16 Jun 2022, Khamis. Keputusan SPM Redza keluar.
Aku tak dapat ikut sekali Redza ke Langkawi, hanya En Wan saja sebab aku ada meeting pagi tu.
Lagipun, siapa pula nak ambil and hantar Rayyan ke sekolah kalau semua pergi.
Plan nak ke Langkawi untuk collect result SPM ni pada awalnya tak plan pun.
Tapi bila pikir balik, nanti nak kena ambil sijil berhenti sekolah juga.
Lagipun, apa salahnya ke sekolah, ambil result.
Jumpa balik cikgu-cikgu and maybe for the last time jejakkan kaki ke MRSM Langkawi.
Aku cakap kat Redza takyah nak takut sangat ambil result tu.
Ok ke tak keputusannya, itulah yang kau dah buat dulu.
Hadap je lah apa pun resultnya.
Pagi Khamis, lepas hantar Rayyan, aku terus buat kerja sementara tunggu meeting 9.30am.
Result keluar 10am.
Dah leka dengan kerja, terlupa nak tengok jam.
Tahu-tahu dalam 10.15am whatsapp En Wan masuk dalam group family.
Tengok ada video.
Gatal pulak tangan aku nak pi tengok video tu - terus bersepah-sepah speech aku jadinya - antara nak bercakap dengan nak menangis.
Ini video yang En Wan hantar.
2-3 kali aku ulang betul ke Redza straight As?
Betul rupanya.
Disebabkan video tu hantar kat group Family, maka satu family merembes berjemaah termasuk atok, nenek, makcik dan pakcik.
Si Ima punyalah happy sampai dia istihar tak memasaklah hari tu. Tiberrr.
En Wan dah tentulah orang yang paling happy.
Aku bagi full kredit kepada En Wan.
Dia orang yang paling berusaha hal sekolah anak-anak dari tadika sampai habis sekolah.
Segala jenis seminar dan webinar hal pelajaran anak-anak dia ambil tahu.
Sebenarnya kitorang berdebar juga dengan Redza sebab tahun lepas dia lansung taknak join sebarang talk dah tak mahu tusyen.
Itu perjanjian antara dia dengan En Wan.
En Wan kan pantang cuti sekolah je mesti enroll Redza dengan program itu ini.
Fedap agaknya Redza, dia buat perjanjian kalau dia score straight As dalam IGCSE, dia taknak ada sebarang program atau tusyen atau belikan dia sebarang buku latihan untuk SPM.
Bukan apa, dia cakap latihan dari cikgu pun dah banyak.
Oklah, agreed.
Bila dia buktikan dia straight As dalam IGCSE, bapak dia takleh cakap apa lah, terpaksa patuhi perjanjian.
Memang cuak juga tengok tahun nak ambil SPM lansung kitorang tak belikan sebarang buku tambahan.
Memang buta-buta biarkan dia study sendiri dengan bantuan cikgu sekolah.
Alhamdulillah, dia buktikan dia boleh buat.
Baguslah, kalau tak, menjawablah dengan bapak kau hari tu.
Maybe sampai sekarang tak habis-habis lagi menjawab dengan bapaknya 😆.
Beruntung En Wan kebetulan dia ada di sana hari tu.
Dalam another video yang one of the mother kirimkan, nampak masa nama Redza diumumkan, En Wan dengan tenang bangun ambik video anak.
Takde riak muka terkejut atau apa.
Aku tanya dia, kenapa macam cool je?
Dah tahu ke result sebelum kena panggil atas pentas?
En Wan kata, result cikgu simpan dulu.
Dorang akan umumkan yang straight As dulu untuk naik stage.
Yang tak disebut nanti boleh sama-sama kemudian collect result slip dengan cikgu.
Maknanya budak-budak yang datang hari tu semua suspen dengan result masing-masing.
En Wan kata dia yakin Redza straight As sebab Redza pernah bagitau kat dia yang "Redza boleh buat".
Redza ni kalau dia kata boleh, maknanya subjek tu boleh dapat A.
Kalau dia kata tak boleh, maknanya takkan dapat A.
Berbeza dengan Rayyan, kalau dia kata "boleh" bermakna "boleh lulus". Belum tentu A. Tapi muka konfiden. Hahahaha.
Redza sebenarnya target 9A+, tapi takde rezeki.
Aku cakap takpelah, itulah bagusnya bila target tinggi, walau tak capai, sekurang-kurangnya tak jatuh jauh. Dia faham, dan redha.
Syukur dia datang sekolah untuk collect result hari tu.
Rezeki dapat naik stage.
Kalau tak datang, takde kenangan dia naik stage.
Bukan apa, experience tu takkan berulang.
Inilah nanti bukti yang dia boleh tunjuk kat anak-anak dia pula.
Teringat masa UPSR dulu.
Batch 2004 kan batch guinea pig.
