Every year, tarikh 23 Disember sangat-sangat-sangat aku tunggu. Tapi selalunya aku tunggu je la, tak buat apa pun. Hahahaha. 2-3 tahun ni, asal 23 Disember je, kitorang mesti ada event. Jadi aku pun malas nak plan apa-apa. Selalunya dating berdua - makan. Tahun ni ada YES event kat PWTC. Dah alang-alang kat KL, En Wan kata dia nak ajak aku put a nite kat KL. Lagipun senang nak pi booth esoknya. Bila aku tanya hotel mana? Dia kata rahsia. Tang rahsia tu yang aku cuak. Pastu aku tanya lagi hotel apa? Dia jawab "Surprise!". Pastu gelak-gelak. Bila dia cakap surprise tu lagiiiiiiiiiiiii aku tak berkenan. Sebab dia punya 'surprise' tu selalunya yang memang men-surprise-kan betul sampai hilang mood kejap. Aku cakap kat dia, kalau hotel yang dia bawak tu menyakitkan hati aku, memang aku balik naik LRT. Apa adehal, sekarang LRT straight sampai Putra Heights.
Pagi Jumaat tu kitorang semua ada kat booth. Aku lepak sampai 3pm. Lepas En Wan balik dari solat Jumaat, aku ngan dia gi lunch kat Sunway Mall depan tu. Makan kat apa ntah nama restoran tu lupa dah. Tapi aku tak makan pun, just order cendol sagu gula melaka. Sementara tunggu makanan sampai, En Wan kata dia nak gi tapau KFC untuk budak-budak kat booth.
Alih-alih dia balik bawak bunga. Padahal hari tu baru 22 Disember. Dia kata walaupun annibersary esok, tapi since petang tu dah check in hotel, so kiranya anniversary starts early la. Sekuntum je kali ni. Dia kata takyah beli banyak kuntum la, sebab wedding anniversary bulan 5 lepas dah dapat 16 kuntum (16 tahun kawen). Ok la, aku tak kisah pun cuma nama pun pompuan kan, kalau dapat bunga memang la seronok. Walau dah umur 41, tapi bila suami bagi bunga terasa always 24.
19 tahun couple. Setiap tahun memang akan celebrate punya, bukan baru tahun ni aku celebrate. So ini bukan celebration gedik-gedik. Ini memang dari ulangtahun pertama lagi dah celebrate. Cuma cara je lain. Tak salah aku, just sekali je kitorang tak dapat celebrate sama-sama - ulangtahun pertama. Sebab dia kat Jepun tak dapat balik. Tapi dia hantar present.
En Wan order nasik lemak pandan. Nampak macam sedap. Tapi aku tak rasa pun, kenyang sangat sampai merasa pun taknak. Habis nampaknya. Tak tau la sebab sedap atau lapar. Sedap la kot.
Lepas makan, gi hantar makanan kat budak-budak ni kejap, pastu kitorang terus start honeymoon. Tapi aku masih berdebar-debar lagi, kat ceruk mana la dia ni nak sumbatkan aku. Aku paham sangat dengan En Wan. Dia suka benda yang rare-rare. Cuak 2 tahun lepas duduk kat Maison Boutique tak habis lagi ni. Actually Maison tu ok je cuma aku punya terkejut tu tak hilang lagi sampai sekarang.
Rupanya nak bawak aku pi Majestic. Aku ingatkan dia nak belok ke St Regis. Sebab St Regis depan Majestic je. Aku pernah kata aku nak rasa duduk St Regis. Tapi dia yang nak belanja kan, so dia sukati la nak bawak ke mana pun. Rupanya benda yang rare kat Majestic ni bilik air dia. Laki aku ni kan suka bilik air tak berpintu. Open gitu. Ntah kenapa ntah suka sangat bilir air terkangkang macam ni. Padahal boleh je kangkangkan pintu kalau dia berpintu pun, kan. Tapi agaknya kalau tak berpintu terus terasa la pelik dari biasa. Nantilah, aku buatkan satu gini kat rumah. Pintu ngan dinding sekali takde. Buta-buta jamban je seketul kat tengah. Tengok gamak ke tak nak masuk.
Masuk je bilik, masing-masing bukak laptop sambung buat keje. Honeymoon lah sangattttt.
Macam aku memang takde pilihan lah sebab form YES aku tepek kat blog. Memang aku je la yang kena reply. Takleh nak berhoneymoon sangat sebab staff kat opis tunggu aku masukkan order dalam sistem so dia boleh print and pack. Nak kejarkan Pos Laju datang pickup takut tak sempat pulak. Tu pasal masing-masing kena sambung hadap laptop. Siapa yang datang ke booth hari tu mesti nampak aku duduk kat ceruk dinding buat keje. Seb baik la hotspot henfon laju berdesup.
Tengah-tengah buat keje staff aku call dari booth, katanya ada masalah sikit dengan booth depan.
Ok sebelum tu nak cerita.
