya kalau dia tahu Coach tu jual pun laku, pun dia sebat.

Oh lagi satu.
Sebenarnya ada 2 kali kejadian duit En Wan hilang.
En Wan ada simpan duit a few hundreds dalam sling bag dia. Hilang.
Punyalah kitorang tak terfikir yang dia akan ambik duit tu.
Kesian Redza, bertubi-tubi kena soal dek bapak dia.
Bila pikir-pikir balik, selama ni bersilih ganti bibik dalam rumah takde lansung kejadian duit hilang.
Bila bibik Cici dah takde, helok je aman takde kejadian duit hilang lagi.
Nampak sangat, kan?
Ni sepesen dengan ex aku dulu la.
Masa dia dengan aku 3 kali purse aku hilang.
Lepas break, elok je purse aku duduk diam-diam.

Bibik Dewi paling singkat, sebulan je.
Ayah dia panggil balik.
Bibik Dewi ni sebenarnya ada kerja di Jakarta.
Dia kerja bahagian akaun. Pandai cakap omputih.
Dia lari ke Malaysia sebab frust laki dia ada perempuan lain.
Sebulan dia di sini, ayah pujuk balik.
Aku cakap kat En Wan, tak patut pun dia kerja jaga anak kita.
Bagilah dia tempat yang adil untuk dia.
Maka sebulanlah dia kerja sini.

Walaupun kat TV and paper dulu selalu tunjuk bibik lari antara sebabnya adalah didera, aku yakin kebanyakkan kes bibik lari adalah sebab lain.
Kebanyakkannya terpengaruh dengan cakap member "Kat sana gaji lagi mahal".
Tapi yang pelik, tak boleh ke terfikir kat kepala kau, kalaulah betul kat sana gaji mahal, majikan baik, dapat cuti 3 hari seminggu bagai dikata, kejadah apa kawan kau tak kerja "kat sana"?
Apesal dia suggest kat kau pulak?

Contohnya ada sorang bibik ni dia kerja dengan kawan aku.
After 7-8 bulan dia hint kat majikan "Kawan saya kata di sana tu butuh pekerja restoran, gaji RM1000 sebulan".
Tu nak bagitau yang gaji dia sekarang rendahlah.
Kalau kau tak naikkan gaji aku, aku blah.
Lebih kurang macam tu hintnya.

Memanglah gaji kat restoran mahal tapi kerja dia macamana pulak.
Dulu aku always bagitau bibik-bibik aku, kalau rasa-rasa nak cari kerja lain, bagitau aku.
Jangan nak lari bodoh macam tu je.
Aku takde hal nak lepaskan, tapi sebelum aku lepaskan aku nak kau pikir seratus kali.
Kerja kat restoran, butik, salon, memang gaji lebih mahal dari jadi maid.
Maid tahun 2014 dulu around RM800.
Ada yang masih bagi RM600.
Kerja kat kedai boleh dapat RM1000 (pada waktu tu, sekarang rasanya min RM1500).
Tapi kena tengok pula kerjanya macamana?

Kat kedai, ada peluang nak bersantai-santai sambil kerja sambil mengadap sinetron?
Kalau kat rumah, sambil-sambil lipat baju, gosok baju, boleh juga mengadap TV.
Aku pula jenis tak kisah nak tengok tv ke, nak membuta ke, yang aku tau balik rumah semua kerja siap.

Gaji yang kedai bagi kau tu adakah termasuk tempat tinggal, makan dan pengangkutan?
Kalau jadi maid, tido baring free, makan free, pi jalan aku angkut sekali.
Kau punya deodoran, pad, pencuci muka, sabun, shampoo, even kau punya jamu pun aku belikan sikit tak potong gaji.
Agak-agak kalau kerja kat kedai majikan nak layan macam tu? Dia bolayan lagi ada.

Sometimes, maid-maid ni bila dengar gaji RM2K dah meloncat.
Tapi tak selidik dulu adakah 2 ribu tu dapat bersih?

Macam bibik tailor aku dulu.
Gaji dia aku bagi more than RM1500 tapi less than RM2000.
Masa kitorang bincang tentang gaji dia before aku convert dia ke position tailor, dia bagitau gaji dia di Saudi dulu 2500 rupi, equal to RM2500 Malaysia.
Dengan skill dia, aku agree dia layak dapat gaji macam tu.
Tapi aku explain kat dia, gaji RM2500 di Saudi memang lagi banyak dari apa yang aku offer.
Tapi kena ingat, di Saudi, dia menyewa sendiri.
Makan sendiri. Pengakutan ke kedai pun sendiri.
Nak berjalan, nak bercuti semua sendiri.
Di sini, dia duduk rumah aku free, ada bilik sendiri, makan apa yang aku makan, bil letrik air tak payah bayar, nak tengok TV tak kisah, pergi kerja berhantar berjemput.
Segalanya ditanggung.

Kalau aku outstation or tak dapat nak hantar, aku sewakan teksi fetch dia dari rumah ke tempat kerja dan teksi tu akan jemput dia balik dari ofis bila habis waktu kerja.
On top of that aku bagi dia komisyen sekiranya dia hit sales target (walaupun sebenarnya tugas mencari sales adelah aku, dia hanya siapkan tempahan saja).
Tapi takpela, aku bagi komisyen supaya dia semangat nak siapkan tempahan lebih banyak.
Aku pernah tanya sorang tukang jahit kat butik, gaji RM1600.
Tapi makan sendiri, pergi kerja duit minyak naik motor sendiri, sewa rumah sendiri.

Majikan-majikan jangan melenting cepat sangat kalau maid hint-hint nak cari kerja tempat lain.
Kena explain pelan-pelan sebab kita tak boleh anggap pemikiran dorang adalah seperti kita.
Bukan nak kata kita pandai, tapi dorang selalu terlepas pandang benda-benda penting macam ni.
Dorang cuma nampak figure je.
Tapi kalau dorang insist nak berhenti, kita masih boleh kenakan syarat.

Macam aku dulu, aku cakap perjanjian kita adalah 2 tahun.
Kalau nak berenti kerja dari rumah, aku akan belikan tiket and hantar kau balik.
Batalkan permit.
Nama aku nak pass kau kat majikan lain, sorry.
Aku berhabis nak bawak kau datang Malaysia kot.
Jadi, aku akan hantar kau balik Indonesia dulu.
Lepas tu kau nak datang balik Malaysia kerja dengan orang lain itu kau punya pasal.
Melainkan kau nak lari jugak, silalah lari sebagai pelarian sebab passport kau aku pegang.

Bibik pertama aku Yani, pernah datang semula ke Malaysia berkerja dengan restoran.
Dia akui jauh beza dengan jadi maid.
Walaupun gaji lebih besar, tapi majikan sewakan flat serumah duduk 4 orang.
Flat dengan hanya ada tilam, crowded, bersepah. Tapi gaji besarlah.
Hujung minggu boleh bercuti satu hari.
Tapi tak dapatlah kau nak selesa macam dulu.
Kerja pun asik berdiri je. Karang duduk kejap kena sound dek majikan.
Baju raya pun kena beli sendiri.
Kalau dengan aku dulu 2 pasang aku belikan siap dengan tudung warna sepadan.

The scenario samalah macam kita berkerja sekarang.
Selalunya kita nampak figure dulu.
Jarang nak tengok keselesaan yang lain.
Yang dah kerja 10 tahun ke atas selalunya akan consider perkara lain selain gaji.


2021-11-12

Orang tu tengah berkerja, bukan menggatal.


Aku benaunya nak tulis pasal lain, tapi berapi-api pulak aku membaca DM pagi ni.
Isnin baru ni aku jumpa dengan big boss MJA.
Aku ambik gamba makanan atas meja and upload kat IG.
Dalam gambar tu tak nampak muka big boss, hanya nampak pinggan aku, pinggan dia and tangan dia atas meja saja.

DM yang aku baca pagi ni, that lady cerita beberapa tahun dulu dia pernah hampir dibuang kerja sebab husband dia sound seorang client lelaki yang call dia selepas Subuh.
Nak dijadikan cerita customer tu key person untuk projek yang dia sedang handle.
Aku tak sempat lagi nak reply tanya selanjutnya.
Dia bertanya En Wan tak kisah ke aku keluar dengan lelaki lain.
Dalam kes dia, untuk menyelamatkan rumah tangga, dia resign.
Hampir-hampir nak kena buang kerja katanya sebab customer tu nak withdraw collaboration dengan majikan tempat dia berkerja.
Untuk tak keruhkan suasana, dia resign.
Now dia dah kerja tempat lain tapi "kerja biasa-biasa".
Aku tak tahu apa yang dimaksudkan dengan kerja biasa-biasa.
Maybe rendah sikitlah jawatan berbanding kerja lama agaknya.

Memandangkan aku tak sempat nak reply apa-apa, aku pressume dulu dia terlibat dengan sales.
Jika betul, maka I can relate.

Tahun 2010, tengah sedap buat kerja, ada call masuk.
Nombor dari utara. Perempuan.
Dia tanya "Ni kat mana?".
Aku tak syak apa-apa lagi waktu ni sebab aku kan merayap sana-sini buat sale, jadi soalan tu biasa kalau procurement nak semak company aku dari mana.

"Seri Kembangan, Selangor" (dulu ofis aku di sini).

"Siapa nama you?"

"Diana. Siapa ni, ya?"

"Ada tak kawan lelaki di UiTM?"

"Kawan tak ada, kalau customer ada. Kenapa, ya?"

"Ini company ke?"

"Ya, company. Puan cari siapa?"

"Ok takpe"

Aku macam...salah nombor ke?
Oklah, aku pun malas pikir.
Tak lama lepas tu, aku outstation ke utara.
Masa ke UiTM jumpa customer, dalam pada aku sembang-sembang tu teringatlah hal ni.
Aku pun santai je lah cerita kat customer aku.
Customer yang aku sembang ni agak rapat juga la sebab dia sama umur.
Walaupun aku panggil dia Dr, tapi kalau sembang macam member-member.
Rupanya, yang call tu wife dia!
Dia kata dia tahu hal tu cuma dia malas nak cerita kat aku.

