2023-05-11

Aku berharap Rayyan slowly boleh adapt dengan new environment ni.


Banyak sebenarnya aku berhutang jawapan dari orang-orang yang bertanya soalan.
Aku akan jawab satu-satu today, insyallah.
Tapi kenapa soalan-soalan tu semua ditanyakan, yang ni aku kena bagi mukadimah dulu.

Ceritanya, hari tu kat IG aku letak list nama batch Rayyan di sekolah rendah (Sek Keb Putra Heights 2) yang berjaya ke SBP and MRSM.
Kisahnya, En Wan kan masih pegang jawatan YDP sebab belum tamat penggal.
Kelmarin dia ada meeting PIBG.
Ada Hamba Allah tu dengan lantang cakap sekolah ni tak bagus sebab takde pun student yang dapat ke boarding school.

Sebenarnya bukan tak ada, tapi sejak dari dulu sekolah SKPH2 pilih untuk tak announce pencapaian pelajar.
Aku pun tak faham kenapa taknak ceritakan achievement, especially academic.
Dulu kitorang tertanya-tanya juga, takkan sekolah ni lansung takde budak yang ke boarding school.
Asyik update aktiviti sekolah je, mana rekod pencapaian akademik pelajar?
Bukan apa, tujuan utama kita hantar anak ke sekolah adalah kerana akademik, maka academic achievement mesti diwar-warkan.

Benda-benda ni sebenarnya sekolah kena highlitekan.
Kena buat macam style SBP and MRSM.
Dorang berlumba-lumba tunjuk achievement and ranking academic.
Tu pasal berlumba-lumba orang mohon nak belajar kat situ.
Masa awal-awal SKPH2 ditubuhkan, orang dalam Putra Heights sendiri tak ramai nak hantar anak ke situ sebab sekolah baru.
Tak nampak potensi lagi katanya.
Ramai yang sanggup hantar anak jauh ke USJ.
Sebab itulah sekolah kena highlite academic achievement.
Fitrah mak bapak ni, mesti nak anak ke sekolah yang bagus.
Kerana SELALUNYA, sekolah yang bagus ada cikgu yang bagus, program sekolah yang bagus, support dari parents juga bukan calang-calang.
Environment ini yang mak bapak mahukan.

Maka YDP Wan Mohd Ridzuan 😁 minta sekolah senaraikan list pelajar-pelajar tahun lepas yang berjaya ke boarding school.
Hah, kau! Ramai rupanya.
Batch dia saja 22 orang ke SBP, MRSM dan sorang dapat Permata Pintar Negara.

SBP Premier
1. Iman Daniel - Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS)
2. Aqeela - Sek Seri Puteri Cyberjaya (SSP)
3. Rumaysa - Sek Seri Puteri Cyberjaya (SSP)
4. Wan Muhammad Rayyan Akmal - Sek Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR)
5. Raqeeb - Sek Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR)
6. Qaira Maritza - Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

SBP
1. Aina Humairah - SMAP Kajang
2. Nur Liyana Batrisyia - Sek Men Sains Muar
3. Putri Nur Qaisara Bahiah - SBPI Rawang
4. Misbah - SBPI Rawang
5. M.Harith Fahmi - Sek Men Sains Banting
6. Ainul Iman - Alor Setar (tak pasti sekolah mana)
7. Iman Khairy - Sek Sains Alam Shah (ASIS)

MRSM
1. Iman Syazwan bin Rosaidi - MRSM Gemencheh
2. Salahuddin Ayyub - MRSM Kuala Kubu
3. Jasmin - MRSM Alor Gajah
4. Umar - MRSM Tumpat
5. Haiman Tsaqeef - MRSM Johor Bahru
6. Syara Azzalea - MRSM Parit
7. Ahmad Naim - MRSM Pengkalan Hulu
8. Hazim Fadhlan - MRSM Langkawi

Lain-lain
1. Adam Harith - Permata Pintar Negara

Entahlah, maybe ada orang yang tak suka nama pelajar-pelajar ni dipublish.
Parents zaman sekarang yang tidak-tidak kepelikkannya.
Tak payah buat majlis kecemerlanganlah, tak paya highlite achievement pelajarlah, tak payah itu, tak payah ini.
Tak faham aku apa tujuan sekat announcement macam ni.
Zaman aku sekolah rendah dulu, tak cukup kat notice board, sekolah siap print dalam majalah sekolah nama-nama pelajar yang berjaya ke SBP.
Zaman aku dulu MRSM belum ada ambilan ke Tingkatan 1.
Jadi hanya yang dapat SBP saja namanya dipublish.

