walk on wings, tread in air: Tetamu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


Tetamu
2017-12-23

Tak kisahlah siapa pun tuan rumah, yang berkunjung tetap namanya TETAMU.
Bila dah namanya tetamu, maka bawaklah adab sebagai tetamu. Walaupun kita dengan tuan rumah tu sedara-mara, sepupu-sepapat atau adik-beradik, tetap kita ni namanya tetamu. Yang kita masuk tu tetap rumah orang, bukan rumah sendiri.

Kalau nak datang, ringankan tangan call tuan rumah bagitau kita nak datang. Apetah lagi kalau nak tumpang tidur. Kita tak tau kot-kot tuan rumah ada program lain. Mana la tau dia dah plan nak makan luar sekeluarga, ataupun nak tengok movie, ataupun nak hadiri jemputan atau nak short getaway 1 malam kat hotel berhampiran. Dah kalau kita tetiba terpacul depan pintu, tak pasal-pasal tuan rumah serba-salah. Kot masa tu dia cadang nak keluar makan, alih-alih kena angkut kita pergi sekali. Lari bajet tuan rumah.

Kalau nak tumpang tido kena tanya dulu boleh ke tak. Bukan sukati kita datang sukati kita balik. Tau-tau datang siap angkut toto dengan selimut "Nak tumpang tido sini la satu malam. Takpe kita taknak susahkan tuan rumah, kita dah bawak toto siap-siap".

Ni bukan isu pinjam toto tapi isu privacy. Sometimes itu je la satu-satu harinya yang tuan rumah ada untuk spend dengan family, dah tak pasal-pasal nak kena melayan kau anak-beranak pulak. Selalunya kalau hari raya ini situasi yang biasa terjadi. Kita ni dah bersiap-siap nak keluar rumah beraya eh tau-tau dia 2-3 bijik kereta sampai depan rumah. Bila dia tau kita dah bersiap nak keluar, dia cakap "Takpelah, kami masuk beraya kejap je dah alang-alang sampai".

Masalahnya kejap ke??
Takde maknanya kejap.

Abis tu takkan tuan rumah nak perambat kau balik kot. Dah kalau sampai 2-3 bijik kereta datang, terpaksa la dia pelawa masuk. Yang tu satu hal dah sakit hati. Satu hal lagi, kau datang berbondong-bondong tak bagitau, dah tu dia nak hidang apa? Contohnya rumah aku kalau hari raya memang takde kuih raya. Paling-paling pun kukis Mak Aji aku tapau dari Bangi. Selebihnya kerepek. Kau datang satu batalion takkan aku nak hidang kerepek kot. Dan kau pun takkan la expect aku hidang kerepek je ye tak? Kalau tuan rumah ada stok barang nak dimasak takpe, dibuatnya takde? Dibuatnya takde bajet?

Kadang tetamu bermanis mulut "Ala, takyah susah-susah, apa yang ada je boleh".
Ini bukan masalah "Hidang je la apa yang ada". Ini masalah air muka. Tuan rumah pun ada air muka. Jagalah air muka tuan rumah dengan membagitau dulu sebelum kau datang. Boleh la jugak digagah-gagahkan masak yang sedap sikit. At least yang sedap sikit dari kerepek.

Lagi satu, kot ye nak bersilaturrahim pun tengoklah jam dulu. Kalau hari minggu janganlah pukul 9 pagi kau dah terpacak depan pintu pagar rumah orang. Bukan semua orang bangun pukul 6 pagi hari cuti. Ada yang lepas Subuh bantai tido balik. Dan kalau dah datang bertandang jangan pulak suka-suka nak balik pukul 11 malam nak tunggu sampai cerekarama habis baru kau nak balik. Alasannya esok tak keje. Yang tak keje tu kau, tuan rumah esok pagi nak bangun awal pagi pi pasar borong. Ni tak, sampai terabak-rabak mulut tuan rumah menguap nak tunggu kau balik. Yang kau elok je terbahak-bahak tengok tv. Karang aku starlite TV tu baru tau. Biar satu rumah tenung TV pecah.

Kadang ada tetamu yang gunakan tiket "keluarga" untuk buat rumah orang macam rumah sendiri. Dia nak datang suka dia datang, dia nak balik suka dia balik. Tak kira pukul berapa. Dah la bukak rancangan tv yang dia nak tengok. Kita yang tuan rumah ni pulak yang kena hadap rancangan yang kita tak suka. Siap terlentang depan TV lak tu. Kita pulak kena mengelak dari terpijak badan kau. Tuan rumah elok je duduk atas kerusi.

Point lagi satu sebagai tetamu, jangan terhendap-hendap, terintai-intai dalam rumah orang. Agak-agak bagi salam 3 kali tak menyahut tu balik je lah. Ni tak, sampai nak terbenam butang bell tu dia tekan. Butang bell tu macam assalamualaikum jugak konsepnya. Agak-agak 3 kali kau tekan takde menyahut, balik la sudah. Takde orang la maknanya tu. Ada yang tekan bell tak menyahut, dia pekik sekuat-kuat ada bagi salam sampai rumah sebelah pulak keluar. Mujur ada gate, kalau jenis rumah takde gate aku boleh imagine dia keliling rumah kita terhendap-hendap untuk check ada orang ke tak dalam rumah. Nak je aku letak patung Anabelle tepi tingkap.

Kalau dah masuk dalam rumah, duduk kat tempat/ruang yang tuan rumah pelawa. Jangan menononggggg terus masuk dapur walaupun dah biasa dengan tuan rumah. Kau mana tau kat dapur  ada ahli keluarga yang tak sempat sarung tudung, atau dapur tengah bersememeh lepas masak. Duduklah dulu kat depan. Nanti kendian dia pelawa ke dapur baru ko masuk dapur. Ni tak, laju je ke dapur siap bukak tudung saji lagi. Orang kat dapur pulak menggelabah capai kain lap tangan buat bungkus kepala. Lepas tu dia nampak kita bertanya pulak "Kau apesal berbalut dengan kain buruk ni?". Kau rasa??
Lain kali datang masuk terus ikut pintu dapur senang cerita.

Yang menumpang tido rumah orang, kalau boleh usahakanlah jangan bertamu kat rumah orang sampai keluarga tu bergaduh disebabkan kita. Sebaik-baiknya jangan sampai lebih 3 hari tumpang tido rumah orang kecuali dipelawa untuk tinggal lebih lama. Bukan apa, kita ni walaupun kaum kerabat dia, mana kita tau susah senang tuan rumah.Orang takkan cerita susah dia. Entah dia mampu ke tak nak melayan kita ama-lama. Penat orang tu nak masak je kejenya untuk kau sekeluarga. Kalau tak masak nanti nak kena tapau makanan pulak - lari bajet. Jangan sampai tuan rumah bosan. Semua tu nak kena pikir jugak.

"Berkunjunglah sesekali atau sekali waktu nescaya kalian akan saling mencintai" (HR At-Thabrani).

Sekali datang paling max 3 malam je. Besok tu kau balik atau gi tumpang tido rumah orang lain pulak. Cukuplah 3 hari bersembang ngan tuan rumah, takkan tak habis-habis lagi bercerita. Dia anak-beranak pun nak keluar berjalan juga, balik keje nak berehat mengangkang-ngangkang depan TV juga. Bila kita bermalam lama sangat, tuan rumah penat nak melayan. Memang la kita kata "Eh takpelah, pegi la berehat. Kitorang ok je lepak sendiri-sendiri kat bawah ni". Takde maknanya tuan rumah nak buat macam tu. Lagi dia risau tinggalkan kau kat bawah tanpa pantauan. Karang ntah hape yang kau sebat.

Oh lagi satu.
Walaupun itu rumah kaum-kerabat, jangan buat peti ais tuan rumah macamkan kau ada share. Ada yang bangsa takde segan ambik makanan dalam peti ais tanpa inform tuan rumah dulu. Ni bukan ambik air kosong tau. Ini ambik makanan yang bukan biasa-biasa, contohnya cokelat dalam bekas yang masih ber-seal. Makanan yang belum disentuh, dia ambik makan. Dah habis makan baru bagitau tuan rumah tadi dia ada ambik. Jenis macam ni aku tak paham. Ko takde terpikir ke kot-kot makanan yang belum bersentuh tu sebenarnya tuan rumah belikan untuk orang lain. Atau sebenarnya makanan tu orang lain beli kirim kat dia.

