2022-06-30

Bukan semua orang boleh carry nikmat yang besar.


Aku pernah ada sorang kenalan. Dia dulu kerja sepejabat.
Orangnya baik.
Masa awal-awal aku kenal dia, dia biasa-biasa je.
Tak belajar tinggi, takde ijazah, hanya ada SPM.
Right after SPM dia bekerja.
Umur muda setahun dua dari aku.
Disebabkan rajin dan mahu belajar, dari clerical worker, akhirnya dia jadi sales exec.
Tak ada background biotech (dah tentulah sebab dia hanyaada SPM), dan bukan dari science stream.
Tapi kerana kerja dari bawah, kelebihannya adalah dia kenal produk.
Kalau customer nak A, dia tahu A tu apa.
Kalau customer nak B, dia tahu B untuk apa.
Tapi, kalau projek yang lebih advance, dia tak boleh carry.
Tapi takpelah sebab ada ramai lagi sales exec yang background biotech dalam ofis tu, yang boleh handle bigger project.

Aku jadi saksi perkembangan this lady, dari biasa-biasa kepada...pelik.
Yep, dia berubah dari biasa-biasa kepada pelik.

Semuanya berubah sejak dapat jadi manager untuk satu division.
Management boleh je ambil orang luar untuk lead new division, tapi company nak jimat duit agaknya, atau maybe nak bagi peluang, dorang upgrade lady ni jadi Head.
Dari segi pengalaman buat sales, kalau jual barang lab yang tak too technical, this lady layak jadi Head.
Tetapi, bila jadi Head dah tentulah people expect kau ada certain set of skill dalam biotech, kan.
Dia takde skill tu. Nak negotiate dengan key customer untuk project besar pun dia tak boleh buat.
Hantar anak-anak buah je buatkan.

Sejak jadi Head, dia dah jadi a different person.
Senior-senior dalam company dah start pelik dengan perubahan dia.

Korang biasa tak tengok orang yang tak belajar tinggi, gaya pun kekampungan - bila dapat pegang jawatan tinggi dia punya try hard to be someone else adalah sangat obvious like crazy. Pernah?
Inilah yang berlaku pada this lady.
Penampilan berubah, bercakap pun dah hawa-hawa sombong. 

She is actually ok je. Baik pun baik.
Tak tahu apesal macam tak jejak bumi bila dapat jadi Head.
Mula-mula tukar kereta. Bangga gila dengan kereta dia. 
Lepas tukar kereta, mestilah gaya pun berubah, kan.
Rambut dengan warna kulit dah nak sama lebamnya.
Datang ofis lambat, tapi sales tak hit.
Balik dari kerja awal, alasan ada appointment tapi sales untuk division dia tak pernah cecah target.

Tup tup keluar cerita break dengan bf.
Bf dia hensem, ex-school mate, budak pandai dan anak orang kaya.

"Bf I kata I dah berubah. Padahal dia yang statik takde improvement"

Wow! Surprised betul aku dengar.
Aku cakap "Kan bf u sambung belajar. Ada improvement lah tu".

Dia balas "I tak belajar macam dia pun boleh pakai kereta. Boleh jadi Head of Division. Dia takde apa"

Sombong gila statement.
Biasalahkan, orang kalau tak belajar tinggi tiba-tiba dapat pegang jawatan yang dia tak layak, selalunya memang tak cecah tanah sikit.
Aku senyum je dalam hati.
Nak tembak balik tak sampai hati.
Dia lupa ke dia kerja kat situ 7 tahun baru dapat jadi sales exec.
Aku masuk-masuk je terus jadi sales exec satu level dengan dia.
Kat situ je pun boleh nampak kelebihan belajar tinggi.
Sepatutnya bangga bf ada plan nak blaja lebih tinggi for future bersama.
Tapi aku malaslah nak cakap.
Orang macam ni payah sikit kalau kita nak bagi penerangan benda-benda macam ni sebab dia tengah "berada di awang-awangan".

