2022-04-19

Zaman dah berubah.


Kan hari tu aku tulis pasal kenangan raya masa kecik buat kuih raya and mengecat rumah, kan?
Then ada sorang blog reader tanya relevan lagi tak kalau nak suruh anak-anak buat benda yang sama nak bagi dorang merasa 'susah'.

To me, yes, masih relevan.
TETAPI, kena tengoklah praktikal ke tak untuk implement benda yang sama.

Contohnya dulu aku ada maid yang kemaskan rumah, yang cucikan porch, yang mengelap itu ini, yang basuh bilik air.
Boleh dikatakan semua kerja-kerja rumah dia buat.
Kalau aku dah spend duit bayar dia setiap bulan, tak lojik rasanya nak anak-anak aku buat kerja-kerja yang aku pernah buat masa kecil dulu.
Bolehlah, kalau setakat nak bagi dorang 'pengalaman' basuh toilet.
Tapi aku takkan bagi dorang basuh toilet as tugasan tetap.
Reasonnya mudah, sebab aku dah bayar bibik.
Itu tujuan aku hire bibik at the first place, untuk membantu settlekan kerja-kerja di rumah.

Dulu, aku kena buat semua tu sebab kitorang takde pembantu.
Masa aku umur 8 tahun, kitorang ada pembantu.
Kak Kiah (arwah) namanya.
Dia orang kampung Mak Aji, jiran.
Masa tu anak-anak (kitorang) kecik lagi.
Mak Aji perlukan orang untuk bantu dia uruskan hal rumah, jadi dia offer Kak Kiah kerja dengan dia.
Umur aku 8-9 tahun, aku tak pernah basuh toilet, tak pernah mengemop, tak pernah menyapi rumah, tak pernah basuh longkang.
Sidai baju pun tak pernah. Semua Kak Kiah buatkan.
Kerja mengecat rumah and gate tu pun Pak Aji suruh buat masa bulan puasa.
Maybe dia tahu Kak Kiah takkan sempat nak buat sebab dah busy kemaskan rumah seharian.

Hanya apabila Kak Kiah left (around aku umur 9 tahun), barulah Mak Aji train aku untuk tolong-tolong.
Umur 9 tahun aku kena gosok baju.
Gosok baju-baju sekolah and semua baju kerja mak bapak aku.
Masa tu sekali gosok wajib habis sebakul. SEBAKUL.
Seminggu punya baju kerja.
Clearly kat situ dah nampak memang mak bapak aku takde masa nak gosok baju hari-hari.
Weekdays memang dah kepenatan kerja and buat kerja rumah yang simple-simple like memasak, menyapu and membasuh baju.
Hari minggulah nak mengemop, nak basuh toilet, nak ke pasar segala.
Menggosok takkan sempat nak buat, maka takde pilihan lain terpaksalah train anak sulong yang gojes ini gosok baju walaupun baru umur 9 tahun.

Redza, pertama kali menggosok baju adalah masa kat MRSM.
Terkial-kial dia menggosok baju katanya.
Sepanjang dia di rumah, jangankan gosok baju, basuh kasut, lipat baju, even kemaskan buku dalam beg setiap hari pun dia tak buat.
En Wan yang kemaskan beg sekolah anak-anak dia.
Anak dia hanya bersekolah, belajar and main game.
Masak memang taklah.
Ada la sesekali kalau aku buat kuih, ajak Redza tolong.
Tapi kalau nak suruh memasak secara rutin macam adik Haziq tu, taklah.
Bukan memanjakan, tapi dalam situasi aku, ia tak begitu praktikal sebab ketika tu ada bibik.

Budak-budak ni continuously ada bibik dari sejak lahir.
Dari tahun 2004 sampai tahun 2015. 11 tahun ada bibik.
Selepas tu, aku ambil pula weekly bibik.
Jadi, rumah ni sentiasa ada orang yang bantu kemaskan.
Tak praktikal rasanya aku hire orang kemas rumah tapi aku tak kasi dia kemas bilik Redza, tak kasi dia basuh toilet Redza, tak kasi dia gosok baju-baju sekolah, dan lain-lain hanya kerana aku nak train anak-anak.
Setakat bagi dia rasa macamana basuh toilet, macamana menyapu, macamana nak guna mesin basuh - bolehlah.
Tapi nak jadikan itu kerja tetap dorang, tak kot.

Tak semua perkara kita boleh apply sekarang hanya kerana kita pernah buat dulu.
Kadang-kadang kita ni over juga bila membandingkan zaman dulu dengan zaman anak-anak sekarang.
Dulu aku kalau boleh nak juga suruh anak-anak mengecat rumah, bagi dorang rasa apa aku rasa.
Just for the sake nak dorang rasa saja, bukan nak mendera.
Tapi bila pikir-pikir balik, dulu nak upah orang mengecat payah.
Nak mencari orangnya pun tak tau lubang mana nak cari.
Duit pun tak berapa nak ada.
Sekarang, sana-sini boleh cari orang upah cat rumah.
Google je internet, mesti jumpa.
Duit pun ada lah sikit.
Baik aku upah je yang pakar.
Kerja siap cepat, rumah aku pun tak berdeneh dengan cat tumpah.
Bukan tak boleh suruh anak buat, tapi kalau kita boleh cari jalan lain, apa salahnya. Itu maksud aku.

