2015-02-12
Cukup syarat
Bulan lepas, waktu Subuh around 5.54am.
Now Subuh 6.10am.
Sejak seminggu dua ni aku selalu terfikirkan sesuatu bila aku Subuh.
Sebab bila masuk je waktu, aku nampak dari tingkap bilik aku, some jiran-jiran aku yang Melayu ada yang dah pun keluar dari rumah nak pi keje (gila kepoh nak perati orang kan).
Terdetik jugak dalam hati, cepat gila kau solat. Azan tak abis lagi ni.
Tapi, aku assume dorang akan singgah mana-mana masjid tepi jalan untuk Subuh.
Ataupun solat kat opis.
Ataupun dorang akan solat je dalam kereta.
Sebenarnya aku teringatkan diri sendiri.
Dulu, tahun 2003, aku dapat keje kat Prudential Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur (HQ).
Aku sebagai Medical Underwriter.
Waktu tu aku belum ada lesen walaupun dah ada kereta Kancil Mak Aji belikan.
Jadi aku takde pilihan melainkan naik komuter untuk pegi keje.
Ofis start pukul 8.30am kalau tak salah.
Kalau dari Subang Jaya keluar pukul 6.30am naik kereta pun aku tak rasa kau boleh sampai kat Jalan Sultan Ismail tu dalam masa sejam. Inikan naik komuter.
Kalau aku naik komuter pukul 6.30am, agak-agak pukul berapa aku kena keluar dari rumah? Padahal Subuh 6.10am. Rumah aku bukan belakang stesen komuter ya. Dari rumah sewa aku dulu (USJ21) nak ke stesen komuter Subang Jaya tu kena lalu berapa bijik traffic lite, campur dengan kereta semua dah keluar nak pi keje lagi. Selalunya aku akan keluar paling lambat 6.00am. Tu pun berlari-lari sebab tren ni kadang-kadang musibat pulak datang awal 10 minit. Dah la kena naik jejantas sebab hala nak ke KL kat seberang sana. Watson Nyambek pun kalah kalau berlari ngan aku time ni. By the time masuk dalam komuter, ketiak aku dah lecak.
Sepanjang aku keje kat KL, aku banyak qada' Subuh and Maghrib.
Jangan tak caya, dulu aku siap ada buku untuk aku buat carta solat supaya aku ingat solat mana yang aku belum qada.
Lebih kurang dalam tu aku tulis camni :
Isnin : Subuh tak solat.
Selasa : Maghrib tak solat.
Rabu : Dah qada' Subuh Isnin.
Khamis : Subuh tak solat.
Jumaat : Dah qada' Maghrib hari Selasa.
Sabtu : Dah qada' Subuh hari Khamis.
....and the list goes on.
Keje aku asik la mengqada' solat.
Kadang-kadang terbabas minggu depan baru qada' Subuh minggu ni. Gitulah.
Lepas 9 bulan, aku resign. Aku tak rasa ini life yang aku nak lalui. Aku tak pernah imagine diri aku live in KL. Jadi aku taknak sepanjang hayat aku kena berulang dari Subang Jaya ke KL. Nehi. Jadi, aku quit.
Benti dari Prudential, aku dapat keje kat USJ7.
Gila 10 minit je dari rumah aku.
Masuk kul 8.30am, keluar dari rumah rilek je kul 8.10am siap boleh benti kejap tapau mee goreng.
Masa ni aku dah ada lesen.
Ofis dah la dekat, takyah lalu tol, pakai Kancil minyak pun save. Syurga betul rasanya dapat keje dekat dengan rumah.
Keje Sales and Marketing.
Tapi keje kat Chinese company. Surau tak disediakan. Nak solat, solat dalam store.
Tapi disebabkan aku banyak habiskan masa kat luar ofis, jadi solat tak jadi masalah sebab boleh singgah mana-mana surau time appointment nanti. Selalunya, aku tumpang je surau kat Universiti. Tak pun kalau ada keje kat Bangi, aku balik jap rumah Mak Aji.
Tapi, kali ni ujiannya berbeza.
Walaupun masa untuk solat tu ada, tapi aku terkejar-kejar.
Tau je lah kan, kalau dah jumpa customer tu bukan boleh fixkan masa. Kena pulak time customer ajak bersembang sampai 2 jam, ke laut lagi solat aku jawabnya.
Lepas habis customer A, rush pi customer B.
Kadang-kadang ada masa cuma setengah jam je. Mana nak solat, mana nak bersiap semula, mana nak bawak keta lagi berkejar ke next customer, mana nak melilau carik parking lagi.
Time ni kalau solat pun sekadar solat buat cukup syarat supaya aku tak payah qada'.
Alhamdulillah, tahun 2005 kot aku naik jadi Sales Manager untuk division aku.
Masa ni anak-anak buah pulak yang lebih banyak buat sales. Legalah sikit aku.
Company pun dah berpindah ke tempat yang lagi besar, and dia sediakan surau.
Tahun 2007, aku jump pi company lain.
Dalam company ni aku sorang je Melayu. Islam.
Lagi sekali aku terpaksa lalui situasi 'solat cukup syarat'.
Terkejar-kejar nak solat. Kadang-kadang terbabas, balik rumah qada sampai 3 waktu!
