2020-10-06

Langkawi Oktober 2020

Macam tak sangka pulak aku boleh terlepas ke Langkawi tahun ni.
Ingatkan forever berkurung tak boleh ke mana-mana.

Sebenarnya planning nak ke Langkawi tahun ni memang ada, sebab every year pun ada majlis salam restu [solat hajat] kat sekolah Redza.
Tapi tahun ni penyakit berleluasa, jadi segalanya pun cancel.
Tahun ni budak-budak seolat sesama dorang and cikgu je di surat sekolah.
Mak bapak tak dibenarkan datang pun.
Lama jugaklah tak jumpa anak-anak.
Kalau tak, setiap bulan Redza balik rumah.

Tiba-tiba pengetua benarkan parents jumpa anak kejap last week.
Hah kauuu, berdedai semua book tiket ke Langkawi, termasuklah kitorang.
Tapi masa ni belum dapat kepastian lagi boleh bawak keluar dari sekolah ke tak.
Masa ni masih dengar-dengar cerita hanya boleh jumpa anak di pondok pengawal je, kat foyer pun tak dibenarkan masuk.
Hingga hari kitorang sampai Langkawi, masih tak tahu boleh bawak Redza keluar ke tak.

For the first time esok nak naik flight, malam ni aku boleh tido nyenyak.
Sikit tak rasa gabra, punyalah semangatnya nak jumpa anak.
Dalam flight aku siap membuta oiii.
Belum take off aku dah padam, gila punya nyenyak, tayar flight cecah jalan baru aku tersedar tapi tersedar dengan pakej terpekik sekali.
En Wan macam biasa, buat-buat tak kenal aku kat sebelah.

And for the first time makan kat KLIA2 ada seat.
Selalunya jangan harap kau nak jumpa seat mudah kat Merrybrown.
Hari tu siap boleh pilih-pilih nak duduk mana.
Kesian pulak aku tengok, jarang KLIA2 nak lengang macam tu.
Takde la kata lengang benar, cuma berbeza betul dengan KLIA2 yang dulu.
Dulu umat punyalah ramai, mimpilah nak makan dengan selesa kat restoran dalam ni.
Now, silakanlah.

Keadaan dalam flight, penuh.
Takde social distancing, tapi semua pakai mask.
Nak keluar dari flight pun dia allow 3 baris-3 baris je.
Lebih selesa, kalau tak, menggelupur semua nak bangun serentak.

Flight take off on time, sampai Langkawi pun on time.
Terus pickup kereta, dan zasssssssssss ke MRSM Langkawi.



Nampak tak betapa cerianya aku turun flight kali ni?

Seperti yang dijangka, kereta parents tak boleh masuk kawasan skolah.
Parents hanya boleh tunggu di guard house sahaja.
Tak pernah-pernah selama ni parents berlonggok kat guard house.
Tapi takpelah, itu menunjukkan pihak sekolah ambil tanggungjawab untuk jaga students dorang.
Sejak budak-budak ni balik ke sekolah hari tu, dorang tak dibenarkan outing sekalipun.
Apa benda nak beli kirim kat koperasi je.
So, boleh imagine kan betapa berdedainya parents dan student bila dapat peluang berjumpa macam ni?
Tapi dalam masa yang sama, kesian jugalah kat those yang parents tak dapat datang.
Mesti sedih semua orang kalut jumpa mak bapak, ada yang duduk je dalam bilik.
Aku tahu sedih, tapi boleh jadi budak-budak ni pun kental.

Masa kitorang gerak ke skolah Redza, masih tak tau yang parents dibenarkan bawa anak pulang bermalam [di hotel].
Jadi kitorang sempat singgah KFC beli 1 bucket, konon nak bagi kat Redza makan-makan dengan kawan-kawan sebilik dia.
Aku siap minta En Wan cari Starbucks nak tapaukan untuk Redza sekali.
Mujurlahhhhhhh tak pegi, kalau tak??
Nak tau kenapa?
Rupanya makanan tak boleh bawak masuk guysssss.
Dulu boleh, tapi rasanya sejak Covid-19 ni pihak skolah dah larang makanan dibawa masuk kecuali makanan kering dalam paker macam biskut, coklat tu bolehlah.

Aku macam mak si Tanggang je dah rupa, keluar dari kereta, siap jinjit KFC dengan wajah berseri-seri nak bagi anak makan, sekali pak guard cakap "Minta maaf, makanan tak boleh bawa masuk".
Nak terduduk kejap aku dengar.
Maunya tak, aku bukan beli snack plate ni oii, ONE BUCKET, boleh?
Muntah KFC aku laki bini karang nak menghabiskan se-bucket ni.
Aduuiii, terasa nak gelak pun ada, nak nangis pun ada.

Aku call Redza "Mama dah ada kat guard house ni".

"Ok, Redza siap now". 

Masa ni aku tak terpikir lansung yang Redza boleh ikut kitorang balik hotel.
5 minit lepas tu aku terfikir, eh, jangan-jangan Redza boleh keluar tak, sebab dia kata "Redza siap now".

Aku pun call Redza semula "Redza boleh ikut mama balik hotel ke?" 

"Ya". 

Terus lebar senyuman aku laki bini boleh bawak anak keluar bermalam.
Plan asalnya duduk kat Berjaya Resort, terusssss En Wan tukar ke Westin supaya dekat sikit nak hantar Redza balik esok paginya.
Petang tu Redza ikut kitorang balik hotel, tapi esok Jumaat tu dia ada program di sekolah, jadi pagi-pagi dah kena hantar balik.
Kalau duduk Berjaya Resort, jauh pulak nak menghantar.
En Wan book Berjaya sebab konon nak honeymoon la berdua katanya, kan hari tu dia honeymoon-kan aku kat hotel Chow Kit.
Konon nak ganti balik. Punoh harapan kekanda anak join tido sekali hari tu. Kahkahkah.

Jadi ceritanya, KFC tu terpaksa la angkut balik ke hotel.
Makan sikit, selebihnya [banyak weii], kitorang bagi kat staff housekeeping hotel.

Masa dah sampai hotel, aku terpikir, si Redza ni turun dari asrama dia berlenggang dengan bawak beg kepit.
Mana bajunya? Kata nak join tido hotel?
Aku tanya "Redza bawak beg ni je ke? Tak bawak baju?"

"Tak. Redza ingatkan papa bawakkan baju Redza?"

Oh jem terus aku.

Baru aku teringat, memang selama ni kitorang kalau jumpa dia kat sana and bawa pulang bermalam di hotel, Redza takkan bawa baju sebab papa dia akan bawa baju siap-siap dari rumah so that dia tak perlu bawa balik baju kotor.
Selama ni, bukan sekatat baju, dengan selipar sekali bapak dia bawakkan, dia memang keluar asrama berlenggang je.
Tapi kali ni kan kitorang tak expect dia boleh keluar bermalam, jadi tak bawakkan.
Aku pulak terlupa nak ingatkan dia pack baju sekali sebelum keluar tadi.
Dah seram sejuk dah aku ni, En Wan masa ni masih bersembang dengan staff hotel kat patio [nampak tak dalam gambar tu?]

