2018-02-09

Nak ambik boleh, tapi....



Nampak tak tulisan tu?
Aku taknak copy paste nanti entry ni jadi sangat panjang jadi aku jadikan ia jpeg.
Harap boleh baca. Kalau tak boleh, klik pada gambar supaya lebih jelas.

First, I like this hadith.
Hadith ni not so famous sebab takde dalam buku Hadis Muslim.
Siapa yang biasa dengan blog aku mesti pernah terbaca aku cakap rumah aku now dah jadi macam rumah mak sebab mak duduk sekali that's why aku tak kisah kalau keluarga En Wan datang every week.

Tapi, aku pun suka nak elaborate further tentang hadis atas.
Bukan apa, karang ada yang salah faham.
Zaman sekarang ni ramai yang suka ambik pemahaman sikit-sikit. Cedok sana sikit, cedok sana sikit.

Pemahaman utama yang hadis ni nak sampaikan adalah dari dari sudut kebajikan.
Nak tunjukkan betapa banyak hak ibu kepada kita sehingga harta kita dan apa yang telah dorang bagi kepada kita boleh menjadi milik mereka.
Bapak-bapak jangan sedih ya. Walaupun hadis ni tak sebut perkataan 'ayah', tapi semua maklum hadis ini pun terpakai untuk ayah juga cuma hak seorang ibu kepada anaknya lebih besar seperti yang digambarkan dalam banyak hadis lain.

Pemahaman kedua dari hadis ni jauh lebih penting (at least untuk zaman sekarang, pemahaman yang kedua ni jauh lebih penting).
Ini adalah dari fikih fiqh, di mana pemahaman pertama tadi bukan mutlak tapi dihadkan oleh beberapa syarat.
Sebenarnya hadis dalam gambar tu panjang lagi. Kalau tulis sekerat-kerat macam ni memang boleh mengundang salah faham.
Nanti orang yang tak tau hujung pangkal fikir yang bukan-bukan.

Sebelum tu, baca kisah bawah ni dulu. Ini hadis sahih dari Bukhari (7145).



Dari hadis Bukhari ni kita boleh relatekan dengan hadis Ibnu Majah tadi bahawa "Kamu dan seluruh harta bendamu adalah adalah milik (ayah) dan ibumu" bukanlah bermaksud kau kena bagi semua harta dan duit kau pada makbapak sampai kau jadi muflis. Yang dimaksudkan adalah ibu mempunyai kedudukan yang sangat besar kepada kita sehingga mereka berhak mendapat harta kita.

"Berhak" kat sini bermaksud kita berkongsi dengan ibu dan memberi lebih daripada itu jika nak menghormati dia. Bukan bermaksud asal mak bapak kau mintak je kau kena bagi sampai kena ikat perut anak bini sendiri dan pinjam along.

Aku teringat dulu ada reader pernah email aku bagitau masalah dia terpaksa bayarkan hutang-hutang mak bapak dia dan apa mak bapak nak dia kena bagi. Itu tak betul. Bukan macam tu caranya nak taat.

Ok berbalik pada pemahaman yang kedua tadi, mak bapak boleh mintak harta anak-anak asalkan :

Syarat pertama.
Jangan sampai memudaratkan anak dan tidak mengambil harta yang menjadi keperluan anak. Contohnya, jangan sampai anak terpaksa berhempas-pulas buat 3-4 kerja lain sebab gaji hakiki semua mak bapak ambik.

Syarat kedua.
Tak boleh ambik harta dengan tujuan untuk bagi pada yang lain.
Katakanlah kita bagi mak kita beg tangan, then kita nampak mak kita hadiahkan pulak beg tangan tu pada anak bongsu - takpe. Sebab itu kita yang bagi. Bila kita bagi, dah jadi hak mak. Sukati mak nak bagi beg tu kat sesape pulak. Walaupun as anak memang la terasa hati kan mak taknak pakai pemberian kita, boleh pulak pass hadiah kita kat orang lain. Tapi tu memang perangai mak-mak. Kadang-kadang mak-mak ni bukan tak suka barang yang kita bagi, tapi dia tak boleh tengok anak-anak dia susah. Bila dia tengok anak yang satu lagi beg buruk, dah tentu dia sedih. Kalau boleh dia nak je suruh kita belikan adik kita beg baru tapi dia taknak menyusahkan. Jadi, dia pass beg tangan dia pada anak yang lagi satu.

So, itu situasi lain.
Situasi yang tak boleh adalah bila mak bapak datang rumah kita pastu mintak periuk nasi kita (contoh). Kita ingatkan dia nak letak kat rumah dia, rupanya dia nak bagi periuk tu kat anak lagi satu.
Ok yang ni salah. Tak boleh.

Syarat ketiga
Tak boleh meminta dan mengambil atas tujuan membazir.
Membazir kat sini membakwa maksud to spend duit/harta for something yang tak jelas manfaatnya seperti bershopping. Mintak duit kat anak sebab nak beli pinggan mangkuk sedangkan kat rumah ada 14 set lagi tak berpakai, nak beli rantas emas, atau paksa anak bagi duit sebab nak buat kenduri yang gah.


Allah kan adil.
Dia takkan buat hukum yang akan menjadikan satu pihak lain menderita.
Jadi, bukan semua harta anak itu perlu dibagi pada mak bapak.
In fact kalau mak bapak berkenan dengan harta anak pun tertakluk pada 3 syarat tadi.

Berbalik pada gambar pertama tadi (paling atas), bila penanya tu cakap "Ibuku tinggal menumpang bersamaku", dan syeikh tu kata salah. Sebenarnya kitalah yang menumpang rumah mak.

Ok fine with that.
Kat situ dah clear.

Tetapi, bila orang tua kita tinggal bersama, tidaklah bermakna rumah itu dah jadi hak ibubapa juga.
Secara undang-undang dunia, masih lagi menjadi rumah anak kepada ibubapa tadi. Bukan rumah ibubapa.
Jadi, ahli keluarga yang lain janganlah pulak masuk rumah tu buat macam kau ada share dengan pemahaman bahawa itu dah jadi rumah ibubapa korang jugak.
Dia akan patah balik pada isu adab.
Dari segi undang-undang itu tetap rumah orang, bukan rumah makbapak korang.
Jadi masuklah dengan adab sebagai tetamu.




Alhamdulillah, out of 1000pcs, now tinggal 88-89 pcs left.
Just nice aku estimate dari 25 Jan hingga 9 Feb (today).
So hari ini last day untuk beli dengan harga RM18 (tak masuk pos).
Esok start dengan harga RM28 sebuah.
Terima kasih pada yang beli buku ni.
Yang baru nak bayar, today last day offer RM18 ya.

2018-02-08

Biar masuk akal sikit


Kita akan dapat sesuai dengan apa yang kita harapkan.

Dalam mana-mana ceramah, seminar atau forum, tak semua orang mampu ingat semua point yang speaker sampaikan.
Setiap orang akan ingat hanya beberapa point yang dia mahu ingat saja.

Contoh, kalau speaker tu cakap pasal cara-cara nak dapat hati yang sentiasa tenang.
Hanya those yang mencari ketenangan saja yang akan ingat point tu betul-betul.
Yang hidupnya sedia tenang tak heran pasal point ni dah, dia nak cari point lain pulak.
Samalah macam mereka yang nak menambah amalan, those are the ones yang akan termotivasi dengan ilmu untuk menambah amalan.
Yang nak bertaubat, dia akan ingat point-point tentang taubat.
Maksudnya kat sini, setiap dari kita akan dapat sesuatu bergantung kepada apa yang kita mahukan.

Begitu juga dengan speaker tu sendiri.
Sekiranya apa yang disampaikan itu niatnya memang ikhlas dan mencari redha Allah, walaupun audience datang dari pelbagai latar belakang, intelektual yang berbeza serta keperluan yang berbeza; jika speaker ikhlas menyampaikan ilmu, even audience berbeza keperluan tetap akan dapat hikmah yang sama.

Contoh paling mudah faham, Rasulullah saw.
Baginda manusia yang sempurna tapi tengok umatnya - macam-macam perangai!
Walaupun kita ada perangai masing-masing, kebijaksanaan pun tak sama dan kehendak pun berbeza, tapi kita semua dapat hikmah yang sama dari setiap hadis Rasulullah.

Bila yang penyampaian itu ikhlas, apa yang dikatakan akan sampai pada hati yang mendengarnya.
Tapi kalau apa yang disampaikan semata-mata nak dikagumi oleh manusia, hanya nak dilihat bijak, nak dianggap hebat, memang susah mesej tu nak dihadam.

Bukan hanya dalam ceramah.
Sebagai orang yang berbisnes, pastikan apa yang kita sampaikan itu ikhlas.
Jangan terlampau beria-ia promote sampai tak masuk akal.
Yang menentukan close deal atau tak, bukan kita tapi Allah.
Jadi jangan berlebih-lebihan sangat bila promote sesuatu.
Jangan sampai mereka-reka cerita.
Nanti kalau tak close deal, bukan saja dapat penat tapi dosa pun dapat.

Biar apa saja yang kita buat, dapat redha Allah.
Selain dari menjual, biar orang dapat hikmah dari apa yang kita sampaikan.
Kalau dia beli alhamdulillah.
Kalau dia tak jadi beli, mudah-mudahan apa yang kita sampaikan tadi Allah nilai sebagai ibadah.
Kerana bila kita berurusan dengan setiap makhluk atas dunia ni, bermakna kita berurusan dengan Allah juga.
Tak menang dengan jualan, pastikan menang dapat redha Allah.
Kalau kita pegang pada rules tu, maknanya kita takkan pernah kalah, malah sentiasa menang.

Saingan dalam perniagaan memang sengit.
Untuk dapat untung, ramai yang membenarkan segala cara.
Ada yang under table, ada yang bagi hadiah pendahuluan, tak kurang yang puji-puji produk sendiri sampai melampaui batas, tu belum lagi yang guna fake testimoni, tipu barang, tipu harga.

Betul, competition memang banyak, malah sentiasa ada.
Ada orang pernah cakap "Benda (tipu-tipu) ni biasa, ini namanya part of marketing".
Dalam perniagaan, menjadi kaya dah jadi lebih penting daripada bersikap jujur.
Ramai yang percaya "Apa salahnya tipu kalau ia menjadikan kita kaya dan dengan kekayaan tu kita boleh bantu orang lain?"

First, kena faham yang life is never easy pun. Never.
Yang menjadikan life tu terasa senang sikit adalah kerana kita ditolong Tuhan.
Setiap kejayaan, kemudahan, kebahagiaan dan kesenangan, Allah simpan di sebalik ujian. Memang selalu macam tu.
Tak ada satu pun kebaikan yang Allah bagi tanpa Dia bagi ujian.
Maksudnya, tak ada kejayaan yang boleh didapati dengan cara bersenang-senang, dengan cara have fun. Allah takkan bagi dengan cara tu. Kenapa?
Sebab kejayaan adalah satu cabang dari perkara-perkara yang baik.
Dan setiap yang baik tu sangat mahal. Takkan dapat dengan cara 'have fun'.