Lepas break dengan bf dia macam tak keruan.
Makin obvious dia punya try hard.
Kadang kita boleh nampak seorang tu boleh carry tak pakaian yang dia pakai.
Some people bila berpakaian, kita boleh nampak dia selesa.
Some other people, kita tengok pun kita tahu dia takleh carry that kind of style.
Kita tengok pun penat.
Dia adalah begitu.
Sampai jadi bahan gossip everyday.
Budak-budak lelaki kat store bawah berYM-YM sesama kitorang setiap kali this lady masuk ofis.
Everyday orang pakat gelak gaya berpakaian dia.

Pernah satu hari tu Jumaat, dia pakai mini dress yang terkuak kat dada.
Very tight, very singkat.
Cara jalan pun boleh tahu dia sendiri tak selesa dengan gaya tu.
Tak faham apesal dia nak pakai baju gitu ke ofis.
Terus kena panggil dek COO kenapa pakai macam tu ke ofis.
Aku bukanlah orang yang tepat untuk tegur sebab aku pun pakai skirt pendek juga tapi aku bagitau dia at least on Friday pakailah baju kurung.
Lagipun pemilihan baju tu macam nak pi club!

Rupanya dia dapat tahu ex-bf dah ada awek baru.
Punyalah nak buktikan kat ex yang dia boleh dapat lagi better, hari-hari dia pi club malam demi nak pancing lelaki hot dan kaya.
Agaknya hari-hari cucuk langit, sampai tak boleh nak beza mana satu baju gi club, mana satu gi ofis.
Dia hanyut. Kerja tak ke mana. End up sambar je sesiapa tak kisah asal kaya.
Aku tahu dia sendiri tidaklah happy sebagaimana yang dia gambarkan.
Sebab kita kenal dia macamana.
Dia bukan membesar dengan gaya dan cara hidup macam tu.
Tak reti nak cakap macamana tapi kita boleh tahu if someone happy atau tak dengan cara hidup yang dia pilih.
Kadang-kadang people pamer lifestyle yang gempak, sebenarnya mereka sendiri tak happy dengan lifestyle tu.
Tapi mereka maintain dengan cara hidup tu because that's the only way to make them stay outstanding.

Kesian aku tengok someone yang dulu ok tiba-tiba jadi macam tu dek kerana tak boleh handle nikmat yang besar.
Bila pikir-pikirkan balik kan, ketika kita berharap sangat dapat sesuatu, dah buat segala usaha dan upaya tetap tak boleh capai tahap yang kita nak, boleh jadi kerana kita sebenarnya belum raedy untuk handle nikmat yang besar.
Kadang-kadang ketika mendapat nikmat yang sikit, bahagianya sangat besar.
Ketika mendapat nikmat yang besar, bahagianya sedikit.
Kerana ketika nikmat kecil, kita memandang segalanya dengan rasa syukur yang tinggi.
Bila nikmat semakin banyak, kita cenderung mencari apa lagi yang kita belum ada.

Bukan sikit-sikit orang yang dari luaran nampak bahagia kerana nikmat yang besar.
Ternyata di sebalik tabir, merekalah orang yang kurang bahagia.
Ketika kita semua santai-santai makan kepok keping dengan family sambil tengok Netflix, dia masih lagi berpikir-pikir content apa nak buat esok untuk tarik attention orang. 
Tak hairanlah orang macam ni kerap pamerkan kelaku yang pelik-pelik.

Nikmat yang besar ni nampak macam seronok kalau ada.
Tapi bukan semua orang boleh carry nikmat sebegitu.
Macam kenalan yang aku cerita tadi.
Pada pandangan aku, apa yang dia dapat tu idok le besar mana.
Biasa-biasa je - naik pangkat jadi Head, tukar kereta, kaler rambut, makan tempat best-best. Belum apa-apa pun lagi.
Tapi itu pun dia tak boleh carry sehingga buatkan dia hanyut.
Kadang-kadang apa yang kita tak dapat itulah yang menyelamatkan kita. Kerana Allah Maha Tahu.