Lepas staff tu dah keluar, aku cakap "Bang, Redza tak bawak baju pun sebab dia ingatkan kita bawakkan baju dia".

"Ye ke? Takpe, nasib baik papa bawakkan seluar pendek, baju and jaket untuk Redza".

Rupanya En Wan bawakkan barang-barang yang dia belikan untuk Redza.
Bawak untuk minta aanak dia try, kalau tak ok, senang dia nak return balik kat mall.
Alhamdulillah, spender, T Shirt, jacket, seluar pendek semua just nice kat badan Redza.
Memang lepas lah sepersalinan dia hari tu.
Mujurlah dapat bapak sejenis teliti semua benda dia nak manage, ada gak pekdahnya.

Sementara aku mencekik KFC dalam bilik, En Wan bersiar-siar ambik gambar.
Nak ajak aku, sorry, aku dah bukak tudung. Malas nak pakai balik. Cantik Westin Hotel ni, padanlah dengan harganya. Tapi tu lah, perginya 1 malam je, tak sompek aku nak menikmati keindahan. Pulak tu hari yang aku sampai sana, katanya ada 3 jangkitan Covid kat Langkawi, terusssss aku jadi malas nak keluar bilik.



Giliran beliau pulak makan KFC.

Malam tu lepak tempat biasa - Wan Thai.
Tapi Wan Thai dah tak sesedap dulu, sebab dah tukar management.
Aku syak sejak Covid-19 ramai pekerja dia dah balik Thai, jadi now semua tak boleh masuk Malaysia, jadi dorang terpaksa rombak management.
Dulu staff dia 90% Siam kot, now ramai melayu.
Dia punya tomyam tak sesedap dulu.
Even dia punya sotong goreng tepung pun lain.
Tapi bolehlah makan, masih sedap lagi cuma yang dulu lagi sedap.

Makan musim Covid-19 ni, nak lepak lama-lama pun tak seronok.
Tak sempat aku nak merasa pulut mangga segala, makan nasi pun laju-laju, siap je, balik.
Mengah pulak rasanya.
Jadi sebab nak mencuci mulut jugak, terpaksa singgah Starbucks kat jeti.
Lagipun nak balik hotel memang kea melintas jeti pun, dah alang-alang singgah je la.
Kesian Redza, dia dah lama tak pekena Starbucks.
Aku pun joinlah sekaki.
Padahal lama aku menahan diri dari Starbucks tau.
Betullah orang kata, salah satu pemusnah diet adalah vacation.
Mood vacation ni lain, kita tend to makan apa saja [dan makan dengan banyak].
Jadi, kurang-kurangkanlah bercuti.

 

Dah kenyang, dah balik hotel barulah bergambar-gambar.
Baru teringat esok pukul 7am dah nak kena hantar Redza balik skolah, tu pasal pulun bergambar kejap.
Kat lobi pun kat lobilahhh, janji ada gambar.

Malam tu dorang padam awal, kecuali aku.
Layan Hindustan kat Netflix.
Esok pagi, pukul 7am En Wan hantar Redza balik asrama, aku tak ikut.
Tapi program Redza habis tengahari, jadi tengahari kitorang akan collect dia semula untuk keluar solat Jumaat sekali harung beli barang-barang makanan.

Dah nampak sebaya je bapak dengan anak dari belakang.



Dulu beliau begini je dengan appa-nya.

Tiba-tiba sebak tengok gambar ni. Rasa macam baru sangat aku mengagah dia. Rasanya anak-anak kita masih belum tahu apa perasaan kita, kan? Hari tu aku cakap kat Redza, walaupun dia dah besar panjang, setiap kali dia aku bercakap dengan dia, aku masih lagi membayangkan dia yang berumur 2 tahun badan debab ketak-ketak pakai singlet Tesco.

Ini gambar En Wan hantaq kat aku masa dia drop Redza depan skolah.
Masuklah kau sendiri, mak bapak tak dibenarkan masuk.
Macam tu lah gaya anak aku - dengan beg kepit anime favourite dia, dengan jinjit plastik bag - macam orang terbuang je aku tengok dari belakang.
Dia punya "tak kisah" tu makam tinggi betul.

Kalau korang tengok balik gambar atas-atas masa kitorang bawa dia balik ke hotel tu, perasan tak baju batik dia senteng and kecik?

Aku tanya dia "Apesal baju kau kecik sangat ni?"

"Oh, ni baju kawan Redza. Dia tinggi jadi baju dia kecik. Dia ajak Redza tukar, Redza tukar je lah. Redza tak kisah sangat". 

Boleh?? 

Main tukar gitu je, ya tuan puan.
Aku tak kisahlah kau nak tukar baju dengan member, kedermawanan kau tu sangat aku syukuri.
Tapi biorlah padan dengan badan.
Baju yang kau dapat ni pun aku tengok ni pun sama senteng, abis camno?
Alahaiii, brotherhood sungguh budak-budak ni. Gasaklah, janji bahagia.

Lepas balik dari hantar Redza, barulah turn dia breakfast dengan aku pulak.
Macam yang aku katalah, bercuti time Covid ni tak berapa best sebab bila bab makan kat hotel tak puas sebab kau takleh ambik sendiri.
Tapi breakfast kat Westin tak berapa sedaplah. Tak kena kat tekak aku and En Wan.

Makanan dia banyak, cuma tak berapa sedap.
Entahlah maybe aku penat kot.
Aku ni kalau nak ikutkan dah 2 weeks kerja straight including Sabtu Ahad non-stop sampai next week.
Hari tu je la sehari "cuti" ke Langkawi. 
Balik dari Langkawi esoknya pagi-pagi aku dah masuk kelas.
Kalau nak kata lemau memang tengah lemau ni, tapi passion punya pasal, ku redah jua.



Semua kaunter dia bercermin.
Belakang tu chef tengah siapkan roti canai aku.
Ah tapi roti canai dia sedap.



Lepas check out, ambik Redza kat sekolah, bawak pi makan and beli barang-barang makanan dia.
Banyak juga aku belikan makanan sebab tau dorang takkan boleh keluar dah lepas ni, sampailah cuti hujung tahun esok.
Lagipun this week [bermula Jumaat ni] dah start exam IGCSE.
Seram-seram sejuk je aku kat rumah.
Dorang yang exam aku yang berdebar.
Semoga kejayaan milik anakanda-anakanda semua.


2020-10-01

Retort Technology Class


Isnin dan Selasa baru-baru ni aku run Retort Technology Class khas untuk pengusaha produk makanan [dan minuman].
This is something yang aku yakin boleh bagi manfaat yang besar untuk usahawan.
Aku tak jual produk makanan tapi aku selalu order ready-to-eat food but frozen punya, which aku rasa kalaulah lauk-pauk ni boleh diretorkan, akan mengurangkan lagi banyak kos di pihak usahawan.
Plus, lagi jauh produk kau boleh pergi sebab dah sah-sah lepas diretortkan, kau boleh pos produk tu ke mana-mana, hingga ke luar negara.
Bukan hanya kerana produk tu boleh disimpan dalam suhu room temperature, tapi yang penting sekali produk kau tahan hingga 18 bulan.
Tak payahlah kejap-kejap nak masak, kejap-kejap nak kena pi beli stok barang basah.
Hanya masak 1-2 kali je sebulan, lepas tu the rest of the month kau boleh concentrate on marketing saja.