Try elakkan buat something yang pelik-pelik dengan harapan orang akan percaya pada kita.
Letih nak bagi orang percaya sebab hati dia pun Allah yang pegang.
Yang senang, buatlah sesuatu biar Allah percaya pada kita.
Itu tips paling penting.
Kalau Allah percaya, ni kira settle dah.
Nanti Dia akan tunjukkan banyak keajaiban dalam hidup kita.






I LAF THIS!
Thank you share this testimoni.
Ada yang nak try? Boleh WHATSAPP SINI.
Kalau nak beli dengan redeem point boleh.
Nak beli dengan kod diskaun pun boleh.
Nak beli dengan pakej BUKU AKU pun boleh.
Oh buku aku sampai esok je RM18.
Lusa dah start harga asal RM28.
Sila..sila...jangan malu-malu. 


2018-02-07

Timbang kilo


Entry ni bukan nak cerita pasal produk aku tapi pasal conversation di bawah ni.
Ni conversation live chat pagi tadi, fresh lagi.
Yang merespond adalah aku sebab pukul 8.18am ofis tak bukak lagi, tapi aku dah start mengadap laptop kat rumah. Bukan buat keje, saje sambung tengok cerita hindustan semalam tak abis lagi :)

Ok baca dulu.
Tapi please excuse typo here and there.
Diana dan typo berpisah jangan.





Baru-baru ni kan viral kes Milo ada high sugar.
Pastu memang ada dah 2-3 orang reader mintak aku buat entry pasal ni sebab anak-anak aku kuat mencekik Milo.
Tapi aku terlupa. Tu-tup pagi ni ada live chat pasal supplement. Ni baru teringat nak tulis.
Oh btw, Milo dah respond, boleh baca paper hari ni.
Tak pernah-pernah pagi aku baca paper. Milo punya pasal, aku baca.

Satu benda kita kena ingat, hidup kita ni semua beradaptasi terhadap persekitaran.
Kesihatan kita juga bergantung pada persekitaran.
How much sleep we get, pendedahan terhadap cuaca, kestabilan emosi.
Bukan semata-mata makanan.
Kita tak boleh kata hanya A menyebabkan B.
You dapat penyakit C disebabkan you ambil D.

Pegilah tanya those yang involve in lab work.
Everyday akan dapat penemuan baru. Samada negatif atau positif namanya tetap result.
Research can contradicts common practices.
In fact masa aku kaji tentang kerintangan bakteria pun, bakteria yang dulunya boleh mati dengan letak 10,000ppm racun, after 5-6 years dah tak mati dah even letak dalam 15,000ppm racun.
Maksudnya, produk baru akan sentiasa dihasilkan supaya relevan dengan kerintangan bakteria pada waktu tu.

Aku faham ketakutan some people terhadap isu supplement especially produk timbang kilo yang makin merebak-rebak.
Kalau aku sebagai pengguna pun aku takut nak ambik sebarang-barang supplement.
That's why aku sediakan banyak ruang untuk potential customer contact GreenAard - whatsapp, email, FB, live chat.
Nak tanya, please tanya. Because aim aku is to provide help.
This is my product, this is my formula, so aku nak deliver the best understanding to customer.

Tapi aku tak agree pada some people yang bersungguh-sungguh 'educate' netizen tentang bahaya produk itu ini itu ini.
Kesungguhannya aku respect. Because I am doing the same too.
Kalau ada yang nak beli produk aku, aku akan scan sehabis boleh.
Kalau nampak macam dia takde keperluan untuk ambil, aku straight away cakap tak payah ambik.

There is a very very thin line bila kita educate people.
Kebanyakkan yang aku tengok bukan nak educate tapi lebih nak menghentam dan mengkondem.
Bunyinya macam general tapi ujung-ujung rupanya nak hentam produk A, nak hentam produk B, nak hentam founder C, nak hentam orang D.
Kena reflek balik pada diri.
Kita takkan boleh ubah persekitaran tanpa kita ubah diri kita dulu.
Persekitaran akan berubah seiring dengan perubahan kita.
Educate baik-baik, betulkan niat, lembutkan penyampaian, insyallah mesej akan sampai.

Sesetengah produk dan prosedur dibuat berdasarkan studies that did not prove whether they really worked in the first place.
Ada yang disokong oleh bukti tapi kemudiannya bertentangan dengan wujudnya bukti yang lebih baik.
Dalam mana-mana produk sekalipun walaupun ubat-ubatan (ini juga namanya produk), walaupun ia telah diuji dengan beribu-ribu orang dan ditunjukkan dengan bukti boleh menyelamatkan nyawa, chances are it won’t do that for you.

Aku berkerja dalam dunia penyelidikan sains.
Dulu dalam lab, lepas tu assist researchers dalam memilih produk untuk research dorang, and now creating formula untuk produk sendiri.
Adalah satu senario yang biasa selang beberapa bulan akan keluar new produk yang akan replace 'kepercayaan' lama.
Benda tu biasa sangat bagi those yang involve dalam research.
Susah untuk kita stick to one prosedure.
That's why, those yang betul-betul involve and interested in research, dia takkan tolak any salesperson yang nak berjumpa atau tolak dari mencuba any new produk. Because they are very interested to know what's new in the market.

Any produk yang perlu dimakan walau ubat sekalipun, mesti lalu stage RCTs (randomized placebo controlled trial). Ini memang gold standard untuk test samada produk tu berkesan ke tak. Atau bahasa biasa kita dengar - "jadi tikus putih".

Jangankan produk aku, even cancer research pun guna placebo.
Placebo is when a group of people akan dibagi treatment and from there tengok siapa yang bertindak balas dengan baik terhadap treatment.
Kalau out of 200 people, 190 orang respond well, kira produk tu oklah.
Yang lagi 10 orang tu dikira rare cases. Mungkin ada sebab musabab lain yang menyebabkan tak respond well. Tak adillah kalau nak kata treatment tu tak berjaya hanya disebabkan 10 orang ni tadi.

That's why bila customer kat conversation atas tu cakap betul ke supplement boleh menyebabkan kanser, aku tak boleh kata yes.
Bukan sebab aku mengeluarkan produk sendiri, tapi memang kita sendiri tak tau apa puncanya.
Probably yes, probably no.
Tapi tak boleh nak cakap memang supplement penyebab penyakit. Sebab ada banyak faktor yang perlu diambil kira.

Yang salahnya kat sini adalah, bila banyak produk timbang kilo dijual.
Itupun aku tak pasti camana nak tau itu produk timbang kilo.
Harap tak ada yang serkap jarang dan jangan pukul rata semua produk sama.
Kalau sakit, pi jumpa dokter dulu.
Kita jumpa dokter bukan nak suruh percaya sakit kita boleh hilang.
Tapi, kita nak buat pemeriksaan menyeluruh dulu. Jangan buat pandai-pandai sendiri.
Dengar dulu dokter nak kata apa.

Semalam ada orang live chat juga dia cakap dia ada kolesterol.
Dah makan ubat dokter tapi tak turun-turun jugak.
Aku tanya balik "Abis dokter cakap apa?"
Dia tak jawab.
Tu yang aku risau tu.
Kadang-kadang dia ada underlying disease yang dia sendiri unaware of pastu guna produk-produk lain pastu nanti salahkan produk.
Jangan macam tu. Tanya dokter bagi perabis dulu, pastu baru decide nak cari alternatif ke tak.

Bila orang tanya "Bila GreenAard nak ada produk baru?"

Entah.
Sebab reason aku buat GreenAard sebab nak selesaikan masalah aku.
Selesaikan masalah berat badan aku yang mencanak sampai 58kg dulu.
Pastu selesaikan masalah kolesterol En Wan and aku.
Pastu selesaikan masalah ekzema Rayyan.
Pastu selesaikan masalah aku nak stop makeup remover Shu Uemura tapi tak jumpa se-best itu. Now makeup remover aku paling best. Hahaha.
Pastu aku tak jumpa masalah apa dah. Maybe kena keluarkan krim rajin memasak.
Picit-picit, terus rajin. Eh.




Siapa yang dah update birthday masing-masing kat akaun GreenAard mesti tau apa offer untuk korang bulan ni.
Yang tak update lagi tu, tak reti-reti nak update?



2018-02-06

Masak


Siapa sini suka makan tapi malas masak, angkat tangan!

Ok, ramai nampaknya.
Patutlah jadi reader aku. Sama-sama pemalas rupanya.

Kat IG aku selalu letak gambar makanan.
Nampak macam enjoy food. Sebenarnya tak, aku bukan enjoy sangat dengan food. Aku sebenarnya malas nak memasak je.
Kalau aku order makanan, bukan aku makan sangat pun. Tapi suka beli makanan so that orang lain boleh join sekaki.
Aku ni punya tahap malas masak bukan calang-calang.
Kalau sampai mood malas dia, sampaikan sandwich telur pun aku nak order.



Karipap kentang and sardin.



Sandwich telur and cheese taknak sayur.



Brownies apa ntah ni aku lupa.
Masa aku order pun aku tak tau tajuk brownies.
Aku just cakap "Buatkan je lah apa-apa tajuk pun, janji sedap".
Nasib baik memang sedap.



Roti jala kuah kari ayam.



Ko tengok sikit punya cantik jala dia?
Kalau aku buat terus jadi lempeng okeh.



Tauhu bergedil ayam.
Dia kasik sambal kicap wehhh.
Kawan aku ni orang Johor. 
Tak terer buat sambal kicap bukan orang Johor la ya sebab orang Johor ni semua benda nak cecah sambal kicap.
Memang terangkat sambal dia. Aku boleh makan 2 biji je sebab kepedasan. Terlajak cecah.



Sebab first round order sedap, jadi aku order lagi second round.


Kalau sesiapa nak order, boleh call kawan aku Aisyah.
Aku tak sure if dia boleh deliver ke tempat korang, but can ask her. Dia ni duduk sini, tapi kerja Nilai, so takde masalah kot kalau orang Nilai pun nak order. Suami dia kerja somewhere Putrajaya/Cyberjaya kalau tak salah, so by right suami dia boleh deliverkan jugak ke area sana (agaknya lah).

Nak order Whatsapp Aisyah

Ok sebenarnya aku nak tulis pasal memasak ni.

Dari zaman anak dara lagi aku tak suka memasak (lauk-pauk).
Aku suka baking.
Tapi takde pilihan, kena blaja memasak jugak (berani kau taknak tolong Mak Aji masak?).
Kalau nak kata terer sangat masak tu tak la kot. Tapi setakat nak buat masak kari, asam pedas, sup, lemak cili api, masak kicap, gulai, tomyam tu lepas lah.
Keyword-nya kat sini bukan tak pandai, tapi malas (apa ajelah yang rajin aku ni).