Kisahnya, wife dia check bil henfon dia and nampak bulan tu nombor aku banyak keluar.
Suspicious la member agaknya.
Tanpa bertanya kat husbabd (agaknya kalau tanya ada possibility husband nak kelentong), dia terus call aku.
Nasib baik malam tu dia cerita kat laki dia.
Terus laki dia explain siap tunjuk rekod-rekod sms kitorang (zaman dulu pakai sms, nak) .
Semua sms tentang kerja.
Wife dia suspicious laki dia ada skandal sebab ada rekod call dibuat waktu malam.
Terperanjat aku dengar, segan pun ada.
Sebab ingatkan nak sembang-sembang santai je.
Nasib baik tak terkutuk bini dia depan-depan. Hahahaha.

Begitulah ya, orang kalau tak biasa dengan life seorang sales, memang mudah nak bersangka-sangka.
Itu cara-cara suami isteri. Kalau orang luar lagilah.
Memang sedap je buat fitnah.
Dulu apa ajelah fitnah yang aku tak kena.
Nak pulak dulu free hair.
Pakaian pun tema lurah dendam.
Memang tak mampu nak bersangka baik kat aku dah.
Nampak aku makan berdua dengan lelaki, sanggup ni pi cari email En Wan kat kilang, hantar gambar!
Dulu I kan blogger hawttt dan sentiasa diperhatikan.
Gila tak panas cerita nampak Diana Ishak minum-minum berdua dengan lelaki lain? Harus la report!
Tapi bukan nak kata apa la, orang lain yang lepak berdua dengan lelaki, orang lain yang bercerai (eh!).

Dia macam ni lah, kalau kita tak tahu kisah, jangan cepat sangat nak melompat.
Macam cerita pen-DM aku tadi.
Kalau laki dia jadi laki aku, memang aku sound tegak je.
Suami tak suami. Kalau ganggu kerja aku tanpa tahu hujung pangkal, memang aku smash.
Apa kau tak rasa bersalah ke main sembur je caller tanpa usul periksa?
Kalau pun orang tu call at odd hours (selepas Subuh), kau kan tahu bini kau kerja macamana, tak boleh ke kau bersabar sikit untuk bertanya hal sebenar dulu?

Dari pengalaman aku kerja sales, customer memang akan call pada bila-bila masa dia suka.
Public holiday, pagi, petang, malam.
Selalunya yang call at odd hours ni urusannya penting, takut terlupa kalau tak call sekarang.
A few months back, hari Ahad, customer di universiti call aku "Diana, boleh tak kita zoom kejap. Kami tengah meeting untuk semak syllabus ni. Ada beberapa perkara kami nak tanyakan sebab nak tunjuk slide".

Ahad, ya.
Terus delay kejap aku lunch hari tu nak settlekan zoom dulu.
Tapi En Wan dah faham kerja aku macamana.
Nak pulak customer aku kena present kat Senat Universiti keesokan harinya, dah tentu dia peduli apa Ahad ke tak.

Kesian pulak reader aku tu, buta-buta gitu je resign sebab suami buat hal.
Kalau tak resign pun aku syak dia akan tanggung malu.
Mana muka dia nak berdepan dengan colleague, dengan boss, dengan customer.
Orang akan kata di mana profesionalisme dia kalau hal kerja pun suami kawal?

Aku agree, customer tu call di luar waktu bekerja.
Ya, betul.
Tapi that customer bukan random guy yang call tanpa tujuan.
Dia call ada tujuan.
Boleh tak ada understanding hal macam ni?
Kalau tak nak jaga air muka isteri pun, tak mahu nak jaga air muka sendiri ke?
Lepas ni kalau ada company annual dinner ke, bos buat open house ke, kau dah malu nak datang.
Bila malu nak datang, kau halang isteri untuk attend.
Lama-lama isteri kau nampak so unprofesional.
Aduiyaii, pakailah otak sikit, bang.

Kerjaya aku dulu boleh dikatakan setiap masa aku ada dengan orang lain, tak kira lelaki atau perempuan.
Yang perempuan selalunya lebih suka berjumpa di bilik.
Kalau lelaki lebih suka jumpa di luar.
Aku faham kenapa.
Aku ni sales perempuan. Kalau jumpa lama-lama dalam bilik, kena gossip.
Jumpa kat cafe tempat kerja, collegue ramai memandang.
Kalau 1 kali jumpa maybe orang tak berkata-kata.
Dah kalau sampai 5-6 kali jumpa asik nampak dia dengan aku di cafe yang sama je, dah tarnish nama dia pulak (walaupun dia tak buat apa-apa).
Jalan yang dorang suka adalah "Diana, kita jumpa kat Maulana" (Maulana tu mamak, ya).
Kalau jumpa customer outstation lagi best, dapat jumpa kat kedai sotong celup tepung, jumpa kat warung mee udang, jumpa kat Laksa Kak Su. Pehh!
Tapi, bila jumpa kat kedai luar, akulah pulak yang kena kecam.

Mujurlah aku sejenis hati kering.
Gasak kau nak cakap apa, asal aku tahu aku sedang berkerja.
En Wan sangat faham bab ni.
Pernah sekali dua dia dapat email orang snap gambar aku tengah lepak dengan lelaki lain, balik kerja tu nanti dia tanya aku ke mana, jumpa siapa.
Tapi dia tanya lembut-lembut je.
Hujung-hujung tu dia cakap aku kena hati-hati.
Kalau dah sampai orang sanggup cari email dia untuk sampaikan gambar aku, maknanya orang sedang memerhati.
Dia kata dia tak kisah sebab dia tahu kerja aku, cuma kalau dah sampai gigihnya menshare gambar, bermakna aku dalam keadaan bahaya.
Tapi aku buat dek jelah.
Biasa la tu teruja jumpa orang famous, mestilah nak ambik gamba.
Paparazzi kan di mana-mana.

Dia macam ni lah, kalau kita duduk serumah pun tak percaya pada pasangan, nak harapkan kepercayaan siapa lagi?
Orang luar tu ingat concern sangat kalau kita ada masalah rumah tangga?
Dorang lega tau tak kalau tahu kita ada masalah so that they feel they are not alone.
Dah tinggal serumah, apa-apa hal kalau tak sedap hati, bertanyalah dulu.
Dah cukup bukti, terpulanglah nak serang ke apa.
Selagi takde bukti, jangan terlampau cepat sangat berandaian.
Cuba letakkan diri kita di tempat customer yang call tu.
Dia call nak bagitau perkara urgent, tau-tau kena sembur.
Kalau aku jadi customer tu pun aku withdraw semua projek.
Taknak aku. Silap-silap esok aku kena minta kebenaran suami dia.
Dah tak payah, kau duduk rumah je.



2021-11-11

Plant Therapy dari Facile Favour.


Semenjak Covid last year, macam-macam rawatan alternatif orang pakat share - dari makanan sunnah, rebus rempah-ratus, hidu essential oil, hinggalah ke ubat cacing haiwan.
Semuanya di-suggest.
Terpulanglah kalau nak ambil, asalkan jangan sampai yang hear-say dipulun tapi yang scientifically validated dibuang.

Essential oil secara saintifiknya diakui boleh membantu treat pelbagai jenis keadaan kesihatan.
Tapi tak semua essential oil ada strong therapeutic properties.
Dan yang paling penting semua kena faham, just because something is natural doesn’t mean it’s safe.
Banyak essential oil brand yang tulis kat label 'NATURAL', atau 'PURE', atau 'MEDICAL GRADE'.

Tumbuhan dan produk herba ada banyak bioactive compounds yang boleh membahayakan kesihatan, dan essential oils tak terkecuali.
That's why GreenAard sangat berhati-hati in selecting siapa boleh ambil, siapa tidak.
Kami tak mahu suka-suka jual dekat semua orang because of sebab inilah - kerana ekstrak tumbuhan banyak bioactive compounds.
Tak bahaya pun, cuma akan jadi bahaya kalau tak sesuai dengan keadaan kesihatan seseorang.
Contohnya, GC PLUS.
Ramai yang ada darah tinggi nak guna GC PLUS, tapi aku tak benarkan kerana dalam GC ada potassium yang boleh kacau ubat darah tinggi.

Walau bagaimanapun, bioactive compounds dalam essential oil bila dihidu atau digabungkan dengan base oil, kebanyakannya boleh dianggap selamat.
Tapi kita kena consider orang disekeliling yang maybe sensitif dengan bauan ni especially pregnant women, kanak-kanak dan pets. Kerana, setiap orang beri tindakbalas berbeza terhadap bioactive compound.
Kebanyakkannya ok saja, cuma certain orang alah.
Maybe akan dapat rashes, pening kepala, atau allergic reactions.
That's why aku macam pelik je dulu bila dengar some agen kata "Kalau pening bila hidu certain aroma, maknanya kita ada penyakit yang aroma tu boleh heal-kan. Kena teruskan guna sampai penyakit hilang, nanti takkan rasa pening lagi".
Aku macam...errr can I talk to your boss? (gitewww).

Selalunya bila sebut Essential Oil orang akan terbayang harganya.
Tak dinafikan harga kebanyakan essential oil yang aku pernah guna, mahal.
Salah satu sebab kenapa some essential oil mahal daripada yang lain adalah disebabkan kos dan proses production yang complicated.
Bukan ada satu cara saja extract oil ni.
Ada yang guna method water distillation, steam distillation, solvent extraction, cohobation, maceration - ini semua antara commonly used methods.
Kalau sesuatu bahan tu tak boleh keluarkan minyak melalui method distillation, maka producer akan gunakan method maceration.
Kalau bahan-bahan yang heat sensitive macam hyacinth, producer gunakan method solvent extraction.
Distillation selalunya diguna untuk ekstrak rose.