Booth aku tu memang dari December tahun lepas lagi kitorang dah beli. Mood Republik punya style, setiap December dia akan open offer untuk book booth sepanjang tahun. Tapi kena bayar terus baru boleh pilih booth yang best-best sikit. Kitorang pilih corner booth sebab luas sikit, barang kitorang kan banyak (Fleur yang selalunya banyak). Nak dijadikan cerita, lepas Raya Fest tahun ni, baju-baju aku semua habis licin. Yang tinggal cuma kurta En Wan. Itupun tinggal size besar je Jadi En Wan taknak bawak ke booth. Dia kata buat sakitkan hati orang je dah pilih-pilih warna sekali size takde. Habis tu takkan nak display GreenAard je kot. Dah la corner booth. Lagi la nampak lapang macam takde barang. So, awal bulan ni, kitorang decided sewakan separuh tapak kat orang lain. Ada orang jual popcorn nak sewa. Alhamdulillah, at least takde la kosong sangat nampak booth aku and boleh share kos. Instead of RM5000, dapatlah share RM2500 sorang.
Petang tu staff aku call dia kata booth depan block booth kitorang. Dia pi berdiri depan booth aku and block pop corn jiran aku tu. Budak popcorn tu pun bengang la yang kau berdiri depan pop corn aku camana orang nak stop beli? Yang staff aku kata, dah la bertenggek depan booth GreenAard, pastu bila staff aku tengah layan customer yang nak beli shawl, dia pi datang and hulur flyers kat customer kitorang. Biadap sangat kot. Kot ye pun, tunggu la customer tu blah dari booth aku. Ni tengah bercakap, tetiba kau datang hulur flyer. Gila takde common sense punya orang. Patutnya kau ada booth, kau duduk dalam booth kau atau duduk depan booth promote kat orang lalu lalang. Bukannya kau berdiri tengah jalan halang laluang orang nak lalu, pastu kau duduk pulak depan booth orang lain.
Memang la usaha tu tangga kejayaan. Tapi, rezeki kita bukan semata-mata kerana usaha je. Hubungan dengan manusia pun mainkan peranan. Kalau menyakitkan hati manusia lain, jangan pelik la kalau akhirnya kau dapat penat je.
Macam biasa, kalau stay kat mana-mana hotel, aku akan cuba Club Sandwich. Saje je nak rasa sandwich masing-masing. Sebab sandwich ni sebenarnya benda simple je. Jadi, kalau benda simple macam ni pun sedap, insyallah makanan lain pun mesti sedap.
Sepinggan club sandwich ni RM60. Tapi dia tak datang dengan sandwich semata-mata tapi ada buah sepiring and 3 jenis dressing dalam jar yang cantik. Nampak la macam berbaloi dengan harga RM60 kan, padahal semua dah all in dalam RM60 tu, macam lah aku tak tau. Tapi, masih boleh dipuji sebab sandiwich dia pakai classic french bread. Pastu chicken chunk juicy and tender. Beef slice pun sedap tak kering sangat. Fries besar-besar ibu jari aku. Dapat 2 set of sandwich, aku makan satu je dah kenyang. Terpaksa En Wan bedal lagi satu set. Padahal dia dah makan nasik dah tadi. Fries lansung tak bersentuh sebab kenyang sangat dengan sandwich.
Plan asal nak makan kat hotel je sebab malas nak keluar dah. Tapi lama-lama macam bosan pulak memerap dalam bilik. Jadi keluarlah jugak. Cuma keluar tak tau nak pi mana. Last-last pi Pavi. Dari hotel nak ke Pavi pun guna waze kau. Punyalah tak retinya jalan kat KL ni.
Ni namanya ambik dengan Oppo. Gambar-gambar lain dalam entry ni semua ambik dengan iPhone. iPhone ni sejenis henfon kejujuran. Dia takde filter muka. Tapi ambik dengan Oppo, kau tengok muka aku apa jadi. Suci bak remaja. Floless to the max.
Aku letak gamba ni kat IG, ramai yang cakap seluar ni cantik. Haah, memang cantik sebab tu aku beli. Tapi pesen ni takde dah sebab ni seluar 2 tahun lepas. Aku pun hampir lupa aku ada seluar ni. Beli kat Dororhy Perkins. Pagi tu masa nak packing beg, punggah lemari sekali nampak seluar ni. Sarung jap, eh boleh pakai lagi. Angkut je la. Bila dah pakai baru perasan macam takde beza pulak aku dengan pokok Krismas belakang tu.
Rupanya jenuh la nak merayap dalam Pavi tu. Dah la nak ke Pavi pun pakai waze. Aku rasa masuk dalam Pavi ni pun perlukan waze juga. Sebab kitorang sesat kat dalam tu, boleh? Macam serabut kejap apesal banyak sangat blok and pintu ni? Keluar pintu ni eh ada kedai lagi. Pastu keluar pintu eh ada kedai lagi. Pastu nak balik semula ke parking nak cari pintu keluar pun menggagau. Tak berani nak makan jauh-jauh takut tak jumpa jalan balik. Last-last makan kat TGI je.
Camni je teko dia kau. Sebijik teko arwah nenek aku.