Aku pernah guna technology retort ni, lama dah sejak zaman undergraduate dulu tapi untuk budak-budak lab macan kitorang, technology yang sama ni kami panggil autoclave.
Bezanya, autoclave ni kitorang gunakan untuk panaskan radas makmal and media [untuk bacteria culture].
Tapi autoclave lagi berat, kena letak atas lantai.
Kalau retort machine ni ringan je, boleh letak atas kitchen top korang.
Tapi technology yang digunapakai tetap sama, iaitu untuk matikan semua bacteria.
Bila bacteria mati, produk makanan korang akan tahan lebih lama.
So inilah technology yang WAJIB semua pengusaha makanan belajar dan ambil tahu sebenarnya.

Kapasiti akademi boleh muat 40-50 peserta, tapi memandangkan kena follow guideline musim Covid, jadi hanya 20 seat sahaja yang dibenarkan.
Alhamdulillah 20 peserta join program ni, 9 daripadanya adalah blog reader aku, dan 2 orang adalah customer biotech aku.
Tak sangka ramai dari kalangan blog reader aku ni orang hebat-hebat - ada kilang, ada restoran, ada supplier luar negara, etc.
Seriously aku memang termotivasi duduk kalangan orang macam ni.
Dorang punya keinginan untuk belajar tu tinggi because they come for their business jadi bila bersembang tu kebanyakkannya suka bertanya.
Orang yang suka bertanya, insyallah tak sesat jalan.

Ini hari pertama.
Agak kelam-kabut jugak aku pagi tu sebab semalamnya baru balik dari UTHM, sampai rumah dah lewat.
Mula tu plannya nak ke akademi terus untuk setup segala benda, mesin retort pun sampai petang tu juga.
Rupanya mesin retort pun sampai lambat, dah petang sangat siapa dia nak tunggu kat akademi, lagipun hari tu Ahad.
Jadi, semua barang pun sampai pagi Isnin.
Nasib baik kelas start at 9am, jadi aku keluar rumah 6.30am supaya sampai awal, boleh settlekan apa-apa yang pending.

Pukul 9am kelas bermula.
Kelas ni asal-asalnya big boss minta aku je yang mengajar since aku yang initiate kelas ni.
Tapi first class ni aku memang kena pass kat tenaga pengajar dari universiti sebab aku nak tengok modul dia.
Lepas ni insyallah, baru aku take over.
Tenaga pengajar yang kitorang ambil adalah dari UniKL, memang subject matter expert untuk retort technology.
Jadi, dari segi akademik dan praktikal, dia sangat layak untuk mengajar tajuk ni.

Alhamdulillah participants sangat responsive, banyak bertanya, tak berat bontot bila diminta mencuba mesin retort.
Memang semua yang datang nakkan ilmu teknologi ni.
Tenaga pengajar pun kata participants yang datang memang dari kelompok yang nak belajar sebab rajin nau bertanya macam-macam.
Dia punya level nak belajar tu kau tau macamana?
Ada sorang participant ni dari Kedah.
Dia paling last buat payment sebab dia tak sure boleh pergi ke tak. Masa tu area dia masih lagi PKPD.
Ahad tu, dia call "Tempat saya dah release. Malam ni saya naik flight ke KL".
Aku dengar pun macam ini bukan calang-calang punya semangat ni.
Determination dia very strong.
Participant ni antara yang paling aktif bertanya. Duduk depan sekali tu.

Aku mati-mati ingat yang datang ni sekitar Selangor and KL je, rupanya 3 orang dari Kedah, 3 orang dari Melaka, sorang dari Penang.
Sebab tu aku cakap dorang ni punya semangat satu macam, aku termotivasi.
Ye lah, kelas ni RM975 untuk 2 hari, belum dengan duit hotel dorang, duit minyak/flight - semuanya sendiri.

Hari pertama adalah hari teori.
Sehari suntuk participants akan belajar tentang teknologi retort.
Walaupun pada mulanya aku risau kot-kot ada participants yang mengantuk belajar teori, tapi teori ini penting.
Aku faham bukan semua participants ber-background-kan sains, jadi kalau dah masuk bab microbiology tu agak blur sikit.
Tapi teori ni sangat penting supaya participants tahu what to expect bila makanan berlendir, makanan bertukar warna, makanan ada kulat, makanan ada kerak-kerak - semua ni menentukan jenis kerosakan dan penyebab kerosakan.
Bila kita tahu puncanya dari bakteria jenis apa, barulah kita tahu cara menyelesaikan dan prevention-nya.

Kalau nak ikutkan boleh je kita jump terus kat teknik menggunakan retort tapi aku rasa this is the time kita bagi sesuatu yang extra.
Dalam kelas ni, bukan saja kita bagi peluang participants men-retort-kan produk masing-masing tapi kita ajar macamana nak buat labelling yang betul, macamana nak buat costing yang betul, macamana nak buatkan produk dapat haba yang sekata supaya mikrob mati [secara manual], dan kita bagi flow macamana nak apply sijil Halal and MeSTI serta requirement KKM.

Hari kedua. Belum apa-apa muka masing-masing dah lemau.
Aku memang lemau gila lah sebab kali ni preparation serentak UTHM - Retort Class - GreenAard Anniversary.
In fact masa tengah training ni pun sambil telinga dengar kelas, tangan sambung buat kerja ofis.
Kelemauan dia terbukti bila hari tu aku makan breakfast je, lepas tu just rasa-rasa sikit makan peserta.
Nak makan heavy meal lunch and dinner dah tak larat.
Bagus jugak kalau hari-hari gini, cepat sikit aku transform jadi Tyra Banks.

Hari kedua yang paling ditunggu-tunggu sekali sebab hari tu participants akan run test produk masing-masing samada sesuai tak untuk diretortkan.
Ada orang ingat nak menretort ni tak perlu belajar, just hantar ke kilang untuk diretortkan.
Tak, ya. Tak semudah tu flow-nya.

Untuk orang yang ambil produk dari kilang [OEM] kemudian tepek brand sendiri, itu memang mudah.
Tapi untuk orang yang resepinya adalah dari dia sendiri, dia perlu tahu samada produk dia berubah rasa dan bentuk tak selepas diretortkan.
Sebab dalam retort, produk korang diheatkan pada suhu yang tinggi untuk mematikan semua bacteria, dah tentu akan ada perubahan rasa dan bentuk.
Actually bukan semua produk akan berubah rasa dan bentuk, tetapi ada yang akan berubah bergantung pada jenis bahan yang digunakan.
Jadi, bila kau berpeluang untuk test produk korang di sini [kelas retort], itulah ketikanya untuk korang tahu samada produk masing-masing perlu dimodified untuk penambahnaikan atau tidak.
Takdelah nanti, hantar ke kilang untuk retort, sekali bila dah retort rupanya produk tak sama macam asal.
Daripada buang duit beribu-ribu, lebih baik kita belajar dulu and test produk.

