2017-12-24

Bayar lebih untuk pengalaman


Khamis lepas whatsapp group kejiranan aku hantar cerita ni.

Perempuan tu tanya "Berapa sebiji telur ni?" 

Penjual jawab "Rs.5/- sebiji, Puan" 

Perempuan tu jawab "Saya bayar Rs.25 untuk 6 biji. Kalau taknak ambik, saya beli tempat lain." 

Penjual jawab "Takpelah Puan, bayar la berapa pun yang Puan suka. Mungkin ini permulaan yang baik sebab sepanjang hari ni saya belum dapat jual apa-apa"

Perempuan tu bayar dan walked away. Dia masuk ke kereta mewahnya, terus ke restaurant mewah lepak dengan kawan-kawan. Mintak kawan-kawan order apa nak makan, dia bayar. Ternyata dorang makan sikit je and left a lot. Tiba masa nak bayar, bill berjumlah Rs.1400 tapi dia bayar Rs.1500 dan cakap "Keep the change".


Untuk pemilik restoran besar macam tu, insiden ni quite normal. Same goes tu penjual telur tadi, insiden yang berlaku kat dia pun quite normal. Bottom line is, kebanyakkan kita tend untuk tunjuk lagak kat orang miskin, orang susah ataupun those yang kelihatan macam tak mampu. Peliknya, kita jadi pemurah dan baik hati bila berurusan dengan orang-orang yang lebih kaya, berpangkat, berkemampuan sedangkan those people do not need our generosity.

Yes, secara mata kasar dan sekali pertimbangan memang nampaknya macam tu. Orang kata kita selalu tawar-menawar kalau berbelanja di pasar atau di gerai-gerai. Tapi kalau di tempat ada class, kita willing untuk bayar berapa je.

Aku rasa aku faham kenapa some people taknak bayar mahal pada peniaga kecil. Actually bukan tak support. Kalau layanan bagus, konfem ada return customer. Kalau value barang berbaloi dengan duit, mesti orang beli walaupun mahal. Kalau ada kombinasi kedua-duanya, bayar mahal sikit pun orang sanggup. Contohnya nasik lemak paru yang aku selalu beli kat area rumah aku ni. Kalau nak ikutkan, nasik lemak dia tak lemak pun, sedap lagi nasik lemak aku. Tapi sebab paru dia best, aku tak pandai nak masak lauk paru macam tu, jadi aku tetap beli. Tapi now aku dah tak beli dah walaupun paru dia best sebab akak yang jual tu gi jaga gerai lain, gerai yang selalu aku beli ni dijaga oleh orang lain yang service-nya macam harey. Ada satu gerai burger kat Putra Heights ni dulu aku selalu beli burger dia. Pastu now sejak dia ada staff, staff dia asik la salah buat burger aku. Aku kan makan burger kosong. Kejap-kejap dia terletak sos, terletak kicap, terletak mayo. Padahal dah pesan. Pastu bila aku cakap aku taknak yang bersos, dia kata "Ala sikit je kak..". Ok fine. Terus tak beli dah. Kesimpulannya, dua-dua ni makanan dia sedap tapi bila layanan tak best, aku pun dah tawar hati nak beli.

Macam peniaga telur dalam cerita ni aku rasa maksud perempuan tu cakap "Take it or leave it" tu bukannya berlagak atau menindas. Telur, mana-mana pun sama. Telur mentah kan. Lain la kau jual omelette. Kalau omelette tu ada yang cheese omelette, sosej omelette, plain omelette. Wajar ada perbezaan harga, Tapi kalau telur ayam biasa, berapa sangat kau boleh mark up harga sebab benda standard. Jadi tawar-menawar adalah benda biasa. Cuma silapnya bahasa pompuan tu kasar sikit jadi nampaklah macam menindas.

Kebanyakkan pemahaman orang bila membeli adalah begitu. Contoh lain, kalau kau jual goreng pisang pakai pisang Abu, sebiji 20sen tu standard. Tapi kalau kau jual pisang goreng yang sama sebiji 50sen that's too much. Because pisang goreng Abu is always a pisang goreng Abu. Takde yang mewah kat sebiji pisang goreng, jadi tak lojik sangat nak tekan harga sampai 50 sen seketul apetah lagi kalau kau just jual kat tepi jalan. Tapi kalau pisang goreng with cheese, that's a different story already. Sebab ada improvisasi pada resepi. Kalau gerai A jual pisang cheese RM1/seketul dan gerai B jual RM1.50/seketul, itupun masih orang boleh terima kalau cheese yang digunakan berbeza. Satu cheddar, satu parmesan contohnya.