Dah lama tak masuk TGI rupanya now dah ada complimentary soup eh? Tapi kitorang tak sentuh pun sebab takut kenyang. TGI ni portion dia gabak-gabak. kalau kau makan mushroom sup 5 sudu dah boleh jadi kenyang. Tak best la kalau dah kenyang mesti nak cepat balik. Padahal kita nak lepak-lepak enjoy the food sambil sembang-sembang. (tak puas-puas lagi nak bersembang kat rumah kat opis??)
Aku order yang ni. Tapiiiiiiiiiiiiiii akhirnya tak habis jugak. Not even half.
Nak tau sebab apa? Sebab sepanjang kitorang makan tu dari awal sampai akhir asyiklah sebut nama anak-anak.
"Kalau adik ada sekali kat hotel tu, mesti tak abis-abis berendam dari tadi"
"Kalau Redza ada tadi, mesti kejap-kejap dia guna coffee maker tu"
"Kalau adik ada, mesti dah banjir lantai bilik air"
Bla bla bla bla bla.
Asik la bercakap pasal anak-anak, last-last En Wan kata "Bukan jauh sangat KL dengan Putra Heights, kan? Jom balik ambik dorang".
Kan aku dah kata.
Kalau dah nama ada anak tu, tak dan la nak bercuti berdua sebab akan teringat anak jugak. Macam tak best je tinggalkan anak. Padahal kalau bawak dorang memang menyakitkan hati kadang-kadang tapi bila takde tu asik la sebut-sebut. Macam best je kalau dorang ada sekali. Cepat-cepat makan, pastu balik ambik dorang. Pukul 12 malam baru sampai hotel.
En Wan turunkan kitorang depan lobby. Kebetulan depan lobby ramai orang. Ada company celebrate Krismas kot jadi kat depan ramai yang pakai tux and dress. Alih-alih aku anak-beranak keluar dari kereta selenga je dengan baju tido and selipar. Si Redza pack baju dia dalam beg plastik bonjot je pulak tu. Hahahah. mesti orang kat situ kata ni darat mana sampai KL ni.
Seperti yang dijangka. Dia nampak je bathtub "Ma, adik rasa badan adik berpeluh".
Haah. Macam la aku tak paham kau punya trick. Akhirnya berendam sampai 2 pagi.
Morning KL!
Pagi-pagi bangun buat keje sikit. Plan asalnya hari Sabtu aku masuk booth 12-2pm. Tapi En Wan tukar plan. Dia tengok dalam sistem pending order banyak yang belum ada tracking number. Maknanya staff kat opis tak sempat nak siapkan semua delivery. Plus, yang beli thru blog increasing. Jadi En Wan kata takleh jadi, kita tukar plan kena masuk opis pagi tu untuk tolong packing. Sebab Isnin cuti Krimas. Kalau tak, bertambah pending barang customer. Call Pos Laju mintak datang pickup lambat sikit.
Budak-budak 2 orang tu taknak makan.
Si Redza memang tak banyak makan sejak duduk asrama. Dah biasa makan lite-lite je dia kata waktu pagi. Yang Rayyan macam biasa la nak berendam. Ok bagus gak. Jimat duit aku RM120. Sebab breakfast buffet dia RM60/head. Maka dapatlah mak bapak dia enjoy breakfast berdua dalam keadaan tenang-tenang gitu.
So pagi tu genaplah 19 tahun couple dengan En Wan. Couple paling lama setakat ni (minus couple dengan Leslie). Laluan yang smooth? Tak jugak. Mana penah laluan yang smooth in marriage. We fight, but we don't fight dirty. No name calling, no hitting. Rule kalau nak bergaduh laki bini - never say anything you can't take back. Kalau nak bergaduh, make it productive bukan untuk start a war.
Mencekik round 1.
Makan kat hotel pun cari roti telur, camne?
Ni lagi sorang. Pi mana-mana pun cari nasik lemak jugak.
Mencekik round 2.
Sebenarnya aku sampai round 4 tapi semua eggs. Round 3 omellet. Round 4 2 biji telur separuh masak and another french toast.
Naik bilik, tak abis-abis lagi berendam dia ni.
Ni la namanya magik. Check in berdua, check out berempat.
Memang payah la nak jalan berdua lepas ni. Anak-anak taknak ikut pun tapi mak bapak yang tak boleh kalau tak bawak anak.
Kerana pokok Krismas ni la maka esoknya aku kena beli pokok krismas untuk Rayyan. Dia sibuk nak decorate pokok sendiri.
Budak yang tak berapa nak baby dah tapi always rasa dia baby lagi.
Suruh aku panggil dia baby kat rumah "Tapi kalau kat skool jangan panggil baby tau Ma".
Gitu dia pesan.
Disebabkan uniform rare, jadi kita ambik gambo buat kenangan.
Dah kenapa tetiba ada gamba Fazura ngan laki dia ni?
Oh ye la sama.
Kahkahkahkahkahkah.
Matilanakkk muntah darah tengok.
Dah. Dah. Aku nak sambung buat keje.
Sape nak double point, isi FORM NI.