Itulah sebenarnya pendorong semangat pelajar.
Bila tengok nama-nama senior yang dorang kenal dapat boarding school, kita teruja and bersemangat nak belajar untuk dapat ke sekolah-sekolah tu juga.
Entah celah mana datangnya "Nanti kecil hati anak-anak yang tak berjaya". Seriously?
Seingat aku, kita dulu kalau kawan-kawan dapat naik pentas hujung tahun, kawan-kawan lain bertepuk tangan tengok dari bawah pentas.
Riuh bersorak bila nama kawan sekelas naik.
Aku tak rasa wujud dengki di kalangan anak-anak ni.
Because they know kawan yang naik pentas tu memang layak.
Yang bitter ni selalunya mak bapak.

Ada soalan bertanya tentang Rayyan, ok ke di sana.

Ok, yang ini aku menjawab dari sudut pandang aku, ya.
Minta berlapang dada bila membaca.

Dari segi sekolah, STAR adalah SBP Premier iaitu elite school.
Budaknya cream-cream. Pencapaiannya bagus. Cikgunya bagus.
Hari tu masa jumpa KPHEM En Wan tanya ramai ke cikgu STAR yang semak paper SPM. KPEM kata 20 orang.
Imagine 20 orang cikgu dari sekolah yang sama semak kertas SPM.
That shows the teachers are good.
Hat ni takyah sentuhlah sebab fakta dan sejarahnya jelas.

Tapi dari segi ok ke tak Rayyan di sana, tak boleh dikira dari sejauh mana bagusnya sekolah itu, but how well Rayyan can adapt dengan environment baru.
Kalau sekolah bagus, tapi kita takleh adapt, tak jalan juga.
Macam yours truly lah, sekolah kemain bagus tapi aku yang taknak.

Ok, dari penceritaan Rayyan, he loves the school so much.
Maksudnya the SCHOOL. Kelas. Guru. Pelajaran. Belajar.
Dia suka.
STAR guna iPad untuk belajar.
Setiap kelas ada Apple TV.
Budak-budak buat presentation dari iPad masing-masing, connected dengan Apple TV kat depan.
So students buat presentation dari tempat duduk masing-masing je.
Benda-benda macam ni memang Rayyan suka naulah.

Tapi kehidupan asrama, dia kureng sikit.
Maybe belum boleh blend sepenuhnya.
He is trying aku tahu.
Sekali pandang nampak macam Rayyan manja dan tak pandai nak blend dengan environment, tapi aku kena letakkan diri aku di posisi dia.

Ok, look.
Anak aku 2 orang je. Bukan 12 orang.
Sedangkan rumah aku ada 6 bilik.
Praktikal tak kalau aku letak Rayyan dan Redza tido sebilik semata-mata nak ajar dorang merasa untuk berkongsi bilik?
What is the point?
Lansung tak praktikal, ya.
Lainlah orang yang anaknya 6-7 orang, tapi bilik ada 3 kat rumah, lojiklah mereka nak berkongsi bilik.
Jadi, bila Rayyan sedari kecil ada bilik sendiri, ada katil sendiri, ada meja study sendiri, ada bilik air sendiri -- tup-tup masuk boarding school duduk dalam dorm 20-30 orang, tido bunk bed, berkongsi bilik air, tandas cangkung -- aku tak boleh salahkan dia kalau dia masih belum beradaptasi dengan perkitaran baru because I raised my children differently.

Jadi, bila Rayyan cakap "I hate staying in the dorm", aku tak boleh terus jump cakap "Kau ni cuba tengok orang lain boleh je?". Tak.
Walaupun mungkin ada orang lain yang jauh lebih mewah lifenya di rumah, itu masih belum boleh dijadikan perbandingan.
Sama macam Redza dulu.
Dia tak pernah basuh kasut sekolah pun.
Let alone gosok baju, lipat baju. Memang tak pernah.
Tup-tup kena duduk asrama.
Awal-awal dulu homesick, nangis nak balik juga tu.
Bukan sekolahnya yang dia tak suka tetapi hidup di asrama yang dia belum biasa.
Belum biasa buat semua kerja.
Dia belum pandai menguruskan masa.
Bagi dia, nak belajar + nak basuh baju + nak gosok baju + nak buat homework -- semua ni too much, sebab di rumah kerjanya dulu hanya study.
Siapkan jadual buku setiap hari pun bapaknya buatkan!
Mau tak haywire kejap life dia kat Langkawi dulu?

