Entry aku semalam pasal hukum bapak tiri tu, ada reader cakap "Dorang tu sebenarnya lebih kepada nak bash kenapa Neelofa pentingkan bapak tiri banding bapak kandung".
Ohhhh itu ke puncanya?
Mula-mula bash pasal hukum cium.
Pastu tak manis bercium.
Ujung-ujung question mana bapak kandung.
Alahai...memang patut la kalau tak dilayan pun. Kau explain la camana pun, kalau dah benci tu dorang akan cari jalan untuk terus benci.
Gigih betul nak cari siapa bapak kandung dia.
Dulu masa dia mula-mula up dulu pun orang kata bapak dia jual buah je sebab tu dia taknak tunjuk kat publik.
Masalahnya, itu kata kita.
Hakikatnya dia je yang tau kenapa.
Masing-masing komen seolah-olah potray diri baik, tapi tak reti nak tengok baik kat orang lain.
Pelik kan?
Kau bercakap asik menonjolkan sisi baik kau je tapi bila bab orang lain kau tak reti nak bercakap sisi baik dia pulak, yang kau cari tetap buruk dia. Ntah hape hape.
Macam masa aku break dengan exbf aku dulu.
Hampir semua kawan-kawan ingat aku yang tinggalkan exbf sebab nak kejar En Wan.
Dorang kata aku perasan best sebab nak pakwe study overseas, nak pakwe ada kereta sport, nak pakwe kaya.
Hakikatnya...?
Hakikatnya aku dah beranak, anak aku dah besar baru orang tau cerita sebenar.
Tapi dah puas la aku makan maki hamun semua orang.
Peliknya takde sorang datang minta maaf kat aku. Semua senyap menjauhkan diri.
Eh pandai pulak senyap, dulu kau yang beria-ia sentap macamkan aku break dengan abang kau.
Semua orang ada alasan untuk berdiam.
Macam aku, aku pilih untuk diam dan tak explain apa-apa sebab aku nak lindung diri aku sendiri.
Aku taknak bila aku beria explain kat semua orang, nanti exbf aku tertekan dan lagi macam-macam hal dia buat.
Nak bunuh aku la, nak bunuh diri la, ugut mak bapak aku la - eh rimas aku. Dah lah. Cukup-cukuplah apa aku dapat dari dia. Aku taknak dia buat hal lagi. Apa sangat la cemuhan orang berbanding dengan nak melayan perangai saiko exbf? Baik aku telan je apa orang nak kata, itu lebih senang dari tengok exbf aku menggila balik. Silence is golden katanya.
Last-last orang tau gak cerita sebenar.
By the time tau cerita yang betul, aku pun dah malas nak layan.
Tapi seronok la tengok masing-masing cuba nak buat-buat lawak ngan aku, cuba nak sembang-sembang, nak buat baik gitu. Baru lah nak tanya "Apa citer sebenarnya kau ngan dia dulu?"
Ah dah. Lambat dah.
Dulu kau takde pulak nak bertanya aku, main assume sukati mak bapak kau je.
Now, sibuk nak ngendeng.
Sorry la. Bukan aku pulang paku buah keras, tapi aku malas layan jenis macam ni.
Bila someone tu terlalu berapi-api, apa jugak yang kau explain walaupun kau explain benda yang betul akan buatkan dia lagi terbakar nak bash kau balik.
The motif here is dia bukan nak dengar kebenaran tapi dia nak bash kau. Apa pun jadi dia nak tibai kau jugak. So, diamkan je.
Aku rasa Neelofa pun ada sebab yang sama kenapa dia buat senyap and tak bukak mulut pasal bapak kandung. Takyah la kita campur hal klorga dia. Sibuk nau nak ambik tau hal bapak orang. Bapak kau tu kau jaga dulu. Duit bulan dah hantar blom?
Bila ada orang suka cari-cari kesalahan seseorang, itu petanda dia susah nak jumpa kesalahan pada orang tersebut, sampaikan terpaksa cari-cari kesalahan.
Bila dia cuba mencari-cari kelemahan dan kekurangan seseorang, maka itu petandanya dia akui kelebihan orang itu sampaikan terpaksa cari-cari salah.
Sebaliknya, bila seseorang memang banyak kekurangan, kelemahan atau keburukan, tanpa perlu dicari-cari pun akan kelihatan dengan sendirinya.
Sebab, hati busuk akan diterjemahkan melalui perbuatan dan kata-kata. Dengan kata-kata dia je pun dah boleh nampak buruknya kat mana.
Orang yang suka cemuh orang ni selalunya rezeki sempit.
Sebab apa yang ada pada orang dia kutuk, dia benci. Ssebab tu Allah tak bagi benda yang sama kat dia. Dah kau tak suka kan, memang kau tak dapat lah.
Haaaa...gitu kau mukadimahnya.
Dah habis tu takkan Fatahamin je buat live.
Apa bezanya Fatahamin ngan aku? Populariti kitorang sama what. Kahkahkah.
Semalam aku jaga live chat tapi khas untuk followers FB GreenAard saja.
Hari ni aku bukak untuk blog readers.
So sehingga 1pm, korang nak tanya apa-apa tentang GreenAard boleh terus live dengan aku.
Takyah tanya "Ni Kak Di ke?".
Konfem Kak Di sehingga 1pm.