Dengan keje yang tak tentu masa. Sometimes 11pm baru nak balik. Pastu sambung buat keje kat rumah lagi sampai 2 pagi.
Walaupun gaji lebat, and disebabkan aku easily can hit total sales 700K-1M every month, komisyen aku sedap.
Tapi deep down aku tak tenang. Macam incomplete.
Mungkin sebab aku pun dulu jahil nau dengan baju tersiat sana sini. Ditambah lagi dengan kejenya asik mengqada solat sepanjang tahun, jadi aku mudah rasa lost.
Aku tak pernah mintak untuk ada bisnes sendiri, setup company sendiri. Never in my life aku imagine macam tu. Aku cuma always imagine one day aku akan jadi bos. Bos kat mana aku tak kisah, janji bos.
Tapi perancangan Tuhan tu tak terjangkau oleh pemikiran kita.
And Dia lebih mengetahui apa yang terbaik.
Tup tup, dia hadirkan semula ex-bos aku selepas hampir setahun kitorang tak berhubung.
Lepas 2-3 kali jumpa and talk about future, aku nekad resign.
Kitorang setup company sendiri.
Perjalanan dia tak easy. Up and down.
Tapi alhamdulillah dari tahun 2008 sehingga now, I am still here, doing good.
Tahun pertama tu sakit sikit la sebab dah biasa gaji sedap tetiba kena ambik RM1500 je sebulan sebab nak cut cost kat banyak benda. Tahun kedua dah selesa banyak.
Bila tahun 2010 aku pindahkan ofis ke Putra Heights, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiiii selesa banyak.
Dari opis dah nampak bumbung rumah aku.
Pulak tu aku ada pilihan nak masuk opis pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak masuk opis ke tak, nak solat kat surau or dalam bilik sendiri, nak solat kat opis atau balik rumah kejap.
Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat.
Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.
Dan betullah, ujian kesenangan tu lebih susah sebab seringkali kita rasakan itu adalah nikmat.
Mungkin selama ni Dia tau aku tak suka hidup dalam keadaan terkejar-kejar.
Jadi Dia bagi aku nikmat ada bisnes sendiri, ada company sendiri, dekat dengan rumah pulak tu, Dia sebenarnya sedang test aku apa agaknya yang aku akan buat dengan semua keselesaaan ni.
One day tetiba macam zappppppppp masuk ke otak, aku terasa Dia cakap "Ok now aku bagi kau opis dekat, bisnes sendiri, takde masalah masa. Aku nak tengok apa lagi alasan kau".
Takde alasan untuk tak solat awal waktu.
Takde alasan untuk tak berzikir lepas solat.
Takde alasan untuk tak baca Quran lepas solat.
Takde alasan untuk tak buat solat sunat lepas solat fardu.
Memang takde alasan dah.
Nak pulak kalau hari tu aku rasa nak work from home.
Lagilah takde alasan.
Bila every morning aku nampak ada antara jiran-jiran aku yang Melayu yang dah terpaksa keluar pi keje walaupun azan Subuh masih lagi berkumandang, aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang aku ada now.
Kesian dorang, mungkin terkejar-kejar nak solat Subuh di tengah jalan nanti.
Orang yang makan gaji mungkin berat sikit nak bangun pukul 4.00 pagi untuk buat ibadat sunat. Bukan tak boleh. Boleh. Tapi aku pun pernah keje makan gaji. Memang berat nak bangun awal sebab takut kat opis nanti ngantuk tak dapat nak nap kejap.
Takpe, Tuhan Maha Penyayang dan Maha Memahami kemampuan setiap hambaNya.
Dia faham masalah mereka-mereka ni.
Tapi kalau aku yang tak payah terkejar-kejar nak keluar rumah pukul 6.30am masih lagi nak bangun pukul 5.45am, maka takde beza lah kot aku keje makan gaji dengan keje sendiri.
Right?
Orang yang berharta akan disoal di akhirat kelak apa yang dia buat dengan hartanya.
Orang yang berilmu pula akan disoal apa yang dibuat dengan ilmunya.
Jadi, aku rasa takde beza kot kalau yang ada kelapangan masa nanti juga disoal tentang apa yang dibuat dengan kelapangan masa yang diberi.
Jadi aku harap aku dah pun menjawab soalan 2-3 orang reader yang tanya kenapa aku bangun pagi awal sangat.
Aku syukur Dia sedarkan aku untuk realize semua ni.
Mungkin nilah yang dikatakan 'rezeki setiap orang tak sama'.
Jangan hanya menilai rezeki tu pada wang ringgit semata-mata.
Rezeki tu datang dalam perbagai bentuk, dengan pelbagai cara.
Aku anggap kelebihan yang Dia anugerahkan pada aku ni adalah rezeki yang sangat besar dan tak ternilai yang aku perlu gunakan peluang ni sebaiknya.
Aku doakan kalau ada sesiapa yang berada dalam situasi aku dulu 'solat cukup syarat', mudah-mudahan Allah angkat kesempitan tu dan beri kemudahan dalam setiap urusan akhirat.
Insyallah, bila kita dulukan urusan Allah, Dia akan uruskan yang lain-lain untuk kita.