2022-06-25

Eye cream membantu atau tak?


Ini screenshot aku dengan seorang kenalan zaman blogging dulu.
Aku tak sure dia blogging lagi ke tak.
Anyways, we still keep in touch sesekali.
Kisahnya dia nak produce eye cream dan tanya if aku boleh formulatekan.

Aku sebenarnya tak suka nak menjawab straightforward (I wish!) kalau orang bertanya pasal eye cream, sebab jawapan bergantung kepada what you’re hoping to accomplish.
Ada beberapa masalah yang boleh dibantu oleh krim mata, tetapi KEBANYAKAN masalah undereyes are untouchable.

Aku pakai eye cream. Brand Clinique.
Sampai sekarang aku pakai walaupun in my experience, it is not very helpful.
Nanti aku bagitau kenapa aku masih pakai.

Yang sebenarnya, apa juga krim yang korang sapu kat muka, boleh jadi eye cream.
Moisturiser yang korang pakai kat muka tu pun boleh jadikan eye cream.
Cuma pastikan krim muka benar-benar gentle on skin.
Sebab kulit sekitar mata is more fragile kerana lebih nipis.
That's why kalau kita cuci muka atau buang mekap guna wet wipes, besar harapan kulit sekitar mata akan nampak akibatnya lebih awal dari kulit muka yang lain.
Sebab kulit mata nipis. 
Movements di kulit sekitar mata akan buatkan kedutan muncul lebih awal.
Jadi, sebenarnya eye cream yang kita tepek kat mata tu bukanlah really help puffiness atau remove dark circle, but more to care for the skin around the eyes only.

Sebab itulah aku continue pakai eye cream.
Sebab eye cream is specially designed for the eye.
Formulanya sedikit berbeza dari krim muka.
Eye cream lebih gentle.
Lagipun kulit sekitar mana lebih mudah kering.
Bila kering, kedutan lebih cepat muncul.
Jadi, tujuan apply eye cream tu sekadar untuk menjaga kulit di kawasan itu, bukan untuk merawat apa-apa.
Itu yang aku bagitau kenalan aku ni, kalau nak buat juga eye cream, pastikan educate customer bahawa eye cream fungsinya lebih kepada menjaga kulit mata, not really treat puffiness and dark circle.
Tapi tu lah, tak semua orang faham dan mahu terima fakta sains ini.
Orang mahukan produk yang magic.
Yang pakai hari ni, lusa dah cantik.
Kalau harga murah lagi bagus 🙄.

Selalunya orang pakai eye cream nak treat puffiness.
Tak ramai yang tahu puffiness ni SELALUNYA turun-temurun.
Maksudnya, pakai eye cream banyak mana pun tidak akan me-minimizekan its appearance.
Kalau boleh pun, it is temporary effect.

Ada banyak punca dark circle and puffiness (selain keturunan).
Ada yang sebab triggered by UV, atau banyak sangat exposure kat panas, stress, penat, kurang tidur, allergy, atau banyak makan makanan bergaram.
Garam buatkan water retention.
Kulit bawah mata tu nanti jadi bengkak buatkan dark circle nampak lebih obvious.

Jadi, kalau kita apply eye cream hari-hari tapi tak bantu dengan diet yang betul, takkan jadi apa.
Yang betulnya, kalau mata dah bermasalah, try kurangkan garam dulu and minum banyak air.
See how it goes.
Kalau ada budget lebih, beli vitamin A. Makan.

"Kak, kalau guna retinol?"

Retinol tu sejenis vitamin A, tapi gentler derivative.

Sebab apa vitamin A/retinol can help?

Sebab, they can stimulate kolagen.
Bila kolagen under skin increased, kulit pegang air.
Bila kulit pegang air, bermakna kulit tak kering.
Ingat tak tadi aku cakap kulit bawah mata nipis dan cenderung untuk jadi kering?
Haaa...jadi bila kolagen bertambah, kulit sekitar mata jadi hydrate sekaligus improve dark circles.
Ada kaitan antara vitamin A-kolagen-skin di sini.

So berdasarkan penjelasan aku tadi, sekarang aku nak tanya.
Agak-agak kenapa dalam GLOEI aku tak letak kolagen haiwan?
Kau rasa apa ada dalam tu? 😎