walk on wings, tread in air: Anniversary Mak Aji & Pak Aji <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Anniversary Mak Aji & Pak Aji
2017-12-22

Hari ni aku, En Wan and 2 orang staff akan bersidai dalam booth GreenAard di Hall 3 PWTC sempena Y.E.S Mood Republik. Booth starts at 10am, so silakan ke sana ramai-ramai. Aku ada di sana insyallah sampai 3pm. Yang nak walk-in ke opis untuk beli boleh datang juga, takpe ada staff di opis. Harga tetap dapat harga YES minus kos penghantaran.

Ok nak cerita pasal makanan ni.
Isnin baru ni kitorang celebrate wedding anniversary Mak Aji & Pak Aji.
Macam biasa la, pesta perut.



Takde jemput orang lain, cuma family aku and family Busu Noi (adik Mak Aji) je.
Baca doa sikit lepas Maghrib dan zassssssssssss makan.



Nasi goreng Ima.
Nak buat nasik ni pun dah kecoh. Bincang macam nak rak macamkan nak buat nasik minyak padahal nasik goreng je.
Plan asalnya aku mintak Mak Aji masakkan nasik putih je hari tu sebab aku dah order laksa Johor.
Nasi putih tu sediakan je lah mana tau kot-kot ada yang tak kenyang makan laksa, boleh la balun nasik pulak. Takyah lauk-pauk. Sape nak makan nasik, kita gorengkan telur dadar ngan ikan masin je.

Sekali Ima kata daripada masak nasik putih bodoh-bodoh gitu baik masak nasik goreng.
Ok lah, kau bagi cadangan, so kau je yang masak.
Ima kata nak pakai rencah apa. Aku cakap ala buat nasik goreng bodoh letak telur ngan ikan bilis sudah. Ok deal.

Sekali esok pagi Ima wasap aku "Mama nak gi beli ayam ngan udang untuk rencah nasik goreng".

(oh yes, kitorang adik-beradik memang always gosip pasal Mak Aji walaupun dia cuma nak beli barang pasar. Dah ketandusan idea nak bergosip namanya).

Aik?? Ini dah bukan nasik goreng bodoh kalau siap ada ayam udang bagai. Ni karang silap-silap nasik goreng lagi laku dari laksa Johor. Aku cakap takpelah kalau Mak Aji yang nak tambah rencah, aku bedal je. Ternyata malam tu memang sekuali besar nasik goreng licinnnn.



Yang ni pun aku request kat Mak Aji (memang keje aku request je).
Siti order pulut kuning. Pastu pikir-pikir balik pulut kuning ni nak makan dengan apa. Takkan kunyah pulut semata-mata. Terpikirkan rendang. Tapi aku teringin nak makan rendang paru. Orang lain semua jual rendang daging/ayam. Ima ngan Siti tak berani nak request kat Mak Aji. Mak Aji ada ketikanya kuat menyembur. Jadi sebelum kena sembur baik jangan mintak apa-apa. Kahkahkah.

Jadi, aku ajelah ke depan. Lagipun Mak Aji memang tau aku ni hantu rendang paru. So aku mintak Mak Aji buatkan. Mak Aji setuju. Dah, setel satu lagi menu. Mengalahkan omputih nak sambut Krismas lah dia punya kecoh discuss pasal makan. Dah macam kitorang pulak yang sambut raya. Tapi kitorang seklorga kalau bab-bab makan selalunya memang kecoh lebih. Ni baru bincang nak buat makan sambut anniversary. Belum bincang nak masak raya lagi. Tahun depan giliran raya Bangi. Aku saspek 2 bulan sebelum puasa lagi dah bincang apa nak masak malam raya. Dia punya konsep takde baju raya takpe, janji makan mesti sedap.



Ni jugak yang aku makan beria. Ni kali kedua aku order laksa dari @laksajohordelivery. Boleh check IG dia kalau nak order. Memang kuah laksa dia first class oi. Rencah semua cukup. Sambal belacan tu pun sedap je lalu kat tekak aku. Dia bagi kuah banyak gila. Jadi malam tu aku tapau sebekas besar kuah. Balik rumah, rebus spageti sendiri.

Kebetulan Kak Ngah, Kak Long semua ada kat rumah malam tu.
Semua dapat merasa. Besok tengahari balik dari opis pun aku belasah laksa ni lagi. Memang sedap tak tipu.



Ni pun kali kedua order kek dari @baking_purr.
Baru je 2 minggu lepas order kek besday Jannah kat dia. Ni order lagi. Tapi kali ni special sikit. Kek ni nama dia Hummingbird - perasa pineapple dan pisang. 
Rare tak? Rare gila kot. Jarang la dengar orang buat kek nenas. Tat nenas selalu.
Kek ni memang tak muak lansung. Rasa dia macam ada masam-masam sikit. Memang sedap. Aku suggest korang pi order kek ni.



Pulut kuning marvellous!
Meja makan Mak Aji ni betul-betul bawah kipas. Tapi pulut ni elok je sampai ke sudah tak kering. Lembut and basah-basah je. Ni pun kali kedua aku order pulut dengan @laksajohordelivery. Kali ni siap ada stroberi lagi. Mak-mak makan pulut. Budak-budak makan stroberi. Pulut macam ni punya meriah RM80 je.



Itu diaaaaaa puding raja. Ingat tak last week aku buat entry blog reader hadiahkan puding raja kat aku? Dek kerana aku rasa sedap nau, jadi aku order 3 tray. Tamak, kan? Dah tu kalau dah sedap haruslah order banyak. Dia punya kuah kastard memang just nice je. Tak perlu manis-manis sebab pisang dalam puding raja ni dah manis. Kalau nak order ni boleh whatsapp Nora 012-930 2256. Yang aku punya ni RM35/tray.



Hari ni kat PWTC, selain GreenAard, ada Fleur by Mrs Him jugak.
Tapi baju Fleur (perempuan) semua dah habis masa Raya Fest tu hari, jadi aku bawak shawl saja. FleurMEN pun tak bawak sebab tak banyak size dah tinggal. Kalau nak beli FleurMEN, please whatsapp 012-7728976. By the way, ini harga shawl Fleur by Mrs Him di PWTC.
Kalau ada yang nak beli online, whatsapp nombor yang sama jugak bagitau nak shawl apa.
Harga beli sama cuma tambah kos penghantaran je.

Yang nak beli GreenAard harga YES, boleh datang ke PWTC Hall 3 Booth 3191 atau beli kat SINI.


posted by aveo757 @ 9:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER