2025-07-06

Aku nak exam dikembalikan!

Hari tu aku baca satu post pasal katanya marks UASA tak direkodkan pun. Dalam bahasa mudahnya, UASA tu sekadar nak memenuhi permintaan parents yang nak sangat sekolah buat exam. Aku lupa aku baca kat mana. Kalau korang jumpa artikel tu boleh baca. Terkejut jugalah bila baca rupanya UASA tu takde "nilai". Lepas tu katanya pihak-pihak atasan ni "haramkan" penggunaan nama 'peperiksaan'. Aku tak sure apesal triggered sangat dengan perkataan 'peperiksaan'. Teruk nau ke anxiety anak-anak zaman sekarang?

Kalaulah apa yang dikatakan ni betul, no wonder ada satu post tu minta KPM keluarkan sijil SPM macam IGCSE yang ada marks sekali. Boleh tengok gredA dan A+ dalam SPM tu berapa markahnya. Ini susulan dari student-student kata:

"Saya tak sangka dapat A, masa trial D!"

...which boleh dipertikaikan juga. Takkanlah jauh nau marks masa trial dengan exam sebenar. Zaman aku dulu, kalau add maths trial fail, habis kuat masa SPM dia pegi takat C6 je. Takde maknanya terus A2. Which logik.

Ni bukan pertikaikan keputusan student tapi bila katanya UASA pun tak direkodkan, semua benda kita jadi curiga dengan sistem yang ada now.

Certificate IGCSE Redza dulu memang ada tulis marks. Mana-mana subjek yang markahnya 90-100, grednya A* (macam A+). Kalau 80-90, grednya A. Jadi orang tengok pun takde curiga sebab gred semua orang adalah berdasarkan kiraan markah yang sama. 

Yang minta KPM tunjuk sekali markah tu adalah tulisan dari seorang engineer cum lecturer. Dia kata pelik benda yang paling basic student ambil engineering perlu master, tapi the students yang dapat program tu takleh carry subjek yang sepatutnya dorang boleh carry. Kat situ timbuk kepelikkan grading system.

Kalau tanya aku, aku always sokong exam dikembalikan. Malah, aku setuju kalau streaming class diwujudkan balik seawal Darjah 1, just like zaman Redza dulu juga. Tak tahu kenapa dimansuhkan. Mula-mula mansuh streaming class. Pastu mansuh ujian. Pastu mansuh peperiksaan utama.

Sekarang ni sistem pendidikan cuba lari daripada istilah “exam”. Semua nak guna ayat-ayat manis macam pentaksiran, penilaian formatif, tahap penguasaan, and various academic terms yang kalau kau tak kerja dalam bidang pendidikan, kau pun tak faham maksud dia. 

Tapi as parents, and also as rakyat biasa yang went through the education system dulu-dulu, iaitu yang belajar guna buku teks, buat latihan, kena jawab exam akhir tahun, dan tahu apa maksud “dapat nombor 1 sampai 40” - I believe exams are important.Sangat perlu dikembalikan as a clear and fair measuring tool.

Aku tak sure siapa sebenarnya yang menggelabah beruk dengan exam. Student ke? Mak bapak ke? Menteri ke?

Look. Bila ada exam, student jadi tahu apa yang perlu dicapai. Dorang tahu dorang akan dinilai. Secara automatik, wujud rasa bertanggungjawab untuk belajar sungguh-sungguh. Without exam, budak-budak ni jadi separuh masak’ Sebab takde pressure, takde urgency. Ujung-ujung takde rasa nak berjaya. Sebab tak pernah rasa macamana rasanya berjaya.

Now ni, culture buat kerja sambil lewa semuanya ni datang bila budak-budak ni tak nampak finish line. At least kalau ada exam, dorang tahu “Kalau aku tak study, aku akan gagal”. So they learn to repeat, improve, and challenge themselves. Benda ni penting. Menteri mana ntah hari tu kata exam tak penting sebab mengajar budak untuk menghafal demi nak score. Salah! Kau salah!

Exam bukan semata-mata menghafal. Exam tu alat ukur, disiplin, dan latihan mental. Exam ajar anak-anak kita untuk berdepan tekanan, tahu urus masa, dan belajar dari kesilapan. Setiap exam yang failed, dorang belajar untuk bangkit, bukan give up. Bila berjaya, dorang tahu rasa puas sebab usaha dorang berbaloi. 