Dulu kalau nak kerah aku masak, Mak Aji punya modal "Tak reti masak, kau tengok lah besok laki kau tinggalkan kau baru tau".

Masa tu aku macam terpikir, ada ke suami nak tinggalkan isteri just because isteri tak pandai masak?
Aku tak boleh nak jumpa kaitannya kat situ dari dulu sampai sekarang.
Sebab aku rasa makan kat luar lagi best kot sebab tak payah penat, tak payah basuh pinggan, tak payah buang sampah lepas makan.
Tapi masa tu hanya bertanya-tanya dalam hati la, tak berani nak tanya Mak Aji. Karang aku yang jadi lauk santapan malam tu.

Sampai sekarang memasak masih dianggap sebagai kewajipan perempuan, terutamanya untuk surirumah. Seolah-olah memasak ni semata-mata tanggungjawab perempuan. Bukan sikit yang kata kriteria isteri yang baik adalah bila dia boleh memasak. Ikat perut suami gitu. Akhirnya, ramai perempuan yang memaksa diri untuk memasak atau jadi obses kat perempuan yang pandai masak. Dek kerana tu, ramai perempuan yang memenuhkan media sosial mereka dengan share page-page resepi. Buatnya belum tentu.

Bila dari zaman ke zaman kita dipaksa untuk percaya bahawa kriteria isteri yang baik adalah yang boleh memasak, that's why benda-benda macam ni jadi punca nak bergaduh kat media sosial sekarang. Tu pasal timbul petua-petua merepek. Sebab masing-masing mula mencari apa juga point supaya nampak the best.
Masak guna air tangan sendiri lebih mengalir kasih-sayang katanya.
Guna rempah ready-made tu mengelat, buat rempah from scratch baru real wife.
Giling sambal lagi banyak pahala dari guna blender.
Ya ampunnnn, tolonglah!

Walaupun aku dah dikerah masuk ke dapur tolong masak dari kecik, tapi tetap aku tak boleh nak develop rasa suka memasak.
Bagi lah aku keje siang ikan ke, kopek ikan bilis 23 kilo ke, gosok baju sebakul, lipat baju setengah lori, aku enjoy buat. Tapi kalau memasak, memang tak pernah minat. Malah, malas. Everytime Mak Aji masak, aku masuk dapur tolong potong-potong je, Tak pun basuh-basuh kuali, tolong kacaukan lauk. Takde de nak tengok aku offer diri tolong masak. Balik rumah mak mertua pun aku tak offer diri. Tapi kalau nak suruh aku kopek bawang ke, potong daging ke, boleh.

Tapi, aku tak pernah tolak masakan Mak Aji and mak mertua, walaupun aku tak berapa suka lauk tu. Makan tetap makan. One thing for sure, aku memang suka makan. Yang keduanya, sebab aku tau dia bersungguh-sungguh and penat memasak. Mak Aji masak hampir everyday, jadi aku makan sebab aku taknak dia rasa terkilan dah penat-penat masak tapi takde orang makan. Karang keluar lagi ayat keramat dia "Kita macam nak mati masak kat dapur, dia taknak makan!". Memang jem la kalau dia start guna perkataan mati tu.

Now, kalau aku call tanya "Masak apa?"

"Takde apa la, goreng ikan je. Malas nak masak"

Padahal kat rumah tu bukan takde orang tau. Kalau takde orang lain cerita.
Aku realized rupanya mak aku pun bukan suka sangat memasak. Dia memasak sebab tak ada pilihan, bukan sebab dia suka masak. Agaknya kalau dulu ada pilihan untuk tak perlu masak, mesti 24 jam dia tapau lauk. Jadi aku boleh imagine sebenarnya mak aku (maybe mak-mak korang) actually bukan seronok sangat bila memasak. Macam 'terpenjara' dengan andaian bahawa masak adalah kewajipan isteri. Dan boleh jadi faktor kewangan juga.

Dia punya konsep tu sama macam kita bekerja.
Memang kita buat kerja kita dengan baik tapi kalau diberi pilihan mesti kita pilih untuk goyang kaki and travel the world, kan?

Ramai orang lupa bahawa kita dilahirkan dengan macam-macam bakat, kebolehan, dan minat.
Tak semua pompuan minat bidang memasak.
Same goes to guys, bukan semua minat bola, kereta, gadjet.
Tak semua lelaki reti betulkan paip, pasang tombol pintu, tukar mentol.
Memasak ni satu cabang bakat juga (dan rajin), sama macam menyanyi, melukis, menulis.
Jadi wajar kalau ada pompuan yang tak suka masak.

Aku bukan nak berkempan supaya korang (ladies) jangan memasak.
Tapi aku muak dengan some ayat-ayat klise "Kalau tak pandai masak, kalau malas masak, toksah jadi pompuan lah!"

Eh hello!
Memasak ni bukannya macam beranak.
Kalau beranak tu ya lah, memang dari azali hanya pompuan je boleh beranak, laki tak boleh. Ini namanya fitrah wanita.
Memasak ni lain, boleh je laki pun masak.
Jadi memasak itu bukan kudrat pompuan sorang. Dia dah jadi sama macam kerja-kerja lain like jual ikan, cuci kereta, bawak grab.

Jangan ingat yang tak suka masak tu tak sihat banyak penyakit sebab selalu makan makanan tapau dan tak jelas halal-haram sumbernya.
Ingat bangang sangat ke sampai nak beli benda tak halal.
Sekarang ni yang buat bisnes food ramai. Dorang tu semua masak kat rumah. Cuma dorang masak kat rumah dorang la bukan rumah kau.
Sama apa kita beli makanan dari dorang, kira macam cook from home jugak, cuma aku tapau.
Support bisnes orang beb! (slogan orang malas masak)

Kalau ada yang kata memasak adalah satu ungkapan kasih sayang, hmmmm boleh blah.
Nak tunjuk sayang boleh je banyak cara.
Entah sape la yang cipta pepatah "Kasih sayang suami tu datang dari perut".
Nak je aku cakap kat dia, "Yang datang dari perut tu bukan cinta, tu namanya kentut!"

Dah lah, aku nak balik tapau nasik lemak depan 7-11.



p/s : Masak aku tak pandai. Menulis insyallah boleh. Nak beli BUKU AKU KLIK SINI. Tak banyak dah tinggal, around 50-60pcs lagi.

2018-02-05

Marahlah kalau malas, bukan sebab tak pandai.


Semalam aku up kat InstaStory video Rayyan tengah tusyen dengan En Wan.
Then ada sorang follower DM tanya Rayyan dah ok ke disleksia sebab anak dia tahun ni baru masuk Darjah 1 tapi masih tak boleh membaca sangat.
Hari-hari dia ajar sampai dia letih, frust and always marah-marah.

Alhamdulillah, Rayyan ok.
Membaca tak ada masalah. Belajar insyallah nampak ok je. Tahun lepas punya result exam pun ok.
Cuma bab mengaji tu tak konsisten, kadang laju kadang merangkak. Huruf arab kan bersambung-sambung.
Kadang bila titik 'ba' dengan titik "sa" bersambung, dia jadi konfius sikit.
Agaknya dia nampak titik-titik tu bergerak. Takpe, takde masalah kat situ.
Yang penting dia boleh baca. Kita kena ajar sampai dia kenal huruf dan boleh baca.
Tersangkut-sangkut tu normal untuk budak disleksia.
Jangan bandingkan budak macam tu dengan kita yang normal ni.
Kita ni memanglah normal, boleh baca laju tapi setakat baca je laju. Tapi bacanya tak. Sehari nak baca 2 helai pun payah. Eh.

Macam Rayyan aku dah nampak kekurangan dia pada bacaan Quran.
Aku faham untuk budak macam dia, tulisan bersambung-sambung macam tu dengan titik, tanwin, sabdu, boleh buatkan dia konfius.
Jadi, aku fokuskan pada hafazan.
Tapi tak bermakna tak payah kenal huruf. Huruf kena kenal sebab kita kena yakin disleksia ni boleh sembuh.
Sebab aku dah pernah lalui peringkat demi peringkat kes Rayyan ni.
Dari tak kenal huruf, dah jadi kenal.
Dari tak boleh baca (dia boleh baca umur 6 tahun), dah boleh baca.
Dari tulisan senget condong and turun naik, now dah cantik atas garisan.
Maknanya, takde yang mustahil. Kena yakin, kena usaha, kena doa.
Life is never easy. Yang buatkan jadi easy sikit hanyalah doa. Jadi kena banyak-banyak doa.

Marah anak boleh, aku pun marah juga.
Tapi marahlah kalau dia malas, bukan marah bila dia tak boleh membaca.
Yang mengajar dan bagi dia pemahaman bukan kita, kita tunjukkan saja, yang ajar Allah.
Macam aku kat dalam kelas duduk sama dengan A, tusyen pun sekali dengan A, tapi aku tak jadi sepandai A pun.
Itu bukti Allah yang bagi kefahaman.

Ada orang Allah bagi dia kemudahan menerima dan memahami ilmu, ada yang payah.
Jadi kunci kepada masalah ni sebenarnya, patah balik pada Allah.
Mintak supaya Allah terangkan hati dan bagi kebijaksanaan yang tinggi.
Sambil-sambil tu ajar macam biasa.
Kita usaha ajar anak, tapi dalam masa yang sama jangan berharap pada kekuatan diri sendiri saja. Kena harap pada Allah juga.

Masa Rayyan mula-mula di-diagnosed dengan disleksia, aku tak terperanjat.
Maybe sebab aku dah buat reading sebelum tu and identify simptom-simptom so aku dah bersedia nak terima keputusan.
Lepas konfem je cikgu tu kata ada tanda-tanda minor disleksia, aku terus susun balik jadual aku so that aku ada masa nak spend time dengan Rayyan.
Mula-mula aku ajar dia menulis hari-hari. Fokus pada menulis je.
Then latih baca everyday pulak.
Lepas tu jawab simple-simple questions.
Result exam yang lepas, dia excel. Alhamdulillah, bermakna step tu dah lepas.

Lepas tu aku jadi relax sikit.
Balik pada kebizian di opis.
Dek kerana busy sangat, Tuhan 'tegur' semula sebab Dia taknak aku leka.
Dia turunkan satu lagi ujian.
Mid term tahun lepas, masa ambik report kad sekolah KAFA, ustazah tu kata Rayyan ada masalah Kat membaca Quran. Agak slow.
Masuk Iqra' 4 dia dah mula tersangkut-sangkut.
Ok, aku faham puncanya. Aku syak huruf bersambung-sambung buatkan dia keliru nak sebut.
Tapi aku dah start mati kutu sebab aku takut anak aku tak dapat mengaji.
Hari-hari mintak kat Allah supaya Rayyan boleh mengaji dengan lancar.

TING!!!!
Allah bagi idea.