Rayyan tak homesick.
Dia tak pernah menangis atau minta nak balik.
Cuma dia selalu question "Kenapa tandas sekolah ni cangkung?", "Kenapa kita semua dah hidup moden tapi tandas duduk tak banyak?", "Kenapa dorm takde aircond?", "Kenapa pintu dorm boleh masuk satu je, lagi satu khas untuk prefect?" bla bla bla bla.
Bagi dia banyak benda yang tak relevan dengan zaman sekarang.
Aku dengar and try to explain sebaik mungkin.
Walaupun explanation aku sometimes ujung-ujungnya "Ni sekolah lama, dik. Kita kena respect apa yang dorang nak kekalkan".
Lepas tu aku terpikir sendiri "Nak kekalkan jamban cangkung for what, Diana?".
Sendiri explain pastu sendiri konfius. Hahahaha.

Yang benaunya kan, boarding school ni memang sesuai untuk mereka yang lebih memerlukan.
Memang untuk golongan itu.
Untuk orang-orang yang anak-anaknya di rumah dah dibiasakan dengan ada bilik sendiri, ada bilik air sendiri, bilik beraircond, shower ber-heater, almari baju 4 pintu, meja study sendiri, gadjet lengkap -- boarding school is not for them.
That's why peratusan terbesar boarding school masih pada golongan B40.
Hanya sebahagian kecil kuota diberi peluang untuk golongan M40 dan T20.
Which aku rasa kuota ini perlu kerana anak-anak B40, M40 dan T20 boleh belajar hidup bersama-sama.
Biar environment mereka tak tertumpu pada satu level yang serupa sahaja.

Masa aku kat TKC dulu, aku satu dorm dengan anak Tan Sri Rahim Tambychik tau.
Zetty Juyanti namanya.
Aku anak B40, dapat duduk satu dorm dengan anak T20 (zaman dulu takde pecahan ekonomi macam sekarang, tapi kita semua tahulah menteri memang level T20).
Ada beberapa anak T20 lain dalam tu.
Bawa mini kompo. Balik je dari class dorang pasang lagu Belinda Carlisle, Debbie Gibson.
Kalau tak kerana dorang ni, aku tak kenal mini kompo dan lagu omputih.
Memang foreverlah lagu Tika dan Saat ini berlegar dalam kepala aku 😆.

Dorang set-set T20 ni balik dari outing bawa 1 box KFC.
Aku balik dari pulang bermalam, Mak Aji bekalkan seketul ayam goreng drumstick (goreng sendiri kat rumah) letak dalam tipuware.
Makan sorok-sorok tepi locker.
Bukan malu, tapi sebab bendanya seketul.
Karang kalau aku ajak, tak cukup pulak aku nak makan.

Itupun yang T20 kekal sampai Form 5 di sana.
Yang B40 ni pulak quit. Mengada betul. Hahaha.

Tu yang aku cakap tadi, penerimaan individu pada environment boarding school bukan selalunya tentang "dah biasa hidup mewah". Tak.
It's more than that.
Kalau dia boleh adapt, dia boleh.
Kalau dia tak boleh, maka dia tak boleh.
In my case, aku bukan tak boleh tetapi tak mahu.
Rayyan, dia ada masalah dengan kehidupan di asrama.
Macam aku, takde masalah hidup di asrama sebab apa yang aku kena buat di sana aku dah biasa buat di rumah.
Membasuh, menggosok, mengemas, basuh bilik air, belajar sendiri -- semua aku biasa buat.
By right, aku sepatutnya takde masalah nak stay.
Tapi tu lah, the sistem hidup berjadual tu aku malas nak follow.

Dari pandangan aku, kalau anak korang sepesen dengan Rayyan, pegilah MRSM.
Dari segi infrastructure, MRSM lebih moden.
Mereka tak pakai sistem dorm, tetapi bilik.
Sebilik berkongsi 3-4 orang saja.
Katil macam di rumah, bukan bunk bed.
Setiap bilik ada meja study sendiri.
Bilik air pun moden, jamban duduk both di hostel dan sekolah.
Mungkin boleh kurangkan sikit culture shock tu.

Apa-apa pun, aku berharap Rayyan slowly boleh adapt dengan new environment ni.
Walaupun aku tahu susah, maybe lambat dia nak blend, aku berharap pada kekuatan sistem pembelajaran di STAR.
Rayyan sangat enjoy dan happy bila bercerita tentang cikgu-cikgu di sekolah.
Dia kata "The teachers are very good. They allow us to play games an eat in the classroom every time the school work is done".
Terima kasihlah cikgu.
Agaknya cikgu pun tahu budak-budak masih memerlukan masa untuk adapt dengan suasana baru jadi dorang taknak keras sangat.
Aku sangat-sangat berharap kekuatan sistem persekolahan di sana buatkan Rayyan kuat untuk terus stay.
Setakat ni dia takde kata nak quit pun. Call aku pun jarang.
Tak macam maknya dulu. Pantang nampak public fon.
Once aku dah pegang fon tu, yang lain boleh balik dorm cuci baju dulu, ya. Lambat lagi nak habis cakap ni 😆.