2022-04-27

Sampai bila nak hidup cara orang miskin?


Semalam aku dengar satu video tentang nafkah.
Penceramah kata nafkah hak isteri.
Macamana tinggi pun gaji seorang isteri, dia berhak mendapat nafkah dari suaminya, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Maksudnya lelaki tanggung semua.
Ok, fine. Hat ni settle.

Dia tambah, nafkah itu bergantung kepada kemampuan suami.
Kalau suami setakat mampu bagi makan dan tempat tinggal cara orang miskin, maka isteri kena terima hidup cara orang miskin.
Hat ni aku setuju juga, cuma persoalannya, sampai bila nak hidup cara orang miskin?
Adakah selama-lamanya?
Adakah berserah saja pada ketentuan?
Adakah tak perlu berusaha lebih, apa yang ada tu bersyukur saja?

Bukan apa, some people bila isterinya boleh hidup dengan cara miskin, dia jadi malas nak usaha lebih.
Kita sebagai khalifah di bumi disuruh Allah memakmurkan dan meramaikan bumi dan bekerja.
Bukan hanya berserah dan bersyukur tanpa berusaha.
Usaha kena maksimum.
Dapat tak dapat belakang kira, janji usaha kena max.
Bila penceramah semacam bagi "green light" supaya bersyukur saja apa yang ada, takut jadi misleading.
Manusia yang suka mengambil kesempatan ni ramai.
Puak-puak ni memang tunggu je statement-statement yang memenangkan sifat malas dorang.
Yang jadi mangsa anak bini.

Kat syurga je kita cuma berdoa dan dapat semua yang kita nak tanpa kerja keras.
Kalau kat dunia ni, tak maunya setakat doa dan syukur apa yang ada tanpa usaha.

Bila bercakap tentang rezeki, Allah dah sediakan banyak pintu rezeki.
Statement like "Tak payah susah-susah sangat cari duit, sebab rezeki tu Allah dah atur", I always feel there is something lacking in this statement.
Bukan menafikan rezeki sudah diatur, but the statement tu seolah-olah macam tak payahlah berusaha sangat, apa yang ada tu syukur saja.
This statement is quite disturbing to me. Macam ada yang tak kena.

Luckily, dulu masa kelas agama, topik ni ada dibincangkan.
Apa-apa pun, statement tu betul, cuma perlu penjelasan dengan lebih panjang lebar.
Kerana, rezeki itu bukan satu jenis, malah ada banyak jenis rezeki termasuk yang PERLU DIKEJAR dan yang tidak.
Potensi rezeki seseorang itu sangat besar kalau diusahakan dan disalurkan dengan baik.

Rezeki terbahagi kepada 9 peringkat (ke 8? Aku dah lupa).
Ada rezeki yang datang sebab bersyukur, sedekah, istighfar, dari anak.
Dan salah satu dari 9 ini adalah rezeki yang datang dari usaha.
Maknanya, usaha itu perlu.
Dalam erti kata lain, kalau 10 tahun lepas kita bagi anak bini makan "cara orang miskin", takkan selepas 10 tahun masih nak bagi hidup dengan cara yang sama?
Takkan boleh duduk berdoa saja nak rezeki lebih tapi tak berusaha?
Kerana boleh jadi rezeki yang kita mahu tu hanya boleh didapatkan dengan cara usaha.

Kan ada ayat Quran Allah kata "Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri".
It is on this basis we as humans must fight for our condition selagi hidup, termasuklah dalam urusan rezeki.
Tak ada salahnya berjuang mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik.
Siapa tahu rezeki itu nanti dapat membina kehidupan yang baik di akhirat.

Tapi tu lah.
Bila cakap macam ni karang ada pula yang ingat kita kena bermati-matian mencari rezeki.
Bukan macam tu, ya.
Tengok burung.
Pernah tak kita tengok sarang burung menimbun dengan makanan? Takde, kan?
Tapi tak pernah sekali pun burung kelaparan seumur hidupnya.
Malah mak burung hari-hari dapat bawak balik makanan untuk anak-anaknya.

Bukan untuk meniru burung dalam mencari rezeki, tetapi tirulah SEMANGAT burung dalam mencari rezeki.
Setiap hari burung keluar berusaha menjemput rezeki pada hari itu.
Dia tak risau tentang rezeki hari esok.
Itulah konsep burung mencari makanan.
Dia serahkan sepenuhnya urusan rezeki dengan bertawakal kepada Allah tetapi masih berusaha.

Yang dimaksudkan dengan "rezeki sudah dijamin" adalah Allah PASTI turunkan rezeki untuk mereka yang berusaha.
Dan rezeki itu diturunkan sesuai dengan kadar usaha setiap orang.
Sebab, akan ada tahap rezeki yang berbeza antara orang yang berusaha dengan yang malas.
Kat sinilah letaknya keadilan Allah.
Allah akan mengubah nasib suatu kaum jika kaum itu sendiri mahu berubah.

Jadi, tak ada excuse untuk kita tak berusaha hanya kerana Allah dah menjamin rezeki.
Kena faham yang rezeki bukan hanya duit.
Sihat, silaturrahim, nikmat iman - ini semua rezeki.
Cuma kita perlu pilih sama ada mahu bermalas-malas, terima apa yang ada saja, atau menjemput rezeki.
Allah memang sayang pada hambaNya yang banyak bersyukur.
Tapi Allah juga sayang pada hambaNya yang berusaha dan mahu mengubah hidup dalam masa yang sama tetap bersyukur dengan rezeki yang diterima.