Hafazan.

Itu ilham yang Allah bagi.
Jangan pening-pening nak dia jadi macam aku kecik-kecik dah khatam.

Agaknya Allah kata "Kan kau mintak supaya anak kau boleh mengaji dengan lancar?"

Jadi, hafazan lah jawapannya. Nak baca lancar, tak khatam pun takpe, dengan menghafaz pun boleh lancar.
Khatam tak penting, yang penting baca ke idok lepas khatam.
Alhamdulillah, Rayyan cepat mengingat. Jadi aku teruskan dengan hafazan.

Tapi itu pemahaman orang jahil macam aku.
Yang sebenarnya Allah nak aku yang menghafal surah, bukan Rayyan.
Bila aku ajar Rayyan hafal, nak taknak dengan aku-aku sekali kena hafal, betul tak?

Allah tunaikan permintaan kita dalam macam-macam cara.
Dulu aku selalu doa mintak aku dibagi kekuatan untuk berhijrah dan jadi lebih baik dari sekarang (dulu).

Allah bagi aku mengandung.
Tapi kandungan problem.
Aku tersadai dalam hospital dengan chances 50-50.
Akibat chances yang 50-50 tu aku kembali cari Tuhan.
Aku baca Quran, baca buku agama, aku cari jalan balik.

Kembali mencari Tuhan, tak lama lepas tu aku bertudung.
Lepas tu Rayyan lambat bercakap pulak.
Menjadikan aku berlama-lama kat sejadah berdoa supaya anak aku lancar bercakap.
Then Rayyan lambat menulis, lambat membaca.
Aku 'terpaksa' kuat bangun malam untuk mintak biar Rayyan boleh membaca, menulis dengan baik.

Then, tak lancar mengaji pulak.
Allah bagi aku ilham untuk ajar dia hafazan.
Dengan aku-aku sekali menghafal.

Sususan Allah sangat cantik.
Dia perkenankan doa aku "Ya Allah, kurniakan aku kesempatan untuk memperbaiki amalanku sebelum aku kembali padaMu".

Caranya?
Dia hantar seorang Wan Muhammad Rayyan Akmal kat aku.

Hanya kerana budak jendul sorang ni, dari mula dia dalam perut sampai sekarang, macam-macam 'ujian' Allah datangkan supaya aku 'terpaksa' jadi lebih baik dari dulu. (dan masih lagi memperbaiki diri).

Insyallah, parents yang anak-anak ada disleksia, autism atau apa-apa juga keistimewaan, Tuhan bukan uji saja-saja.
Bukan semua ujian itu hukuman.
Bukan semua nikmat adalah kurnia.
Nikmat yang membuatkan kita lalai pada Dia, itu namanya hukuman. Bukan nikmat. (quote ni ada dalam buku aku).
Dalam setiap ujian yang datang, berlapang dada, carik hikmah dari setiap ujian dan cari sekecil-kecil nikmat dalam setiap musibah.

Sorry, entry ni bukan nak memandai-mandai atau nak bajet pandai.
Tapi ini teguran untuk diri sendiri dan mudah-mudahan dengan izin Allah bermanfaat untuk semua.
Kerana kewajipan adalah perkara yang tak boleh ditinggalkan walau apapun alasannya.
Menyebarkan kebaikan tak kira di mana pun adalah ciri seorang muslim.




2018-02-04

Perkara yang aku tak pernah ambik kisah


Ada a few perkara yang aku tak pernah really care sejak dari kecik, membawak lah ke tua ni.
Antaranya :

1. Cuti
Dari zaman skolah sampai sekarang, aku tak pernah ambik tau pasal cuti. Jadual waktu sekolah yang hari-hari kena tengok tu pun aku tak pernah ada, lagikan cuti sekolah yang 3 bulan sekali. Memang takde lah aku nak ingat. Tau-tau je karang kawan aku cakap "minggu ni last sekolah, bestnya!". Barulah aku tau cuti skolah dah sampai. Even masa kat Sarawak dulu pun aku start booking flight bila kawan-kawan discuss nak buat grouping. Kalau tak, haram aku nak tau pasal cuti. Sampailah ke sekarang pun macam tu jugak. Selalu je aku pesan kat staff "Nanti esok akak nak tengok....". Belum sempat habis dorang cakap "Tapi esok cuti, kak". Oh cuti eh? Ok. Cuma masa aku run biotech produk aku kena tengok kalendar setiap hari sebab nak check esok atau lusa negeri mana yang cuti supaya tak terhantar cold item. Karang tak memasal tersadai cold item aku kat Pos Laju. Gone RM3-4K.


2. Jadual waktu
Ini memang takde dalam senarai 'must haves'. Selalunya dalam 1-2 minggu aku dah boleh hafal jadual that's why aku malas salin. Selalunya, sebelum balik aku akan check pensil box kawan aku (dia letak jadual dalam tu). Tak pun, malam tu aku call la dia tanya esok blaja apa.


3. Cuaca
Dari kecik sampai sekarang, cuaca tak pernah jadi masalah pada aku. Kalau panas, seronok boleh main petang-petang. Kalau hujan, lagiiiiiiiiiiiiii seronok boleh main hujan. Dulu kan kalau hari hujan mesti mak aku taknak keluar berjalan. Mula-mula plan nak pi KL, bila hari hujan terus tak jadi. Pelik gila aku. Dah kenapa tak jadi keluar time hujan? Bukannya pi KL jalan kaki. Naik kereta kot. Sampai sekarang macam tu gak mak aku. Asal hujan je "Alah, hujan pulak. Camne nak keluar hujan-hujan ni?". Sampai sekarang jugak lah aku tak tau kenapa bila hujan kena duduk rumah. Dah la asal hujan je tak kasik bukak TV. Habis tu aku nak buat apa dalam rumah ni, tido? Nasib baik lah En Wan sekepala dengan aku. Hujan ke, panas ke, keluar je. Macam En Wan memang takkan kenselkan plan kalau aku dah bersiap sebab dia tau betapa beratnya pantat bini dia nak diajak keluar dari rumah. So kalau bini dia dah willing nak bersiap, apa-apa pun jadi plan kena jalan jugak sementara bini dia ada mood nak bersiap. Aku cuma akan kisahkan hal cuaca everytime nak naik flight. Hujan aku takut. Awan tebal aku takut. Angin aku takut. Fly malam pun aku takut sebab aku tak nampak kat luar. Kepoh gila. Takut tapi sibuk nak tengok luar. Hahahaha.


4. Dividen
Memang tak pernah ambik tahu berapa dividen Tabung Haji dan ASB. Yang aku tau aku nak simpan duit je dalam tu supaya tak terguna. Kalau simpan dalam bank karang tak panjang mana umur duit aku dalam tu.


5. Matematik (hahahaha)
Aku rasa aku bukanlah bodoh sangat maths sebab aku pernah buktikan aku score masa kat U. The fact is I'm not interested sebab tu aku malas nak blaja maths. Tak lojik betul dah tusyen Maths and Add Maths tapi masih bangang jugak, kan. Sangat tak lojik. Pastu kat U, boleh pulak score walaupun takde cikgu tusyen, hanya blaja sendiri. Kan ke pelik tu? So, aku rasa matematik ni antara perkara yang aku tak ambik kisah sebenarnya. Bila tak ambik kisah, lama-lama jadi bodoh maths. Hahaha.


6. Penggunaan grammar yang betul di media sosial.
THIS!
Yes, speaking fluently with lots of esoteric language knowledge with proper grammar, it makes you look smart. Is a normal thing to talk with a broken english especially for those who are just trying to speak english. As long as it can be understood, I'm fine with that. After all, this is just a regular conversation, not a formal writing. I personally feel that people who correcting us, especially correcting others' mistakes publicly are annoying. Those who engage in public corrections often are looking to feel good about themselves. Sort of "If I need to feel good about my language skills, I have to give myself evidence that other people's language skills suck. So by putting down other people, I can feel better about myself.".

(Memang sengaja tulis english. Saje test grammar ke laut ke tak).


7. Jalan mana lagi cepat sampai.
Tak kisah la kalau ada jalan lain yang lagi cepat untuk aku sampai rumah. Jauh pun takpe, aku cuma aim nak sampai rumah je bukan nak cepat sampai. Dari zaman aku skolah lagi, even though kawan aku bagitau ada jalan balik ke rumah yang lagi cepat (tapi kena lalu tembus-tembus kawasan perumahan orang lain), aku tetap pilih jalan lama yang biasa aku lalu. Takpelah jauh sikit asalkan aku dah biasa. Walaupun nampak macam bodoh ada yang lagi cepat kau nak jugak lalu jalan jauh, tapi itu adalah sejenis kebodohan yang tak jadi pandai pun takpelah. Bukannya menyusahkan kau pun. Sukati aku la nak jalan jauh ke dekat, kan. Sebab tu aku stress kalau naik kereta dengan En Wan. Dia sentiasa nak cari jalan mana yang lagi cepat sampai. Dah jumpa jalan yang lagi cepat pun still speeding macam nak terbang bumbung kereta. Nak cepat-cepat nak kejarkan apa tak tau. Aku lebih suka bertenang-tenang bawak kereta sebab lagi lama dalam kereta maknanya lagi lama aku boleh buat concert bergerak. Dalam kereta je pun time untuk aku dengar lagu.


8. Boycotts
Aku selalu unaware of boycotts. Maybe sebab kebanyakkan boycotts disebarkan melalui internet (boleh jadi di-initiate dari internet juga) yang info-nya ntah ye ntah tak. Maybe jugak aku pun sejenis yang tak kisah sangat hal-hal boikot ni. Orang yang melancarkan boikot perlu tau his role hanya untuk create awareness but the choice masih lagi pada diri masing-masing. Itu kita tak boleh paksa. Orang kata those yang macam aku ni adalah group ignorant. Yes, mungkin juga. Tapi sometimes people like me choose to be 'ignorant' sebab yang melancarkan boikot tersasar dari objektif. Katanya "let's boikot", tapi sebenarnya "let's kondem". Betulkan niat dulu ya. Niat yang betul akan bawa kita pada pengakhiran yang berhasil.


9. Trends.
Rasa-rasa kalau tengok gambar-gambar aku time skolah dulu, ada ke yang percaya kalau aku kata aku follow the trends? Hahahaha. Sebenarnya aku minat dengan some trends contohnya lukis kuku, sticker tatoo, pakai lipstik warna biru/hijau/silver. Memang cantik dan nampak outstanding. Tapi aku tak kisah kalau tak follow the trends. Contohnya cara aku ingat shawl. Dari menjak aku pandai pakai shawl sampai la sekarang, gitu je la trend aku. Takde de aku nak blaja ikat cara lain. Dalam banyak keadaan aku pilih kebiasaan. I buy what makes me feel confident. What is in style for me is what looks best on me. I’m not a clone, and neither are you.


