2022-06-23

Holiday bagi aku adalah duduk hotel, rest.


"Bila last Kak Di holiday?"

Aku kan bila dapat soalan macam ni, jadi serba-salah nak jawab.
Tak tahulah kenapa, macam terngiang-ngiang je nanti balasannya "Saya dah lama tak go holiday, kak. Suami saya bla bla bla bla. Perbelanjaan kami tak cukup bla bla bla. Sya stress bla bla bla"

😁

Tak, bukan aku perlekehkan masalah sesiapa.
Aku ok je nak dengar cerita dan luahan hati orang lain.
Orang-orang ni sudi luahkan masalah kat aku, aku dengar. No problem.
Tapi selalunya itulah yang terjadi.
Aku jadi serba-salah pulak nanti.
Lepas tu karang korang bergaduh dengan laki masing-masing.

Kepada yang hantar soalan ni kat aku, aku rasa you are reading this too.
Dan pasti nampak akak bagi "seen" je.
Takpe, akak jawab di sini.

Aku tak reti nak cakap samada aku ni pergi holiday ke tak.
Sebab istilah holiday untuk aku dan untuk En Wan, berbeza.
En Wan kalau holiday, suka merayap.
Suka jalan, shopping, pegi sana sini.
Aku punya istilah holiday, adalah berehat.
Kalau korang perasan percutian aku di dalam negara, balik-balik berkisarkan tentang makan dan lepak dalam hotel. Perasan, tak?
Punca-punca tu semua akulah 😆.

Aku kalau bercuti suka duduk dalam hotel.
Biarlah memerap seharian pun, takde masalah, sebab aku memang suka memerap.
Kat rumah pun aku memerap.
Sampai En Wan cakap "Awak ni tak bosan ke asyik duduk rumah je? Cubalah keluar kejap".
Bini tak suka keluar pun jadi masalah kat dia.
Orang lain kalau bini suka duduk dendiam dalam rumah, tak mintak nak ke mana-mana, kemain seronok lagi.
Dia dapat bini suka memerap, dia yang stress.

Maybe itulah juga penyebab kenapa aku tak berapa kisah kalau tak holiday.
I mean holiday yang keluar dari rumah, pergi ke satu tempat lain, check in hotel, berjalan, etc.
Because kalau dah sampai hotel pun, aku tetap memerap dalam bilik.
Jangankan nak merayap jauh, nak pergi pool pun malas.
To me, dah sampai hotel, kira bercuti la tu.
Sesiapa nak merayap silakan.
Aku tinggal dalam hotel tak ke mana-mana pun boleh. Janji ada makanan. Insyallah gembira aku. Hahaha.

Bak kata En Wan "Gaya awak tak mencerminkan karakter awak lansung".

Percaya tak kalau aku cakap aku pernah bergaduh teruk dengan En Wan hanya kerana aku taknak bercuti overseas.
Sampai dia cakap "Dulu masa belum kawen tak pulak cakap tak suka berjalan!".

En Wan kata dia ingatkan aku jenis yang outgoing.
Melalui gaya, nampak macam aku wild - suka merayap, suka berjalan, suka berhibur, tak suka memerap.
Dia pernah kata "Gaya bukan main sexy, tapi club tak penah masuk pun".

Macam tu rupanya expectation orang, kan?
Dari penampilan orang boleh assume macam-macam.
Aku agree gaya aku dulu boleh buatkan orang pikir aku easy-going, fun and suka enjoy.
Sebenarnya aku tak macam tu sangat.
Dulu aku bergaya macam tu sebab aku suka pakai macam tu. Tu je.
Tak mempengaruhi personaliti aku lansung.

Aku tak nampak kenapa bila kita berpakaian macam tu, kita kena jadi macam ni.
Contohnya, bila pakai sexy, biasa masuk kelab.
Bila berpakaian ala-ala corporate, lepak coffee house.
To me, pakaian adalah sekadar pakaian.
Tak 100% mencerminkan karakter sebenar.

Tu pasal kita ni bila nampak orang tu berjubah berserban, terus assume alim umpama takde dosa.
Secara general, aku setuju penampilan mencerminkan siapa diri seseorang - apa personaliti dia, samada dia pembersih, kemas, bagaimana mood dia, etc.
A person's appearance and style reflect something.
However, it is more to a reflection of your own self-esteem, not so much on karakter sebenar seseorang.
Tapi memandangkan humans tend to make snap judgments of one's personality based on penampilan, maka itulah yang terjadi bila suami aku sendiri boleh 'terpedaya' dengan gaya aku 😆.