Hari tu memang macam-macam makanan ada dalam kelas, dari western and asian food.
Ada yang nak retort pes kuah kari tulang, kuzi ayam, sos spageti, Korean food, jus buah, kurma kambing, ada yang buat baby food - terharu aku tengok masing-masing bersemangat.
Aku yang lemau ni terpaksa jadi bertenaga, pinjam semangat participants.

Sebelum masing-masing test dengan produk sendiri, kami test dulu dengan sample kami dulu iaitu daging salai lemak cili api.
Haaaa bukan calang-calang sample-nya, ya.
Lepas retort, semua participants dapat bawak balik daging salai. Selamat dah dinner. Takyah pikir nak masak apa.
Dalam gambar atas ni ketika kami retort daging salai.

Bagus tak bagusnya pek retort ni, korang boleh isi banyak dalam pek.
Kalau isi dalam tupperware atau bottle jar, berapa gram je boleh dapat.
Pulak tu nak kena pikir delivery handling lagi - pecah atau tumpah ke tak tengah jalan.
Tapi dengan pek retort, easy peasy.
Takyah pikir dah tumpah ke, pecah ke, barai ke, yang penting boleh pos pada suhu bilik, tak perlu ice pack you olllss.

Ini kita bagi peluang pada participants guna mesin retort using our sample daging salai dulu.
Biar they get used dengan pek retort, sealer and mesin retort. Seal kena betul-betul, kalau tak, nanti dalam mesin retort dia terbuka semula. Nak tahu korang seal ok ke tak, tunggu nanti ada keluar bau tak dari mesin retort. Kalau lepas release injap wap ada keluar bau makanan, tu maknanya ada sealer yang pecah. Pek retort JARANG pecah, sebab ada 3 lapisan filem dalam tu, that's why pek retort ni senang nak buat pengeposan. Tetapi, kalau masa seal tu caranya tak betul, memang makanan boleh tumpah bila seal terbuka.

Masa ni dah start riuh dah akademi sebab masing-masing dah start retort produk sendiri.
Terasa kerdilnya diri ini tengok semua orang pandai masak.
Betapa terernya dorang ni semua masak, sampai dah ke tahap nak men-retortkan makanan.
Maknanya now makanan dorang semua dapat permintaan tinggi, tu pasal dorang nampak keperluan men-retort.
Yang aku, dah la tak pandai masak, pemalas masak pulak tu!

Bila tengok participants excited prepare produk masing-masing dalam pek retort, rasa kagum betul aku dengan semangat orang-orang macam ni.
Kawan aku si Aisyah tu pun datang, bawak 2 ekor ayam masak kuzi, boleh?
Punyalah berianya nak menretortkan produk.
Eh why not kan? Dah bayar mahal kot, silakanlah retort 10 macam produk pun takpe.

Tibalah masanya aku merasa makanan. Dorang pilih aku ya untuk merasa. Kahkahkah.
Takdelah, ini masa dorang tengah men-retort, jadi masing-masing ada lebih produk bagilah aku rasa.
Semua pun sedap. Dah tu, kalau tak sedap kau rasa berani dorang nak retort? 

Yang gambar atas ni dari Kulim, blog reader. Dia datang dengan boss dia, ada kilang dah. Tapi yang produk dia nak retort ni kuah kari tulang. Memang sedap!! Pakkal takde mee, kalau tak, settle semangkuk. Insyallah we plan to naik utara bulan Nov, akan ke kilang dia juga.

Yang ni aku terharu, sikit lagi nak bergenang airmata aku.
Dia datang perkenalkan diri "Kak Di, saya nak ucapkan terima kasih. Kak Di pernah promote makanan saya, ramai follower Kak Di beli".
Aku pun tak teringat bila aku promote, baru jumpa orangnya ni.
Alhamdulillah, dah success now, nak retortkan dah pun makanan.
Serious, aku rasa sangat kecikkkkk kat situ dikelilingi orang-orang hebat.
Maka Diana selalu-selalulah buat kelas gini supaya kau tak rasa kau paling best, ya!

Ini hamlau.
Selama ni rupanya aku berpung-pang-pung-pang kat FB tapi tak kenal orangnya sebab dia always tutup muka dengan smiley face. Selama 2 hari ni bukan main dia purak-purak tak kenal aku, sekali last day baru dia bagi hint, baru aku tersedar inilah orangnya yang berhuha dengan aku kat FB.

Ini Chef Korean food guyssss. 24 cawangan restoran Korea. Tak salah aku nama restoran MyeongDong Topokki. Hari tu aku dapat rasa tteokbokki and bulgogi dia selepas diretortkan. Sedap! Of course la sedap kan, kalau tak, takkan sampai 24 cawangan.

Ni ahli Dusty Pink Tits, Aisyah.

Yang follow IG aku mesti tahu aku selalu up makanan yang aku order dari Aisyah. Dia ni pandai gila masak, ntah kenapa dulu aku tak jadikan dia housemate aku. Kalau tak, mesti aku kenyang takyah makan kat cafe. Kahkahkah. Oh lupa pulak, dia ni kategori budak baik-baik, sebab tu dulu kitorang tak serumah. Rumah aku dulu taraf saitan-saitan je situ. Sejak sama-sama duduk Putra Heights, aku telan berjaya meracuni pemikirannya sampai dia ditarik masuk ke group Dusty Pink Tits. Bagus dia ni fast learner, cepat belajar vocab-vocab baru. Mbahahahaha.

Ini si comel muda-muda dah ada food truck bisnes, buat sushi and bakso.
Ni dia bagi aku try bakso dia. This bakso yang nak diretortkan.

Yang belah kanan tu also blog reader. Husna rasanya nama dia.
Ini datang dengan full preparation - stationary lengkap, siap bawak penimbang makanan.

Kata initiate course Food Safety kan, dah tu kau lah yang kena uruskan segala tong sampah ni, barulah safe food kat sebelah tu.
Inilah tugas tetap aku selama 2 hari.

Alhamdulillah, selesai Retort Technology Class di Subang Jaya.
Insyallah, kita akan buat Retort Technology class yang sama di utara tak lama lagi.
Date belum ada tapi yang pasti tempat di Sungai Petani pada bulan November.

Kalau ada sesiapa yang berminat, please email aku dulu di diana[at]xzizbiotech[dot]com.
Nak tanya apa-apa tentang retort class ni pun boleh, insyallah.
Please pass this message around, ya.
Insyallah aku plan nak buat hi-tea meet and greet dengan pengguna GreenArd belah utara pada masa yang sama.
Doakan tak PKP, kalau tak, kena hold dulu semua program ni.


2020-09-30

Melaka, outstation


Dah hari Rabu.
Tetapi hari ni aku baru nak cerita apa yang berlaku sejak Sabtu lepas.
Ku gagahkan juga update blog hari ni sebab followers kat IG dah start PM "Lamanya Kak Di tak update blog".
Sebenarnya takdelah lama sangat, baru 6 hari.

Sabtu lepas aku ke Melaka, outstation.
Kali ni tak bawak En Wan sebab Rayyan ada hoki class, lagipun aku rasa En Wan pun macam tak sedap hati kot nak follow wife dia berkerja.
Macamlah aku tak pernah bergerak sorang kan.
Dulu lagi lah ke hulu-hilir EVERYDAY, siap boleh stop kejap kat Shell membuta 30 minit.