10. About me
I don't care what you think about me.





Ini offer BERSYARAT.
Syaratnya KLIK SINI.

Tapi offer atas tu tak dapat free buku tau.
Kalau nak beli buku jugak, bagitau kami korang nak dengan buku.
Kalau nak beli buku sahaja KLIK SINI.


2018-02-03

Kesan emotional torture


Semalam kat IG aku ada letak gambar Redza, then aku bagitau ada 2 orang blog reader inform yang anak-anak dorang bakal mendaftar di Langkawi Isnin depan. Then, ada follower DM aku. Dia tanya, ada tak aku paksa Redza untuk stay di sana walaupun Redza homesick? Kalau ada, kenapa aku paksa stay sedangkan aku dulu pun quit boarding school?

Masa Redza homesick, dia tak pernah kata nak quit. Dia cuma kata nak duduk dekat.
Maksudnya, dia masih nak skolah di situ cuma kalau boleh nak aku visit dia every week.

Macam aku dulu, memang aku nak quit terus.
Aku tak rasa aku fit di skolah tu.
Even masa kat sana pun aku tak banyak bergaul sebab aku rasa aku tak layak berkawan dengan budak-budak pandai.

Perbezaan respond antara aku dan Redza banyak dipengaruhi oleh pendedahan terhadap persekitaran.
Sejak dari kecil, aku dan En Wan tak pernah kondem Redza atau membandingkan Redza dengan sesiapa pun.
Aku pantang bandingkan anak-anak aku dengan anak orang lain.
Aku always jadikan diri sendiri and En Wan sebagai contoh untuk anak-anak be better than us.
Walaupun kitorang bukanlah best sangat tapi menjadikan diri sendiri contoh itu lebih baik dari membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain.

Lain masa aku kecil, mak bapak aku always jadikan anak orang lain sebagai contoh. Padahal anak orang tu pun takde la best mana pun aku tengok.
"Cuba tengok anak orang tu...", "Cuba tengok anak orang ni...."
Aku pun tak tau kenapa.
Maybe mak bapak aku tak rasa dorang bagus untuk dijadikan contoh. Entah, I don't know.
Tapi aku always proud of them especially Pak Aji.
Aku tau sebenarnya dorang nak aku jadi better but boleh jadi the way they put in into words tu tak cukup cantik menyebabkan aku rasa hurt.
Aku rasa sakit hati bila semua benda benchmark-nya adalah dari anak orang lain.
Kalau anak orang tu achieve macam tu, bagus.
Kalau aku achieve macam tu, takde sape kata bagus.

Kesannya, aku membesar dengan merasa diri aku tak pernah bagus walaupun apa pun aku achieve.
Aku jadi tak kisah kalau kena buat sesuatu tak ber-geng (berteman).
Aku tak takut bergerak sorang diri.
Aku study sendiri, tak join grup.
Aku buat keje sendiri, tak tunggu bincang-bincang.
Bukan sombong.
Dan bukan jugak aku nak pulun credit tu sorang-sorang sekiranya aku success. No.
Tapi aku always rasa aku tak bagus, jadi kalau apa yang aku buat tak menjadi, biar aku sorang tanggung. Tak melibatkan orang lain.

Ni sebenarnya efek dari emotional torture.
Experiencing emotional torture from young age boleh bagi kesan kat nilai diri and hubungan kita dengan orang lain tau. Ni pun mujur aku waras lagi. Some people boleh dapat penyakit mental terus sebab tekanan melampau dari kecik.

Salah satu efek yang kekal sampai sekarang is aku tak boleh accept compliments.
Everytime orang puji, I would just be 'emmm yeah' atau senyum atau tak respond apa-apa.
Nak tau sebab apa?
Sebab, masa aku kecik, people just noticed my mistakes and not my achievements.
Jadi sampai ke tua ni aku susah nak terima compliments.
Mungkin sebab tu lah jugak aku lebih suka duduk belakang tabir je.
Nak jumpa orang, nak join gathering, nak jumpa customers kat booth, nak jumpa readers, aku segan.
Bukan sombong, tapi aku segan.

That's why dulu aku tertekan duduk di asrama.
Aku bukannya homesick sangat. Aku boleh je melepak makan aiskrim ngan dormmate aku.
Cuma aku memberontak.
Aku rimas berada di kalangan budak-budak cream sebab aku tak suka nanti kejap-kejap aku kena jadi macam budak tu, kejap-kejap kena jadi macam budak ni. Hell no.
Waktu tu aku jadi benci gila dengan budak yang best-best. Disebabkan korang best lah maka aku tak dapat jadi diri sendiri. Asik nak kena jadi macam korang je.
Haaa gitu lah lebih kurang apa yang aku rasa dulu.

Masa surat tawaran sampai pun aku tak excited, malah tak percaya pun.
Bila asik kena jadi orang lain, aku tak pernah rasa aku best walaupun kalau ikut lojik zaman 80-an siapa dapat tawaran SBP dah memang cream gila sebab zaman dulu yang excel dalam akademik tak seramai sekarang.
Tapi aku tetap tak percaya, infact aku rasa this must be a mistake.
Sampaikan bila kawan-kawan tanya aku dapat tawaran ke mana pun, aku segan nak cakap.
Kalau orang lain mesti proud nak sebut nama sekolah especially kalau skolah tu terkenal dengan ke-cream-an student-studentnya.
Tapi aku tak.
Aku malu nak sebut sebab aku rasa macam kalau aku cakap aku dapat skolah tu mesti orang nampak skolah tu not so cream anymore.
No, aku bukan takut nampak bodoh di kalangan yang pandai. Tapi aku memang rasa aku bodoh dan tak pandai.

Kesan seterusnya, aku suka memerap kat rumah.
Dulu zaman skolah, kalau pi hotel pun, aku can sit in the room the whole day. Takde hal.
Kitorang kan dulu dapat merasa tido hotel bila Pak Aji outstation. I don't mind kalau kena kurung seharian dalam bilik. Padahal tahun 1987-1988 channel TV ada 3 je. Tapi takde hal. Aku hadap je TV tu. Kalau boring, aku baca buku. Tak pun, aku berangan and cakap sorang-sorang.

Nak pi pool pun aku malas.
Aku always rasa I don't belong to the outside world.
Dari segi kawan-kawan pun I keep my circle small. I keep my distance from people sebab aku taknak dorang rasa tak best bila aku ada because I always feel aku tak cukup best untuk berada bersama orang lain.

Kesan lain, aku always find myself explaining my every move.
Aku mesti explain kenapa aku beli that barang, aku explain why I did what I did, etc.
Sebab aku always rasa kalau aku tak explain enough, orang akan ingat aku membongak, so I owe them a detailed explanation.
Tapi kesan dari emotional torture yang ini banyak bagi kebaikan pada aku sebenarnya.
Because, everytime aku explain things, aku make sure everything diterangkan secara detail.
Maybe inilah point utama yang membuatkan kenapa aku sesuai jadi sales dan blogger.

Kesan seterusnya dan paling ketara impaknya, I never ever fight back. Ini pun aku rasa the good side of emotional torture.
Disebabkan aku dah terbiasa keep my circle small, jadi tak ada masalah untuk aku create 'wall' to pekakkan telinga.
Disebabkan aku dah 'penat' dari kecik asik nak kena tengok orang tu, orang ini, membuatkan now aku boleh bolayan je kalau ada orang mengata aku. Dah takde masa dah untuk aku kisahkan orang lain. Penat dah weii dari kecik asik kena tengok orang. Hahahhaha.
Aku just cut toxic people out of my life and shut down. Lantak kau la nak cakap apa pun.

Jangan main-main dengan emotional torture sebab can lead mental illness tau.
Kebanyakkan yang jadi saiko tu semua akibat dari emotional abuse masa kecik la tu.
Nak recover dari emotional torture ni senang je.
Aku dah praktikkan ni sejak zaman skolah menengah lagi.
Waktu tu, aku ada terbaca satu artikel dalam suratkhabar pasal sakit jiwa. So dalam artikel tu ada cakap percentage nak dapat sakit mental ni lebih tinggi kalau zaman kecik berlaku emotional torture.
Takut gila aku time tu.
Dah la aku memang takut dengan orang gila, alih-alih aku yang gila pulak. Oh takleh jadi ni.

Artikel tu ada cakap salah satu cara nak heal dari emotional torture ni mula-mula sekali kena recognise siapa yang timbulkan masalah. Kau ke, atau abuser.
Once kau dah recognize kau normal and they are not, lebih senang nak selesaikan masalah ni.

Sejak dari itulah aku suka observe people.
Orang yang selalu aku observe adalah mak bapak aku lah sebab dorang yang suka torture aku. Hahaha.
Aku perbaiki diri supaya jangan jadi judgemental, instead aku kena jadi observer.
Bila aku observe baru aku nampak why they did that to me, why some things must be done so, what's the rationale of every action they make, etc.
Then baru aku come into a conclusion, yang menimbulkan masalah adalah dorang, bukan aku. Kahkahkah.

Mak bapak aku tak berpeluang dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih baik sebab persekitaran dorang dulu tak menyokong.
Dorang blaja sekadar dapat habiskan skolah sebab adik-adik yang lain ada yang nak blaja lagi. Tak adil untuk sambung blaja sedangkan ada adik-adik yang nak pakai duit untuk belajar.
Jadi sebab itulah dorang always jadikan orang lain sebagai contoh untuk anak-anak ikut sebab dorang rasa dorang takde apa yang boleh dibanggakan.
Tapi mungkin cara tu tak kena membuatkan anak-anak (aku) rasa hurt dan tertekan. Biasa la kan, mak bapak always nak yang the best untuk anak-anak.
Nasib baik anak yang tertekan ni suka memerap membaca buku, terbaca pulak pasal artikel emotional abuse lantas takut menjadi gila lalu cepat-cepat cari jalan untuk heal.
Kalau tak, mesti sekarang aku dah jadi saiko.






Yang nak diskaun RM20 untuk Basic Value Pack, baca syarat di bawah :



KLIK UNTUK SHARE POST INI




2018-02-02

Perbaiki hubungan


Yang beli buku aku, ada di anataranya mintak aku tuliskan kata-kata semangat atau tips nak jadi lebih baik, nak jadi berjaya, nak lebih istiqomah, etc.

Sebenarnya, kalau dalam selama kita hidup ni sentiasa ada masalah atau merasa kita belum cukup baik, perbaikilah hubungan kita dengan Allah.
Apa saja perkara yang buatkan kita rasa tertekan, ia ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah.
Sebab apa saja perkara yang membuatkan kita rasa terbeban, pasti masalah-masalah itu muncul dari keburukan kita.
Dan boleh jadi keburukan hari ini adalah akibat dari keburukan kita di masa lalu.
Tak mungkin kerana kebaikan, mesti dari keburukan.

