2015-02-17

Udang geragau....finally!


Khamis lepas aku tanya kat FB if udang geragau masih ada lagi ke tak kat Melaka sebab tekak dah takleh tolerate lagi dah ni. Nak sangat-sangat dah ni. Feedback cakap udang geragau masih ada lagi. Ok, bersemangat ni nak pergi besoknya. Plan tu nak singgah UniKL-MICET sekali jumpa customer, pastu ingat nak bawak Mak Aji sekali boleh balik kampung jap singgah kubur atuk and Pak Unggal. Tapi esoknya pagi-pagi before En Wan gi keje dia dah kasik red light "Jangan pegi. Nanti-nanti pegi ngan abang".

NANTI-NANTI.

Kalau aku punya 'nanti-nanti' selalunya tak lama. Besok lusa je.
Tapi kalau En Wan punya 'nanti-nanti', paling cepat pun empat tahun.
Sentap jugak lah aku kan.
Pastu aku cakap kat dia "Kalau dibuatnya kejap lagi Di mati, mesti abang jadi gila hari-hari sebut geragau..geragau..geragau...".

Terus tak jadi gi UNiKL-MICET.
Aku takut kang dah sampai sana tetiba perasaan nak carik udang geragau tu membuak-buak, terus aku pegi jugak. Tak pasal je balik rumah eksiden. Derhaka punya pasal. Tak jadi lah, terus kensel appointment.

Esoknya, Sabtu.
Tayar kereta aku dah botak, jadi aku mintak En Wan tukarkan tayar.
Pastu dia call cakap tak sempat nak balik untuk hantar Redza pi tusyen. Dia mintak aku hantarkan.
Aku masuk-masuk je kereta dia...



Alahai minyak.

En Wan ni jenis yang suka sangat tunggu sampai fuel warning baru menggagau carik stesen. patutnya dah tinggal satu cekak tu kau pegi la isi. Dah sah-sah hari-hari pegi keje bawak kereta, apa salahnya pi isi. Eh tak! Nama dia nak singgah stesen takde. Biarpun on the way nak balik rumah tu lalu sepluh stesen minyak sekalipun. Selagi fuel light tu tak blink, dia takkan isi.

Ni camne agak-agak aku nak hantar Redza pi tusyen dengan minyak tembet macam ni?
Aku call dia, dia cakap "Jangan risau...sampai...sampai.."
Dah rapat gila macam ni dia boleh kata sampai?
Sampai mana agak-agak. Sampai depan simpang je kot. Pastu aku tolak bertiga ngan anak aku sampai depan tusyen. Balik dari hantar Redza nanti aku berdua ngan Rayyan usung kereta ni balik rumah. Gitu.
Dah la dari rumah aku nak ke tusyen tu kena lalu 3-4 traffic lite. Kang ada jugak mati kat traffic lite. Buat kemarahan orang je.

Tak sedap ati, aku singgah Shell dulu.
Terus isikan minyak full. Tapi RON95 je la.
Balik rumah, aku diamkan aje. Malas nak bagitau aku dah isikan minyak kereta dia.
Malam tu aku tanya apesal dia taknak isi minyak kereta. Dia jawab "Abang nak isi Isnin nanti".
Ohhhhh pandaiiii.
Dia nak isi minyak kereta dia Isnin. Abis tu hujung minggu melenjan kereta aku.
Pastu dia jawab "Eh, bini kita kaya. Apa sangat minyak kereta". Pastu gelak-gelak. Ingat klaka sangat la tu.

Esoknya Ahad, dia kena gi keje.
Aku intai je dari atas, dia nak naik kereta aku ke, kereta dia.
Ok rupanya kereta dia. Takpe. biarkan.
Petang, dia balik around 3pm.
Masa tu aku kat bilik. Dia masuk-masuk bilik je "Jom, pi Melaka. Kata nak cari udang geragau"

BINGO!

Strategi aku menjadi.
Inilah yang dikatakan "cost and worth are 2 different things"! Mesti dia rasa bersalah sebab tengok bini dah isikan minyak full. Hahahaha.
Walaupun kita spend duit untuk belikan minyak kereta dia, tapi nilai tu tak setanding dengan dapat keizinan dia gi Melaka, dapat beli udang geragau pelepas kempunan and yang best sekali aku takyah drive sebab dia jadi driver.
Tak ke syurga namanya tu?