Nama pun tetamu, jangan terlampau bebas buat apa je dalam rumah orang lain. Jangan suka-suka nak bukak tutup peti ais rumah orang "Apa ada eh untuk makan-makan?". Hoih! Dah dibagi tumpang. Dah dibagi makan. Takkan la kudap-kudap kau pun aku nak sediakan. Bergeraklah sikit bontot tu pegi 7-11 beli jajan. Bukan susah sangat. Kadang aku heran. Some people bila bab menolong memasak kat dapur masa tu la dia rasa dia tetamu. Takyah tolong. Sebab tetamu kan. Jadi duduk la kat depan. Tapi bila bab adab datang rumah orang, tak pulak teringat yang diri tu tetamu.

Ada lagi satu. Jenis yang datang jauh-jauh perjalanan berjam-jam tapi sanggup tak berhenti makan, sanggup tahan lapar semata-mata nak makan kat rumah tuan rumah. Sampai rumah pukul 10 malam pastu expect tuan rumah nak bersilat kat dapur memasak waktu semorang dah nak tido? Kalau dah bagitau nak makan takpe, kita sediakan awal. Ini tak. Bila tuan rumah tanya nak makan kat rumah tak, dijawabnya takpe jangan susah-susah. Ingatkan "jangan susah-susah" tu tak payah masak lansung, rupanya "masaklah jugak telur goreng pun takpe".

No No No. Ini bukan masalah tetamu tak berduit atau takde bajet, tapi takde adab. Berjalan kesana-sini sanggup tapi taknak spend duit untuk makan. Ni sama macam kes manusia yang drive jauh-jauh 6 jam nak pi makan kenduri kawen. Bila kat kenduri tuan rumah catu lauk (sendukkan lauk), dia marah. Mengata tuan rumah kedekut. Padahal kau tu yang kedekut. Seriously sanggup tahan lapar 6 jam perjalanan semata-mata nak makan kenduri? Takde rasa nak benti mana-mana dulu alas perut? Kamon!

Aku teringat kes dulu zaman blaja, aku beli KFC.
Pastu baru nak suap, kawan aku datang. Aku pun cakap "Makan..".
Sekali dia tala kaw-kaw. Dah la snack plate 2 ketul je. Mula-mula dia cuit-cuit sikit ayam aku.
Pastu seketul dah habis, dia cuit pulak ayam lagi seketul. Oh panas je aku masa tu. Sejak dari tu, kalau aku makan, aku takde de nak ajak-ajak ayam. Kalau masa aku makan ada orang datang, aku tanya "Dah makan?". Kalau dia kata belum, aku balas "Aku pun belum ni, ni baru nak makan. Lapar gila". Takde maknanya aku nak ajak. Kahkahkah.

Kesimpulannya sebagai tetamu, apa benda nak, kena mintak izin tuan rumah dulu. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu - itu betul. Tapi sebagai tetamu, mesti kenal adab. Bila kita reti adab masuk kawasan orang, insyallah kita lebih disenangi.




Semalam and kelmarin (hari pertama YES) dah nampak pertambahan new akaun dalam rekod GreenAard. Berjaya jugak hasutan aku. Bukan apa, rugi korang selama ni beli beli beli tapi tak kumpul point. Nanti esok lusa tetiba saka aku buat Happy Hour 50 point boleh redeem RM10 diskaun karang, masa tu nangis la tengok member sebelah memborong. Yang dalam kotak pink tu semua nampaknya baru create. Once kau create je, kau dah dapat free 50 point. Tapi pembelian YES kitorang belum masukkan point lagi, jadi harap bersabar. Kitorang akan masukkan peringkat demi peringkat. Kalau nak tambah point musim YES ni, beli kat blog aku. Jangan beli kat Whatsapp. Whatsapp tak best dapat 1 point je. Kat blog aku, aku bagi 2 point. KLIK SINI KALAU NAK BELI KAT FORM


posted by aveo757 @ 9:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER