walk on wings, tread in air: Siapa pulak yang bangga? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Siapa pulak yang bangga?
2017-12-21

Bila kes cikgu azizan ni viral, boleh nampak ada dua kelompok.
Yang satu agree cikgu denda/rotan untuk mengajar.
Yang lagi satu kelompok tak agree sebab seolah-olah cikgu gunakan kekerasan dan ajar budak-budak jadi ganas (sebab memukul kot).
Aku setuju je kalau murid didenda/rotan dengan syarat mesti ada sebab yang lojik dan atas tujuan mendidik.
Eh tapi ada ke cikgu mendenda tanpa sebab?

Mula-mula masa dengar cerita dari mulut orang pasal kes Cikgu Azizan ni, aku ingatkan murid tu murid skolah menengah like Form 4 or Form 5. Aku heran gak beraninya cikgu ni tampar budak sekolah menengah, dibuatnya budak tu bakar kereta kau tak pasal je. Selalunya kalau budak-budak skolah menengah ni dah tak lut kalau nak ditampar. Makin ditampar makin dia jadi kurang ajar. Umur macam tu kena heret pi kaunseling je. Kena guna psikologi.

Eh rupanya budak tu baru skolah rendah!
Kisahnya, dia menjawab pertanyaan cikgu dengan biadap siap memaki cikgu rupanya. Patut sangatlah kena pelempang pun. Telur pun bogel lagi tapi dah pandai biadap dengan orang tua. Eh kalau aku pun aku lempang. Sebab tak patut sangat kot kecik macam tu tak pandai hormat orang tua. Kat cikgu pulak tu. Ko just imagine kau umur 40an, pastu ada budak umur 11 tahun maki hamun kau. Kalau budak tu sejenis strangers yang jumpa 10 tahun sekali takpelah, boleh anggap je dia gila. Tapi dah kalau hari-hari pun nampak budak yang sama, perangai yang sama, ditegur berkali-kali masih lagi tak berubah, siap biadap lagi, kau rasa-rasa munasabah tak kalau pelempang tu hinggap kat muka?

Contoh lain macam ni la.
Kau boss. Kau ada staff yang keje lembab, pelupa dan selalu buat silap.
3-4 kali larat la nak tegur baik-baik. Kalau dah 3 bulan gitu jugak perangai, abis kau tak nak angin? Paling tak suara kau mesti dah naik sikit, kan? Tak pun kalau tak gamak nak tinggi suara, mesti kau merempan kat FB. Nampak la baik sikit suara tak naik. Hakikatnya kat status FB kau merempan macam nak rak "Bodohnya staff aku ni. Buat keje dah la lembab. Bila ditegur merajuk macam budak kecik!". Betul tak?

Situasi kita dengan Cikgu Azizan tu sebenarnya sama je.
Ada yang kata "Tak perlu ditampar, dipukul budak tu. Masih kecil lagi. Apa la yang budak tau".

Memang la. Sebab kita baru dengar cerita ni sekali. Memang la kita rasa macam tak patut je nak buat budak 11 tahun macam tu sekali. Cuba kita jadi cikgu yang kena hadap perangai budak macam tu dari awal tahun sampai hujung tahun tak berubah-ubah. Kau rasa? Kalau aku agaknya mau aku guna kaki pulak. Ni kan dia punya cerita sama la macam hal anak-anak buat kecah pi rumah orang. Kau rasa tuan rumah tu boleh sabar tahap mana kalau mula-mula anak kau tumpahkan air, pastu selet kesan cokelat kat sofa, pastu bukak katup almari perhiasan. Takkan nak tunggu sampai pasu tuan rumah pecah baru kau nak marah anak kau? Bila benda dah jadi baru nak tegur? Tu pasal rumah kau tak serupa rumah sebab kau pun tak berjenis.

Hari tu balik Bangi aku ada tanya Pak Aji pasal ni.
Pak Aji dulu pegawai disiplin dan kaunseling kat Jabatan Pendidikan Selangor. Memang keje dia la kalau bab-bab masalah disiplin kat skolah. Kalau budak skolah Selangor kena buang skolah nak merayu masuk skolah balik memang kena hadap bapak aku dulu. Sebab tu cikgu skolah aku kenal aku, sebab dorang semua kenal bapak aku.