Aku gi Pantai Klebang, sebab memang ni je la port geragau yang selalu kitorang beli kat Melaka.
Udang ni bermusim, bukan macam udang biasa yang hari-hari boleh jumpa. Sebab tu aku asik dapat udang geragau kering je. Tak sedap sangat. Lagipun kau kena pilih-pilih sebab bila dah kering, kulit dia jadi keras and tajam-tajam. Nak kena tumbuk dulu before buat bergedil. Bau pun dah semacam sikit. Udang geragau basah best, lembut and lagi sedap. Tak berbau.

Sebelum sampai kat gerai abang ni, kitorang singgah kat satu pasar tepi jalan tu untuk tanya kat mana ada jual geragau. Makcik pasar tu cakap "Ni bukan musim dia". Eceh makcik ni nak kencing aku pulak. Budak-budak FB semua cakap now musim dia, bersepah jual kat Klebang, tetiba kata bukan musim pulak. Tau la kau jual udang gak makcik. Rilek la.

Jalan ke depan sikit, nampak brader ni.
Menggelupur aku keluar dari kereta. Dah tak sabar sangat nak makan geragau basah.
Sepiring dia jual RM5. Aku tak tau la berapa sepiring tu. Aku beli RM30.
Drive jauh-jauh belinya RM30 je kan. Jadiklah.
Yang tu takpe lagi.
Yang bestnya bila aku bersembang ngan brader ni dia cakap "Kat sini takde udang ni kak. Ni supplier Selangor yang hantar. Dari Sungai Besar"

Macam PANGGGGGGGG sekali kat dahi.
Gila beratus kilometer aku drive dari Putra Heights, rupanya udang ni naik kat Sungai Besar??
Kong hajarrrrrr.
En Wan senyum je pandang aku. Aku rasa dia dah paham sangat perangai kegelupuran bini dia. Seb baik dia tak mengungkit.
Lepas beli udang takkan nak balik kan. Dah sampai Melaka kot.
Nak masuk town malas, kitorang lepak kat pantai Klebang je. Lagipun nampak macam meriah je pantai Klebang ni. Tapi sebelum tu singgah coconut shake Klebang.





Aku tak sure if ini coconut shake yang glemer kat Klebang tu.
Tapi dari jauh lagi berjujuk kereta beratur tepi jalan, pastu panjang gila orang beratur, so aku rasa betul la kot ni gerai dia. Nak cakap sedap sangat tu ntah la. Sebab aku bukan peminat air kelapa pun. Tapi boleh je la lalu kat tekak aku ni. Habis jugak secawan aku bedal. Tapi, yang pasti sedap adelah kepok lekornya. Yang ni sedap. Pastu dia potong nipis-nipis, jadi kepok tu garing gila. En Wan pulak beli sebungkus je. Eiiii..ni lagi satu pe'el yang aku tak paham.

Aku ni jenis yang suka beli sekali banyak. Konsep dia biar berlebih, jangan tak cukup.
Sebab kalau berlebih, akan ada orang yang bagi perabiskan. Tapi kalau tak cukup, macam terpisat-pisat je masing-masing. Hari tu memang terpisat-pisat aku makan kepok lekor sebungkus bahagi 4. Nangis mak aku kalau tengok anak dia diperlakukan begitu.



Tak puas hati punya pasal, aku ajak dia makan char kuey tiaw kat pantai.
Boleh tahan. Nak kata sedap macam char kuey tiaw Penang memang tak la. Tapi kerang dia banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila. Puas aku makan. Ujung-ujung aku ratah kerang je, Kuey tiaw dah abis, kerang banyak lagi.

Tetiba menguatkan lagi penyebab mengapa aku harus naik Penang next week.
Macam nak kena cari char kuey tiaw Penang gak ni. Boleh pekena pasemboq sekali. Klaau rajin, laksa sampai Perlis, boleh tapau Laksa Kak Su. Oii heavennya duduk utara!




Rupanya kat pantai Klebang ni port BUSTEL.
Selalu nampak kat sokabar je. Tak tau rupanya sini tempatnya. Just nice la kan, aku pun kebetulan ada situ maka dapatlah tengok jap apa rupanya Bustel ni.
Bustel ni memang mengundang memori la.
Aku biasa naik bas Salira and bas Tai Lye. Gila lama bas Tai Lye ni. Dulu kalau nak pi Tampin ngan arwah nenek, mesti naik bas Tai Lye. Bila dah ada Salira, memilih pulak aku. Kalau bas Tai Lye yang lalu, biarkan. Jangan berdiri, nanti dia benti. Hahaha. Kalau bas Salira lalu rasa nak berdiri atas pokok punya la nak suruh dia benti. Padahal bas Salira ni biasa je cuma time tu Salira ni cantik sikit la dari Tai Lye.

