2022-04-28

Membebankan anak dengan meminta duit.


Hari tu aku baca artikel ini 👆🏻.
Tentang parents di sebuah negara yang demand anak-anak bagi sekian-sekian jumlah duit bila dah kerja.
Kesian juga baca keluhan anak-anak ni.
Ye lah, masing-masing pun ada kehidupan dan impian sendiri.
Bukan tak boleh tolong, tapi kalau sampai mak bapak aturkan siap-siap berapa banyak duit anak-anak kena bagi tiap-tiap bulan, rasanya tak patut.
Ini bukan soal tak kenang budi, atau tak mahu membalas jasa.
Sebagai orang tua yang dah melalui fasa muda, fasa membina kehidupan, fasa membesarkan keluarga, bagilah anak-anak ruang dan peluang pula merasa fasa-fasa ni.
Seharusnya parents lebih tahu betapa banyak yang telah dikorbankan ketika mereka membina kehidupan dulu.
Salah satunya, duit.
Sepatutnya parents faham keadaan ni.

Jangan jadikan anak-anak sebagai retirement and financial plan.
Dulu pernah seorang follower cerita dia kena tanggung duit sewa rumah mak bapak, makan minum, bills mak bapak, etc.
Mak bapak pula malas nak masak sebab katanya hidup berdua lebih senang order.
Bayangkanlah kalau tiap-tiap hari order makanan.
Mak dia beli emas kat jiran ambik gitu je tak bayar sebab nanti anak yang kena bayarkan.

Selalunya anak-anak yang dapat mak bapak macam ni adalah anak yang baik, yang patuh je walau hakikatnya memendam rasa.
Mak bapak macam tu takkan dapat anak-anak yang jenis sound tegak macam aku ni.
Kerana Allah tu Maha Baik, kan.
DIA tahu aku jenis macamana, jadi DIA taknak aku tapau dosa kering maka DIA bagi aku mak bapak yang ada timbang rasa.

Minggu lepas ada luahan hati dari follower.
Korang semua excited nak balik beraya, rupanya wujud orang yang tak mahu sambut raya.
This lady cakap dia kena anxiety attack mikirkan nak balik beraya.
2 tahun tak balik beraya dia cukup tenang.
Puncanya, mak jenis mengatur 'tanggungjawab' anak-anak setiap kali beraya.

Everytime nak beraya, mak akan atur anak ni kena bagi berapa duit, anak tu kena bagi berapa duit.
Duit tu bukan duit raya tau, tapi duit persiapan nak sambut raya.
Kalau mak dia nak tukar langsir, nanti dia bagitau anak yang pertama berapa harga langsir.
Dah tempah dah pun, cuma anak kena bayar.
Kalau mak tempah kuih raya, nanti dia bagitau anak kedua pulak berapa jumlah harga kuih.
Baju raya pun sama, dah tempah baju nanti call anak seterusnya bagitau harga.
Anak tu yang kena bayarkan.

Itu baru persiapan katanya, belum lagi duit raya.
Duit raya untuk mak lain.
Dia cakap setiap kali beraya, belanja dorang adik-beradik sangat besar.
Bukan saja duit raya kena bagi, duit untuk mak bagi budak-budak datang beraya pun kena sediakan sekali.
Aku cakap kat dia, aku pun hulur juga belanja persiapan raya kat mak bapak aku.
Tapi setakat ni mak bapak aku tak menetapkan jumlah yang patut aku bagi.
Malah, dorang tak pernah minta pun.  

Rasanya anak-anak bukan tak mampu belanja mak bapak tukar langsir segala.
Tapi CARA tu yang buatkan anak terbeban.
Tanpa berbincang, tau-tau terus order. Lepas tu arahkan anak bayar.
Entahkan bulan tu kereta anak rosak kena repair ke, entahkan anak ada emergency yang perlu pakai duit banyak ke.

Ni karang ada yang kata "Tak rugi buat baik dengan mak bapak".
No, this is not about tak nak buat baik.
Memang dengan mak bapak kita jangan berkira. 
Mak bapak adalah makam yang tinggi di depan kita.
Cuma, kalau rasa sangat terbeban dengan demand mak bapak, cubalah slow talk dengan sangat berhati-hati.
Bukan apa, kalau tak kena gaya jatuh derhaka pula.
Tapi kalau dah sampai kena anxiety attack disebabkan hal balik raya, rasanya dah boleh pikir nak slow talk dengan mak bapak.

Parents macam ni wujud.
Kalau tak, takkanlah keluar artikel parents demand anak-anak bagi $1800 sebulan.
Dulu aku pernah tulis pasal ni.
Tentang seorang mak demand anak-anak bagi duit bulanan.
Seingat aku mak dia kata "Kalau setakat bagi RM500, baik tak payah bagi".
Dan seingat aku, budak ni cakap adik-beradik dia ramai.