Pak Aji kata memang dalam undang-undang, cikgu tak boleh pukul pelajar.
Memang dari zaman dulu lagi syarat tu dah ada. Cuma bezanya murid-murid dulu kalau kena pukul, dorang akui dorang memang buat salah dan layak terima hukuman. Bukannya undang-undang dulu boleh rotan budak, undang-undang sekarang tak boleh. No such thing. Memang dari dulu pun cikgu tak boleh pukul budak.

Lempang tak boleh.
Diri atas kerusi tak boleh.
Diri luar kelas pun tak boleh.
Kiranya semua denda tak boleh.
Sebab ambik kira faktor emosi pelajar. Bila didenda, dah tentu pelajar rasa malu dan emosi terganggu bila diejek pulak dengan kawan-kawan.

Pak Aji kata setiap kesalahan mesti melalui SOP.
Mula-mula tegur, kedua tegur, ketiga tegur. Aku tak tau berapa step teguran tapi Pak Aji kata setiap step ada dia punya skill teguran yang berbeza. Kalau tak boleh jugak, hantar pi bilik kaunseling. Kat sini pun ada beberapa sesi jugak. Last resort buang sekolah.

Tapi kalau perlu pukul, ada syaratnya (kelonggaran).
Kalau nak pukul, mesti beralas. Dan mesti dilakukan dalam bilik, bukan kat perhimpunan atau dalam kelas depan kawan-kawan. Masa Pak Aji cakap ni baru aku teringat, patutlah cikgu disiplin skolah aku dulu ada bilik sendiri. Dia tak duduk bilik guru. Rupanya bilik cikgu disiplin tu lah jadi tempat budak kena pukul (rotan kalau ada buat salah). Aku ye ye je ingat cikgu disiplin duduk sendiri tak campur orang sebab dia garang sangat jadi semua cikgu menyampah kat dia. Kahkahkah. Tak pasal je buat dosa kering ngumpat cikgu sendiri.

Kes Cikgu Azizan ni lebih kepada hilang sabar kot. Macam anak kita kalau ditegur 3-4 kali tak jalan, last-last rotan jugak yang paling efisien. Aku tak pernah kena lempang dengan cikgu. Kena lempang dengan Mak Aji penah. Walaupun macam tu, aku yakin pelempang Mak Aji lebih perit dari pelempang Cikgu Md Noor (cikgu disiplin aku). Bila kes Cikgu Azizan ni viral, ramai jugak la yang share denda yang dorang penah terima zaman skolah dulu. Ada yang cerita penah kena lempang, kena hempuk dengan buku teks, kena lari sambil junjung batu, kena junjung kerusi makmal keliling skolah (aku la tu). Bila cerita-cerita macam ni keluar, ada yang tanya proud ke cerita kena denda kat semua orang?

Oh, kalau kena denda dengan cikgu takleh cerita. Tapi kalau kena denda dengan senior yag suruh kita buat benda yang nyata bodoh tanpa sebab munasabah, kita kata itu 'pengalaman manis yang fun'. Takde maknanya fun masa kau kena denda/ragging ngan senior dulu. Menjejes air hidung nangis, macam la aku tak tau. Now, bila dah tua, baru la kau rasa tu semua kenangan yang manis yang mematangkan hidup. So apa bezanya dengan bercerita zaman kena denda dek cikgu? Sama jugak. Itu pun 'tragedi' yang mematangkan hidup.

Kita semua pernah lalui kisah yang sama, cuma jalan cerita je berbeza.
Takde siapa yang proud bercerita bila kena lempang dek cikgu. That's just one of the memories you want to tell. Sama macam bercerita macamana mak kita melibas kepala kita dengan pemukul lalat.



Ok ni nak tunjuk sikit contoh diskaun yang korang akan dapat kalau beli YES melalui blog aku. Those yang dah dapat kod diskaun ni semalam tolong fahamkan apa aku tulis ni. Cara nak guna :

1. Hanya valid pembelian di website.
2. Tengok dalam kotak SUMMARY tu apa yang korang layak beli. Macam customer atas ni dia request nak diskaun untuk GC Plus. So kat website nanti, klik option 1 x GC Plus (Semenanjung).
3. Kalau nak beli 1, letak kuantiti 1. Kalau nak beli 14 letak kuantiti 14.
3. Pastu masa check out masukkan kod diskaun.
4. Website akan auto deduct RM7 dari setiap botol GC Plus.

Untung tak?
Untungggggg (aku jawab bagi pihak korang).

So apa lagi? KLIK SINI UNTUK ISI FORM.



posted by aveo757 @ 9:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER