2022-06-13

Jangan main game ni dengan aku.


Aku ada satu pertanyaan best dari follower kat IG.
Ceritanya agak panjang, tapi aku summarized kan.
Kisahnya dia berpindah di satu taman perumahan.
Disebabkan dia potray herself biasa-biasa saja, takde renovate rumah, takde kejap-kejap lori hantar barang perabot, so jiran-jiran takdelah nampak berminat sangat nak ambil tahu life follower aku ni.
Dia pun happy je macam tu.
Takdelah menyombong, setakat hai-hai tu biasalah.
Until one day she bought a new car, BMW.
Dia kata jiran yang tak pernah-pernah bertegur sapa tiba-tiba datang bertanya kerja apa, gaji berapa.
Jauh lebih pelik bila jiran tu sibuknya bercerita hal position dia kat ofis, gaji, jenis-jenis kereta that he used to have, etc.
So follower aku dah rasa tak sedap ada jiran macam tu.

Aku suruh dia buat dek je.
People like jiran dia tu memang wujud. Antara kau jumpa dengan tak je.
Selalunya jumpa perangai gini kat media sosial.
Kalau dapat jumpa in real life, memang bonuslah.
Orang macam ni dia always anggap orang lain tak semampu dia.
Bila dia nampak kau setanding dia, dia jadi curious.
Nak pulak kalau usia kau lebih muda, lagilah dia curious nak tahu kau kerja apa, kau gaji berapa.
Orang macam ni sebenarnya tak content dengan apa yang dia ada.
Life dia dah best tapi dia tak tenang selagi ada orang lain lebih best dari dia.
Kadang tu orang lain belum best mana pun lagi. Itupun dia tak suka.
Kalau boleh biar dalam komuniti tu dia sorang yang best.

Kitorang pun ada pengalaman dengan orang macam ni.
Di kawasan perumahan juga.
Yang pertama di perumahan lama.
Yang kedua di kawasan perumahan sekarang.
Tapi yang kat perumahan kedua ni best.

It happened tahun 2008 masa kitorang renovate rumah yang duduk sekarang ni.
Masa tu quite young jugalah umur baru 31.
Kitorang buat major renovation masa tu nilainya more than 100K.
Memang besarlah projek ni kat kawasan ni awal-awal dulu.

Dapat je kunci rumah terus renovate.
Biasalah, petang-petang nak tengok progress rumah, di kawasan yang masih baru dan bersepah dengan pasir and batu, takkan nak bawa kereta besar.
Bawalah kereta kecil. Masa tu pakai Aveo.
Bawak kereta kecik, muka pun budak-budak lagi, pakai seluar bermuda berselipar je pulak tu, takde siapa anggap kitorang owner rumah yang sedang dibuat major renovation ni.
Yang tahu hanya bos cina yang renovate rumah kitorang.
Rumah kitorang dijadikan modal testimoni bos cina tu, jadi ramailah yang datang jenguk-jenguk rumah kitorang yang sedang dalam renovation.
Kitorang tak kisah. Lagi suka sebenarnya.
Bila rumah kitorang dia jadikan contoh, maknanya dia mesti kena buat betul-betul, takleh lekeh-lekeh.

One day waktu petang, kitorang roundlah nak tengok progress rumah.
Park kereta jauh sikit dari rumah sebab depan rumah penuh dengan pasir and batu.
Tokey cina tu datang kat kereta kitorang and sembang pasal progress.
Dari tempat kitorang bersembang nampak satu brader dia stopkan kereta dia dekat dengan rumah kitorang, keluar dari kereta terus menonong masuk dalam rumah kitorang.
Siap angkat tangan dari jauh dengan tokey tu cakap "Macamana rumah, dah siap ke?"
Jangankan kata aku and En Wan, si tokey depan kitorang tu pun terkesima 4 saat.
Dia pun agaknya pelik apesal brader ni menonong masuk rumah kitorang sedangkan tuan rumahnya ada kat sini.