Sekarang bila semua benda nak enjoy learning, konon taknak bagi budak-budak stress, biar budak-budak enjoy datang sekolah, akhirnya jadilah generasi yang cepat surrender, tak tahan kritik, tak reti audit diri sendiri. Sebab tak pernah diuji dengan objektif yang jelas, jadi dorang tak tahu beza antara usaha betul dengan usaha syok sendiri.

Tak percaya, kau tengok MOST interns now. Tak semua, tapi kebanyakannya gitulah. Kerja nak sikit, tak nak buat kerja yang susah, tak nak buat kerja yang menguji daya tahan dan adaptasi. Nak kerja yang dalam comfort zone, buat kerja rutin sampai mati. Semua benda tak nak yang susah tapi minta macam-macam. Nak masuk lewat. Nak balik awal. Tak nak datang Sabtu. Tak nak kerja lebih masa. Nak makanan best-best kat pantry. Nak rehat panjang. Kena tegur, esoknya terus MC. Ni semua hasil didikan dari sistem pendidikan masa sekolah. Sebab dah dibiasakan "enjoy-enjoy je datang sekolah". Tak, aku tak salahkan cikgu. Ini salah yang menggubal sistem.

Finish line tu penting, ya. Sama ada exam ke, projek besar ke, KPI ke - manusia perlukan objektif yang jelas. Barulah datang drive. Barulah ada accountability. Without that, semua orang akan buat kerja sekerat jalan dan lepas tangan bila tak jadi. Nak lahirkan generasi kuat, jangan buang semua sistem hanya sebab ia nampak keras. Kadang-kadang ketegasan tu yang membentuk tulang belakang anak-anak kita.

Kalau sistem dinilai berdasarkan PBD semata-mata which kita semua tahu PBD ni subjektif, bergantung pada guru masing-masing - maka akan wujud banyak bias. Kita manusia, tak lari dari emosi, pengaruh dan persepsi. Jadi, bias itu wujud. Berbeza bila ada exam, semua student seluruh negara jawab soalan yang sama, ikut format yang sama, dalam masa yang ditetapkan. Ini baru adil. Student tak dinilai ikut rasa, tetapi ikut fakta.

Apa teruk ke sistem peperiksaan zaman kita dulu? Boleh jadi mental ke budak-budak dengan exam? Yang mental tu memang dari awal tak nak belajar. Takkan sebab segelintir tak tahan pressure, satu sistem yang terbukti berkesan untuk puluhan tahun terus dibuang? The reality is, this world is full of stress. Nak masuk universiti, ada ujian. Nak mohon kerja, ada interview. Nak naik pangkat, ada penilaian. Kalau dari sekolah lagi tak biasa dengan tekanan, bila masa nak belajar hadap realiti hidup?

Sistem peperiksaan dulu bukan punca budak mental! Yang buat budak stress tu bila semua orang baik cikgu, baik mak bapak, baik sekolah - hanya kejar gred tanpa faham proses belajar. Masalahnya bukan pada exam tapi pada mentaliti. Cuba ubah cara kita pandang exam. Exam bukan siapa paling pandai, tapi alat ukur usaha, konsistensi, dan kemampuan berfikir. Bila budak tahu dia dinilai secara objektif, dia akan belajar betul-betul. Dia tahu kalau gagal, itu bukan sebab cikgu tak suka dia, tapi sebab dia yang tak cukup bersedia.

Sistem sekarang terlalu longgar seolah-olah nak semua orang lulus. Ini buatkan budak-budak tak rasa apa-apa. Tak takut fail, takde semangat nak improve. Kalau fail pun, tak rasa malu. Sebab tak ada standard. Tak ada finish line. Inilah yang bahaya sebenarnya. When failure becomes commonplace, excellence is no longer valued. Hasilnya pun dah nampak. Bila ada student yang lebih excel, tak payahlah diraikan. Tak payah dibuat majlis. Sebab? Sebab failure becomes commonplace.

Bila semua orang “diraikan”, takde siapa yang benar-benar layak diraikan. Kita terlalu takut nak sakitkan hati yang gagal, sampai kita tak berani nak raikan yang berjaya. Kita risau yang lain terasa, maka semua disamakan. Kononnya inklusif. Tapi sebenarnya, kita sedang membunuh semangat untuk jadi luar biasa. 

Budak yang struggle, yang usaha lebih, yang tak tidur malam hafal macam-macam, buat latihan ulang-ulang - this is what deserves recognition. Sebab itulah nilai sebenar usaha. But now? Bila semua dipuji, apa beza yang luar biasa dengan yang biasa-biasa? Dan bila tak ada beza, apa motivasi nak jadi yang terbaik?