Pompuan kaya tu willing keluarkan bajet lebih untuk melepak kat fancy restaurant dan siap bagi tips bukanlah untuk tunjuk dia mampu. Actually dia bukan bayar harga untuk makanan semata-mata tapi untuk keistimewaan yang dia dapat sebagai customer restoran tu. Sometimes kita dengar orang kata "Buat apa la makan tempat mahal-mahal, bukan boleh kenyang pun. Sikit je, masak sendiri lagi puas".

Betul. Tapi kebanyakkan orang yang datang ke restoran mewah bukan nak makan semata-mata. Ada yang datang untuk meeting, ada yang datang untuk merendek, ada yang datang untuk celebrate. Selain dari makan makanan yang sedap, persekitaran restoran yang tenang, jauh dari hiruk-pikuk orang terpekik-pekik ambik order, jarang dengar sudu garpu kejap-kejap jatuh dalam restoran mewah dan layanan pun first class. That's why kalau orang nak celebrate anniversary, dorang pilih untuk celebrate kat restoran high class atau hotel sebab nakkan privacy dan ketenangan tu. Bukan sebab nak mencekik semata-mata. Jadi, bayaran yang dia keluarkan bukan untuk harga makanan je tapi harga pakej keseluruhan yang dia dapat. Dan tips yang dia hulur tu bukan nak tunjuk dia kaya tapi nak bagitau dia puas hati dengan layanan yang diberi. Ucapan terima kasih saja seolah-olah tak cukup untuk menzahirkan rasa terima kasih dia. That's why dia hulur tips.

Aku suka spend duit pada good food and places rather than material. Sebab it is all about experiences. Pure pleasure. Aku tak berapa into material yang mahal-mahal. Aku lebih suka buy services that provide enjoyment. Go travel, visit places, eat good food. Contoh, Starbucks, ce try rasa sekali. Nikmati apa yang menyebabkan harga dia mahal dari kopi biasa and what makes people keep coming back. It is not about the drink semata-mata tapi sebab services dan environment. Orang lepak sana bukan sebab kopi dia sedap sangat, ada yang lebih sedap (agaknya la) tapi environment tu yang orang suka.

Try pulak kopi luwak secawan RM50. Cup of luxury katanya.
Kopinya biasa je kot. Kopi kosong. Apa sangatlah bezanya dengan kopi kosong yang biasa. Tapi sebab presentation kopi luwak tu yang rare. Dihidangkan bukan semata-mata kopi tapi pengalaman kau membancuh sendiri kopi tu guna dia punya special equipment. Tang tu yang buat kopi tu mahal. Rasa dia lebih kurang je cuma experience mahal.

En Wan pernah marah aku bila aku book bilik executive suite. Dia kata setakat nak tido, bilik deluxe pun boleh. Aku cakap kalau setakat nak tido, kat lobby pun boleh tido. Apesal tak tido kat lobby je? Aku beli bilik mahal bukan nak tido semata-mata tapi aku nak enjoy the service. Pengalaman tu yang mahal. Aku nak nikmati pengalaman tu. Macamana bila kau sampai je hotel, the moment dia tau kau book exec suite, the Manager yang akan ambik alih untuk entertain kau. Kau dipelawa check in di level exec, takyah queue. Nak makan and minum kat exec lounge 24 hours dengan percuma. Bukan cikai-cikai dia punya makan. Dia punya supper pun sedap. Kau nak check in pun takyah berdiri depan front desk. Kau duduk je lepak kat sofa, dia yang datang kat seat kau ambik signature. Pastu bila time makan, the moment kau masuk je cafe, dia greet "Good Morning Ms Diana". Dia hafal nama kau okeh! Pehh, terasa macam aku Lady Di.

Experience, experience. Itu yang mahal sekali.
Alah, bukannya tiap masa duduk hotel nak kena duduk exec suite. Dapat rasa sekali jadiklah, aku nak ada pengalaman tu je. You cannot buy memories. Sebab tu aku always rasa berbaloi spend duit pada pengalaman. Walaupun En Wan kadang-kadang rasa 'pengalaman' yang aku nak tu membazir tapi aku punya reason always "Kalau pi bercuti tapi nak duduk kat bilik yang lagi teruk dari bilik tido aku sendiri, baik aku tido kat rumah je". Perumpamannya macam tu lah. Dah namanya pi travel, apa salahnya spend kat something yang lagi better dari apa yang kau lalui hari-hari. Nak hidup macam puteri raja 24 jam mewah memang tak jumpa bayang, so apa salahnya sesekali kita create own fairytale gitewww.