Last week aku ke UTHM again, tapi put a nite kat Melaka untuk preparation.
Quite pack juga last week sebab Sabtu-Ahad outstation, lepas tu Monday-Selasa dah run Retort Technology class.
Agak kelam-kelibut nak settlekan banyak benda sebelum ke Melaka tu.
Sebelum ke Melaka sempat masakkan siap-siap lunch untuk orang kat rumah, dinner tu pandai-pandai korang la.
Keluar dari rumah 2pm, sampai hotel [Ayer Keroh] pukul 6pm!
Gila bapakkkkk punya jem.
Dia punya jem bermula dari exit Gamuda [sebelum exit KLIA lagi], santakkkkk ke exit Tampin/Simpang Ampat masih lagi terhenjut-henjut.
Lepas exit Tampin traffik dah ok sikit tapi approaching exit Ayer Keroh dia buat hal balik.
Mujurlah aku memang masuk exit Ayer Keroh, gasak kau situ nak tersekat lama mana pun.

Mati-mati aku ingat ada construction ke, ada accident ke, rupanya baru aku tahu every weekend PLUS hiway jem.
Ramai orang balik kampung agaknya.
Lepas ni dah tau dah, toksah buat apa-apa planning on weekend.
Lembik bijik aku duduk dalam kereta berjam-jam.

Wajah penat + ceria sebab setelah sekian lama tak outstation bersendirian, now kebebasan itu dapat dinikmati semula. Kahkahkah.
Naik berminyak muka aku makan jem.
Kebulur jangan cakaplah.
Disebabkan perasaan yang bercampur-baur, terus order teh tarik.
Dah berbulan lamanya aku stop teh tarik, terbabas juga Sabtu lepas.
Puas hati dapat teh tarik, hilang penat aku.

Sabtu lepas aku tengah heavy flow period, so kau boleh imagine tak betapa lemaunya aku?
In fact, aku dah terasa melayang-layang dah.
Kawan aku cuak dah tengok aku dah pening-pening, terus dia pi check in hotel siap-siap sementara aku tunggu kat Old Town.
Rupanya hotel tu belakang Old Town je.
Settle makan, terus masuk bilik. Parking pun cun je dapat betul-betul main entrance hotel.


Bila orang lain makan, kau pun nak makan tapi sebenarnya kau terlalu penat, akhirnya aku pilih meratah rendang je.
Tak sedap.
Entahlah, not sure memang tak sedap ataupun aku too tired.
Yang pasti, teh tarik sedap.

Hotel dia cantik, tapi aku keletihan maka tak dapat menikmati kecantikannya.
Walaupun lemau, posing mesti mau power.

Bilik dia cantik, puas hati, especially katil and bantal sangat menepati elemen sebuat hotel 5 bintang.
Katil tiggi pulak tu, menjengket aku naik.
Sesiapa yang claim jual bantal hotel tu kalau boleh please indicate bantal hotel berapa bintang korang jual sebab bantal hotel 5 bintang sangat sedap ya.
Aku dah berapa kali test "bantal hotel" tapi hampa, tak seperti bantal yang aku harapkan.

Lepas mandi, aku dah flat habis, terus terlelap walaupun orang tengah azan Maghrib.
Tersedar around 8.15pm, aku cakap dengan kawan aku kita order je lah, aku malas nak drive keluar lagipun hujan lebat malam tu.
Aku memang always rasa hotel punya Club sandwich, jadi apa kata kita try hotel ni punya pulak.
Oh by the way, aku duduk AMES.
Eh tapi lepas tu keluar jugekkkkk, pi makan kat Chaq Corner.
Kalau boleh nak makan seafood malam tu tapi cuaca tak mengizinkan, jadi kitorang stop kat mana tempat yang paling dekat and kelihatan macam sedap.

Malam tu pekena char kuey tiaw kerang and satey.
Lepas tu kitorang boleh singgah McD lagi oii.
Ayda tapau Double McChicken, aku tapau 9pcs nugget! Kahkahkah.
Memang sehati sejiwa. Tekak level neraka!

Padahal esok nak kena gerak awal ke UTHM, tapi malam tu bersembang sampai pukul 1.30am.
Tak lena tido aku malam tu sebab berdebar nak meeting the next day + too tired sampai tak lena tido.

Malam tu ada kisah.
Tengah-tengah malam aku dengar Ayda panggil aku "Diii..."
Aku jawab "Ya..",

Pastu dia panggil lagi "Di..."
Aku jawab lagi "Yaaa"

Panggil lagi "Dii..."
Aku pelik kejadah apa dia ni, tapi aku jawab jugak kali ni panjang sikit harakat aku "Yaaaaa.."

Sambil tu aku bangun kot lah dia ni kena hempap ke apa ke kan.
Aku kan dah bukak contact lens. Mata aku ni dia punya rabun bukan calang-calang.
Nak kena tenung dekattttt kat muka Ayda tu baru aku boleh nampak bijik mata dia bukak ke tak.
Rupanya dia berdengkur! Hanat punya pompuan.
Aku dah macam orang bodoh malam-malam buta meratib "Yaa..", "Yaa...", "Yaa..."
Rupanya aku cakap sorang-sorang.
Pagi esok tu memang kena bahanlah dengan aku. Sampai nak terkecing member gelakkan diri sendiri.

Esoknya aku bangun awal gila sebab givap nak tido.
Aku bajet balik rumah jelah tido, kasik settle kerja ni dulu baru lena.
Kena breakfast awal sebab 7.30am dah kena gerak sebab meeting pukul 9.30am
Sebenarnya kalau gerak 8-8.15am pun sempat lagi, Ayer Keroh and Pagoh bukan jauh sangat.
Tapi memandangkan semalam punya jem masih melekat dalam kepala, lebih baik gerak awal to be on the safe side.

Tak boleh makan banyak-banyak sangat karang tengah meeting perut buat hal, naya.
Jadi, makan je lah roti.
Tak pernah-pernahlah aku makan satu round je buffet kat hotel
Hari tu terasa rugi pulak duduk hotel best tapi tak sempat nak enjoy the food and facilities.
Takpelah, kau bukannya pi bercuti kan.
Time bercuti kau asik nak memerap dalam bilik, time kerja sibuk kau nak enjoy facilities bagai.

Tak pakai BATA kali ni u ollsss.
Terpaksa aku pakai kasut tinggi sikit demi sebuah meeting.
Macamlah ada orang kisah kasut kau kan.

Alhamdulillah meeting went well.
Balik dengan kerja yang menambun untuk disettlekan, perlu pilih satu date khas untuk menyiapkan syllabus sahaja.
Berkampung la situ mengadap syllabus dari pagi sampai malam nanti.

Dari UTHM terus balik PH dengan harapan jalan lancor, tetapi masih jem.
Singgah RnR Ayer Keroh punyalah ramai umat ya ampunnn, macam balik beraya masing-masing.
Nasib baik tak se-jem masa datang, cepat jugaklah aku sampai rumah.
Sampai je rumah terus melepek, mandi dan tido.
Rasanya sebelum 9pm aku dah padam.
Sedar-sedar dah 5am.
Terus bangkit sebab nak kena kejar ke akademi untuk Retort Technology Class pulak.
Hat ni esok-esok aku cerita.


