2022-04-30

Jangan macam tuan balik kampung.


Lepas aku tulis post tentang mak bapak jadikan anak retirement plan, beberapa orang meluahkan nasib yang sama.
Sesak dada aku baca kisah dorang.
Tak sangka ada mak bapak yang ugut anak-anak yang tak mahu bagi duit dengan 'anak derhaka'.
Ada anak yang dipaksa buat loan untuk parents, ada anak yang berhutang dengan kawan sebab nak bagi duit kat parents, ada yang sengaja mintak job di hari raya supaya tak perlu balik kampung lama-lama.
Semuanya kerana tak selesa dengan mak bapak sendiri.
Diulang ya, MAK BAPAK SENDIRI.

Ada satu luahan hati yang menarik.
This lady duduk di kampung dengan mertua sebab suaminya bekerja di negeri kelahiran.
Mertua tak bagi pindah rumah.
Dah duduk bersama selama 14 tahun.
Lama. Lebih lagi dari aku duduk bersama mok.
Dia kata setiap kali raya, tak seronok.
Kalau boleh tak nak bagi ipar duai balik beraya.
Puncanya, setiap kali adik-adik ipar balik, dia umpama orang gaji dalam rumah.
Sedangkan itu rumah mak bapak dorang.
Dan yang menyakitkan hati bila mak mertua pun sama naik buat dia macam orang gaji setiap kali anak-anak balik.
Sampaikan adik ipar nak minum air pun mertua suruh dia buatkan.

Dia kata karenah mak mertua tu dia tak hiraukan sangat sebab dah masak dengan perangai orang tua.
Yang dia pelik tu dah kenapa adik-adik ipar buat rumah mak sendiri macam rumah orang lain sampaikan nak minum pun tak reti masuk dapur buat sendiri.

Betul juga dia kata, dah kenapa masing-masing macam tuan besar di rumah mak sendiri?
Kalau aku ni lainlah sebab mak mertua tinggal di rumah aku.
Bukan aku tinggal rumah dia. 
Maknanya aku adalah tuan rumah. 
Sesiapa datang tak boleh memandai-mandai buat macam ada share sebab ini rumah aku.
Tapi in her case, dia duduk di rumah mertua. Bukan rumah sendiri.
Rumah dia duduk adalah rumah keluarga suaminya.
Maknanya rumah tu bukan rumah asing bagi adik-beradik suami.
Dah kenapa masing-masing balik buat macam tak biasa pulak dalam rumah tu, kan. 

CT, adik ipar aku duduk dengan Mak Aji.
Everytime aku and Ima balik beraya Bangi, terus bertukar role.
Kalau Mak Aji dah siap masak, aku and Ima akan ambik role hidangkan makanan.
Kalau kebetulan CT dah siap masak, aku and Ima membasuh dan mengemas lepas makan.
Cantek muka dah siap dimasakkan kau nak jadi tuan pulak?
Dah la tak tolong masak, kan.

Selalunya bila aku and Ima balik, CT dah tak ke dapur sangat kecuali nak buatkan makanan anak-anak dia.
Kitorang bagilah dia rileks pulak.
Selama ni yang tinggal and jaga mak bapak aku.
Ni anak-anak sendiri dah balik, kitorang take overlah pulak.
Tapi CT selalu nak turun tolong juga sebab dari bilik dia boleh dengar meriah akak-akak ipar memekak terbahak-bahak masak kat dapur 😆.
Mestilah teruja nak join sekaki, sebab akak-akak ipar beliau sangat menceriakan suasana.

Sebenarnya tak perlu jadi kaya, atau kerja besar, atau belajar tinggi untuk ada common sense.
Patutnya dah tahu ipar tu menjaga mak kita, sesekali balik, biarlah ipar tu bersantai pulak.
Maksudnya kita jadilah orang kuat pula. 
Kasi peluang akak ipar tu buat kerja ringan-ringan pula.  
Sesekali balik nak berlagak macam tuan dah kenapa.
Kalau pantat tu malas nak bangun ke dapur tolong masak, apa salahnya order makanan.
Ni tak, masak tak nak tolong, tapi makan kita dulu yang laju.

Aku selalu hantarkan frozen food untuk Mak Aji.
Bukan apa, kesian CT balik kerja nak bersilat pulak kat dapur tolong mak aku masak.
Jadi sesekali aku hantarkan lauk frozen 5-6 jenis.

Tak pun, apa salahnya sesekali belikan kakak ipar tu tudung sehelai ke, telekung baru ke, sebagai tanda terima kasih tolong jaga mak kita.
Bukan minta dibalas budi, tapi timbang rasalah sama.
Yang dia jaga tu mak kita.
Mak dia sendiri pun dia tak jaga.
Terima kasihlah sikit dia sanggup duduk serumah dengan mak mertua.

Kalaulah sesiapa yang baca ni ada kisah yang sama macam follower aku tadi (duduk dengan mertua di kampung), balik kali ni jangan balik sesaja.
Standbylah kaftan sehelai.
Time nak balik ke KL semula esok hulur kaftan tu kat kakak ipar.
Bukan apa, kita ni yang balik ke KL esok burrrrrr balik gitu je.
Yang kena membasuh segala tok nenek cadar, selimut, towel, menjemur tilam ni esok kakak ipar tu jugak.
Yang nak melipat segala yang menambun tu akak ipar kita juga.
Kalau dihulurkan kaftan sehelai ke, shawl sehelai ke, sejuk hati akak ipar tu.
Common sense tu bawak balik kampung sekali, jangan tinggalkan kat rumah, ok?