Tapi aku berani jamin kat Tampin - Alor Gajah tu takkan ada sesape boleh celen kehebatan arwah Pak Unggal. Arwah Pak Unggal dengan bas memang satu team. Nampak Pak Unggal kau terbayang bas. Nampak bas, terbayang Pak Unggal. Orang lain nak naik bas kena tahan bas dulu baru bas benti. Pak Unggal takyah. Dia takyah berdiri pun. Dia tercongok duduk kat bus stop tu pun bas akan benti sebab satu stesen bas Alor Gajah and Tampin kenal dia.
Pernah satu masa dulu aku teman arwah nenek gi Tampin naik bas.
Masa kat Tampin time nak balik, terserempak ngan Pak Unggal. Pak Unggal aku ni arwah nenek gelarkan Gabenor Tampin. Tampin tu takkan bukak kalau dia takde. Maunya tak, kul 6.30 pagi dah tunggu bas nak pi Tampin okeh. Pak Unggal aku ni pakkal dia tak senormal kita. Kalau dia normal, ada bisnes sendiri, konfem dah jutawan. Kul 6.30 pagi dah bukak kedai.

Ok sambung balik.
Masa aku ngan arwah nenek jalan ke stesen bas Tampin nak balik ke rumah, nampak Pak Unggal. Dia tanya "Kau nak balik ko?"

"Haah"

"Ikut aku"

Cewahhh.
Macamkan aku tak tau jalan nak pi stesen je cara dia.

Rupanya dia gi cakap kat driver bas tu "Bang, ni mak aku. Dia naik bas ni"

Driver tu cakap ok ok ok.

Sekali bas tu stop betul-betul depan pintu gate nenek aku!
Gila ahhh penangan Pak Unggal.
Takyah kitorang patah balik menapak dari bus stop ke rumah.
Menjak dari hari tu aku rasa semua driver bas Tampin kenal nenek aku.

Hari tu masa nampak bas Salira kat sini bergenang airmata.
Terbayang-bayang arwah nenek and Pak Unggal.
Sape yang tak kenal Pak Unggal boleh baca SINI (klik).



Ni la masalah besar kalau aku bawak Panglima ni.
Dia punya ufti tu aku kena bayar sama banyak dengan harga 3 pinggan kuey tiaw.
Padahal sepuluh kali dah beli benda yang sama.
Tapi memandangkan aku nak makan dengan tenang sambil melayan perasaan, jadi aku belikan je la. Janji kau diam. 



First time aku nampak Aiskrim Pasu.
Rupanya harga eskrim pasu ni mengikut size pasu.
Yang aku beli ni harga dia RM7 kot. Size kecik sikit RM4.
Kreatif, malangnya Rayyan taknak makan. Dua sudu je pastu taknak. Dia cakap "Ma, kotor".
Hahahahah.
Sebab ada habuk Oreo tu dia ingatkan pasir.
Aku sendiri pun tak lalu. En Wan pun. Last-last tinggal macam tu je.

Idea aiskrim pasu ni bagus, cuma akan ada satu efek pada kepala otak manusia bila pandang eskrim pasu ni. Camne aku nak explain eh..
Dia camni.
Sama macam kau makan makanan yang berwarna biru.
Masa aku blaja dulu, lecturer aku ada tanya kenapa tak banyak makanan yang berwarna biru?
Bila semua melopong tak tau nak jawab, dia cakap sebab otak kita memang payah nak terima biru sebagai sesuatu yang boleh dimakan. Kek warna biru, air warna biru. Boleh makan memang boleh tapi daya tarikan dia slow sikit berbanding makanan yang berwana coklat umpamanya.
Macam spageti ke apa ntah, ke laksa yang orang buat kaler-kaler. Bila bab biru tu memang aku terbantut sikit. Not sure if ini ada kait rapat dengan kebiasaan atau memang secara saintifiknya kita lembab nak menerima warna biru sebagai makanan.

Same goes tu eskrim pasu.
At least, pada aku sefamili, kitorang agak lembab nak terima eskrim yang dimakan dalam pasu, with all the oreo bertaburan yang sebijik sebijan macam tanah gambut. Tapi tang kreativiti tu, dia win.



Hadiah menanti.
Dua jenis Elizabeth Arden miniature set. 
Satu tu besar sikit tapi ada 4 ketul. satu lagi kecik tapi 6 ketul.