2020-09-24

Ada perkara yang kau jangan [elakkan] buat pada majikan


Sebelum aku menceceh dengan lebih lanjut, aku nak share dulu review Dim Sum kat Cyberjaya Resort & Spa yang aku pergi 2 hari lepas.
Ini kali pertama aku pi sini makan Dim Sum.
Sebelum ni dah pernah datang untuk staycation.

Aku tak pandai makan Dim Sum, untillah gathering Dusty Pink yang lepas, kawan-kawan aku ajak lepak Dolly Dim Sum Avenue K.
That was the first time aku makan dim sum dengan betul-betul.
Patutlah ramai suka, rupanya sedap dan mengenyangkan.
Dim Sum ni macam sushi lah, nampak macam tak kenyang, tapi bila dah makan, sendawa macam nak rabak mulut.
Hari tu aku pi sana dengan partner in crime.

Hari tu makan disponsor oleh Ayda.
Aku bersyukur gila, so far semua kawan-kawan aku enjoy food.
Jenis yang kalau jumpa, phone letak tepi, whatsapp masuk pegilah mati, fokus kami hanya pada makanan.
Kawan-kawan aku jenis yang kalau jumpa, jangankan kata nak belek henfon, terus lupa masing-masing bawak laki sama.
Sampai laki kena tanya "Dah ke?"
Mujur tanya, kalau tak, tak reti balik masing-masing.

Kitorang ambil buffet, RM59/pax.
Macam biasa, post Covid-19, buffet dah bertukar cara.
Caranya, semua dim sum dalam buffet list akan dihantar ke meja kita.
SEMUA ya, semua.
So kau boleh imagine tak betapa penuhnya meja kitorang dengan makanan?
Tapi masih boleh refill, dah nama pun buffet, kan.
Cuma caranya kau panggil waitress untuk refill order.
Seronok jugak kekdah ni, tak payah aku kejap-kejap bangun.

Hampir semua dim sum yang ada di hotel ni aku dah makan di Dolly, but I must say Dolly lagi sedap kat tekak aku.
Takde la kata yang Cyberjaya Resort ni tak best. Best, cuma aku lagi suka Dolly punya dim sum.
Dalam banyak-banyak hidangan hari tu, aku paling suka Park Choy.
Itulah satu-satunya yang kitorang refill.
Hari tu tak ramai orang sebab weekdays, selesa.
Kalau weekend ramai, silap-silap kena buat reservation dulu.
Sama je lah macam Dolly, kena buat reservation, kalau tak, beraturlah kau situ.

Ini nama restorannya - Verandah.
Parking depan lobby, pastu kau masuk lobby and keluar balik ikut pintu belah kanan.
Boleh nampak restoran tu kat luar kawasan lobby.

One thing yang aku suka kat Cyberjaya Resort ni tempat dia cantik untuk bergambar.
Contohnya macam gambar ni, cantik kan? Kahkahkahkah.


Ok habis review Dim Sum.
Yang sebenarnya aku nak cakap pasal satu benda ni.
This is also perkara yang aku and Ayda discuss hari tu masa mencekik Dim Sum.
Kitorang masing-masing run own company, jadi kalau bersembang memang tak lari dari cakap pasal business and management.

Attitude.

Untuk adik-adik and anak-anak yang sedang mencari kerja atau baru bekerja, attitude kena jaga.
Jangan ingat sijil akademik tu dah cukup besar.
Dalam dunia kerjaya, once kau dah masuk kerja, sijil akademik tu dah boleh simpan.
As majikan, kita dah tak nak tengok tu lagi.
Yang kita nak tengok adalah performance and attitude.
Apa yang kita belajar memang membantu urusan kerjaya, tetapi bukan semua.
Yang kau belajar tu dulu kebanyakkannya teori, tetapi di tempat kerja segalanya praktikal.
Nak tengok kau boleh perform ke tak adalah di tempat kerja, toksah cerita dah kau dulu best student ke apa ke, itu majikan taknak tahu.
Sebab dalam ofis tu bukan kau sorang je yang pernah menempa sejarah kejayaan akademik.

Ada some staff, bila dia rasa dia belajar tinggi, maka dia betul.
Dunia akademik and kerjaya berbeza ya.
Especially bila kau masuk dalam industry, pengalaman and skill sangat penting.
Antara fresh graduate with flying colors dalam engineering, dengan engineer yang berpengalaman, industry prefer yang berpengalaman.
Antara graduate bidang perkayuan dengan tukang kayu yang berpengalaman 20 tahun dalam kerja-kerja kayu, pasti orang pilih yang berpengalaman.
Jadi, bila kita fresh, walaupun kita ada master degree, itu tak membuatkan kita lebih hebat dari mereka yang dah berpengalaman.

I tell you, even orang yang ada ilmu teori dalam bisnes, kalau dia tak terjun buat bisnes, buat sales, buat marketing - dia masih lagi tidak dianggap sebagai subject matter expert.
Maaf ya, ini bukan post nak memperlekehkan orang yang bukan dalam industry, tapi nak highlite kepada fresh graduate bahawa skill dan pengalaman sama-sama penting.
Toksah lah jaja kehebatan sijil akademik kau 24 jam.
Kalau dalam meeting with subject matter experts, tak payah cananglah kehebatan ilmu teori tu.
Bukan apa, malu sendiri nanti.

Masa aku mula-mula join sales, aku memang betul-betul fresh.
Walaupun aku ada double cert, aku dah ada pengalaman kerja dengan Kementerian Sains, dengan Prudential, dengan one more company [as customer service exec], tapi bila join sales, aku letakkan diri aku as 'budak bodoh'.
Aku tak memandai-mandai walaupun manager aku bukan biotech background dan dia juga SPM grad saja, tapi aku respect pengalaman dia.
Awal-awal masuk kerja, aku banyak follow dia pi jumpa customer.
Masa dia tengah bincang-bincang dengan customer, aku diam.
Takde de aku nak memandai-mandai betulkan salah dia [if any], apetah lagi nak bagi cadangan.
Bukan nak suruh korang jadi dungu, tapi sebagai 'orang baru', kau mungkin ada pengalaman bekerja, tetapi urusan dan protokol di tempat kerja baru kau belum expert lagi, jadi belajarlah bertenang, ya.
Simpan kau punya berlagak tu dulu.

Selalunya, on the way back dari jumpa customer, dalam kereta barulah aku bagi cadangan pada manager aku.
Jaga air muka bos kita [walaupun dia pun makan gaji].
Respect dia sebagai senior.
Manusia ni semua sama, kalau kita buat baik, dia akan buat baik pada kita.
Kalau kita jaga air muka dia, dia akan jaga air muka kita.
Awal-awal bekerja ni takyah nak tunjuk pandai sangatlah, kalau kita betul-betul pandai, masanya akan tiba.
Waktu tu, kau tak payah canang kau hebat, orang tengok performance kau pun orang tau kau hebat.