Ini bukan tentang nak banding-bandingkan student. Ini soal bagi budak satu standard yang jelas. Biar dorang tahu kalau usaha lebih, hasilnya lain. Kalau sambil lewa, hasilnya pun setimpal dengan kau punya sambil lewa tu. Dunia luar nanti tak layan semua orang sama rata, ya. The world treats you according to what you bring to the table. Kalau dari kecik lagi kita ajar budak tak payah usaha sangat pun boleh sama level, we are actually weakening our own generation.

Aku sebagai parents nak tahu anak aku di tahap mana sebenarnya. Dia betul-betul faham atau sekadar aktif dalam kelas? Kalau ikut sistem PBD, anak yang tak tahu jawab pun boleh dapat TP4 atau TP5 sebab “dia memberi kerjasama semasa aktiviti berkumpulan”. Heh!

Bukan nak kata sistem pendidikan dulu perfect. But at least, kita faham. Dulu, darjah 6 ada UPSR. Semua tahu UPSR ni penting. Maka cikgu lebih fokus. Student pun bersedia mental dan emosi. Parents pun alert. Sekarang? Anak darjah 6 ada UASA. Tapi soalan sekolah buat sendiri. Markah tak seragam. Boleh jawab dua hari. Kadang cikgu tolong bimbing sampai dapat jawapan betul. Jadi nilai dia? Lemah. Nak banding macam mana student sekolah A dan sekolah B kalau soalan pun lain-lain?

Uii dulu masa nak UPSR, habis je dak-dak Darjah 6 ambil UPSR, aku mintak paper dorang. Kertas soalan UPSR dulu boleh bawak balik. Dulu, darjah 6 baru masuk bab cara mengira peratus (%). Sebelum bukak sekolah lagi Pak Aji dah tusyenkan aku topik ni sebab dalam kertas soalan UPSR tu banyak soalan pasal peratus. Kaw-kaw Pak Aji train aku nak bagi cekap baca soalan. Stress? Memanglah stress sebab topik baru. Tapi dah faham, hilanglah stress. Yang buatkan kita stress tu sebabn tak faham dan tak bersedia. Tapi nak lulus. Akai ada?

Ramai cikgu admit sejak UPSR dan PT3 mansuh, murid jadi makin kurang usaha. Sebab dorang tak rasa ada keperluan untuk struggle. Tak kisah pun kalau tak faham sebab nanti cikgu tolong dapatkan TP5. Kualiti student sekolah menengah pun makin jatuh. Cikgu sekolah menengah kata batch yang takde UPSR bila masuk Form 1, tahap literasi dan numerasi sangat lemah. Menulis pun tak habis ayat. Basic maths pun tunggang-langgang. Sebab masa sekolah rendah, tak pernah betul-betul diuji secara formal.

Ramai mak bapak tak faham maksud TP1 hingga TP6. Tak tahu nak banding macam mana dengan sistem gred A, B, C. Bila tengok TP5, dorang rasa anak pandai. Tapi bila buat latihan kat rumah, semua salah. Acane?

Exam bukan segalanya. Betul. Exam bukan satu-satunya cara menilai. Tapi ia tetap salah satu cara utama. Kita boleh ada aktiviti kokurikulum, pentaksiran lisan, pembentangan, hafazan, seni, kemahiran, ect. Semua tu bagus. Tapi untuk subjek teras macam Matematik, Sains, BM, BI, kita perlu exam bertulis. Baru boleh nampak kefahaman sebenar, bukan sekadar berlakon pandai.

Ramai yang anggap exam adalah pressure. Tapi sebenarnya, exam melatih daya tahan. Kita ajar anak hadapi cabaran, manage masa, and plan strategi belajar. Semua tu skill untuk hidup. Bila terlalu takutkan exam, kita sedang ajar anak lari daripada masalah. Sedangkan realiti hidup ni penuh dengan “exam”. Interview, driving test, kenaikan pangkat, pitching projek, target sales, etc.

Aku pun tak nak anak aku stress. Tapi aku nak anak aku ada matlamat jelas dalam belajar. Aku nak tahu pencapaian sebenar dia dalam bentuk markah, gred dan perbandingan standard. Kalau KPM serius nak perkasakan pendidikan, bring back UPSR and PT3, and standardize UASA nationwide. 

Nak nilai sahsiah? Guna PBD. Tapi nak nilai akademik? Guna exam. Kalau ada yang rasa sistem exam dulu mendera pelajar, maybe we should change the way we translate the exams themselves, bukan hapuskan sistem yang dah terbukti berkesan puluhan tahun.