Tak perlu malu akui keburukan kita. Bukan suruh mengaku depan manusia.
Akuilah pada diri sendiri dan Allah, cukup.
List-kan apa keburukan yang pernah kita lakukan, kemudian evaluate list keburukan tadi.
Ramai orang berlumba nak tambah kebaikkan tapi keburukan tak diperbaiki.
Dan bila musibah menimpa, kita ungkit "Apa lagi yang kurang pada aku Ya Allah? Aku dah cuba buat macam-macam benda baik".
Di situlah kesalahan kita kerana kita evaluate list kebaikan. Tapi kita tak evaluate lansung list keburukan.
Hanya bila kita listkan keburukan kita baru kita nampak "Oh, aku belum baik lagi rupanya".
Konsepnya sama macam kita buat wishlist. Bila kita buat wishlist baru kita nampak apa yang belum achieve, kan? Once dah achived kita strike off dari list dengan bangganya.
So why not kita buat list keburukan kita pulak so that kita boleh strike off the list bila dah dapat perbaiki?

Cara nak perbaiki keburukan yang pertamanya, hubungan dengan Allah perbaiki lagi.
Especially waktu prime time.
Apa waktu prime time?
Subuh. Ini waktu paling favourite.
Biasakan duduk menunggu Subuh.
Sebab pada waktu Subuh dan Asar malaikat bertukar shift.
Nanti masa dorang report depan Allah sebelum tukar shift, Allah akan tanya "Si Diana tadi buat apa?"

"Dia tengah duduk baca Yassin sementara tunggu Subuh".

Kan sedap je dengar tu.
Daripada "Si Diana elok je tengah terbongkang lagi atas katil. Naik sedap dia membuta dengan selimut setan".
Malaikat yang submit report tu pun malu hantar report macam tu.

Yang kedua, banyak-banyakkan doa terutama sekali waktu Allah turun ke langit dunia.
Allah turun bukan sebab nak jalan-jalan tengok apa ada kat tengah jalan ni.
Dia turun sambil bertanya "Ada tak HambaKu yang perlukan sesuatu? Ada tak HambaKu yang perlu pengampunan biar aku ampunkan?"

Ada.
Tapi membuta lagi best kot.

Allah bukan tak tau kita nak apa, tapi Dia nak tengok siapa yang bersungguh nak.
Kalau seseorang tu sanggup bangun dari tido pukul 4 pagi semata-mata nak solat malam dan berdoa maka itulah orang yang sangat-sangat perlukan apa yang dia nak. Allah akan kabulkan.
Kalau apa yang kita nak tak membuatkan kita bangkit dari lena untuk berdoa, maknanya kita takdelah nak sangat benda tu. Tak dapat pun takpe konsepnya.

Perut kita ni 14 hari kosong pun masih hidup lagi tapi kalau hati kosong bermakna makin jauhlah dari pertolongan Allah.
Kalau Allah dah jauh, satu apa pun takkan mendekat dan terus melekat.

Jangan pernah merasa kalau hubungan dengan Allah semakin baik maka hidup kita jadi makin susah,
Never.
Semakin baik hubungan dengan allah, hidup jadi makin mudah. Konfem!

Dulu, masa aku 'daring', aku rasa senang gila buat sales.
Setakat nak jual gel doc harga RM70K seketul tu celah jari aku je.
Sampai satu masa tu hari-hari aku jual instrument. Aku jual instrument macam jual goreng pisang. Paling murah instrument aku jual RM9K. Everyday. Takde masalah lansung.

Tapi bila aku dah start berhijrah, mula terasa payahnya nak dapat sales.
Aku pernah cerita kat blog sebelum ni.
Waktu tu customer dah tak berapa selesa nak berurusan dengan aku. Tak tau kenapa. Maybe aku nampak extreme sangat kot berhijrah. Ye lah, dulu pakai baju see thru, now baju lengan panjang siap pakai inner. Mau tak nampak extreme?
Hubungan aku dengan customer pun terbatas sebab aku limitkan urusan aku hanya di pejabat (no more discuss over lunch/dinner).
Masa tu aku rasa down sangat bila sales tak laju. Tapi aku tetap push the limit. Buat sehabis mampu. Sales ok, tapi takde la berdesup-desup macam sebelum hijrah.

Aku cerita kat Sang Nila Utama pasal ni.

SNU : Dulu lancar ke rezeki you?

Aku : Lancar. Senang gila buat sales.

SNU : Sales tu pegi dekat you ke, dekat bos?

Aku : Of cos dekat bos, tapi I dapat komisyen.

SNU : Yang dulu tu, bukan rezeki lancar. Lancar apanya kalau sales masuk tapi gaji you banyak tu juga. Habis kuat pun dapat komisyen. Itupun 1%. Dapat gaji, buat bayar hutang. Lancar ke tu? Lancar bayar hutang?


Oh sentap dengar!

Now, bila ingat balik conversation ni, aku akui, kalau kita perbaiki hubungan dengan Allah, Dia akan lancarkan segala urusan dunia.
Sebelum hijrah senang buat sales, sehari paling minimum RM9k dalam tangan. Tapi RM9K tu tak dapat kat aku. Gaji aku tetap bawah dari RM9K sebulan. Sedangkan aku buat sales sehari RM9K.
Lancar buat sales pun, tak menjadikan aku beringat nak ke rumah Allah. Elok je aku planning bercuti sana sini, shopping sana sini, beli macam-macam. Hutang pun bertambah. Kat mak bapak pun aku tak hulur duit.

Bila dah hijrah, sales jadi susah nak dapat.
Tapi asbab kesusahan inilah yang buatkan aku berlama-lama atas sejadah.
Asbab susah ni lah yang buatkan aku paksa diri bangkit solat malam.
Asbab susah ni lah airmata aku murah setiap kali tadah tangan berdoa.

Quran cakap "Kejarlah akhirat, dunia akan kejar kita".

Mula-mula lepas berhijrah, terasa yang sales susah sikit tapi aku aku nak buat hutang pun susah.
Sales nampak tak bertambah, tapi hutang pun tak bertambah.
Rupanya Tuhan tahan hutang aku supaya jangan bertambah.
Lama-lama, lepas satu, satu hutang settle.

Kita ni selalu salah faham. Kita rasa, dulu sebelum hijrah, rezeki lancar. Padahal tak lancar mana pun. Yang lancar buat hutangnya saja.
Bila berhijrah, Tuhan akan perbaiki segalanya secara bertahap.
Dia nak bersihkan dulu dosa-dosa kita yang lampau kendian Dia tambah sikit-sikit rezeki sebagai 'upah' kesabaran kita menghapus dosa.
Macam orang sakit yang sembuh jugak. Mana ada sembuh sekelip mata. Semuanya sembuh pelan-pelan.

Kalau kita buat baik, jangan risau. Kebaikkan kita tak akan sia-sia.
Tak kisahlah buat baik dengan Allah, manusia atau binatang. Asalkan namanya buat baik.
Berdoa pun satu cabang berbuat baik. Takkan sia-sia berdoa.
Tapi jangan ingat doa hari ni esok dah dapat apa yang kau mintak. Kalau tak dapat, terus give up.
Jangan.
Doa kan ibadah. Ibadah datang dengan pahala. Takkan rugi punya.

Mungkin kita belum faham dengan fiqih doa.
Hikmah bagaimana cara Allah mengabulkan doa.
Semua doa pasti diperkenankan kalau tak ada yang menghalang.
Salah satu penghalang doa dari dikabulkan adalah terputusnya seilaturrahim.
Jadi jaga hubungan dengan manusia. Jangan cari pasal, jangan cari gaduh.

Dan lagi satu, jangan memaksa Allah bila berdoa.
Jangan memaksa, tak boleh tidak. Nak jugak nak jugak nak jugak.
Kita ni hidup bukan sekali tau. Kita hidup 2 kali. Satu kat dunia, satu kat akhirat. Kalau tak kabul kat dunia, kat akhirat ada second round. Tak dapat kat dunia, akan dapat kat Padang Mahsyar nanti.

Kalau selama ni berdoa nak kereta, tak dapat. Sampai mati masih pakai basikal.
Nanti di Padang Mahsyar siapa tahu kau bergerak dengan 'kereta' di kala orang lain jalan kaki.

Ada satu cerita, zaman Nabi Salleh.
Seorang ibu menangis kat kubur sebab anaknya mati muda.
Seorang ulamak lalu, dan bertanya "Kenapa ibu menangis?"

"Anak saya muda-muda dah mati".

"Berapa umurnya?" kata ulamak.

"300 tahun".

Bayangkan 300 tahun masih muda!
Sebab umat Nabi Salleh umurnya sampai 1500-2000 tahun.
Pastu ulamak kata "Jangan menangis ibu, akan sampai suatu zaman nanti di mana umatnya hanya hidup sekitar 60 tahun."

Then ibu tu terperanjat, "60 tahun saja? Kalau aku hidup di zaman itu, 60 tahun akan kuhabiskan dengan satu kali sujud saja".

Aduhhh. Menangis pulak tulis ni.
Bayangkan 60 tahun untuk satu kali sujud. Aku ni sujud lama sikit, rasa nak terlelap terus.
Solat yang imamnya baca lama sikit dah berdiri sebelah kaki.
Terawikh lama sikit je mula la terdengar orang sana batuk, orang sini batuk. Batuk nak hilangkan ngantuk namanya tu.

Dia 60 tahun buat satu kali sujud.
Aku? 60 tahun pikir nak nak pusing dunia, nak beli lagi 5 bijik rumah, nak itu nak ini.
Terbayang berapa panjanglah gap aku dengan ibu ini di akhirat nanti.
Ibu tu bukan golongan ulamak pun tapi aku rasa gap dia dengan aku dah panjang, belum lagi cerita gap aku dengan para ulamak. Jam berapa nak masuk syurga ni?

Allahu.



Terima kasih sudi beli BUKU AKU.

Aku rasa hari ni hari sayu aku.
Semalam lepas dengar ceramah ustaz, bengkak mata menangis, terus refleks ke entry hari ni.
Pagi ni baca email dari reader ni lagi lah buat aku sayu.
Terima kasih sebab sudi praktikkan tips dan nasihat yang akak share.
Semoga akak dapat share pahala dari kesabaran awak.

Guys, aku nak pesan.
Kalaulah esok korang tak jumpa aku kat syurga, tolonglah kata pada Allah yang korang pernah jadi saksi membaca tulisan aku yang mengajak pada kebaikkan, please? 


2018-02-01

Balas dendam dalam dunia realiti



Siapa dah tengok Nocturnal Animals?
Ini cerita tahun 2016, tapi aku baru layan December lepas.
Aku layan pun sebab IMDB 7.5. Kalau movie rating tak cecah 7.0 aku malas layan.
It's a bonus sebab ada Jake Gyllenhaal :)

Aku memang suka layan cerita-cerita berat dan true story.
Nocturnal Animals is on of them. En Wan giveup tengok cerita ni, halfway dah padam.
Ada benda yang best aku nak discuss pasal cerita ni.
Tapi aku kena ceritakan sikit lah baru boleh explain.

Movie ni mengisahkan tentang buku yang Edward (Jake) tulis.
Dia hantar a copy of manuskrip kat bekas isteri dia Susan (Amy Adams).
Dalam movie ni ada cerita dalam cerita sebab jalan cerita manuskrip tu ditunjukkan dalam bentuk lakonan.

Dalam manuskrip tu Edward cerita tentang kisah this one family - suami (also lakonan Jake), isteri (also lakonan Amy) dan anak perempuan yang dalam perjalanan ke satu tempat, waktu malam, di jalan yang sunyi. On the way tu, ada road bully. So this road bully ni dah langgar kereta dorang pastu mintak ganti. Katanya nak ke workshop sama-sama tapi akhirnya dia culik isteri dan anak Edward.

So this Edward mencari isteri dan anak dia the next day dengan bantuan polis. Akhirnya jumpa both mati kat satu cabin. Isteri kena raped dan anak perempuan died in a much brutal state. Dia dengan sorang polis ni cari bukti and penjenayah tu sampai dapat. Dalam cerita tu (manuskrip), Edward menggambarkan yang si suami akhirnya berjaya bunuh penjenayah dan later dia pun mati. Macam kecewa la taknak hidup lagi gitu.

Apa yang aku suka kat movie ni is the art of expressing feelings.
Cara Edward express how sakitnya hati dia lepas Susan tinggalkan dia untuk lelaki lain adalah sangat-sangat halus dan berseni. Dia luahkan rasa kecewa dia dalam bentuk tulisan.
Dalam manuskrip tadi kan dia gambarkan isteri and anak-anak diculik. Itu adalah gambaran suami Susan sekarang yang dah rampas Susan dari dia. Sebab si Susan ni sebenarnya pergi ke lelaki yang lebih kaya lepas kawen dengan Edward. Dan lelaki tu tahu Susan isteri orang tapi dia still nak jugak. At the same time, Susan mengandung waktu tu tapi Edward tak tau. Later Edward dapat tahu bila dia nampak Susan pi klinik dengan that guy untuk gugurkan kandungan. That's why dalam manuskirip tu dia gambarkan anak perempuan dia mati dalam keadaan yang brutal.

At the end of the manuskrip si suami berjaya bunuh penculik.
Itu sebenarnya apa yang Edward imagine untuk buat.
Dua nak balas dendam kat suami Susan.
Sampai kat sini, manuskrip punya cerita habis.
Tapi the real movie tak abis lagi ni.
Lepas Susan baca manuskrip tu, dia email Edward ajak pi dinner.

Oh kejap.
Waktu ni sebenarnya hidup Susan dah miserable sebab suami dia always on bisnes trip (padahal ada pompuan simpanan). Anak dia pulak (dengan suami baru) buat hal sendiri. Kiranya hidup Susan ni kaya tapi lonely. So bila Edward setuju nak berjumpa, dia excited.

Dia bersiap beria-ia nak jumpa Edward sebab dia rasa macam Edward masih berharap pada dia (melalui manuskrip tu kan nampak macam Edward masih sayangkan dia).
Susan sampai kat fancy restaurant tu, tapi Edward belum sampai lagi.
Dia tunggu, minum air, tunggu lagi, minum air lagi, sampailah restoran dah nak tutup, Edward tak muncul-muncul.
Pastu cerita habis.

Selalunya aku sakit hati cerita habis macam tu je.
Tapi this time aku suka cerita habis macam ni. PUAS HATI! Hahahahahahhahahah *gelak syaiton*

Selalunya kalau dalam movie atau buku cerita, kita mengharapkan akan ada happy ending atau paling tak pun ending yang bagi orang puas hati sikitlah.
Contohnya macam manuskrip si Edward tadi - si suami berjaya bunuh penjenayah. Penjenayah mati. Puas hati, kan?

But in reality, some of us won't and do not seek physical payback pun.
Aku terasa movie ni sangat dekat di hati sebab aku boleh relate-kan cerita ni dengan cara aku berdepan dengan apa je orang buat kat aku.
Aku sejenis makhluk yang kalau aku dah mark NO kat someone, aku just blah macam tu je.
No turning back coz nobody get second chance from me.
Aku maafkan yes, but to give another chance - NO.
I may hate you tapi nama aku nak calarkan kereta kau ke, atau menyantau kau ke, atau ambik tau pasal kau ke, memang tak lah. Aku habis kat situ je.

Nocturnal Animals tunjuk kat kita apa bezanya revenge guna fizikal attack dengan revenge secara halus.
Peritnya jauh lebih sakit revenge cara halus tau.
Just imagine si Susan tu mula-mula ingat Edward ni yang masih berharap pada dia, last-last Edward ni tunjuk yang sebenarnya Susan ni yang masih hadap kat dia.
Dah la life Susan tu tengah miserable dengan suami ada pompuan lain, pastu anak buat hal lain, so dia ingat dia masih ada sisa-sisa happiness left bila Edward setuju nak jumpa. Last-last nan hadooooooo!!!
Kalau tengok muka Susan last scene tu macam dia terasa "I am the champion of the losers".

Serupalah kalau orang kutuk-kutuk ngumpat-ngumpat kita.
Pilihlah untuk jangan balas. Dia nak cakap apa pun, lantaklah.
Ko rasa dia puas ke tengok kau tak membalas? NO.
Dia jauh lebih sakit hati sebenarnya.

Bila Edward tak muncul kat restoran, itu sebenarnya tindakan yang sangat brutal.
Makan dalam orang kata. Jiwa terus mati. Macam tu la rasanya bila kau beria-ia mengutuk tapi orang yang dikutuk tak heran pun. Pehhh, dia punya tersiat tu memang rabak weh.
Si Edward buat macam tu lah.
Cara Edward tu seolah-olah macam "aku akan ambik sikit demi sikit keyakinan kau sampailah ke last bit of hope pastu aku rentap terus and leave you with nothing biar kau rasa hidup kau takde makna!"
Haaaaa gitu.
Meranalah kauuuu. Dah la Jake tu hensem ngokkk. Tak boleh move on aku 5 minit.

Oh aku lupa nak cerita, masa Susan ni kawen dengan Edward, dia selalu kata tulisan Edward ni biasa-biasa je. Takde yang menarik. Susah nak jadi penulis yang berjaya. Bila manuskrip yang Edward hantar tu Susan dah habis baca, baru dia realized tulisan Edward sangat bagus and dia puji Edward (dalam email).

Nampak tak apa kaitannya dengan real life kita?

Someone will be a somebody when there is pressure placed on them.
Perhatikan orang yang dulunya dipandang rendah, dihina, dikutuk, dihentam, selalunya akan berjaya.
Jadi, kalau kita rasa tak 'kuat' nak terima kejayaan orang, janganlah kutuk dia kaw-kaw sangat.
Sebab kutukan kau tu umpama "minyak kasi penuh, bang" so that dia boleh pecut laju tinggalkan kau sedut asap.

Beringatlah.
To forgive and forget can be great.
Tapi, forgiveness doesn't always mean perkara tu boleh dilupakan.
So moralnya, janganlah cari pasal.





Bulan Oktober lepas, ada reader hantar komen ni.
Alhamdulillah, Januari dah released :)




Terima kasih yang share gambar-gambar ni :)

Yang nak join the club, boleh KLIK SINI


Clearance Shawl lagi!


Shawl-shawl ni yang 'tercicir' dari list.



Kod : Kristalli Garnet Red
Material : Chiffon
Pattern : Instant shawl
Stock available : 2pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)



Kod : Kristalli Patina Green - SOLD OUT
Material : Chiffon
Pattern : Instant shawl
Stock available : 1pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)



Kod : Qasrina Brown
Material : Heavy lycra
Pattern : Long shawl
Stock available : 1pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)



Kod : Qasrina Green
Material : Heavy lycra
Pattern : Long shawl
Stock available : 1pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)



Kod : 031N2
Material : Chiffon
Pattern : Long shawl
Stock available : 1pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)



Kod : 029N2
Material : Chiffon
Pattern : Long shawl
Stock available : 2pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)



Kod : 06N2
Material : Chiffon
Pattern : Long shawl
Stock available : 2pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)



Kod : 032N2
Material : Chiffon
Pattern : Long shawl
Stock available : 2pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)



Kod : Qasrina Blue
Material : Cotton
Pattern : Long shawl
Stock available : 1pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)



Kod : Qasrina Black
Material : Cotton
Pattern : Long shawl
Stock available : 1pcs
Harga : RM15/pc (tak termasuk kos penghantaran)


Interested, boleh WHATSAPP SINI


2018-01-30

Schmooze Penang Tour


Ok hari ni baru nak cerita pasal program aku last week kat utara.
Hari ni baru ada mood sebab esok cuti kan. Lagipun hari ni Redza balik (lagi), so mood gembira lah sangat. Harap Redza tak lupa la aku punya cokelat. Buat masa ni kita kirim cekelat je, esok lusa kita upgrade bawak balik kuali pulak.

Last week, Isnin.
Lepas hantar Mak Aji and the geng ke airport, lepas dalam 2 jam gitu, pastu aku and En Wan balik.
Tak tunggu dorang depart pun. Mak Aji kata takyah tunggu sebab aku nak ke Penang tengahari tu jugak.
Kitorang sampai rumah, terus siap-siapkan Rayyan nak ke sekolah. Hantar dia gi skolah, pastu zassssss ke Penang.
Jalan tak jem pun tapi cecah je Perak terus hujan selebat-lebatnya, sampai tak berani nak stop kat Tapah. Takpelah, kita ke depan je lah kot-kot hujan berenti. Rupanya harammmm tak benti pun hujan. Last-last terpaksa stop jugak kat RnR Sungai Perak (kot) sebab aku nak terkencing.



Sedap gila mee sup ni wei.
Apa ntah nama gerai dia, tapi dia sorang je jual pelbagai mee. Hujan-hujan, makan mee sup panas pedas-pedas. Pastu sebelum masuk kereta tapau buah jambu. Beria-ia laki bini makan jambu sambil terpekik-pekik nyanyi lagu Bon Jovi dalam kereta. Macam buat konsert bergerak masing-masing. Tak padan dengan pakai jubah hitam. Kahkahkah.

Kitorang sampai jambatan Penang pukul 5pm. Just nice lah sebab program petang tu start pukul 6.30pm. Tapi videografer nak datang 6pm. Sejam je lagi ada untuk solat, mandi and bersiap.
Kitorang duduk kat Eastin Hotel. Memanggil-manggil je Queensbay kat sebelah tapi mampu pandang je sebab padat sangat jadual tak sompek nak menyinggah Queensbay.