Sebut pasal rose, another reason kenapa essential oil mahal adalah sebab nak extract rose tak guna hanya sekuntum dua je.
Lebih kurang 250 ribu kelopak rose diperlukan untuk hasilkan 5ml oil, ya.
250K kelopak tu agak-agak berapa kuntum rose kena pakai?
Yang biasa belikan bunga rose untuk isteri tahulah kalau sedozen tu berapa hengget. Menangis harganya.
Tu baru cerita kelopaknya, belum lagi cerita yang bunga mesti dipetik dengan tangan, dan dipetik dengan teliti.
Ada caranya. Bukan main petik gitu je.
Essential oil Jasmine contohnya, nak petik the best Jasmine bagi menghasilkan oil yang bagus, dikatakan seseorang mesti ada pengalaman bekerja at least 25 days.
Macam tu telitinya production essential oil.
Dapat kat kita, manjang mintak diskaun.

Lagi satu yang buatkan harganya mahal is because of the rarity of the plant dan kawasan mana ia ditanam.
Keadaan yang sukar untuk menanam tumbuhan tu pun salah satu faktor juga yang menjadikan harganya mahal.
Hat ni normal lah. Benda rare, kan.
Contohnya Essential Oil Sandalwood.
Mahal aroma ni, sebab tumbuhan ni dah makin berkurang sebab high demand.
Nak dapatkan Samdalwood yang berkualiti, pokok tu kena harvest paling cepat pun bila umur dia dah 15 tahun.
Selagi tak capai 15 tahun, tak boleh harvest.
Jadi, kalau harganya mahal, kau pejam mata je lah beli.

Antara oil yang murah adalah buah-buahan citrus macam Lemon.
Selalunya brand bagi lemon oil as free gift.
Ini kerana nak extract oil dari lemon agak senang. 
Bila extraction senang, source pula banyak, maka harganya murahlah. Bolehlah bagi free.

Ok, let's talk science. Ini bab yang aku suka.
Betul ke essential oil boleh heal itu, heal ini?
Hanya dengan menghidu saja boleh heal? Really?

Pernah dengar Vick’s Vaporub?
Mesti pernah guna, kan?
Kalau batuk, sapu kat dada sebagai penahan batuk.
Tahu tak Vick’s Vaporub ada essential oil eucalyptus dan cedarleaf?
Oil ni dicampur dengan petroleum jelly maka terbentuklah Vick’s.
Menjadi ke tak Vick’s tu selama kita pakai ni? Membantu, kan?

Tapi ye lah, buat masa ni takde penyelidikan yang disokong bukti menunjukkan some penyakit yang boleh disembuhkan melalui penggunaan essential oil.
That's why awal-awal tadi aku dah tulis, oils adalah alternative treatment.
Selagi kita boleh ambil ubat, ambillah.
At the same time kalau nak guna oils, guna.
Jangan tolak ubat terus sebab bukan semua oils ada evidence-backed research.

Antara yang proven adalah tea tree oil untuk treat acne.
Rosemary oil untuk treat hair loss.
Cajuputi untuk treat infection.
Tiger Balm and Minyak Telon ada cajuputi oil.

Sebut pasal tea tree ni, nak bagitau, kalau beli oil, tanya dulu agen tea tree oil tu extract dari Melaleuca alternifolia ke Melaleuca cajuputi?
Melaleuca itself dah bermaksud tea tree.
Semua Melaleuca ada bau yang sama, tapi bila spesis berbeza, maka therapeutic properties juga berbeza.
Melaleuca alternifolia untuk treat penyakit kulit.
GreenAard Cleansing Gel gunakan spesis ini.
 
Melaleuca cajuputi pula fungsinya untuk treat infection, bukan untuk kulit.
Ada orang bila dengar tea tree oil je, terus tenyeh kat kulit.
Bila takde kesan, marahkan produk.
Padahal kena tau tea tree itself ada macam-macam spesis.
Ini juga antara sebab kenapa GreenAard Cleansing Gel tak dapat nak dijual murah sangat.
So far paling rendah pun boleh bagi diskaun RM9 je sebab Melaleuca alternifolia yang kami guna imported from Australia sebab spesies terbaik tumbuh di sana.
Cajuput terbaik pula dari Malaysia and Indonesia.



👆 I am using this at the moment - Plant Therapy.
Kalau tak salah aku, oils dari brand lain juga ada range for kids, Plant Therapy tak terkecuali.
Jadi, mak-mak yang concern dengan kids safety, jangan risau tentang ni kalau interested dengan Plant Therapy.
 
Selalunya orang beli essential oils kerana sifatnya yang boleh merawat (therapeutic properties).
Penting untuk kita pilih oils yang benar-benar diekstrak dengan betul, kalau tak sia-sia je lah beli sebab tak dapat benefit therapeutic propertiesnya.

"Mesti ada tulis kat label perkataan 'PURE' kan?"

Tak semestinya.
Kalau setakat word PURE, sesiapa boleh letak PURE sebab label boleh dibuat sendiri.
Masa aku present paper untuk course food safety hari tu, aku ketengahkan tajuk Food Adulteration.
Dalam essential oil pun boleh berlaku adulteration (pemalsuan) bila oils dicampur dengan fragrance.
Oleh kerana tak ada organisasi yang mengawasi kualiti oils, 'Gred Terapeutik' hanyalah satu marketing game.
Any company can say their oils are therapeutic grade.
Cara untuk pastikan the oils benar-benar pure, ask for GC/MS report (Kromatograf Gas/Spektrometer Jisim).
Plant Therapy memang ada publish report ni kat website dia. Downloadable.

Ini set terbaik.
Untuk korang yang first timer nak cuba essential oil, mungkin tak berani nak beli sekali banyak macam ni.
Tapi untuk yang dah biasa dengan oils, angkat je set ni.
Ini set yang standard untuk kegunaan harian.
Contohya, lemon, peppermint, tea tree and lavender ni semua standard oils yang must have at home.
Paling tak pun beli 2 ketul dulu antara 4 ni.
Tapi kalau korang dah biasa dengan oils, angkat je set 7x7 ni sebab dalam tu ada 7 essential oil single dan 7 essential oil blend.

"Blend tu apa ya, makcik?"

Blend tu adalah campuran 2 or more oils yang dicipta untuk 'bekerjasama' membentuk satu oil yang lebih kompleks untuk tujuan tertentu.
For example, kalau nak relaxing experience, boleh guna Plant Therapy Relax Blend.
Antara blend dalam pakej ni are Energy blend, Sensual blend, Relax blend, Tranquil blend.
Scientists do a lot of research when creating essential oil blends.
Ini bukan campuran main campak-campak ya, semua ada formulanya sendiri.
Dan formula blend oil Plant Therapy berbeza dengan blend oil brand lain.
Malah, selling point brand Plant Therapy ni terletak pada blend oil-nya sebab dia ada good range of blend.

Normal price set ni RM380.
Sempena Sale 11-11, hanya RM342.
Boleh ke sini berminat.

Nak set yang lebih budget? Adaaaaaa.
Ambil set atas ni - Breathe Easy Set.
Kalau baru nak cuba-cuba pakai oils, set ni berbaloi.
Harga pun tak mahal mana, sesuai dengan kualitinya.

Normal price RM191.00.
Harga Sale 11-11 RM159. Banyak diskaun tu.
Boleh ke sini kalau berminat.

Oh, lagi satu orang selalu belek bila beli oils adalah whether it is organic or not.
Darling, organic is not always good and its benefits bergantung kepada konteks.
Aku faham, most people merasa organic is healthy sebab tak banyak guna pesticides maka tumbuhan tersebut pasti lebih baik, kan?
The thing is, pesticides tak kacau nutrient dalam tumbuhan pun, dia cuma kacau kita kalau pesticides tu dah dibersihkan dengan betul sebelum guna.
Be it tumbuhan tu organic or not, the nutrient intact.
So, organic and non-organic plants do not differ that much.
Stop going after labels lah. Instead, start demanding better practices.
Contohnya look for macamana oil itu diekstark atau the GC report.

Essential oil Plant Therapy ni ada yang menggunakan organic plant, ada yang tak.
One thing yang aku suka, Plant Therapy is very transparent about this.
Dia memang bagitau yang oils nya ada dari organic source, ada yang tak.
Why dia transparent?
Because they are SCIENTIST, bukan business owners yang simply cari duit dari mengeluarkan produk.
Scientist tahu organic atau tidak, the nutrient quality tak banyak beza.
Tapi Plant Therapy ada carry juga a small line of certified organic oils.
Kalau korang insist nak dapatkan organic oil, boleh beli their certified organic oils.
Nantilah aku ada masa aku tulis pasal kenapa ramai farmers tak dapat nak certify produk dorang as 100% organic.

Ini lagi satu selling point Plant Therapy.
Dia ada portable diffuser, boleh bawak masuk dalam kereta.
Atau, kalau nak travel mana-mana pi vacation ke apa ke, malas nak angkut diffuser kat rumah, boleh bawak je portable diffuser ni.
Hat ni rechargeable ya, boleh bertahan 3 jam with a full charge of 4.5 hours.
Ada 2 warna, salah satunya rose gold.

Normal price RM258.00.
Sempena Sale 11-11, RM216.00.
Boleh ke sini kalau berminat.

Ha tunggu!!
Sebelum korang klik apa-apa di link yang diberi tadi, ini ada special announcement.

Announcement yang pertama:
Sebut je nama "Diana Ishak/ Kak Di/ Green Apple" (Ya Allah, valid lagi rupanya nama Green Apple ni 😁), atau apa-apa je yang berkaitan dengan Diana Ishak, kau sebut samada di whatsapps, chat atau comment di mana-mana platform Shopee atau Lazada, akan menerima 10ml handmade roll on bagi setiap pembelian minimum 2 botol EO @ RM50.
Boleh pilih bau apa yang ada (kalau ada stok), atau kalau stock habis, free item akan diberi secara random.
Yang penting bawa balik satu benda free.

Announcement yang kedua:
Dengan setiap pembelian minimum 3 botol EO @ RM100, selain akan dapat roll on free tadi, korang juga dapat 1ml (20 drops) repacked EO sample.
Yang ni memang tak dapat dekat mana-mana, hanya followers/readers Kak Di saja yang layak.
Fuh! Tiba-tiba terasa jadi orang penting pulak. Kahkahkah.

