2023-05-28

Menyimpan sampai komitmen terabai.


Seorang follower tanya aku, kenapa susah sangat dia nak menyimpan.
Simpan simpan simpan, nanti mesti ada hal yang buatkan duit tu kena keluar.
Aku tanya, “Duit yang simpan tu plan untuk apa?”
Dia jawab untuk hari tua. 
 
Aku tanya berapa umur?
34 
 
Ada anak?
2 orang.

Ada rumah?
Beli apartment.

Ada kereta? 
Ada. 

Ok. Izinkan aku cerita kisah aku.
Maybe boleh dapat sesuatu dari kisah ni.

Tahun 1988 adalah satu-satunya tahun kami adik-beradik tak ada baju raya. 
Bear in mind, satu-satunya peluang kitorang nak ada baju baru setiap tahun adalah semasa raya. 
Kalau tahun tu takde raya, kitorang adik-beradik takde baju baru.

Tahun tu kitorang eksiden.
Kereta Pak Aji banyak rosak.
Waktu tu aku Darjah 5.
Pak Aji umur 39 tahun, Mak Aji 37 tahun waktu ni. 
Masih muda. 

Umur muda, simpanan belum banyak sebab pangkat belum tinggi dan komitmen masih besar.
Anak-anak masih kecil, masih sekolah, hutang pun masih baru-baru semuanya.
Bila kereta rosak eksiden, mana nak cekau duit? 
Simpanan tak banyak.
Gaji belum tinggi.
Tapi kalau tak baiki kereta, macamana nak pergi kerja?
Maka terpaksalah korbankan apa yang kurang perlu dan dahulukan yang lebih penting.
Ketepikan persiapan raya.
Keluarkan simpanan yang tak banyak tu untuk baiki kereta.

Seingat aku, bulan puasa tahun tu paling suram.
Aku dah mula faham mak bapak aku ada masalah kewangan. 
Tahun tu aku dah mula perasan lauk berbuka ala kadar, kuih raya tak buat dan sehingga ke minggu akhir puasa takde shopping baju raya.
Petang raya kitorang masih kat rumah. 
Kalau tak, 2-3 hari sebelum balik Mak Aji dah ingatkan untuk kemas baju nak balik kampung. 
Kali ni senyap. Tak nampak ada gaya nak balik kampung. 

One day, dari luar bilik aku dengar Mak Aji cakap sok sek sok sek pasal “baju raya budak-budak”.
Tak lama lepas tu Pak Aji masuk bilik aku (and Ima). 

“Meh ikut papa cari kasut raya. Tapi kasut raya je tau. Tahun ni papa takde duit nak beli baju raya”.

Steady je Pak Aji berterus-terang dengan anak-anak. 
Tahun tu beli kasut raya kat Kajang je, bukan KL macam selalu. 
Kitorang tetap balik raya di kampung.
Budak-budak kan, kisah apa sangat takde baju raya.
Janji balik kampung jumpa sedara-mara, dapat main bunga api, dapat makan kuih makmur nenek. Done.
Bukan orang tahu pun kitorang tak beli baju raya.  

Alhamdulillah, walaupun takde baju raya tahun tu, kitorang masih dapat balik beraya.
Masih ada rumah nak duduk.
Masih ada kereta nak bergerak.
Masih bersekolah. 
Mak bapak aku masih ada kerja.
Masih makan walau seadanya. 
Masih dapat duit belanja ke sekolah, tak miss pun walaupun hanya 40 sen.
Dengan duit belanja tu masih boleh makan eskrim. 

Aku boleh faham kesusahan menyimpan yang follower aku cakap tadi.
Aku rasa mak bapak aku pun lalui benda yang sama.
Umur masih 30-an, banyak mana sangat yang boleh disimpan?
Masing-masing masih ada komitmen. 
Itupun mujur ada simpanan, dapat gak baiki kereta.
Itu entah lama mana menyimpan agaknya. 

Apa yang aku boleh cakap kat sini. 
Kita ni nak buat savings, jangan ikut-ikut orang. 
Zaman medsos, banyak sifu-sifu yang ajar kena simpan banyak ni, kena simpan banyak tu.
Ya, bagus menyimpan.
Tapi jangan sampai menyimpan pun terbeban.
Simpanan tu kan untuk emergency.
Bila kita fokus nau kat menyimpan sebanyak-banyak ada setiap bulan, tu pasal tiap-tiap bulan kita rasa always ada emergency. 
Asyik kena keluarkan simpanan katanya.
Yang benaunya, kita menyimpan sampaikan komitmen terabai.

That’s why awal-awal tadi aku tanya follower berapa umurnya.
Muda lagi, baru 34 tahun.
What do you expect umur 34 tahun punya savings?RM100k? 😁.
Katakanlah makan gaji at age 22.
Berapa starting gaji?
Kita ambil RM3k lah.
Berapa agak-agak boleh save dengan gaji ni? 
Beli rumah, beli kereta, belanja hari-hari, etc. 
Kalau dapat save RM150 sebulan pun bagus dah.
Sebab umur muda-muda ni masing banyak komitmen.
Belanja anak sekolah je dah berapa.
Nanti seiring dengan naik gaji, naikkan simpanan.

Masa En Wan mula-mula kerja, gaji dia RM2500.
Masa tu takde anak lagi padahal.
Tapi tetap tak boleh menyimpan banyak waktu ni.
Komitmen nak bayar hutang kereta kat mak aku saja RM980.
Setahun dia habiskan buat bayar hutang, then barulah ada duit nak menyimpan.
Itupun tak banyak mana.

Slow-slow buat savings. 
Jangan sampai sibuk nak menyimpan tapi tak dapat menikmati hidup dengan baik.
Tetiap bulan stress sebab tak cukup duit, padahal terlampau nak saving sebab nak merasa secure kononnya. Don’t!
Tapi janganlah pulak kau berjoli sampai takde simpanan lansung.
Tu pun takleh gak.

Kitorang adik-beradik dulu makan memang tak mewah mana, tapi tak pernah berlapar.
Dan yang paling penting, orang makan sotong, kitorang pun pernah makan sotong.
Orang makan ketam, kitorang pernah makan ketam.
Orang makan KFC, kitorang pernah makan KFC.
Orang makan satey, kitorang pun pernah makan satey.
Orang berbaju baru, kitorang pun ada baju baru.
Bezanya, maybe orang lain makan sedap-sedap hari-hari, kitorang sesekali.
Orang lain belo baju baru 2 bulan sekali, kitorang setahun sekali.

Benda ni semua takde masalah. That’s normal.
Yang tak normalnya, bila serabut nak menyimpan sampai hidup sendiri jadi membosankan.
Semua orang di waktu muda pernah melalui zaman-zaman sesak.
Aku tak terkecuali.
Jangan stress-stress.
Simpan sikit. Belanja sikit. Balance.
Tapi kalau nak simpanan menggunung, jangan ikut nasihat aku ni lah. 
Nasihat aku ni terpakai untuk aku saja agaknya.