Benda ni aku pernah tengok beberapa kali.
Masa aku kerja dulu pun, ada je colleague yang suka tunjuk pandai time meeting.
Selalunya jenis ni, bab bercakap memang pandai bagi kat dia tapi sales tak jalan.
Aku sendiri tengok pun malu. Konfiden sangat cara bercakap tu.

Lagi satu, kalau majikan bertanya, please give an answer.
Jangan buat muka ketat, jangan angkat bahu sebagai jawapan, dan yang paling NO, jangan buat diam.
Bukan hanya kau kelihatan sangat biadap, tetapi juga sangat bodoh.
Majikan tanya, jawab dengan memandang muka majikan.
Bukan nak suruh kau sembah majikan tu, tapi ADAB.

Lagi satu, kalau majikan bagi task untuk dibuat, jangan sesekali mintak majikan pass kerja tu pada orang lain.
"Kalau mintak si anu buatkan boleh tak, sebab saya ada satu tender nak kena kejar".

NEVER DO THAT.
Majikan lebih tahu siapa yang layak untuk buat satu-satu kerja.
Contohnya macam staff aku, ada sorang tu dia hanya ada sijil [kalau tak salah], tapi everytime kitorang join event, aku assigned dia as key person walaupun ada staff lain yang berlulusan ijazah.
Sebab apa?
Sebab dia tahu jenis produk, dia tahu inventory, dia tau price list, dia tau kod produk.
Dia tau operation flow of the company.
Aku sendiri tak ingat price list.

Dia macam ni lah, umpama kau nak panggil contractor renovate rumah.
Mana ada satu orang buat segalanya. Dia mesti akan sub punya.
Yang bahagian tiles, ada pakar tiles.
Yang ikat batu, ada pakarnya.
Yang mengecat ada pakarnya.
Anggap saja bila majikan pilih kau buat sesuatu task, kau adalah expert di bahagian tu.
Jangan anggap itu sebagai beban tapi compliment.

Lagi satu "Tu bukan kerja saya".
Ini aku paling pantang.
Memang la dalam job scope awal-awal masuk kerja dulu tak tertulis pun kau kena buat kerja tu.
Tapi, now you have been here for 2 years [contoh], kau takde rasa nak grow ke?
Kau masih nak buat kerja yang sama?
Kalau tak menerima tugasan baru, mana nak datang grow?
Bila dah grow, masa tu lah bonus naik, gaji naik, pangkat naik.
Ini tak, kerja memilih tapi bab merungut pasal gaji, bonus, serah kat kau.
Kalau kau tak willing to go beyond your role, jangan question bila ada orang lain dapat lebih.
Especially dalam industri, we are doing business.
Kalau ada pekerja yang willing to grow, willing to learn, itu yang kita capai dulu.
The more skill sets you accumulate, the more indispensable you are.




Whatsapp SINI untuk minta pricelist anniversary.


2020-09-21

Trend merahkan muka


Semalam aku up status kat IGS berbunyi gini :

Lately ni aku kerap nampak gambar-gambar budak muda berselfie atau buat tik tok dengan muka yang merah-merah sekitar pipi, hidung, sometimes dagu!
Aku jadi pelik, ini trend mekap sekarang ke?
Lansung tak ter-register dalam kepala aku itu adalah filter.
Tapi ramai juga yang reply IGS aku tu, katanya itu adalah mekap ala-ala Korea.
Tak, aku faham nak nampak glowing, tapi dah kenapa merah sampai ke hidung and dagu [?].
Aku pi Korea tak nampak pulak ada Korean yang mekap merah-merah satu muka.
Masing-masing dah macam kena selsema teruk je nampaknya.
Sikit lebih kurang dah la, tak payahlah beria merah sampai ke hidung sampai ke dagu.
Macam tengah resdung pun ada, macam baru lepas bersin pun ada. Konfius aku.

Maybe itulah trend orang-orang muda sekarang yang orang tua macam aku tak boleh nak faham.
Takpelah kalau dah gitu trendnya, teruskanlah.
Dulu kan, zaman belasan tahun [tahun 90-an], masa trend rap wujud, mak bapak kita mesti menyampah tengok style pakai baju gedobos, bahu rebeh, T Shirt labuh sampai ke lutut, seluar jeans besar [tak payah potong, biorkan dia menyapu lantai].
Zaman tu fashion tu kira paling stylo-lah [except gantung CD kat leher. Yang ni sampai sekarang aku takleh brain].
Kau takkan jumpa jeans skinny fit zaman tu. Semua kedai jual jeans gedobos ala-ala KRU sahaja.
Tu nak cerita betapa besarnya impak KRU dalam kehidupan kami yang remaja di tahun 90-an.
Sebab tu sampai sekarang walau dah mencecah 40-an, kalau drive tetiba keluar lagu KRU, dia punya menggeletis satu macam.
Sampai sekarang lagu KRU tepi bibir aku je.
Pakkal KRU-nya pun dah tak larat nak terkinja-kinja atas pentas, kalau tak, aku join.

Masa aku sambung belajar kat Sarawak, aku lebih bebas bergaya.
Maunya tak kalau baju-baju dah boleh sendiri.
Memang ikut peredaran zaman lah jawabnya.
Dah tentu T Shirt lengan rebeh sampai ke bahu dan jeans gedobos ada dalam koleksi.
The thing is, bukan aku sorang ya yang pakai gini, ramai lagi anak dara pakai macam ni.
Balik semester break, mak bapak aku dah mula tak berkenan dengan cara pakaian aku.
Ye lah, kau pompuan kot, anak dara, cara-cara berpakaian sopan pun takde sape nak tekel, lagikan pakai macam jantan. Kahkahkah.
Pak Aji ok lagi. Kerjaya dia sebagai kaunselor Jabatan Pendidikan buatkan dia lebih rasional dan cuba memahami jiwa remaja.
Tapi Mak Aji, NEVERRRRRR.
Sakit nau mata dia everytime aku sarung T Shirt and jeans besar.
Masa tu kebanyakkan baju aku adalah hoodie.
Eh kata KRU, haruslah hoodie. Kamonnnnnnnn.

"Kau rasa cantik pakai macam ni?"

Pedihhhhhhhhh.
Panas je aku asyik-asyik dia kondem fashion aku.
Lepas tu mulalah bandingkan aku dengan anak-anak kawan dia, pakai semua macam pompuan, aku macam jantan katanya.
Takut nau aku jadi liar.

Tu belum masa zaman Beverly Hills 90210.
Lengan baju T Shirt tu kalau tak lipat 3 tak Luke Perry la wehh.
Walau macamanapun, kalau pi kenduri kendara aku tetap pakai baju kurung.
Pi rumah makcik-pakcik tetap pakai baju yang sopan.
Karang terkeluar pulak bijik mata Mak Aji menjegil mata kat aku.

Before that, around year 1995 kot, KRU release lagu NEGATIF [boleh gugel].
Dia punya lirik memang menyampaikan hasrat hati aku betul.
Seronok aku ada yang tolong menyuarakan apa yang terpendam dalam hati.
Nak rebel tapi takut kena lempang, jadi kita pakai lagu je lah. Hahahaha.