Dari UPSR lagi dorang asyiklah berdepan dengan format baru.
Batch 2004 adalah batch pertama KBAT.
Masa tu Redza dapat 3A3B, walaupun trial 5A1B.
Kitorang tahu dia frust masa tu, tapi kitorang buat rilek-rilek je.
Tetap wish him tahniah and kiss him depan-depan kawan.
Nama dia tak kena umum atas stage and we are ok.
Biar dia tengok kawan-kawan yang naik stage (tahun tu 2 orang je dari sekolah dia dapat 6A).
Masa tu yang 5A dan 6A je dapat naik stage.
It's ok, biar dia belajar meraikan kejayaan orang lain.
Jangan nak sentap tak tentu arah macam some mak bapak.
Anak dia tak score, dia sentap pulak anak orang lain dapat naik stage.
Pastu buat teori yang bukan-bukan konon emosi anak-anak yang tak berjaya tu kacau bila tak dihargai.
Yang benarnya mak bapak yang koyak lebih.
Bangsa takleh orang lain anaknya lebih bijak dari anak dia.
Masa Redza dulu, kitorang sama-sama clap bila anak-anak lain dapat naik stage.
Apa yang nak bitter sangat.
Clap for other people dululah sebelum turn kau sampai.
Nanti turn anak kau dapat naik stage, orang lain pulak clap.
Aku tak rasa anak-anak perlu dibiasakan dengan meraikan kejayaan kawan-kawan lain sebab aku rasa anak-anak ok je.
Dorang saling bersorak and tepuk tangan untuk kawan.
Yang rabak mak bapak je.
Mak bapak yang patutnya kena didedahkan dengan program anugerah macam ni, biar belajar meraikan kejayaan orang lain.
Ini masa nama-nama straight As diumumkan.
Tengok how happy bersoraknya kawan-kawan lain bila nama kawan-kawan dorang kena umum.
Ini bukti budak-budak ok.
Aku rasa most mak bapak yang sentap ni adalah mak bapak yang anak-anaknya bukan di sekolah berasrama.
Kalau mak bapak tu dalam kelompok ini pasti dia tahu meraikan anugerah kecermelangan adalah perkara biasa yang dah jadi culture di sekolah-sekolah macam ni.
Malah dlam group parents, kami saling mengucapkan tahniah.
Takde nak bitter-bitter kerana kita tahu ini adalah kejayaan anak-anak.
This is their moment, kita celebratekan saja.
Sorry to say lah, parents yang bitter dengan program kecemerlangan selalunya parents yang dia tak content dengan life sendiri.
Ada perkara dalam hidupnya yang tak settle.
Dia berharap anak dapat penuhi impian yang tak settle tu agaknya. Tu yang butthurt sangat.
Masa Form 2 Redza ada exam Checkpoint.
Exam ni untuk program MRSM IGCSE.
Checkpount exam ni paper dari Cambridge. Examiner pun dari sana.
Hanya 3 subject je kena ambil - English, Maths, Sains (Fizik-Kimia-Bio).
Kementerian Pendidikan letakkan point lulus adalah 4.0 over 6.0.
Redza score 6.0 untuk English and Sains, manakala Maths dia score 5.8.
Which to us, dah cukup bagus dah ni.
Ada je kawan-kawan lain daoat straight 6.0.
We all ok je. Janji Redza punya result juga excellent.
Ada lah sorang Hamba Allah ni (bukan parents Langkawi) yang anaknya sama-sama program IGCSE.
Dia yang sibuk bertanya aku result Redza, bila aku tanya result anak dia, dia jawab "Alah, takpe. Bukan boleh bawa ke mana pun result Checkpoint ni".
Kau rasa? Nampak tak bitter-nya beliau?
Macamana seorang parents yang enroll anaknya dalam program IGCSE boleh kondem exam ni?
Sama ada tak tahu apa exam ni boleh buat atau sebenarnya plain bitter.
Masa Redza PT3, dia dapat 7A2B. Tak straight As pun.
Tapi kitorang happy dan tetap celebrate kerana menepati ramalan 😆.
Right after exam Redza bagitau "Redza rasa dapat 7A je kot sebab yang lagi 2 tak yakin".
Masa tu dia tak yakin dengan Geografi and RBT.
But it turned out Geografi dia A tapi Sejarah yang B.
Tapi menepati ramalan dia lah, 7A jadi kitorang awal-awal tak expect straight As.
Alhamdulillah, kawan-kawan yang lain dapat straight As, we are still happy with Redza's result. Tak kuasa nak bitter-bitter.
Form 4 exam besar untuk program MRSM IGCSE iaitu exam IGCSE.
6 subjek - Kimia, Fizik, Bio, Maths, Add Maths and English.
Masa ni agak cuak sebab tahun ni kita dah ada Covid.