So, silakan grab special offer tu.
Di sini dah ada Set 7x7 Plant Therapy. Di sana bila lagi?
Tulis nama aku besar-besar masa place order, ya.
Nah whatsapp sini untuk beli. Nak tanya-tanya dulu pun bolehhhhh. 


2021-11-10

Orang yang katanya hate kita tu sebenarnya bukan hate, tetapi ENVY.


Kes pulau-memulau dan silent treatment di tempat kerja adalah perkara biasa.
Malah, zaman skolah pun ada perangai gini.
Di kalangan cikgu-cikgu aku dulu pun ada.
Selalunya yang perangai gini, di kalangan cikgu-cikgu sesama sendiri pun ada yang tak suka dia.

Ada sorang cikgu tu tu sangat competitive.
Kelas dia tak menang kelas tercantik pun dia buat student musuh (student kelas yang menang).
Pernah cikgu tu masuk kelas kitorang (untuk tengok-tengok), lepas tu selamba cakap "Kelas macam skolah tadika".

Puncanya, kat board belakang kelas ada sudut kitorang letak gambar-gambar baby.
Bukannya ada maksud apa-apa pun, cuma gambar-gambar tu comel, jadi kitorang tampal kat situ.
Cikgu-cikgu yang mengajar kelas kitorang semua suka dengan gambar tu.
Sejuk hati nak mengajar nampak muka budak-budak comel kata dorang.
Tapi yang cikgu sorang tu berangin pulak tengok.
Padahal dia tak mengajar kitorang pun.
Asal selisih dengan kitorang je menjeling.
Lepas tu buat-buat tak minat nak mendengar.
Ntah hape hape perangai.

Seingat aku, tak pernah lagi kena pulau di tempat kerja.
Kalau ada pun aku tak perasan sebab aku tak berapa minat nak ambik tau apa orang lain buat kalau takde keperluan untuk aku ambil tahu.
Boleh jadi inilah agaknya punca kenapa aku sorang je dicampakkan ke department lain.
Agaknya dia memulaukan aku tapi aku tak perasan aku kena pulau.
Bengang agaknya aku tak perasan kena pulau, terus dia tukarkan aku ke unit lain. Hahahaha.

Banyak kali dah aku cerita pasal ni.
Sorang pegawai tu tukarkan aku ke unit lain dengan harapan aku miserable kat atas bila terpaksa berkerja sorang (tanpa geng).
Sekali kat atas tu lagi best.
Walaupun aku sorang je Research Assistant dan berkerja dengan 4 orang pegawai, meja sendiri pun takde (kerja dalam meeting room), tapi seronok.
Kat department baru takde politik.
Dorang meeting pun ajak aku join sekali, siap tanya pendapat aku lagi.
Pegawai preparekan speech text untuk Menteri, bila ada spot kesalahan tatabahasa dan aku cadangkan pembetulan, dorang accept.
One thing yang kebanyakan majikan terlepas pandang adalah, pekerja rasa seronok bila ada penglibatan.
Ini tak, kalau pegawai, pegawai je. RA level lain.
RA hanya menerima arahan, takleh bagi cadangan.
Kalau bagi cadangan, kena kecam. Pastu kena transfer.

Cuma tu lah, orang-orang macam ni sebenarnya weak.
Dia ingatkan kita yang weak sebab tu dia pulaukan kita.
Kadang tu dia buat geng pulak untuk mengutuk kita berjemaah.
Hat ni lagi satu perangai orang weak.
Mula-mula dia pulaukan kita. Lepas tu dia kutuk kita.
Bila tengok kita macam takde efek jalan terus, dia cari pula kawan baru dengan cara menjual cerita buruk kita.
Konon nampak macam dia di pihak yang betul sebab berjaya tambah kawan yang sama-sama tak suka kita.
Dia tak tahu orang yang dikutuk tu dunianya jauh lebih besar.
Dalam dunianya pula, kau tu sebesar hama pun tak, that's why dia boleh buat dek je bila kau pulau and mengutuk dia. Ada faham?

Baru-baru ni kawan aku cerita di tempat kerjanya dah ada pakatan untuk menjatuhkan dan kemungkinan membuang dia terus dari situ.
Tau kenapa?
Hanya kerana kawan aku berjaya create satu projek bernilai jutaan ringgit. Funny, kan?

Yang pelik-pelik je orang sekarang.
Staff tak perform disimpan.
Simpan sebab orang tu pak turut, jenis tak berkutik.
Yang perform-perform ni semua dalam pemerhatian.
Agak-agak terlampau perform, ujung-ujung kau tengoklah.
Kena tindakan warning letterlah, kena tindakan tatatertiblah.

Aku pernah kena dah.
Bukan nak kata aku perform tapi kat mana lojiknya aku sebagai sales exec, bila punch card bolong-bolong, aku disoal.
Aku cakaplah aku ni sales exec, kerjanya mencari sales.
Kalau punch card aku bolong-bolong, kau checklah sales aku hit target ke tak.
Kalau tak hit target baru kau soal aku.
Ini aku hit target every month, pastu kau question pulak aku apesal punch card aku teruk.
Sebab aku keluar buat sales la maka attendance aku berlubang-lubang.
Nak attendance cantik, tukar aku jadi keranilah. 24 jam di ofis.
Bila aku explain balik macam tu, dia spin kata aku very loud.
Eh? Dah kau trigger aku, camana aku tak loud.
Cuba kau buat kerja pakai otak, mesti aku diam tak kacau.

Toksik di tempat kerja bukan benda baru.
Samada nak layan atau tak je.
Macam kawan aku tu, aku cakap kat dia "Buat dek je".
Orang-orang yang suka buat kerja pulaukan orang, cari salah orang 24 jam, dorang ni sebenarnya takde solid reason to hate us.
The reason is because we do better than them.
Actually dorang bukan hate kita, tapi envy.
They hate the fact that they don't own those qualities yang kita ada which make us better than them. Itu je sebenarnya.

Come to think of it, kalau kita really benci someone, kita tak kuasa nak ambik tahu pasal dia.
Macam aku benci dengan ex aku, takde de aku nak stalk dia atau nak mencari tahu life dia sekarang macamana. Gasak kau situ.
That's why orang yang envy dia tetap tahu hal kita sebab dia bukan benci kita.
Dia cuma bengang kita ada apa yang dia takde.

Ada sorang blog reader pernah bagitau aku.
Dulu masa mula-mula baca blog aku dia rasa aku ni abusive sangat.
Suka carut, suka maki. Dia merasakan aku sangat rude.
Tapi yang pelikknya dia tetap baca blog aku for so many years.
Mula-mula dia ingatkan dia menyampah kat aku sebab aku rude, but she said she was wrong.
Tapi betullah aku dulu kuat carut.
But that was not the sole reason for hating me katanya.
Rupanya dia 'benci' sebab aku ada quality yang dia takde.
I could do some things very easily that she could never do.
Dia suka sikap aku yang tak peduli apa orang kata kat belakang, dia suka sebab aku loud, dan aku konfiden dengan apa aku tulis serta tulisan aku dibaca ramai orang.
That quality dia wish ada dalam diri dia.
Dia mula merasakan diri something wrong bila dia found out satu jabatan baca blog aku termasuk bos.
Katanya dalam satu meeting the bos cadangkan satu perkara yang dia tahu aku yang quote that sentence dalam blog 😁.
Lepas tu baru semua orang tahu bos pun baca blog aku.

Macam kawan aku yang buat projek juta-juta tu, aku kata kata kat dia kena kecam selepas kita berjaya, itu benda biasa.
People feel jealous because they never work on themselves.
They never focus on growing themselves.
Dia ingatkan dia dah di tempat yang tinggi maka dia berhenti grow. Rasa hebat dah.
Tup-tup ada orang berjaya buat benda yang lebih success dari dia, dah tentulah gelabah.
Sedap kot lama duduk atas dapat perhatian dan pujian sekali ada orang steal the attention.
Gelabah beruklah.

Aku cakap kat dia yang sebenarnya dorang bukan hate you because of you.
But they hate because you can do what they can't do.
And you have the courage to do it sampai jadi.
Orang-orang macam ni dia cakap je dia menyampah, tapi kalau apa yang kita buat tu dapat kat dia, 2 minggu canang kat Facebook tak habis.


2021-11-09

Rumah sewa macam kandang babi.


Jumpa orang share gambar di atas.
Rumah sewanya yang disewa kepada student PEREMPUAN.
Geleng kepala aku.
Ini kalau dapat kat rumah aku, memang nangis.
Maunya tak kalau dah serupa kandang babi gini.
Nak mengemas satu hal, nak merepair satu hal lagi.

Ingat tak aku pernah cerita bilik air bawah aku tersumbat, bila pumber repair jumpa spender budak perempuan yang aku syak dibuang oleh salah sorang guest masa open house?
Ok, itu cara-cara majlis yang sekejap, pun dah ada orang buat hal.
RM200 terbang ke plumber.
Imagine penyewa ni duduk ramai-ramai sekian lama gini, entah apa lagilah yang bakal dijumpa bila merepair esok.
Ngeri nak bayangkan.
Duit jangan cakaplah, kalau gini punya teruk, takde ratus-ratus punya.
Konfem beribu nak repair.

Aku tengok fridge dia pun nak termuntah.
Yang dorang duduk berlonggok ramai-ramai dalam tu takde ke sorang tergerak nak kemas fridge?
Tak pun, tak geli ke bukak tutup bukak tutup fridge tengok berlendir macam tu sekali?
Ya ampunn, aku menaip ni pun kembang tekak.
Botol air dalam fridge tu aku jamin, bangsa yang main togok ke mulut je tu tak pakai gelas.

Bilik air tuan rumah tak post, katanya terlampau teruk dan geli nak dishare.
Eloklah jugak dia tak share, kemurungan orang ramai tengok nanti.
Kalau dapur and hall pun dah hazab gini, kau rasa toilet berkilat?
Silap-silap tempat duduk toilet tu pun berlumut.
Boleh terbayang dengan lantai berlendir, dinding kuning, plastik pad berkumpul dalam toilet.
Ni mesti jenis yang spender pun bertaik lalat. Konfem!