Aku macam...dia ni nak buktikan apa?
Dia nak tunjuk kat kitorang as if rumah tu rumah dia ke?
Dia nak tunjuk yang dia banyak duit boleh buat major renovation ke?
Aku bingung kejap mikir.
Kitorang malas nak masuk ke dalam rumah hari tu.
Lepas bincang dengan tokey, terus balik.
Dalam kereta, aku dengan En Wan bantai gelak macam nak gila.
Rupanya wujud orang macam ni.
Mesti dia tak sangka rumah tu rumah kitorang, lalu dia pun berlakon as if itu rumah dia. Seriously??

Orang-orang yang macam ni selalunya kelompoknya terdiri dari orang-orang yang lebih bawah dari dia.
Dia tak biasa berkawan dengan orang yang lebih hebat, tu pasal dia mudah menyangka takde siapa dapat tandingi dia.
Tu yang ringan dia bercerita jawatan dia apa, gaji dia berapa, dia pakai kereta apa.
Sebab dia dah biasa bergaul dengan orang yang lebih bawah jadi dia pukul rata semua orang pun kat bawah.
Yang kita ni dengar kita yang malu.
Malu sebab apa yang dia canang bangga tu kita dah capai 6 tahun lepas lagi.

Sebab tu aku cakap, manusia ni mudah sangat bersangka-sangka hanya dengan apa yang dia nampak.
Nampak orang tu pakai kereta mahal - kaya.
Nampak orang tu pakai banyak barang kemas - kaya.
Nampak orang tu kejap jalan sana kejap jalan sini - kaya.
Nampak orang tu pakai brand itu ini - kaya.

Nampak si anu pakai kereta kecik - takkanlah mampu renovate rumah.
Nampak si anu takde barang kemas - mesti tak mampu beli.
Nampak si anu hidup biasa-biasa - mesti gaji tak besar.

Tu pasal berpusu-pusu orang dok tayang harta and duit sebab nanti orang ingat dia tak kaya.

Deyy, kau pernah dengar BANK?
Pernah dengar ASB? 
Pernah dengar PUBLIC GOLD?
Pernah dengar PUBLIC MUTUAL?  
Tak semua orang letak duit kat tempat yang orang ramai boleh nampak.
Ramai yang letak duit dan harta dia di tempat yang orang tak nampak.
Jadi, janganlah pandang lekeh kat orang.
Sebab tu aku letih bila tengok orang dok main game tayang harta benda baru boleh dikatakan kaya.

Dik, zaman akak umur 26 tahun lagi game ni dah ada.
That was 18 years ago. 
Orang ambik gambar-gambar rumah akak dalam blog mengaku itu rumah dia, dik.
Tak cukup dengan tu, gambar vacation akak pun dia ngaku vacation dia. 
Bladihel punya perangai.

Apa bendalah penyakit sibuk nak approval dari masyarakat?
Kalau kau takde semua benda tu ada siapa kisah ke?
Takde siapa kisah pun. 
Yang sebenarnya kau insecure dengan diri sendiri.
Kau yang want to be seen. 
Kau nak orang pandang kau tinggi.
Jenis yang merasa hanya dengan duit and harta saja boleh dipandang tinggi adalah orang paling shallow sekali.
Bercampurlah dengan orang sikit, biar terbukak sikit minda tu.
Balik-balik bercampur dengan orang yang asyik sembang pasal harta and duit, tu pasal otak kau makin cetek.

Lagi satu pengalaman dengan orang macam ni was masa aku berpindah opis.
Rasanya cerita ni paling famous di kalangan pembaca blog aku.
Kisah Dato' poyo yang nak beli ofis lama aku.
Ini memang typical manusia yang memandang rendah pada orang lain hanya kerana dia ada title.

Kisahnya aku nak berpindah ofis (ke ofis sekarang).
Ofis lama aku tu dah siap renovate. 
Ada bilik boss, bilik meeting, ada workstation untuk employee, ada ruang pantry, ada store, etc.
Bila nak pindah, aku kena dimantle semuanya balik pada asal.
Rasa sayang pulak nak dismantle fixed installation dalam tu.
Dengan berabuknya lagi, dengan nak monitor orang kerja lagi.
Tak kuasa aku nak buang masa aku dengan kerja-kerja macam ni.
Jadi aku offer kot ada sesiapa nak sewa this ofis, dalam keadaan ada fixed installation.

