2022-06-27

The One


"Macamana Kak Di tahu En Wan is the one?"


Tak. Aku tak sempat nak pikir dia the one ke tak.
Yang aku tahu, aku nak selamatkan diri sendiri.
Waktu tu malas nak carry serabut because anything yang melibatkan mental health, aku akan protect.
My mental health is EXPENSIVE.
Not only dulu, but always.
Apa saja yang boleh menganggu my mental health, kalau perlu lupakan, aku lupakan.
Kalau perlu let go, aku let go.
Kalau perlu kalah, aku kalah.
Kalau perlu bagi kau menang, aku bagi.

Aku bukan mengambil kesempatan.
Aku tak paksa pun En Wan kawen dengan aku.
It just so happens that he wants to protect me, so dia ajak aku bertunang.
Aku tak pikir panjang, terus setuju.
Rasanya dia pun tak sempat pikir panjang 😆.
Masing-masing berada dalam keadaan malas pikir panjang.

Aku punya reason adalah nak melarikan diri dari ex.
En Wan pula ada history pergi Jepun meninggalkan ex di Malaysia, tup-tup ex minta putus sebab nak kat orang lain.
Jadi, sama-sama malas pikir panjang dah.
Terus buat decision, apa jadi selepas tu kemudian pikir.

Dia punya kejutan tu, sampaikan masa Mak Aji call makcik-makcik aku bagitau aku nak bertunang, semua ingat aku bertunang dengan ex.

"Dengan yang hari tu ke?"

"Tak, dengan orang lain"


Terperanjat semua.
Sebab semua tak pernah kenal dan jumpa En Wan.
Macamana nak jumpa kalau aku sendiri baru jumpa satu kali 😆.
Begitulah cepatnya perkenalan aku dengan En Wan sampai sedara-mara tak sempat kenal.
Nenek aku lagi terperanjat aku tak kawen dengan ex.
Because, ex aku tu aku dah bawak balik tido Tampin bagai.
Macam dah kira jadilah ni, sekaliii.

Tapi jangan pula korang jadikan aku and En Wan contoh, ya.
Kalau ada ruang untuk berfikir, berfikirlah panjang sebelum buat keputusan tentang jodoh.
Benda-benda macam ni kalau tak perlu gamble, jangan gamble. 
Apa yang berlaku antara aku and En Wan, dah memang jodoh kami jumpa cara begitu.
Kitorang sendiri tak pernah terpikir nak bertunang semasa belajar.
Nampak macam gopoh sangat.
Tapi nak buat macamana, itu jalan ceritanya.

Kalau tanya aku samada En Wan adalah 'the one', jawapanya tak.
Dalam imaginasi aku tak pernah membayangkan lelaki idaman adalah seperti En Wan.
Aku always membayangkan bakal suami aku kulitnya sama warna dengan aku. Ini kriteria pertama.
Walaupun aku minat artis cina, suami aku tak boleh kulit putih. Tak minat.

Yang kedua, dia mesti pandai.
Sebab orang bijak selalunya senang bawak berbincang.

Yang ketiga, lelaki tu mesti biasa-biasa, family-nya biasa-biasa.
Ini penting sebab aku tak nak letakkan mak bapak aku dalam keadaan tak selesa bila besannya orang have-have.

Kalau lelaki tu good looking, bonus.
Kalau dia sportsman, bonus.
Dia kaya, bonus. Dia kelakar, bonus.
Tak kelakar pun takpelah sebab aku dah cukup kelakar. Kahkahkah.

En Wan cuma ada satu je - bijak.
Yang lain takde dalam kriteria yang aku bayangkan.
Tapi yang bonus-bonus tu dia ada.

Nak kata aku gamble dengan keputusan ni, boleh juga dikatakan begitu.
Sebab aku kenal En Wan kat online.
Selepas kali pertama bersemuka, kitorang berhubungan melalui surat, email and sesekali phone calls sahaja.
Dalam tempoh tu dia ajak bertunang dan aku terus setuju.
Masa tu aku dah terasa-rasa this is unfair untuk both of us sebab masing-masing buat keputusan tergesa-gesa.
Keputusan dibuat sebab aku nak selamatkan diri dan dia nak selamatkan aku. 
Macam tak pikir panjang.

Mok merisik melalui phone je.
Tak tahu hujung pangkal tetiba En Wan call minta mok arange untuk bertunang.
Kesian mok aku terpinga-pinga.
Dah kenapa urgent sangat, kan. 
Macam tak sempat-menyempat.
Tapi En Wan tak cerita la reason nak bertunang awal. Complicated sangat kalau nak cerita.