En Wan memang mencari wanita-wanita yang sexy bergaya untuk jadi awek dia (dulu lah).
Dia kata perempuan-perempuan macam ni lebih open-minded, lebih berkarakter, boleh bercampur orang, pandai bersembang dan outstanding.
Maybe itulah yang dia nampak ada pada aku.
Tapi yang dia tak nampak rupanya aku home-person, suka duduk rumah baca buku, dan takut naik flight 😁.
Bolehlah dirumuskan aku ni seorang yang boring.
Maybe I'm fun to chat with.
You can talk to me almost about everything, tapi itu je la kot sisi fun seorang Diana.
Yang lain, boring.

Tu pasal En Wan tak suka nak plan percutian dengan aku.
Segalanya dia settlekan sendiri, tau-tau je karang supriseeeee!
Sebab dia tahu kalau dia ajak aku berbincang, jawapan aku "Alah, takyahlah. Baik duduk rumah order pizza".

Because you know what, rumah aku selesa!
Tak, aku bukan berbangga ke apa ke.
Banyak lagi rumah yang lagi cantik dari rumah aku.
Tapi aku suka dengan rumah aku.
Aku rasa rumah aku sangat selesa.
Bilik aku selesa - luas, sejuk beraircond 24 jam, katil king size, bantal aku taraf hotel, toilet ada hose, sabun aku wangi, anak-anak semua dah besar tak mengganggu privacy, ada wifi laju, makanan banyak - ok, kan?
Kau nak apa lagi. Semua ada dah ni.
Kalau aku check in hotel pun, itu jugak yang aku cari.
Baik aku lepak kat rumah je.

Orang lain suka bercuti sebab mereka suka jalan-jalan, see things, buy things.
Aku tak. Aku kalau bercuti, benda pertama yang aku cari is makanan.
That's why kalau jalan bawak aku, En Wan usahakan cari tempat makan yang aku akan suka.
Seingat aku, kalau istilah holiday yang benar-benar holiday adalah ketika ke overseas.
Hat tu takde pilihan sebab aku kena ikut itinerary.
Walaupun terpaksa join, oleh kerana berada di negara orang dengan suasana yang berbeza, enjoy juga.
Tempat bukan selalu kita sampai, kan.
Dah alang-alang sampai tu, create some memorieslah.

Satu-satunya negara yang aku sendiri nak pergi adalah Hong Kong.
Lain negara tak pernah terlintas dalam fikiran.
Dari aku kenal Leslie, kemudian Beyond, kemudian Hacken Lee - memang Hong Kong satu-satunya negara yang aku teringin sangat nak jejak.
Dari sekolah rendah dah berangan tau.
Hari tu aku cakap kat En Wan, kalau boleh aku nak repeat Hong Kong.
Lain negara, dia nak pergi dengan anak-anak saja, pergilah.
Tapi En Wan mana nak berjalan tanpa aku.
Tu pasal setiap kali nak holiday akan bergaduh bagai nak rak dulu.
Setiap kali nak holiday, akulah paling lambat sekali packing.
Last aku ke Korea tahun 2019 sebelum kita semua PKP beberapa bulan selepas tu, esok nak berangkat, malam ni baru aku packing.
Itupun campak-campak je. Punyalah protesnya nak pegi.

Jangankan nak ke seberang negeri, nak pegi Sunway Piramid pun kalau tak diumpan dengan Dolly Dimsum memang tak sampailah aku 😆.
En Wan kalau nak ajak aku pi Sunway, mesti umpan dia Dolly.
Kau nak ajak aku bertawaf satu mall lepas tu pun takpe. Janji dapat makan sedap.
Kadang En Wan paksa-paksa aku shopping.
Nak cari parking kat Sunway Piramid tu hazabedah, kalau setakat pegi makan tak berbaloi.
Bawaklah balik something katanya.
Jangankan tidak nak bagi berbaloi, masuklah Guardian, capai Listerine, capai wet wipes, capai Sensodyne.
Padahal kat Giant Putra Heights pun ada Guardian.

Hah lagi satu shopping. Kau jangan paksa-paksa aku shopping kalau mood aku belum sampai.
Boleh jadi bergaduh dalam mall tu nanti.
Tapi, kalau aku cakap "Bang, barang Clinique saya dah habis. Jom pi beli", memang sepantas kilat En Wan bersiap.
Sebelum bini dia bertukar fikiran, baiklah pergi sekarang.
Sebab lepa stu dia boleh lajak ke tempat jauh sikit dah alang-alang aku ikut sekali.
Kadang tu terussss pi tengok movie.
Ada tak sesiapa sini perangainya seboring aku? 😆