Tak mahal mana pun, aku nak jual RM10k je.
Kalau ikut invoice asal, aku renovate almost RM40k.
Niat aku cuma nak offer this opportunity kepada tenant baru supaya dia dapat cut cost renovatation.
Nak buat renovation bukan pakai duit sikit-sikit. Paling bangsat RM25k (untuk keluasan property tu).
Memang rugi aku nak let go hanya RM10K, tapi aku bukan nak buat untung.
Aku cuma malas nak dismantle je. Malas nak kemas.

Ada sorang Dato ni berminat. Ofis Dato ni sebelah ofis aku.
Bila staff dia datang ofis aku untuk tengok-tengok, dorang interested nak beli.
RM10K je kot dah ready siap semua.
Aku cakap, kau bagi aku cheque, aku angkat barang, dan keluar. Settle.

Tapiiii, dia nak issue cheque RM10K tu macam sembelit 17 hari.
Masuk ofis aku 3-4 kali dah, ukur itu ukur ini, sembang nak renovate sampai RM500K.
Halah halahhhh berlagak kemain. 
Aku ni nampak je masih muda (waktu tu), tapi pengalaman aku tak muda.
Kau nak renovate apa sampai RM500K? 
Nak pasang partition emas 96 karat ke camne.
Bukan apa ni, sebenarnya nak tunjuk duit banyak.

Dipendekkan cerita, this Dato drag the payment process sampai nak dekat 2 bulan.
Dia nak ofis aku, tapi main tarik tali.
Aku ni dah nak keluar dari ofis.
One day aku cakap kat staff Dato hujung minggu aku nak dismantle fixed installation sebab nak hand over kunci.
Malas dah nak tunggu cheque dari dia, anggap dia tak jadi sewa.
Asyik-asyik suruh aku tunggu tunggu tunggu.
Kejap-kejap suruh aku ulang-alik jumpa dia untuk discuss.
Dia ingat aku budak suruhan kot sukati nak suruh aku datang jumpa tak kira masa.
Dah la call susah nak angkat. Mesej hantar 30 kali baru reply sekali.
Busy katanya. Busy mengalahkan orang yang ada 24 kompeni.

Dengar je aku nak dismantle hujung minggu, cepat-cepat dia minta aku datang ofis untuk collect cheque.
Masa dia call tu aku ada kerja kat Bangi.
Laju-laju aku drive untuk jumpa dia at 3pm.
Ingatkan 3pm cheque dah ready. 
Sekali dia kata Dato tengah siapkan cheque.
Sejam setengah kau si Dato nak siapkan cheque.
Terpikir gak aku apa lama nau nak sign cheque, baru belajar pegang pen ke apa.

Lepas tu staff kata Dato panggil aku masuk bilik nak jumpa.
Aku naiklah bilik dia.
Dia ajak sembang pulak.
Kau tahu sembang apa? Sembang nak mintak kurang harga.
Nak mintak kurang jadi 8K!

Well, you want to talk bisnes with me? Ok, let's talk business.

Aku mintak Dato tengok breakdown yang aku dah sediakan dalam quotation.
Aku cakap 10K tu reasonable sebab with 10K kau boleh dapat ofis yang siap carpet, siap lampu 30nos, air-conditioned, tingkap tinted, siap ada blind bagai, pastu dengan cat baru, frosted glass door, carpet yang harga RM8.50sq feet.
Hello? Jamban rumah Mak Aji renovate pun 7K, ya.
Agak-agak la kalau nak bargain pun.

Dia berkeras nak 8K juga.
Wohooo. You mess with the wrong person.
Aku pun berkeras la jugak.
Apa dia ingat dia tittle Dato aku takut.

Berlagak dengan aku "Kita bukan tak boleh buat renovation baru. Cuma bila kita tengok you punya dah ada, lebih baik ambik you punya je. Lagi senang kerja kita. Kita boleh je kalau nak sewa ofis kosong. Cuma kalau boleh nak mintak kurang. Kalau tak dapat kurang takpelah, kita tak jadi ambiklah. Kalau ikut saya, saya nak beli harga 5K je. Kuta cuma nak tolong you je ni".