Walaupun selalunya dalam post-post sebegini pasti ada orang komen "Kita tak tahu apa masalah sebenar dorang".
Aku tahu jawapannya.
Jawapanyya - PEMALAS.
Orang kalau dah malas, memang macam nilah rumahnya.
Jangan nak katalah rumah macam ni sebab miskin atau sebab takde masa.
Kalau nak bodoh, biar bodoh sorang, jangan sebarkan pemikiran bodoh tu kat orang lain.

Tu ha, orang kampung Pak Aji lagilah, ramai yang susah, rumah kayu, jamban pun kat luar.
Tapi bersih walaupun miskin.
Walaupun kat dapur takde kitchen kabinet tapi periuk kuali semua elok je bersangkut kat dinding, pinggan mangkuk semua bersusun atas para.
Elok je pun.
Bilik air dorang walau ada kolah and gayung saja, tapi bersih.
Lantai tak berlendir pun.

Ni bukan apa ni, sebab ada mentaliti "Ini rumah sewa, bukan rumah aku. Aku dah bayar sewa kot".

Jenis mentaliti macam ni, kau tengoklah besok kalau ada rumah sendiri.
Macam ni jugaklah berkeraknya. Silap-silap sampai ke sudah menyewa.
Jenis mentaliti macam ni, semua nak tunggu jadi best, baru dia boleh bertindak best.

Ada rumah sendiri esok, baru berhias berkemas.
Dah ada rumah sendiri, gitu jugak perangai.
Oh, rumah sekarang kecik, payah nak berhias, tunggu pindah rumah lebih besar nanti katanya.
Gitulah pesennya.
Pesen menunggu semuanya jadi best baru nak bertindak best.
The thing is, kalau kau tak bertindak best, macamana keadaan kau nak jadi best.
Situlah jugak tak gerak-gerak.
Benda ni simple je, kalau yang sikit pun tak dijaga, kau rasa boleh dapat yang besar?
Kalau rumah sewa kecik pun tak terjaga, toksah berangan nak duduk rumah sendiri yang besar.
Allah dah bagi formula, "Kalau kau bersyukur, Aku tambah lagi".
Jenis tak reti bersyukur gini, memang good luck lah.

Ni pun semalam nampak orang share.
Apa yang dibuatnya dalam bilik sampai jadi gini?
Kau training beruk sarkas ke kat dalam tu?
Kalau pun dalam bilik tu duduk sampai 10 orang, takkanlah sepuluh-sepuluh takde otak.
At least sampah ikat dalam plastik kumpul setempat.
Selalunya kalau cadar and selimut dah terbarai, aku tarik je terus semua gulung-gulung letak satu sudut.
Towel memang wajib letak dalam bathtub/lantai (sebab yang ni memang hotel yang ajar, used towel letak atas lantai).

Bukan nak suruh kemas rapi sebelum check out, tapi come to think of it, memang bilik tido kau kat rumah gini jugak ke sepahnya?
Selalunya yang menyepahkan bilik macam ni, bilik dia kat rumah tu pun gini juga.
Tu pasal kelaku pelik ni terbawak-bawak ke bilik hotel.
Sebab dah jadi kebiasaan.
Takyah cakaplah "Aku bayar kot bilik ni, tanggungjawab housekeeping lah kemas".
Hotel pun tak sampai RM200 semalam, lagi mahu kerek.
Tak, yang sebenarnya kau pemalas.
Orang yang rajin, bilik dia maybe tak kemas, tapi takkan berselerak gini.
Macam aku pernah tulis dulu, dapur mak-mak kita tak kemas sebab semua benda dorang nak atur kat atas kaunter, tetapi dapur bersih.
Lantai tak berminyak, sinki berkilat, dapur tak berkerak. Cuma kurang kemas saja.
Tetapi orang yang pemalas, kemas dah tentu tak, pengotor dah pasti.

Yang penyewa rumah tadi boleh geng dengan bekas penyewa rumah nenek aku dulu.
Dulu sebelum berpengalaman sendiri tengok rumah nenek aku jahanam dibuat dek penyewa, aku tak berapa nak ambik port sangat kes-kes macam ni.
Tapi bila dah terkena, payah aku nak husnuzon.
Tak lojik nak bersangka baik bab-bab gini.
Sebab aku pernah jadi penyewa juga. Rumah sewa aku dulu kecil juga.

Ini rumah sewa aku sebelum ada bibik.
Bukan nak kata rumah aku bersih tapi nak tunjuk yang aku juga pernah menyewa rumah kecil.
Masa ni duduk berdua sahaja.
Dapur hanya sekangkang kera, kabinet dapur tu pun sebenarnya rak kasut yang diubah jadi tempat simpan pinggan mangkuk and periuk.
Kuali je takde tempat nak letak jadi setiap kali lepas guna, aku basuh dan tangkupkan kat dishrack.
Segalanya basic saja.

Orang kata duduk berdua senang nak kontrol katanya. Bullshit!
Patutnya kalau dalam rumah tu ada 10 orang DEWASA, lebih senang rumah nak berkemas sebab ramai yang boleh buat kerja.
Melainkan sepuluh-sepuluh takde otak.
Kat mana lojiknya, satu rumah sewa 5-6 orang tapi rumah berkerak?
Apa juga alasannya, memang tak boleh dipakai.
Bila ada sikap 'aku tunggu kau buat, kau tunggu aku buat', gitulah jadinya.
Yang jadi mangsa tuan rumah.

Dulu Mak Aji ada rumah sewa.
Rumah pertama dia beli, dia sewakan.
Lama juga dia sewakan, tapi tak untung mana. Buat habisk bayar loan je, lepas tu jual terus.
Sebab lagi lama disewakan, lagi banyak keluar duit.
Kadang aku pelik, kitorang pernah duduk dalam rumah tu, takde pun kejap-kejap pili bocor, tangki bocor, tingkap pecah, paip pecah.
Kau bersenggayut kat batang paip ke camne?
Asal penyewa keluar je, mesti ada benda nak direpair.

Aku menyewa rumah yang apartment dulu dapat balik full deposit, ya.
Aku serah balik rumah tu dalam keadaan bersih.
Dinding semua kita tampal balik bekas paku. Cat semula.
Cuci balik lantai semua sebelum serah kunci.
Takde kejadian paip pecah, toilet tersumbat, sinki tersumbat segala.
Duduk rumah tu 4 tahun dari berdua sampai berempat (bibik and Redza), helok je pun.

Rumah pertama kitorang, dijual.
Tak berani nak sewa.
Orang kata rugi tak sewakan. Takpelah, no thank you.
Aku tak nak serabut otak mikir kejap-kejap nak repair benda rosak, tu belum lagi masalah nak cari penyewa dan kejar duit sewa.
Aku bukan boleh benda-benda macam ni.
Dibuatnya rumah sewa aku jadi macam gambar atas tadi, silap-silap aku jadi pembunuh.


2021-11-08

Unit Trust


Aku and En Wan ada buat wasiat.
So hari tu agen wasiat emailkan draf wasiat kat kitorang untuk kitorang go thru dan check semula senarai benda yang diwasiatkan.
Pastu ada titipan surat untuk waris.
Kau tau tak, aku baca wasiat sendiri tapi aku yang nangis. Aduyaiii.

Pastu 2 hari lepas balik Bangi untuk celebrate (lagi sekali) birthday Rayyan.
Aku story kat Mak Aji yang aku dah buat wasiat. Lega.
Bukan apa, takut tengok kisah-kisah orang yang meninggal tapi waris sengsara nak hidup.
Kita ni bila mati memanglah meninggalkan harta, tapi ada benda yang kita tinggalkan juga iaitu HUTANG.
Bab harta tu memang seronok nak dibahagi-bahagikan tapi bab hutang masing-masing saling tolak-menolak.
Yang banyak terjadi inilah.
Alhamdulillah terbuka hati aku and En Wan nak buat wasiat.
Bukan apa, semasa kita hidup ni memang tak nampak, esok dah takde, macam-macam yang kita tak sangka boleh berlaku.

Aku memang transparent dengan mak bapak aku bab ni.
"Ma, kalau Diana mati esok jangan sesiapa tuntut rumah, kereta, share company semua. Biarlah semua kat Wan. Dia perlu semua tu untuk jaga anak-anak".

Walaupun semua tu dah tertulis kat wasiat, tapi sementara masih hidup ni baiklah kita sampaikan hasrat hati terus.
Aku yakin family aku takkan kisah bab tuntut-menuntut ni.
Nak-nak lagi Mak Aji.
Nenek aku meninggal, barang kemas yang banyak pun dorang adik-beradik takde rebut-rebut.

Masa aku and En Wan listkan wasiat, terpandangkan Unit Trust.
En Wan buat Unit Trust lebih awal.
Awal-awal dia kerja lagi dah start buat.
Dulu, masa awal-awal berkerja, takde siapa pun approach ajak buat unit trust.
Maybe masa tu muda lagi, duit pun tak berapa nak ada.
Pakaian pun tak meyakinkan untuk diapproach.
Kitorang jalan-jalan kat mall nampak booth unit trust, terus duduk, sembang lebih kurang and sign up.

Aku tak sure if orang ramai aware tak dengan unit trust.
Hari tu masa aku buat wasiat, agen tu cakap di Malaysia ni yang buat wasiat hanya 5% je.
Imagine, 5% je dari populasi manusia dalam negara yang dah buat wasiat.
Samada people tak aware tentang ni, atau malas nak buat.
Ramai yang berani memberanakkan duit tapi lupa nak mewasiatkan.

Dulu masa dengar je unit trust, aku payah sikit nak percaya.
Payah nak percaya sebab kurang faham sebenarnya, bukan sebab unit trust tu high risk.
Selalunya bila invest duit kat mana-mana of course kita nak pulangan yang banyak.
Paling tak pun, jangan rugi.
Tapi bila dah run bisnes, dah bermain dengan risiko, lama-lama sedar yang semua benda pun ada risiko sebenarnya.
Keluarkan duit berisiko, tak keluarkan duit pun berisiko.
Dah tu, takkanlah semua benda kita takut nak buat hanya kerana ia berisiko.