Masa Redza seklah rendah dulu, aku cuak juga mikir.
Anak aku ni esok jadi orang ke tak.
Sebab segalanya bibik uruskan.
Bapaknya pulak memanjakan anak sampai beg sekolah jadual hari-hari pun bapaknya yang siapkan.
Buta-buta Redza tu hanya belajar je tugasnya.
Beberapa kali aku sound En Wan jangan manjakan sampai macam tu sekali.
Pastu En Wan marah aku balik, "Manjakan apanya? Bukan abang buatkan homework dia. Abang tolong prepare beg sekolah ikut jadual dia je. Dulu arwah ayah pun buat untuk abang".

DANGGGG! Terkesima kejap aku.
Rupanya, arwah ayah buat benda yang sama masa dia sekolah dulu.
Maksudnya kat sini, apa yang En Wan praktikkan bukanlah memanjakan anak, tapi it's semacam tradisi.
Kemaskan beg sekolah anak adalah kebiasaan keluarganya.
Now dia meneruskan 'tradisi' tu.
Aku, on the other hand segalanya buat sendiri.
Jadi bila benda simple like kemaskan beg pun nak dibantu, aku jadi marahlah.
Bagi aku, things like that akan spoilkan anak.
But pada En Wan, itu bukan memanjakan. Itu adalah tanggungjawab dia.

Kawen dengan anak orang have-have ginilah.
Memang takde overlap lansung dalam hal-hal parenting sebab cara dia dan aku membesar lansung tak sama 😂.
Tapi bagus juga sebab anak-anak aku dapat sentuhan parenting yang berbeza.
Cara aku agak kejam sikit, tu yang En Wan kata cara aku dibesarkan agak kejam. Hahah.
Yang En Wan pulak pendekatan dia untuk anak-anak terlampau soft, sampaikan aku rasa anak aku esok ada potensi tak jadi orang.
Tapi bila tengok En Wan membesar elok je jadi orang, aku mengalah jugalah sekali sekali.
Sebab dia adalah living proof bahawa cara didikan sebegitu menjadi.

Bezanya, En Wan bila dah besar jadi terkibai-kibai buat kerja rumah.
Masa baru-baru kawen dulu, rimas aku tengok dia menolong kerja-kerja rumah.
Gosok baju terkial-kial, basuh pinggan terkial-kial, basuh toilet terkial-kial.
Sakit mata aku.
Tapi yang sebenarnya dia boleh buat.
Duduk Jepun 7 tahun takkan dia hire bibik kat sana, kan.
Dah tentu semua benda kena buat sendiri.
Cuma aku lagi pakar.
Jadi segala benda yang dia buat tak menepati standard aku.

En Wan dibesarkan dengan tak perlu buat kerja rumah.
Kerjanya hanya belajar. Dan dia excel dalam akademik.
Balik dari Jepun terus dapat kerja tak perlu menganggur.
Gaji starting pun dah besar.
Kawen-kawen dah dapat sewa apartment yang sangat selesa, dah ada kereta.
Aku boleh sambung belajar sebab gaji dia alone ketika tu boleh support basic necessities.
Aku dapat tumpang keselesaan dia.

Aku pula semasa kecik lebih banyak habiskan masa tolong mak bapak berbanding belajar.
Aku tak dapat the luxury of duduk rumah fokus pada pelajaran sahaja.
Jangan berani-berani nak memerap dalam bilik 24 jam baca buku.
Karang ada orang meratib kat dapur "Aku macam nak mati buat semua dalam rumah ni".
Tapi, hasilnya aku jadi pakar dalam house hold chores.
Kelebihan ini mem-balancekan kekurangan En Wan.
Oklah kan jodoh ni. Walaupun dia annoying gila.

Ni nak hari raya.
Ada yang kata hari raya dah tak semeriah dulu.
Dulu, balik kampung tido ramai-ramai berlambak kat hall.
Petang raya dah sibuk semua buat itu ini kat dapur.
Now katanya anak cucu balik tido hotel, tido homestay.
Bila berkumpul, masing-masing pandang henfon.

Betullah tu.
Tapi, situasi sekarang dah lain.
Arwah nenek aku dulu pun selalu cerita "Zaman nenek kecik dulu, meriah kalau raya. Orang pukul canang kat masjid bila pagi raya".
Aku macam...canang? What is canang?