Setengah tahun lepak kat rumah belajar online sedangkan tahun tu exam IGCSE.
Dan disebabkan kekangan ini Cambridge UK buat option boleh sit exam atau postpone.
MARA bagi option untuk ambil atau drop, takde masalah.
Redza pilih untuk teruskan ambil. Maybe dia bersedia.
Alhamdulillah dia score straight As.
Tak salah aku tahun ni dari sekolah dia ada 17 orang straight As.
Ada majlis penganugerahan dibuat tapi secara tertutup di sekolah.
Kitorang tengok melalui gambar yang cikgu hantarkan je.
Takpelah dapat tengok gambar je.
Di sekolah berasrama, majlis anugerah kecemerlangan dapat diteruskan tanpa ada masalah dan 'cakap-cakap manusia bitter' di belakang.
Kerana culturenya begitu.
Takde lansung parents yang bitter bila anaknya tak dapat anugerah apa-apa.
Because we know anak-anak ni saling sokong-menyokong.
Time belajar, belajar. Time main, main.
Dorang bukan stress mana pun.
Macam kita zaman belajar dulu, ada ke kita stress kawan lain naik pentas?
Siap bersorak lagi ada.
Because we don't care pun.
Habis acara, life back to normal.
Sama-sama keluar makan, sama-sama keluar outing.
Tak faham why bila dah ada anak-anak masing-masing nak jadi too competitive.
Zaman kau belajar dulu taknak compete, sekarang sibuk nak anak compete dengan orang lain.
One thing bestnya di MRSM, dorang pakai sistem pointer.
Tiada competition nak berlawan siapa dapat nombor 1, siapa nombor last.
You do your best untuk dapatkan pointer terbaik supaya boleh grad masa Form 5 nanti.
4.0 pun dapat Anugerah Pengetua, 3.9 pun dapat Anugerah Pengetua, 3.8 pun masih dapat Anugerah Pengetua.
Rilek-rilek sudah.
Sepanjang Redza kat sama, 2 semester dia tak berjaya dapat Anugerah Pengetua, the rest semua dapat.
Semester yang tak dapat tu, tengok je lah kawan-kawan naik pentas.
Biar jadi pembakar semangat untuk semester yang seterusnya.
Itu je caranya. Biar dia tengok orang lain berjaya.
Kenapa nak nafikan kejayaan orang lain demi nak jaga hati sendiri?
Bila nak sedar kalau macam tu.
Lama sangat duduk dalam comfort zone pun bahaya juga.
Sesekali kena pressure baru terangkat bontot tu.
Terkenang terkilannya En Wan tak dapat tengok Redza konvo naik pentas.
Dah book tiket, dapat tengok dari luar pagar pun takpelah katanya.
Tapi takde rezeki, sekolah tukar tarikh konvo sedangkan tiket dah beli.
Rupanya Allah simpan ruang tu pada hari ambil result SPM.
Punyalah cekal En Wan tahan airmata kegembiraan dalam dewan pagi tu, dah sampai ke rumah masa solat Maghrib baru aku nampak air mata dia.
Mujurlah aku takde sekali dalam dewan, kalau tak akulah perosak majlis.
Cara-cara tak datang pun time meeting dapat video Redza terus bersepah-sepah jadinya speech aku.
Menangis aku tengok video ni.
Aku cakap kat En Wan "Are we being too hard on Redza?".
Sedari kecil, seawal dia pandai bercakap dah ada jadual belajar.
Setiap kali waktu Maghrib, dia naik ke bilik dengan bawa flash card sambil panggil bapak dia "Pa, stadi Pa. Cepat, stadi".
Dengan suara pelat, dengan pakai pampers, dekat terkedek-kedek bawak perut.
I miss Redza yang masa kecil dulu.
Biasalah anak sulung kan, dia membesar dalam keadaan mak bapak struggle membina hidup, jadi anak sulung selalunya kuat.
Alhamdulillah, Redza dah officially tamat sessi sekolah 2011-2022.
11 tahun lamanya. Sekarang bermula chapter baru, insyallah.
Terima kasih tak terhingga kepada cikgu-cikgu MRSM Langkawi yang mendidik Redza dan melayan karenah dia.
Hampir-hampir nak quit dari MRSM dulu ni, sebab kejutan budaya tiba-tiba segalanya kena buat sendiri.
Tapi cikgu-cikgu banyak nasihatkan kitorag supaya bersabar, jangan keluarkan Redza.
Ternyata pilihan untuk ke MRSM Langkawi adalah tepat.
Aku tak berpeluang nak kenal semua guru-gurunya tapi some of them ada yang baca blog ni and follow aku di IG.
TERIMA KASIH, CIKGU. Mohon doakan kejayaan Redza ke peringkat seterusnya.
Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan Redza especially mak-pak angkat alam maya yang melihat Redza membesar melalui blog ni. Thank you.