Tak ada fund yang tanpa risiko.
Maka penting untuk kita fahamkan kos yang berkaitan dengan unit trust yang kita pilih.
Hat ni agen unit trust yang akan buatkan.
Apa yang aku boleh cakap, makin lama kita melabur, makin besar peluang kita dapatkan good investment return.

Yang bestnya you do not need large sums of money untuk start.
Dan tak payah tunggu lama kalau kita perlukan access pada duit kita.
Yang paling utama, your money is in safe hands sebab semua ni ada legal structurenya.

Unit trust memang bukan for everyone.
Tapi, kalau korang jenis yang nakkan duit tu "berkerja" dan "beranak", bolehlah consider untuk buat unit trust.
Takyah pantau portfolio pun, cuma perlu fahamkan asas macamana unit trust berfungsi.
One piece of advise - start as early as possible.
Kalau dah umur macam aku baru nak start, tak apa. But start now.
Tapi macam aku cakap tadi, sebelum laburkan simpanan hasil titik peluh korang dalam unit trust, fahamkan dulu sama ada unit trust sesuai untuk korang atau tak.
Sebab unit trust memang bukan for everyone.
Jadi, jangan takut nak bertanya-tanya dulu dengan agen unit trust.
Dorang akan checkkan if unit trust is for you.

En Wan start buat unit trust sangat awal.
Bermula dengan hanya nak bertanya-tanya, last-last sangkut.
Masa muda-muda dulu memang tak nampak apa benefitnya.
Lagipun masa tu kita masih muda kan, konon masih banyak yang nak dibuat dengan duit.
Sayang nak labur-labur sembarang-sembarang.
Tapi bila dah tua-tua ni, rasa bersyukur start early.

Ya, aku tahu mesti ramai yang nak tahu apa benefit, kan?

Yang pertama, kita boleh start small.
Buka account minimum RM1000, tapi lepas tu save RM100 sebulan pun boleh.
Yang bestnya bila kita ada komitmen macam ni, kita akan cenderung untuk patuh menyimpan.
Kalau sendiri-sendiri menyimpan, selalunya mengelat. Payah nak disiplin.
Sebab bila takde komitmen, kita tend dahulukan kehendak, baru menyimpan.
Tapi bila ada komitment pelaburan, nak tak nak RM100 bulan-bulan dah kena ketepikan.
Umpama kita buat loan rumah, disebabkan ada komitment nak kena bayar loan, nak tak nak kita kena settlekan installment baru enjoy duit baki.

Yang kedua, boleh pilih sama ada nak pilih fund yang diurus secara aktif atau pasif dan kita tak perlu manage pun aset tersebut, hanya perlu pilih bila nak beli atau jual saja.
Usually boleh jual saham bila-bila masa (atau pada masa tertentu dalam setahun).
In other words, kita ada akses pada duit kita bila kita perlukannya.

"Kalau company yang uruskan fund bankrup macamana?"

Ok yang ketiga, jangan risau bab ni.
Because of the legal structure of a trust, aset kita selamat.
Kita juga berhak dapat pampasan kalau fund tu disalah urus.

Unit trusts are managed by professional fund managers.
Kita tak perlu spend banyak masa untuk mendalami selok-belok pelaburan atau be an expert to start investing.
Serahkan saja pada yang pakar.

Kalau sesiapa interested nak sembang-sembang tentang unit trust (sembang je dulu, jangan takut), boleh contact Wira di sini.
Wira ni blog reader aku sejak zaman Redza kecik lagi.
Someone you can trust.
Nak sembang pasal unit trust boleh, sembang pasal travel pun boleh, nak sembang pasal life in MCKK pun boleh dengan dia. 


2021-11-06

Perlu ke orang lain jatuh baru kita boleh naik?


Maybe pembaca blog tak tahu yang aku dah slowly start semula membuka ruang iklan di blog.
Actually aku nak buka di IGS saja sebab senang, tak perlu buat review panjang-panjang.
Tapi atas request some followers yang nak aku review, ok aku buka ruang review.
Lagipun why not, dah memang everyday aku up information pasal GreenAard di IGS, sometimes pasal beberapa project aku dengan Mega Jati Academy, apa salahnya aku selit ruang iklan di situ.
Since last week, aku dah mula menaikkan iklan-iklan di IGS.

2 hari lepas aku review satu business ni blog.
Then, semalam aku dapat satu DM dari follower.
Dia kata kenapa aku buka harga dengan sangat murah kerana dia dan beberapa orang yang lain juga buka ruang iklan di blog dan IG.
Ada harga market yang standard katanya.
Dia tak marah, dia tulis dengan sangat berhemah (atau mungkin aku yang baca dengan sangat berlemah-lembut 😁.

Minta maaf, aku dah lama tinggalkan kerja iklan-mengiklan di blog ni.
Tak tahu pulak ada harga standard untuk ruang iklan.
Katanya otai blogger letak satu review RM500 dan IG post RM250 untuk tempoh 3 hari sebelum di-delete.
Ada yang letak review RM700 di blog bergantung pada berapa besar keperluan client.

Dia kata dia juga pembaca blog aku dari tahun 2014 dan dia tahu medium blog aku sangat kuat.
Ayat dia "Saya bukan marah kak, tapi kalau akak otai letak harga RM150, saya yang baru nak bertapak ni nak letak berapa pula? Blog saya belum strong macam blog akak".

*ambil nafas seketika*

Aku tak tahu nak respond macamana.
Aku faham, some people mata pencarian sampingannya adalah blogging. 
Tapi aku bukan nak compete dengan sesiapa.
Tak terfikir lansung nak compete dalam hal ni.
Look, aku berblogging sejak umur 29 tahun. Now dah 44 dah pun.
Dah bukan umur aku nak compete hal iklan di blog.
Aku ada banyak benda lain nak mikir dari hal compete pasal blog.

Harga yang aku buka bukan nak sailang sesiapa.
Sumpah, tak terfikir lansung bab sailang-menyailang ni.
Aku cuma rasa, oklah, dah ramai sangat yang request.
Selama ni aku tak berani nak ambil order sebab takut takde masa.
Sesekali apa salahnya aku cerita pasal business orang lain pula.
Good for me juga, at least aku tahu what's happening in the market now.

Ya, aku tahu ada yang rasa 'terancam' (harapnya word ni tak terlalu harsh) bila aku buka dengan harga rendah.
Boleh jadi juga ada benarnya bila dia kata aku buka harga rendah kerana blogging bukan mata pencarian aku.
Aku blog untuk suka-suka saja.
Sedangkan ada orang lain yang mata pencariannya dengan cara buat iklan/review.
Ya, aku setuju tu. Tetapi, izinkan aku bercakap dari sudut pandang seorang yang run a business.

Pertama sekali, sampai bila kita nak orang beri laluan pada kita baru kita boleh berjaya?
Sampai bila kita nak orang lain jatuh baru kita boleh naik?

Look, bila kita jadikan blogging sebagai mata pencarian, kita kena ada mindset "This is my business".
Your blog is your business.
When you run your business, do you need to drop other people's business or raise your business?
Adakah dengan menjatuhkan bisnes orang lain menjadikan bisnes kita naik?
Tak. Bisnes kita takkan naik hanya kerana bisnes orang lain jatuh.

The same goes to blogging.
Hanya kerana seseorang berhenti blogging, tak menjadikan blog kita dikenali.
Hanya kerana seseorang buka harga review iklan murah, tak bermakna customer kita lari pada dia.
Client mahukan medium yang ada reach yang besar, crowd yang besar, dan pen-review yang meet their expectation.
Bukan soal murah atau mahal.
Tapi kalau client boleh dapat semua kualiti tu dengan harga yang mampu bayar, why not.
But still, itu bukan sesuatu yang perlu jadi threat untuk kita.

So now you know, business is not easy, kan?
Kalau bisnes ni kerjaya senang, ramai dah orang berbisnes, dik.

Ingat tak sikit masa dulu pernah viral video warung sebelah jahanamkan laksa competitor sebab bengang Hamba Allah tu bukak gerai sebelah dia?
Haa, itu satu perangai manusia yang nak berniaga tapi nak kerja senang.
Taknak ada pesaing, nak orang beli kat dia je, takut orang lain jual murah, takut orang lain punya lagi sedap.
Ini semua 'penyakit'.
Penyakit inilah yang buatkan growth kita terhenti.
Umpama agen yang hanya mengharapkan HQ bagi lead, dia akan rasa bengang bila HQ accept order direct dari customer.
Kenapa?
Sebab dia dah biasa buat kerja senang.
Letak nama as agen pastu tunggu customer datang.
Malas cari customer, malas enhance product knowledge, malas buat marketing, malas labur buat iklan, hanya tahu nak jual untuk clearkan stok.

Bila kita jadikan blogging sebagai mata pencarian, anggaplah itu bisnes kita.
Majukan bisnes tu. Be creative.
Dalam berbisnes, jangan terdetik perasaan nak kalahkan orang lain.
Itulah punca kejatuhan kau nanti.
Ramai orang-orang yang aku kenal buat sesuatu sebab nak jatuhkan seseorang, sebab dengki dengan seseorang, sebab sakit hati seseorang lebih dikenali dari dia - akhirnya dia yang menjunam.

Penat bila kita berbuat sesuatu kerana nak compete.
Masa kita banyak terhabis kat berlawan.
Emosi lama-lama jadi drain dan motivasi hilang.
Patutnya bila ada bisnes, banyakkan tumpu pada memajukan bisnes sendiri.
Barulah kita grow.
Dalam berblogging tak lari dari konsep yang sama.
Bukak harga mahal, tapi kalau client yakin dengan skill dan medium kita, dia akan tetap hire kita.
Jadi janganlah risau harga orang lain.