Kitorang pilih executive suite sebab nak guna living hall depan ni untuk shooting.
Not bad jugak bilik dia, very spacious. Sama besar macam executive suite Thistle JB.
Cuma bilik mandi Eastin ni lebih cantik and selesa.
Macam biasa mini bar exec suite memang free. Tapi kat Eastin best sikit sebab mini bar dia makanan and air best-best. Tapi sebab tak bawak Rayyan, jadi tak bersentuh jugak la mini bar tu. Takpe, kita tapau bawak balik.

Aku tengah bersiap dalam bilik, videografer sampai. Dia setting apa semua kat depan tu, aku tak campur. Biar En Wan uruskan. Macam yang dijanjikan, pukul before 6.30pm, sorang-sorang dah sampai. Punctual betul budak-budak ni.

Actually tahun ni kitorang plan nak meet the customers kat setiap negeri (kalau sempat cover semua lah). So, this year start dengan Penang. Macam yang aku pernah cakap dulu, selain dari KL, Selangor and Putrajaya (yang dekat-dekat ni), Penang paling ramai customer GreenAard. In fact, antara negeri-negeri lain dalam Malaysia (selain Selangor/KL), yang beli buku blog aku pun ramai dari Penang. Patut la dulu aku macam terasa-rasa ada connection je dengan Penang. Macam seronok je everytime outstation ke Penang. Patutlah pasemboq mamak menari terasa dekat di hati. Hahahaha.

Tapi customer ni kita tak pilih ramai. Sebab kalau ramai sangat nanti tak cukup masa nak bersembang. Kalau boleh aku nak ada interaksi one-to-one dengan those yang dijemput datang tu. Jadi kita tetapkan setiap state ambik 5 orang saja. Hari tu yang datang 4 orang sebab yang sorang tu tak dapat hadir sebab ada anak kecik kalau tak salah.

Aku tak tau siapa yang terpilih untuk datang hari tu. Petang tu time tengah siap-siap aku tanya En Wan, yang datang ni siapa? Blog reader ke or memang beli GreenAard dari website? En Wan kata dia pun tak tau. Rupanya yang datang tu semua pengguna GreenAard yang also blog reader. Dorang masuk-masuk je bilik nampak aku "Kak Di....". The moment orang panggil 'Kak Di' aku dah tau ini memang blog reader. Sebab aku rasa macam aku je paling tua sekali yang tinggal dalam dunia blogging ni. Hahahah. Mana tak, blogger lain muda-muda je. Yang makcik-makcik pun panggil aku Kak Di.



Aku ni memang sejenis belasah je panggil nama orang.
Budak ni nama Hairi. Aku konfiden je panggil Hanif. Menyahut pulak tu. 
Mesti dia malas nak betulkan. 

Program petang tu lebih kepada meet the customers. Nak makan-makan and get together.
Tapi kita selitkan program sebelum makan untuk sesi testimoni GreenAard (video).
Pilih pun random - ada yang guna GC Plus, ada yang guna Nutrijuice and Cleansing Gel.

Boleh dikatakan ini benda rare yang aku buat sebab aku memang tak berapa suka sangat join gathering-gathering or jadi titik tumpuan dalam majlis. That's why walaupun pi booth aku jarang ada. Biar orang tak kenal aku pun takpelah. Tapi untuk tour ni nak tak nak aku kena ke depan juga sebab ini je masanya untuk aku kenal pengguna GreenAard.



This lady, a Sabahan tapi kerja di Penang loss 10kg. 
From 92kg-82kg and still continue dengan GC Plus. 



L-R : Ms Zarina, Ms Azwa, Ms Shikin and Ms Rutika



Ms yang belah kiri ni tukang tanya soalan untuk customer jawab sambil pandang kamera :)



Kejap je sesi ni sebab program utamanya adalah sembang-sembang dan makan-makan.
Sementara dorang semua solat dalam bilik, aku ngan En Wan turun bawah jap tengok setup for dinner.



Yang bestnya, semua benda hari tu dari hotel, dari food, dari siapa videografer dan siapa customer yang datang semua aku tak tau. Yang aku tau, aku pesan nak suite room sebab nak buat program dalam tu. Apa benda yang aku nak mencekik malam tu pun aku tak tau. 



Small gift from GreenAard untuk yang datang.



4 course dinner rupanya.
Elok lah ambik course by course, at least takde la tak tentu arah kejap-kejap nak bangun ambik makanan kan. Boleh la lepak-lepak duduk makan sambil borak bertenang-tenang.



Muka keletihan nau-nau pakwe aku ni.
Maunya tak, dari awal bulan lagi masing-masing bersengkang mata siapkan material untuk buku blog, pastu design untuk raya, then report nak submit GST, pastu siapkan proposal projek Perlis. Kita anggap je la kita ke utara ni merehatkan minda sekejap. 



1st plate.
Smoked salmon tartar on top of fruit citrus served with baby lettuce and peach dressing nama diberi.
Yang benornya, ikan salmon cincang lumur dengan sayur.
Boleh tahan sedap.



2nd plate.
Creamy African sweet peas soup.
Cicah dengan roti.
Yang ni sedap, memang kena dengan tekak aku.



Untuk main course, ada 4 pilihan.
Tapi hanya grilled lamb rack and chicken cordon bleu je yang orang minat.
Aku ambik kambing of cos.
Oh memang sedap gila kambing niiiiiii. Selalunya lemak-lemak aku tak makan. Tapi kali ni semua aku balun sebab sedap sangat.



Ada yang ambik Chicken Cordon Bleu.



Last one, raspberry mousse cake with ice-cream.
Ingatkan 4 course tak kenyang. By the time dessert ni sampai, aku dah mengah.
Kek ni sedap sangat tapi aku dah kenyang gila, half pun tak jalan.
Ais krim je aku perabiskan.



Tengah enjoy dinner, banquet manager tu bagitau aku dorang nak panggil band yang tengah nyanyi kat lounge datang nyanyi untuk kitorang. Ohhh boleh sangattttt.
Best sangat suara dorang ni. Ni group dari Jakarta. 
Dia nyanyi 3 lagu - Dasyat (Mojo), and 2 lagu Broery (Widuri & Biarlah Bulan Berbicara).
Tiga-tiga ni ada dalam playlist aku, memang sing along la aku malam tu.



Entah apa je la yang aku tengah cakap tu, tadah je budak-budak ni dengar.



Ni kalau gambaq tak sharp ni sejenis henfon laki aku la ni.
Insyallah, next month kita pi negeri lain pulak.
Dengar kata macam Melaka atau Kedah. 
Kalau Kedah dapat la aku satu round lagi lajak ke Perlis makan nasik daging. Hahaha. Makan je keje.

Program malam tu habis before 10pm, aku pun taknak drag lama-lama sebab ni semua pompuan ni yang nak balik malam. Kitorang naik bilik, mandi-mandi pastu aku tido tak sedar apa dah. En Wan kata dia tido pukul 1am. 



Pagi esok dari Subuh terjaga tapi masing-masing dok tergolek-golek atas katil sampai la pukul 8 pagi baru ada kekuatan nak bersiap. Malas nak turun bawah, kita breakfast kat exec lounge je. Takde orang pun, kitorang je. Orang lain tak bangun lagi gamaknya. Sambil breakfast sambil prektis present proposal. Hari Selasa tu kitorang ada pembentangan proposal under Fleur by Mrs Him kat Perlis.
So hari tu kiranya schedule banyak atas jalan lah. Dari Penang ke Perlis, pastu present then dari Perlis patah balik KL terus on the same day.



First round.
Aku la punya, takkan En Wan kot.
Beef, turkey, potato and chicken sosej.



Nampak En Wan makan nasik lemak bungkus, aku pun sambar sebungkus.



3rd round.
Telur gulung ni wajib makan kalau singgah mana-mana hotel pun.
Dia sejenis kewajipan selain dari Club Sandwich.
Cuma kali ni tak sempat nak merasa club sandwich Eastin sebab padat nau jadualnya.



Comel sangat cawan macam ni. First time jumpa cawan colourful kat hotel. Selalunya putih je.
Cawan kuning, piring hitam. Tak cukup set ke? Hahahaha.



Siapa tau mana ada jual jem macam ni sekali dengan rak dia?
Rasa macam nak satu letak kat rumah. Time orang ramai datang ke rumah, macam cantik je nak hidang macam ni.



Lepas breakfast, buat 2 round lagi prektis presentation untuk pakcik aku ni.
Dia dah lama tinggalkan dunia presentation, rasanya paling last time bentang tesis kot. 
Jadi kita layankan ajelah dia nak prektis. Bagus bos, ambik tanggungjawab sikit! Gagagaga.
Sebenarnya boleh je aku yang present all sebab dah alang-alang memang aku present tapi saje je nak bagi dia bercakap sikit.
Aku mintak bab baju lelaki biar dia yang explain.



Tetiba ada gambar nasik daging kan.
Ni tandanya dah sampai Perlis.
Presentation kitorang pukul 3pm. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Sampai Perlis around 1.30pm.
Terus pi ambik laksa dulu okeh.
Laksa Kak Su tak bukak hari Selasa. Tapi aku nak makan jugak.
Sebelum gerak ke utara lagi aku dah terbayang satu nama je yang boleh selesaikan masalah laksa ni.

Sampai je Perlis, gi opis Rahimi dulu ambik laksa.
Tapi nama FB dia bukan Rahimi. Dia lah penyelamat aku punya ketagihan terhadap laksa kak su.
Pastu ajak dia pi lunch nasi daging sekali.




Anak buah KJ namanya ni.
Tak dapat jumpa KJ, jumpa dia pun boleh. Sama je tu.

Nampak tak beza cara dia bergambar dengan En Wan and aku?
Dengan aku dia bagi thumbs up tau. Maksudnya aku lagi best dari En Wan. Mbhahahah.
After so many years follow blog aku, barulah kita jumpa. Pastu duit laksa aku pun dia taknak ambik. Nasik daging pun dia belanja. Thank you so much. Pasni aku nak saja-saja je melintas depan opis dia, berani tak dia nak belanja aku lagi. Hahahahah.



Meeting di PKENPs Perlis went well.
Ni bergamba dengan pegawai-pegawai di sana. Seronok pulak ramai-ramai bergambar pakai baju kurung. Rasa macam nak tempah baju kurung banyak-banyak lepas ni.
Lepas meeting sambung makan lagi roti jala! Ya ampunnn makan aje la keje aku ni.

Walaupun trip kali ni penat sikit sebab tak sempat nak makan pasemboq sotong, cendol aiskrim Padang Kota dan tak sempat nak pi Padang Besaq, tapi puas hati sebab kerja settle.
Insyallah, ada rezeki naik lagi utara bulan-bulan akan datang.
Kali ni naik wajib cari pasemboq Padang Brown aku tak kira!



Ni gambau besoknya.
Sekali hadap 2 mangkuk. Takde ulam pun jalannnnn.




Insyallah bulan depan kita jumpa customer GreenAard yang lain pulak.