So boleh nampak tak, dari zaman duluuuuu lagi perubahan ni dah berlaku.
Setiap generasi akan bercerita zaman dorang lebih best dan lebih meriah.
Toksahlah nak pelik sangat kalau sekarang anak cucu balik beraya tido hotel tido homestay.
Zaman berubah, keperluan berubah, kesedaran juga berubah.

Dulu kesedaran kurang. Tak tahu lagi tentang hukum-hakam.
Maka tido berlambak dah jadi satu trend ketika tu.
Tambahan pula, duit tak berapa nak ada.
Hotel pun tak banyak lagi zaman kita dulu.
Homestay tak pernah wujud.
Maka rumah nenek dan tido lambak adalah pilihan yang terbaik.

Sekarang, keperluan dan berubah.
Kesedaran meningkat.
Hotel and homestay dah banyak.
Duit pun ada sikit.
Maksudnya, pilihan tu dah ada.
Kenapa nak kekal pada kebiasaan lama kalau ada pilihan yang lebih baik?

Bukan tak boleh kekalkan, tapi patut padanlah.
Dulu, kita kecik-kecik lagi.
Time mandi, boleh masuk sekali 5 orang mandi ramai-ramai. Jimat masa.
Sekarang, semua yang kecik tu dah berbulu atas bawah.
Nak tunggu 5 orang mandi, pukul berapa pulak nak bersiap?
Tu pasal aku kalau balik beraya kat Tganu dulu sebelum Subuh dah bangkit mandi.
Takut berebut bilik air.

Jangan diisukan balik beraya tido hotel.
Tak payah nak mengkontroversikan isu-isu macam ni.
Takde yang pelik. Zaman dah berubah.
Yang kita nak kekalkan adalah berkumpul di hari raya.
Balik kampung. Juadah raya.
Berziarah di hari raya.
Hat ni kita kekalkan.
Kalau setakat balik raya tido hotel, tak payahlah nak gaduhkan.
Tido hotel ke, tido homestay ke, yang penting pagi raya semua kumpul.

Lagi satu bab internet.
Kalau balik Tganu, ada masalah sikit dengan line internet.
Line henfon pun hazab.
Nak clear sikit, kena jalan ke depan.
Tak pun, kau berdirilah kat depan gate tu everytime nak berinternet.
To me, ini tak best kerana internet bukan satu kehendak lagi.
Ini bukan zaman 90s.
Now internet dah jadi satu keperluan.
Dah bukan satu benda pelik kalau budak-budak datang rumah tanya wifi password.

Dulu benda ni tak berlaku sebab internet pun takde.
Tak boleh nak kata "Zaman papa kecik dulu takde internet pun. Ok je balik kampung takde teknologi. Tengok je lah TV".

Dia umpama kau orang kampung yang kawen dengan orang bandar.
Lepas tu kau kata kat bini kau "Saya dulu nak berak, angkut air dalam baldi sebab jamban kat luar. Ok je, takde masalah pun. Awak tu yang manja".

Kalau baru-baru kawen bolehlah isteri tu terima.
Tapi kalau dah 15 tahun kawen, anak dah 7 orang, masih lagi balik kampung kena berak kat jamban luar yang seketul tu, something wrong la dengan mindset tu nampaknya.

15 tahun kawen masih lagi nak kekalkan benda yang sepatutnya boleh diubah?
Kau sendiri beli rumah jamban kat dalam.
Takkan dalam masa 15 tahun ni tak boleh buatkan bilik air sempurna kat kampung?
Untuk keselesaan anak bini juga.
Esok, kalau anak-anak liat nak balik kampung sebab keadaan rumah kampung tak selesa, dikatanya budak-budak tu manja.
Sedangkan kita sendiri besarkan anak-anak di rumah yang selesa, jamban kat dalam, ada aircond, ada internet.
Bila anak-anak tak betah duduk di kampung yang serba tak ada, kita marah. Akai ada?

Letaklah sesuatu adil pada tempatnya.
Zaman dah berubah. Situasi kita juga dah berubah.
Kebanyakan dari kita dah lebih senang dari zaman kecil dulu.
Maka apa salahnya kalau anak-anak hidup selesa sikit.
Takkanlah kerana dulu kita jalan kaki 1km pi skolah, anak-anak kena rasa yang sama.
Sedangkan dulu van sekolah dan bas sekolah tak banyak.
Duit tak berapa nak ada.
Kalau dulu pilihan ni ada, dah tentu kita pun tak jalan kaki.

Tak semua benda kita boleh bandingkan dengan zaman kita dulu.
Zaman dulu tu hanya kenangan saja.
Sedangkan kalau kita disuruh jalan kaki 1km ke tempat kerja sekarang pun kita taknak.
Buat apa jalan kaki kalau boleh naik grab.
Buat apa penat-penat buat kuih sampai 6 jenis kalau boleh order.
Buat apa berhimpit tido lambak sampai takde privacy kalau boleh tido dengan selesa di hotel.

Bukan berlagak.
Tapi, kalau ada pilihan yang lebih baik, why not.
Jangan sentimental sangat.