Katakanlah "ramai" tu 5 orang.
Kalau sorang bagi RM500, besar juga nilai mak dapat.
Perbelanjaan RM2500 untuk mak bapak yang duduk kampung dan tak berkerja, takde hutang, aku rasa lebih dari cukup.
Maybe setakat nak hidup bolehlah. Untuk makan sehari-hari dan bil-bil, lepas.
Nak berjoli sakan tu tak dapatlah kot.

As parent, sepatutnya kita adalah ASET, bukan LIABILITI kepada anak-anak.
Kalau anak-anak terbeban sampai dah takde rasa seronok nak balik beraya, this is bad.
A wise parent would never make the children a retirement plan.
Memaksa anak-anak bagi sejumlah wang setiap bulan, macamana anak-anak nak menabung untuk masa depan pula?
Kalau sementara tengah berkerja ni tak dapat menyimpan, bila lagi nak menyimpan.
Itu pun kalau boleh simpan.
Ikut data Bank Negara, ramai yang RM10K pun takde dalam simpanan.
Nak membesarkan anak-anak sekarang dah tak sama macam anak-anak dulu.
Belanja sekarang besar.

Ada parents yang sentiasa menanamkan prinsip bahawa anak-anak kena bayar balik jasa dorang membesarkan mereka.
Salah satu cara adalah dengan bagi duit.
Kalau tak, habis diungkitnya penat lelah hantar kita ke sekolah, bagi makan, belikan baju, etc.

Bukan tak mahu bagi, tapi kalau sampai memaksa, entahlah.
Payah nak cakap isu ni.
Kalau orang silap faham, aku yang dinerakakan nanti.

Bibik aku pun dah start mengeluh-mengeluh je.
Kejap-kejap penat. Kejap-kejap kata nak balik tapi masih lagi kat sini aku tengok.
Dah 10 tahun kat Malaysia.
Sebenarnya dia bukan penat berkerja, tapi penat asyik kena hantar duit belanja.
Yang kat sana sedap tak payah berkerja.
Dia kat sini dari pagi membawa ke malam dok membersihkan rumah orang.
Dapat duit, kumpul, hantar ke sana.
Kerja penat-penat, tak dapat nak reward untuk diri sendiri.
Kalau aku pun penat gini. Dah macam hamba pulak.

Bibik aku dulu pernah bergaduh dengan anak dia sebab sebulan beli henfon 3 kali.
Puncanya, asal bergaduh dengan sesiapa je, campak henfon.
Pastu call mak mintak duit nak beli henfon baru.
Memanglah henfon yang dia belikan untuk anak murah-murah je tapi yang anak pun, kau ingat mak kau kaya ke yang kejap-kejap kau nak hempaskan henfon?
Perangai gini dapat kat mak aku tahulah nasib kau kena hempas pulak.
Kita ni pun kalau buat kerja macam nak rak tapi duit gaji kena perabiskan kat orang lain, sampai nak ganti coli pun tak dapat, lama-lama burnt out juga.

When we have decided to have children, kena terima tanggungjawab membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan balasan.
Ini ingatan untuk aku sendiri juga.
Apa yang Mak Aji pernah cakap kat aku dulu, aku ulang balik pada Redza "Kalau dah kerja esok, taknak bantu mama tak apa, tapi jangan menyusahkan. Cukup-cukuplah apa aku dah bagi tu".

Tak sangka aku guna balik ayat mak aku ni.
Mak Aji dulu itulah yang diulang-ulangnya kat kitorang adik-beradik.
Maksudnya, taknak bagi dorang duit pun tak apa, tapi jangan duit dorang pulak yang aku mintak.

Anak-anak semua ada impian nak membahagiakan mak bapak.
Bagilah mereka ruang dulu.
Yang baru dapat kerja tu, janganlah dibebankan dengan tanggungjawab kewangan yang bukan-bukan.
Aku bersyukur mak bapak aku tak pernah lansung bercakap pasal "duit bulan".
Aku bermula dengan bagi RM100, kemudian RM250, kemudian RM ....dan seterusnya.
Masa awal-awal bagi RM100 rasa macam tak patutnya aku bagi sikit macam ni.
Tapi masa tu gaji aku RM1500 tak sampai. Nak buat macamana.
Kalau boleh semua aku nak cover masa tu. 
Nak bagi duit, nak belikan barang dapur, nak bayarkan itu ini.
Tapi tu lah, impian ada tapi perlaksanaan kena slow-slow.

Aku yakin semua orang nak bagi mak bapak segala-galanya.
Tapi kalau mak bapak demand hingga anak rasa terbeban, trust me, nak bagi RM50 pun akan rasa berat.
Some parents design their lives around their children.
Anak-anak menjadi ATM bergerak.
Mak bapak macam ni normally end up becoming miserable in life.
 
Anak-anak seronok berada di sisi parents ketika meniti hari tua, tapi parents tak bolehlah menjadikan anak sebagai source of wealth.
Balas jasa tu balas jasa juga, tapi kenalah ada timbang rasa.
Semoga anak-ana seronok ada dengan kita walaupun ketika dah tua nanti.