2022-06-14

Kalau hati jenis tisu, elakkanlah dari pakai baju sendat bila dah slim.


"Kenapa bila dah slim mula pakai baju ketat dan nampak lekuk pinggang?"

Jawapan aku simple.
Sebab, baju untuk orang yang slim cantik-cantik dan pelbagai.
Bila badan dah kurus baru boleh merasa pakai baju macam tu.
Time gemuk tak dapat pakai baju gini sebab baju untuk size besar selalunya basic cutting sahaja. Selalunyalah.

Orang kata antara dugaan gemuk dan kurus, dugaan kurus lebih kuat.
Masa gemuk dulu habis kuat pun kena body shaming.
Tapi bila dah kurus, dugaan paling kuat adalah melawan nafsu sendiri.
Tak dilupa juga orang keliling dah start menjaki.
Dulu apa yang dipakai takde siapa nak memandang walaupun kita sebesar-besar objek.
Tapi bila dah slim, sekecil-kecil kita pasti mencuri perhatian.

Hat melawan nafsu sendiri tu memang sangat benar.
Sebenarnya tak slim mana pun, tapi bila dah berjaya turunkan berat badan sikit, hati tu terasa tak puas je selagi orang tak nampak perubahan ketara pada kita.
Haruslah pakai baju yang nampak pinggang barulah orang perasan kita dah susut badan.
Dan bila kita start mencari kekaguman manusia dengan penampilan, nak tak nak kena maintain bentuk badan tu supaya kekal relevan.
Akhirnya terseksa nak kawal makan itu, kawal makan ini demi nak maintain lekuk pinggang.
Masa awal-awal berdiet dulu tidaklah seseksa mana pun, bila dah kurus nak maintain tu seksa sungguh rasanya.
Pernah rasa macam ni tak?

Yang sebenarnya nak turunkan badan tu tidaklah sesusah mana.
Yang jadi susah tu bila bersekali dengan stress.
Bila orang dah mula notice badan kita dah menyusut, akan ada keinginan dalam diri untuk membuktikan sesuatu yang lebih baik.
Dalam diam kita mahu kurangkan lagi berat badan ni biar kekaguman orang semakin bertambah.
Tanpa sedar kita dah wujudkan satu tekanan pada diri sendiri.
Bila badan stress, berat jadi stuck (kerana ada kaitan dengan hormon yang menghentikan pembakaran lemak).

Bila berbaju longgar masih tak ada yang notice kita dah kurus, hati tu menggeletis nak cari baju yang ketat sendat padat biar perubahan tu nampak jelas.
Hakikatnya, manusia tak mudah untuk dipuaskan, baik diri sendiri atau orang lain.
Kita sangka bila dah pakai sendat-mendat, orang kagum "Wahhhh, kurusnya kau!"
Tapi mostly seakan-akan kagum saja.
Tak kurang juga yang menegur "Kau pakai macam ni nampak jelas peha kau besar".
Sakit hati dengar, kan?

Kadang kita rasa orang tu semacam dengki kita dah kurus.
Tapi dalam kebanyakan senario, badan tu belumlah slim sangat tapi dah disumbatkan dalam jeans yang sendat mendat.
Paha tu dah masih macam kentaki fried ciken dari jauh.
Tuck in pulak tu. Tersentil-sentil muffin top.
Dalam keadaan ini badan tak nampak cantik, dik.

Selalunya gitulah jadinya bila mengharap pada manusia.
Kita harap orang puji tapi rupanya yang datang caci maki.
Kalau meletakkan harapan pada dunia dan isinya, bersiap-sedialah untuk kecewa.
Kalau hati jenis tisu, elakkanlah dari pakai baju sendat bila dah slim esok.
Maintain je pakai baju longgar-longgar.
Bukan apa, tak semua orang suka bila kita dah slim.
Karang kena hencap dek makcik bawang terus benyek.
Yang suka kita slim cuma laki kita je, jadi pakailah sendat mendat depan dia saja.

Tapi bagi aku, bila kita kembali jadi kurus setelah bertahun hidup dalam kegemukan, itu ujian paling kuat.
Hati tu menggelitik nak tayang kat orang yang kita dah kurus.
Nak tunjuk kita juga cantik, kita juga dah boleh bergaya!
Kalau boleh nak pakai baju terbalik biar semua orang nampak baju kita label XS!
Itupun kalau boleh nak turunkan lagi biar sampai XXXS.

Ujian menjadi kurus setelah bertahun-tahun gemuk adalah ujian yang bukan calang-calang sebenarnya.
Itupun kalau kita nak merenungnya.
Mula-mula gemuk, nak kurus.
Dah kurus, nak tayang badan pulak.
Dah tayang badan, nak compete pulak siapa lagi slim.
Berhempas-pulas bergaya just to be judged well by others.
Kita nak improve our self image in THEIR minds.
Dalam susah-payah menarik perhatian orang, kita lupa yang dorang pun sama macam kita - tak pernah puas dengan apa yang ada.
So, trying to improve our self-image by creating a better impression on others takkan membawa kita kepada kepuasaan pun.

Maka tak perlulah nak pakai sesendat-sendat ada sampai tersentil perut buncit semata-mata nak tunjuk kita dah kurus 4kg.
Pakai sajalah baju blouse longgar-longgar.
Tak payahlah longgar sangat, just patut padan dengan size kita.
Especially kalau dah berusia.
Orang yang berusia ni, walaupun kurus, ketika pakai baju yang too tight, tetap nampak kurang cantiknya.
Sebab badan kita dah 'jatuh', tak sesolid zaman muda dulu.
Kalau kurus, pakai baju longgar pun orang perasan kita dah susut badan.

Oh by the way ada yang risau kalau berat badan menurun, takut nanti breast pun mengecut sekali ke.
Ok dia macam ni.
Kadang berat dah turun 10kg tapi bontot and paha macam tu gak lebarnya, tak kecut-kecut pun.
Tapi tang tetek kemain cepat mengecut. Kenapa eh?

Sebenarnya, kecut tak kecut bergantung pada berapa banyak tisu lemak yang ada kat area tu.
Badan kita ni bila dah menginjak ke remaja, tisu-tisu lemak lebih banyak kat certain parts untuk membentuk bontot, paha dan breast.
Kalau breast kita banyak tisu lemak, bila berat badan menurun, breast akan berubah dengan ketara sebab banyak tisu lemak kat situ.
Tapi idok le mengecik sampai tinggal sejemput bak rambutan.

Ada certain ladies tak banyak tisu lemak kat breast.
Breast dia jenis padat sejak azali.
Jadi, bila berat badan menurun, breast takde perubahan sangat.
Sama juga dengan bontot dan paha.
Ada yang kata berat dah turun tapi bontot masih besar lagi.
Itu maknanya bontot jenis padat dari azali, bukan faktor tisu lemak.

Jumlah tisu lemak kat breast ada kaitan juga dengan genetik.
Kalau keturunan kau memang tetek jenis besar-besar kuali, insyallah kau dapat besar tu juga.
Kalau keturunan jenis tetek sejemput, besar harapan sejemput juga kau dapat.
Bersyukurlah walau sejemput, ada gak bendanya.

Lagi satu ni nak pesan, jangan excited sangat turunkan berat mendadak-dadak sampai 7-8kg seminggu.
Bukan apa, bila berat badan turun cepat sangat, kolagen yang support tisu breast tu akan stress dan pecah dengan cepat (bukan breast kau pecah tapi kolagen tu yang pecah).
Bila pecah, kulit dah tak elastik lagi dan tak boleh nak pegang breast. Tetek kau jadi layut.
Jadi janganlah berangan nak turun berat mendadak-dadak.
Hilang 400-900g seminggu dah ok. Ini memang jumlah weight loss yang sihat untuk badan.

Ada 3 sebab kenapa breast berubah-ubah size.
Yang pertama, berat badan.
Bila berat badan menurun, sel-sel lemak dalam breat mengecut.
Breast size akan jadi lebih kecil secara keseluruhan.
Kulit yang support breast ni dah disesuaikan dengan saiz breast yang membesar.
Kulit breast tu meregang cukup untuk support yang breast kita perlukan.
So bila berat badan menyusut, our breasts follow suit.
Kulit yang dah mengecut tu takkan kembali ke keadaan asal tau.
Dia macam gelang getah yang dah regang terlalu lama, bila kita lepaskan, dia takkan kembali ke bentuk asal.
Akan jadi kendur sikit. Macam tu la juga dengan kulit breast.

Yang kedua, pregnant.
Hat ni temporary effect je.
Breast membesar bila mengandung dan menyusukan anak.
Dah settle bab ni nanti breast kembali ke bentuk asal.

Yang ketiga riskonya tinggi dan mahal, iaitu surgery.

Apa-apa pun, yang paling penting sekali, kalau dah kurus esok, cubalah berpatut gayanya.
Dugaan orang dah slim ni banyak.
Semua benda terasa nak tunjuk bila dah slim.
Nak tunjuk pinggang dah secekak, nak tunjuk paha dah kecik, nak tunjuk bontot dah kecut.
Macam-macam nak ditunjuknya.
Semoga niat kita nak kurus tu tak membawa kita pada sesuatu yang Dia tak redha.

By the way, aku lupa nak naikkan Customer Loyal Reward semalam.
Tinggal hari ni je untuk korang grab offer ni.
Yang ada baki point 400, silakan.
Yang tak tahu baki ada berapa, please whatsapp 013-7557424 sekarang.