Mak Aji pun tak berkenan sebenarnya bertunang awal tapi memandangkan dia tahu masalah aku, En Wan sendiri yanb suggest idea bertunang, jadi mak aku terima je.
Masa tu aku pikir takpelah, bertunang je dulu.
Kalau tak serasi, putus. Habis cerita.
Kalau putus pun maybe orang takkan cakap apa sebab masing-masing duduk jauh.
Duduk jauh kan banyak dugaannya. Gitu aku merancang.

Tapi dah memang jodoh agaknya, relation kitorang berjalan terus.
Sama-sama jauh, masing-masing sibuk dengan class, aku buat hal aku, dia buat hal dia, sesekali bercakap kat phone, tulis surat.
Kalau ada jodoh, ada. Kalau takde, takde.
Serious dah malas nak expect lebih-lebih.
Dalam otak aku this decision was made supaya ex tak ganggu, cukup. 
Because aku tak suka serabut.
Semak okeh bila kau misi ke lain tapi ada distraction dari arah yang lain. Rimas.

Sekali pandang nampak macam tak ke manalah hubungan aku and En Wan sebab foundationnya tak strong.
Aku pula, bila tak jumpa lelaki 'the one', aku tend to mencari. 
Gigih dalam tempoh bertunang berkenal-kenal dengan few new friends.
Ada yang kenal kat tempat kerja, kenal online, kenal masa jumpa komuter.

Jumpa tak “the one” tu?

Jumpaaaa. Sebijik macam imaginasi dalam novel cinta.
Yang kelakarnya, bila dah jumpa 'the one' aku realized he is not I want.
Lelaki 'the one' wujud, tapi sifatnya predictable.
Too caring, too sweet, too funny - sampai takde spark.
Macam segalanya predictable.
If I do this, he definitely do this. If I say that, he will say this.
Boring.
En Wan tu pakkal je duduk Jepun, tak ramai pilihan orang melayu.
Kalau posisi kitorang terbalik, aku di Jepun dia di Malaysia, confirm dia pun cuba mencari pilihan lain juga.

Memang betullah, apa yang kita rancang belum tentu baik untuk kita.
Di Malaysia, dengan pilihan orang melayu yang ramai, dah kenal-kenal dengan itu ini, rupanya yang kat Jepun tak nampak di mata tu jugalah jodoh aku.
Yang bukan 'the one' tu lah rupanya the one.

Makin dekat nak kawen makin risau.
Risaulah kan, sebab tak yakin dengan keputusan tergesa-gesa ni.
Dibuatnya dah duduk serumah sekali tak serasi, tak ke naya.
Dahlah lepas bertunang En Wan duduk Jepun 1 tahun 8 bulan tak balik-balik Malaysia.
Tak sempat nak spend time macam couple-couple lain.
Tak tahu nak expect apa bila serumah nanti.

Masa dia balik Malaysia for good, Mak Aji and Pak Aji pergi haji.
Dia sampai KLIA malam.
Around 1-2 pagi dah ada depan rumah mak aku.
Taknak balik rumah kakak dia, nak bermalam rumah aku dulu.

1 tahun 8 bulan tak nampak muka, tup-tup depan mata.
Masa nampak dia depan pintu, aku jadi panik.
Masa tu rambut dia panjang, dengan jaket kulit dia, dengan rantai, dengan gelang (oh, En Wan dulu ranggi, ya) - aku semakin tak sure dengan decision aku.

Masa tu nenek ada di rumah teman kitorang adik-beradik.
En Wan tumpang tido rumah satu malam.
Esoknya aku pergi kerja macam biasa, dia masih tido.
Aku turun lunch kat cafe (bangunan Sime Darby Jalan Raja Laut), nampak lelaki bersandar kat dinding depan cafe.
Menonong je aku masuk cafe, siap makan dulu dangan colleague.
Keluar dari cafe dari ekor mata nampak lelaki yang sama.
Aku toleh, kali ni baru aku kenal itu tunang aku 😆.
Rambut dah potong, misai janggut semua dah shave clean, rantai gelang semua cabut.
Tu lah bahananya bercinta express, bertunang express, jumpa 3 kali lepas tu nak kawen, sampai aku tak kenal tunang sendiri.

Dia datang ofis naik Kancil (kereta aku).
Dia nak pi tukar duit and settlekan segala urusan dia waktu tu. 
Petang tu first time balik kerja naik kereta orang jemput.
Maklumlah selama ni naik komuter.
Dalam kereta kejung kejap 15 minit tak tahu nak sembang apa.
Macam keluar dengan stranger. 
The rest was history.

"So lepas kawen, adakah dia the one?"

Ya, dia THE WAN Mohd Ridzuan.