Masa pi Japan 2 tahun lepas. Kalau ikut En Wan, dia nak sewa van and drive sendiri ke mana-mana. Pastu gamble di mana kita benti, di situ kita tido konsepnya. Apa-apa hotel pun boleh dia kata. Aku cakap no wayyyyy! Dah alang-alang aku bergadai jiwa duduk atas flight 6 jam setengah, biar di situ je lah kesengsaraan aku. Jangan kat Jepun aku nak kena sambung sengsara lagi. Why la nak jimat-jimat melampau sangat. Jepun tu bukan belakang rumah nak pi hari-hari. Sesekali datang splurge why not. Duduk tempat best, makan tempat best, shopping. Tapi ada gak la yang kena 'catu' dek En Wan. Contohnya, pass nak main. Aku cakap kat En Wan nak main kat Universal Studio ambiklah VIP tiket. Splurge. Aku dah serik masuk USS kena beratur panjang. En Wan kata takyah, sebab Jepun sejuk, aku takkan berlengas punya tunggu turn lama. Masalahnya, aku nak rasa pengalaman takyah beratur panjang. Lain tau dia punya enjoy bila kau takyah beratur lama tunggu giliran. Kau jadi tak penat, mood kau pun maintain. Ni tak, tunggu sejam, naik 10 minit. Macamana aku tak migrain. En Wan kata 'susah-payah menunggu tu namanya pengalaman yang tak ternilai'. Tengkorak dia la haiiiiii. Kalau aku migrain sampai muntah kat situ baru dia tau pengalaman tak pengalaman basuh muntah aku.

Tapi En Wan memang sukakan pengalaman yang adventurous, jadi selalu ada 'konflik' kalau kitorang rancang nak gi mana-mana. Aku sukakan experience yang tak menyusahkan hidup contohnya kalau travel duduk hotel best-best, perjalanan guna chartered transport, kalau ada tourist guide lagi bagus, makan kat restaurant yang serve good food. En Wan pulak sukakan pengalaman yang 'mengerikan' contohnya - gi Pulau Redang naik bot nelayan instead of feri. Naik beca instead of cab. Bus hopping. Berjalan kaki 1-2km. Makan atas sawah padi. Makan atas bot bergoyang-goyang. Stay kat hotel ceruk-ceruk kat lorong-lorong yang ada sentuhan bangunan lama. Padahal ada je hotel yang semenggah tapi dia nak jugak hotel yang bangsa nak berak pun takde pintu. Rare katanya, Adventure lah sangatttt. Masalahnya dia tak penah jumpa jamban takde pintu tu pasal dia rasa benda tu adventure. Aku ni dah puas dah kecik-kecik dulu berak sambil pegang pintu jamban sebab pintu nak rebah.

Kesimpulannya, jangan jadi hamba kepada duit. Ada orang yang bila ada duit, dia jadi sombong dan rasa berkuasa. Kejenya nak berlagak je. Ni namanya hamba duit.

Ada orang bila ada duit dia jadi kedekut dan berjimat tak kena gaya. Semua benda dia nak jimat sampai hidup dia macam boring gila. Ni pun namanya tetap hamba duit.

Biar kita yang jadi lebih berkuasa dari duit. Duit memang tak boleh beli segalanya, tapi aku always percaya duit boleh buy happiness. Bukan nak suruh kau habiskan semua simpanan. Tapi cubalah sesekali spend and splurge. Lagi satu, bulan nak raya esok kau beli barang dapur. Allocatekan satu keluarga RM250 (kurang pun boleh tapi now kan barang dapur mahal-mahal dah). Belikan beberapa family groceries bernilai RM250. Pastu kau balik kampung, kau hantar kat orang kampung terdekat. Bila kau tengok muka dorang seronok dapat hadiah barang-barang dapur, masa tu kau realize money can actually buy happiness.

Kau spend kat diri sendiri kau jumpa happiness. Kau spend untuk orang lain pun kau jumpa happiness.



Yang gambar takde dalam ni jangan risau. Ni gamba yang aku dapat dari En Wan je ni. Yang dari staff aku, blom dapat lagi. Nanti hari Selasa depan kitorang update semua gambar customer kat FB/IG GreenAard and Fleur by Mrs Him. Terima kasih sudi datang booth walaupun aku takde kat sana. Semalam plan nak jaga booth 12-2pm tapi En Wan tukar plan nak masuk opis kejap sebab nak tolong settlekan order dari online jugak. Hari ni booth sampai 12 malam. Sila datang jangan malu-malu :). Yang malu nak datang, boleh order kat FORM NI. Yang dah dapat email tracking number boleh semak point terkini. Yang belum dapat tracking number sabaq naaaa. Kita akan hanta stage by stage.