Now, bila zaman dah berubah, aku sedang cuba memahami trend zaman sekarang, termasuklah trend pipi, hidung and dagu merah.
Walaupun aku tertanya-tanya juga di mana lojiknya hidung and dagu merah adalah lambang sebuah kecantikkan, tapi takpelah, ini zaman korang kan. Korang saja yang faham.
Cuma kalaulah boleh dipakai kata-kata aku ni, apa kata bior pipi je lah merah, toksah la sampai ke dagu sekali merah.
Kalau yang putih-putih tu ada ampun lagi, ini yang kulit ala-ala aku, tapi nak jugak ikut trend merah-merahkan pipi, hidung, dagu - dah rupa macam baru lepas kena belasah je aku tengok.

Tapi tak sangka kan, masa berlalu secepat ni.
Nasib baik lagu-lagu rock kapak masih diputar kat radio [walau aku tak dengar radio tapi aku tahu ada], kalau tak, aku dah lost dan kemurungan dihimpit trend baru.
But again, enjoy your era ya, anak-anak. This is your turn. 
Aku pernah muda, jadi aku faham ke-excited-annya menikmati trend-trend terkini.
Maka, silakannnnn. Biar ku dengan jeans biruku. Ahgitewww.

By the way, bawah ni sambungan review lipstik.
2 minggu lepas review 6 batang lipstik, hari sambung lagi sikit.
Tapi maybe blur sikit sebab file ni besar, aku compresskan.






2020-09-19

Kerja dulu, sembang kemudian.


Pagi-pagi tadi lepas Subuh aku lepak scroll-scroll LinkedIn and saw this :

Bila baca pengalaman mereka-mereka kat atas ni mencari kerja, terasa betapa bertuahnya aku.
Ada orang [mereka] lebih susah mencari kerja, terpaksa ketuk-ketuk pintu ofis orang untuk tanya kerja kosong, terpaksa grab apa je kerja yang some of kita tak pandang pun.
Alhamdulillah, aku tak ada pengalaman mencari kerja sesusah ni, mungkin bahagian aku adalah perjalanan kerjaya aku untuk sampai ke tempat sekarang.
Ada orang, bahagiannya adalah struggle mencari kerja, ada orang bahagiannya liku-liku membina kerjaya.
Aku rasa aku yang kedua.

Bila ingat-ingat balik, sejak habis belajar, aku mudah dapat panggilan kerja.
Kiranya struggle mencari kerja tu hampir tak ada tetapi struggle di tempat kerja, ada.
Mostly struggle mencari sales. Maybe inilah satu-satunya 'kepayahan' aku dalam bab kerja.
Walau aku tak merasa ketuk pintu ofis cari kerja kosong, tapi aku merasa ketuk dari satu pintu lab ke satu pintu lab untuk promote barang makmal.
Kena pandang lekeh tu biasa dah, dah lali.
Kerja jual barang katakan, yang kat dalam makmal tu semua bakal Professor gamaknya, tu yang pandang muka aku macam nak taknak je.
Jadi, struggle membina kerjaya tu aku ada pengalaman.

Again, mereka-mereka yang aku screenshot ni semua bukan calang-calang orang dah now.
Kau nak kenal orang yang hebat-hebat, try la lepak LinkedIn, very inspiring.
To them, hardwork and hardship is nothing. Everyone is empowering each other.
Menawhile, di suatu sudut di dalam Facebook..... 

.......tak habis-habis mengeluh pasal gaji.
Kerja tak lagi, dah sembang haruk pasal gaji.
Kau kerja dulu pastu tengok boleh pergi ke tak.
Silap-silap diploma tu kalau bernyawa pun dia malu dengan performance kau.

Aku rasa kebanyakkan dari kita tak dapat kerja yang sepadan dengan course yang kita ambil, betul tak?
However, apa yang kita belajar dapat kita apply dalam pekerjaan kita.
Macam aku, dulu aku ingatkan kerja aku wajib dalam lab.
Ye lah, biotech grad nak kerja kat mana lagi, haruslah dalam lab.
Tapi pekerjaan pertama aku as RA di Kementerian Sains. Mana ada lab pun dalam ni.
Rupanya aku sebagai RA yang membantu memilih proposal-proposal yang layak untuk dibawa ke meja perbincangan.
Semua proposal tu adalah dari bidang biotech research.
Walau aku tak masuk lab, tapi ilmu aku dalam bidang tu membantu.

Masa kerja Medical Underwriter pun, aku tak pernah tau kerjaya macam ni wujud.
Like, apa bendanya Medical Underwriter ni?
Lepas masuk kerja baru aku tau memang post ni perlukan orang yang ada background medic atau bio-medic sebab kau akan meluluskan proposal orang.
Kalau orang tu ada darah tinggi, kencing manis, obesity - semua ini kau belajar masa kat U dulu - walaupun tak jadi dokter tapi ilmu kau tu diperlukan untuk decide samada polisi insuran tu boleh diluluskan atau tak.
Nampak macam takde kaitan pun dengan course yang aku belajar dulu, tapi sebenarnya ada.

Pernah ada satu kes tu, orang ni nak apply insurans.
Dalam proposal semua clean, takde admission, takde medical history, segalanya tip top.
Lepas beberapa bulan polisi lulus, agen datang nak buat claim.
Tengok medical report, patient ada lump kat breast.
Apa kau ingat senang-senang nak claim gitu?
Dari size lump kau tu kita boleh tahu kau dah ada lump sebelum kau mohon polisi lagi.
Macamana kita boleh tahu? Sebab kita belajar semua ni dulu, kita tahu pada cycle bila lump ni boleh membesar.
Takde maknanya after a few months lump kau boleh sebesar tu, mesti sebelum kau mohon polisi lagi kau dah tau kewujudan lump ni.

Apa yang aku nak tekankan kat sini, jangan ingat kita ambik engine maka kita wajib jadi engineer, belum tentu lagi.
Adakalanya, a small portion of apa yang kita belajar dululah yang menjadi asbab kerjaya kita sekarang.
Kerjaya in sales & marketing pun macam tu juga.
Sekali pandang, semua orang boleh kerja jual barang. Tak payah blaja tinggi pun takpe, janji pandai cakap.
BELUM TENTU LAGI.
Setakat pandai menceceh tapi merepek, nak buat apa.
Kau nak jual barang teknikal kena ada ilmu.
Supaya kalau kena soal dengan Profesor nanti takdelah nampak bengap sangat.

Dulu aku pun segan jadi sales ni.
Rasa macam sia-sia je score, akhirnya kerja jual barang.
Bila aku dah berada dalam line tu, baru aku tau ilmu aku belajar dulu sangat berguna.
Sebab bila kita ada ilmu, kita boleh pergi lebih jauh.
Bukan setakat promote barang makmal, tapi aku boleh organize workshop untuk mengajar orang extract DNA, sintesis oligo, buat halal analysis.
Maknanya dengan ilmu yang kita belajar tu kita boleh create ruang untuk grow, tak semestinya kena buat benda tu je sampai mati.

Sebab itulah jangan kecilkan scope pekerjaan kita.
Tak payahlah nak sembang pasal gaji sangat.
Kau kerja dulu, tengok boleh lepas probation ke tak.
Lepas tu kita sembang balik.