Aku sebenarnya tak berapa seronok bila orang yang katanya avid reader selama bertahun-tahun akhirnya bertukar jadi haters hanya kerana bengang aku bukak ruang iklan lebih murah.
Macam tak masuk akal.
Selalunya gitulah, mula-mula jadi avid blog reader.
Hanya kerana kita lebih dikenali dari dia, dia bertukar jadi haters.
Hanya kerana ramai orang beli dari kita, dia bertukar jadi haters.
Hanya kerana ramai orang suka kita, dia bertukar jadi haters.
So siapa yang compete dengan siapa sekarang ni.
Kita compete dengan dia ke, atau dia yang nak compete dengan kita?

By the way, ini iklan aku.


2021-11-05

Create path dan history sendiri.


Hari tu aku dengan En Wan lepak-lepak sembang kat hall sambil layan teh, aku cakap "Dulu masa budak-budak ni kecik, dengar jugaklah suara terpekik-pekik sana sini. Now senyap-sunyi". 

Hari tu masa Pak Aji and Mak Aji datang tido, bapak aku cakap "Rumah kau ni macam takde orang. Senyap je"

"Area sini memang senyap dari dulu, Pa. Now anak masing-masing dah besar, lagilah takde bunyi"

Betul. 
Area rumah aku ni kalau 10 tahun lepas, nampaklah juga budak-budak main basikal depan rumah.
At least playground tu paling tak ada 4-5 orang budak main petang-petang. 
Selepas 10 tahun, anak masing-masing dah besar, playground dah takde orang.
Nak pulak zaman Covid ni, lagi la takde orang nak berpeleseran kat playground.
Basketball and tennis court kat belakang ni pun takde orang guna.
Petang-petang sekarang hanya nampak mak bapak orang baya-baya aku berjogging.
Budak-budak semua dah tak nampak bayang kat luar rumah.
Tapi, kereta setiap rumah makin bertambah.
Itu petanda anak masing-masing yang dulunya main basikal, sekarang semua dah berkereta.
Jadi, tak hairanlah kejiranan aku sunyi.
Tu yang kadang pukul 10 pagi terasa mengantuk balik semula, sebab environment persekitaran membuatkan katil aku memanggil-manggil.

Tu aku cakap kat En Wan, cara-cara sekarang pun rumah kita lengang.
Esok kalau budak-budak ni dah berumahtangga, lagilah.
Aku tengok kau, kau tengok aku jawabnya.

Betul kata En Wan dulu, "Kita ada dengan anak kita paling kurang, 12 tahun. Kalau anak masuk boarding school, 5 tahun dia di asrama. Habis SPM masuk U pulak lagi 5 tahun. Lepas grad entah-entah kawen".

Aku dah terasa-rasa dah moment tu.
Sejak 5 tahun lepas Redza dah takde dalam rumah ni.
Mujurlah sejak tahun lepas PKP tak habis-habis, nampak jugaklah bayang di dalam rumah ni.
Kalau tak, lagi takde time kitorang bersama.

Bila ingat-ingat balik tentang ni, teringat masa aku habis belajar dulu.
Mak Aji kalau boleh nak aku kerja kat Bangi saja. Secara tepatnya, di UKM.
Kalau boleh semua anak-anak dia, baik aku, Ima and Ibal dia nak longgokkan kat Bangi.
Ima dulu engineer kat Utusan, Bangi.
Malam-malam mesin rosak, pukul 12 malam pun Pak Aji sanggup hantar dia ke kilang.
Kalau boleh Mak Aji nak Ima terus kerja kat Bangi.
Tapi Ima pilih untuk pindah ke JB lepas kawen, rezeki dia suami isteri berkerja di sana.

Setakat ni Ibal je lah yang masih stuck kat Bangi. 
Aku and Ima dah selamatkan diri 😆. 
Ibal terpaksa obedient sebab kakak-kakak rebel taknak duduk Bangi, maka Ibal akur permintaan Mak Aji untuk apply kerja di UKM.
Tapi lepas tu dia berpindah ke HUKM pula.
Takpelah jauh sikit asal masih berulang balik rumah Bangi.
Jauh juga sebenarnya Ibal and CT nak berulang ke tempat kerja hari-hari.
KL-Bangi. Dengan traffic lagi. 
Tapi rumah tu pun bakal dapat kat Ibal, jadi takde alasan untuk dia keluar dari situ.

Pak Aji pula kalau boleh nak anak-anak perempuannya jadi cikgu. 
Alasannya, perempuan sesuai jadi cikgu. 
Bagi Pak Aji, kerjaya cikgu tak melibatkan pergaulan yang bebas kalau nak bandingkan bidang kerja aku dulu hari-hari merayap jumpa customer. 
Bagi dia, kerjaya guru adalah job paling selamat untuk wanita.
Tambahan lagi dia and Mak Aji sama-sama orang gomen, dah tentulah dia nak anak-anak pun kerja gomen juga.

The thing is, dari zaman sekolah lagi aku dah plan untuk keluar dari Bangi bila habis belajar. 
Cukup-cukuplah dari kecil membawa ke besar duduk Bangi. 
Aku nak ada kampung.
I mean, bila raya balik kampung.
So aku nak bila raya, aku balik Bangi. Bangi kampung aku.
Aku taknak duduk di kampung sendiri. 
Aku nak ada feeling balik kampung tu.

Bandar Baru Bangi ni terlalu "baik" untuk orang macam aku. 
Orang-orang Bangi semua soft, bersopan, berhemah. 
Jenis macam aku ni elok dicampak keluar je dari Bangi 😁. 
Lagipun dulu bayangan mak bapak terlalu kuat kat situ.
Bangi bukan besar mana pun dulu. Setakat sampai Fasa 3 je.
Pusing kot mana dorang kenal sama sendiri.
That's why aku tak plan nak duduk di Bangi.

Lepas grad, Mak Aji dah siapkan jadual untuk aku pergi interview kat UKM. 
Masa tu aku macam...huh??
Apesal aku kena kerja kat situ?
Sejak bila aku nak kerja kat Bangi?

Yang pertamanya, aku tak plan bekerja di Bangi. 

Second, aku tak nak kerja setempat dengan Mak Aji. 
3/4 isi UKM tu kenal mak aku (ketika tu).
Dari kecil lagi aku dah join program-program di UKM.
Hari sukan UKM pun aku join tau.
Sesekali ikut Mak Aji ke ofis.
Gathering kawan-kawan dia pun aku pergi.
Boleh dikatakan aku kenal kawan-kawan mak aku, dan dorang pun kenal aku.
Paling tak pun, "Oh, ini anak Dahlia". 

Bukan nak kata rimas, tapi aku tahu aku takkan seronok berkerja di sana.
Aku tak mahu aku terpaksa jadi orang lain demi menjaga hati orang lain.
Stress aku nanti.

Masa zaman sekolah aku dah lalui situasi ni.
Masa Form 1 orang belum tahu aku anak Ishak, Pegawai Disiplin and Kaunseling Jabatan Pendikan Selangor.
Masa Form 2 aku start wakil skolah untuk Pesta Pantun. Dapat jadi juara wakil daerah.
Pemantun 1 & 2, cikgu-cikgu dah kenal sebab dorang aktif di sekolah.
Aku junior, entah dari mana tiba-tiba muncul, boleh berpantun pulak tu.
Cikgu-cikgu start bertanya siapa Diana ni? Budak mana?
Salah seorang cikgu disiplin kat skolah recognize aku "Dia ni lah anak En Ishak JPS. Bapak dia ni dulu cikgu kugiran masa mengajar STF dulu. Saya dulu satu skolah dengan bapak dia".

Bila seorang cikgu jadi reference siapa bapak aku, terus aku jadi perhatian.
Ramai cikgu baik dengan aku lepas tu. 
Nak-nak lagi cikgu yang nak tahu peluang bertukar sekolah.
Terusssss tahun depan aku dilantik jadi pengawas.
Aku tak tahulah aku dilantik sebab aku aktif, atau menghargai jasa aku carry nama sekolah, atau aku dilantik sebab Ishak.
Biasalah, semua sekolah ada masalah disiplin dan kaunseling, kan.
Apa-apa jadi dalam Selangor laporan akan sampai ke meja bapak aku.
Masa tu aku tertanya, aku dilantik jadi pengawas sebab aku layak atau sebab skolah respect bapak aku?

Masa Form 4, perlantikan Majlis Pengawas, aku tak hadir ya.
Tapi aku dapat jadi Setiausaha Tertinggi. Pelik, kan?
Aku macam...ini sebab aku layak atau sebab bapak aku?
That's why aku pelik macamana aku boleh jadi Setiausaha sedangkan satu minit mesyuarat aku tak pernah buat.
Tapi aku husnuzon je lah, boleh jadi aku dipilih kerana aku layak dan aktif di sekolah.

Asal ada program skolah atau masuk bilik guru, mesti dengar suara "Itu anak En Ishak JPS".
Sometimes bapak aku datang melawat skolah. Biasalah, pegawai displin kan.
Asal aku nampak kereta bapak aku kat skolah, aku menyorok.
Padahal bapak aku melawat skolah, aku tetap balik jalan kaki sebab taknak orang nampak aku ada kabel di situ.

Some people proud bila ada kelebihan macam tu di sekolah, tapi aku rimas.
Sebab aku tak tau treatment yang aku dapat dari orang sekeliling pure atau fake.
Bila cikgu PRS sebut-sebut nama aku untuk jadi Presiden, aku tak tahu nak respond macamana.
PRS kan di bawah unit kaunseling.
Aku ni layak ke? Ke dia nak ambik hati bapak aku? Apa pulak kata kawan-kawan?
"Diana jadi Presiden sebab bapak dia orang Jabatan".

Bukan aku tak bangga dengan bapak aku. 
Aku sangat bangga dengan achievement dia.
Bapak aku pernah jadi jaga parking kot, pernah berhenti skolah jadi penoreh.
Of course aku bangga dengan achievement dia selepas tu.
Tapi aku nak create history aku sendiri.
Sikit-sikit menumpang nama bapak boleh lah, tapi kalau semua benda nak kena kaitkan dengan nama bapak, nampak sangat aku tak grow.