Aku macam...apa maksud dia dengan "Kita cuma nak tolong u dengan harga beli RM8K"?
Dia ingat aku tengah sengkek ke?
Dia ingat aku nak jual barang-barang tu sebab bisnes aku melingkup ke?

Inilah yang aku cakap tadi.
Some people merasa apa yang dia ada tu dah best sangat sampai pandang rendah kat orang lain.
Dia ingat dia ada title, aku takde, maka dia lagi best.
Dia ingat dia pakai sport car dan kereta kecil aku park sebelah sport car dia, maka dia rasa bisnes aku not doing good.

Aku malas nak bertekak ngan orang tua so aku cakap "Ok Dato, I have no problem with that. I datang cuma nak discuss if you are interested. If you tak interested, I'm fine".

Terkebil-kebil Datin tengok aku berkeras dengan laki dia.
Apa ingat laki ko Dato, aku nak menyembah?
Kau je yang rasa orang akan takut dengan title laki kau.
Sorry Tin, aku tak mandang.

Sebelum keluar, Dato suruh aku jumpa dengan staff dia.
Rupanya staff dia ajak discuss.
Kali ni his arkitek duduk sekali dengan aku.
Halah halah...nak keluar cheque RM10K pun suruh arkitek sit dengan aku ke.
Mula-mula aku heran gak ko nak discuss apa lagi.
Rupanya staff merayu untuk aku setuju nilai 8K.
Arkitek pun sama sengal cakap kat aku "Kitorang memang konfem nak, tapi harap u boleh kurangkan. At least you dapat duit".

AT LEAST??

Kau tengok betapa dia punya lekeh kat aku.
Dia ingat aku hadap sangat RM8K tu.
Silap-silap aku boleh bayar gaji kau 2 kali ganda dari Dato tu bayar.
Aku gelak je. 
Aku cakap "Dato tu sebenarnya takde duit kan?"
Berubah muka dorang. 

Aku sambung cakap "You and your Dato' didnt get my point. I am offering you 10K not because of I desperately need money. I boleh dismantle semua kalau I nak. Tapi I nak offer kot-kot ada tenant yang nak accept. Sebab kalau nak renovate property kosong perlukan duit yang banyak. That's why I bukak offer at only 10K. I tak buat untung pun".

Pastu staff dia cakap "Macam ni la, apa kata kita pecahkan invoice. Buat 2 invoice. 5K-5K. Cheque 5K yang pertama saya akan mintak Dato sign sekarang. Lagi 5K tu kita settle kemudian".

Kau nak game aku cara ni?
Kau ingat aku budak baru lepas UPSR ke nak main game bodoh gini.

Aku sarkastik balik.
Aku tanya "Eh, bukan ke semalam kata cheque 10K dah ready? Bukan Dato dah siap sign siap turun bawah nak jumpa bagi kat I katanya?"

Senyap.
Nampak nau menipunya kan.

Pastu buat-buat kalut "Kesian saya tengok akak, tunggu lama. At least ada la jugak dapat duit".

Aku cakap "Eh takpe. Jangan kalut-kalut. Benda ni simple je sebenarnya. If you mampu, you bayar seperti harga quotation I. Kalau tak mampu, then no business. I tak kisah pun kalau tak nak. I cuma tak nak buang masa menunggu".

Pastu aku blah.

Tak lama lepas tu, around 2016 masuk newspaper Dato ni kena tangkap sebab scam projek perumahan.
Rupanya dia yang sengkek. 
Patutlah nak beli ofis aku harga RM5K. Ceh!
Gasak kau situ.

Now at age 44, aku tak kuasa nak melayan dak-dak BBNU lambak duit, tayang harta, posing depan kereta. 
Aku dah hadap manusia yang perangai macam ni dari dulu lagi.
Yang nampak macam best, padahal hauk.
Yang merasa diri dia paling best, pandang orang lekeh. 
Ni game lama, ya. Bukan baru.