Berbalik pada impian Mak Aji nak aku kerja di UKM, kalaulah aku kerja di situ, agaknya semua orang  aku greet "Assalamualaikum Aunty" 😆.
Abis tu kalau dah semua kenal dan aku biasa tengok dari kecil.

Masa matrik, aku kerja sementara as data entry clerk di bahagian akademik UKM.
Satu jabatan tu kenal mak aku. 
Aku pulak dah terbiasa panggil dorang Aunty, sebab dorang biasa datang rumah Mak Aji. 
Bila kena kerja situ, otomatik panggilan bertukar jadi Puan. 
Tapi puan-puan tu sendiri yang bahasakan diri dorang 'Aunty'. 

"Diana nanti tolong key in list ni, nanti dah siap pass kat AUNTY, ya?"
"Diana, AUNTY nak naik pejabat mama kejap, nak ikut?"
"Diana stayback siapkan kerja boleh? AUNTY dah bagitau mama. Nanti AUNTY hantar Diana balik".

Dah macam keje dengan famili pulak.
Masa interview dengan satu pegawai di sana, the pegawai tersasul bahasakan diri dia 'Uncle' 😆.

Alhamdulillah kalau nak aku kerja kat UKM insyallah mudah dapat tempat.
Tapi aku yang tak reti nak kerja dengan suasana macam tu. 
Terasa macam aku sebenarnya tak layak tapi diambil berkerja sebab mak aku ada kabel.
Mana aku pergi orang tahu aku anak Dahlia.  Seriau nak kerja di UKM. 
Kena jaga ‘protokol’ satu hal sebab berada dalam zon “kakak kawasan”. 
Karang apa-apa hal jadi, tersangkut-paut dengan mak aku sekali pulak. 
Aku ni kalau merempan tak kira orang, aku redah je. 
Sebelum mak aku sakit jiwa dengan perangai aku, baik aku jangan libatkan diri. 

Masa aku kerja sales, aku minta kat majikan jangan bagi aku handle customer UKM sebab aku tak nak terserempak dengan mak aku dan orang-orang yang aku kenal di sana.
Bos aku cakap ada kabel lah bagus, senang nak buat sale.
Ya, aku tahu mudah.
Bukan menidakkan kelebihan yang ada depan mata, tapi entahlah, aku tak berapa suka cara tu.
Walaupun UKM tu lubuk sales, senang nak dapat komisyen, takpelah, aku pass area tu kat colleague aku. 

Last aku pergi UKM atas urusan kerja was tahun 2008. 
Pegawai yang uruskan pembelian bersembang dengan aku, tiba-tiba tanya pasal parents. 
Bila dengar nama mak aku, "Ohhhhhh...Dahlia? Tu dulu geng-geng saya bersukan. Dia main hoki dulu”. 
Tapi yang bagusnya invoice aku laju dapat payment.
Ok part payment laju ni aku suka  😁.

Masa aku kat UNIMAS, Timbalan Naib Canselor namanya Prof Charlie. 
Dia lecturer Immunology aku. 
Ada satu hari tu dia panggil nak jumpa kat bilik. 
Excited aku bila TNC nak jumpa. 
Masa sembang-sembang aku cakap aku orang Bangi.
Dia kata dulu dia belajar UKM. 
Aku cakap "Mak saya pun keje UKM" (masa tu Mak Aji belum pencen lagi).
Aku bajet takkanlah TNC ni kenal mak aku, aku pun sebut nama Mak Aji.
Sekali dia cakap "Laaa...anak Dahlia you? I kenal your mum. Dia uruskan cuti belajar I dulu”

Phewww, lap peluh!
Nasib baik immunology dapat A. 
Boleh imagine tak beban yang aku kena bawa bila lecturer kenal mak aku? 
Dah lah kena bertertib, terpaksa score pulak tu karang jatuh airmuka mak aku anak dia bangang. 
Like aku cakap, Bangi tu dulu tak besar mana.
Mak Aji pula otai UKM, dari zaman UKM di Lembah Pantai lagi.
Nombor staff dia 506, bermakna group terawal kerja di UKM.
Dah tentu ramai kenal.

Sorang lagi lecturer aku di sana nama Prof Dr Awang Iskandar.
Dah habis belajar baru dia tahu aku ni anak saudara isteri dia. 
Mak mertua Prof Awang and arwah nenek aku adik-beradik. 
Dorang suami isteri saling kenal Mak Aji cuma tak kenal aku.
Masa dapat tawaran belajar di sana lagi Mak Aji nak contact sepupu dia untuk bagitau aku belajar di sana, tapi aku tak kasi mak aku bagitau.
Aku cakap kalau nak bagitau tunggu dah grad nanti.
5 tahun aku di sana dorang tak tahu ada anak sedara belajar di tempat kerja dorang.
Kalau dorang tahu aku di situ, agaknya tetiap bulan aku kena outing ke rumah dia.

Dah lah Prof Awang ajar subject Molecular yang susah nak mati tu. 
Karang aku dapat A orang kata dia bias. 
Kalau aku dapat F, dia pulak malu ada anak sedara bangang. 
Jadi aku memilih untuk tak kenalkan diri sehinggalah hari konvo. 

Bila anak-anak aku semakin membesar, barulah aku faham kenapa mak bapak aku tak kasi aku kerja jauh. 
Itu adalah kerana dorang nak anak-anak berada dalam zon yang selesa.
Meraka rasa di Bangilah tempat yang paling selamat and selesa untuk anak-anak.
Mak Aji encourage kitorang kerja kat UKM because UKM treats her well, dan disebabkan itu dia merasa UKM akan jadi tempat yang bagus untuk anak-anak dia juga. 

Hakikatnya, tak ada mak bapak yang nak anak-anak duduk jauh. 
Semua nak anak duduk celah ketiak. Nak-nak lagi anak perempuan. 
Payah nak biar anak duduk jauh, kerja jauh, apetah lagi nak bagi anak duduk menyewa. 
Sesetengah parents allow tapi aku percaya diorang tetap risau. 

Mak Aji dulu expect aku duduk sekali dalam rumah tu selepas kawen. 
Siap saiko aku "Duduk dengan mama takyah bayar sewa, makan sekali dengan mama, pergi kerja tak pakai minyak banyak, takyah pakai tol, boleh saving..." 
Jadi, aku sangat paham kenapa some mak bapak tak kisah anak bergaji rendah, asalkan kerja dekat.
Tak kisah berlonggok anak-beranak dalam satu rumah asalkan anak depan mata. 
Tak kisah anak tak berpindah keluar selepas kawen asalkan anak tak terbeban dengan hutang beli rumah.
Mak bapak kita ni sebenarnya bukan nak sangat duit kita bagi tiap-tiap bulan tu. 
Tapi kalau kita bagi memang dorang berbesar hati. 
Yang sebenarnya tengok kita hidup selesa, makan cukup, semuanya selamat depan mata, dah cukup bagi dorang. 

Aku dah boleh faham perasaan mak bapak aku dulu. 
5 tahun Redza duduk jauh. 
Ni esok lepas SPM kalau masuk U, berjauhhhh lagi. 
Tup-tup karang kawen, jauhhhh lagi. 

Masa aku nak pindah Subang Jaya selepas kawen, Mak Aji macam tak berapa suka sangat. 
Siap takut-takutkan aku lagi "Kau tu nanti duduk rumah sorang-sorang, Wan pegi keje. Kalau jadi apa-apa kat rumah camana?".
Macamkan aku ni budak kecil nak ugut-ugut aku gitu, kan?
Yang sebenarnya dia nak aku berada dalam zon selesa.
Memang selesa duduk dengan parents, itu tak dinafikan.
Tapi untuk diri aku, aku tak boleh grow kalau tak keluar dari situ.
Pada waktu itu, kalau aku stay di Bangi, aku akan hidup dengan dibayangi nama Pak Aji and Mak Aji.

"Oh itu anak cikgu Ishak"
"Oh itu anak Dahlia"

Nama Diana orang tak kenal.
Orang akan highlite nama mak bapak.
Susah aku nak grow dan cipta history aku sendiri.
Bukan nak semua orang kenal aku, cuma aku nak create something untuk diri sendiri.
Aku nak diberikan kepercayaan berbuat sesuatu kerana aku layak, bukan kerana aku anak seseorang.
Aku tak mahu sampai dah tua esok asal nak berurusan dengan orang-orang berkepentingan kena mention "Saya ni anak Ishak Naim" atau "Saya anak Dahlia Abd Rahman".
Sampai bila nak jaja nama mak bapak yang pada ketika itu entah-entah dah tak ada dah.
Sebesar mana nama mak bapak kita, sehebat mana jasa dorang pada masyarakat dan penduduk setempat, satu hari nanti orang akan lupa juga.
Nak pulak kalau mak bapak kita dah takde, tapi kita masih lagi nak menjaja nama mereka demi mendapat kepentingan.
You think people care kau anak siapa ketika tu?
Tak, masa tu orang tengok siapa kita pula.

Ahamdulillah, aku rasa aku dapat apa aku nak.
Bukan kerana aku berjaya, pandai, atau bagus. Itu semua kebetulan saja.
Bak kata ustaz, kejayaan kita hanya 20% atas usaha sendiri, selebihnya doa mak bapak.
Cuma bila berjaya create path sendiri, setidak-tidaknya ada keyakinan dan kepuasan untuk diri sendiri.
Itu saja.

Aku dan En Wan sedang mempersiapkan diri untuk menerima keadaan itu sekiranya anak-anak mahu cipta history mereka sendiri.
Bak kat En Wan, biarlah.
Mak bapak kita allowed kita pilih jalan hidup kita, now it's their turn cipta path and history sendiri pula.
Bagilah dorang peluang cipta history untuk diceritakan pada anak-anak nanti.
Tugas kita bagi pelajaran, guide mana yang perlu, selebihnya uruslah sendiri.
Tak perlu nak atur life dorang jadi perfect dan selesa 24/7
Biarkan dorang sesekali lalui rasa susah-payah dan buat silap kerana itulah pelajaran paling berharga.

Uncle and Aunty yang baca post ni, tolong doakan Redza and Rayyan, ya.